Showing posts with label suka-suki. Show all posts
Showing posts with label suka-suki. Show all posts

Monday, August 20, 2012

riang ria raya 2012

 Alhamdulillah... satu syawal yang amat meriah untuk aku dan keluarga. bersyukur sangat sebab dapat beraya bersama-sama keluarga di sabak bernam.

pagi raya dimulakan dengan solat sunat hari raya dan menziarahi pusara embah lanang. kemudian sesi bermaaf-maafan sesama adik-beradik dan mak bapak.

tangkap-tangkap gambar sikit...

keluarga sis zura

keluarga sis ana

keluarga sis yuni

ni yang masih bujang bersama mak dan bapak

we happy family

bermaaf-maafan

habis sesi di rumah, kami pergi ke rumah embah di sebelah rumah aku. berkumpul ramai sanak-saudara sambil membuat tahlil ringkas yang diketuai oleh wak tar (pakcik aku). makan-makan dan bermaafan tak dilupa.
 
berkumpul keluarga besar hj osamin

adik aku dan sepupu-sepupu aku dengan duit rm1 yang baru

sebahagian ahli keluarga besar hj osamin

habis bersalam-salaman dan bermaafan aku, raimi (adik) dan abg mat (abang aku) pergi bersama-sama bujang-bujang kampung yang lain untuk baraan (amalan ziarah-menziarahi).

baraan sampai kat rumah aku

setelah selesai baraan aku dan semua ahli keluarga aku pun berangkat ke sungai tiang, bagan datoh untuk beraya di rumah embah jauh (nenek sebelah mak). makan tak payah cerita memang dah tak tertanggung lagi.

sesi malam pula dimeriahkan dengan mainan bunga api dan mercun. bukan main semangat lagi kami bakar duit ye (don't try this at home).

antara ahli keluarga besar haji mokhtar@sarbini

amacam?

rumah embah jauh
masuk hari raya kedua baru mula baraan rumah saudara terdekat. pusing semua rumah eratkan hubungan silaturrahim.
 
kemeriahan 1 syawal yang tak dapat aku lupakan. macam mana 1 syawal korang?

Saturday, November 5, 2011

kursus gigi vs bbq pendaki korbu!

Assalamualaikum...

pada 1 dan 3 november lepas telah dijalankan kursus gigi untuk batch unit kami. kursus gigi? ala kursus gigi la.. haha.

untuk hari pertama kami di dedahkan mengenai cara yang betul untuk gosok gigi. ala macam yang korang semua dah buat masa sekolah rendah tu. sama je... pagi-pagi gosok gigi lepas tu pergi buat pemeriksaan gigi.

hari yang berikutnya pula kami ada ceramah dan ceramah tu sampai petang.. huhu~ Alhamdulillah jugaklah sebab banyaklah benda baru aku belajar. lepas ni boleh ajar kat anak murid.



ok memang semangat ye kitorg..
ok habis cerita gigi, kita masuk cerita makan-makan pulak. malam 3 haribulan pulak telah diadakan bbq pendaki-pendaki korbu. bbq ni hasil daripada lebihan wang pergi korbu tempoh hari.

walaupun hanya separuh yang pergi tapi memang best la dan makanan memang terbaik. Alhamdulillah.. best sangat.

kami membako!




nampak menyelerakan kan? best2!
tu je yang dapat aku kongsi buat masa ni. terima kasih kepada semua yang terlibat.


Sunday, October 30, 2011

travelog xpdc gunung korbu 2011 dari kacamata en.yudin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. syukur sebab masih dapat merasai nikmatNya. baru-baru ni (23-26 okt), aku dan 24 orang rakan termasuk seorang pensyarah (ustaz zack) dan anaknya telah berjaya dalam misi menawan puncak korbu (klik). kalau nak tahu gunung korbu ni gunung yang kedua tertinggi di semenanjung malaysia iaitu kurang 3 meter daripada gunung tahan.

xpdc kami dibimbing oleh dua orang guider yang aku kira profesional dalam kerja mereka iaitu 'chip' dan abg sahlan. xpdc bermula di intake ulu kinta iaitu di kawasan empangan sultan azlan shah ulu kinta pada pukul 3.30 petang hari ahad (23 okt).

dengan menggalas haversack berat berisi makanan dan peralatan perkhemahan tanpa sebarang pengalaman, kami semua hanya berbekalkan semangat dan tawakal sahaja untuk mendaki gunung tersebut. aku akan cerita serba ringkas pengalaman aku sepanjang 4 hari di dalam hutan.

hari ahad (23 okt 2011)

kami mula berkumpul di ipg seawal pukul12.30 tengahari. masa ni nak bahagi-bahagi bahan makanan dan menunggu guider sampai. guider sampai kami pon berhimpit naik van untuk ke intake gunung korbu. naik van ni memang dah macam sardin. mana taknya berhimpit 15-16 orang dalam 1 van. tiba di intake pukul 3 petang dan mendengar taklimat daripada guider.

masuk hutan pukul 3.30 petang. halangan pertama bukit nanas iaitu pendakian lebih kurang 30minit. kat sini aku dapat tengoklah muka ceria kat bawah tadi dah mula ketat. kemudian kami singgah di satu kawasan rehat di dataran pacat untuk solat asar. sepanjang perjalanan tak payah ceritalah memang banyak pacat. kami meneruskan perjalanan dan tiba di kem batu besar/waterfall camp dalam lingkungan pukul8 malam dan mendirikan khemah.

malam tu akvitivi kami makan dan tidur (tidur dengan pacat whoaa)~

hari isnin (24 okt 2011)

pagi tu persiapan diri dan kemas kawasan perkhemahan. mendapat taklimat daripada guider dan meneruskan perjalanan area pukul9 pagi sebab perjalanan kami masih jauh. perjalanan bermula dengan mendaki bukit penat sebelum sampai di kem seroja pada pukul 10~11 kalau tak silap aku. kat sini kami kurangkan ration (bahan makanan) sebab esok kami akan berkhemah di sini (banyak lebah masa ni).

perjalanan diteruskan dengan melalui bukit lagi penat. ok bukit ni memang kaw-kaw penatlah. boleh putus urat kentut aku daki =p berhenti rehat sebentar di puncak bukit lagi penat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke kem kijang. kat sini kami dah mula jumpa 3 orang pendaki lain yang juga merupakan rakan kepada guider kami. tiba kat sini dah tengahari jadi kami mengambil kesempatan untuk makan tengahari dan solat zohor beserta jamak asar (setelah merujuk ustaz).

kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke last waterpoint untuk mengisi air. tempat ni merupakan punca air terakhir sebelum sampai ke puncak korbu. beg yang dah tersedia berat bertambah berat dengan simpanan air minimum 3liter seorang. sampai kat sini pun dah agak lewat (5pm) jadi guider dah meramalkan kami akan berjalan malam. so get ready!

pendakian diteruskan, kaki pun dah mula sakit-sakit dan akhirnya hati menjadi agak terubat apabila dapat melihat puncak korbu di puncak bukit botak. sempat bergambar sebelum menunggu rakan lain tiba walaupun hakikatnya perjalanan ada lebih kurang 3jam lagi. setelah semua sampai kami mengagihkan barangan perkhemahan kepada runner (group laju) dan menyambung perjalanan pada pukul7 malam.

perjalanan 3 jam melalui dua puncak gunung iaitu puncak chuban dan korbu raya sebelum sampai di puncak korbu. meredah puncak chuban merupakan cabaran tergetir dalam xpdc ni dimana kami terpaksa melalui laluan berlumut dengan jarak pandangan yang terhad. selain itu kami juga terpaksa menggunakan tali untuk menaiki satu kawasan dan memanjat batu untuk ke atas. semua tu kami buat pada waktu malam. suhu pun dah semakin menurun.. memang cabaranlah..

Alhamdulillah group runner sampai lebih awal dari jangkaan iaitu pukul10 dan group terakhir sampai pada pukul12 malam dan membuat persiapan perkhemahan. kami tidur dalam kesejukan dan kepenatan malam tu sehinggakan hampir keseluruhan peserta tak makan malam dan terus tidur.

hari selasa (25 okt 2011)

malam yang gelap, kini sudah cerah. aku dah beku, kau juga sama.. lalala~ ok selingan je tu. pagi ni kami makan nasi goreng yang tak macam nasi dan air teh o ais yang panas untuk 5 minit je. tapi tetap jugak bersyukur sebab dapat menghirup udara segar di puncak gunung korbu. "mak, bapak... yudin dah sampai puncak korbu!!"

pemandangan kat puncak memang superb! dapat tengok banjaran titiwangsa, dapat teropong ipg dari atas, dapat tengok ipoh, dapat tangkap gambar banyak-banyak dan macam-macamlah pengalaman. Alhamdulillah... syukurlah jugak sepanjang dua hari pendakian tak hujan. target kami hari ni untuk sampai di kem seroja. perjalanan bermula pada pukul 10.30 pagi.

