Nuffnang

Showing posts with label snack. Show all posts
Showing posts with label snack. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Rempeyek Kacang Dan Ikan Bilis


Assalam dan selamat tengah hari. Hmm buat rempeyek pulak hari ni memenuhi beberapa tempahan customer. Rempeyek yang jenis ni memang sangat mudah membuatnya cuma di goreng tepi kuali. Tak payah lama - lama duduk kat dapur cepat dan pantas. Tak macam rempeyek yang  bentuk bulat tu kena sabar banyak banyak sbb nak kena letak dlm acuan kan.. Sebenarnya banyak versi rempeyek, ada yang suka bubuh cekur tapi ada juga yang kurang menggemari aromanya. Ada juga yang bubuh hirisan daun limau purut. Ada yang tak bubuh itu semua, tapi bubuh rempah-rempah. Rempahnya pula ada yang letak rempah jintan manis dan ketumbar semua terpulang citarasa ya..


Rempeyek Kacang Dan Ikan Bilis
150 gram kacang tanah
4 biji buah keras
3 ulas bawah putih - tumbuk halus
1 sudu teh biji ketumbar - tumbuk kasar
1 sudu teh jintan manis / putih - tumbuk kasar
175 gram tepung beras
1 sudu besar tepug jagung / tepung ubi
300 ml santan cair
1 biji kuning telur
1 sudu teh air kapur
50 gram ikan bilis
minyak secukupnya  - utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun limau purut - boleh skip

Cara Membuat :
Campurkan bahan yang telah di kisar / tumbuk ke dalam tepung beras & kacau sedikit. Masukan santan, telur, garam, air kapur, gula dan kacau sehingga tidak bergentel. Biarkan bancuhan secukup rasa. Masukkan kacang tanah & kacau rata. Panaskan minyak kedalam kuali dan serakkan (  sesenduk )  adunan yang telah di isi kacang  dan ikan bilis ditepi kuali.

Simbah2 sedikit minyak panas pada tumpi yang melekat pada tepi kuali supaya ia cepat kering & tanggal. Bila tumpi dah tertanggal dari tepi kuali sambunglah goreng lagi sehingga kuning keemasan & cukup garing. Angkat & toskan.  Bila telah siap simpan tumpi / rempeyek di dalam bekas kedap udara.

wasap Julia untuk pertanyaan dan juga order 0174938775

Tuesday, October 6, 2015

Crispy Potato Wedges



Assalammualaikum...
Kita layan cheesy wedges atas permintaan anak - anak. Sangat2 senang & puas hati sbb buat sendiri yg penting sedap happy sangat taw! kalo banyak Boleh terus simpan frozen next time tinggal goreng jer tak payah beli dah nak buat pun modal bukan banyak yang penting confirm jadik dengan hasil air tangan penuh kasih sayang.. suittt suittt.

Crispy Potato Wedges
5 - 6 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk kari ayam / daging
150 gram tepung jagung
2 - 3 sudu besar air kosong
Garam secukup rasa

Cara membuat :
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. Kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

Selepas itu, satukan semua bahan rempah dan juga tepung di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang dan renjiskan dengan sedikit  air, agar tepung sedikit lembab dan melekat pada kentang, goreng dengan api sedang hingga keemasan. Simpan atau frozenkan baki kentang di dalam peti sejuk. Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges & mayonis.

Resepi Sos Cheesy Wedges
100 ml non dairy whipping cream
50 ml air panas
70 gram serbuk cheesy wedges

Cara : Panaskan cream di atas pan, masukkan serbuk cheesy wedges, kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tidak berketul, masukkan air panas kacau sekejap dan siapp. Sangat senang dan mudah!

Karipap Sabah.. Karipap Jaring..


Petang tadi teringin sangat nak makan karipap! Kalau beli tak cukup lima ketul kan berebut pulak nanti dng anak - anak. Hari ni saya buat karipap yg bentuknya lain skit, orang panggil Karipap Jaring... kadang2 panggil karipap  jala ikan sebab macam jaring. Karipap rangup Karipap Sabah memang rangup dan sedap.. cuba - cuba untuk mempelbagaikan bentuk karipap hihi..



Bahan Inti Karipap
5 - 6 biji ubi kentang - daduu kecil
50 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit daun bawang  - potong halus
Minyak utk menumis
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar n bawang putih sesingga naik bau masukkan daging n goreng kejap. Masukkan rempah kurma dan goreng lagi sampai naik minyak. Masukan serbuk lada hitam n pepper yg dah ditumbuk tadi letak garam sikit dan juga gula rasa masinnyer..

kemudian masukkan kentang yg dah potong dadu, masukkan air. Masak hingga kentang empuk n air semakin kering taburkan daun bawang dan tutup api sedia utk digunakan sebagai inti karipap.

Kulit Karipap Rangup ( Noly )
500 gm tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sudu besar mentega
1 sk garam
air secukupnya

Caranya: Panaskan minyak, garam dan butter. Tuang ke dalam tepung. Hati hati semasa menggaulkan minyak dan tepung kerana panas. Gaul sehingga seperti serbuk roti dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar dan bolehlah dicanaikan dan di bentuk, cara rujuk di sini ya!


Monday, June 8, 2015

Pisang Bakar Berkeju


Jom buat pisang bakar berkeju, buat minum petang memang sangat syiok untuk teman minum kopi atau pun teh! Resepi ni sangat mudah di sediakan. Boleh juga untuk di bawa bekal ke sekolah atau di jadikan snack untuk anak - anak..  Bila anak - anak makan, terus saja keluar dari mulut mereka bunyi .."emmm....sedapnya ibuuu..". Untuk lebih menarik, saya taburkan coklat urai  di atasnya sebelum dihidangkan. Okey mari kita lihat resepinya.


Pisang  Bakar Berkeju
Pisang Cavendish - belah 2 memanjang
margarin secukupnya

Bahan Tabur :
Keju cheddar parut
2 sudu teh coklat urai
2 sudu teh susu pekat manis

Cara membuat :
Panaskan margarin di atas pan anti lekat hingga mencair . Masukkan pisang, bakar pisang hingga keperangan.  Letakkan pisang di pinggan saji, hias dengan bahan - bahan tabur, hidangkan  panas..


Saturday, February 21, 2015

Makaroni Goreng Kari


Entry seterusnya adalah makaroni kari goreng. Menu simple untuk kudapan atau minum petang.Tengah rajinlah kononya, petang tadi sempatlah buat melayan anak-anak yang tengah cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Saya kongsikan resepi di bawah ini.

Makaroni Goreng Kari
100 gram makaroni  - rebus sehingga empuk
100 gram daging ayam cincang
1 btg daun bawang - potong halus
1 sudu besar serbuk curry
1/2 biji bawang besar - cincang halus
3 biji telur - pukul ringan
1/ tsp garam
1/2 tsp lada sulah

Bahan pelapis :
2 biji telur - pukul ringan
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
Campur jadi satu macaroni, daging ayam cincang, daun bawang, bawang besar, serbuk kari, garam dan juga lada sulah. Tuagkan telurdan kacau rata.  Masukkan kedalam loyang 22x22cm yang sudah di lapisi plastik.
Kukus selama 30 minit atau hingga matang. Angkat dan sejukkan.

Potong-potong dan gulingkan diatas bread crumb.Celupkan kedalam telur dan gulingkan lagi ke dlm bread crumb.Goreng hingga kuning keemasan.Sajikan dengan sos kegamaran atau di makan begitu saja.


Selamat Mencuba ..

Sunday, April 13, 2014

Samosa Kentang


Assalam buat semua. Hmm lama tak dak resepi yang terbaru yaa. Maap asyik sibuk memanjang! Baru - baru ni ada saya cuba buat samosa. Resepi pastry samosa ni memang cukup menarik perhatian saya dan terus jaa saya cuba, dan hasilnya memang seperti apa yang saya harapkan. Ranguppp! Kalau di lihat dari bahan - bahan memang cukup simple, mudah dan senang cara pembuatan nya. Untuk lebih jelas proses dan stepnya boleh rujuk terus di sini Xawaash.com. Selamat mencuba!


