My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Dessert/pudding/jelly. Show all posts
Showing posts with label Dessert/pudding/jelly. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Puding/Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum dan slm sejahtera...
Kejap ada, kejap tak de ida ni kan.....bz memanjang huhuuu. Hari nk post satu resepi biasa2 je, tapi yummy tau...sekadar syarat utk aktifkan blog yg semakin kusam ni huhuuu...resepi skodeng kt blog kak Ummi Kuantan.

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : NotabiliaSumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-

  • Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  • Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  • Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  • Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  • Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)



Kalau mkn cam ni, lagi mabeless!

Monday, September 19, 2011

Tauhu Fa Longan

Salam buat semua.........tauhu fa ni sangat sedap! Ida beli tauhu lembut yg siap dlm peket, balik rumah ida letak longan, air gula melaka + air longan.( kemanisan ikut selera masing2 la)..fuhhhh, cuaca panas2 mmg best sgt bila pekena menda ni. Tapi cuaca kt Japan ni dah mula sejukkk....summer akan pergi, autumn akan kembali semula. Hari tu ida ada bawa tauhu ni ke majlis hari raya group kami kat sini.
Saper2 dok Japan, boleh dapatkan di pasaraya EON.( Jusco, Max Value ). Mekasih banyak2 kepada E-na ( Lovely Kitchen ) yg memperkenalkan tauhu ni.
Resepi tak yah letak la ye....tauhu lembut tu pun ida beli yang segera...balik umah letak air gula melaka + sedikit air longan & buah longan. Dessert yang sedap!!

Wednesday, August 17, 2011

Fruit Jelly

Salam kembali dgn tayangan jelly yg enak ini. Rasanya dah ramai mencuba fruit jelly resepi Yani kat  MyR dulu. Ida baru nak cuba. Tak berapa comei ahh......tapi boleh buat 'tipah tertipu' tau. Ida jadikan dessert berbuka 2 hari lepas. Ayat en.asben " Ngaper pelik buah oren ni " ha..ha..ha kan dah tertipu dah tu. Ayat ida " tu jelly la " dan bla..bla..............

Resepi korek kat dapur Kak Nor cayang. Resepi asal Yani kat MyR boleh tgk SINI. Ida ikut lebih kurang yani buat tapi ida doublekan adunan.. Anyway mekasih banyak2 pada dua2..Izinkan ida letak resepi kat sini pulak ye

FRUIT JELLY by Yani MyR( boleh ikut cara asal yg ni @ cara K'Nor kt bawah )


Bahan-bahan ( 2 orang ) ida doublekn resepi kt bawah 
  • 2 biji limau- large size ( ida guna oren ) 
  • 4g serbuk agar-agar 500ml air + jus limau( ida letak fresh orange juice, ready made orange juice & air total 600 mls ) 
  • 50g gula 
  • secubit garam 
Cara:
  • Potong bahagian atas limau. 
  • Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal) * kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya.

Cara K'Nor Secubit Garam, nak tgk step by step K'Nor buat klik jer kt link tu.
Bahan:

  • 5 biji limau- large size 
  • 10g serbuk agar-agar
  • 500 mls air + jus limau
  • 7 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
Cara:
# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)





Jelly yg masih belum dipotong.....cam real kan!
Psstt : Komen n3 sebelum yg belum terjawap...insyaallah nanti ida cuba reply k...minta maaf banyak2 dari ida

Wednesday, August 10, 2011

Apple Tart


Salam ramadhan ke - 11 sume....baru jer n3 'Three Layer Cheesecake' tadi. Ida nk share apple tart yg ida buat beberapa hari lepas. Utk crust tu ida amik resepi crust yg ida buat Fruits Custard Tart lepas.Tart ni ida bawa ke maljlis iftar group kami Ahad lepas
Kesian kat kita kan......baru pandai nak upload pic besar2 kt blog. Lepas E-na, Lovely Kitchen bg tutorial, kita dh pandai upload pic besor2 dh.....tuuu dia, sampai jerawat batu pun leh nmpk ni. Apa2 pun kita suka tgk.
Sekali lagi mekasih byk2 ye na....saper yg masih tak tahu boleh la rujuk kt Lovely Kitchen k. FOC jer kata e-na heeeee



Resepi Tart Crust / Tart Shell
Resepi : Azita Kitchen...tqvm
Sumber : K'Azlita, Masam Manis.... tqvm
Bahan-bahan : ( buat 1/2 dr adunan )
  • 170gm marjerin ( ida guna butter )
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul marjerin/butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.( ida canai leper dahulu, baru tekan kedlm acuan tart) Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.(utk crust ni ida bakar lebih kurang 12 minit jer sbb selepas letak topping kita akan bakar sekali lagi)
  6. Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan
  7. Menurut k'ita,Masam Manis...utk mendapatkan doh yg baik, masukkan doh di dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman (ida letak dlm 1-2 jam, baru dibentuk)
  8. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
TOPPING ( resepi  Happy Cooking Time )
  • 1 biji epal besar / 2 biji kecil ( ida pakai epal merah )
  • 2  sd besar gula ( nk lebih manis boleh lebihkan )
  • 1 sdb madu
  • 1/2 sdb butter
  • 2 sdb tepung jagung....dibancuh dgn sedikit air
  • Sedikit mix dry fruits, walnut dan coklat chips
  • Sedikit serbuk kayu manis / cinnamon...optional, kalau tak suka bau dia tak perlu letak
  • 1/4 cwn air
CARA:
  • Masukkan gula, butter dan air ke dlm kuali...cairkan
  • Masukkan pula bancuhan t.jagung....kacau cepat supaya tdk b'ketul
  • Masukkan pula epal yg dihiris nipis serta madu...masak sampai agak2 dah kering.Tutup api.
  • Biar suam sedikit baru tuang ke atas crust tadi....ratakan dan tekan2 sedikit.
  • Taburkan mix fruits, walnut dan coklat chips.....akhir sekali sprinkle dgn sedikit serbuk cinnamon
  • Panaskan oven terlebih dahulu, bakar tart dlm suhu 170 C selama 15 minit.
  • Tunggu sejuk sedikit baru potong.


Thursday, August 4, 2011

Fruits Custard Tart


Selamat malam sume!!!......sebelum titon ida nak n3 satu dessert buka puasa yg lazat smlm ala2 moden gitu. Layan selera tekak bulan puasa, mcm2 tehingin. Sebelum berjinak dgn dunia blogger, pernah buat sekali dulu.....ada gambarnyer tempek kt fb, tapi ida tak buat resepi yg ni, resepi yg dulu, ida dah tak ingat dari mana ida amik.
Untuk tart shell/crust ida amik resepi dari dapur K'Azlita, Masam Manis resepi asal dari Azita Kitchen ( dari Resepi dan Tips Cheese Tart ). Untuk tengok gambar yg detail, bole jenguk dapur akak2 tu ye. Untuk kastardnyer pulak ida amik kt dapur DTS, CMG, resepi asal dari Kak Ida 1001 Resepi. Apa-apa pun ida ucapkan jutaan terima kasih kpd semuanya di atas sumbangan resepi yg sedap dan lazat ini. Izinkan ida share kt sini plak k.
Dulu masa kat Mesia, teringin sgt nak tahu cammana nak buat fruits tart ni, sbb ida suka sgt....ye la, dulu2 kureng ada sumber, lagipun masa nak menerai buat pun tak der....kalau beli MAHAL kan



Tart Crust / Shell
Resepi : Azita Kitchen
Bahan-bahan :

  • 170gm marjerin ( ida guna butter )
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :

  1. Pukul marjerin/butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.( ida canai leper dahulu, baru tekan ke dlm acuan tart) Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.(bakar lebih kurang 20 - 24 minit)
  6. Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan
  7. Menurut k'ita,Masam Manis...utk mendapatkan doh yg baik, masukkan doh di dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman (ida letak dlm 1-2 jam, baru dibentuk)
  8. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
KRIM KASTARD
Sumber : DTS, CMG

Bahan KASTARD:( ida buat 1 1/2 dari resepi di bawah )

  • 1 1/3 cawan susu rendah lemak
  • 2 camca besar tepung kastard (bird custard)...ida guna jenama Nona
  • 2 camca besar gula
  • 1 camca teh mentega
  • 1 camca teh esen vanilla
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk.
  • Kacau rata dengan whisk, kemudian jerang dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat.
  • Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan tutup periuk dengan tudungnya. Ini mengelakkan custard berkepala pada permukaanya.
TOPPING BUAH:
*Boleh guna buah segar ( dipotong kecil2)/buahan dlm tin

CARA HIAS FRUITS CUSTARD TART:
  • Untuk lebih senang, masukkan cream kastard ke dlm piping bag yg diletak noozle
  • Ambil tart shell/crust tadi, paipkan kastard secukupnya. ( ada juga resepi yg letak coklat cair pd dasar tart shell sebelum dipaipkan kastard )
  • Susun buah-buahan.
  • Ida paipkan sedikit fruits sauce ke atasnya.SIAP dan simpan di dalam peti, biar sejuk lebih sedap sebelum dihidangkan


Acuan tiga segi ni aje la yg jumpa, yg bulat tak jumpa la kat Japan ni, ada pun besar gedabak..tapi 3 segi pun cute kan.

Tuesday, August 2, 2011

Puding Tembikai dan cerita ceriti anak2 berpuasa


Salam 3 ramadhan buat semua.........baru berkesempatan untuk bersiaran, dah masuk tiga hari kita menjalani ibadah puasa, semoga kita dpt menempuh hari2 yg berikutnya dgn sempurna.
Bila masuk bulan puasa ni, tugas ibu2 tetap sama cuma rutin sahaja yg berubah...bangun seawal pagi untuk menyiapkan hidangan sahur dan awal petang sudah berperang di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka pula.
Apakah juadah yg lazat akan disediakan oleh para ibu untuk hari ni ye? Bila bulan puasa ni, selera mcm berubah sikitkan, macam2 terasa nak makan. Ida pun tengah pikir???? Apa nak masak hari ni. 2 org anak ida baru mula belajar berpuasa, Tina tahun ni dh masuk 6 tahun, alhamdulillah 2 hari lepas penuh puasa dia, Aqil 5 tahun juga teringin nak belajar puasa, sbb apa tau, abah dia nk bagi upah sape yg puasa, pagi2 dia turut sama bersahur, bekal nasi tak mo bawak, siap suruh kita bagitau kat cikgu dia, yg dia posa.....TAPI boleh percaya ke idak budak ni...Semalam katanya dia tak mkn dan tak minum pun kt tadika. Tak per la, belajar posa 1/2 day pun jadi la. Kakak Sara 8 tahun pulak dh kali ke - 2 belajar posa, tahun lepas byk hari yg posa la, dari yg tinggal. Harap2 tahun ni, penuh puasa dia......kali ni pun nmpk dia lebih steady sikit berpuasa berbanding tahun lepas.
Bagi yg tinggal di M'sia, rata2 bazar ramadhan ada, yg menjual pelbagai jenis juadah,. Bagi ibu2 yg bekerja, mungkin tidak ada kesempatan utk menyediakan b'mcm bagai juadah utk berbuka. Tidak salah jika dibeli aja kn.

Berbalik pula pada 'Puding Tembikai' ni, memang dh ramai yg mencuba, ida jer baru try, kita ni mmg selalu ketinggalan ke belakang bak2 menerai ni, awal2 dah masuk list, cuma nk buat tu adehhh, mcm2 alasan!!......sedappp puding ni,. Resepi copy dari dapur Ika, Arah..mekasih byk2 ye dear...halalkan k'ida cnp resepi & share kt sini pulak k. Ida ikut yg asal..