perjalanan menurun puncak lebih mudah dan lebih menyakitkan sebab kena jaga brek dan mengelak shuffle (pandangan peribadi aku la..). macam biasalah muka-muka yang ceria mengambil gambar kat atas puncak dah mula mengetat. hehe.. masa ni jugaklah dapat tengok laluan malam yang dah kami lalui sebelum ni. memang tak sangka, memang teruja dan memang menakutkan bila difikirkan balik.

sasaran sampai di puncak botak 30 minit melebihi 2 jam. sempatlah ustaz dan beberapa orang rakan mengutip tumbuh-tumbuhan hutan yang susah nak dapat kat bawah. sampai di puncak botak group pertama dah bersedia nak turun ke last waterpoint.

tiba di last waterpoint lingkungan pukul 3 petang. kami makan tengahari ringkas (maggi) di sana dan solat zohor+asar. perjalanan diteruskan menuju ke kem seroja melalui bukit lagi penat dan kem kijang. kumpulan pertama tiba pada pukul6.30 petang dan menyiapkan khemah dan makanan. malam tu ada kes 'alter' (haha...). kumpulan terakhir tiba lingkungan pukul 9 malam dan mereka kehujanan.

malam tu aku tidur tak hengat dunia. penat ya amat disamping kaki yang tidak tertahan lagi sakitnya. hehe.. dengan hujan yang tak berhenti tu memang sejuk jugaklah tidur malam tu.

hari rabu (26 okt 2011)

pagi tu kami kemas khemah macam biasa, parsiapkan diri masing-masing dan masak-memasak. kalau boleh nak habiskan semua ration yang ada. penat bawak makanan tu  ke hulu-hilir. sebelum mulakan perjalanan kami menerima taklimat daripada guider. teringat kata-kata tu "hebak mung!!"

perjalanan bermula pada pukul 10.30 pagi. hari ni kami perlu melalui semula bukit penat sebelum sampai di kem batu besar (waterfall camp). sampai je di kem batu besar aku dan beberapa orang rakan group runner tanpa segan silunya terjun untuk bermandi-manda kat air terjun tu. mana boleh tahan tengok je. kat sini juga kami makan tengahari.

kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti solat di dataran pacat. perjalanan balik ni aku paling banyak kena pacat berbanding pendakian kelmarin. kat sini selain solat kami tanpa segan silunya sekali lagi terjun untuk bermandi-manda. mana boleh tahan beb!

dalam pukul 3.30 petang kami meneruskan perjalanan untuk sampai di intake. guider cakap van tunggu pukul 4.00 petang. betullah tepat pukul 4.00 petang group aku tiba di intake dengan hati yang gembira dan teruja. tak sangka naik berjam-jam tapi bila turun 30 minit je.

sempat bergambar dan bervideo.

***

kenangan yang sangat indah sebagai penutup perjalanan aku sepanjang berada di ipg ni. banyak benda baru yang aku belajar. pengalaman baru yang tak dapat aku lupakan. kawan-kawan dan juga ustaz semua best-best.

tu je serba sedikit yang dapat aku catat dalam memori ingatan aku ni. kalau salah mintak sori ye... untuk pengalaman yang lebih spesifik mungkin aku akan ceritakan pada post yang lain.

kami bergambar dipuncak korbu
*gambar ehsan daripada saudara anwar hariz

Wednesday, September 28, 2011

seminar sudah habis!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. seminar penyelidikan tindakan dah habis. satu persatu halangan nak jadi cikgu dapat aku tempuh. susah jugak nak jadi cikgu zaman sekarang ni ye. =)

semalam merupakan hari bersejarah aku bentang kajian yang aku dah buat kat sekolah dulu. terima kasih kepada semua yang telah menyokong aku selama ini.

sekarang tengah menghitung hari untuk habiskan pengajian.. wah! seronok2!

sekian =)

Friday, September 9, 2011

yey! dapat duit raya!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah besar-besar macam ni pun masih dapat duit raya. hehe.. tapi duit raya kali ni bukan free ek. aku ada join kontest myeg syoknya raya 2011, kalau korang perasan ada iklan kat hot.fm time raya hari tu.

sebenarnya aku saja try sebab kontest ni free je tak payah bayar apa-apa. gambar yang aku pertaruhkan gambar ni 


kontest ni senang je.. mula-mula pergi kat fanpage facebook friends of myeg. klik like. cari kontest syoknya raya 2011. lepas tu upload gambar pilihan kat dalam tu. buat description sikit pasal gambar yang dah dihantar.




gambar terpilih dapat duit raya rm200. petang tadi dapat call daripada myeg untuk pemberitahuan hadiah. Alhamdulillah.. ni kali pertama aku join kontest macam ni. tak sangka pulak boleh menang. seronok!

*buat pengetahuan semua tarikh tutup kontest ni dah habis pun. huhu.. kalau nak cuba lain kali ek. ce try like page dia.

Monday, December 13, 2010

imaginasi basi: blog kedua aku... huhu~

Assalamualaikum...

niat nak buat blog baru ni memang dah lama ada. tapi musim-musim cuti ni baru terasa nak buat. jadi dengan ini, secara rasminya aku nak membuka blog aku untuk tatapan umum. nama blog baru aku ialah IMAGINASI BASI. jangan tanya kenapa aku letak nama macam tu sebab aku pun tak tahu. hoho~

sebenarnya beberapa hari lepas aku dah pun letakkan link blog baru aku kat blog ni. kalau korang perasan kat menu bar hujung sekali belah kanan. kalau ada yang perasan baguslah, dan ada juga yang dah jadi follower aku walaupun aku baru ada 1 entri. terharu jap...

sedikit tentang blog baru aku ni, merupakan blog untuk aku melepaskan gian melukis sebab aku ni agak minatlah melukis dan menconteng.



sekarang blog aku dah ada 9 entri. lepas ni mungkin banyak lagi. aku tak berharap banyak sangat kat blog ni sebab ianya baru. tapi sokongan korang semua amat penting untuk aku terus berkarya... yeah!

Thursday, December 9, 2010

kembali ke bentuk asal...!

Assalamualaikum...

dah rasa macam superman pulak nak kembali ke bentuk asal. maksud aku kat sini kehidupan aku ketika cuti ni akhirnya kembali seperti sedia kala.

baru sahaja balik dari negeri sembilan menghantar kakak sambil sempat merayau-rayau sekitar negeri sembilan. balik pulak siap tersesat, terlajak dan sebagainya. tapi Alhamdulillah la jumpa jalan pulang.

balik-balik terus cari laptop mencari informasi terkini dalam dan luar negara. eceh! bukan apa dah berapa hari hidup dengan dunia aku je. hehe...

satu berita yang buat aku agak terkejut untuk hari ini ialah mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik. adeh~ tak habis-habis cerita naik... itu naik, ini naik. kejap petrol, kejap gula, sekarang elektrik pulak. lepas ni korang semua berhentilah blogging. jap lagi naik pulak bil elektrik kerja mengadap laptop je 24 jam. buang karen je~

dah la malas aku nak cerita pasal benda ni. meluat pulak aku rasa bila teringat muka-muka tu. lagipun masih dalam peringkat cadangan. tapi aku rasa akan dilaksanakan juga lambat laun. yeay!

laporan akhbar: 1 / 2

Tuesday, December 7, 2010

destinasi hari ini: seremban~

Assalamualaikum...

hari ini aku bangun awal dan update blog sebab kemungkinan lepas ni aku tak berkesempatan untuk online sehingga esok malam. semangat betul aku kan? nak buat macam mana, target satu hari satu entri sepanjang cuti sekolah ni.

hari ni aku akan ke seremban menghantar kakak yang telah seminggu berada di kampung. mak aku cakap nak gerak awal dan singgah di rumah kakak sulung aku di meru, klang. katanya beliau nak join kami ke seremban sebab nak bawak anaknya mandi-manda di port dickson.

semoga perjalanan aku  sepanjang hari ini dan esok sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan lancar. kalau rakan-rakan ada melawat blog ni, sudi-sudilah tinggalkan link kat menu 'link x-change' tu.

sambil-sambil tu aku nak promote blog baru aku yang masih lagi kosong tu. kalau sudi jadilah follower aku ye. bagi aku kickstart untuk lebih berkarya (ayat tak boleh blah). apa-apa pun selamat bercuti dan ceria-ceria selalu!

Sunday, December 5, 2010

entri pagi pembuka rezeki..

Assalamualaikum...

pagi ni aku bangun agak lewat. biasalah kes sambung tidur lepas subuh. rasa penat ya amat semalam dari petang sampai ke malam kenduri. malam pulak tidur lewat bahana berfacebook.

jadi pagi ni kira qada' balik la. hehe... hari ni nak pergi kenduri lagi. tapi hari ni aku keseorangan. mungkin pergi kenduri solo je. nak ajak member dia tak jadi pulak. orang dah jemput takkan tak datang ye dak?

masa ni la mula berangan nak bawak bini sendiri pergi kenduri. ekeke... ahh... mengarut semua tu. baik aku siap-siap pergi kenduri.

Saturday, December 4, 2010

musim-musim kenduri...

Assalamualaikum...

hari ni ada kenduri, esok pun ada kenduri. rasa macam dah dewasa pulak. kalau dulu masa kecil ikut mak bapak kenduri, sekarang dah besar aku dijemput untuk pergi kenduri.

hari ni jalan kampung mesti sesak lagi macam minggu lepas. hampir setiap kampung ada kenduri, mana tak sesak. makin ramailah umat manusia macam ni. hehe...

entri ni pun aku tulis sebelum ke rumah rakan untuk kenduri. hari macam nak hujan, ni yang malas nak pergi ni. aku dah la naik kapcai (belum kerja lagi beb...).

cerita pasal kapcai, harga minyak naik lagi, gula naik lagi dan diesel pun naik lagi. kesian mereka-mereka yang nak kenduri tu. masa ni lah harga nak naik. nak pergi kenduri pun satu hal, harga minyak pulak naik.

lepas ni ada kenduri jangan datang sebab nak jimat duit. lepas tu porak peranda masyarakat. ish3... ok dah la merepek. baik aku keluar rumah sekarang sebelum betul-betul hujan.

jom bermasyarakat!

Thursday, December 2, 2010

entri awal pagi...

Assalamualaikum...

balik dari tahlil rumah nenek terus menghadap blog. Alhamdulillah baru je selesai mengikuti kenduri tahlil untuk arwah atuk aku. penat jugak terpaksa memandu lewat-lewat malam macam ni. tak apalah bukan selalu.

oleh kerana esok aku mungkin tak berkesempatan untuk mengupdate blog ni, tak salah kalau aku update siap-siap pagi ni. sebab pukul 8 pagi ni aku akan ke kuala lumpur bersama-sama mak bapak dan adik bongsu aku. ada temu janji dengan pihak hospital.

mak aku cakap nak suruh aku  bawa dia jalan-jalan naik lrt. ni la masalahnya. aku ni bukan reti sangat jalan-jalan kl ni. tapi kalau setakat nak pergi jalan masjid india boleh kot. adeh~ kalau mak aku nak sangat jalan-jalan esok terpaksalah aku hello-hello kawan aku yang dah biasa jalan kl ni.

apa-apa pun kita tunggu je esok. demi ibu tercinta, mesti boleh punya! hehe... ok la nak blogwalk jap sebelum masuk tidur. agak mengantuklah jugak ni.

Wednesday, December 1, 2010

nak jawab tag la...

Assalamualaikum...

semalam, aku di tag oleh beberapa orang. tapi hari ni aku nak jawab satu je, mungkin. hehe.. tag ni daripada cik fasha. terima kasih tau sebab sudi tag tuan rumah ni. huhu~

terus kepada soalan (copy paste session).


1.Ape bende paling penting dlm hidup korang?
benda? tak ada sangat... kalau sekarang ni laptoplah sebab boleh berakar punggung duduk rumah tak buat apa.


2.Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
ais krim cendol. sedap...


3.Di mana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
tempat kat rumahlah rasanya. tema tak tau lagi.


4.Adakah korang sedang bercinta sekarang?
yup. rasa cinta hadir dalam diri setiap manusia. hehe... bukan semestinya dengan gadis bukan?


5.Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
insyaAllah selamanya.


6.Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
kalau ada, taknak jumpa. nak kahwin terus. boleh?


7.Novel/buku/majalah terakhir korunk beli?
yang aku beli tak ingatlah. tapi baru-baru ni ramai orang bagi aku buku. terima kasih kepada yang bagi tu!


8.Apakah name penuh korang ?
mohd wakiyuddin bin rosnan


9.Antara mak dan ayah korang,mana yg korang lagi mesra?
aku lebih mesra dengan mak. bapak aku dulu masa aku kecil sangat garang. tapi sekarang dah geng dah. dua-dualah mesra. hehe...


10.Namakan orang yg betul2 korang nk jumpa dlm hidup
kalau ikutkan nak jumpa junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. kalau orang-orang yang ada sekarang ni langsung tak ada rasa nak jumpa pun.


11.Adakah korang basuh baju sendiri?
tengoklah. dulu kt hostel kena basuh pakai tangan. sekarang kat rumah sewa pakai mesin. still basuh basuh baju sendiri k. hehe... (opps lupe.. kat rumah orang lain yang basuh. ekeke...)


12.Di mana tempat yg korang btol2 nk pergi
lepas dengar satu ceramah tu aku betul-betul rasa nak pergi mekah tengok kaabah.


13.Pilih salah satu,peluk atau cium
kalau pilih satu aku nak peluk. manalah tau kot2 tengah peluk tu tercium. hehe... gatai~


14.Beritahu 3 perkara tentang org yg tag korang
hurm... tak kenal sangatlah. tapi dia jawab kat tag dia, dia single. ekeke...

15.Lima benda korang sangat syg dalam hidup korang
aku tak ada sangat bende yang betul-betul aku sayang. tapi benda-benda yang aku list ni agak pentinglah dalam hidup aku ni. jap fikir jap.
- motosikal (untuk bergerak... ke kuliah)
- handset (untuk berkomunikasi)
- laptop (untuk berblog. hehe..)
- deodorant dan body spray (untuk kekal bertenaga. haha.. geli je)
- dompet (untuk berurus niaga)

ok cukuplah kot... 


16.Lima lagu korang suka dan selalu dengar
tak tahu kenapa tapi lagu memang senang lekat kat kepala otak aku. cuma masalahnya aku tak pernah ambil tahu pasal tajuk lagu dan penyanyi. kalau aku tau pun mesti dia cukup terkenal di mata aku. hehe... ok lah antara penyanyi yang aku suka lagunya
- maher zain
- opick
alamak... tak retilah.


17.Bila tarikh lahir korang dan sambut befday kat mana tahun lepas?
3 mac 1988. tak sambut pun.


18.Tujuh orang blogger korang nak tag
maaf, selalunya kalau benda tag ni mesti habis sampai kat aku je.


19.Cerita sikit pasal blogger pertama korang tag
rasanya tak perlulah nak jawab. huhu...



sekian saja, antara yang aku boleh jawab buat masa ni. kalau ada rasa rasa tak puas hati ke apa, jomlah kita race (haish~ mengarut je). oklah ceria-ceria selalu geng...

tragedi disember...

Assalamualaikum...

hari bukan hari nak bersedih. hari ni hari yang kita patut bersyukur. kedengaran bunyi burung berkicau di pagi hari ni buat aku rasa bersyukur sangat.

hari ni ada rombongan orang kampung ke pameran malaysia agriculture, horticulture adn agrotourism (MAHA). bapak aku dengar kata hari tu nak ikut. mak aku pun ada suruh aku ikut, saja nak bagi meriah. tapi tu perancangannyalah. perlaksanaan entahlah.

Alhamdulillah, kita dah memasuki bulan terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun 2011. kalau tahun depan ada pilihanraya aku dah boleh turut serta. hehe... (tak ada kaitan). hari ni juga merupakan hari pertama kakak ketiga aku mula bekerja.

ihsan google

plan hari ni tak tahu lagi nak buat apa sebab kalau nak diikutkan tugas aku bila kat rumah ni adalah menjadi driver. "akak nak pergi pasarlah hari ni, din bawak ek.", "minggu depan ko bawak adik ko pergi rumah kak na, dia nak sangat pergi" dan banyak lagi permintaan. tak apa, yang penting aku tak keluar duit. ekeke...

mulakan hari anda dengan senyuman. semoga ceria-ceria selalu!

Tuesday, November 30, 2010

barca menang bergaya!

Assalamualaikum...

perlawanan bolasepak liga sepanyol pagi tadi antara barcelona dan real madrid memperlihatkan kemenangan bergaya barcelona dengan gol 5-0. rasa puas hati jugaklah sebab pasukan favourite aku kalahkan real madrid. haha...


ihsan google
permainan yang berlangsung selama 95 minit  itu memperlihatkan 12 kad kuning dilayangkan manakala 1 kad merah diberikan kepada sergio ramos pada minit-minit akhir perlawanan akibat kad kuning kedua.

gol-gol disumbangkan oleh xavi ('10), pedro ('18), david villa ('55, '58) dan pemain gantian, suarez ('90). keseluruhan permainan banyak dikuasai oleh barcelona berbanding real madrid.

sebenarnya aku tak tengok pun perlawanan ni. tengok highlight di soccernet je. rakan aku ada jugak ajak tengok perlawanan pagi  tadi tapi ada ke patut ajak aku tengok bola tapi dia kat shah alam. haha.. tergelak sendiri aku dibuatnya.

apa-apa pun aku boleh tengok balik gol-gol perlawanan di internet. zaman sekarang kan canggih. taklah rugi sangat kalau terlepas satu-satu perlawanan tu. ok celoteh pagi~

Sunday, November 28, 2010

ada orang...

