Followers

03 March 2011

Karipap


Untuk minum petang pula saya buat dua jenis kuih, iaitu karipap dan donat pisang. Memula ingat nak buat karipap pusing..tapi tak de la pulak stok butter/ marjerin..so buat karipap biasa yang guna minyak panas tuh je la…



Bahan-bahan:-

2 ½ cwn tepung
½ cwn minyak dipanaskan + 2sdb shortening
Sedikit garam
1sdt gula
¾ cwn air ais (dr peti sejuk)

Cara:-

Tuangkan minyak panas kedalam mangkuk yang berisi tepung, garam dan gula. Kacau guna sudu
Masukkan air sedikit2 sampai adunan lembut. Kalau tak guna semua air pun taka pa. neh kena agak2 sebab sesetengah tepung neh berbeza.
Masukkan adunan kedalam peti sejuk selama 15min
Keluarkan dan bulat2 kecil2. Saya dapat dalam 20 biji. Canai, isi inti, telur kelim karipap dan goreng hingga kekuningan

Bahan Inti:-

2 biji kentang sederhana besar, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dipotong dadu
2 ulas bawang putih, dicincang
2sdb rempah kari daging
1/2inci halia
1sdb jintan manis
3 tangkai cili kering
1sdt lada hitam
200gm daging/ayam cincang atau kisar
Garam dan gula secukup rasa
1tangkai daun kari
Sedikit minyak utk menumis
2cwn air
Daun sup dan daun bawang dihiris
2 biji telur rebus> dipotong2

Cara-cara:-

Kisar halia, cili kering, jintan, lada hitam dan rempah kari.
Panaskan minyak dan tumis bawang. Kemudian  masukkan bahan kisar dan daun kari
Masukkan daging. Kacau sebati
Masukkan air dan ubi kentang
Biar sampai ubi empuk..kalau tak empuk tambah air lagi..masukkan garam dan gula
Akhir sekali bila dah agak kering masukkan daun dan daun bawang. Kacau biar hampir kering. Tutup api.

Ikan Masak Cuka


Neh lunch hari neh…saya guna ikan plotan…tatau la tempat lain panggil ikan apa..biasanya ikan neh saya buat kari..tapi hari neh malas nak makan masakan bersantan…so buat je la masak cuka…


Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan- dilumur garam kunyit dan goreng > saya guna ikan plotan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Cili merah di potong
Cili padi > saya letak 5 tangkai
Halia dihiris
3sdb cuka > ikut la tahap kemasaman yang korang nak
1sdt gula
Garam
Kulit kayu manis
1 Bunga lawang
3 Buah pelaga
3 bunga Cengkih
Sedikit biji sawi > saya tak letak sebab anak2 tak suka
1 ½ cwn air

Cara-cara:-
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan semua rempah serta biji sawi.
Bila kekuningan masukkan gula..biar caramelized gula tuh jap
Masukkan cuka, air dan garam. Bila dah mendidih baru masukkan ikan dan cili padi/cili merah
Didihkan sekali lagi..tutup api.

02 March 2011

Chocolate Durian Chiffon Cake

Saya neh memandai je tuka nama resepi orang kan…hahaha…jangan saman…sebenarnya nama resepi tak de chocolate …tapi saya rasa patut la letak chocolate tuh sebab dalam bahan-bahan ada chocolate dan serbuk koko..dan rupanyanye pun dah gelap macam kek coklat.

Apa pun saya rasa chiffon neh sangat sedap…cuma tak berapa nak ringan macam chiffon len..mungkin saya tak berapa pandai nak buat lagi kot…tengok kat blog yang saya ambek tuh ok je pun…tapi tak kesah la..habis dah pun…

Resepi saya CnP dari sini..tq to ellenaguan..



Ingredients: (17cm / 7" tin)

100g Fresh Durian Flesh, mashed
3 Large Egg Yolks
40g Caster Sugar
30g 70% Dark Chocolate, finely chopped (saya letak 60gm)
40ml Olive Oil
60ml Water
50g Top Flour/Cake Flour
30g Cocoa Powder
1/2 Teaspoon Baking Powder
4 Large Egg Whites
30g Caster Sugar
Method:

1.Removed the seeds from the durian flesh, weight it accordingly to the recipe then mashed it and set aside.
2. Separate the egg yolks and white into two separate bowls. 
3. Use a balloon whisk to whisk the egg yolks and 40g of caster sugar(add in 3 separate additions) till thick and sticky.
4. Slowly drizzle in the oil while continue to whisk at the same time then follow by the water till the mixture is well combined. 
5. Add the sifted flour mixture into the egg mixture and continue to whisk till the flour is fully incorporated into the batter.
6. Next stir in the durian paste and chopped chocolate using the whisk till combined.
7. Use a kitchen paper towel to wipe off the oil from the cup then grease the tube-pan lightly with the oil and set aside for later use.
8. Preheat the oven to 180 degree.
9. Beat egg whites and 1/3 of the caster sugar with an electric mixer until mixture becomes frothy and foamy. Then add in another 1/3 of the sugar and continue to beat on medium speed until almost soft peaks form then add in the last 1/3 of the sugar and beat until stiff peaks form. 
10. Add the beaten egg whites into the egg yolk batter in 3 separate additions, with the 1st addition using the balloon whisk to incorporate it into the yolk mixture till combine without trace of whites.
11. Next fold in the 2nd and 3rd addition of whites using the balloon whisk in a gentle manner in order not to knock off the air in the whites, just fold till no trace of egg whites and the mixture are well combined.
12. Before pouring the mixture to the greased pan, use a spatula to give a final stir to make sure there is no flour or egg whites mixture at the bottom of the mixing bowl.
13. Lift up the bowl to height, then pour the mixture into the pan and tap the pan 2 - 3 times on a table top to get rid of any trapped air bubbles in the batter.
14. Baked the cake in the preheated oven for about 30 minutes or when the surfaces turns golden brown. (I baked on the 2nd lower shelf of my built in oven using upper and lower heat function. You can insert a skewer into the centre and test if it comes out clean)
15. Remove from the oven and invert the pan immediately and let it rest on top of a cup. Let it cool completely before unmould.
16. To remove the cake from the pan, run a thin-bladed knife around the inside of the pan and the center core.