Samosa Kentang
2 cawan tepung gandum
1/4 tsp garam
2 Tbsp minyak sayuran
3/4 cawan air kosong
1 Tbsp minyak sayuran - untuk lapisan doh

Bahan Gam  :
1/4 cawan tepung gandum
1/4  cawan air kosong - sebatikan kedua bahan ini menjadi paste

Cara Membuat :
Letakkan tepung dalam mangkuk. Tambahkan garam dan minyak., masukkan air gaul sebati.Uli doh selama 10 minit, kemudian tutup dan biarkan ia berehat selama 15 minit. Potong doh kepada 6 keping. Bentukkan bulat dan leperkan sikit. Canai nipis adunan diameter (20 cm) dan tumpuk 6 keping adunan tadi  ( yg telah di canai nipis ) dan di setiap layer bulatan, disapukan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.

Tekan bahagian tepi bersama - sama dan canai nipis  (30 cm) bulatan diameter ( rujuk gambar ). Letakkan doh di atas kuali yang ditetapkan dengan api medium. Masak selama 2 minit. Apabila berubah warna , flip dan masak 1 minit lebih . Potong lagi pada separuh untuk mendapatkan 4 keping yang sama. Tutup untuk mengelakkan dari kering. Campurkan 1/4 cawan tepung dengan air 1/4 cawan. 

Gaul sehingga menjadi pes yang licin. Pegang pastri dengan sudut yang betul ke arah anda. Lipat satu  seperti yang ditunjukkan. Sapukan paste tepung / gamkan ke bahagian tepi samosa. Angkat sudut lain lipat seperti yang ditunjukkan. Isi dengan inti. Sapukan paste tepung tadi  dan lipat segitiga sempurna. Goreng keperangan.


Inti Samosa Kentang
8 biji kentang - potong dadu
50 gram ayam kisar
* 1/2 biji bawang besar kuning -  potong dadu
* 2 ulas bawang putih  - cincang halus
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
Daun sup - hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis & mengoreng

Cara Membuat :
Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda* . Masukkan pes kari, dan sedikit air. Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.


Tabur sedikit tepung pada permukaan kulit samosa.


Kulit samosa yang dah siap di gunakan.

Monday, March 24, 2014

Jom buat sendiri potato wedges di rumah..


Assalam buat semua, bersiaran kembali dengan resepi potato wedges sebagai kudapan, cemilan dan snack untuk anak - anak yang sedang menikmati  cuti persekolahan. Mula nak kena stat rajin masak sebab kalau cuti sekolah  masa inilah yang sesuai untuk berkumpul dan bergura senda dengan anak - anak, di samping menyediakan judah harian yang mereka suka. Saya sendiri memang suka cuba pelbagai resepi yang bagi saya menarik tak kisahlah dalam buku masakan, majalah atau pun lebih senang by google kan menjadi ide atau iham kalau sedang ketandusan menu memasak. Inilah adalah salah satu menu cemilan favorite kat rumah jom semak resepi yang akan saya kongsikan di bawah ini..

Potato Wedges
  • 1/2 kg ubi kentang - potong berbaji
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 biji putih telur - pukul ringan
  • 1 kotak / peket tepung goreng ayam kfc - ayak
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam - ayak 
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat :
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran di kulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga 3/4 empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit. Selepas itu, satukan serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.

Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung goreng ayam dan serbuk kari ayam yg telah di ayak tadi.  Goreng dengan api perlahan hingga keemasan. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.


Sunday, February 23, 2014

Cornflakes Cluster



Masa cuti adalah masa yang sangat sesuai untuk membuat kudapan di rumah. Kudapan yang saya buat ini adalah campuran cornflakes dan juga kacang badam. Sangat sedap,  makan 2 - 3 ketul memang tak cukup! Tak percaya? Cuba dulu barulah tahu kan. Stok cornflakes dan kacang badam memang saya ada simpan dah cukup lama dalam almari dapur bahan - bahan yang tak habis masa membuat biskut raya hari tu, tapi stil elok dan masih boleh di gunakan lagi. Thanks pada  Chef Asma kerana berkongsi resepi yang sangat best!

Cornflakes Cluster
  • 150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle )
  • 50 gm almond strip - bakar dahulu
  • 20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
  • 200 gm milk coklat
  • 200 gm dark coklat
  • Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup
Cara Membuat :
Cairkan coklat dengan cara " double boiler " . Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug, supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.  Dah siap dapat dalam anggaran 70 pcs. Kalau nak cantik hiaskan dengan white coklat yang di cairkan dulu & masukkan dalam pipping bag dan paip dengan kemas. Sejukan sekejap sebelum di simpan di dalam balang.


