Skip to main content

Posts

Showing posts with the label khauf

alamak..pakcik nangis nape ni?? takut tuhan ke....alaaa,,jangan la nangis

Jumaat. Aku nak wat entri pasal jumaat la. Aku cuba carik kat entri2 lepas, tapi tak jumpa..mungkin tak penah citer lagi. Jadi aku citer je la lagi sekali. Aku cari makan di Damansara masa tu. Setiap kali Jumaat, kami akan decide nak pergi masjid mana. Hari itu, kami makan ikan bakar kat Tang Ling. Usai makan, kami bersembahyang di Masjid Negara. Masuk bilik air sembahyang VVIP lepas usha line clear. Memang clear la sebab takde ramai VVIP yg semayang jumaat. Bazir je bilik wudhuk kosong, yang lain beratur kat tempat wudhuk pacal hina. Bila masuk waktu solat, muazin pn dah qamad, aku pn cuba mengkhusyukkan diri menunaikan semayang jumaat. Sedang asyik Imam mengalunkan bacaan, aku dengar ada orang menangis. Jelas sungguh, agak kuat. Rupanya pakcik depan aku.  Dia menangis teresak2, sambil berkata " Allah~~~~ " sekali sekala. Bila imam sambung ke ayat seterusnya, pakcik tu bagai kan begitu takut, aku dapat lihat lututnya seperti lemah longlai dek bacaan imam tadi. " Alll...