Assalamualaikum...

orang cakap kalau nak jadi seorang yang baik kena berkawan dengan orang yang baik. jadi, kalau rasa-rasa diri tu tak berapa nak baik dekat-dekatkanlah diri dengan orang yang baik.

ada orang baik, suka kawan dengan orang yang baik tapi orang tak baik tak suka kat orang yang baik ni. jadi, kalau orang baik buat salah sikit mulalah nak diperbesarkan sedangkan salah sendiri tak nampak.

tapi ada orang yang tak berapa nak baik tapi perasan dia baik. jadi, mulalah nak nasihatkan orang yang baik untuk buat baik apalagi orang yang tak baik.

ada juga orang yang tak baik tapi nak berubah menjadi baik tapi dapat kawan orang yang tak baik lagi menyesatkan. jadi, niat nak jadi baik mungkin tak kesampaian.

ada pula orang tak baik tapi langsung tak ada rasa nak jadi baik dan tak suka pula dengan orang yang baik. jadi, sampai bila-bila pun orang tu takkan baik.

kadang-kadang tu orang ni nak jadi baik, tapi orang baik tiba-tiba jadi orang tak baik dengan menolak orang yang nak jadi baik ni dengan cara yang tak baik. jadi, orang yang nak jadi baik ni hilang percaya kat orang yang baik.

satu kes ni pula, orang baik tapi dia suka bergaul dengan orang tak baik dengan harapan orang tak baik jadi orang baik. jadi, ramailah orang tak baik yang jadi baik.

sebaliknya, ada juga orang baik yang bergaul dengan orang tak baik tapi akhirnya dia menjadi tak baik malah lebih daripada itu. jadi, bertambahlah orang tak baik dalam kalangan orang baik.

credits to google
hurm.. apa-apa pun ada baiknya kalau aku berhenti merepek untuk kebaikan anda semua sebab aku pun dah pening ni. jadi, kepala pembaca tak adalah pening-pening macam kepala aku ni. wallahua'lam... =)

Saturday, November 27, 2010

aku yang tak reti...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dapat jugak aku berehat sebentar dan update blog aku ni. hari ni tak sempat nak online sebab dari pagi sampai ke petang aku tak ada kat rumah.

seawal pukul 10 pagi (awal ke?) aku dah keluar rumah menuju ke rumah afiq (kawan aku) di sungai besar. cadangnya hari ni nak keluar ke pekan untuk beli hadiah perkahwinan seorang rakan aku esok. tunggu cukup ahli, pukul 11 lebih baru keluar dari rumah afiq menuju ke pekan sungai besar bertiga (aku, afiq, am).

masalahnya kami ni mana reti nak beli hadiah apa untuk orang kahwin. dengan bajet yang ciput tu, lama jugaklah kami ambil keputusan nka beli hadiah tu. adalah dalam sejam pilih sama ada nak alat elektrik atau set pinggan mangkuk.

akhirnya kami membuat keputusan drastik dan ambil je set pinggan mangkuk dan set cawan. macam entah apa-apa je hadiah tu tapi sekadar yang termampu kan. lagipun kami ni tak ada seorang pun yang dah bergaji. nak bagi hadiah pun dah kira ok kot.

lepas beli hadiah am bermurah hati nak belanja kfc. so hari ni lunch aku kfc. lama rasanya tak makan kfc, sama je pun rasanya. hehe.. terima kasih am! balik kfc kami singgah sebentar di masjid untuk solat zohor sebelum balik ke rumah.

apa-apa pun tahniahlah kepada rakan aku (faiz) yang akan melangsungkan perkahwinannya esok. seorang lagi kawan aku ke jinjang pelamin. aku bila lagi? ekeke...

Friday, November 26, 2010

kawaii gedget's contest

Assalamualaikum...

dalam usaha menjadi blogger tegar di musim-musim cuti ni, sekali lagi hari ni aku nak join contest. kali ni contest oleh mommy pinky seperti tajuk di atas.

jom kita tengok syarat-syarat penyertaan sebagai checklist:
1. follow blog kawaii gedget. blog mommy pinky ikutla nak follow ke tak. dua-dua aku dah follow. nice gambar pengantin. (berangan jap...) done!
2. tajuk entry tu kena macam tu. jangan pandai-pandai ubah. hehe.. ampun bos. saya tak ubah sih~ done!
3. letak banner contest dengan link back pada entri contest. done!
4. pilih lagu dan terangkan mengenai lagu tu semenarik mungkin. insyaAllah... done!
5. tag 3 orang kawan minimum. done!
6. update link kat entri kawaii gedget dan sekali dengan nama referral contest ni. done!
7. closing date 13/12/10. nasib lambat lagi.. sempatlah jugak aku mengimbau kembali kenangan-kenangan aku bersama-sama lagu yang aku minat ni. done!
8. yang ni korang baca sendiri dekat link kawaii gadget eyh. berkenaan hadiah. hadiah dia best tau. ekeke... hopefully done!