Thursday, December 19, 2013

Japenese Crispy Cream Puff Ala Pak Sahak


Cuaca redup, mudah-mudahan petang  nanti tak dak hujan ribut macam hari - hari sebelum ni InsyaAllah.Lama tersimpan hasrat ingin membuat krim puff ala - ala jepun ini, untuk sajian dan tatapan rakan - rakan saya sekalian. Memang senang ajer buat rupanya. Harini saya kongsikan satu resepi, bahan - bahan cream puff yang rasanya menepati selera la, bila google  resepi puff ni sebenarnya lebih kurang sama je bahan dan jugak kaedahnya, kalau kita nak tahu mana yang bagus kenalah cuba - cuba sendiri kan ?

Japenese Crispy Cream Puff Ala Pak Sahak
100 gram butter
110 gram air
1/2 sudu teh garam
120 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3 biji telur ayam

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu . Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Masukkan baking powder. Pukul guna mixer hingga adunan licin.

Masukkan adunan krim puff ke dalam piping bag dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. Paipkan pulak adunan toping 3/4 bahagian di atas krim puff tadi, paip membentuk lingkaran macam kita membuat roti boy yer. Bakar dalam oven dengan suhu 200 C  hingga permukaan puff kecoklatan. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.  Pastikan krim puff telah benar-benar masak sebelum di keluarkan dari oven.

Bahan Topping :
50 gram butter
50 gram gula halus
1 sudu besar air kosong
50 gram tepung gandum

Cara Membuat Topping :
Semua bahan campur jadi satu lalu di pukul hingga menjadi adunan yang lembut. Masukan ke dalam piping, bag dan gunting sedkit  bahagian bawah bag piping dan paip atas krim puff nanti.

Bahan Inti :
100 gram coklat masakan
100 gram whpping cream  - pukul sehingga gebu dan pekat

Cara membuatnya :
Masak coklat dengan cara dauble boil, lalu sejukkan. Kemudian masukan ke dalam whipping cream yang telah di pukul tadi lalu kacau hingga rata dan sebati. Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan cream di dalamnya.Untuk paipkan cream, masukkan cream ke dalam paiping bag Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh. Sajikan.


Saturday, December 14, 2013

Karipap Inti Serunding Yg Rangup


Kudapan yang satu ini memang tak jemu - jemu nak makan, rangup dan sedapp. Kalau tengah naik bosan bolehlah layan snack ni hehe! Harini saya letak inti serunding daging, pemberian dari Cikgu Liza terimakasih banyak - banyak dah sudi singgah rumah kita  kemarin. Separuh dari adunan karipap ni saya buat mini karipap separuh lagii saya gunakan jee  acuan karipap biar cepat habis, bentuknyee macam gambar kat bawah ni yee. Apa-apa pun jom layan kudapan enak sepanjang masa!



Karipap Inti Serunding Yg Rangup
250 gram tepung gandum
50 margarin - cairkan dan biar suam
1/2 sudu teh garam halus
110 ml air sejuk
Serunding secukupnya - untuk inti

Cara Menbuat :
Di dalam mangkuk campur tepung dan garam, kacau biar tercampur rata. Tuang margarin dan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati dan elastik. Rehatkan untuk 15 menit.
Ambik adunan dan canai nipis potong bulat dan isi denagn inti serunding kelim bahagian tepi karipap dengan kemas. Buat sehingga adunan tadi habis. Goreng hingga menjadi karipap yang rangup, toskan atas tisu dapur dan boleh di simpan di dalam balang kedap udara atau hidang begitu saja!


Sunday, December 8, 2013

Kuih Bahulu Coklat Rice


Saya dan keluarga memang suka makan bahulu. Selalu beli jer sebab malas nak buat. Semalam masa membeli persiapan baju sekolah untuk anak - anak singgahlah untuk membeli kuih bahulu! Seronok betul melihat mak cik penjual bahulu mengadun dan membakar kuih ini, jadi teruja sangat nak buat sendiri.
Sesekali kena la belajar jugak buat kuih tradisi kita kan agar tak lapuk dek zaman, kan? Ada beberapa tip yang kena diperhatikan, tepung terlebih dahulu kena di jemur atau di panaskan di dalam oven agar kuih bahulu yang dihasilkan menjadi ringan dan gebu. Jom kita semak bersama - sama resepi di bawah ini! Selamat membuat kuih bahulu..

