...Notes...
Monday, December 6, 2010
Monday, November 29, 2010
...Farawan Cake Tour @ Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu, Kelantan...
Farawan Cake Tour kali ini akan berlangsung di Sultan Ismail Petra Airport. Detail seperti di bawah :-
Tarikh : 30 November 2010 sehingga diberitahu.
Masa : 8.00am - 9.00pm
Tempat : Sebelah kaunter AirAsia, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra...
Sila hadir beramai-ramai...!!~!~!~
Tuesday, November 16, 2010
...Next Booth Promo :: Cheng Ho Expo @ Sultan Muhammad IV Stadium...
Sukacitanya dimaklumkan Farawan Enterprise akan mengadakan promosi jualan. Detail seperti di bawah ::-
Sila datang beramai-ramai pada hari tersebut kerana banyak produk-produk baru akan dipromosikan...
Sekian, terima kasih... :) :) :)
Friday, October 8, 2010
..::Farawan Cake Tour @ Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu::..
Tarikh : 26-27 September 2010
Masa : 9 a.m. - 4.30 p.m.
Produk yang akan ada :
- Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior (Sliced)- Vanilla Custard Cream Pineapple Treassure.- Strawberry Creamy Triffle (individual).
- Cupcakes.
- Muffin pack of three.
- Hong Kong Style Egg Tart.
Tuesday, September 21, 2010
..::Farawan Cake Tour @ Wisma Persekutuan Kota Bharu::..
Sukacitanya dimaklumkan buat semua pembaca-pembaca dan pengunjung-pengunjung blog ini bahawa saya akan mengadakan Cake Tour Promotion buat yang ke sekian kalinya... Berikut adalah detail tentang program ini :-
- Vanilla Custard Cream Pineapple Treassure.
- Strawberry Creamy Triffle (individual).
And many more waiting for you guys there!~~!!~!~
Banyak lagi produk yang akan menemui anda di sana nanti. Semua harga dan produk adalah dalam bentuk individual. So, buat sesiapa di luar sana yang nak merasa produk dari Farawan, silalah ke sana... Memang berbaloi... Bab kata Amy Search, Berbaloi-baloi... Ahakkss!!~!~!~ Silo gi, jange dop gi!!~!~ Ahlan Wasahlan!~
Monday, August 17, 2009
..::Cake Tour Terakhir Sebelum Ramadhan::..
Buat pengunjung yang ternanti-nanti kami mengadakan Cake Tour di airport, sila ambil perhatian, okie..??!~
So, buat semua yang ingin mengunjungi next tour kami, sila-silakan laa ye..? Jangan malu-malu... Banyak promotion yang memang murah.. Especially bagi Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior yang memang giler-giler murah. Kat sini kami jual secara slice tau!~ Gitu jugak dengan Vanilla Custard Cream Cake... Banyak lagi produk kami yang akan ada nanti... Jangan ketinggalan, ya??!!~ Salamzzz...!!~!~
..::Perayaan 10 Tahun Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK)::..
Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsung sebuah karnival bagi meraikan Majlis Ulangtahun ke-10 YOKUK. Kami di Farawan @ HomePicks juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengadakan Cake Tour kami di karnival tersebut. Selain kami, seperti biasa, teman seperjuangan - Chef Lanz Recipe turut sama mengadakan promosi di dalam program tersebut. Kelihatan Bro Aseri, the managing director memantau booth, senyum padaku.. Tapi kelibatnya hilang menjelang petang.. Dah balik agaknya.. Booth dijaga oleh team sales..
Pesta bermula seawal 8.00 pagi. Rakan niaga saya - Cik Manisah, awal-awal lagi dah sampai.. Terus dia call saya suruh cepat... "Alamak, masa taklimat hari tu pihak pengurusan kata pukul 8.00 baru FAMA pasang khemah... Pesal cepat sangat??"... Aku cepat-cepat menyiapkan diri dan heroku - Farihin.. Kebetulan pada pagi tu juga my husband ada urusan kerja.. Aku terpaksa membawa Farihin bersama ke Cake Tour.. Aku lupa nak bagitau pengasuh sehari sebelum tu.. Terlupa my husband jugak ada urusan kerja pada hari yang sama...
Aku sampai di tapak karnival dah agak lewat.. Pukul 9.15 pagi lebih kurang.. Pengunjung sudah ramai yang membanjiri tapak pesta.. Oh yes.., promotion memang giler-giler.. Tambahan pulak, membeli pakai kupon, of course pengunjung nak habiskan kupon dalam masa sehari.. Kami disarankan untuk membawa barang jualan dengan nilai wang RM 1,000.00. Lebih kurang pukul 12.00 tgh hari, para VIP melawat booth-booth jualan.. Booth kami diapit oleh peserta jualan yang terdiri dari ahli YOKUK sendiri.. Antara VIP yang hadir adalah Dato' Zaid Ibrahim dan isteri, Dato' Anuar Tan dan lain-lain... Majlis itu juga diserikan oleh persembahan-persembahan yang amat menarik dari ahli-ahli YOKUK.. Banyak perasaan yang timbul pada diriku... Rasa insaf dan kesyukuran yang teramat.. Hmm... Suka bergaul dengan mereka-mereka nie.. Alhamdulillah, mereka tidak merasa tersisih walau sedikit pun!~ Mereka bergaul seperti manusia-manusia normal yang lain.. Ada sesetengah tu, lebih berjaya dari kita yang normal. Percaya tidak, seorang kenalan yang cacat di kakinya memandu BMW siri terbaru! Baru2 ini baru saja membeli Vios untuk isteri tersayang... Buat para pembaca di luar sana, jangan pula pandang rendah pada mereka, tau! Majlis turut diserikan oleh artis-artis dari AF - Nadia, Ghoud, Yazid.. ermm.. sape lagi eks.. Aku actually, lupa nama.. Sebab aku tak kenal pon diorang nie.. Sorry sangat.. Aku bukan ape, aku jarang tengok TV.. AF langsung laa.. Aku asyik dengan oven aje... Sorry...
Cerita mengenai my hero pula, satu kebetulan, booth kami terletak berhampiran dengan papan lungsur warna-warni yang berterowong tu.. Dia langsung tak mengganggu urusanku - Asyik bermain dengan papan lungsur dengan teman-teman baru dari awal sampai hingga ke pukul 5.50 petang (waktu berkemas nak balik)!!~ Ish ish... tak penat ke budak nie??? Dahlah cuaca panas terik, kebimbangan H1N1 juga turut dirasai... Masa nak balik, aku start kereta pun dia buat tak endah saja... Huhue!~ Masuk je dalam kereta, entah bila masa dia terlena... Heroku yang satu ini...
Jualan pada hari tu cukup memuaskan hati aku dan rakanku.. Kutipan kami lebih dari RM 800.00 walau jualan hanya 7 jam.. Alhamdulillah.. Lebih mengharukan kami bila kami ditanya "Mana satu Farah (Farawan)?", setelah customer tu melihat Vanilla Custard Cream yang menyerikan meja kami... Aku dan Echah saling berpandangan dan tersenyum... Nama Farawan dan HomePicks kini makin dikenali... Alhamdulillah..
Aku amat berpuas hati dengan program petang itu.. Tambahan pula, isteri kepada Dato' Zaid Ibrahim memang peramah!~ Aku terserempak dengannya ketika hendak ke tandas (di ofis YOKUK), beliau yang sedang memegang sepiring coklat ball mengoffer padaku.. Of course, aku rembatlah satu (walaupun aku jugak jual kek...) Huhue!~ Hmm... itu aje kot cerita yang nak dikongsi.. Foto sumer kat dalam digicam rakan bisnes saya.. Belum transfer lagi... Nanti di-update, okie?? Salamzzz...!~
Thursday, July 30, 2009
..::Gambar Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan last days!~::..
Kat sini a few pictures karnival yang berlangsung selama 7 hari 7 malam bermula dari 23-29 Julai itu hari... Actually, karnival ini adalah salah satu event yang besar, menggunakan semua kawasan perkarangan stadium tanpa membazir sedikit pun.
Kawasan yang behadapan dengan Hospital Pakar Perdana adalah berkaitan dengan hal-hal pertanian dan perladangan, agensi-agensi kerajaan seperti FAMA, Peladang, KESEDAR dan banyak lagi, agensi-agensi kewangan seperti Agro Bank, CIMB dan lain-lain.
Kawasan yang berhadapan dengan padang hoki, berdekatan dengan kolej kejururawatan pula berkaitan dengan keusahawanan dan production. Developer jugak banyak yang membuat pameran mereka sepanjang program itu di khemah yang berasingan di kawasan ini. Di bahagian ini terdapat 2 khemah beraircond, dan satu khemah berkipas. 1 khemah beraircond dan berkipas bagi usahawan-usahawan makanan yang mempamer dan memasarkan produk mereka, manakala satu lagi khemah beraircond bagi mereka yang terlibat dengan development, serta produk kraftangan...
Manakala satu lagi padang (Padang Jubli Perak) adalah pameran haiwan dari mereka yang terlibat dengan penternakan dan nelayan... Kat sini, dikatakan terdapat seekor lembu seberat 1 tan turut dibawa kepada umum. My hubby dan kakak cakap, saiz lembu tu adalah sebesar seekor gajah. I tak sempat tengok semua pameran tu... Semasa pameran tu jugak, terdapat kuda ponny (kuda miniature) yang sebesar kambing yang cute-mute tu.. Eeii, geram betul. Sorang budak yang jaga booth tu cakap, kuda tu boleh ditunggang oleh kanak-kanak berumur antara 3-5 tahun. Dah laa comel, siap berjambul.. Siapa yang tak gerammm...!~
Kat bawah adalah gambar yang diambil pada hari terakhir karnival. Kongsi sama-sama ya..?? Check it out!~
Gambar-gambar produk yang dijual sepanjang karnival... Segelintir saja ya!~ Ada yang tak dipotret...

Adik saya (Siti) sedang melayan customer...
Booth kami menerima antara 500-2,000 pengunjung sehari.
See the aircond kat atas tu kan... Sejukkkk gilerrr... Lagi2 time hujan dan di malam hari...


Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior yang menggoda tiap pengunjung karnival...Booth kami kat dalam khemah beraircond... Cheewahh., macam VIP plak!~ Kek nie cair di kawasan yang panas... Tapi dalam aircond gini, maintain menggoda tiap mata memandang!~
Cepat benar sold out!~
The Cupcake's Tier...Kek Cawan yang terkenal dengan kecomelannya ini memang menarik perhatian.. Tambahan pengunjung yang juga baru menceburi bidang bakeri dan juga baru membuka bakeri... Datang ke sini untuk menambah ilmu tentang pemasaran dan juga mencari idea-idea baru serta jaringan bisnes... Pameran juga adalah satu cabang untuk mencari rakan bisnes yang baru, okie?!~


Vanilla Custard Cream Cake yang dijual sepanjang hari karnival berlangsung.. Amat mendapat sambutan!~!~ Thanks semua customers kay..?? Pada mereka yang sentiasa menyokong saya tanpa putus-putus, sangat-sangat saya hargai... Buat semua customer yang menyukai produk saya, hingga sanggup datang kembali untuk menikmati kek keluaran syarikat saya, jutaan terima kasih saya ucapkan.. Juga kepada customer yang menelefon untuk menempah... Support dari kalian amat saya perlukan dan hargai!~!!~ Terima kasih...
Kepada yang menjayakan promosi Cake Tour ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Begitu juga kepada pihak penganjur yang memberikan ruang kepada kami untuk mengembangkan perniagaan kami yang baru nak merangkak ini...
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat...
..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..
Thursday, July 16, 2009
..::Cake Tour Promotion::..
Berikut adalah jadual bagi Cake Tour Promotion @ Farawan... Check it out, ya..??
NAMA PROGRAM : KARNIVAL HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI KELANTAN.
TARIKH : 23HB - 29HB JULAI 2009 (1 MINGGU).
MASA : 9.00 A.M. - 12.00 P.M.
VENUE : STADIUM SULTAN MOHD IV, KOTA BHARU, KELANTAN...
Banyak pameran-pameran dan gerai-gerai jualan yang akan turut serta dalam program tu nanti.. Pasti banyak ilmu-ilmu yang dapat ditimba di dalam booth-booth pameran itu nanti.
Saturday, July 4, 2009
Program Pasaria Cakno Keluarga 2009 Dusun Muda
Assalamualaikum w.b.t.,Dengan ini dimaklumkan satu program Pasaria Cakno Keluarga 2009 akan diadakan di Kg. Dusun Muda (dekat dengan Wisma Persekutuan Kota Bharu) pada 4 Julai 2009.
Banyak program akan diadakan di program tersebut. Dan pastinya akan ada jugak gerai-gerai jualan pelbagai jenis produk-produk IKS atau makanan di pesta tersebut. Pambayaran hanya akan dilakukan dengan kupon. So, sesiapa yang berminat, sila dapatkan kupon-kupon tersebut dari saya dengan harga RM10 bagi setiap paket. Okie??? Sebelum 4 Julai okie???
Detail seperti di bawah :-
Program : Pasaria Cakno Keluarga 2009.
Tempat : Kg. Dusun Muda (dekat Wisma Persekutuan Kota Bharu).
Tarikh : 4hb Julai 2009.
Masa : 9 pagi hingga 6.30 petang.
Anjuran : Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan.
Sila dapatkan kupon-kupon pasaria melalui saya. Hubungi : Farrah - 013-9564578.
Kupon berharga RM10.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, June 24, 2009
Cake Tour Promotion @ Stadium Sultan Muhammad IV
Dengan sukacitanya dimaklumkan, saya akan mengadakan Cake Tour buat yang kesekelian kalinya. Namun, kali ini tempatnya bukan di airport, tapi, di Stadium Sultan Muhammad IV.
Detail seperti di bawah :-
Monday, June 1, 2009
..::Farawan Cake Tour 2 @ Sultan Ismail Airport::..
Sukacitanya dimaklumkan buat semua pembaca-pembaca dan pengunjung-pengunjung blog ini bahawa saya akan mengadakan Cake Tour Promotion buat yang ke sekian kalinya... Berikut adalah detail tentang program ini :-
Banyak lagi produk yang akan menemui anda di sana nanti. Semua harga dan produk adalah dalam bentuk individual. So, buat sesiapa di luar sana yang nak merasa produk dari Farawan, silalah ke sana... Memang berbaloi... Bab kata Amy Search, Berbaloi-baloi... Ahakkss!!~!~!~ Silo gi, jange dop gi!!~!~ Ahlan Wasahlan!~
Saturday, May 30, 2009
..::Cake Tour dan Kek Kawen::..
Ini antara kek yang bernasib baik, dapat diambil gambarnya.. Selepas snap yang nie, langsung kamera saya tu dah malu-malu kerbau ke kucing ke... Hehe...
Kek cawan kat atas nie antara yang dijual di Cake Tour.. Merah Strawberry Filling memberikan identiti kek berintikan inti strawberry.. Pada Kek Cawan Blueberry pula, diberikan sentuhan yang sama... Cuma berbeza inti dan topping atasnya. Ringkas dan comel.. Ada seorang customer memberitahu, "Comel kek nie..." lalu dibelinya beberapa biji..
Antara yang dijual di Cake Tour tersebut ialah :-
- Kek Cawan Krim Blueberry.
- Kek Cawan Krim Strawberry.
- Kek Cawan Moist Devil's Food Cake dengan krim mentega coklat dan ganache.
- Muffin Choc. Rice (pack of three dan jugak single pack).
- Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior - sedia potong. Ini adalah antara produk yang paling laris hari tu. Setengah jam saja, dah tak ada stok.
- Karipap Kentang Kari Ayam - pack of 3, ready to eat.
- Kek Masam Manis (Haw Flakes).
- Akok Sambal Udang - Antara produk yang paling laris. Ada customer pusing kereta lepas keluar dari airport, hanya sebab nak beli nie semalam!!~ Resepi tradisi turun temurun.
- Puding Pelangi.
Alhamdulillah, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari customer, tambahan pula, sekarang nie musim umrah.. So, pukul 7 pagi dah ramai orang.. Alhamdulillah.. Moga terus diberkati olehNya... InsyaAllah...
Kek Mentega Lapis Blueberry 2kg.
Kek mentega nie antara kek yang kuhias semalam.. Hmm.., lama jugak ambik masa nak meratakan buttercream tu.. Lama betul tak hias kek kawen.. Lebih kurang 2 tahun lebih!!~ Hmm.. setelah lama sangat aku menyepikan diri.. Sekarang baru nak aktif balik.. Alhamdulillah, tanganku masih belum keras lagi bab main dengan buttercream nie.. Ahakkss!!~!~
Kek nie adalah order dari seorang return customerku.. An. Hari tu dia order Moist Devil's Food Cake Choc. Superior.. Kali nie dia order kek nie untuk perkahwinan abangnya.. Nasib baik sempat.. Dengan persediaan untuk Cake Tour dan jugak kek kawen. Pagi tadi dia pergi ambik kat airport... Dia cakap, suka hati akak laa nak wat kek tu camana, nak kaler hijau, 2kg, tulis camtu... Hmm... Pada mulanya, aku cuma nak buat bulat aje.. Tapi, tiba-tiba terfikir, hmm.. alang-alang ada tempahan gini, baik aku wat bentuk pelik sikit.. Bukan selalu leh deco kek kawen.. Time musim gini aje.. Terus aku dapatkan 2 loyang berlainan saiz... Nak buat bentuk topi!!~ Tadi, sesampainya An, terkejut dia tengok!~ Isk isk.. cantiknya akak... Akak, An tersilap inform, sebenarnya An nak 2 bijik hari nie, An mengigau tercakap nak satu hari nie, satu hari Isnin... Ish ish.. An.., An... Biasalah, kalut nak siapkan perkahwinan abang tersayang... Sampai terlepas pandang... Huhuhue!~ Thanks An for the order ya?? Harap-harap kalian suka dengan decoration dan kek akak tu... Apa2 yang tak puas hati, cakap saja... Thanks!~





