Nuffnang

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Sunday, June 7, 2015

Mari Pekena Laksa Penang!!


Assalam buat semua. Harini kita ada buat Laksa Penang, sebab ada permintaan dari anak - anak yg sedang cuti sekolah. Kalau dapat makan laksa ini, memang tak ingat dunia. Tak sentuh nasi pun tak apaa. Rasanya memang ramai yang gemarkan laksa ini kan. Salah satu sebab mengapa laksa ini menjadi kegemaran saya sebab nak buat pun mudah.


Laksa yang saya buat ni ada letak sedikit buah keras dan juga lengkuas.. terasa nak makan lagi ini. Jom pengemar - gemar laksa, kita buat Laksa Penang yang mudah dan insyaAllah sedap.

Laksa Penang
1 Bungkus Laksa
1 kg / 6 - 7 ekor Ikan kembung / Ikan Sardin @ Ikan Selayang ( Saya prefer Ikan Sardin @ Ikan Selayang sebab isinya banyak dan juga rasanya lebih manis. )
1 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kering / cili kisar
2 - 3 biji buah keras
2 cm lengkuas - di ketuk
8 - 9 keping asam gelugor
2  biji bunga kantan - dibelah 2
1/2 ikat daun Kesum
Air Rebusan Ikan / Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :
Timun - dihiris
Salad / Kobis - dihiris
Bawang besar - dihiris
Limau kasturi - dibelah dua.
Daun pudina - dihiris
Cili padi - dihiris
Nenas - dipotong dadu.
*Ada yang suka letak Petis atau otak udang kan. Jadi boleh lah letak.

Cara Membuat :
Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam / biasa. Kemudian, baru ikut rebuskan laksa ke atas dapur ya. Ikan pula, kita rebus dan ambil isinya. Sebaiknya air rebusan ikan itu kita tak payah buang. Kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. Jadi kita asingkan terlebih dahulu.
 
Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan dan kita blend pula tulang ikan dan tapis airnya. Kisar bawang besar,buah keras, belacan dan cili kering / cili kisar bersama air rebusan ikan tadi. Masukkan dalam periuk bahan - bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, lengkuas, daun kesum dan juga bunga kantan. 

Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih buat seketika. Kita masak kuah laksa dengan api yang perlahan ini supaya, kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. Tak cepat basi. Masukkan garam dan penambah perisa. Sudah siap. Bolehlah anda, menjamu selera. Mudah kan.



Saturday, October 19, 2013

Mee Kari Ala Nyonya


Salam petang buat semua, seperti kebiasannya kalau hari cuti inilah masa untuk mencuba resepi atau menu yang berlainan. Harini saya buat mee kari ala nyonya untuk hidangan di rumah! Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan di sebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon atau limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Hmm, tergoda tak?

Mee Kari Ala Nyonya
2 keping besar dada ayam -  dipotong kecil, cuci dan toskan
1 bungkus tauhu pok
Sedikit daun kesum
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan pati santan
2 biji kentang, rebus hingga empuk dan lecek halus
3  camca besar penuh rempah kari daging Baba's
1 kiub pati ayam
1 kuntum bunga kantan - belah 2
Air secukupnya
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus :
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1 sudu besar udang kering
1/2 inci kunyit hidup

Bahan Sampingan :
Mi kuning, dicelur dan toskan
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan daun bawang / daun sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Telur rebus, dibelah 2
Belahan limau kasturi
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan

Cara Membuat :
Untuk kuah :  Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan dan juga daun kesum tadi. Kemudiann masukkan kiub ayam (jika guna), air asam jawa, kentang lecek dan pati santan. Kacau rata, bila mendidih masukkan tauhu pok. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga ayam lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Cara menghidang mee kari nyonya : Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk yang sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan sawi, taugeh, telur rebus, hirisan cili merah, hirisan daun sup / daun bawang, bawang goreng dan juga limau kasturi. Hidangkan panas.....meletopp!

Friday, September 6, 2013

Penang Char Hor Fun


Selalunya kalau singgah di gerai makan semestinya saya akan order char hor fun ini, boleh di katakan juga sebagai menu feveret keluarga! Di hidangkan panas - panas memang tersangatlah sedap! Makan sepinggan memang rasa tak cukup kadang - kadang rasa macam nak tambah lagi. Hehe.
Hidangan ini cukup femes di Malaysia dan juga Singapore. Pernahkah rakan - rakan mencuba  sendiri membuatnya di rumah? Kalau belum, apa kata kita belajar bersama - sama! Cukup mudah dan rahasia untuk melezatkan lagi char fun ini, selepas siap di masak kena hidang dengan segera! Selamat memasak kawan!!

Penang Char Hor Fun
500 gram kuetiaw
1 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak masak
3 cawan air /  rebusan udang / ayam
1 pokok sawi - di potong
50 gram udang
1 peket fish cake - digoreng dan potong
1 biji telur
Sedikit carrot - potong bulat
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 biji cili merah - potong memanjang

Bahan sos :
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap ikan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air - larutkan

Cara Membuat :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw dan kacau, masukkan kicap  dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Ketepikan sekejap. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih bersama cili merah potong kacau goreng.

Masukkan air / air rebusan, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, masukkan kicap manis, kicap ikan, serbuk lada, sos tiram garam dan gula. Masukkan sayur sawi dan carrot, kacau.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit.

kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih masukkan fish cake dan udang. Kacau sekejap. Pecahkan telur dan masukkan kedalam kuah tadi, kacau  bentuk bulat menggunakan copstik dan terus tutup api dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi. Hidang semasa panas!


Sunday, February 17, 2013

Mie Udang Yang Best


Anak - anak masih berkumpul di rumah lagi sempena hari raya cina. Masih riuh, tak lama lagi akan terasa sunyi pulak kerana hari isnin ni diaorang akan sibuk lagi dan kembali ke sekolah! Menu harini saya buatkan mie udang untuk anak - anak di rumah. Stok udang memang dah ada di dalam peti ais, jadi tinggal masak dan buat saja. Resepi mie udang di Pulau Pinang memang sangat mementingkan kesegaran udangnya, barulah terasa sedap kuah nya!

Mie Udang Yang Best
1 peket mee kuning ~ dicelur sekejap & tos
500 gram udang segar saiz besar / sedang ~ potong sesungut & kakinya
( kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan )
1 ½ jug air atau ikut kepekatan kuah yang di inginkan
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
1 ½ sudu besar gula*
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
3 sudu besar cili kisar

Bahan dikisar (A) :
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya

Bahan dikisar (B) :
2 biji kentang sederhana besar ~ direbus hingga empuk & potong kiub
1 biji ubi keledek merah saiz sederhana ~ di rebus empuk
6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya

Bahan tambahan :
Telur rebus,cili merah potong, limau kasturi, hirisan daun bawang, tauhu goreng dan tauge yg
di celur sekejap.

Cara Membuat :
Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak. Masukkan bahan kisar (B) & tambahkan air . Kacau rata & biarkan seketika. Masukkan bahan
bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan udang. Rasa kuah biar secukup rasa , kacau2 kejap & padamkan api. Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.

Wednesday, December 5, 2012

Kuey Teow Kantonis



Hari ini cuaca lembab. Teringin nak makan menu yang berkuah dan panas! Rasanya memang ada benda nak buat hari ini, resepi ni lama terperap dan hari ini baru ada masa lagi nak mencuba. Kalau tak cuba tak tahu, kan? Ok. Resepi saya tengok di sini. Memang best di makan semasa panas. Dan sesuai sangat kalau ada kanak - kanak dekat rumah tuu, menu ni memang tidak  pedas! Ok. Jumpa lagi dengan resepi yang berbeza.

Kuey Teow Kantonis

Jika menggunakan kuey teow yg basah - celur sekejap
200 gm udang basah - kopek kulit
250 gm isi ayam - dihiris
3 keping fish cake
5 ulas bwg putih - diketuk lalu dicincang halus
1 cm halia muda - hiris halus memanjang
1/4 labu bawang besar
2 pokok sawi
½ cawan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak @ secukupnya
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
lada sulah secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam utk tabur
1 cawan air rebusan ayam
2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya ( saya tak buat )
air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak)



Cara Membuat :
Panaskan 2 sudu minyak biasa & 1 sudu minyak bijan dlm kuali.Tumiskan bawang putih, halia hingga agak garing ( jgn sampai jd coklat tua) dan masukkan pula bwg besar, tumis seketika. Masukkan isi ayam & sedikit air dan garam dulu, msk seketika. Masukkan air secukupnya dan serbuk pati ayam. Masukkan air tepung jagung, serbuk lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Kacaukan agar tak bergentel. Biarkan mendidih. 