Kuih Bahulu Coklat Rice
180 gram gula kastor
180 gram tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik* - kedua bahan ini di ayak!
5 biji telur gred A
1 tsp ovelete
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
40 gram coklat rice

Cara membuat:
Pukul telur, ovelete dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit. Masukkan bahan ayak sedikit - sedikit sambil dikacau. Campurkan esen vanila dan akhir sekali campurkan minyak masak, coklat rice dan digaul sebati. Sapu acuan bahulu dengan sedikit minyak masak. Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit. (Yang ni terpulang padd kepanasan oven masing - masing la kan) Setelah masak, cungkil bahulu keluar dengan menggunakan lidi. Sejukkan dan hidang.


Friday, December 6, 2013

Karipap Pusing


Salam untuk rakan - rakan semua di hari jumat yang penuh berkat! Memenuhi permintaan anak - anak yang teringin makan karipap, bukan first time rasanya buat karipap pusing ni dulu dah pernah buat tapi tak sempat untuk ambik gambar dan post kat sini! Untuk resepi asal pastry karipap kali ini di ambik dari buku masakan chef terkemuka Alex Goh yang saya intai dari dapur Cik Mat! Memang sangat rapuh kulit karipapnyee sampai berderai  ketika di goreng, tapi tak paa memang sedap dan terbaikk. Oklah rakan - rakan jemput makan karipap bersama kopi o jee.. salam maniss..

Karipap Pusing
300 gram kentang - kupas dan cuci kemudian potong dadu kecil dan rendam
1 tin ikan tuna -  toskan
1 biji bawang besar -  didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca besar sos tiram
5 - 6 helai daun kari -  hiris halus
2 camca besar rempah kari
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Kicap cair secukupnya
1 cawan air

Bahan A :
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

Bahan B :
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)

Cara Membuat :
UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk.
UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).



Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.

Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.

Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak serentak 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh di hidangkan.


Friday, November 29, 2013

Quick Snack! Popia Simpul..


Assalammualaikum buat semua. Harini kita layan snack yang cukup mudah di buat! Musim cuti sekolah anak - anak memang laju je bab pasai makanan ni, nasi ke, kudapan ke apa sajalah yang boleh di makan.
Bibi kat dapur inilah yang paling penat tak habis terperap dan duduk kat dapur 24 jam! Cam kedai nasi kandarlah pulak!! Hehe. Jom kita semak bersama - sama  resepi yang saya akan kongsikan untuk harini!


Popia Simpul
Kulit popia saiz sederhana - potong 2 bahagian
Serunding ikan

Cara Membuatnya:
Potong kulit popia kepada 2 bahagian, masukkan sedikit inti serunding ikan, gulung memanjang dan simpul seperti ikat tali kasut. Dah siap menyimpul semuanya, panaskan minyak dan goreng popia hingga kekuningan. Kacau selalu dengan api perlahan sahaja. Toskan di atas tisu dapur dan simpan di dalam balang kedap udara.


Serunding Ikan
10 ekor ikan (direbus dan buang tulangnya dan dikisar)
5 ulas bawang putih  - di kisar
8 biji bawang merah - di kisar
1 biji bawang besar - di kisar
2 btg serai serai -  di kisar
1 inci halia - di kisar
1 inci lengkuas - di kisar
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili - guna cili kering yg di kisar pun boleh
200 ml santan cair
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan - bahan ke dalam kuali dan masak hingga betul - betul kering. Api jangan kuat sgt ye kena selalu kacau sebab takut hangit. Pastikan betul - betul kering baru serunding tahan lama.

