.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, August 24, 2012

From A Doctor's Heart



Sleepless night, big bright lights
Books and bloods are my friends, I had to know all the current trends
I cried a lot, I suffer a lot, throughout the journey, I did not leave the plot
Serving is my mission, care is my vision, even with the pain, medicine is my passion
I stayed far from my family, did not get all the love, 
I touched the diseases many times without a single glove
I may seem to be making money, but do not forget I have to leave my hubby
I get up early and sleep very late, just to make sure that I change your fate
I hold your hand when you need, forgetting at times I needed to feed
I love what I do, but still fear the sue
I am the one on the run, who always missing all the fun
Never tired, always hired
When I get calls, for somebody who falls
I get up to make you stand, and always greet you by shaking hands
I may fly wavy like a helicopter, believe it or not I am your doctor!

Doctors around you go through a lot to make you happy, do appreciate their work!

Bila ntah nk ada Hari Doktor? @-@

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433 Day 1


Yaa Allah, terimalah  puasa kami. Ya Allah, jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.




Di sini saya ingin kongsikan perkara yang TIDAK membatalkan puasa berkaitan bidang perubatan:

1. Semua jenis suntikan, IV atau IM *KECUALI parenteral nutrition (fluid therapy). Masuk ayaq ka, ayaq garam pun kira batai naa~

2. Tablet nitroglycerin dan seumpama dgnnya yg diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan utk merawat sakit jantung.

3. Semua bentuk rawatan yg melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppositories, pencucian (vaginal doush), vaginoscope, vaginal speculum, atau tangan doktor yg memeriksa pesakit (digital examination).

4. Semua bentuk tiub atau bahan yg dimasukkan ke dlm badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, contrast, pencuci urethra.

5. Tampal gigi (tooth filling), cuci gigi (scaling) selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6. Pendermaan darah, atau penerimaan darah. (Blood transfusion)

7. Bantuan oksigen atau bahan pelali (inhalation anesthetics)

8. Semua jenis krim atau minyak yg disapu pada kulit, walaupun mempunyai bahan kimia yg boleh menyerap ke dlm kulit.

9. Ambil darah utk ujian makmal. (Blood test/ sampling)

10. Semua jenis salur yg dimasukkan kedalam salur darah utk tujuan x ray pada jantung atau mana2 anggota badan. (Catheterization)

11. Laparoscope yg dimasukkan ke dalam badan utk tujuan pembedahan.

12. Semua jenis ubat kumur, Seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

13. Uteroscope atau IUCD(pencegah hamil) dimasukkan ke dalam rahim.

14. Sampel organ yg diambil drp mana2 anggota badan, sprt hati (biopsy).

15. Ubat asthma (inhaler).

16. Semua jenis ubat yg dimasukkan ke dalam dubur (anus).

17. Pembedahan yg menggunakan pelali keseluruhan badan (general anesthesia) yg di jalankan pada sinag hari setelah pesakit mula berpuasa pada malam sblm pembedahan.

18. Suntikan utk merawat buah inggang melalui buah pinggang tiruan (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.

19. Memasukan gastroscope ke dalam perut, dgn syarat tiada cecair atau apa2 bahan  rawatan disalurkan.

Ini adalah sebahagian, byk lagi yg perlu dikaji dan diperhatikan. Petikan daripada beberapa sumber termasuk Seminar ibadah pesakit PERUBATAN Mesir.

Wallahua3lam bissawab~



Thursday, July 19, 2012

Ramadhan is coming ^__^


-Credits goes to ma sistah; Husna Sani -

Luar biasa panasnya Mesir tahun ini. Berita mengatakan, Mesir bakal mengalami kemarau dalam tempoh 10 tahun hadapan ini. Ma Sha Allah! Ditambah dengan kuliah dan sesi klinikal yg berjalan seperti biasa, namun semangat utk menghadapi Ramadhan tidak pernah sirna!


Tahun ini adalah Ramadhan terakhir saya di Mesir sebagai seorang pelajar I-Allah. Kata org siapa yg pernah meneguk air sungai Nil pasti akan kembali ke lembah ini, wallahua3lam..Saya bakal merindui Ramadhan di sini semestinya.


-Makan malam perasmian kem-

Pulang dari Perkhemahan musim panas FIMA di Istanbul, diri ini sarat dengan ilmu, pengalaman dan rindu pada bumi Khilafah terakhir itu. Saya akan ke sana lagi I-allah utk melunaskan hutang rindu pada sahabiyah2 turki dan baki bumi Turki yg tidak sempat dijejaki lagi ^___^. Oh baru saya tahu yg Tasik Victoria di kenya adalah permulaan Sungai Nil. Maka haruslah menapak ke situ kn? *Hasil sembang2 daya dgn peserta dari Kenya dalam FIMA Camp, graduan Istanbul University Medical School Class of 2012~


-Delegasi Malaysia di antara 16 buah negara terlibat-




P/S: Itu sahaja utk updates kali ini, Doakan saya. Niat puasa jgn lupa ~___^


Sunday, June 24, 2012

From Prisoner to President

Credit to: PilihanrayaMesir

Hari ini dalam sejarah. Seorang rakyat biasa memecah tradisi Mesir menjadi Presiden pertama Mesir yg tidak memegang sebarang jawatan dalam ketenteraan Mesir. Tahniah Dr Mohd Mursi! Dulu terpenjara kini memerintah negara!

Creadit to: Omar.Momani.

Dengan putaran 180' ini, saya yakin, dlm hati semua rakyat Mesir berharap dan berdoa supaya Dr Mohd Mursy dpt mengembalikan kestabilan dan membina kembali politik, ekonomi dan pendikan Mesir. Kini, jutaan rakyat Mesir masih di Medan Tahrir menuntut agar peralihan kuasa daripada pihak tentera SCAF -Supreme Council Of Armed Forces dilakukan segera.



"Es Sha3b yurid Morsy ra'iees!," laung si cucu Baba bawah rumah saya. Comel sekali bunyinya. Warga arab yg kaya dengan lagu2 dan alunan kata, laju sahaja menyusun perkataan utk dibuat siulan dan laungan.

Ya! Saya tentunya bersyukur malahan berbangga dgn kejayaan ini walaupun berada di sini hanya menumpang teduh, meneguk hikmah dan menuntut ilmu. Dengan kejayaan ini, terbuktilah perjuangan utk mendirikan Islam itu penuh dengan susah payah, airmata, peluh dan darah!AlFatihah dihadiahkan kpd As Syahid Imam Hassan Al Banna dan para syuhada' Taurah Yanayir!



Ingatlah gerabak kebangkitan Islam sentiasa bergerak.Terpulanglah kita mahu turut serta ataupun duduk berpeluk tubuh melihat kemanisan negara Islam. *kalau diberi kesempatan usia @-@

Kesempatan ini jugalah dunia akan melihat slogan-slogan dan laungan kata-kata Ikhwanul Muslimin, baik melalui media cetak dan dari mulut ke telinga, akan terialisasi dan di bumikan. Saya cukup yakin dengan itu!

Kemenangan Islam semakin hampir!



Namun, mendirikan semula sebuah negara yg hampir 40% rakyatnya buta huruf, dengan ekonomi yang kucar-kacir, kadar pengangguran dan jurang taraf hidup rakyat yang besar bukanlah suatu yg mudah. I-Allah dengan izin Allah, serta sokongan padu penuh keikhlasan mereka yg bekerja hanya utk Islam ini, saya tanpa berbelah bahagi sudah terbayangkan Mesir yg totally different from now!

Sungguh, hampir 6 tahun hidup di bumi kinanah ini byk yg telah saya lalui. Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya akan datang lagi ke Mesir ini!

Alhamdulillah, cahaya baru utk Mesir dan Palestin. Maka kiralah hari-hari terakhirmu Israel!

Saya tinggalkan kalian dgn nyanyian ini. Bait katanya sungguh meruntun jiwa~



Maka adakah 24 Jun setiap tahun akan menjadi hari cuti umum Mesir selepas 25 Januari? Mesir sudah semakin banyak cuti umumnya~ Ini satu peningkatan.. hehe

And yes, the best man wins! - Kredit to Syamila ^__^

Tuesday, May 15, 2012

64th Nakba



64 tahun sudah berlalu peristiwa ini, namun lukanya dalam hingga hari ini masih berdarah dan menuntut puluhan malah ratusan ribu nyawa!


-i.p.s-שבס- Israeli Prison Service-

Saksikanlah, 4700 org tahanan Palestin di Penjara Zionis Israel, kami bersama-sama kalian! Kami perlukan Gilad Shalit lagi utk pertukaran tahanan! Allah~ 






Gaza, AlQuds aku merinduimu! Aku pasti suatu hari nanti Palestin akan bebas dan aku bersama-sama berada dalam gerabak puak pembebas itu! Ameen~ 




P/S: Esok exam urology -____-" 




Thursday, May 10, 2012

Muhasabah





Bismillah walhamdulillah~


Ya, to be honest, the above picture representing most of us here in Egypt. With my Orthopedics (Sains tulang dan sendi) , Urology (Urologi) and Anesthesiology (Bius) end round exams are just 5 days ahead, the tendency to post an entry is -I think- the most appropriate thing to do  now.. haha.. At least it reliefs my stress~ nge..


Setiap kali melangkah ke dewan peperiksaan atau wad pesakit, setiap kali itulah saya menyesali ketidak cukupan persiapan dan bekal utk menghadapi dan menjawab soalan-soalan yg bakal dilontarkan Prof dan Pembantu Prof @-@ Itupun tarikh peperiksaan sudah diberitahu 2-3 minggu lebih awal!


Terfikir pula tentang sebuah kematian..


Kematian itu tiada tarikhnya! Bilakah pula anda akan bersedia? Soalan ini saya sengaja tinggalkan utk diri saya utk kembali koreksi diri. Peluang hidup kita ada 2 kali, namun kematian hanya sekali! Jadi saya tidak boleh membiarkan diri saya terus begini!!!!!!


"Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.' Sungguh itu adalah dalih yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan" 


[AlMu'minun: 99 - 100]


P/S: 


1. Tempoh peperiksaan memang mengamit hati utk pulang ke tanah tumpah darah kampung halaman! 


2. Hanya 9 bulan sahaja lagi diriku bakal meninggalkan bumi Mesir @-@


3. Doakan saya ya, jgn lupa ^___^Y



Wednesday, March 07, 2012

Labor Neighbour


Lebih kurang seminggu lagi saya bakal meniggalkan Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan buat sementara waktu, utk memberi laluan kpd Pembedahan pula~ Rotation/Round Gynecology telah selesai sblm cuti musim sejuk tempohari. Kini hari-hari yg berbaki adalah untuk Obstetric- Ilmu perbidanan.

Menunggu bilik kuliah dibuka, sblh sahaja Major Operation Teatre - ObGyne

Hari pertama masuk menyaksikan proses bersalin biasa, as I'm observing a Primigravida cukup memberi pengajaran pada saya:

Lesson 1 : Be prepared technically & spiritually.
Lesson 2 : Be firm & Patient.
Lesson 3 : Language barrier indeed A BARRIER!
Lesson 4 : Maka jgn sesekali derhaka kpd ibumu.
Lesson 5 : Study sungguh-sungguh. 2 nyawa di tangan anda!


Making my own Pregnancy Wheel after failure of trial to describe it to Pharmacist @-@ 

Sesungguhnya proses mengandung dan kelahiran adalah ujian bagi wanita. Dalam tempoh ini, wanita berisiko utk mendapat penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kelahiran pertama juga menguji pelvis wanita sama ada kompeten untuk bersalin secara normal ataupun kelahiran terpaksa dilakukan secara Cesarean. 

Terlanjur bercerita ttg Cesarean, seorang Prof saya rajin bercerita ttg sejarah OnG. Tempoh hari beliau bercerita ttg asal usul nama Cesarean Section (CS). Ada pendapat mengatakan  Julius Caesar dilahirkan secara pembedahan begitu, ibunya bukan bersalin secara normal, maka pembedahan ini dinamakan sedemikian. Ada pula yg mengatakan idea pembedahan ini timbul apabila sekumpulan Dr came across a bull with its horn menanduk dan merobek perut seorang ibu sarat mengandung, dan bayinya terkeluar daripada luka robekan tersebut, dan seperti biasa Prof saya itu mengatakan ada bukti yg menunjukkan CS telah ada sejak zaman Mesir Purba!  

Sambutan Jubli emas Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan ^___^

Zaman kini telah berubah, seni perbidanan kini hampir-hampir hilang ditelan CS. Walaubagaimanapun, Perbidanan dan Sakit Puan bagi saya adalah ilmu yg sangat menarik, sentiasa berkembang demi kelangsungan hidup umat manusia :) Ilmu ini sangat berguna kerana di mana ada manusia, di situ akan ada ibunya! Dan proses bersalin adalah proses terpenting utk memastikan kemandirian spesis makhluq Allah yg bernama manusia hingga hari akhirat kelak~

Saya akan merindui jabatan ini~ Jumpa lagi utk peperiksaan pertengahan tahun nnt I-Allah.

Doakan peperiksaan akhir round saya ini pada 18 Mac (Ahad) ini ya!


*Pening dgn Lecturers, British School VS US School - Ayyi Hagah mumkin Ya dakatrah?

Friday, February 17, 2012

Kisah Abu Addunia

Pernah saya bersembang dan berbasa-basi dgn penjual buah epal di gerainya yg terletak berhampiran tempat menuggu teksi dan segala jenis pengangkutan awam (kecuali METRO) di Ma3rad, berhampiran rumah saya di Tanta. Selepas saya ditanya dgn soalan lazim (FAQ) mengapa memilih Mesir dan saya telahpun mempunyai skema jawapan khas, terpacul pula dari mulut saya jawapan baru yg saya peroleh tidak lama dahulu.

*semestinya dialog kami dalam bahasa arab pasar.

Pcik jual buah: Kenapa pilih Mesir?

Saya: Sbb Mesir kan Ummu Addunia..

Pakcik jual buah: Wah kamu pun tahu Ummu Addunia..Jadi siapa pula Ayahnya (Abu Addunia)?

Saya: Saya pernah dengar soalan itu sebelum ini. Tapi saya x ingat jawapannya. Alaaa, saya pernah tahu sblm ni!!

Pcik jual buah: OK, kalau kamu pernah tahu dan jawab dgn betul kamu akan dapat sebiji epal.

Saya: Alaaa, saya x ingat. Tapi saya pernah ingat sebelum ini Pcik!

Pakcik jual buah: Baik, kamu balik rumah dahulu, esok kalau kamu dah dapat jawapannya kamu dtg jumpa saya lagi.

Saya: Baik pcik.

Dalam hati saya bersungguh2 akan dtg berjumpanya semula. Kerana geram akan ilmu yg terlupa tadi dan semestinya utk menuntut janji sebiji epal hijau pcik yg saya gemari ituu~hehe ^_____^

Esoknya, dgn izin Allah dan ilham dariNya saya teringat jawapan tersebut. Terus saya menapak menyatakan jawapan Abu Addunia adalah Negeri Syam meliputi Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Maka sebiji epal hijau itu pun bertukar milik. Saya sgt gembiraaaa! Alhamdulillah.



Dataran Syam, negeri yg saya rindu. Tahun lepas saya berjaya ke sana dgn izin Allah di tengah-tengah kancah revolusi Mesir. Ketenangannya, keindahannya, sejarahnya, penduduknya, semuanya saya rindu. Sehingga tercatat sbg praylist saya tempat ini, Syria dan Jordan perlu saya jejak semula jika punya kesempatan masa, nyawa dan wang ringgit.

Kini, dataran syam itu sedang berdarah. Syria to be more specific. Menurut sahabat saya yg masih belajar di sana, kuliah mereka berjalan seperti biasa. Tiada perintah dikeluarkan agar ditutup pengajian. Namun, rakan sekuliah mereka semakin berkurangan. Entah apa yg telah terjadi kpd mereka dia sendiri tidak dapat memastikannya. Perintah berkurung juga tidak dilaksanakan. Kenapa? Kerana jika dilaksanakan,maka  kuranglah peluang kerajaan utk membantai rakyatnya. Na3uzubillah. Saya x mahu cakap banyak. Mohon kita semua tujukan doa dan Qunut nazilah buat musuh Allah ini.

Ihfazillaha yahfazukum! Kemenangan itu dari Allah~




Ummuddunia (Mesir) telah berjaya menyingkirkan diktator yg mencengkamnya. Bilakah giliran Abuddunia?Doakan pasangan Mesir ini ya- Sang Suriyah..