Masukkan tauhu, sayuran2 tadi dan udang, biar seketika hingga sayur sedikit layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih. Akhir sekali masukkan telur dan di  kacau skit.Tuang kuah ke atas kuey teow yg dicelur / rebus tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau.  

Wednesday, May 2, 2012

Mie Bandung Simple



Salam. Berkesempatam lagi memasak untuk family hari ini. Masak yang simple aje. Bahan - bahan pun guna yang mana ada di dalam peti sejuk,  je. Orait kalau berminat boleh semak resepinya, ya!

Mie Bandung Simple
100 gram mie kuning
50 gram udang atau ayam
10 gram fishball
10 gram fish cake
1 cawan stok ayam atau udang
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - kisar halus
3 ulas bawang merah - kisar halus
Sedikit garam dan gula
Minyak sayur untuk menumis
Sedikit taugeh, sawi ataupun kobis - di potong kasar

Bahan Hiasan :
Cili merah hiris
Bawang goreng

Cara - Cara :
Tumiskan udang / ayam, fish ball dan fish cake dengan sedikit minyak sayur. Masukkan bawang putih dan juga bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacaukan sekejap.

Masukkan stok ayam atau udang. Masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah rasa. Masukkan mie kuning dan juga sayuran. Akhir sekali pecahkan telur. Hidangkan bersama bahan - bahan hiasan.

           

Saturday, January 14, 2012

Mee Rebus Mamak



Meh, pekena mee rebus mamak !! Tapi yang ini bukan kedai punya, buat je kat rumah. Pasai hari itu jalan - jalan rumah mamak Haji teringin nak buat sendiri di rumah. Resepi depa pun macam - macam ada, dari nasi tomato, ayam masak merah, capati dan banyak lagi. Pilih je mana yang berkenan dan cuba ya!

Bahan - bahannya :
100 gram sotong kering di  rendam dan bersihkan, rebus sehingga lembut isinya. Tapis dan
simpan air rebusan sotong.
100 gram udang kering di rendam dan bersihkan
1 kg ubi keledek  yg berwarna oren. Buang kulit dan di rebus dan lenyekkan.
sedikit cilli kering - ikut kepedasan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
10 keping biskut marrie untuk pemekat kuah.

Cara buat kuah : kisar cili kering, udang kering dan biskut marrie sehingga halus. Panaskan periok dan masukkan hasil kisaran. Tambah air rendaman sotong yang di simpan. Tambahkan air 1 liter dam masukkan ubi yg telah di lenyek dan kacau sehingga sebati.

Bila kuah telah mendidih masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan gula garam secukup rasa. Jaga kepekatan kuah. Bila kuah telah mendidih kecik kan api.

Bahan Untuk Penyediaan Mee :
1 kg mee kuning. Mee perlu di celur ke dalam air panas. Keluarkan mee dengan penapis dan
masukkan kembali ke dalam besin yg di isi air sejuk dan toskan mee dalam penapis.
250 gram tauge - dicelur dengan air panas, toskan  
4 keping tauhu - di goreng dan di potong
4 biji telur - di rebus dan di potong dua
Limau kasturi  - di belah dua
Daun sup dan daun bawang -  di hiris halus
Bawang goreng untuk di taburkan di atas mee
Isi sotong yang direbus

Note : saya tambahkan beberapa ulas bawang kecik dan sebijik bawang besar semasa mengisar cili kering.  

                                                         

Friday, July 8, 2011

Phad Thai Noodles



Ada  banyak kulineri yang sensasi dan lazat untuk kita cuba. Semuanya sesuai untuk sajian keluarga. Masih mencuba resepi ala Thai. Olahan resepi cukup mudah. Untuk bahan - bahan pelengkapnya boleh di sesuaikan dengan citarasa.

Bahan - bahan :
1 bungkus kuey teow kering
1 ketul tauhu putih, potong dadu
3 ketul bebola ikan, potong 3 bahagian
150 gram udang
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 sudu makan udang kering, celur dan ketuk
100 ml stok ayam
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh kicap masin
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
2 biji telur - pukul ringan
2 sudu makan kacang tanah - sangai dan cincang kasar
5 tangkai kucai, potong panjang
50 gram tauge
1/2 sudu makan air asam jawa
1 biji limau nipis - untuk pelengkap

Cara Membuatnya :
Rendam kuey teow kering dalam air sejuk sehingga agak lembut. Angkat dan toskan. Tumis bawang putih dan udang kering sehingga terbit aroma. Masukkan udang dan bebola ikan. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan tauhu putih. Kacau rata.

