Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Halia Pala Mint.

September 2012, Farhah pernah kena tahan wad disebabkan batuk teruk. Lepas buat blood test, doktor kata Farhah dapat jangkitan (kuman) dari batuk orang dewasa. Kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan 'neb'.

Disember 2012, sekali lagi Farhah kena tahan wad sebab demam dah lebih seminggu beserta batuk. Kali ni kena buat xray. Doktor diagnose Farhah kena pneumonia. Kali ni kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema, 'neb' dan buat fisio. Dua kali sedut lendir / kahak. Sedih!!

Bermula la episod Farhah kena makan macam-macam ubat. Doktor suruh makan Singulair setiap malam sebelum tidur. Kalau selsema, kena makan Zyrtec.

Farhah belum DUA tahun pun lagi masa tu, dah kena makan macam-macam ubat.

Sejak Disember 2012, setiap bulan Farhah kena jumpa paed dia untuk follow-up. Setiap kali jumpa, mesti paed dia bekalkan Singulair. Bila me tanya tentang pengambilan Singulair bagi tempoh yang panjang, dia kata ubat tu paling selamat untuk long-term usage. Tiada steroid.

TAPI sebagai ibu, tak sampai hati nak biar anak bergantung pada ubat.

Me terbaca status seorang sahabat di FB, anak dia pun lebih kurang mcm Farhah. Bergantung pada ubat. Tapi sekarang anak dia dah okay. Tak perlu makan ubat. Serius excited nak tahu produk apa dia guna. Sahabat me ni merupakan seorang doktor.

Dia beritahu, dia gantikan ubat-ubat anak dia dengan gula-gula gabungan halia, buah pala dan mint. Dipendekkan cerita, me beli la 4 botol produk Halia, Pala, Mint (HPM) tu dari dia.


[ Ni la rupa HPM tu. ]

Dah hampir dua bulan guna produk ni. Bila ada tanda-tanda nak selsema, me cairkan 3 biji HPM ni dengan air suam, bagi Farhah minum. Alhamdulillah, usaha kali ni diperkenan Allah. Farhah sihat TANPA perlu makan Zyrtec. Tiada lagi nafas berbunyi ketika tidur malam. Farhah pun suka makan HPM ni sampai kena sembunyikan botol ni.

Hujung minggu lepas, kami adik-beradik balik kampung untuk berbuka bersama ibuAbah. Kebetulan anak along selsema, me bagi la anak dia makan sebiji HPM. Lepas tu along tanya, "Mana beli? Mikail dah tak selsema. Kalau beli lagi, belikan untuk along sekali ye."..

Me pun makan HPM juga untuk masalah yang dah berkurun tak berpenghujung ni. Rujuk entri Saya Yang Bermasalah. Alhamdulillah, dah selesai. Terus me terfikir, produk bagus dan selamat untuk anak-anak kecil. Kenapa me tak jual? Ye la, serasi dengan Farhah dan diri sendiri. Ini merupakan produk muslim.

Me pernah cuba makan supplement, tapi tak cukup disiplin. Mungkin sebab tu kurang berkesan. Makan ikut suka. Kalau ingat, baru makan. Mungkin sebab tu juga, gula-gula ni sesuai dgn me. Boleh makan bila suka. Takde pantang larang.

Serius! Semua ni pengalaman sendiri. Tak ada nak tipu-tipu. Bukan semata-mata untuk jual produk.

SRASEE ada 7 produk, boleh refer senarai produk.


--------------------
*** Harga?? Hanya RM9.50/botol (50 biji).

Friday, 12 July 2013

Kulit Sensitif.

Me mempunyai suami yang memiliki kulit sensitif. Dari suami menurun ke anak.

Mula-mula me takde la ambil tahu sangat tentang kulit sensitif ni. Me guna je semua sabun, losyen dan syampu yang telah dihadiahkan sempena kelahiran Farhah.

Pureen, Anakku dan Johnson's Baby.

Tapi, makin lama me perasan kulit Farhah jadi kering dan berbintik-bintik. Bukan ruam tau. Kulit jadi kasar. Dia pun mula la nak menggaru je kerjanya. Habis luka-luka. Sedih~

Biasa bagi ibu bapa baru (ke me dan husband je?) , terus bawa jumpa doktor. Dan, iye... Kulit Sensitif. Mild eczema.

Kami ambil keputusan untuk tukar set mandian dan penjagaan kulit Farhah.

Selamat datang produk organik!

Mahal? Biar keluar duit lebih sikit. Janji anak sihat. ☺☺☺
[ Trial Pack. ]


Kami beli set percubaan ni, memang puas hati. Sejak tu, kami guna produk ni je. Farhah pun dah tak menggaru masa tidur.

Untuk jimatkan sabun, me masukkan sabun + sedikit air ke dalam foam dispenser. Budak-budak memang suka main buih...


------------------------
*** Dah semakin banyak produk organik di pasaran. Tinggal nak pilih je. ☺ Gambar dari Google.