ok.... mula!
banner contest~

lagu yang aku pilih untuk contest ni ialah lagu tombo ati atau obat hati oleh opick.


dah dengar dah? sedap kan lagu ni... kali pertama aku dengar lagu ni dah lama dah. masa tu ada pertandingan nasyid kat utp. kami di ipg pun menghantar wakil tapi kalah. hehe... lagu ni dijadikan lagu montaj sebelum dan selepas pertandingan. masa tu aku bukanlah seorang berjiwa nasyid sangat (sekarang pun tak sangat kot) jadi tak tahulah mana asal lagu ni dan siapa penyanyinya.

setelah beberapa tahun baru aku tahu siapa penyanyi lagu ini setelah membaca satu artikel seorang ustaz (ustaz hasrizal) dalam blognya saifulislam.com. apa yang menariknya tentang lagu ni ialah bila aku dengar je hati aku tiba-tiba rasa tenang selain isinya yang sangat bermanfaat. lagu ni dwi bahasa iaitu bahasa jawa+bahasa indonesia sebab penyanyi berasal dari indonesia.

jom kita sama-sama dengar dan ambil iktibar daripada lagu ni. jangan risau kepada sesiapa yang tak faham bahasa jawa ada translation dia dalam bahasa indonesia. jom sama-sama kita hayati bait-bait lirik dalam lagu ni. renung-renungkan dan selamat beramal!

baiklah orang yang aku nak tag untuk turut sama join contest ni ialah


selamat mencuba dan semoga berjaya! hehe...

Thursday, November 25, 2010

Alhamdulillah... selamat pergi selamat balik.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... rombongan orang kampung ke kelantan selamat pergi dan baliknya. walaupun kebanyakan tempat yang kami pergi tiada dalam jadual tapi memang seronoklah jugak bila dapat bersama-sama orang kampung berjalan.

antara lokasinya persinggahan ialah masjid beijing, rantau panjang, pengkalan kubor, kota bharu, masjid pulau melaka, bukit bunga dan sempat mengikuti ekspo cheng ho yang kebetulan sedang berlangsung ketika ini. sempatlah juga aku bermalam di rumah kawan di nilam puri (suka hati aku je lari...).

pengalaman yang paling aku tak boleh lupa dapat bertemu dan bersalaman dengan tuan guru nik aziz untuk kali kedua yang kebetulan baru balik dari mengerjakan ibadah haji ketika itu. kalau sebelum ni aku bertemu beliau pada waktu subuh, kali ni waktu maghrib pula. satu-satunya menteri besar yang senang nak jumpa. kalau menteri besar yang lain sangat protokol. langsung tak best.

ada sedikit gambar yang aku nak share dengan korang, banyak tempat tak sempat tangkap gambar.

kat masjid beijing.

shoping sikit je. hehe..

bas kami..

di kb. jalan-jalan di sekitar

tekun menunggu mak yang sedang tawar-menawar

sempat bergambar bersama TGNA.

aku yang pelik dengan parent aku kat ekspo cheng ho.
tak banyak sangat gambar sebab bateri kamera tu cepat sangat low. tu je pengalaman aku selama beberapa hari ni. minggu depan nak jalan-jalan mana pulak? whoaa... habis duit aku.

Monday, November 22, 2010

kids & baby photo contest

Assalamualaikum...


ni kali pertama aku join contest kat blog ni. tak salah mencuba betul tak? terima kasih aku ucapkan kepada cik sasa sebab tag aku. lama dah dia tag tapi hari ni baru rasa nak join. lagipun tak susah nak join contest ni.


syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua cik safiyyah osman. http://sweetlikekisses.blogspot.com. done!

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum. tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:) done!

3. letakkan banner contest di sidebar anda. done!

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda. done!

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini. done!

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest. done!

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang. done!



gambar yang dipertaruhkan:




gambar ni merupakan gambar anak buah aku berumur 3 tahun ++ merangkap cucu haji rosnan yang 1st. bersesuaian dengan contest pertama dan percubaan pertama aku ni. gambar ni kat rumah nenek di bagan datoh. tangkap waktu tengahari, panas terik, tu yang agak seksi tu. aku pilih gambar ni sebab ianya ada sentimental value tersediri. wish me luck!


nak tag siapa ek?




fuh.. cukup pun.



tarikh tutup sehingga  30 november 2010 .tetapi terpulang pada penganjur jika hendak menamatkan tarikh lebih awal.

hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.(boleh bagi mak! ekeke..)

tu je.. tocey!