Masukkan kuey teow, kicap ikan, kicap masin, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata. Tuangkan stok ayam. Masak sehingga menyerap. Ketepikan ke tepi kuali. Masukkan telur.

Kacau sehingga berbutir. Masak sehingga matang dan kering. Masukkan kacang tanah cincang, kucai dan tauge. Kacau rata. Tuangkan air asam jawa. Kacau lagi. Hidangkan bersama limau nipis.


                                                                                                     

Saturday, July 2, 2011

Mee Udang Jawa



Bercerita tentang mee, sungguh terdapat pelbagai jenis mee. Mee kari, mee rebus
dan banyak lagi. Resepi mee yang akan saya kongsi hari ini mempunyai rasa dan
keunikkan yang tersendiri, tak percaya ? Jom mencubanya di dapur ! 

Bahan Penyediaan Mee :
1 bungkus mee kuning
20 gram taugeh - dicelur
5 keping tauhu - digoreng
Daun bawang, cili merah dan limau nipis untuk hiasan

Bahan A ( di mesin ) :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 tangkai cili kering

Bahan  B :
10 ekor udang sederhana besar
50 gram udang kering - ditumbuk
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tomato
100 gram ubi keledek -  direbus dan kisar
50 gram sayur sawi
Minyak untuk menumis
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan masukkan bahan A dan tumiskan sehingga naik bau. Bancuh
serbuk kari dan masukkan bersama udang kering, masak sehingga pecah minyak.
Setelah mendidih, masukkan air secukupnya, udang dan kacau untuk seketika.

Kemudian masukkan ubi keledek, gula perang, sawi dan sos tomato serta sedikit
garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Hidangkan mee
bersama taugeh,  telur rebus,  tauhu goreng dengan hirisan daun bawang, cili
potong dan sedikit air perahan limau nipis.

          

Friday, June 3, 2011

Mee Goreng Warisan



Mee biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi dan juga hidangan minum petang. Namun, seiring dengan peredaran zaman, makanan ini kini boleh di nikmati pada bila-bila, tidak kira pagi, tengahari, petang ataupun tengah malam sekalipun!!

Bahan -  bahan :
1/2 kg mee kuning -  dibasuh dan toskan
3 sudu besar minyak untuk menumis
50 gram isi ayam / sotong / udang
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula pasir
50 ml air
20 gram sayur sawi
20 gram taugeh
2  biji tauhu - digoreng dan dipotong
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh kicap ikan

Bahan dimesin / kisar :
6 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan yang dikisar. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap ikan, serbuk pati ayam dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit gula dan perisakan dengan garam.

Masukkan isi ayam / sotong. Kacau sekejap. Masukkan mee kuning, sayur sawi, taugeh, tauhu dan kacau sebentar. Akhir sekali taburkan bawang goreng semasa menghidang, jika suka.

                                                                                 

Sunday, July 11, 2010

Kuey Teow Goreng Cina


Bahan A :
100 gram kuey teow

Bahan B ( di mesin ) :
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
Sedikit halia
1 biji buah keras
1 genggam udang kering

Bahan C :
100 gram tauge
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 cawan air
2 biji telur - di pukul sedikit
5 ekor udang basah
Sedikit isi kerang
Sedikit daun kucai - dipotong 2 cm

Bahan D :
2 sudu besar light soya sauce
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar dark soya sauce
1 sudu besar sos ikan
Garam  dan gula secukup rasa
( Bancuh semua bahan - bahan ini di dalam sebuah mangkuk kecil sebelum mula
memasak )

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan  bahan B tadi dan masak sehingga garing. Masukkan kuey teow, udang kering dan isi kerang dan goreng sebentar. Masukkan bahan D dan gaul hingga sebati. Masukkan telur yang dipukul tadi dan goreng lagi sehingga sebati. Akhir masukkan garam, gula, kucai dan tauge dan gaul sebentar. Hidangkan Panas.