Monday, September 16, 2013

Roti Jala Sedap


Roti jala adalah salah satu menu favourite anak - anak! Jadi setelah malam tadi menemukan acuan roti jala / botol roti jala muncung tiga ni, truss semangat nak cuba benda baru ini! Hehe. Botol ini saya beli dekat MyDin dengan harga 2.90 sen saja! Sangat murah, kan? Jadi rakan - rakan yang belum mempunyai botol acuan roti jala seperti ini boleh terus membelinyee di MyDin di bahagian barangan plastik yaa!!
Inilah roti jala yang sudah saya sediakan sebagai menu sarapan kegemaran anak - anak, di cicah dengan kuah dal lebihan semalam, memang dah cukup sedap!


Resepi Roti Jala
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair / santan cair
1 1/2 cawan air kosong
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
2 biji telur
2 sudu besar butter cair

Cara Membuat :
Satukan semua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
Masukkan pewarna kegemaran. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala muncung 3.
Panaskan kuali non-stick. Kirai / jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama satu minit (hingga masak). Kemudian angkat. Lipat/gulung. Sedap di makan bersama kuah dal / kari / sambal sardin. Note: Jika adunan cair, tambah sedikit tepung. Kalau pekat tambakan sedikit air! Selamat mencuba!


Monday, September 9, 2013

Popia Seaweed


Sedap juga rupanyee popia nori ni! krap krup - krap krup tak sedar dah nak habis setenga balang! Hehe. Satu lagi resepi cemilan yang sangat mudah di buat. Hanya gabungan dari kulit popia, telur dan seaweed boleh menghasilkan kudapan enak dan berperisa! Kalau ada masa terluang korang cubalah nati, memang berbaloi super simple super sedapp. Sampai berjumpa lagi.

Popia Seaweed
1 bungkus kulit popia
1 bungkus dried seaweed
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Secubit garam
Minyak untuk mengoreng - secukupnya

Cara Membuat :
Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakan garfu masukkan serbuk lada dan serbuk pati ayam. Pukul sebati. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur tadi di atas permukaan kulit popia  hingga mnutupi keseluruhannya.
Susun dried seaweed di atas kulit popiah yg sudah dsapu telur tadi dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lagi. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popia / dried seaweed habis.

Gunting kulit popiah yg sudah berinti tadi mengikut bentuk dan saiz yg di sukai. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan. Naahhh..sdh sedia utk dimakan begitu saja atau bersama sos  / topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara. SELAMAT MENCUBA!


Sunday, August 25, 2013

Kuih Ros


Hujung minggu datang lagi!! Bosan rasanya kalau dok diam saja kan. Kemas - kemas dapur tadi pagi ternampak pulak acuan kuih ros, eeh memang lama saya tak buat kuih ni! kuih kegemaran saya dan juga ayah! Bahan - bahannya pun sangat simple dan selalu ada saja di dapur rumah. Cuba - cuba buat setelah sekian lamanya acuan ni terperap di dalam almari kabinet, kesian diaa!

Kuih Ros
150 gram tepung beras
50 gram tepung jagung
70 gram gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu air kapur
250 ml santan cair / santan kotak

Cara Membuat :
Campurkan semua bahan - bahan. Kacau sebati. Tapis. Panaskan minyak dan rendam acuan kuih ros di dalam minyak. Celup acuan dalam adunan, masuk semula dalam minyak tadi. Goyang - goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan, goreng hingga masak dan keperangan.

Friday, August 16, 2013

Kuih Siput Rangup



Salam dan selamat tengah haru buat semuaa, hari ini nak kongsikan resepi kuih siput yang memang sungguh rangup! Kuih siput adalah kudapan kegemaran anak - anak, memang laju jee kalau depa makan
sambil tengok tv  kejap saja boleh habiskan satu balang!Resepi Kuih Siput ni rapuh strukturnya. Jadi kalau sesapa yang tak suka rapuh, bolehlah kurangkan marjerinnya yaa!! Cukup sedap pada saya, pandai - pandailah memasukkan sukatan rempahnya agar kuih siput yang kita buat tidak terlebih masin atau terlebih  rasa rempah pula nantinya. Bolehlah di semak resepi di bawah ini.

Kuih Siput Rangup
600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari  - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari  -  kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk  - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram  serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya

Cara Memasak :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak.

Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.

.

