My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label wedding review. Show all posts
Showing posts with label wedding review. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Wedding Reception Video by Peveyhack.com

Tetiba malam2 ni feeling tengok video majlis bartandang 17 September 2011..memang belum pernah upload lagi pun.. taraa!! baru update dalam blog today.. boley nonton di HIDDENSITYTV.COM yea kat tepi ruangan sebelah kanan blog :D


Date: 17 Sept 2011
Location : Keramat AU2
Official Photographer by : peveyhack.com
Photographer : Rashdi Amin (principal)
Official Videogapher : peveyhack.com (division of movies production)
Cinematographer : Rozien Mutalib, Rahman Zaini, Wan Lijet
Editor : Faril Izaldi

nite!

Sunday, April 1, 2012

Busana Resepsi Hiddensity sedia untuk disewa

Hye b2b and friends, di sini saya isytiharkan maka busana hiddensity sedia untuk disewa.. bagi mereka yang sudah merisik2, sorry sebab lambat update atas kesibukan menguruskan proses mendapatkan hak milik kediaman kami. 

Tarra! boley juga menunjukkan hasil kerja momentseeker yang amat saya hargai.. sangat suka dengan hasil kerja tangan dari beliau. Thanks!

Pada friends & b2b yang bertanya details baju, sini I upload close up picture untuk baju resepsi wedding I. siapa yang berminat boley pm facebook Hidayah Hiddensity or boley email hiddensity@yahoo.com =D

kebaya labuh

korset songket 

kain potongan mermaid

fit dekat hips

mini bolero sleeve effect

labuh veil tudung awning chiffon

full set bride and groom

pandangan depan

kasut size 7 heels 

tudung awning

Sedikit info:

hanya sekali saje baru digunakan
belum pernah disewa condition 10/10
size XS-S
alteration tidak digalakkan
satu set dengan aksesori ringkas dan pakaian lelaki
sesuai untuk sanding, berinai dan outdoor
harga sewaan jauh lebih murah dari butik ;)


Interested? contact me! see ya!

Wednesday, January 18, 2012

Review : Make up & Busana Pengantin

Morning everyone! Just a simple entry just to let dis wedding blog alive.. yup! since dah kawen ni update blog dah a bit slow.. maklumlah kerja kawen sumer dah settle, tinggal nak buat preparation jadi wifey and mommy to be Insyaallah.. rezeki belum sampai, doa2 kan je la yea..

For my wedding busana..

Nikah       : baju kurung moden chiffon, pearl beading and sulam 3D + veil pearl beading
Resepsi      : kebaya fabrik tulle + songket moden
Bertandang : duchess evening dress sewa from Rins Suzana Kuala Lumpur

Make up Nikah dan Resepsi by Anisfiness Touch

Pakej yang I mintak..
  • makeup
  • hairdo / tudung-do
  • grooming the groom (sampin, tanjak, stail rambut...)

Harga : RM 500 per session negotiable..hehe





Pantang larang bertatariasku..

tanak cukur kening - takpe serabut, asal muka tak nampak garang, masih lagi mau kelihatan seperti waktu berkenalan dulu..cheewah! *no offence, my face x sesyuai :p *

fashion tudung - tanak yang berfesyen sangat. tak sesuai dengan I yang berimej konservatif ni.. tudung nak pakai sendiri, just mintak bantuan mua kemaskan jer..

Make up Bertandang by Diana Nasir
  • makeup
  • tudung
  • grooming the groom 




Mua ni sekali pakej dengan sewa busana pengantin.. jadi harga per session I tak pasti berapa.. boley contact Diana terus jika berminat.. dan siapa yang berminat nak tau pasal contact details vendor lain boley email saya juga hiddensity@yahoo.com.

bye!

Sunday, January 15, 2012

Terima Kasih semua!! *My Sister's Wedding*

Atas permintaan ramai, saya review sekitar majlis kawen kakak saya, Haslinda.

Caterer       : Sri Angsana Caterer
OP              : Reality Pictures Photography 
                    * boley contact Naza Sentuhan Derina juga*
MUA            : Naza Sentuhan Derina
Pelamin       : Surizlan Bridal House
Bridesmaid  : Hidayah hiddensity.. selaku pemilik blog ni hehe
Henna         : NedHenna

Vendor service semua tiptop. majority adalah vendor wedding I juga. So we all dah ada experience bekerja dengan dorang.. just MUA & OP je dulu takpat book Kak Naza sebab date tu dah ada client lain.. huhu.. apa2 pun congrats tu my sister, anda sangat cantik ok! hehe..

Majlis Nikah 13 January 2012

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

credit to Surizlan Bridal House's Photo



Henna by NedHenna
Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

 Majlis Resepsi. 14 January 2012

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

bersama bridesmaid :)

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB
Saya mewakili ahli keluarga pengantin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara, tetamu, rakan taulan dan semua yang meraikan majlis perkahwinan kakak saya, juga yang tak dapat hadir terima kasih atas doa dan ucapan kalian.

Thanks to all vendors yang provide great services! u all deserve good reviews from client. Highly recommended! me and my family berpuas hati atas perkhidmatan dan layanan anda. semoga perniagaan anda berkembang dan berkat. AMIN.. kepada b2b dan bakal pengantin semua, apa lagi sila la dapatkan perkhidmatan mereka. 

...dan kepada Puan Linda dan Encik Apit, Selamat Pengantin Baru, tahniah!! semoga berbahagia dan berkekalan sampai syurga =)

Thursday, January 5, 2012

Sneak Preview Album Kawen Edisi Nikah

Ni ada beberapa keping saja gambar nikah dari OP. tak sabar tunggu album resepsi siap ni.. dorang kata cam muka Mila ombak rindu..btul ker? auwww! malu ;) 













suami yang malu2 nak posing


takleh nak upload sume..banyak sangat..hehe
tq for viewing :D

Monday, January 2, 2012

Sneak Preview Album Kawen Edisi Bertandang

Yeay! dah dapat album kawen dari Peveyhack.. baru semangat nak review tapi kena tunggu lagi sebab soft copy belum dapat in full.. FYI, Peveyhack cover 2 event untuk nikah dan bertandang. gambar nikah dah upload sket sebelum ni.. gambar bertandang ni je yang dapat tengok dulu.. yang lain nanti I upload time review :)










bubbye! see ya again..

Monday, December 19, 2011

Review Tertunda : Kalau Anda di Tempat Saya...

Hello friends!

Just a quick update here! at the moment I'm not be able to update anything on my wedding because I havent received my wedding album and video yet.. hmmm.. Will update u guys once everything received accordingly as per request. Cant wait! got something still dispute so nothing much I can say at the moment. stay tune! :I

Dan kepada bank2 itu dan ini, sila la selesaikan masalah saya.. jika tidak vendor saya tak dapat duit itu, lantas saya juga tak dapat album dan video saya.. saya selama ni dah report baik2 tapi takde tindakan.. takkan nak tunggu customer mengamuk serang bank baru nak pulang duit saya..tak cukup ke sebulan nak refund balik? adeh! geram ok! bila saya nak bayar, kamu kata nanti double payment, suruh saya tunggu.. tapi dah tunggu sampai sekarang takde ape2.. yang jadi mangsa sekarang kami la, pengantin dan jurugambar!!

Kejadian berikut terjadi apabila saya transfer duit ibg kepada vendor dari 14 September 2011 sampai sekarang belum transfer.. saya juga banker.. jadi sila la efficient.. tq!


Friday, October 28, 2011

Koleksi hadiah kawen

Salam friends! 

Just nak borak2 kosong jer ni.. during wedding hari tu banyak jugak la hadiah yang dapat for both resepsi dan bertandang.. tq semua..! memang dapat membantu melengkapkan kediaman kami nanti.. tq again.. sebab terlalu banyak, tak dapat plak nak ambik gambar.. tapi ni kesimpulan hadiah kawen yang I dapat!



Hadiah paling banyak
gelas kaca ( dekat 20 set kot )

Hadiah pilihan ramai
coffee maker ( 5 unit )

Hadiah barang elektrik
kipas angin, lampu tido, sandwich maker, multi purpose cooker, rice cooker, microwave oven..

Hadiah bungkusan paling unik
lampu tido from one of the guest ( tiang lampu bungkus, topi lampu kat luar :D) yang lain ada bentuk baju, kertas tampal lain2, dan juga tak cukup wrapping paper ;p

Hadiah sentimental value
gelas recycle from hadiah wedding dorang! camner kitorang bley detect? adalah.. wehehe kantoi!

Hadiah merchandise/cenderamata
jam dinding MU, bekas toothpick Petronas Twin Tower

Hadiah penuh kabinet dapur
dining set, ice cream bowl, tupperware, serving dish, tea set, juice dispenser, bowl set, pisau and chopping board set, mug

Hadiah berbentuk Ilmiah
buku persedian pengantin baru, buku masakan.. gulp!

Hadiah kelengkapan bilik
cadar, bakul laundry, lampu tido

Hadiah paling wangi
perfume set

Hadiah perhiasan rumah
jam dinding, album gambar, frame gambar

Hadiah misteri
Ramai guest lupa tulis kad sender name.. banyak giler hadiah tanpa nama. so we all tak tau siapa bagi.. sender je misteri, hadiah ok!

So boley tengok trend sekarang, orang takut nak bagi rice cooker, kettle dan seterika dah. takut sama ngan orang lain.. dah tu kami dapat cofee maker banyak weh!! sesuai untuk cofee lover cam I ni :)

Thanks semua.. tak ingat la ape lagi yang dapat..semua hadiah buat masa ni masih berada di rumah keluarga masing2! hehe apa2 pun we all suka sangat dengan setiap satu ucapan, hadiah dan juga tak lupa 'ang pow' anda.hehehe!

Just ada satu request untuk hadiah perkahwinan je belum dapat lagi ni..nak tau ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


hehehehe ;)
wish me luck !!

Wednesday, October 19, 2011

Review : Tudung pengantin

Lamanyer nak amik mood update blog ni. bukan ape, gambar blum dapat.. so update yang mana ada dulu.. ni semua dari camera kawan2 dan blog2 mereka yang terlibat BTS wedding I.tq so much! hari ni nak update pasal tudung plak sebab ramai b2b yang mintak suggestion pasal tudung kawen..

Ni plan untuk gaya tudung yang dah rancang dari awal..

nikah - shawl + veil
resepsi - awning chiffon + veil + sirkam
bertandang - awning lycra + veil + tiara

Tudung nikah
Untuk majlis nikah simple saje, beli shawl jojet rm5 dan customade veil. untuk veil I beli chiffon silk kat Jakel dalan 1.5 meter bidang 60". kalau tak silap semeter dalam rm 38 rasanyer. then hantar kat tailor untuk jahit veil double layer dan tempah beading simple kat kepala. veil ni I hantar tempah kat wisma central, sebelah KLCC.. harga pun tak mahal, tapi kena hantar awal giler kalau nak pakai.. sebab tempahan baju kurung sentiasa banyak kat sini.. nama kedai dia tak ingat plak!*aiyak* sebab my mom yang suggest hantar tailor kat situ.. so my mom yang uruskan..

beading pearls atas kepala
labuh veil sampai pinggang
pic ni bley nampak veil double layer kat belakang

Tudung resepsi
Ni kisah dia lagi unik. heehe.. I pun serious tak ingat mana dapat email kak fida untuk tempah tudung.. sebab I save email dia pastu I buat remark 'tudung pengantin'. so after a while I nampak email address tu I pun terus email to discuss pasal tudung I. memang dah lama I cari tudung awning chiffon yang tak berjahit depan, tapi tak jumpa. memang kena customade jugak.. berurusan dengan kak fida sangat mudah dan kualiti tudung memang puas hati. harga tak mahal. bersyukur dapat cari tudung designer yang bersesuaian. nak2 I ni tak pernah pakai tudung awning tapi berani nak pakai time wedding.hehehe pasrah je la kalau muka tak sesuai time kawen tu.. tapi alhamdulillah..hasil memberansangkan.. :)


pic ehsan blog kak fida.. tq!

sesiapa yang berminat, boley contact kak fida di sini..

qiss-bidasari.blogspot.com

Aksesori resepsi
Crown ni dorang panggil sirkam. I beli ni kat Silver Star, rm 140.00. sebab nak nampakkan unsur traditional kat wedding tu so pakailah.. kaler gold lagi.. sape nak sewa, sila contact yea..

Tudung bertandang
Ni lagi best.. I beli kat salah satu kedai tudung kat Jalan Masjid India. lokasi kedai berhampiran dengan Mari Butik. tudung pilihan untuk bertandang juga mudah, awning size S dan iron-on crystal. so after pilih tudung dan batu2 crystal, I lepak kat kedai tu dalam 10 minit tunggu tudung siap. I pilih cystal full kat awning dan sanggul. so budget dalam rm40-50 la tak lari.. takpe stil murah lagi.. hehe bila nak bayar, dia kira rm15! haaah! Ingat harga tudung je, rupanya dengan batu skali!! murahnyer!! tq kak! hehehe..giler happy.

pandangan depan

pandangan tepi, ada crystal lagi kat sanggul ;)
nanti kalau ada gambar baru, I upload yea.. daaa..!