Sumber : The Cook                          

Wednesday, May 26, 2010

Mi Sedap Tim Ayam


Mi Sedap Tim Ayam
2 bungkus mi sedap sambal goreng, rebus selama 3 minit lalu tuskan
Perencah mi sedap mi sambal goreng
200 gram daging ayam  -  dipotong dadu
2 sudu besar minyak goreng
1 sudu kecil bawang putih - dipotong halus
1 sudu besar bawang besar - dipotong halus
1 tangkai daun bawang - hiris nipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 sudu kecil minyak bijan
200 ml santan pekat
2 biji telur

Cara Membuatnya :
1. Kacau sebati mi bersama santan dan telur. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi. Masukkan semua perencah mi sedap sambil dikacau, masukkan daun bawang, kicap manis, kicap masin, daging ayam dan minyak bijan.

2. Sediakan mangkuk kecil, sapukan minyak. Letakkan 2 sudu besar daging ayam berperencah, lalu atur mi diatasnya. Kukus sampai mi padat.



Thursday, April 1, 2010

Char Kuey Teow Penang


Beberapa hari yang lalu ada beli kuey teow, dah terperap dua hari ini di dalam peti sejuk, so hari ini cadang nak masak char kuey teow ala Penang. Char kuey teow ni memang feveret anak - anak apalagi kalau ada letak kerang sikit memang sangat sedap! Mula - mula kita kena buat kicapnya dulu, kalau tak nak buat pun beli yang dah siap rasanye pun ok jugak. Meh kita semak resepi kat bawah ini..

Bahan Paste
200 gram udang segar
4 ulas bawang putih, diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
250 ml air

Untuk Mee
300 gram kuey teow
1 sudu besar cili boh
Udang atau kerang secukupnya
Sedikit kucai dan taugeh
2 biji telur

Cara Membuatnya :
Untuk membuat paste: rebus udang  dan air, bila udang hampir masak angkat udang dan  toskan airnya. Air rebusan jangan di buang. Campurkan semua bahan untuk membuat paste dengan air rebusan udang tadi.  Renehkan hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api  biarkan paste menjadi sejuk dan boleh di simpan di dalam fridge.

Untuk Char Kuey Teow : tumiskan cili boh sehingga garing, masukkan dalam 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yang telah di rebus tadi. Biasanya char kuey teow agak berkuah masukkan sedikit air dalam 1/2 cawan. Sesudah mendidih  masukkan kuey teow, kucai, taugeh kacau rata. Pecahkan telur, kacau goreng sekejap dan bolehlah di angkat.

Thursday, February 4, 2010

Mi goreng segera


Bahan - bahan
2 bungkus mi segera perisa kari
Perencah mi segera
1 labu bawang besar dimayang
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap pekat
fish cake dan sosej digoreng
Sebutir telur

Cara memasaknya
1. Masukkan mi segera kedalam air mendidih pastikan mi yang di rebus tidak terlalu lembik. Tumiskan bawang besar dengan menggunakan sedikit minyak setelah kekuningan, masukkan perencah mi segera.

2. Masukkan cili kisar, sos cili, kicap pekat dan diikuti dengan sebutir telur. Masukkan mi yang telah direbus, sosej dan fish cake, kacau sebati. Hidangkan panas.

Wednesday, February 3, 2010

Mi Bandung


Bahan - bahan
300 gram mi kuning
100 gram bawang merah dikisar
80 gram bawang putih dikisar
60 gram halia dikisar
40 gram cili kering dikisar
200 gram udang kering
180 gram pes tomato
100 gram isi udang
100 gram isi ayam
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya
Mi kuning dicelur dan diasingkan. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan pes tomato dan kacau perlahan.


Masukkan pula udang kering, bersama isi ayam dan isi udang. Tambahkan air jika perlu. Kacau perlahan - lahan sehingga mendidih. Sedia dinikmati.

                                         

Tuesday, February 2, 2010

Kuetiau goreng Pulau Pinang


                                 
Bahan - bahanya :
Minyak masak untuk menumis
80 gm udang, di buang kulit
10 gm bawang putih, dicincang
20 gm sambal belacan
1 biji telur
150 gm kuetiau
30 gm bebola daging
30 gm daun kucai
30 gm tauge
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan goreng udang untuk beberapa saat. Bubuh bawang putih, sambal belacan dan kacau sehingga wangi. Pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan kuetiau, bebola daging dan gorengkan
untuk seketika. Masukkan daun kucai, tauge, garam dan lada sulah, kacau rata sehingga masak. Hidangkan panas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi