Wednesday, January 30, 2013

Nah, untuk Awak!

Dialog "Nah. Untuk Awak." ada sekali jek dalam cerita ini. Ayat Eid pada Najiha semasa memberikan senaskah Tafsir al-Quran yang digambarkan sangat cantik disebabkan berwarna pelangi. Well, I would always think and say that rainbow is beautiful so I might be biased here. :P Tempat kejadian di Changi Airport lepas balik dari Korea. Should I emphasize here of the word Korea itself? :P (Ayat untuk orang yang berangan nak ke Korea tu sebenarnya. By the way, untuk orang tu, nama Lee Min Ho pun ada dalam ini cerita ok? Tapi bukannya Faith la. Boys Over Flowers)

Eid adalah hero dalam ini cerita while Najiha adalah heroin. Eid digambarkan lelaki who doesn't really know about sweet talking, hence his sentences are very direct and sarcastic at times. Najiha memang tak sukalah kat Eid tu. Not benci cuma tak suka. Not at the same wave length kata orang tu.

Those yang pernah baca Ikhlas, A.K and suka cerita tu, for sure will like this as well. Same author katakan. I don't really like Bahasa Melayu Singaporean but masih boleh pejamkan mata bab tu disebabkan gaya penceritaan, mixture of English language too and yang penting isi yang ingin disampaikan sangat kena dengan selera saya. Cerita ni sangat sweet tapi ada part yang saya nangis. Agak lama tak nangis bila membaca novel, ingatkan hati dah kering but reading this, made me cry again. Dangggg! Part nangis tu time Najiha lost her father especially masa dia bercakap dengan salah sorang student dia yang nakal, Fattah but isi bicara Fattah sangat matang. Remember my previous entry about death is inevitable tu? That entry pun disebabkan membaca inilah. Something for me to ponder, I suppose.

Antara quotes yang saya suka dalam cerita ni:

  • I can probably save you form human beings. But from Allah? I have no authority, Najiha. You have to help yourself. Saya tak boleh tolong awak kalau awak tak nak tolong diri awak sendiri.
  • It's not about the amount of time I know that person, it's sincerity that counts. Kan?
  • Sebab tu aku berubah, Najiha. Aku sayang sangat keluarga aku. Aku tak nak ayah aku kena seksa semata-mata kerana aku tak jaga aurat aku sedangkan mak dan kakak ipar aku pun pakai tudung. Aku tak nak jadi punca kenapa aku sekeluarga tak dapat bersama di syurga. I know I sound idealistic, because in the first place I'm not even guaranteed a place in jannah. Memang tak semua orang bertudung tu baik. But at least I tried, you know. I'm making an effort to at least, minimize dosa-dosa aku.
  • When we meet that person (referring to soulmate. Harus terangkan untuk bagi pemahaman kan? :P), hati kita rasa tenang sangat. And tak terlintas pun dalam benak kita nak buat perkara tak baik kat orang tu. Even the slightest thought of something 'wild'. (wild here termasuk pegang tangan for me. Best kan kalau betul-betul dapat orang macam ni? Once upon a time I knew a guy that fits this. Once upon a time = past = history. Period)
  • If you marry me Najiha, I can't guarantee you paradise. But I can ascertain that we'll work together towards it. Cause if you're willing to walk with me, Najiha... I'd more than willing to guide you insyaAllah. (Melting gile!)  
So sape mau pinjam? Ekekekeke. 

Tuesday, January 29, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur sangat walau dah terlajak dari targeted date. September - January, ain't bad huh?
Alhamdulillah for this too and thanks but no, I'm so sorry, I'm not interested in joining the lunch with the team. Anti-social mode kekdahnya but yet to decline this.

p/s: Fida, nampak tanda green or orange kat nama tu, itulah status kami di Office Communicator, pengganti Sametime but I prefer Sametime more just that dah kena shutdown for good. IBM kan our rival, so takleh nak guna product IBM kot. :P Itu joke aje ok? The actual reason is, Sametime boleh communicate dengan orang dalam ACS network je while this OCS, boleh communicate with the whole Xerox group since our email address dah migrated ke sana. 

