Social

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

Travelogue : Anyeong Korea (Part 2)

12:42:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum....hai, intai apa tu?nak cari reference untuk ke Korea ke?

ok, kita sambung lagi dari entri part 1 sebelum ni.

sebelum party halloween diorang malam tu, kitorang pergi dinner kat satu restoran halal ni.. Eid Restaurant (dah ada cawangan kat Malaysia wehhh) kalau tak silap nama dia. korang boleh search kat google atau apps yang tunjuk restoran halal kat Korea. sedap jugak makan kat situ. kebetulan masa kami datang tu ada student Malaysia kerja part time kat situ. apa lagi,mintak cili potongla..






serius sedap weh, tak tipu!!

that night

so aku tak tau apa jadi malam tu, memang tido tak hengat...kenyang+letih+sejuk..memang sedap;a tido. dengar2 ada yang sampai mabuk. lantokler deme..

DAY 2 - NAMI ISLAND
esok paginya kembali normal. selepas breakfast terus bergerak menuju ke 'Petite France'. Lokasi dia tak jauh dari Pulau Nami, on the way ke Pulau Nami memang akan jumpa tempat ni dulu... tempat dia ala2 kat Perancis, cantikla...ada scene drama2 Korea yang terkenal pernah shoot kat sini.

Monday, October 16, 2017

Travelogue : Anyeong Korea (Part 1)

1:17:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum..
Anyeong...!!!

weh...setahun weh cerita ke Korea aku peram, dah jadi pekasam. agaknya orang pun dah tak nak baca.haihh

sesejak dah masuk 30-an ni, agak tak berapa nak fikir pasal blogging ni. tapi kadang2 teringat, rindu jugak nak menaip.

ok la, disebabkan cerita pun dah agak lama...aku pendekkan je la ya.

kali ni bukan travel sendiri mahupun travel bajet, so tak boleh nak buat reference dari segi bajet. tapi mungkin boleh bagi idea kepada kome2 yang bercadang nak ke sana.
kali ni company trip...Alhamdulillah, 4tahun bekerja...diajak ikut company trip ke Korea...rejeki jangan ditolak deh..hehe



sejujurnya inilah pertama kali aku naik MAS. haa,nampak tak jakinya.... dari Penang airport, kami staff office sini ke KLIA untuk meet up geng office KL. dari KL. then tunggu for next flight ke Korea by Korean Air..yeayyy!!! jadi budak terencat dalam flight, jaki tahap dewa





perjalanan ambil masa dalam 7jam kalau tak silap aku ke Incheon. plus minus la.. punya excitednya, pejam2 tak sampai lagi..pejam2 tak sampai lagi, dah berapa kali stewardess hidang ayaq..haihh,bila nak sampai ni