My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label wedding card. Show all posts
Showing posts with label wedding card. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

20.11.2011 Surprise Wedding Reception?

Hari ni dah masuk Jumaat, maka esok bergeraklah kami pulang ke kampung FIL di Merlimau untuk satu lagi majlis sambut pengantin kecil2 lan katanyer.. majlis ni kira sangat adhoc dah kejutan buat I sebab tak sempat prepare ape langsung. bak kata FIL, balik bawak diri jer.. so I wasn't expect something big, sekadar doa selamat, datang pakai baju kurung and gerak pagi dari KL hari yang sama pun on no prob.. tapi sangkaan agak meleset bila FIL aka ayah hulurkan kad jemputan yang ditempah khas buat kenduri edisi di kampung. hello ada kad owkey! takkan nak sempoi2 jer datang lenggang?

Tak sangka kami ada 3 jenis kad kawen semuanyer!

Pilihan dan idea FIL yang pergi senyap2 tempah kad.
ape2 pun impressed! sebab cantik :)
Mak aihh! I dah cuak giler.. mana tak nyer. perkara paling penting yang terlintas kat otak......

Baju & Make up camner?????

I terus teringat nak terjah kaunter makeup, MAC ker, Seishedo ker, Farmasi ker tapi terlupa location kampung adalah di Merlimau bukan kat Bandar Melaka. aiyakk!! buntu.. Tapi MIL relax je cakap takpe.. kat kampung je... I was like..huh??? biar btul? hmm.. so I dengan keadaan darurat dan kesuntukan masa ni my suami suggest.. *senang jer*

1. "b pakai baju melayu nikah, yang pakai baju kurung dalam almari tu.. kan yang pink tu belum pakai lagi.."
Fushia jubah kurung
2. "kita gerak sehari awal, lepak hotel kat sana (hotel kat merlimau ada satu je kot) untuk nak bersiap.."

3. "mekap? takyah la.. biasa2 je dah.."

hukhuk., ape lagi nak di kata... tawakal je la.. so saksikan nanti camner rupa pengantin yang paling simple dalam melaka, or maybe dalam semenanjung Malaysia. gulp!

Thursday, September 15, 2011

Wedding Initial for Signage & Wedding Card

Hai kawan2, esok saje rumah ni mau kenduri, sibuk sket tak sempat nak update banyak perkara. sorry yea. a quick update on the wedding initial.

Since I takde seni plus tak creative, ni je la hasil yang I bley buat untuk wedding initial huruf pangkal nama both of us. wedding initial ni nak guna untuk wedding signage dan wedding card. tak sempat mendapatkan khidmat pakar menghasilkan initial yang cantik..sedih.. tapi takpe, buat sendiri lebih bermakna!

Ni la dia hasil initial yang dimaksudkan..


H&H seperti yang anda semua sedia maklum adalah gabungan nama Hidayah-Hafiz. disebalik initial ni juga tersembunyi lambang love yang bertaut satu sama lain pada hujung huruf H tu, sebagai maksud simbolik cinta dan kasih sayang antara kami.. chewah! *nampak ker lovetu??*hehehe ;p

Setelah yakin akan hasil kerja syok sendiri ni, I pun decide untuk emboss atas envelope wedding card dan juga wedding signage. 


cantik tak?? *lalalalala* ni wedding card bertandang


ni pula wedding card for reception

sape yang tak jumpa jalan esok, cari signage ni yea..

Ok, sampai sini dulu..wish me luck nak kawen dah sok ni!! bubye!!

Saturday, August 6, 2011

Save The Date

Salam dear friends!

Syukur alhamdulillah... Cik Tunang saya sudah sembuh..!! *mode happy giler* oleh yang demikian mari kita bekerjasama mengembeling tenaga siapkan wedding prep kita yang tertunda ni.. jom2!! Hmm memandangkan I ada issue sket dengan kad kawen yang dijangka siap 3 minggu sebelum wedding, better I inform dulu kawan2 dan sanak saudara terdekat secara tidak rasmi dulu.. kad akan menyusul kemudian.. 

Thanks!


Thursday, July 28, 2011

Sequel Kad Jemputan Kawen Tak Puas Hati..

Ok sambung story semalam.. I received email from vendor kad kawen again..dah boley agak!! salah lagi....! staff dorang boley hantar draft yang tak update ape yang I dah highlight? memang tak boleh harap kan? I dah mula terpikir dorang ni dulu sekolah mana or ke dari background budak sekolah tak abis? I bukan nak look down people, jauh sekali.. tapi dorang ni dah macam pahat & penukul tau. I bagitau sekali,satu dia ubah.. mampus la nak tunggu kad siap camtu!!! 

You all nak tau tak macam mana nak explain lagi bagi dorang faham? dengan perasaan membara lalu I pun layangkan email dengan  berbekalkan secebis kesabaran dan kelembutan..

Please ammend all the mistake below

Lokasi majlis pengantin lelaki

1. pls remove perpustakaan negara, leave it blank
2. change proper icon for taman perumahan and all the houses. pls remove the 'padang' icon and replace with something more suitable.
3. remove icon for putra jelatek and setiawangsa, just put putra logo and station name. logo as per file attached.
4. put asrama felda only will do, pls remove semai bakti
5. pls update the icon as per request:
  • Sapura
  • Felda 
  • Putra
  • all the houses icon

Lokasi majlis pengantin perempuan

1. typo error! and icon not updated. pls check before u submit the draft to client. 
  • Pusat Bandar Taman Melawati *icon previously they put as Pusat Bnadar Taman Melawati
  • GlaxoSmithKline *icon previously they put as Smith Klane
  • Pernec *icon previously they put as Pernee
  • Dawama *icon previously they put as Dawana 

2. change proper icon for taman perumahan. pls remove the padang icon and replace with something more suitable. korang bleh tgk icon padang tu kat map previous entry.

3. Please change, by right from Hulu Klang, not Desa Melawati Gate

4. envelope design so far looks fine, size and placement of the initial in order.

5. front cover, ok. this is the best u can do, is it?

Kindly put more effort and double check before submit. Please do extra miles.

Regards.

Hafiz & Hidayah

Haaa ko! baru diorang faham.. setiap satu kesalahan kena explain.. kalau tak, dia betulkan satu je then email..! sampai ke tahap camtu sekali.. dasyat kan? dah btul icon a, boleh salah icon lain plak...padahal yang tu dah ok tak suruh tukar pun.. camner la dorang ni buat keje... haih..

Tuesday, July 26, 2011

Kad Jemputan Kawen Tak Puas Hati *Part Two*

Hello dearie bloggers and friends,

Bila sebut pasal kad kawen je I dah nak meradang. seperti entry ni you all boleh refer or nak buat flashback. ikut kan I memang dah surrender awal2 tanak deal with dis vendor anymore, tapi cik tunang I boley sabar lagi.. so I left the card matter for him to handle. nak dijadikan cerita, cik tunang I tak sehat, so I have to take over perihal kad la dis time. we received email again to confirm the layout again and again and FYI, last weekend we all personally pegi kedai tu to explain every single thing.. ingat dah settle, tapi bila dia hantar layout suruh confirm tadi, I tengok astaghfirullahalazhim... punya banyak silap walaupun I dah betulkan during our visit few days back...! teruknyer!

Nak tau service this vendor macam mana? See..

  • remember pasal initial H&H yang dorang 'design' last month tu? sebabkan tak menepati taste I, so I created my own one, so you all tak payah susah2 buatkan. I bagi my own initial for you, just paste and print. and you know what she replied?
                              erkk..kak ni pakai font jenis ape ek nak buat??

         bukan I ke suppose tanya you, font ape nak pakai?!!! %%#$@$#%&^

  • masa I bayar deposit, they informed all the layout and hot stamping boleh buat ikut suka, BUT bila time datang buat kad, ubah layout and hot stamping kena caj add RM80.00!!  hidden charges kan?? takpe, I paid the extra charges.
  • I bagi peta lokasi dewan. the icon memang teruk giler, letak gambar kuda to represent zoo negara?? so I advise apa yang nak tukar, I bagitahu proper landmark and icon yang nak guna. you all nak tau what she answered?

she : kita ada logo untuk Shell and Giant je, yang lain takde..
me : google la
she : akak bagi kita la, email je.. kita takde icon lain..
me  : fine, I email you..

Below is the 1st draft sent to us, and the amendment done during our visit.

Double click for larger image
After I email the details, she forwarded me the "2nd draft" Nak tau ape dalam 2nd draft tu?? ape hasilnyer?? kita tunggu episod seterusnyer.. Panazzz!!

Saturday, July 9, 2011

Kad Jemputan Kahwin ~ serious tak puas hati!

Hye beautiful bloggers and readers!

So far I tak pernah jumpa vendor yang totally out tak boleh buat kerja dalam bidang yang they all suppose lebih expert. I sangat2 tak puas hati dengan hasil kerja, layout kad kahwin and design yang vendor I bagi via email. time pegi tempah, everything look fine, tapi bila I received layout from dorang, sakit jantung dibuatnyer. macam projek pendidikan seni budak sekolah rendah! I memang geram sangat, claim designer kad kawen, berangan la! I belum tahap nak reveal nama kedai dan branch mana I tempah lagi, tapi u guys better bersedia dengan 'designer' lepasan spm yang buat kerja part time sementara nak masuk ipta ni. bukan I suh design the whole kad pun, templete dah ada, just I requested for initial nama I ngan tunang I je. susah sangat ker? dan patut ker I tukar design yang I memang nak for my wedding card sebab staff tu pekerja baru dan budak lagi? tu masalah I ker sebagai customer? kalau tak sebab deposit tak bley refund, dah lama I tempah tempat lain. takde effort and malas. tu je dua perkataan yang sesuai. ish, marah betul!