Social

Showing posts with label itinerary. Show all posts
Showing posts with label itinerary. Show all posts

Monday, June 24, 2019

Travelogue : Jejak Jepun (Part 2)

2:49:00 PM 0 Comments
sambungan dari Part 1

Day 1 - to Kyoto

sampai je sana, terus uruskan imigresen dan segala passes collecting. selesai semua, kitorang terus gerak ke Kyoto. dari KIX airport ke Kyoto amik masa lebih kurang 1 jam jugakla. tapi masa dah habis banyak kat situ sebab sesat melarat. yela,baru nak faham train system kat sana...dah faham,baru syiok nak jalan


beg tu kosong ya...untuk isi barang2 nak balik nanti...heheh

so jadual xberapa padat harini sebab lepas checkin je terus pengsan..xlarat dengan sesatnya lagi. dapat plak bilik style tradisional yang pakai futon tu je..lelap terusla...

Monday, February 11, 2019

Travelogue : Jejak Jepun (Part 1)

12:39:00 PM 0 Comments
assalamualaikum...alohaaa...
jap..jap...nak bersihkan sawang2 yang ada ni....


salam 2019 😂

weh, dah nak setahun dah trip ni weh...baru dapat cerita kat sini. kalau kat ig lajula...jangan lupa follow ig @iamyuss ya!

dah lama tak menulis, macam dah hilang dah bakat...adehh...

cerita dah setahun ni, korang nak baca lagi ke?

baca, tak baca...aku tetap tulis!heheh!

tahun lepas bulan 3 aku & husband berangkat ke Osaka where the place i wish to visit. perasaan tu jangan cakapla betapa terujanya..rasa nak lompat bintang dalam flight. eh!

punya tak sabar sampai setahun preparation. sanggup research itinerary, datang KL semata-mata nak dapatkan consultation & beli pass..haihh..penat & habis duit..tapi tersangat berbaloi.

trip kali ni roughly, RM9K jugakla habis untuk 2 orang termasuk semua sekali...mahal?agakla..no hidden cost, ada sesetengah orang suka cerita travel sana-sini dengan harga tak masuk akal, padahal banyak cost yang dia tak masukkan. so aku bagitau awal2 pergi Jepun, perbelanjaan agak tinggi untuk mendapat kepuasan semakimum mungkin. nak jimat  sampai sanggup bawak makanan dari Malaysia, silakan. lain orang, lain cara travel. aku & husband suka cara santai, takdela bajet2 sangat, takde jugakla have2....belanja setakat mampu. 

ops, sebelum tu aku nak bagitau..kitorang pergi tak pakai tourguide. main redah je. makanan, ada jugakla bawak dari sini tapi tak banyakla. in case terasa nak makan nasi cap malaysia, beli instant je..sampai sana kasi masuk dalam microwave.tapi untuk korang yang tengah plan nak ke sana, jangan risau..banyak je restoran halal kat sana..


5-6 bulan sebelum sanggup datang KL untuk usha2 Matta Fair.kot2 la ada tawaran menarik.
sebulan sebelum baru dapat peluang beli all the passes utnuk guna kat sana nanti. kalau korang nak tahu, passes ni menjimatkan perjalanan korang kat sana. tapi kitorang redah je semua public transport, naik teksi semua...nak merasa punya pasal....wehhh..dia punya teksi, pintu auto wooo....tak perlu nak tarik2 dah..kau masuk teksi, duduk je!

Thursday, April 26, 2018

Travelogue : Sabahan Trip with In-Law (Part 1)

6:45:00 PM 0 Comments
assalamualaikum...
ok kali ni aku nak cerita pasal trip bulan 12 haritu...Sabah bahh...again...
kali ni bawak family in law pulak. cerita asalnya, konon2 family dayla, whole family plan nak pegi. last2 terkontang-kantingla in law aku sebab masing2 cancel last minute. dan asalnya jugak aku laki bini nak pegi lewat sikit disebabkan tak rancang pun nak amik cuti banyak2 sebab nak simpan cuti untuk next travel. apa boleh buat...lodging semua dah confirm.

kali ni trip lebih santai sikit..maklumlah bawak orang dah berumur.kena sesuaikanla dengan peringkat umurla ye dak...kang jenuh patah pinggang berdiri berjalan semua.


Day 1 (KK - Tamparuli - Kundasang)
memandangkan mak & ayah mertua aku dah ada 2 hari awal kat sana, so aku & hubby fly ke Kota Kinabalu awal pagi betul2 lepas subuh. sampai je terus kitorang gerak ke Kundasang. singgah solat jumaat di kundasang & sambil2 tu amikla gambar sekeping dua. 



perjalanan diteruskan ke Kundasang. dah lewat petang jugakla kitorang sampai. kena slow & steady. sebelum checkin homestay, sempatla singgah makan & jalan2 kat pekan Kundasang menanti hari gelap. oh btw, homestay kitorang tu kat Kampung Cinta Mata (Siti Homestay). view memang cantikla. kat kaki gunung Kinabalu.


cantik kan?

boleh check out my ig for aerial view