Friday, November 29, 2013

Interview

"Assalamu'alaikum.sm ibn khaldun akan mengadakan temuduga pengambilan pelajar ting 1/2014 akan diadakan pd 30/11/13 (esok) jam 8.30 pg.pihak sekolah memohon maaf di atas kelewatan menghantar sms ini.tq"

Esok Abang ada interview. Doakan agar dia dapat ye sekolah ni? Private islamic school ni. Tak berapa berkenan dengan sekolah yang dia ditempatkan so we came out with few other alternatives. Mudah-mudahan Allah permudahkan.

Actually banyak process involves in applying secondary school ni. Encik Intan Payung yang settlekan semua. I can't take leave at all. Hari tu nak apply leave untuk hantar Kakak pergi interview MRSM Gemencheh on 10th pun leceh bukan main. Soal jawabnya macam we are not entitled for any leave. Reason being kami boleh cuti seminggu during Christmas week since Hastings Deering shutdown during that period and those mat saleh nak cuti. That's not my problem kan? Letih keje ngan Indian ni I tell you!

Conversation

Kan? But I might be a bit choosy in picking up whom I wanna open up. Not everyone knows my life story A-Z.

Wednesday, November 27, 2013

Hadiah



Hadiah Kakak! Kelas ko! Touchscreen gitu and Ibu dia adalah sangat jakun! Hadiah ni Babahnya yang tanggung 100%. See, betapa untuk anak dia begitu bermurah hati tapi wifey mintak handbag rege separuh daripada rege hadiah Kakak tak dilayan pun. Sedaq diri gitu! Huhuhu. Marilah mengumpul duit sendiri untuk membeli barang idaman!

Happy Birthday


May Allah bless

Sunday, November 24, 2013

The Voice

Layan The Voice? :) Lagu-lagu yang disukai this week :P


Friday, November 22, 2013

Rezeki Kakak

Rezeki Kakak hari ni tapi I didn't go pun. Yang hantar dan ambik dia adalah Uncle Rashidnya, ayah best friend dia, Hana.  Besides all these certs, dia dapat RM100. Memang rezeki dia sungguhlah. Alhamdulillah!

Ini dia mintak laptop as hadiah tapi kami belum beli pun lagi. Tunggu gaji ajelah. 

Thursday, November 21, 2013

Lagu Kenangan

Apa perasaan korang kalau terdengar lagu yang seribu satu kenangan dalam hidup and memang dah lama korang tak layan?

Pagi tadi channel radio mana tah pasang lagu ni. Dah lama gila tak layan lagu ni and pagi tadi sanggup tak tukar channel tu masa dengar lagu ni padahal lagu ni takdelah best sangat. Apakah? :P

Wednesday, November 20, 2013

Bengkak

J
Tangan tengah membengkak la ni. Kekadang tu sangat itchy and mulalah duk menggaru tak hengat. Dah hari ketiga pun. Macam kena gigit something. Sangat tak selesa.

Kereta

Kereta ni dah talde pada kitorang. Sekarang ni hanya ada satu kereta jek. Dapat buyer malam sebelum kitorang ke Lipe tapi urusan tukar nama settle on hari results UPSR keluar. Since balik Lipe, saya memang tak dibenarkan menyentuh kereta ni. Memang pergi office pun naik Cik Wiwis je. 

Kereta baru apa? Tak order pun! Saya nak VW tapi kena bangkang. Hihihi. Polo ok apa rege dia. :P For the time being, takde intention nak beli lagi. Next year perhaps. Any suggestion? 

Sebab cuma ada satu kereta, saya kena fikir nak convince Aussie team untuk kasi saya cuti. Sekarang ni susah la nak cuti. Kena justify gegila and must be in advance. Kakak ada interview MRSM on 10th. Kat Gemencheh sana coz memang kami applied MRSM Ulul Albab pun. Saya actually dah applied cuti on 12 & 13, sebab patutnya 10hb malam tu terbang ke satu destinasi. 11hb Selangor memang cuti. Ni nak tambah satu hari lagi cuti. Dah la during that period, one of Aussie team member will be in Malaysia. Doa je banyak-banyak ni jangan depa tanya banyak sangat cuma kena plan apa team member saya perlu achieve time saya cuti.

Thursday, November 14, 2013

Alhamdulillah

Kan? Alhamdulillah untuk semua nikmatMu, ya Allah. 

Hari nangis kot hari ni. Hari mensyukuri nikmatNya.

Ada A tu sangat unexpected. Pulak tu Penulisan. Memang Ibu dia and cikgunya berpelukan tadi.
Budak ni dapat results atas stage. Tu Guru Besar sekolah dia. Adalah 100++ dipanggil naik stage untuk budak yang dapat 4A and 5A. 5A sekolah dia adalah 52 orang and kelas Kakak alone 37 orang 5A. Ada sorang 3A. Kesian budak tu sebab dia yang first dapat results and dia nangis sambil geleng kepala. Orang lain dapat last.
Ni results dia. Alhamdulillah.

Tadi masa tunggu results UPSR, my neighbour Linda bagitau results PSRA tahun ni teruk. Anak dia bersekolah di Sekolah Agama Rakyat so student dia ramai pun hanya 8 orang dapat Mumtaz. Last year 22 orang. Turun gegila kan? Pastu dia cakap Sekolah Al-Ainani sorang je Mumtaz and I really dunno how to describe my feeling. Ketaq! 

Pastu sebelum diorang ke sekolah agama, dapat call dari sekolah and alhamdulillah lagi. Yang sorang mumtaz tu adalah Izzatul Hamizah. I terus nangis dan dan tu. Cengeng memang! Apa-apa pun, Alhamdulillah!

Wednesday, November 13, 2013

Kecut Perut

Boleh agak perasaannya? Huhuhuhu

Monday, November 11, 2013

Perihal Anak-anak

Minggu ni minggu terakhir sekolah kan? Minggu yang cukup-cukup busy dan mendebarkan jugak. Results UPSR and PSRA dah nak keluar. Dupdap dupdap. Ibu yang over as usual.

Esok majlis penyampaian hadiah kat sekolah kebangsaan bebudak and Kakak dapat untuk satu subjek tapi Ibu dengan Babah tak boleh pergi. Sekarang ni in tight schedule project so bukan boleh nak main apply cuti aje. Babah dia plak kena attend 3 days training starting from today. Pastu Kakak tak tau nak balik camana sebab selalunya kalau ada majlis macam ni, transporter takkan amek since bukan semua budak need to be in the school and kawan-kawan rapat dia pun yang  in the same housing area takde yang dapat jugak. Menggagau ni nak arrangekan transport dia.
Result dia. Takdelah gah mana pun. 

Adik pun dah bawak balik report card last  Friday. Dah kena bebel seround dengan Ibu dia pastu dia duk merayu-rayu tak nak gi tuition. Ibu dia pulak macam nak antar dia tuition. Teruk I tell you her results. 
Ni dia her results. Nasib next year masih maintain in the first class. Kalau idak, lagi banyak kena bebel.

Abang tak tau mana report cardnya. Dia bukannya pergi sekolah pun la ni. Katanya tak buat apa kat sekolah so let him be je lah. Baby pun belum dapat lagi her report card tapi based on kertas examnya, not bad lah markah dia. Ni sorang, time exam hari tu bukannya dia nak baca buku ke apa, tapi makin rancak main adalah. Kalau tanya dia, jawab dia, "ala... Baby baca kat sekolah dengan friends."  Boleh?

Sunday, November 10, 2013

Annyeong

Annyeonghaseyo! Amek mood Korea ok? It's Norma's convocation day and lets celebrate it nearby. Tak dapat lesen nak pergi jauh-jauh so kami boleh ke Seoul ajelah. :P Bawak semua budak-budak as their father takde kat rumah weekend ni, itu pasal tak dapat lesen! We had great food besides great chit chat session so gambar adalah tidak banyak.











Thursday, November 7, 2013

Cuti-cuti Koh Lipe

Where: Koh Lipe
When : Nov 2-4, 2013
Currency rate : THB100 = RM10.40 masa saya tukar so buat conversion sendiri ye? :P

When was the first time I heard about Koh Lipe? Somewhere in June if I'm not mistaken and it was from Zie. Saja cerita pasal holiday sesama kami. Then I started google pasal Koh Lipe and terus gedik nak pergi. Mulalah survey cara nak pergi ke sana and hotel semua. Ada 2 cara nak ke sana. Satu via Langkawi, satu lagi via Pak Barra Pier. If via Pak Barra Pier, The journey is around 2 hours so I decided to go via Langkawi. Rege speedboat a bit expensive but the journey is only for an hour. Oh by the way, speedboat via Langkawi cuma ada waktu peak season, end Oct till somewhere in May. Masa lain tarak so kalau you wanna go during off peak period, silalah ke Pak Barra Pier. Kalau drive, sila lalu Wang Kelian or kalau nak terbang, naik Air Asia ke Hatyai and then cari van untuk ke Pak Barra Pier.

First step, survey timetable speedboat. From Langkawi ada twice daily, 9:30am and 2:30pm. Hari tu masa sembang dengan abang tekong(ala-ala tongkang la plak guna tekong kan?), dia kata time super peak ada 3 trips and sometimes 4 trips, depends on request. Super peak tu time winter, mid Dec - end Feb. Lepas tahu waktu speedboat, I decided to take 2:30pm punya boat so pergi Langkawi waktu pagi. Meh cari ticket flight pulak! Masa tu MAS yang paling murah so rembatlah ticket MAS. MAS punya ticket adult RM280 and children RM240 to and fro. I booked the ticket in July.

Lepas flight dah confirmed, meh cari hotel pulak. Tripadvisor is my source. My criteria was family room with aircond. Baca review, The Reef is the best so here we go. I pun booked The Reef. Kat website hotel, rege adalah with breakfast tapi I had a doubt pasal kehalalannya so I booked via booking.com without breakfast. Time peak season, rege hotel pun naik ye, harap maklum. Time ni la depa nak buat duit pun, kan? Tapikan I was so lucky sebab dapat rege off peak so I was charged THB3,800 for 2 nites but then rate yang bank charged to my credit card time tu gile mahal. RM432 bila convert. Siot je kan? 

Dua benda tu settle in July tapi ticket speedboat belum dibukak untuk jualan time tu and after that saya busy kan? Teringat balik pasal speedboat in Sept. Masa tu cari ticket kat www.telaga-terminal.com and www.bundhayaspeedboat.com tapi ticket dah sold out. Panick ok? Lepas tu google kot ada lagi company yang jual ticket speedboat and akhirnya jumpa pun. www.langkawilipe.com ada lagi available ticket. Terus rembat! Rege dia untuk sorang adult RM129 sehala and kanak-kanak RM99 sehala tapi masa nak bayar dapat discount. Total RM1260 so discount sebanyak RM48. Banyak kan? And operator yang saya beli ticket from ni, ada bagi service pick up kami kat airport, bawak ke Tanjung Lembung untuk settlekan urusan imigresen and then antar kami lepak-lepak Chenang before pick up kami untuk ke Resort World tu. Masa balik pulak, depa akan bawak ke Tanjung Lembung lagi sekali untuk settlekan urusan imigresen and then antar kami ke hotel for free tapi untuk Mat Salleh depa charged RM10 per head untuk antar ke Pantai Chenang.

Ni nak cerita pasal speedboat. Yang beli dari Telaga or Bundhaya tu akan naik kat Telaga Harbour. Yang saya beli ni naik kat Resort World atau nama lama dia Awana Porto Malai. Hari tu masa kat Langkawi, passed by Telaga Harbour waktu tengah hari, ramai gile manusia. Sangat crowded. Yang saya naik sebab ada satu operator je, so takde la ramai sangat. Boat pun hanya untuk 20 orang passengers. Pergi balik, kami je Melayu dalam boat tu besides crews. Crews tu I assume Melayu sebab depa pandai je cakap Melayu. Ada sorang je pandai cakap Thai pun. Speedboat dari Telaga or Bundhaya akan turun di check point dekat dengan Bundhaya Resort. Yang kami punya ni turun di Walking Street Pattaya Beach. Boat yang dari Pak Barra akan turun kat platform di Sunrise Beach and kena bayar THB50 lak per person nak ferry all of the passengers by longtail boat. Yang belah Pattaya Beach ni free sajork and kami pun actually kena je naik longtail boat untuk ke pantai.  
Jernih sungguh pantainya and inilah Pattaya Beach view from our speedboat.
Ni yang sambut kami and tengok seluar Baby yang basah tu, tu lah paras air masa turun daripada boat.

Lepas settle urusan imigresen Thailand, orang yang settlekan tu tolong call The Reef to pick us up. The Reef memang ada emailed cakap diorang ada buat free pick up few days before tu. Then kejap je taxi sampai and kami pun terus ke The Reef.
Family room di The Reef. The Reef is ranked as number 1 untuk budget hotel di Lipe based on Tripadvisor. Worth the money I would say. Tak besar pun The Reef ni, ada 10 bilik je. Kettle tak disediakan di dalam bilik tapi pergi je kat depan mintak air panas. TV macam-macam channels tu pun takde tapi depa ada banyak CD untuk dikasi pinjam. My kids melayan Alice in The Wonderland tah berapa kali. Depa pun macam Ibu diorang suka Johnny Depp uols! Minat mereka ni gara-gara Charlie and The Chocolate's Factory and Alice in The Wonderland ni la. :P By the way, kalau you nak stay sini I can help to book as I'll get 10% off. Sharing is caring kekdahnya. Untuk anak dara, owner dia handsome gile! Mat saleh named Michael. Gambar tarak as I can't gedik-gedik sebab ada orang jaga kat sebelah. Hahaha.
 Our room, room number 4
 Laluan nak keluar
 The view dalam kawasan The Reef.

Lepas rehat-rehat kejap, kami decided nak ke Sunset Beach. Baby dah merengek nak mandi pantai. Kata Nok, receptionist The Reef, 15 minutes walking tapi jalannya ada bukit-bukit jugak. Terus tak sanggup nak jalan kaki. Naik taxi depa la. Taxi depa adalah motor roda 3 ye. :) Nak tengok gambar taxi, sila ke FB saya. We were charged THB100 untuk sehala. Bayar je lah sebab kami kan ramai. Anak berderet-deret kekdahnya! Dan saya sangat suka ke Sunset Beach sebab matahari tengah chantek time tu. Matahari terbenam dalam pukul 6pm(local time) gitu.
Sunset Beach ni berbatu-batu sikit.
The beautiiful sunset. I don't like orange color but I would always think orange shades time sunset tu adalah sangat chantek.

Saya dah janji dengan driver taxi untuk fetch us balik dalam 6:45pm sebab kami tak tau pun sunset adalah at 6pm. Dalam 6:15pm kami blah dari Sunset Beach and sampai kat jalan, tengok-tengok taxi dah ada tunggu kami. Alhamdulillah!

Balik bilik, mandi, solat and then terus jalan-jalan ke Walking Street untuk cari makan. Walking Street ni alive time malam la. Satu di Lipe ni anjing banyak tapi takdelah too annoying for Muslims. Depa tak kacau pun kita.  Cuma bila jalan tu adalah terserempak dengan anjing. Kat Malaysia ni macam kalau nampak anjing nak lari jauh-jauh, kat sana nak lari camana ye? Lari dari yang ni, kat depan tu nanti ada lagi yang lain. Just buat tak nampak je la and kalau depa nak follow tu silalah buat garang-garang. Depa takkan ikut. Ni my very own experience la ni.

Kat Lipe, nak cari kedai Halal, logonya ada bulan dan bintang tapi mostly ada serve beer. Satu restoran yang takde liquor adalah Restoran Mina besides gerai Phad Thai. Ini pun adalah satu gerai Phad Thai Muslim yang bagitau when I asked. Mula-mula kat sini cakap English, lepas tu depa tanya from Malaysia, saya angguk, then terus dia cakap Melayu. Tanya jugak breakfast halal nak cari kat mana and depa bagitau camana nak ke gerai Muslim di waktu pagi. Gerai Muslim tu outside Walking Street dah, sebelah bengkel motor. Sepasang makcik and pakcik yang menjual. Baik sangat! Malam tu lapar sangat, takde daya nak amek gambar. Food sampai terus masuk mulut. Banana Nutella Roti di Restoran Mina adalah sangat sedap. Ke time tu lapar terlampau? The next night beli kat gerai lain, tak sesedap Restoran Mina punya based on my taste bud la. Rege food di Lipe ni a bit pricey. Malam tu kami makan sotong stim, telur dadar, tomyam, sayur campur bersama nasi putih, 2 biji Banana Nutella Roti & sebotol mineral water yang 1.5L tu, totalnya adalah THB1080.

Balik tu saja la stroll along Walking Street nak cari snorkelling package tapi at some point Baby mengadu kaki dia sakit. Dia pakai selipar baru and tah camana macam terkopek sket kulit dia. Tu yang pedih so ingat nak beli selipar baru. Singgah satu kedai ni. Kat sana semua barang kena la bargain and selipar tu I bargain la in English. Depa layan la pastu tah camana Baby ada tanya saya soalan then I answered her in Malay, makcik yang menjual tu cakap, "La, boleh cakap Melayu rupanya. Kenapa tak guna Melayu saja? Makcik tak pandai English." Adeh! Tau saya jawab apa, "Saya tak tau Makcik tau Melayu." Sabo je kan? :P Sebelah kedai makcik tu ada jual mineral water kalau botol kecik tu 12 botol dapat THB100, kalau botol besar 6 botol THB100 so saya terus beli la. Then terus jalan kaki balik bilik. Kat hotel, bargain snorkelling package dengan Nok. Nok suggested Package 1 for me sebab saya ada anak-anak and harganya as below(ni private trip and kalau nak tau rege package yang tour buat, ada kat salah satu gambar kat my FB):
  1. Sewa boat THB1500
  2. Snorkeling gear THB50 satu set so ikut la berapa yang you nak sewa
  3. Halal lunch, THB90 satu kepala
Nok suggested kami untuk bawak food lain jugak. Kudap-kudapan, jajan untuk bebudak. At first I requested fruits jugak daripada Nok tapi Nok cakap fruits kat sana sangat mahal. Sebiji tembikai tak besar mana pun dah THB350. Tak berbaloi kan? Lepas deal, terus balik bilik, tido time!

Subuh kat Lipe dekat pukul 5am and saya dah keluar daripada bilik for sunrise before 6am. Ni semua local time tau. The Reef bukanlah tepi pantai so kena la jalan sket nak ke Sunrise Beach. Tak jauh pun. Sunrise Beach for me adalah sangat lawa. I like it. Pepagi tu banyak boats yang tengah parking.(perkataan parking tak tahan!)
Sunrise pun chanteknya! MasyaAllah! Gambar lain, again, silalah tengok di FB.

Lepas layan sunrise, pergi ke gerai makanan Muslim. Makcik dengan Pakcik tu sangat ramah dan baik melayan kami. Saya pergi dengan Baby and Adik je sebab depa je lah yang rajin nak layan Ibu ni. Babah dengan Abang diorang rela tido while Kakak tak sudah-sudah melayan tv dengan wifi hotel. Pakcik tu tanya, "Abah mana? Tidur ke?" Bebudak tu jawab, "Ya" and terus Pakcik tu cakap, "Orang Melayu yang datang sini semua macam tu. Yang Abahnya tidur, Maknya yang jalan-jalan cari makan." Ngehngehngeh!

Lepas breakfast, terus get ready untuk snorkeling trip. Kami dihantar dengan taxi hotel sebab kami beli pakej dengan hotel jadi semuanya hotel yang settlekan. Easier for me.Kami dihantar ke Sunrise Beach and then diperkenalkan dengan orang boat tu.(tak tau nak guna perkataan apa benarnya. Takkan pemandu bot kan? Oh my Malay!)
Budak ni paling excited nak snorkeling.
Dan bermulalah our snorkeling trip.

Sampai je kat Sunrise Beach tu, Inchik Intan Payung cakap, "Masya Allah. Chanteknya!" Adik yang jawab, "Pagi tadi orang ajak datang, takmau. Kitorang datang sini la pagi tadi." Sunrise Beach ni pada saya di waktu panas lagi bertambah chantek. Saya orang yang suka pantai dan laut, harap maklum!

Our first destination was Ko Hin Ngam. Kat sini tempat orang susun-susun batu then bergambar. Geram je nak ambik batu tu bawak balik and then boleh guna untuk bertungku tapi kata orang boat tu, tak boleh ambik. Dia boleh cakap Melayu sket-sket tapi tak reti English so kami ada sangat little communication.
Kami tak lama pun kat sini sebab si Baby dengan Abang dah tak sabar nak masuk air. Kat sini takde yang masuk dalam air pun. I mean pengunjung yang lain lah. So terus ke next destination. Koh Adang. Koh Adang ni orang claimed lawa tapi pada saya so-so aje. Lawa pada Phi Phi tapi still takde la outstanding di mata saya.
Baby baru nak belajar time ni, lepas dah pandai, boleh je lepaskan dia sendiri.

Dengan private boat ni, takde masa ditetapkan di satu-satu tempat. Berendamlah ko sampai lebam kekdahnya! Dah puas kat sini kami ke next destination pulak. Koh Rawi pulak. Masa  tu dah lunch time and ramai yang lepak-lepak even nak masuk sini kena bayar THB20 sorang. Kat sini Inchik Intan Payung yang bargain so kami just bayar THB40 je for the whole family. Ingat nak lepak kat hammock tapi semua dah fully occupied. Itu yang sempat main buai aje tu. Berbuai di tepi pantai, itulah my first experience. Kat Koh Rawi ni tak banyak gambar diambil sebab masing-masing nampak air, memang terus nak masuk dalam air je. Kat sini gak, kawasan coral ada bertanda. 
Kat belakang Abang yang ada bola putih tu, tu lah kawasan ada coral. Tali tu sebagai sempadannya. 

Dah puas main air kat sini, we had our lunch. Sedap je makan lepas main air padahal lauk ayam sweet sour je.  Lepas tu kami ke Koh Jabang. Koh Jabang ni takde beach pun, depa panggil check point. Sama macam Maya Bay tapi viewnya sangat lawa. My favorite!
Baby at first takut-takut so guna pelampung.
Adik yang sangat adventurous.

Kami spent almost 3 hours kat Koh Jabang. Itu pun Baby cakap tak puas lagi. Dia memang sangat-sangat sukakan pantai dan laut. Koh Jabang adalah final destination untuk kami untuk Package 1 ni. Kalau Package 2 lagi lama sebab lagi jauh dan lagi banyak pulau yang dijejaki. Harga pun berbeza. Masa ni kami dah rentung. Sana adalah sangat panas and seriously saya sangat tanned sekarang ni. Tak sanggup nak tunjuk muka kat orang rasanya.

Balik tu bebudak dah kebulur balik so depa terus masak maggi. Maggi adalah bekal dari Malaysia. :P Saya kurang suka Maggi and the last time I makan pun masa kat Phuket. Dah agak lama, kan? 

Untuk dinner malam tu, ingat nak ke Restoran Mina lagi tapi Kakak nak try Phad Thai. Layankan aje lah. Kami ke tempat Phad Thai yang kami singgah untuk bertanya soalan malam sebelum tu.
 Pulut Mangga
Phad Thai
Makcik yang memasak Phad Thai

Lepas dinner, antar bebudak balik bilik as they wanted to watch movie then saya dengan Inchik Intan Payung pergi massage. Pergi Thailand, haruslah pergi massage kan? Itu macam activity wajib di Thailand. THB300 for Thai Massage for an hour. Masa massage ni hujan turun dengan lebatnya tapi sekejap je. Nak balik tu dah berhenti pun hujannya tapi jalan lecak. Jalannya bukan bertar pun so ada area air bertakung. Kena la lalu di tepi jalan sempit-sempit kat area lecak tu.

The next morning again layan sunrise. Kali ni Inchik Intan Payung ikut jugak.
Again, lepas matahari dah tinggi, kami ke gerai makcik tu lagi. The same gerai jugak yang kami cari.
 Ala, tak nampak pulak muka makcik dengan pakcik ni.
 Kacang rebus dia sedap
Ayam goreng ni sangat sedap. THB50 seketoi.

Lepas breakfast, saya pergi hantar passport untuk check in dekat tempat sampai hari tu and then jalan-jalan untuk shopping sikit cenderahati dengan duit yang tinggal serdak. I bawak THB10000 je untuk the whole family. Snorkeling gear warna pink yang Adik and Baby guna tu dibeli di sini on first night we were in Lipe sebab yang dalam package takde size for kids. Rege dia satu THB700 lepas tawar. Duit yang tinggal serdak tu cukup untuk beli tshirts 3 helai. Lepas dapat tshirt terus balik bilik and siapkan packing as our speedboat balik Malaysia at 10:30am.

My verdict about Lipe, so stunning, so beautiful. Rasa nak pergi lagi. Kalau pergi lagi I would say 4D3N adalah the best period untuk stay in Lipe. If I were to choose the accomodation, I will go back to The Reef. Bebudak pun suka kat situ.

Anything that I miss out? Apa yang uols nak tau, tanya je la.