Copy resepi dari : Ika ( ARAH )

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

  • 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air)
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
  • sedikit pewarna hijau /merah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau( ida letak bijan hitam) tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.


Potong mcm potongan tembikai ........

Sunday, July 24, 2011

Eggless Caramel Pudding


Salam dipetang Sabtu, ida tak boleh cakap banyak, manyak sibukkkk........ptg ni ida nak n3 satu resepi puding yg sedapp dan tak muak dimakan, pas tu jimat telur..of coz rasa tak sama dgn yg ada telur, tapi sedap jugak, light jer taste dia. Resepi amik kat dapur Kak anim ( My kitchen ). Mekasih byk2 ye kak, menurut k'anim, resepi asal dari Along Roz@HomeKreation. Halalkan dan izinkan ida copy resepi dan share kat sini ye kak.
Kalau kesempatan malam2 nanti ida b/walking dapur kwn2 k.


Saiz: 9" Round ( ida bekukan dlm acuan kecil2 )
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel ( ida buat 4 sb utk jadi
kan kuah sekali )

10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur

CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.( ida hanguskan dlm non-stick pan, apabila gula dh keperangan, ida letak sikit air )

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.( ida letak lebih kurang 1 sudu teh karamel ke dlm setiap acuan kecil2, baru tuang puding yg telah dimasak tadi )

Sejukkan dlm peti ais.


Monday, July 18, 2011

Cendol Special

Bagi Ida dah cukup special dah ni....maklum la, benda2 yg susah nak dapat kat Japan ni, amat special pada kami, nak-nak musim summer yang semakin hari semakin panasss.
Hari tu dah buat pakai tepung beras Jepun, lembut sangat jadinya, tepung beras Jepun tak sama ngan M'sia punya...ye la, nasi dia pun lembut. Kali ni buat lagi TAPI ida try pakai tepung Katakuriko ( tepung ubi kentang )..adik beradik tepung ubi la juga ni. Ok la, dia kenyal2 sikit. Kalau la ada stok t.beras M'sia ni, mesti lagi sedappp
Kalau nak tgk yg buat dgn tepung beras klik SINI

Kali ni, yang tak der cuma pulut.....tak buat, Tapi yg specialnya, ida parut ais cam nak buat ABC tu....Emmmmm.......sedapnyer!!!! Sejuk, lemak, manis dan enak sekali.....................

Nampak tak tekstur cendol ida kali ni......panjang sikit dari yg 1st time buat dulu...Kali ni, ida terpaksa korbankan acuan ROTI JALA utk membentukkan cendol...he.he, ini idea hubby korbankan macammana erk??? Muncungnya terpaksa ida potong kasi pendek, untuk mendapatkan lobang yang lebih besar. Tak per la, sekarang kalau buta roti jala, dah tak pakai acuan tu lagi...ida pakai botol sos/mayonis yang muncung 3 tu jer.
Orang dulu2 pakai tempurung kelapa yg dibuat lobang2 utk membentukkan cendol ni.....masih ingat masa kecik2 dulu, mak pernah buat, skrg jer dh tak buat lagi...senang beli jer kn.

Resepi cendol diolah dari resepi sebelum ni:Resepi asal ( guna tepung beras dari myresepi (siti mariam)...jutaan terimak kasih kpd pemilik resepi asal, minta dimaafkan sbb ida edit sedikit resepi asal ikut bhn2 yg ida ada kat sini

Bahan:
  1. 1 cawan tepung katakuriko/tepung ubi kentang
  2. 4-5 cawan air pandan.....sukatan air terpaksa dilebihkan
  3. secubit garam
  4. 1 sudu kecil air kapur
  5. sedikit pewarna hijau (optional)

Cara-cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan roti jala dan tekan dgn sesuatu yg lebih kecil dan panjang dari acuan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan roti jala tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Resepi air gula dan santan:

Air Gula:
150 gm gula merah ( ida pakai yg Japan, jenis ketul2 kecil )
1 1/2 cawan air @ secukupnya
2 sd besar gula pasir

Cara:
Masak semua bahan di dlm periuk hingga semua larut & sedikit pekat
Tutup api dan biar sejuk

Santan:
1 tin santan pekat dlm tin/400 mls
1/2 sd teh garam

Cara:
Masak semua bahan di dlm periuk hingga mendidih sambil kacau.
Tutup api dan biar sejuk

Bahan lain:
  • Ais ketul diparut seperti nk buat ABC
  • Jagung manis dlm tin
  • Red kidney beans
OK, semua dah lengkap bahan-bahannyer. Sedia utk dihidangkan.


    Jemput makan semua!!!

    Thursday, July 14, 2011

    Cendol Japan Mari

    Salam bertemu kembali.....dapur ida senyap sunyi 2 - 3 hari ni, bukan apa sibuk mcm2 sibuk...salah satu yg bz lak, terpaksa cat balik rumah kita ni....perasan tak?????

    Cendol Japan mari ni mmg menggunakan tepung beras Japan. Huhhuuu.....tak sama ngan tepung beras m'sia rupanya, cendol ku tak pejal. Cendol ku jadi lembut la pulak......bukan ini yg ku diinginkan. Sekadar boleh mkn jer la ni. Cendol kita bentuk cam ulat jer kan, sbb pakai senduk lobang tu jer......
    Sumber resepi cam tertulis kt bawah ye...mekasih banyak2 kpd tuan punya resepi...minta dihalalkan pula ida share resepi kt sini....

    Sumber : My Resepi ( Siti Mariam )..TQVM

    Bahan-bahan ( 4-5 orang )

    1. 1 cawan tepung beras
    2. 3 cawan air pandan
    3. secubit garam
    4. 1 sudu kecil air kapur
    5. sedikit pewarna hijau (optional)

    Cara-cara:
    1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
    2. kacau selalu supaya tidak hangit
    3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
    4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
    5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang...cth cam senduk ida tu
    6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

    Layan diri la ye.........ini saja yg sempat ida hidang, pandai2 ler cedok. Mangkuk dan sudu ada kat dapur. Kira cendol special gak ni..siap ada pulut & jagung cream tau.....kacang merah jer tak der. Oppps !!! lupa lak, ketul ais kt peti k..tuan rumah amat sibuk hari ni...banyak benda lum settle lagi ni...mintak maaf banyak2 dari tuan rumah.

    Monday, July 4, 2011

    Bubur Jagung Durian


    Baru sempat nak bersiaran dgn menu yg simple jer......ni pun menu minggu lepas kot. Kebetulan jagung kat kedai murah sikit masa tu, ida beli 4 pkt, satu pkt ada 2 btg. Isi jagung Japan ni sedapp sangat, manis dan ranggup sikit. Masa dok kikis isi jagung ni, ida siap ratah mcm tu jer....mmg manis dan ranggup la isi dia. Buat bubur cam ni lagi la, tambah sikit isi durian....fuhhhh mabeless.
    Kebetulan dlm freezer ada sikit balance isi durian beli hari tu. Ada dapat sikit rasa dan bau pun jadi la. Itu pun beli isi durian Thai yang frozen.


    Bubur jagung merupakan salah satu bubur kegemaran keluarga ida. Wokey!! tak leh nak cakap banyak.....bila ada kesempatan, insyaallah nanti nak ronda2 mana yang belum dironda.
    Mekasih banyak2 kepada yang sudi ke sini...mmmuahhh!
    BAHAN-BAHAN:
    • 8 batang jagung manis
    • 400 mls/ 1 tin santan pekat dalam tin
    • 700 - 1000 mls air / secukupnya
    • 1 cawan gula /secukup rasa
    • 1 1/2 sd teh garam
    • 2 sb tepung jagung
    • 1/2 cawan isi durian / lebih
    CARA:
    • Jagung dibuang kulit dan dibasuh
    • Kikis isi jagung dengan pisau
    • Masukkan isi jagung ke dalam periuk dan rebus bersama 600 mls air sehingga separuh empuk
    • Masukkan santan dan lebihan air.
    • Masukkan juga gula dan garam....kacau sebati
    • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk...kacau sebati
    • Didihkan lagi sehingga jagung empuk.
    • SEDIA dihidangkan.....makan suam2 panas pun sedap, letak beberapa ketul ais dalamnya pun lagi sedap.

    Sekadar tatapan buat semua pengunjung yang AMAT dihargai...........terima kasih.

    Saturday, June 4, 2011

    Puding Roti Peach

    Dari menu yang berat, kita beralih kepada dessert pulak......basic asal dari puding roti marble blog Cikgu Hana, mekasih ye na...sorry, ida derhaka sikit jadikan puding roti peach dan adjust sikit bahan2 dia. 1 tin buah peach dah dibuka tapi tak pakai2..takut rosak, ida tambah dalam puding ni. Konon2 nak campur dalam ABC, tapi dh terlupa....last2 terbiar dlm peti ais.




    Dah layan gambar2 ..meh kita tgk resepi...senang dan sedap!

    BAHAN: ida pakai cawan sukatannya 200 mls
    • 4 keping roti....ida buang kerak tepi
    • 2 biji telur
    • 8 gm serbuk agar2....ida pakai serbuk agar2 Nona
    • 1 cawan gula..utk rasa manis2 buah, nk lebih manis boleh tambah
    • 500 mls susu segar/susu cair
    • 500 mls air( kalau nk campur air/jus peach dari tin tu pun boleh )..TAPI nk kena kurangkan gula, sbb jus dia dah manis
    • 2 sd besar mentega/marjerin...ida tak cairkan, terus masukkan jer
    • 1 tin buah peach - 1/2 dipotong dadu kecil & 1/2 dihiris nipis.
    • 1/2 sd teh essen vanilla..ni ida tambah
    * Pastikan baca dahulu arahan sukatan air( termasuk susu ) yg diperlukan pada paket agar2, sebab setiap lain2 jenama mungkin berbeza sukatan airnya

    CARA-CARA:
    • Didihkan 500 mls air bersama serbuk agar2 dan gula di dlm periuk....biar semua larut.
    • Blend roti bersama telur, essen vanilla & susu. Kemudian tuang ke dalam periuk tadi dan kacau segera supaya tidak berketul.
    • Masukkan mentega/marjerin, buah peach yg didadu dan kacau. Tutup api.
    • Tuang puding ke dalam bekas, susun hirisan peach. Biar suam sedikit baru sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
    • ATAU Susun sedikit peach yg didadu pada dasar bekas, baru tuang puding.

    Thursday, June 2, 2011

    Bubur Pulut Hitam


    Salam kembali........salah satu bubur feberet kami. Dah lama tak makan sebenarnya. Beras pulut hitam biasanya senang didapati di belah2 Kelantan dan Sempadan Thai seperti di Padang Besar.....sbb asalnya mmg dari Thai kn. Beras ni pun adalah pemberiaan kawan hari tu.


    Jemput makan semua......

    BAHAN-BAHAN:
    • 400 gm beras pulut hitam...direndam semalaman @ 3-4 jam
    • 1 tin santan pekat ( dlm 400 mls ) / pati santan segar...boleh dilebihkan atau dikurangkan sukatan santan
    • 2 sd teh garam
    • 1 ketul/keping gula melaka
    • Tambahan gula pasir secukup rasa
    • Tambahan air lebih kurang 1 1/2 - 2 liter....ikut kepekatan yg diingini
    CARA-CARA:
    • Beras pulut hitam direbus sehingga separuh empuk dgn 1 liter air lebih kurang
    • Setelah agak sudah empuk sedikit, masukkan bahan2 lain kecuali gula pasir.
    • Masak sehingga empuk tapi jangan sampai biji beras jadi kembang....kalau dah kembang kurang menarik jadinya.
    • Perasakan gula secukupnya baru angkat.


    Sunday, September 19, 2010

    Rich Cheesy Blueberry Bread Pudding

    Rich kan nampak.....mmg yummy, cukup rasa cheesenya....mana taknye, habih satu buku cheese ida belasah,...ditambah pula dgn keenakan blueberry( pakai jem je ni ), ditabur pula dengan daduan epal serta cincangan badam...
    Ha..ha,saje je nak bg korang terliur...hi..hi. Sesapa yg cheese lover tu...mmg sesuai bangat la buat puding roti versi ni....versi IdaDdapur he..he
    Buat hari Sabtu baru2 ni...saja ja bawak ke umah kwn yg buat umah terbuka hari tu...satu adunan ida bakar dalam 1 acuan kertas 4 segi...1 lg acuan kertas loaf. Hak yg loaf ni la simpan kat umah utk mkn2 sendiri. Nanti merajuk lak budak2 ni karang kalau tak dpt mkn.
    Beberapa ketul pun ida boleh habih.....hantu cheese gak ni, anak2 lagi la...kakak siap tanya ada lagi tak..frust bila umi dia ckp dah yilek dah....
    Jom la tgk resepi dia....
    Bahan-bahan:

    • 200 gm cream cheese....biarkan seketika di dalam suhu bilik supaya lembut
    • 2 biji telur
    • 20 gm butter
    • 130 gm gula
    • 100 mls whipping krim
    • Air perahan lemon dari 1 hiris kecil lemon
    • 3-4 keping roti
    • Blueberry jem yang mencukupi
    • Sedikit essen vanilla
    • Biskut Marrie yang mencukupi utk base
    • 1 biji epal dibuang kulit dan didadu kecil
    • Badam cincang yg mencukupi / apa2 sahaja kekacang ikut selera anda

    Cara-cara:

    • Panaskan oven lebih kurang 10 minit
    • Pukul cr.cheese bersama gula hingga ringan, masukkan butter, telur, essen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
    • Masukkan pula whipping ceram, air perahan lemon.....pukul lagi
    • Alas bekas / loyang dengan cooking sheet / sapu dengan sedikit butter atau marjerin pada loyang.
    • Patahkan biskut marrie kepada 2. Susun biskut pada dasar bekas pembakar/loyang. Jika masih ada lagi ruang biskut tidak menutupi dasar loyang..patahkan biskut kecil sedikit...tutupkan bahagian yang masih terdedah.
    • Siat2 kan roti kecil2 sambil mengaturnya di atas kepingan biskut yg dlm loyang tadi. Sapu sedikit jem blueberry pada siatan roti yg diatur tadi.
    • Taburkan separuh daduan epal.
    • Kemudian baru curahkan adunan cheese ke atasnya
    • Tabur lagi baki epal, sapu lagi dengan blueberry jem dan akhir sekali taburkan badam cincang.
    • Bakar lebih kurang selama 35 minit dalam suhu 180 C.


    Monday, August 23, 2010

    Bubur Som-Som Pandan

    Ni dessert berbuka petang semalam.....hari ni tak tau nak masak apa pulak.Makan kek aje la....sebenarnya kek dah siap bakar pagi tadi selepas bersahur.
    Resepi copy dari dapur Azita ( Azita Kitchen ) sebab baru terpandang baru-baru ni kat dapur dia ....pernah makan suatu ketika dulu,kawan kat tempat kerja kat M'sia bawak..K'Midah namanya.Sedap & sejuk lemak manis bila makan ni. Sesuai dijadikan dessert semasa berbuka dan sesuai pada musim panas ni. Kalau letak seketul 2 ketul ais lagi sedap & nyaman. Thanks ye ita,ida letak resepi kat sini pulak ya...senang nak rujuk nanti
    Bahan-bahan:( sukatan yang sesuai untuk ida sekeluarga..tak lebih dan tak kurang )
    • 1 cawan tepung beras
    • 4 cawan santan/boleh ganti dgn kisar daun pandan & tapiskan......ida pakai 2 cawan santan dlm tin + 2 cawan air
    • 1 sd teh pandan emulco...ida tak letak,cuma gantikan dengan 1 helai daun pandan disimpul
    • secubit garam
    • Ida tambah sedikit pewarna hijau
    Cara-cara:
    • Masukkan bahan ke dalam periuk,kacau sebati....ida kacau pakai whisker
    • Masak dgn api yang sederhana besar sambil mengacau hingga mendidih dan pekat
    • Setelah pekat,tutup api. Keluarkan daun pandan.Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil.
    • Boleh juga dituang ke dalam loyang 4 segi...bila dah sejuk baru potong kiub-kiub
    • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
    • Sedia dimakan dengan sirap/air gula melaka.....ida buat sirap gula merah
    Sirap gula melaka
    • 250 gm guls melaka
    • 500 mls air
    • 2 helai daun pandan
    Atau
    Sirap gula merah
    • 1/2 cawan gula merah
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 500 -600mls air
    • 1-2 helai daun pandan
    *Jika suka lebih manis boleh lebihkan gula lagi
    Cara-cara :
    Masak semua bahan sehingga gula cair dan tapiskan.Sejukkan sebelum dimakan bersama bubur tadi.
    Atau semasa hendak makan letak 2/3 ketul ais lagi sedap.

    Thursday, July 8, 2010

    Kristal Yogurt Jelly

    Japan sekarang dah mula summer....panass! Eleh mengada2 la pulak,mcm la tak pernah merasa panas kat M'sia tu. Maklumla kami datang tahun lepas Oktober...cuaca kat Japan ni dah mula sejuk2...bila start summer ni mulalah kata bestnyer..kalau sejuk berterusan he..he.
    Ni nak cerita sikit pasal adik-beradik jelly pulak.... kalau buat jelly@seberadik dgnnya mmg sesuai la utk dijadikan dessert...sejuk jer tekak ni bila menelannya..tambah2 lagi bila makan terus selepas bwk kuar dr peti ais...ahhh betapa nyamanya.

    Jom sape berkenan,boleh cuba,resepi pakai campak2 je ni.
    Ok la tu...jom kita tengok resepi.....
    Bahan A(jelly merah)
    1. 8 gm serbuk agar-agar
    2. 800 mls air
    3. 200 mls jus epal segera
    4. 1 mug kecil gula pasir/secukup rasa la
    5. sedikit pewarna merah/sirap ros

    Bahan B(jelly yogurt)
    1. 4 gm serbuk agar-agar
    2. 200 mls air
    3. 100 mls susu segar/susu cair
    4. 200 mls plain yogurt
    5. 2 sudu bsr jem strawberry
    6. 1/2 mug kecil gula pasir

    Cara-cara:

    Masak bahan A hingga larut.Setelah sudah larut,tutup api.

    Kemudian tuangkan ke dalam bekas..agak-agak ketebalan jelly lebih kurang 1 1/2 inci shj,jangan terlalu tebal....agak2 la ya.Ketepikan untuk biarkan ia sedikit mengeras.

    Masak bahan B....satukan serbuk agar-agar,gula&air....masak hingga larut kemudian tambahkan yogurt,susu&jem strawberry...kacau sebentar sahaja...Kemudian tutup api.Jika mau adunan yogurt lebih manis,boleh tambah gula lagi semasa memasaknya.

    Setelah bahan A(jelly merah) dah sedikit nak membeku,tuangkan bahan B(jelly yogurt) ke dalam adunan A secara putaran.Dengan menggunakan garfu,kacau secara putaran kecil perlahan dimulai dari tengah ke tepi bekas.( Jangan terlebih kacau,nanti kurang nampak kristal tu pulak)

    Sejukkan di dalam peti ais sehingga beku.Selamat Mencuba....