Saturday, May 18, 2013

Pai Ayam


Kalau anak - anak di rumah banyak Ide dan cadangan nak masak, buat ini dan itu macam - macam sampai pening di buatnya! Aduii. Ini adalah pai yang di buat tadi pagi intinyee saya letak sayur - sayuran dan juga ayam. Sangat berkrim dan sedap. Sesuai sangat di jadikan menu untuk sarapan yang inginkan kelainan. Meh kita semak step dan cara membuatnya. Berhati - hati yaa.. hehe.


Pai Ayam
Bahan Untuk Kulit Pai
200 gram marjerin
30 gram gula halus
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar air ais
2 kuning telur
400 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan Inti :
2 sudu besar butter
1/2 labu bawang besar - cincang halus
4 sudu besar tepung gandum
400 ml susu cair
200 gram ayam rebus - potong kiub
100 gram lobak merah - potong kiub
100 gram buncis - potong kiub
50 gram kacang peas
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Sedikit daun bawang - potong halus
100 ml krim pekat - untuk masakan

Bahan Gliss :
1 biji kuning telur - pukul ringan

Cara Membuat :
Inti : panaskan butter. Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung. Kacau hingga berketul tuang susu cair. Tambahkan ayam, lobak merah, buncis, kacang peas, garam, serbuk lada, gula pasir dan serbuk pati ayam. Kacau sehingga adunan meletup - letup. Masukkan krim dan daun bawang. Kacau rata. Ketepikan.

Kulit Pai : kacau marjerin, gula, garam, air ais dan kuning telur. Kacau rata. Masukkan tepung gandum dan baking powder sambil di ayak. Kacau sehingga berketul. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 m.
Ambil 3/4 adunan. Nipiskan. Masukkan di dalam acuan pai bersaiz 20 cm. Tusuk adunan mengunakan garfu. Oven dengan api bawah dengan suhu 170 C selama 20 menit sehingga 1/2 masak. Sejukkan.

Canai nipis balance adunan. Potong panjang dengan lebar 1 1/2 cm dan di bentuk dengan acuan biskut bentuk bunga. Sudukan bahan inti ke dalam mangkuk pai. Hiaskan dengan potongna kulit pai membentuk jaring. Hias tepi pai dengan adunan berbentuk bunga. Sapu dengan bahan gliss atau kuning telur tadi. Oven lagi dengan api bawah dengan suhu 170 C sehingga masak.

Saturday, May 4, 2013

Rempeyek Kacang dan ikan Bilis


Hello Again!
Pernah makan rempeyek? Kami biasa sebut rempeyek tetapi ada sesetengah orang sebut tempeyek. Setahu saya, mengikut pengalaman, setakat ini ada beberapa jenis rempeyek yang di hasilkan menggunakan bahan asas yang sama, termasuk rempeyek kacang tanah, rempeyek ikan bilis campur kacangpun ada!Semuanya terpulang pada selera masing - masing.

Berikutan keenakannya, kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India. Kini rempeyek boleh dianggap sebagai kuih 1 Malaysia. Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan  masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.

Rempeyek Kacang dan ikan Bilis
100 gram tepung beras
100 gram tepung jagung
200 ml air / santan cair - mungkin perlu di tambah untuk adjust kecairan adunan
2 ulas bwg putih - ditumbuk lumat
1 biji telur 
Garam dan gula secukup rasa
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis -  jika suka


Bahan dikisar kering:
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu bear ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis

Cara Membuat :
Ayak tepung beras dan tepung jagung. Satukan kesemua bahan lain ke dalam tepung kecuali kacang tanah dan ikan bilis. Kacau hingga sebati.  Panaskan minyak secukupnya dengan api yang sedang.
Ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalan acuan rempeyek, pusing hingga adunan nampak kemas
dan nipis Segera taburkan kacang dan ikan bilis. Masukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Biar
sehingga kepingan rempeyek lekang dan meluncur sendiri ke dalam minyak gorengan. Goreng hingga
kacang masak dan kepingan rempeyek garing.




REMPEYEK NIPIS
Adonan kena cair. Selalunya pembuat rempeyek merasa tak percaya , rempeyek dibuat dari adonan yang sangat cair. Sehingga mereka menambahkan tepung beras dan tepung ubi lagi.  Rempeyek boleh jadi nipis karena dibuat dari adonan yang cair dan ringan


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi