Semalam balik kerja, kebetulan ada kawan Abang datang so Baby panggilkan Abangnya and the moment I saw him, I was shocked. Babah dia yang ada kat rumah pun boleh tak perasan. Grrr. Abang skinhead ok? Terus lepas tu Abang kena panggil untuk interrogate.
Ibu: Kenapa rambut sampai camni?
Abang: Cikgu tobek rambut
Ibu actually tak faham tobek tu apa tapi buat macam faham.
Ibu: Ada spot check ke?
Abang: Ada, tapi rambut Abang ok. Tak kena pun.
Ibu: Dah tu?
Abang: Lepas spot check tu patutnya kena masuk kelas tapi ada beberapa orang budak kelas Abang lepak kat koridor. Pastu Ustaz ni marah and habis satu kelas kena tobek. Budak yang dah botak pun kena.
Ibu: Betul ke ni? Abang tak buat cerita? Satu kelas kena?
Abang: Betullah. Budak form 3 pun kena.
Lepas tu Babah dia yang tanya details coz Ibu dah busy kat dapur.
Pagi tadi Ibu called sekolah, cakap dengan Guru Besar(GB) mintak siasat kejadian ni. Masa I called, GB terkejut and dia cakap dia akan call balik lepas buat siasatan. Ni baru dapat call dari GB dia.
GB: Puan, kami dah siasat aduan Puan tu. Kejadian sebenarnya selepas spot check, ada sekelompok budak yang lepak kat koridor jadi Ustaz ni dah suruh diorang masuk kelas tapi dengan ugutan, kalau awak tak masuk, Ustaz gunting rambut. Lepas tu budak-budak tu macam mengejek Ustaz so Ustaz ni mungkin dah terlepas laku gunting rambut tak ikut spesifikasi kami dan dia jugak melepaskan geram dekat semua budak kelas tu. Tapi saya nak bagitau tindakan mengugut budak jugak salah. Saya mintak maaf banyak-banyak Puan dan sebenarnya saya naik malu bagi pihak sekolah sebab ramai parents yang membuat aduan pasal ni. Ustaz ni masih baru, muda.
Ibu: Ramailah parents yang komplen?
GB: Iye, ramai. Saya memang sangat kesal dengan kejadian ni. Saya harap Puan boleh terima penjelasan saya.
Ibu: Saya ok.
GB: Betul Puan boleh terima penjelasan saya? Ada apa-apa yang Puan ingin pihak sekolah lakukan?
Ibu: Saya ok cuma tak nak kejadian ni berulang.
GB: Terima kasih Puan sebab boleh dengar penjelasan saya.
And the way GB cakap, macam ada parents nak bawak isu ni ke tengah. Wallahua'lam. Moga Ustaz tu dapat pengajaran tapi I really do not hope dia kena buang ke apa. Just that lebih berhati-hati dalam tindakan.
Abang plak, emosi dia macam terganggu I guess. I can sense Abang malu dengan diri dia sekarang. Semalam langsung tak keluar rumah. Solat jemaah pun tak pergi. Babah dia kata duk tengok cermin aje. If you know him, dia tu memang sangat-sangat menjaga penampilan rambut dia. Hmmm.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment