Followers

Wednesday, December 26, 2012

Kebab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 


Setiap Negara terdapat makanan kegemaran masing-masing, ia begitu juga dengan Negara ini yang terkenal dengan makan arab iaitu kebab daging kambing, lembu dan ayam. Kebanyakan makanan mereka di sini berasakan tepung, kentang, timun masam, sos masam dan tomato.
 
Belajar dalam pegalaman boleh mendewasakan kehidupan. Dalam kehidupan mesti terus mencuba dan mencuba untuk megenal budaya dan adat setiap Negara. Bukan sahaja makanan yang perlu dirasai tetapi adat dan bahasa juga perlulah dipelajari dan dikuasai.
 
Walaupun sukar untuk berbahasa dan bertutur dengan menggunakan bahasa isyarat dan sedikit kefaham tentang bahasa Arab tulin boleh di aplikasikan dalam komunikasi. Sebab meraka menggunakan bahasa arab yang seleng/slang/loghat/dialek dia lain dari Arab biasa.
 

Monday, December 24, 2012

Persiapan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
Persiapan demi persiapan, dalam setiap detik saat minit jam yang berlalu ini telah kami usahakan dengan pelbagai persiapan untuk menyambut mu insan kecil yang membawa panji-panji Allah untuk muncul dalam kehidupan dunia ciptaan Allah S.W.T
 
Kesusahan dan keperitan untuk menyiapkan segala persiapan ini telah di lalui dengan cekal dan tabah dalam ukiran senyuman kegembiraan. Hati bersyukur dan berterima kasih kepada mu Ya Allah atas segala kurniaan nikmat dan kemudahan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Sunday, December 23, 2012

ILMU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya)
 
 

Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
 
Rasulullah s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.
 
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan bukan semua menolaknya. Untuk menjelaskan hal yang demikian Baginda membuat perbandingan yang bermaksud:
 
Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah ibarat bumi dengan air. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia menyedutnya dan menumbuhkan tanaman yang berguna kepada makhluk-makhluk yang hidup. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu dan menghafaznya serta ia menerima kesan dan pengaruh ilmu itu, yang menjadikan dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Hati manusia yang sedemikian ini adalah sebaik-baik hati yang berhak dipuji dan dihormati.
 
* Mereka disini hidup dalam kesusahan dan keperitan, kenderaan sebegini yang banyak membantu mereka untuk ke Sekolah dan ibu bapa pula hanya mampu menghantar anak mereka mencari ilmu sekadar yang boleh. Cari la ilmu dan pelajari ilmu serta bersyukur la kita yang menuntut ilmu di Malaysia yang mudah dan harmoni dalam fasilitas yang mencukupi.

Saturday, December 22, 2012

Megadu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
Apabila kesunyian malam kembali
Kesemua insan lena dibuai mimpi
Musafir malang berjaga untuk membasuh diri
Untuk mengadap MU YA ALLAH
 
Di hadapan MU tangisanku berlinang
Hamba yang lemah serta hina ini
Memohon simpati dan megadu
Doa kepada MU YA ALLAH
 
Tuhan, Hamba ini belum pasti
Bagaimana penerimaan MU dikala mendengar pengaduanku
Adakah pegampunan ku diterima
Dari segala dosa yang ku lakukan
 
Hamba yakin pada keampunan MU ALLAH
Bukan diri ini tidak redor dengan ujian MU 
Cuma ingin megadu kepada MU
Di sana juga tempat hamba ini kembali
 
Lebanon
21/12/12
1147
MusafirIslam

Friday, December 21, 2012

Lidah Setajam Mata Peluru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
Seorang yang berperidapai Islam akn sentiasa mejaga tutur katanya dan tidak akan bercakap secara yang tidak berfaedah. Dia hanya akan bercakap apabila dikira berfaedah. Apabila sesuatu percakapan itu berkemungkinan baik dan buruk dia biasanya akan memilih untuk berdiam diri sahaja.
 
Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada satu riwayat daripada Abu Hurairah yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “ Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memperkatakan sesuatu yang baik ataupun dia berdiam diri sahaja.”
 
Dalam kitab al-Um, al-Imam al-Syafi’I menyebut: “Apabila seseorang daripada kamu mahu memperkatakan sesuatu dia terlebih dahulu hendaklah mempertimbangkan kata-katanya itu. Sekiranya ternyata kata-kata itu endatangkan kebaikan dia boleh meneruskannya, tetapi kalau dia merasai ragu lebih baik dia diam sahaja sehingga ternyata baik buruknya.”
 
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim juga ada diriwayatkan bahawa Abu Bakar al-Asy’ari r.a bertanya kepada rasulullah s.a.w. tentang seseorang peribadi Muslim yang lebih baik. Baginda Rasulullah s.a.w lalu menjawab: “Orang Muslim ialah orang yang orang lain selamat daripada lidah dan tangannya.”
 
Dalam hadis al-Tarmizi ada diriwayatkan bahawa Uqbah ibn Amir bertanya kepada rasulullah s.a.w. tentang kejayaan. Baginda menjawab: “Jagalah lidah kamu.”
 
Dalam satu riwayat lain ada disebut Abu Hurairah menceritakan Nabi bersabda: ”Satu daripada ciri-ciri baik keislaman seseorang itu dia tidak menyibukan diri dengan sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan dirinya.”
 
Kata al-Syafi’I kepada muridnya al-Rabi’ : “Jangan kamu bercakap mengenai sesuatu yang tidak ada kena-mengena sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kamu. Ini kerana hal seperti ini akan mempengaruhi kamu dan kamu tidak boleh memperngaruhinya.”
 
Benarlah kata orang: “Lidah itu sama seperti binatang buar. Kalau tidak ditambat lidah akan menyebabkan kecelakaan.”
 
Bukan mudah untuk menjaga hati dan perasaan orang, bukan mudah untuk memberikan arahan. Megawal perasaan dalam berkata-kata adalah sangat penting dari segala gerak geri untuk melaksanakan arahan dan tugas yang diberikan. Dari berkata-kata lebih baik berzikir dan menbaca al-Quran.

Tuesday, December 18, 2012

Adil

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
 
Allah S.W.T. berfirman :
 “ dan janganlah sekali-kali kamu ( Muhammad ) mengira bahawa Allah lalai daripada apa yang diperbuat oleh orang yang zalim. “
(Surah Ibrahim : 42)
 
Seseorang yang berperibadi islam akan sentiasa bersikap adil dalam segala keputusan. Sikap seperti itu sesuai dengan arahan-arahan Tuhan dalam banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. antara firman Allah mengenai sikap adil ini ialah :
 
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu memutuskan hukuman antara manusia supaya kamu memutuskannya dengan adil."
(Surah al-Nisa’ : 58)
 
Antara hadis-hadis rasulullah yang memperkatakan tentang keadilan dan bersikap adil ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud : “Kerja seorang pemerintah yang adil untuk rakyatnya dalam sehari lebih baik daripada amalan seorang ahli ibadat dalam keluarganya selama 50 atau 100 tahun.” Dalam suatu riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. dilaporkan sebagai bersabda: “Keadilan satu saat lebih baik daripada ibadat selama 70 tahun.”
 
Dalam Sunan al-Tirmizi ada disebut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa rasulullah bersabda:
 
 “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak akan ditolak : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemerintah yang adil dan orang yang dizalimi.”
 
Walau bagaimanapun, nilai yang begitu tinggi diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya ini kepada sikap adil bukan sahaja menjadikan adil sebagai sikap atau nilai yang sangat terpuji tetapi juga suatu nilai yang sangat sukar dicapai. Oleh sebab itu setiap Muslim merasa berkewajipan untuk berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapainya. Apabila Khalifah Umar ibn al-Khattab yang masyhur dengan keadilan dan kewibawaan dalam membuat keputusan itu bertanyakan kepada Ka’ab al-Akhbar mengenai syurga And, pendeta itu menjawab :
 
“Wahai Amirul Mukminin, syuraga itu tidak akan didiami kecuali oleh seorang nabi atau siddiq atau syahid ataupun seorang pemerintah yang adil.” Umar lalu megulas: “ Aku tentunya bukan seorang nabi. Dia ialah Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak mengharapkan melalui kedudukan sebagai pemerintah yang adil meskipun aku akan sentiasa berkelakuan seperti itu. Sementara sebagai seorang syahid pula bagaimana aku boleh mencapai tarafnya.”
 
Rasulullah s.a.w. bersabda :
 
“ sesiapa yang berjalan dengan orang zalim dengan tujuan untuk menguatkannya sedangkan dia tahu yang ia zalim, dia akan terkeluar daripada Islam.”
 

Wednesday, December 12, 2012

Mengigati MATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
Mengingati kematian mempunyai banyak faedahnya. Antara lain adalah untuk membentuk budi pekerti dan akhlak mulia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Manusia yang masih hidup sememangnya mengerti dan memahami, akan tetapi mereka sekali. Kerana dengan pengertian yang amat terbatas sekali. Kerana dengan pengertian yang terbatas itu, ramai di kalangan kita hanya mementingkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keseronokan hidup di dunia ini sahaja. Mereka melupai kehidupan di akhirat.
 
Apabila kita membicarakan tentang kematian maka terbayanglah di dalam bentuk fikiran kita tentang alam kubur dan alam akhirat yang akan ditempuhi. Akan berhadapan dengan sakaratulmaut dan bertemu dengan mungkar dan nakir. Bagi orang-orang yang beriman akan timbul perasaan keinsafan dan kesedaran tentang kekuasaan Allah manakala bagi mereka yang tidak beriman akan timbul perasaan takut dan cemas untuk menghadapinya. Padahal kematian itu sering berlaku di mana-mana dan kita tidak dapat lari daripada menghadapinya.
 
Sesungguhnya kematian itu adalah satu perkara yang kebanyakan manusia tidak mahu mendengar dan memikirkannya jauh sekali untuk mengingatinya kerana akan timbul nanti perasaan takut, gerun, cemas. Gelisah dan menggelabah terutama sekali kepada orang-orang bukan Islam. Mereka akan menarik nafas panjang dan muka mereka akanberubah kerana tersentak oleh perasaan ngeri dan tidak mahu menghadapinya. Mereka merasakan maut itu terlalu hampir dan dekat. Oleh yang demikian mereka akan cuba untuk tidak mengingati mati kerana ia akan melemahkan diri mereka untuk hidup di dunia ini dengan berseronok dan bergembira tanpa ada sekatan.
 
Hanya orang yang beriman kepada Allah sahaja merasa tenang kerana dikabarkan berita gembira dapat bertemu dengan tuhannya. Akan tetapi lain pula ceritanya dengan orang-orang kafir dan mereka yang suka melakukan dosa mereka ingin hidup di dunia ini kalau diizinkan oleh tuhan berbuat demikian. Walau apa keadaan sekali pun yang pastinya setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi mati.
 
Dari imran ibn husain r.huma meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Terdapat satu golongan manusia yang dikeluarkan dari api neraka dengan syafaat Muhammad s.a.w. maka dimasukkan ke dalam syurga yang dinamakan sebagai “jahannamiyyin”. (bekas ahli neraka)
(H.R. Bukhari)
 
Dari shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keingingan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah.
(H.R. Tirmizi)

Tuesday, December 11, 2012

Meniti Bersyukur


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة

 
Setiap apa yang terjadi pasti akan terjadi, setiap apa yang di rancang pasti bias terjadi dengan izin Allah S.W.T. Bukan mudah untuk membentuk hati yang kecil dan dengil ini. Ia mestilah dengan kekuatan dan azam yang tinggi.
 
"Hidup anugerah ALLAH"
 
Permulaan perubahan aktiviti membuatkan sedikit kekok dan janggal. Untuk mendapatkan sesuatu mana kan mungkin kalau tidak dengan perubahan.
 
" Mana kan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyung "
 
Belajar dan terus berlajar, membentuk insan yang suka pada ilmu agama, ilmu al-Quran dan ilmu dunia perlukan dengan sifat tawadok dan istiqomah yang tinggi. Sabar juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
 
Perjalan Musafir kali ini banyak mendewasakan diri dalam pelbagai sudut pandang, dalam membentuk kerohanian diri dalaman dan luaran. Allhamdullah di kurniakan guru dan Ustaz yang sabra dalam mendidik Musafir untuk menitik ilmu.
  
“Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.”
(Riwayat Abu Daud)

Doa bersyukur :

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni`mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.
(Q.S. Al-Ahqaf : 15)

Sunday, December 9, 2012

Tinta Musafir


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة

 
Bumi ciptaa Allah S.W.T yang sungguh istimewa . Tanah yang diusahakan sanggat berguna dan berfaedah kepada sesiapa yang mengusahakan tanah tersebut. Apabila Tanah yang terbiar di usahakan akan menghasilkan perbagai kelebihan kepada pengusaha contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan perlbagai lagi.
 
Begitu juga kita sebagai seorang manusia hamba Allah S.W.T yang lemah dari pelbagai aspek fizikal dan mental. Kita perlu berusaha untuk maju, kita perlu berusaha untuk berjaya dan kita perlu berusaha untuk cemerlang.
 
Kisah kalis kehidupan kali ini ingin membawa sedikit momentum daya pemikiran Musafir untuk berkongsi tinta kehidupan di bumi Allah.
 
"Berbudi Dengan Tanah"
 
Kehidupan masyarakat di sini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Mereka berganding bahu untuk bercucuk tanam, mereka hanya menggunakan tulang empat kerat untuk mengusahakan Tanah mereka, mereka juga sanggup mengusahakan Tanah mereka sendiri dengan tiada kemudahan yang istimewa seperti di Negara kita.
 
Walaubagaimana pun mereka tidak lupa akan kewajipanya mereka sebagai seorang muslim, walaupun di sini mereka berfahaman yang berbeza-beza. Mereka tetap sujud bersyukur dengan nikmat kehidupan yang di berikan oleh Allah S.W.T.
 
"Syukur"
 
Kisah melihat betapa daif dan susah kehidupan mereka di sini tetapi masih bersyukur dan sujut menghambakan diri kepda Allah S.W.T. Dalam pemerhatian Musafir banyak kisah kehdupan sedih dilihat dan membuatkan diri bermuhasabah sebentar.
 

Doa Agar Dijadikan Hamba yang Bersyukur

 
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai. dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”
(QS. An-Naml[27]: 19)

Monday, December 3, 2012

Tinta Kembara Musafir


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

 

Perjalanan ini membuatkan kesedaran yang kuat dalam kehidupan ana. Banyak tempat yang telah ana terokai dan jejaki dalam keadaan gunung ganang dan lembah lering bukit yang tinggi dan curam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...