About

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label check list. Show all posts
Showing posts with label check list. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Checklist~ 6 minggu lagi

Seriously malas sangat checklist..
tapi kalau tak checklist tak nampak apa yang tak siap lagi..

1. baju nikah dah siap!cuma tinggal nak bead jer...akak tu buat longgar dulu sebab nak mintak fitting..takut buat kecik kang tak muat plak sapa nak jawab kan? tudung and veil suruh akak tu buat sekali sebab dah malas nak cari dah. tak dan kowt and tak ada masa!huhuhuhu 

2. Pelamin nikah hujung minggu ni baru tau akan bagi kat vendor mana..sebabnya akak yg jahit baju nikah tu bagi quotatation lambat sangat and tiba-tiba harga adalah sangat over budget. Terpaksa cari alternatif lain..huhu

3. Borang kebenaran nikah sedang dalam proses.

4. Dewan, makan semua tu dah setel bayar, Alhamdulillah. Thank Daddy. :) details lagi 2 minggu baru nak finalize balik ngn orang hotel tu...

5. Baju kot en.tunang. P komtar jer buat nanti.

6. baju untuk resepsi katanya dah siap. Tapi ada kt KL nun..sat, pelik la, kenapa Penang Airport ada tax untuk bawak masuk barang secara pukal ha??tolong lah jawab sat...KLIA tak dak pun...huhuhuhu

7. Hantaran esok finalize...hujung minggu p booking bunga.

8. Kad jemputan akan di pos besok. so, mai lah bagi alamat k?ihihihi 

lagi ada pape yang tertinggal??????



KENA FOLLOW UP BAJU BRIDESMAID!!!!!

nota kaki: demam lah pulak!huhu

Monday, August 8, 2011

Pre-wed bulan puasa!

tak ada teaser..
penat ada..hahah
seriously it was fun..
tengah tak sabar nak tengok gambar...

He ran, I climbed..
We sweat!
and thirsty too...
but still, it was fun!

2 hours amik gambar..
baju biasa..
tempat cantik..
props 2 jer..

'A TALE OF TWO PILLOWS'

coming soon...:)

Sunday, July 17, 2011

Pi majlis bertandang nak ready apa?

mula-mula nak update pasal butik and doorgift..
oh, berita gembira semua..
tiada yang kurang enak walaupun saya hampir jadi bridezilla pasal doorgift..hihi

ni nak tanya lah kan, majlis bertandang kita ready apa ha?
bulan Ramadhan dah dekat..pastu Syawal..
en.tunang nak balik raya, and ni last lah ceklist dia sebelum majlis!
so, nak kena konpem betui-betui nak apa lagi untuk pihak lelaki sediakan...

so far my checklist:
bunga tangan
inai (ngada-ngada, lagipon dah after sebulan baru belah laki haruslah nak inai baru!haha)
mekap

ni ja yang saya boleh pikir..lagi??
tak kan ni ja kot?
baju dah bawak siap-siap dari sini...

nota kaki: bila AirAsia nak offer bulan November nie!!huhuhu

Sunday, July 3, 2011

Bridal boutique yang bagus~~part 2!

See!!kalau bagus ber part-part I review..hehehe
Alhamdulillah..memang sangat berpuas hati dengan bridal ni..
senang di bawak berbincang dan fleksibel..
fleksibel ni penting sebab yer lah kan pengantin ni, sat-sat nak tukar..
ngada-ngada jer kan..hahah minor-minor lah..
kalau major yang diorang dah tempah khas untuk majlis korang then reject tu memang salah pengantin kan?hihi

so today g confirm kan apa yang patut..
apa lah yang patut tu kan?
1. confirmkan design pelamin..I stick with my decission..and diorang pon dah tempah barang-barang pelamin yang I nak..from China..together with my dress nanti...
2. bayar sikit lagi untuk pelamin..confirmkan ada extra charge ker tak..alhamdullillah memang tak ada..
3. kek daddy nak sponsored..so cancel kan kan fake yang diorang nak bagi (untuk bergambar kek fake memang cantik!)..and mintak replace dengan fresh flower hand bouquet (Kak Rozie, orang bridal yang suggest fresh flower i tak sempat cakap paper!SUKA!)..tapi meja kek still diorang bagi (SUKA!)
4. confirmkan amik kerusi nikah awal dari tarikh majlis (ni depa bagi free jer!SUKA!)
5. confirmkan baju untuk shoot studio..bleh cancel pemilihan baju yang lepas..and dia bagi baju baru ok!SUKA!

Alhamdullillah..memang senang lah berurusan dengan bridal nie..
nama bridal boutique ni Putree...terletak dekat tepi Eastin Hotel, dekat dengan Queensbay..
so far tak ramai lagi tau pasal butik ni, tapi the pelamin maker, Kak Rozie ni dah merata p buat pelamin sampai Johor Kelantan semua..and so far I like lah design-design pelamin yang dia buat..
diorang banyak pakej-pakej menarik..so, leh pergi check them out ok?

Untuk contact kak rozie, ni FB dia..
pelamin semua ada..and here is the link for Putree page..

Duta untuk Putree ni ialah Faezah Elai...nangis ok tengok gambar beliau yang jelita-jelita!

and Putree jugak lah yang akan buat pelamin Faezah Elai ni kahwin nanti..hamik kau..
syok kan kalau amik bridal butik sama ngn artis?hihi
actually saya tak tau pon yang ni ok

so, bestnya bridal ni sebab butik ni ada 3 bahagian ni baru perasan tadi

Bahagian 1: Pelamin
kat sini memang macam-macam jenis kerusi, hiasan pelamin, walkaway, kek, meja kek semua ada!
just pilih mana yang berkenan mengikut bajet!and one more they have their own kilang untuk kerusi, panel semua tu!so for me price dia memang berpatutan sebab kilang sendiri!and their design are fresh lah...and sentiasa ada something new!like this walkaway!oh so in love!!



and hiasan meja makan...sorry gambar tak clear..

Bahagian 2: Busana pengantin!
Bride favorite part, groom less favorite part..hahaha kan?
I like when the restock busana baru every 3 months!from Indonesia and China..meanag cantik-cantik sampai rambang mata..and they're honest about the price too..kalau baju biasa berapa, dari designer berapa and baju baru baju lama...so, pilih ja yang mana nak and book!pastu, leh tukar selagi korang tak fitting kalau tak silap
last fitting a week before majlis..and make sure masa fitting bawak segala bra underware corset yang korang nak pakai masa majlis nanti..diorang dah pesan dah kat I..hihi malu ja depan en.tunang!:p


I love the environment too...memang ada kelas and rasa mewah!
tengok the langsir and the 3 side mirror!
ni baju tak jadi lah kan...hihiih
I look fat and short!
camni ha tempat nak salin baju!and the assistant bagus gile!tukarlah 10 pasang pon..senyum ajer dia..

Bahagian 3: Aksesori/hantaran
bahagian nie baru buka..so, layan gambar jer lah k..
 Joe!
 flowers!
 pormander ball eh orang panggil?hihih
 jgn tengok kaler, tengok kekemasan diorang wat lembayung ni..
antara koleksi baru dulang hantaran...

tu jer lah..and ni ha signboard kedai depa!

tak nampak g tak tau lah..hihih

nota kaki: diorang tengah wat promosi kat loq staq sekarang!cek their FB k??

Thursday, April 21, 2011

W-day prep: Akad nikah ceremony!pelamin DIY???

Okeh...last week actually dah setel pasal tempat akad nikah...
ermmm...tak buat kat masjid...
outdoor!!yeye..
eh, bukan lah tak nak buat kat masjid, tapi ada beberapa perkara yang telah dibincangkan...
nak tau?
meh nak citer..

first of all, saya berterus terang dengan my dad tak mau buat kat masjid kalau boleh..
sebabnya, tarikh kawen saya jatuh pada tarikh saya dalam keadaan tak suci..huhu
and my mom pon belom menopause lagi..
saya nak semua ahli keluarga saya semua ada bersama saya ketika majlis akad nikah tu..
mula-mula ayah saya termenung jugak lah...tapi beliau hormati...
sebabnya, masjid kat area rumah saya tak ada dewan nikah khas...kalau ada, senang..memnag buat kat masjid semua boleh masuk...kan?
and I have chinese bridesmaid too untuk bawa dulang hantaran..ada hukum yang mengatakan bahawa orang bukan ISlam boleh masuk masjid (salah satu cara berdakwah) ada yang mengatakan tidak boleh...untuk mengelakkan percanggahan pendapat, to be safe buat kat tempat lain...
TAPI DENGAN SYARAT DARI MY DAD..
suasana tempat tu nanti akan ditukarkan seperti dalam masjid..
no meja no kerusi..
semua orang buka kasut...
cuma pelamin jer...
OK Daddy!!!:D

the best thing is, kitoang wat survey untuk majlis akad nikah sesama....kitorang is my dad, my mom and me..
macam lawak pon ada sebab macam2 jenis tempat kitorang tengok including dewan restoran...hahaha
but a big no no lah sebab it sound weird and tangga tinggi sangat..
kesian orang tua-tua...   
padahal memang tak nak kan??haha

akhirnya, jumpa lah satu tempat ni memang best mula-mula ingat mahal tapi murah ja..haha
within budget!!
masalahnya plak, at first i thought nak pakai pelamin yang sama untuk kenduri dan nikah...
tukar kerusi jer...tapi sekarang memandangkan 2 tempat berbeza, kena cari pulak pelamin nikah..
untuk save budget ingat nak DIY jer..
tapi mampukah??
tengah tunggu adik-adik balik untuk bincang bersama-sama sebab nak buat fresh flower..huhuh

korang rasa macam mana?
seriously im not a creative person...but my mom and younger sister sangat creative..
I just don't want to burden them lah..fresh flower kot..
kalau nak upah, bajet memang dah lari tak larat nak kejar dah...huhu
and the design yang i very much like is this


yang Elyana punya....hihi
dewan tu besar gini ler...
tak yah panel-panel tu..
kusi nikah dah ada (pakej sekali dengan kenduri)..
design-desing tepi tu buh bunga skit-skit je..hihi (skit ker??;p)
leh tak DIY????

nota kaki: Bridemaid, bapa pengantin semua dah tempah baju...pengantin ni tak ada masa nak tempah..huhuuhu

Saturday, April 9, 2011

Bandung trip: pergi 4 beg balik 10 beg!

Komen tak sempat reply semua..sorry..will reply semua!
hihi baru lepas hantar FMIL ke airport and I am really really exhausted!!
Bandung trip was fun and I gained weight too!!!-_-"
Oh pecel...:p

pergi..

balik...haha

nota kaki;saya demam kerana kepenatan dari segi fizikal dan ekonomi..haha

Wednesday, March 9, 2011

W-day prep: hall, pelamin dan hantaran

As promised..
There are only a few halls in Kepala Batas..
and MY DAD just gave me 3 choices..
and he'll decide..motif bagi choice??hahaha

1)Dewan Millenium..bet ramai tau kot pasal dewan nie..based on Puan Syafa survey..
but the hall is way to big for me...and too high...

2) Dewan MPSP..the place where Puan Syafa held their wedding..I like the size, and the air cond functioning so well..hihi have to spend more on deco my dad said..

3) Hotel Seri Malaysia Kepala Batas...just the way I love it...just wait for daddy's approval...

PELAMIN

I have 2 vendors now..both are still  in state of negotiating..I want the best deal..I blocked my date for both vendors..T_T bukan tamak ok..tapi nak pastikan I have the best..

Vendor 1) is in Ipoh Perak...jadi atau tak amik pelamin nyer bergantung on the package that she'll give me on this 19March..but ape2 pon, I memang akan amik mekap dari dier..so, blocked date sangat lah patut..

