Wednesday, January 2, 2013

Project 2013

Event : Project Amal Rumah Asnaf
Date : 1/1/2013
First of all, have to thank these 3 ladies yang sanggup shopping untuk 2 buah Rumah Asnaf yang kami pilih for this month. Pepagi buta tu dah pergi shopping. Mengharapkan saya? Toksah lah! Buang karan aje! Saya sampai pun close to 11am and depa dah ready nak load barang masuk kereta pun.

Then kami tunggu Adik pulak di area rumah Nora before meneruskan misi kami. Sempat menambah beras lagi 4 packs di kedai dekat rumah Nora tu. Since Adik bawak kereta besar, saya suggested barang dalam kereta saya dipindahkan ke kereta Adik so kami akan terus ke Rumah Asnaf kedua tanpa singgah balik area rumah Nora untuk park kereta.

Our first destination adalah Rumah Jagaan Baitul Hidayah, Kg Baru Sri Puchong, Bt 13, Puchong. Dekat aje dengan rumah Nora. Kebetulan yang ada semuanya bebudak kecik. Alahai, tersentuh tau! Depa ni beriya nak salam dengan kami, tarik tangan nak suruh pegang, mintak didukung. Geram! Macam nak jadikan anak angkat tapi disebabkan dah tak boleh nak menyusukan depa, tak jadilah. Bukan apa, susah bab aurat, bab sentuh-sentuhan tu nanti but seriously depa ni sangat comey.
 In between Ina and Adik tu penjaga diorang

 Ini yang besar sket and tengah tuition dalam cabin.
Yang melekat dengan saya semalam, budak bertiga as gambar tu. Yang saya dukung, Atikah, tudung biru, Farah Adiba and tudung purple tu Aliya. Atikah 4 years old while Farah and Aliya lak 5 years old.

Tak boleh nak spend time lelama dengan diorang as we had another Rumah Asnaf to go tapi memang sungguh jatuh kasih dengan depa ni. Teringat-ingat, terbayang-bayang. Macam terngiang-ngiang je Atikah mintak aiskrim.

Destinasi kedua kami, nun di Kanchong Darat, Banting. Kat Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat ni bebudak macam dah agak besar. Dah boleh harap nak menolong semua. Kat sini pun tak lama sebab ada orang dah dapat panggilan pulau.
Insya Allah kami akan jadikan ini aktiviti bulanan kami. Kalau ada yang berminat nak join or chip in or ada tau mana-mana Rumah Asnaf or individu yang memang bebetul dhaif, sila panjangkan kepada kami ye and thanks in advance ye? By the way, kami semua ada di Charity Lot Shop di FB.

No comments: