Wednesday, January 25, 2017

Lama

Lama sungguh ini budak duduk di hospital kali ni. Jan 17-25. Dari duduk kat section semi critical and sekarang dah duduk bilik special untuk patient yang stay lama di hospital. Petang ni baru dapat discharge.

On Sunday baru off her oxygen walaupun masa tu still tak reach the desired oxygen level. On Sunday tu masa mula-mula Dr Hon (paed) kata kita try to off the oxygen, terus ambik bacaan oxygen in her body, dropped balik masa tu so dia kata pakai dulu sampai petang. Petang tu baru bukak and since x dropped lagi reading dia walau x cecah 98%, doctor suruh proceed aje.

Lepas tu neb pulak stopped yesterday afternoon. Tried 4 puffs every 4 hours guna inhaler and tadi started pukul 12 pm, tried 2 puffs. Bila Dr Hon checked yang dia ok, lung pun kuat sikit, so dia kasi lah balik. Alhamdulillah.

On 17th tu dia kena naik ambulans untuk ke hospital daripada klinik. Sampai hospital terus on oxygen and neb hourly. Since neb tu still tak jalan and dia pun dah restless, doctor suruh buat 3kali neb on one go masa pukul 11 and lepas tu baru dia dapat tidur. Then lepas tu every 2 hours till Saturday. Masa tu tukar ke every 3 hours and then Monday afternoon started with every 4 hours.

Itulah kisahnya. Cuma kali ni the doctors really explained in details on what should be done and how to control the attack. Bagitau each attack akan hurt the lung tissue and luka tu tak akan baik sampai bila-bila. So itu yang kena control tak mahu kasi kena lagi attack easily. Boleh membantutkan banyak aspek dalam perkembangan seorang budak.

Tuesday, January 24, 2017

Demi Waktu, Demi Nina

Meskipun nama Nina tidak lagi meniti di bibirnya namun tetap bersemadi di dalam jiwanya.
An excerpt from Demi Waktu Demi Nina. Lama sungguh tak baca novel. Mood tak mari but this time around, boring di ward, kebetulan ada novel dalam handbag, bukak lah baca. This piece is really recommended. Bacalah. Bahasa indah. Bukan fairy tale. Cumanya bersedialah untuk ber'roller coaster' bersama emosi. Rasa nak repeat. Padahal baru habis. :P

Friday, January 13, 2017

2017

It's 2017 already. Dah hari ke 13 pun. I just started working this week after 2 weeks off. Hazab sungguh traffic pepagi di tahun 2017 ni. Sekarang ni kena keluar paling lambat 7:25am untuk sampai office on time before the meeting starts. Daily meeting at 8:15am. Masak! Esok pun kena masuk kerja. Since masuk office on Monday memang a bit busy with the tasks sebab next deployment date adalah next weekend and the cut off date untuk kitorang siapkan kerja adalah next Wednesday.

Bebudak pun dah 2 minggu started new schooling session. Kakak ambik Sains Tulen. Tak berjaya pujukan Ibu dia untuk suruh dia ambik Sains Agama. Abang pulak kelas Ikhtisas. Subjects yang Kakak takut, Bahasa Arab, Al-Quran dan Sunnah dengan Syariah Islamiah Abang kena ambik. Abang ambik total 10 subjects. Add Maths optional untuk dia so kitorang cakap kat Ustaz dia, kitorang tak yakin keupayaan dia in Add Maths so we opted not to take that one. Tu yang jadi 10 subjects. Kalau idak, 11 le. Besides core subjects, Abang kena ambik Prinsip Akaun dan Ekonomi. Hopefully he can do his best. Budak berdua ni sekarang ni tengah busy dengan training masing-masing untuk MSSD. Kakak as usual, basketball dia and Abang lak bola sepak. Sekarang ni everyday Babah dia kena pergi ambik Abang di sekolahnya at 7pm.

Adik pulak stays di kelas yang sama untuk tahun ni. No streaming for her. Tahun ni I have to pushed her a bit. Her CGPA is ok but I geram nengok markah final dia. CGPA dia, 60% dari final, 30% dari coursework dan 10% dari quizzes. Ala-ala university style la. I think she ranked at 3rd but as I told her I want all of her final exam marks to be above 85 as PT3 marks kan memang 85 baru A. I want her to get used to it and do not take it for granted.

Baby maintained la kelas dia. Dah berapa tahun dia kat kelas no 2. Dia memang cannot beat her sisters tapi dia tu boleh aje sebenarnya. Malas yang lebih. Dia cakap nak ke Maahad Tahfiz nanti so I told her, "If you want so, lets target Maahad Tahfiz Sains under JAIS so you need to excel in both UPSR and PSRA. PSRA kena dapat at least 97%. UPSR 6A" Dia ok jek. Hopefully dia akan usaha untuk itu lah.

Itu ajelah anak-anak yang sekolah tahun ni. Next year yang kecik tu hantarlah kot pergi kindergarten.