Monday, January 28, 2013

Inevitable

Death is inevitable. Will you miss me after I'm gone? Do you still mad at me if I've ever wronged you? Will you remember me as a good or bad person? Will you cherish every memories with me?

Sunday, January 27, 2013

True?

Are these true?

There are 2 types of ex(s):
  1. The one yang masih diingati in a good way
  2. The one yang memang tak nak langsung diingati dan dia takde kena mengena dengan who dumps who

Saturday, January 26, 2013

Cuckoo

In our life, there would be a least one person that able to make us gone cuckoo, huh?

Friday, January 25, 2013

If You Were

If you were to go to the holly place, who will you call to say that you are sorry for everything besides your family members and your good friends who mingle around you?

Wednesday, January 23, 2013

People

The Line

Tuesday, January 22, 2013

Questions


The questions of the day

  1. If given the choices between the one you love and the one who loves you,which one do you choose? 
  2. If the one you love, loves you back but not as much as you do... and the one who loves you, loves you much more than you do?

Monday, January 21, 2013

The Lost - Al-Fatihah

Saturday, January 19, 2013

Chombie lost her father on that day. Lifetime lost. Al-fatihah. I knew pun via Inchik Intan Payung as Ayu called him. I just changed my SIM card at that time. Kat new phone, langsung tak installed apa-apa pun lagi. Whatsapp, KakaoTalk semua kat phone lama but itupun kalau ada Wifi. Masa tu I was outside to run some errands and luckily Ayu ada phone number Inchik Intan Payung. Tu pun pasal I used her phone while in Jakarta and ada saved the number into that phone.

Balik rumah, terus prepared the dinner for the kids and then bersiap nak ke Kampung Bangi. Sorry to my dear friends yang lain yang memang I didn't even message personally. Kelam-kabut on that day. I knew I supposed to let Yop knows and masa Yop called me while I was approaching Bukit Mahkota's toll, rasa ralat sangat. Dia pun tanya, "Ko gi? Ko kat mana?" and I think it was first time kami sembang takde gelak ketawa langsung and nada pun serious jek. Oh! I went alone as Inchik Intan Payung menjaga bebudak kat rumah.

Chombie looked so cool on that day. Her mom too. Saya sampai masa arwah sedang dikapankan. The gang ramai yang dah sampai dulu. Pinie and Yusmi sampai masa nak start solat jenazah.
Selepas jenazah dibawa ke tanah perkuburan, kami semua agak kelaparan. Masa tu dah 7:00pm. Since Pian and Addie dah ke tanah perkuburan, Pinie and Yusmi mintak tolong kami hantarkan depa ke rumah Pinie di Bandar Sri Putra. Kat sanalah kami bersolat maghrib and then terus dinner di restoran dekat rumah Pinie. Red Rebong Cafe namanya.
Pian and Addie stayed di masjid Kampung Bangi untuk bertahlil sekali and lepas Pian and Addie sampai sini nak makan, kami pun mula beransur. Dah lewat pun. Jauh lagi perjalanan di malam hari. Masa tu duk fikir-fikir nak balik ikut jalan mana yang paling senang. Terpantas sebenarnya yang dicari sebab tak nak sampai rumah terlalu lambat. 9:30pm baru nak balik and drove sesorang adalah agak menakutkan pada saya. Itu yang akhirnya saya putuskan masuk Elite aje. Alhamdulillah dalam 10:18pm gitu sampai rumah.

Untuk Chombie, moga redha and banyakkan sedekah ayat-ayat al-Quran.

Friday, January 18, 2013

Ibu Garang

Hari ni, pepagi aura Ibu garang dah keluar. Mau tak geram! Tadi pagi kejutkan Adik at 5:30am, pastu dia cakap Adik pening. Dalam kepala Ibu dia ni, dah fikir, mesti ada benda yang dia runsingkan tu sebabnya Monday last week, dia pening gak sebab she was overthinking about dia terlupa nak pakai kasut sekolah. Kelam-kabut solat and then nak masukkan beg sekolah dalam kereta, terus pakai selipar jek. Aunty transporter dia dah cakap, "Takpe, nanti just bagitau cikgu je." tapi biasalah dia tu. Benda-benda macam ni buat she worried too much. Sudahnya sampai sekolah dia muntah, terus Aunty tu hantar dia balik.

Naluri saya mengatakan dia tak siapkan homework lagi. Itu pasallah dia pening. Memang betul pun! Mau tak kena bebel? Ibu dia boleh jadi singa lapar at times ok? Dia bangun balik at 7:45am, breakfast and then terus ngadap homework. Ibu dia tunggu masa nak lepaskan geram aje tu. Pukul 8:15am gitu, "Adik pening sebab homework tak siap, kan? Berapa kali Ibu nak cakap, kalau homework banyak, jangan nak main sangat petang-petang tu. Lepas ni kalau Adik nak keluar main, pukul 6:30pm je baru boleh keluar. By 7pm, balik. Balik sekolah agama, solat, terus buat homework. 6:30 kuar main kejap then balik mandi, solat maghrib, ngaji, dinner and sambung homework lagi. Jangan nak main sangat. Kawan-kawan Adik tu sekolah kebangsaan. Diorang punya homework tak sebanyak Adik. Ni kalau tak pergi sekolah, pastu nangis tak reti nak buat homework. Nanti pening lagi. Siapkan homework, nanti Babah antar Adik pergi sekolah." Sila baca dengan nada tegas ye as in really firm tone. Tak berkutik budak tu kena dengan Ibu dia. Garangkan Ibu dia? :P

Segarang-garang saya, Kakak takde complaint saya pilih kasih. Kakak pandai complaint ok? Dia tu seorang yang cukup sensitif kalau kena marah. Sebab apa dia tak complaint pasal Ibu dia? Ibu dia kalau Baby buat salah, Baby pun kena marah. Babah dia lak, tak pernah marah Baby and kalau Baby kena marah dek Ibu, Ibu lak yang kena marah balik. Grrrr....

Pukul 9am, she's ready to go to school already. Dah sengih-sengih pun. And 9:20am gitu dia sampai sekolah. Babah dia antar ke kelas sebab nak bagitau cikgunyalah.

Thursday, January 17, 2013

Bila Orang IT Berkata-kata

Tersangatlah tidak menggunakan layman terms kan? :P 

Ingatan untuk diri sendiri jugak jangan lupa suruh orang service center untuk copykan contact from old SIM. Nak buat SIM replacement jugak ni! Nak pergi semalam, petang semalam Abang pening sebab terlalu penat so kena jaga dia. Hari ni lak Baby pulak terlantar. Her temperature is 39 degree Celsius. Risau sebab kat sini dah ada 3 dengue cases and rumah selang sebuah ni tengah buat renovation.

Personalities

I have 2 different personalities:

  1. The one where I'm out-going and loud
  2. The one where I'm shy and quiet
Itu sangat obvious. Which one I show to you depends on who you are to me. 

Hari tu bersembang dengan Jo tentang kisah lama. Rasanya in 2009 when I was assigned to Chubb's project. Masa tu those yang involved kena duduk dalam 1 meeting room and time tu teammates were Azura, Jo and Husna. I can talk easily with Azura and Jo but I never ever talked to Husna. Not even a word akak tegur awak kan? Padahal berbulan duduk dalam same room tu. Kata Jo, mesti Husna ingat Kak Ezzah dia pilih bulu or sombong gile. Tah-tah berbakul-bakul sumpahan dalam hati Husna time tu. Seriously bila ingat balik terasa sangat awkward tau. Husna tu duduk on my left hand side masa tu while Jo and Azura kat depan and I totally ignored Husna. Kesian Husna. Sorry la ye? Sebenarnya akak dia ni takkan bercakap kalau orang tak tegur dia dulu. :P Tah camana sudahnya berjaya gak bersembang dengan Husna and nowadays bebila pun boleh nak berhuha without any awkward feeling. ;)

Tuesday, January 15, 2013

Listen... Listen... Listen...

Since today's favorite words (as my FB's news feed full of these) are :

  • listen (for dunno how many times as I don't bother to count) 
  • let me speak (for dunno how many times as well);
let us learn something....





Isn't the last quote proven based on the video of Listen.. listen.. listen... listen... listen... listen.. (how many times da?) tu? If you are the president of any association, you should have a very good communication skill. This president really failed miserably. Does she deserve any respect? Not from my end though. Everyone has the right to express their thoughts or opinion and even it doesn't suit us, we should listen carefully then only give our fruitful opinion, bukannya omong kosong, ok? (Excuse me as I can't take animals have problem too. Animals ada akai ka?) Tu belum lagi yang salah sorang panel nak bagi opinion, terus dengan pantas dijawab, "No, you cannot. They are tired...." Oh my! That is RUDE and when I put it in caps lock means extremely rude.

Apa-apa pun I enjoy this song :)

Vote

Which one suits me best? Vote for me please :)

Monday, January 14, 2013

Perihal Anak-anak

Agak penatlah hari ni. Daripada pagi lagi full of activities. 
Kalau ikut Kakak, dia nak Ibu dia datang as time stated la. Ibu dia cakap kat dia, "Ibu pergi lepas siapkan Baby." Iyolah, si kecik tu nak kena disiapkan dulu nak ke sekolah agama. Baby masuk 7:30am. Lepas siapkan Baby baru Ibu dia bersiap. Sampai sekolah tadi pun 8:05am. Most parents dah sampai kot sebab kalau based on attendance sheet, I was the second last to put my signature kot untuk kelas Kakak la. I didn't take leave so cannot stay long enough and based on the agenda macam nothing much kan? Guru Besar dia berucap dulu and let us know motif untuk majlis ni. Target sekolah nak 55 orang dapat 5A as last year 46 orang dapat 5A. Pastu kalau based on final exam bebudak ni last year, not so promising la. Sorang je yang dapat 5A pun. Tu yang the teachers wanna brief the parents tentang activities bebudak ni. 12 exams for them to sit till UPSR time. Weekly extra classes on Saturday. Ada kem motivasi jugak. Lepas habis Guru Besar dia berucap, Ibu dia pun angkat punggung blah. Orang tak amek cuti kan, camana nak berlama? Itupun dah 9:15am jugak baru Ibu dia blah. Pastu this Friday the same thing untuk kelas Abang lak. Dah malas nak pergi. Why must I listen to the same thing twice hanya disebabkan anak-anak saya di kelas yang berbeza?
Petang lak budak sekolah cina tu ada extra class. Ponteng sekolah agama la dia. Adeh! Tadi pergi ambik dia, jam tak hengat. Bersabar sungguh di tengah panas tadi. Kebetulan aunty dia boleh amek tapi bayar extra RM30. Tak kesah la dari nak mengadap jam kot. Sekarang ni transport dia aje RM120, so get ready to pay RM150 la pasni. :) Oh by the way, Ibu dia pun baru tau Cikgu Bahasa Melayu dia Chinese teacher.

Bunga

Gile seronok dapat beli fresh flowers. Hobi kot no? :P
3 stalks of Harum Sundal Malam
2 stalks of White Lily
1 stalk of Pink Lily
1 stalk of Cream Lily
1 stalk of Yellow Lily
2 stalks of Yellow Rose
Both yellow tu adalah sangat soft colornya dan sangat irresistible.  Seriously I can't take my eyes off them. Fall in love at the first sight gitu. Dang! And hasilnya lepas masuk vase.
 Abaikan buku-buku Hadhirah tu. Dia baru lepas siapkan homework :)
Sangat suka dengan pemandangan work station bermula dari semalam :)

Sunday, January 13, 2013

All Cried Out

Lama tak layan lagu ni and tah camana malam ni terlayan. Terus mellow ok?

Saturday, January 12, 2013

Asked, Told

Tersuka and how true ;)
But this one was asked by someone :)
Lepas rindu kat akak-akak ni? :D

Thursday, January 10, 2013

Bila Rindu

Berbulan-bulan tak menjenguknya. Ini buat mengubat rindu. Dah tajuknya pun bila rindu kan? Ekekekeke. Yang best tu masa kitorang (Azura, Jo and I) went to receptionist to collect our letters (Pusat Zakat nyer surat aje, jangan salah faham lak :P), the receptionist takde so yang jaga tu pak guard and boleh pak guard tu tanya Jo, "Are you working from home? I never see you". Tak tahan, terus kami terburai gelak masa tu gak. Tu belum sesama team mates lagi. Yang tukang collect payslip selama ni duk tanya dah amek lom payslip kami. Mine was the thickest. Payslip dari August tu baru nak amek. :P

Tuesday, January 8, 2013

Untuk Semua Dosaku

There are things not worth said. There are truths that would hurt others more than us. If it is best for everyone to be left unsaid, seek Allah's grace and wisdom to guide us through. If it is best to justify to everyone, again seek Allah's grace and wisdom to guide us through.

- Feur alle meine Suenden aka Untuk Semua Dosaku, Rin Ahmad

Say Me:
A good novel, indeed. Membuat diri turut melihat dosa-dosa silam. Menyesal. Bertaubat. InsyaAllah, Allah will send good people to help and to guide us through.

Lagu

Mind you, entry ni sangat takde apa-apa. Just lagu-lagu yang disukai di AJL hari tu.
Suka suara dia dari dulu. Lemak gemersik gitu. Lagu ni bukanlah menjadi lagu dia yang sangat-sangat saya suka sebab lagu yang saya paling suka dari dia takde glamour mana pun. Tau lagu Semoga Abadi? That's my favorite song from Misha Omar.
Ini tak yah la diperkenalkan lagi. :)

Dua lagu tu bukannya lagu yang dipertandingkan pun. Satu opening and satu lagi penutup. Both gempak for me. :P Lagu yang dipertandingkan and dibawak dengan baik hingga saya terkesan cuma Teman Pengganti and Ku Akui. Suara Black dengan suara Hafiz ni sangat-sangat sedap. Masa first time dengar lagu Teman Pengganti tu kan, saya terus terasa as lagu lama. Tau kenapa? Music dia di awal lagu tu mengingatkan saya pada lagu lama. Lagu Hati Seorang Kekasih by Noor Kumalasari.

Monday, January 7, 2013

Mesmerize

Layan AJL malam tadi? Dalam banyak-banyak lagu tu, yang paling melekat di hati saya adalah lagu Kamelia. Anti-climax huh? :P Lagu tu ada kenangan tersendiri buat saya, terus mampu membuat saya tersenyum-senyum sendiri.
It was back in 1997. Zaman kegemilangan di Kolej Petronas, UUM. Time tu selalu melepak dengan Gaya, Lan and Dd kat D9. Masa tu kami tengah kenen-kenenkan Lan dengan Lia (Kamalia) and time Gaya nyanyi lagu tu kebetulan Lia and Rin datang nak jumpa saya and Dd kat table tu. Lia duk sebelah bilik saya and Dd while Rin lak bilik sebelah bilik Lia. Kami sangat rapat time duk di paras 4 Block C Kolej Petronas dulu. Memang sangat banyak kenangan bersama. Tetiba merindu zaman di UUM dulu.
Lom jumpa clip untuk malam tadi so for the time being layan ni dulu ye? :P 

p/s: Ina, lagu Ku Akui tu nanti ye? Once aku uploaded kat Dropbox, I'll let you know.

Sunday, January 6, 2013

Baby's Blood Test Result

Semalam ke hospital as Baby ada another follow up check up. Dapat blood test result. Anything more than 2 means dia allergies to it.
Kata doctor, anak you ni special ni. Ada benda yang orang tak allergic tapi dia allergic. Yang orang macam dia selalu allergic, ada plak dia tak allergic. Selalunya telur orang ada eczema/asthma akan allergic tapi she's ok with it. Yang paling doctor pelik, jarang orang nak allergy to soy bean but ok with milk. Selalunya the other way around. Tepung gandum pun macam surprise. Dia punya favorite kuih semua ada tepung so ini memang sangat menguji Ibu dia la kot.

Test name yang started dengan d tu semua related to dust and dustmites. So ini as expected la tinggi.  Tu cat pun tinggi. Kat rumah ada 3 ekor kucing so how? Kalau kitorang nak bagi orang, dah ada yang mintak Ketot yang comel tu. I asked Inchik Intan Payung about this. He wants to keep the cats for the time being. The reason behind it, since kitorang ada kucing, tak pernah bebudak ni amek neb sebab asthma. Semua anak-anak saya except Adik pernah merasa amek neb due to asthma. Kakak dah almost 2 years kot tak amek neb. Abang pun rasanya. Yang paling teruk before this, Baby la but seriously since ada kucing, kitorang tak gi klinik amek neb due to asthma. Yang end of last year tu pun, takde wheezing tapi nak clearkan phlegm.  I did ask the doctor yesterday, "Does it mean strictly no cat at home?". Doctor kata boleh ada but then jangan bagi dia dukung sangat. Kalau dia batuk, then she cannot hold the cat at all la. Lepas ni kena strict sket bab bagi kucing masuk rumah la kot. Kena selalu kurung so bulu dengan air liur takde la merata kat dalam rumah.

Kita akan tengok progress Baby la kot. Kalau selalu sakit-sakit gak, kenalah amek drastic action jugak. Ibu dia agak sedey kalau nak berpisah dengan Ketot tu benornya. Baby apatah lagi. Babah dia pernah usik-usik cakap nak jual Ketot sebab ada yang dah tanya, Baby siap nangis berjuraian airmata.

Friday, January 4, 2013

Nice


Nice kan these 2?

Thursday, January 3, 2013

Quotes of The Day

Cilok dari Zack Zukhairi

Sometimes  love  will  bring  you  to  a  place  you  will  never  imagine.

Saya sayang awak. Awak sayang saya tak? :P

- entry gatai dek pengaruh rakan sebaya yang tengah angau overboard

First Day of School Session of 2013

Pepagi buta dah started our day. Aunty yang ambik Adik tu datang masa orang azan Subuh ok. Sudahnya kami suruh dia tunggu kejap bagi Adik solat dulu.
Budak ni pepagi lagi dah siap. Excited yang tak tau berapa lama akan bertahan.

Kakak dengan Abang as usual lah. Same timetable as last year. Bas datang at 6:35am. By that time, depa dah siap lepak and sembang dengan rakan sebaya dah eh. Nothing new for them.

Then kejutkan si Baby lak. Baby nyer sekolah agama started at 7:30am as we opted for mengaji sekali. Nenek yang dia selalu ngaji tu dah nak pindah so kenalah cari alternative.
 Tak meragam lagi so far :)
 Bertemu balik kawan lama dia. Mama dengan Papa Elisya pun duk panggil dia Baby gak.