Vendor 2) sangat profesional and berpengalaman..design di butik pon sangat inspired me...harga pon berpatutan...even butik baru tapi meyakinkan sebab previously they're handling Chinese wedding...

some of the pics from their boutique..
Dunno which part yang di fokus..hihihi
I suka sgt kerusi panjang nie..tapi kalau amik pakej 8k baru bleh dpt...huhu
tak mampu den...

will confirm by the end of this month which vendor...Insyaallah...

last but not least..the hantaran!!!
tinggal 1 2 jer lagi..lega dah...


the happy him...haha
dier ckp tak pyh pening dah pasal hntrn...

andddd..
lastly....
I bought this sebab terpengaruh dengan korang semua!!

ni yang di rekomen oleh orang kat Guardian tu..
yang tak thn tu amik 3 botol sekali..:p
for the sake of beauty lah kan??
:p

nota kaki: tak sabar nk buat kad kahwin!!!

Sunday, January 30, 2011

Kalau tak ikhlas, jangan lah jemput..

Al-kisahnya esok nak kawen, harini baru menjemput??
atau 
minggu depan nak kawen, minggu ni baru menjemput??

soalan:Ikhlas kah anda?
peringatan untuk diri sendiri jugak nie..

Agak tak faham dan kecil hati dengan rakan-rakan yang sebgitu..
kalau sebelah rumah ka, kampung sebelah ker, taman sebelah ker, paling koman pun satu daerah ker boleh lah diterima..
tapi kalau dah negeri nyer jauh 4 5 jam drive duit tol bagai, apa cerita?
kalau ditaja satu hal jugak..
kalau duit berkoyan-koyan satu hal jugak...kan?

As for me, sekolah rendah tempat lain, sekolah menengah tempat lain, matrik negeri lain, degree negeri lain, master baru balik negeri sendiri..makanya kawan-kawan adalah dari seluruh malaysia..
yang nak jumpa satu negeri punya lah payah..and tak ada kawan di negeri sendiri..

Jadi, kalau kita nak jemput kawan-kawan paling kurang sebulan lah bagitau..
nak amik cuti lagi..bajet lagi..
yer lah, seronok nak memeriahkan majlis orang, dengan harapan nanti majlis kita pun orang sudi meriahkan..
tak gitu??

tapi kalau dah macam gini jadinya kena lah pikir-pikir balik...
takut menjemput nanti tak ikhlas, lain pulak jadinya..

kalau tak ikhlas, baik tak pyh jemput langsung kan?
buat-buat terlupa pun tak apa..
ni saja nak bagitau esok nak kawen, minggu depan nak kawen dah konpem kita tak boleh nak dtg..
rasa miserable jer...

tiada nota kaki



Sunday, January 9, 2011

W-day prep: Hantaran update and senangnya lelaki shopping!

Separuh hantaran untuk pihak lelaki dah setel!
yeye
5 out of 9..
senangnya lelaki shopping kan?
pilih-pilih bayar and done!
I suppose to feel relieved but I am not!!

It is so easy for him to pick all his stuff to put on dulang hantaran..
yang mana berkenan, suit the budget terus beli..
as for me, takut design masa akan datang lagi cantik lah, kaler nanti tak up to date lah..sheeessh..
seriously, who cares kan?
hahahhaha
just buy the thing that you want and pay and tadaaa, you can use it after majlis..

I give myself up until february to settle all the hantaran stuffs..
gadget jer beli betul-betul dekat majlis nanti..
and June or August untuk beli set bilik tidur..
makin lama tangguh makin pening!

nota kaki: dah dapat design dress idaman!


Wednesday, November 3, 2010

survey, survey dan survey...

sekarang ni, no progress sangat..
just survey sana sini..awal tahun depan baru start nak membeli...
yang pasti akan gigih membeli pada April nanti..hihi

so far dah survey untuk OP..
beliau tiada blog tiada company tiada apa-apa untuk mempromote hasil kerja beliau..
facebook jer ader itupon gmbr orang lain uploadkan...hahahah
he is friends of mine..
gambar semua cantik tapi dia tak mau komersialkan..
dia cakap kawan2 bolehlah..
so, we (en.tunang and I) decided to take him as our OP..
the deal is very simple..
he can give us thousand pics only in CD..
no album no printed photos..
nothing..
just CD...
he'll cover from akad nikah, resepsi lelaki dan perempuan, and outdoor for both side..
the price is seriously reasonable..
I rasa nak pengsan bila dier btau price dier..
pengsan yang menggembirakan..
but of course, tiket flight pergi balik Penang-Sarawak and penginapan di Sarawak kenalah disediakan..
still, under bajet!!
*big griiiiin* here...

being me, I think I want to hire another OP..
U know, seorang jer buat kerja kesian jugak..
I kalau boleh nak amik gambar semua orang..
katering..
tetamu yang datang..
sedara mara..
kawan sekolah..
kawan my dad..
kawan my mum..
tukang cuci pinggan..
tukang mop lantai..
and segala tukang yang ada..

jadi isu tak kalau amik 2 OP??

kawan I ni cakap:
"cuba hang pikiaq, kalau pelamin buat cantik-cantik, makan sedap-sedap semua tu sehari ja..pelamin tu orang amibik balik..makanan tu nanti keluaq jadi t&%i tapi gambaq ni lah hang boleh simpan seumur hidup..memori yang dibekukan".. teros i kompem kan dier jadi OP I..hahahah
one of the very simple pic of us taken by him...:)
UNEDITED..

sekarang tengah cari videographer ni...
any suggestion??

second yang dah survey, untuk gubah hantaran..
personally, I nak sangat gubah hantaran tu sendiri..
tapi I rasa berdasarkan pengalaman bertunang hari tu tak cukup tidor sebab pakai fresh flower,
 fresh flower jugak salah kan..hahaahahah
We decided nak upah orang and alhamdulillah, kawan-kawan jugak..
dekat dengan rumah and dia akan buat untuk kedua-dua pihak..
dia pon ckp hrg tolong-tolong and bukan harga ikut dulang..
sebab kami senior dier..hihihi
save budget lagi....;D
contoh hasil kerja...boleh diubah mengikut citarasa kita...curi dari fb beliau..hihi

sekarang ni checklist untuk kawen tak buat apa pon lagi..
cuma ceklist barang apa nak beli untuk kawen..
same checklist ka??
hahahahhaa
I pon dah konpius nie banyak sangat checklist..
till then!!



Friday, September 24, 2010

W-day prep: save the date...err...




ok..kenapa tak pernah baca susahnya nak decide tarikh kawin??
sape2 boleh tolong jawab??
omaigod..
nyaris nak meletup tadi nak decide tarikh nak kawen!!!
sebab pk nak kawen lah kena cool down balik...
kalau tak sampai tahun depan pon tak decide-decide g..huhuhu

mana nak fikir cuti,
bajet,
bila nak shoping...
sekarang sangat kagum dengan mereka-mereka yang telah selamat mendecide tarikh kawen...
salute u girls!!!

Alhamdulillah...akhirnyer ader 3 tarikh yang telah dishortlistkan tunggu my dad decide untuk belah perempuan..
belah lelaki dah decide tunggu nak beli tiket flight ajer...
once belah perempuan decide, then pihak lelaki pon nak beli tiket flight jugak..

did i mentioned en.tunang Sarawakian??
October or November, and December...
wish me luck!!!


nota kaki: Gelang dah selamat beli!!!yeay..one down...13 more to go...aiyoo...

Thursday, September 9, 2010

W-day prep: Hantaran list and bajet

Seperti yang sedia maklum, hnataran list bukan lah I yang buat tapi En.tunang dengan rela hatinye memerah otak untuk buat list..
I buat bajet jer..hihihi
tak susah..
just put RM and numbers..


tapi................
it seems like both of us berselera tinggi!!!
hohoho
nampak gaya kena re-do balik bajet..
target adalah mencari barang berkualiti yang ada brand and DISCOUNT!!!
yer..discount and brand sangat penting..
I don't mind put 80% item on my hantaran as long as I get the brand that I want..
huhuhuhu
and masa-masa untuk shopping adalah musim-musim perayaan atau pon megasale sahaja..
macam raya kali ni end up beli new arrival jugak T_T

I know I know it is not healthy habit and the choice will be so limited..
but I just can't help myself..
and the worse part is, En.Tunang also have the same bad habit!!!
kena beringat ni sebab kehidupan lepas kahwin lagi penting kan??

nota kaki: entri ini lebih kepada muhasabah diri sendiri!!!harap ia dapat mebantu anda juga untuk persediaan masa hadapan!!:)