Thursday, 25 November 2010

Yang Buncit Itu Seksi

Buncit bukan sebarang buncit.. Ini buncit sbb ada 'si kecik'... v(^_^)v

Sejak awal pregnant, me mmg agak suka membaca apa-apa yang berkaitan dengan keadaan me sekarang ni. baca pasal perkembangan bayi. Pasal apa yang org mengandung boleh atau perlu buat & jangan buat...

Kalau me agak confuse, me tanya kawan-kawan je.. Lebih mudah dapat jawapan seperti yang dikehendaki. Terima kasih pada semua yang rajin bagi pendapat dan tips untuk me. (",)

Untuk perut me yang seksi ni, me guna losyen jenama PALMER'S. Tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, me akan minta husband tolong sapukan. Bukan tak boleh sapu sendiri, saje je nak manja-manja... Me pilih PALMER'S sbb sebelum ni me memang pernah guna krim dia untuk hilangkan bekas / parut jerawat kat muka.. Memang berkesan dan sesuai dengan kulit me.

[PALMER'S Cocoa Butter - widely recommended for stretch marks, during and after pregnancy <-- diorg yg tulis, bukan me...]

Pastu sejak pregnant ni, bibir me senang kering. Kalau banyak muntah atau kurang minum air, cepat je merekah bibir ni. Me dah cuba pakai lip balm, tak okay jugak... Last-last, me cuba Vaseline. Yezza... Berkesan.

[Me beli yang saiz kecik je...]

Setakat ni, tu je dua produk yang me guna.... v(^_^)v


--------------------
*** Nanti me update pasal pemakanan plak ye...

Friday, 20 November 2009

Saya yang bermasalah

I've always had a problem to defecate...

According to the Mayo Clinic, the healthy rate of normal defecation is one bowel movement per day, less or more frequent movements probably indicate an unhealthy condition, such as lack of fiber or toxic constipation.

Makan. Makan. Makan... Tapi tak buang! Perut ni macam nak meletup dah... Dulu makan prune, okay la jap.. Pastu jadi balik..

Ada orang kata sbb kurang minum air, tp me da minum banyak da.. Tak buang jugak... Last-last aritu (berbulan-bulan yg lepas), me and Encik p Guardian, nampak satu produk ni, teh herba. Tetiba tingat plak nak cari FaberMax, puas cari, tapi takde... So, kami try la satu produk teh herba tu...

[NH Detoxlim: Natural Clenx Tea]


Me tak minum teh tu setiap hari, sbb me bukan nak kurus.. Kalau me banyak makan, baru la me minum... Seperti diduga, teh ni akan membuatkan anda membuang sehingga ke titisan terakhir.. Hahah... Macam berperang~

Occay, topic closed~

Cerita terbaru, me dan Encik sekarang suka makan CalciYum.. Konon-konon bleh buat kami lebih tinggi la ni... BEST!!! Kitorg dah try perisa vanilla, grape, manggo and strawberry... Latest update, kami dah cuba CalciYum berperisa baru iaitu ChocoBerry... Me suka perisa VANILLA.. Sangat sedap..

[2x Kalsium dari susu dalam setiap gram..]
Bukan ayat me, ayat dalam iklan k...

Mungkin sebab baca entri me yg me citer pasal Roller Coaster tu kan, Encik terasa hati... Terus dia bawak me p beli Roller Coaster, walaupun me kata stok kat rumah ada lagi.. Heheh.. Thanks Encik.. Dia belikan Roller Coaster perisa baru tu (takde la baru sangat, cuma me yang tak pernah cuba).. Rujuk entri Roller Coaster yg dimaksudkan penulis: klik sini~

[Roller Coaster: Samurai Curry & Ninja Hot Plate]

--------------------
*** Nak balik kampung.. Cousin me kawen...

Monday, 16 November 2009

Penceritaan yang tergendala

Cerita me terbantut dek entry me yg ilang ketika dipublish.. Sebenarnya dalam entry yg ilang tu, me citer pasal produk penyahtoksin yg me guna...

Me guna Kinohimitsu - Health Pad

Sebenarnya dah lama me guna produk ni, tapi dah lama juga tak guna.. Ada faham ke kawan-kawan? Heheh.. (",)

These unique pads draw out and expel unnecessary toxins from the body, thus making the body feel stronger and more energetic after use. Macam hebat kan.. Memang hebat.. Heheh.. Macam iklan je..

Biasenya me akan tampal pad tu kat tapak kaki sebelum tidur. Sebelum me tampal pad tu, me akan bersihkan tapak kaki dengan Kinohimitsu - Exfoliating Foot Wipes. It will gently removes dean skin cells and foot odour. Enriched with wood vinegar & eucalyptus oil.

[Kinohimitsu: Health Pad & Exfoliating Foot Wipes]

Dan hasilnya memang la ---------------> YUCK! Kotor~ Tapi makin lama guna, makin bersih pad tu.. Nak menunjukkan toksin dalam badan kita sudah berkurangan la tu.

[Hasil: Kotor dan berlendir..]

--------------------
*** Me beli twin pack aritu dapat la Kinohimitsu - J'pan D'Tox Juice secara percuma. Walaupun KATAnya "It is a tasty fruit drink with Plum flavour", tapi ianya tak seindah diduga. Manis yang pahit... Tak sesedap Brands Inner Shine - Pati Prune.. v(^o^)v