Baby balik at 11am. Pergi balik ke sekolah kebangsaan at 12pm. Penat! Mana nak mandikan dia, nak siapkan dia, nak kasi makan lagi. Dia dah la kalau tengok tv semua benda lain jadi lambat.
 Excited jek nak sekolah dua kali
Kat kelas dia and dia dah berkawan dengan budak sebelah dia tu, Wan Nor Shasha Sofea. Jenuh saya duk mengulang nama dia semalam masa tanya dia. Parents Sofea ni takde pun time rehat tu. Kitorang pergi gak jenguk as nak tengok dia camana kat kantin. Sudahnya dia surrender nak beli and katanya nak bawak bekal jek. :P Memang penuh manusia pun. Kakak pun cakap kat Baby, "B bawak bekal je la. Takyah beli kat kantin tu. Orang ramai nanti B kena tolak, jatuh." 

Kakak dengan Abang pergi sekolah agama at 1:50pm. Depa dah biasa so no problem lah. Adik lak semalam sampai rumah around 1:35pm and then kami antar dia ke sekolah agama at 2:30pm. Balik lak at 6:00pm sebab sekali ngan ngaji. Kakak dengan Abang pun sampai rumah at 6pm. 

Baby semalam habis sekolah at 6:30pm tapi kami sampai lambat sebab jalan jammed. Hujan lebat before that so traffic memang teruk la. Kesian dia tunggu lama. Masuk kereta melepek and bila bawak pergi makan, dah kenyang tu baru bertenaga semula. Katanya seronok both schools. Kita tengok la berapa la keseronokan dia tu bertahan.

Wednesday, January 2, 2013

Project 2013

Event : Project Amal Rumah Asnaf
Date : 1/1/2013
First of all, have to thank these 3 ladies yang sanggup shopping untuk 2 buah Rumah Asnaf yang kami pilih for this month. Pepagi buta tu dah pergi shopping. Mengharapkan saya? Toksah lah! Buang karan aje! Saya sampai pun close to 11am and depa dah ready nak load barang masuk kereta pun.

Then kami tunggu Adik pulak di area rumah Nora before meneruskan misi kami. Sempat menambah beras lagi 4 packs di kedai dekat rumah Nora tu. Since Adik bawak kereta besar, saya suggested barang dalam kereta saya dipindahkan ke kereta Adik so kami akan terus ke Rumah Asnaf kedua tanpa singgah balik area rumah Nora untuk park kereta.

Our first destination adalah Rumah Jagaan Baitul Hidayah, Kg Baru Sri Puchong, Bt 13, Puchong. Dekat aje dengan rumah Nora. Kebetulan yang ada semuanya bebudak kecik. Alahai, tersentuh tau! Depa ni beriya nak salam dengan kami, tarik tangan nak suruh pegang, mintak didukung. Geram! Macam nak jadikan anak angkat tapi disebabkan dah tak boleh nak menyusukan depa, tak jadilah. Bukan apa, susah bab aurat, bab sentuh-sentuhan tu nanti but seriously depa ni sangat comey.
 In between Ina and Adik tu penjaga diorang

 Ini yang besar sket and tengah tuition dalam cabin.
Yang melekat dengan saya semalam, budak bertiga as gambar tu. Yang saya dukung, Atikah, tudung biru, Farah Adiba and tudung purple tu Aliya. Atikah 4 years old while Farah and Aliya lak 5 years old.

Tak boleh nak spend time lelama dengan diorang as we had another Rumah Asnaf to go tapi memang sungguh jatuh kasih dengan depa ni. Teringat-ingat, terbayang-bayang. Macam terngiang-ngiang je Atikah mintak aiskrim.

Destinasi kedua kami, nun di Kanchong Darat, Banting. Kat Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat ni bebudak macam dah agak besar. Dah boleh harap nak menolong semua. Kat sini pun tak lama sebab ada orang dah dapat panggilan pulau.
Insya Allah kami akan jadikan ini aktiviti bulanan kami. Kalau ada yang berminat nak join or chip in or ada tau mana-mana Rumah Asnaf or individu yang memang bebetul dhaif, sila panjangkan kepada kami ye and thanks in advance ye? By the way, kami semua ada di Charity Lot Shop di FB.