17. Release the cake and run the knife/spatula along the base of the pan to remove the cake.

* saya tak gris kan pun acuan saya.
*sangat sedap letak coklat lebih..sbb bila makan asik tergigit coklat je..btw next time kena gaulkan coklat dengan tepung sket sbb ada yang tenggelam kedasar kek.

Kangkung Goreng Belacan


Alaaa…resepi neh kalau tak letak pun semua org tau buat kan…

Hari neh terpaksa la pilih kangkung untuk dimasak…sebab dalam fridge je ada 11 jenis sayuran..saya neh gila beli sayur..pergi tesco cari sayur…esok tuh pi pasar malam beli lagi…dah berlambak2…so terpaksa dahulukan jenis yang cepat layu>> mesti la kangkung…

Neh resepinya yer…


Bahan-bahan:-

2 ikat kangkung> disiang dan cuci bersih
2biji cili merah*
2 biji cili padi hijau*
½ biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Belacan*
Sedikit ikan bilis atau udang kering*> saya guna ikan bilis
Minyak untuk menumis
Garam

Cara:-
Kisar atau tumbuk semua bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng sampai garing.
Masukkan kangkung dan garam. Kacau sebentar, jangan sampai kangkung layu sangat.

Tomyam Udang dan Sotong


Menu hari neh..tomyam udang dan sotong…sapa ada resdung jenuh la gatal hidung pas neh…sila jangan makan banyak2…pastu saya buat kangkung goreng belacan dan telur dadar sos ikan.
Terajin dan terlebih masa la pulak hari neh kan..so pi buat chocolate durian chiffon cake…sedapppp…adehh hanyut la diet hari neh..hukksss….

Resepi tomyam neh saya ambek dari buku Tasty Thai Cuisine> koleksi terpilih Patsie Cheong.

Bahan-bahan:-


(A)
150gm udang
150gm sotong
150gm cendawan abalon(saya ganti dedua cendawan neh dgn cendawan tiram)
150gm cendawan butang
daun pudina  (tak de stok)
1sdb tepung ikan lidah panggang (tak letak> tatau apa dia..hehe)
1 mangkuk bawang goreng, dipotong halus


(B)
2 tangkai bunga kantan
3 btg serai
3 keping lengkuas
10 helai daun limau purut(tak letak> tak de stok)
5 tangkai daun kesum
3 tangkai pucuk parsli cina (?? pucuk apo??harus la tak bubuh jugak kan)
10 tangkai cili kering(tak letak pn)


(C)
300ml pes tomyam(saya letak 2 bungkus pes tomyam adabi jer)
1 mangkuk tomato lecek (saya letak tomato yang dipotong baji jer)
10 ulas cili padi(saya tumbuk bg pecah2 sket cili neh)
2 kiub ikan bilis
jus asam limau
sos ikan dan gula secukup rasa
2sdb minyak untuk menumis
2 1/2 Liter air


Cara-cara:-


1. panaskan minyak dalam periuk. Tumis (B) hingga wangi
2. masukkan (C) dan air. Biar sampai mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar mendidih selama 30min.
3. Tapiskan sup kedalam periuk yang lain . Masak sekali lagi sampai mendidih. masukkan bahan (A). didihkan sekali lagi dan tutup api.


* kalau ikut betul2 bahan dia...sup/kuah tomyam neh merah pekat..saya tengok pic dalam  buku.. dah saya derhaka...kuah tak de la pekat gitu..pucat jer...tapi dah cukup sedap pun...
*resepi tak de letak sayur...saya bubuh brokoli, carrot, cauliflower dan celery. 
*dalam buku nama dia> Sup Makanan Laut Tomyam...suka2 ati aku je menukar namanya kan...

01 March 2011

Ayam Masak Sambal Bersos


Hari neh saya agak kelam kabut sikit…rasa banyak benda betul nak buat…masak pun caca marba..saya Cuma sempat masak ayam dan stir fry sayur je… kekuih atau dessert memang dah tak sempat..
Ayam neh saya buat masak simple-simple, ikut selera penghuni dalam rumah neh….
Ooo…saya sangat penat dan mengantuk dah neh..hukkkssss…


Bahan-bahan dikisar:-
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ inci kunyit hidup
½ inci halia

Bahan-bahan lain:-
½ ekor ayam> dipotong, cuci, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam dan digoreng
1sdb sos tomato
1sdb sos tiram
1sdb sos masam manis
1sdb cuka
Gula dan garam secukup rasa
1 batang serai> dititik
½ cwn air
Minyak untuk menumis
Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan serai dan semua sos serta cuka..sebatikan dan masukkan ayam. Masukkan air..didihkan sebentar dan biar kuah agak pekat.