Friday, August 25, 2017

Happy Friday


Small things still can make us happy right?

Wednesday, August 23, 2017

Trial UPKK

Alhamdulillah. Dapat results trial UPKK dia. Walau masa trial dia demam. Hari ke-3 trial pulak kena check in hospital and bila informed Ustaz dia alhamdulillah dia dapat buat paper yang dia missed masa dia admitted ke hospital lepas discharged. Semoga dipermudahkan time exam UPKK nanti.

Tahun ni aje, 2 kali dia admitted tapi kali ni kejap aje, 3d2n. Asthma ok tapi pneumonia pulak. Sel darah putih dia terlalu tinggi, 3x ganda dari usual reading tu pasal kena admitted.

Wednesday, August 9, 2017

Osaka Part 2

First destination while we were in Osaka. Gila lama backdated ni. Ini adalah Expo 70. Boleh google sendiri kot how to go there and apa yang ada dalamnya. Yang ni kena bayar sendiri. Takde termasuk dalam Osaka Amazing Pass kalau guna this pass lah. Gigih kami ke sini walau hujan.



Tengoklah kegigihan memasing dengan ponco memasing. Walaupun bila berponco jadi tak vogue, ada kami kesah? Hahahaha. Untuk minah bunga macam kami, tempat ni sangat cantik. Something I couldn't express using words. Go and experience yourself. Worth every penny spent. Sebabkan keasyikan masing-masing tak sedar pun kami spent masa sangat lama dalam ni. Kalau orang yang memang rigid bab timing, sila setkan rules ye. Remind your own self. Unless korang ikut pakej. Kami kan semua on our own.
Belanjalah muka kami sama walau gambar view aje pun udah cukup menggambarkan betapa cantik tempat ni.

Ni behind the scene untuk profile picture kami masa kami kat sana. If you have stalked my FB, I used the photo at that bench before but I just changed my profile picture recently. 😉

Cukuplah dulu entry untuk Part 2. Part 3 tak tau bila kunjung tiba. Ikut mood. Ni pun banyak dah lupa tapi once a while browse gambar dalam phone, memang rindu bertandang. Sweet memories will always bring the smile onto our face.

Tuesday, August 8, 2017

Hmmm

Tak tau nak rasa apa. Last weekend Kakak called kata on 14-18 Ogos dia kena ke Kolokium Kecemerlangan SBP di UTeM. Tapi pagi tadi dia called kata kena tukar pulak. Last minute dia kena pergi Terengganu untuk Bio Marine SBP. And guess what? Bertolak ke Terengganu besok. Iye, BESOK! Sungguh last minute ada exchange of student pulak. When I asked her tak boleh say no ke? Katanya tak boleh. Hmmmmm...... Itu yang Ibu dia tak tau nak rasa apa.

Program Bio Marine ni patutnya yang terpilih kena terror Bio and Chemist and Bio Kakak adalah sangat dhaif. C kot results Bio mid year dia. Aktiviti Bio Marine ni pun sepanjang masa dalam laut. Scuba diving la snorkelling lah. Memang betul-betul study bab Bio Marine. Tak taulah Kakak ni macam mana. Adoiiii.

Disebabkan last minute change of plan, disuruhnya Ibu dia ni hantar barang kat dia malam ni. Sebab lepas ni memang tak akan dapat jumpa dia over the weekend. Dia balik dari Terengganu on Sunday lepas tu the following Friday pulak dia kena ke SEMESTA di Raub sana untuk Kem Pengawas. Busy bebeno kan?Tu belum lagi bab turun training netball untuk Hari Kecemerlangan SBP lagi. Dah rentung katanya. Nanti ulang alik ke laut lagilah rentung.