Wednesday, December 25, 2013

Nanges!

Ain't cheap. Huhuhu. Uniform 4 beradik tu cost me RM736. Tu without shirt Abang sebab dia punya shirt kena beli kat koperasi sekolah. Kasut Kakak dengan black shoe cream pulak RM151.75 and kasut yang 3 beradik lagi RM130. Beli jugak sport shoe untuk Kakak and itu another RM60. Ni barang-barang asrama belum habis beli lagi. Nanges!

Sunday, December 22, 2013

Kalau Jodoh Dah Tertulis...

Malam tadi I posted kad jemputan wedding Wak kat FB tapi lepas tu banyak sangat yang personally message nak tanya, terus I removed. Malas nak kasi orang speku.
Nama familiar? Tu pasal semua orang tanya. Pengantin perempuan tu Bat ke? Kami dah tanya lama kat Wak tapi nan hado dia nak jawab. Paling-paling dia cakap, "nanti kita jumpalah bebila senang."

Hari ni gambar diorang bersepah orang posted kat FB. Terjawab sudah teka-teki. Memang Wak dengan Bat. Happy for them. Wak minat Bat before Bat dengan En Helmi lagi. Kalau jodoh dah tertulis.... Plan asal saya nak pergi jugak ke wedding ni tapi tetiba Inchik Intan Payung last minute bagitau dia nak gi race kat Jelebu. Hangin maks!
Medan dah lain :P
Chantek sungguh Bat. Berseri-seri.

HCM Trip - Part 2

At 1:30pm jeep sampai. First time nak naik jeep. Kat Malaysia pun tak pernah merasa. Tour ni ada 4 tempat yang dipergi. Fairy Stream, Fishing Village, White Sand Dunes and Red Sand Dunes. And tour ni boleh je nak customize masa if you sewa the whole jeep but normally diorang buat untuk cover sunset or sunrise. Kalau sunrise tu pukul 5 pagi dah start. If you really wanna spend time in this place, I strongly suggest you to overnight there. Rasa both sunset and sunrise. I can't describe the feeling in words but it was something wonderful, awesome.
 Inilah jeep yang kami naik and yang bertopi tu drivernya

First destination kami adalah fairy stream. Kena menyusuri alur sungai la. Sepanjang kat sana kami jumpa mat saleh ngan Korean je. Malaysian memang takde langsung. Fairy Stream kena menyusuri alur sungai tu ke dalam jugak. Ada setengah-setengah tempat macam ada pasir merah halus macam yang dijumpai di red sand dunes.Fairy Stream kononnya ala-ala Little Grand Canyon la. We let the photos do the talking. :)



Second destination was Fishing Village. Oh! Ada one kind of smell kat sini. Macam hanyir sangat. Depa memang keringkan ikan kat sini. Kami tak lama pun kat sini. Ambik gambar then terus proceed ke next destination.


Along the way to Sand Dunes kami melalui jalan pantai. Sangat indah di mata saya.
Have you ever imagined to see the sand dunes di Asia Tenggara? Macam tak caya, kan? Itulah perasaannya bila nampak sand dunes depan mata. Masya Allah. Lawa tak terkata. Kalau disebabkan tak nak kejar sunset di Red Sand Dunes harus kami lama di White Sand Dunes. I prefer White Sand Dunes. Bigger and nicer to me. Pasir dia sejuk sangat. Undescrible feelings tapi rasa nak baring kat pasir tu. Memang saya jakun!







 Ini dah Red Sand Dunes. Yang atas-atas tu White Sand Dunes

Saturday, December 21, 2013

HCM Trip - Part 1

Bercop lagi passports ni. Ni actually unplanned trip sebab Wak Lon bebudak ni beriya mengajak adiknya ke HCM before dia balik Malaysia for good. Wak Lon kan kerja kat sana for 3 years and dia punya contract patut kena extend tapi gigih dia cari replacement since memang dia nak sangat balik Malaysia. Agak lama jugak Wak Lon memujuk adiknya ke HCM ni since dia balik raya hari tu and I only bought the ticket in Oct. Naik Vietnam Airlines since it offered the cheapest price. RM421 return ticket for an adult. Kid nyer ticket RM356. Ain't it cheap? Tapi kalau book lagi awal, lagi best rege ticketnya. Vietnam Airlines offers Muslim Meal but you need to call them to request it. Yang dari Malaysia katanya semua Halal tapi yang dari sana memang special meal la. I called Malaysia office a day before departure requesting Muslim Meal.

Date trip ni Dec 10-14. If you still remember, I was in Gemencheh on 10th. Dari Gemencheh memang terus ke KLIA so weekend before that tu memang dah dikerah packing barang siap-siap. Kami memang parked kat KLIA. Free for us since kami menumpang car rental's parking. Kak Mai, kakak sulung Incik Intan Payung kan keje ngan car rental so memang menempel kat dia lah. Masa ke Lipe hari tu pun numpang parking Kasina gak. Flight kami at 8:50pm tapikan Wak Lon tersalah baca message which dia ingat arrival time at 8:50pm so dia dah tunggu kat airport sana. Kesian dia lama menunggu kami.
Budak kecik berdua tu excited sungguh naik aero train. First experience for all of them, mana tak excitednya. Tengok gaya rambut Abang tu, sangat kuat pengaruh K-Pop.

Airport kat sana dah tak cukup gate kotnya sebab kami turun jauh daripada gate and then kena naik bas lak nak ke terminal. Banyak flights rasanya landed almost the same time as us since queue  immigration dia agak panjang gak and muka officer dia mak aii, hazab. Tak manis langsung. Macam tak welcome us jek. Settled immigration tu, bags dah ready on the belt so terus collect bags and then keluar jek dah nampak Wak Lon melambai anak-anak buah dia.

Kami terus ke Thao Dien, District 2 HCM and then Kak Siti suruh makan lagi. Terpaksalah jamah jugak sikit walau perut dah sebu rasanya. Food dalam flight pun tak abes, dah dipaksa menjamah makanan lagi. Dah makan, sembang-sembang dulu malam tu before semua masuk tidur.

Hari baru dimulai agak awal since Subuh kat sana at 4:45am local time or 5:45am waktu Malaysia.Then terus tolong Kak Siti kat dapur and after breakfast terus siap-siap nak keluar. Destination adalah kawasan shopping kat District 1 la. Taka Plaza and somewhere around Ben Thanh tu yang kami gi. Sekarang ni RM diterima secara meluas di sana so kalau takmo tukar ke USD pun takpe tapi kalau nak makan, still guna Dong.. Kitorang tukar RM500 ke Dong and then dalam RM2500 ke USD. Abang Hamdi yang tukarkan kat sana as rate kat sana better dari Malaysia. RM1 = 6,500 Dong and USD1 = RM3. Masa tu kat Malaysia dalam RM3.20 la untuk USD1.
While waiting for the transport.
 Taka Plaza. Kedai baju kurung tu kedai Ina memborong bag kulit bunga-bunga dulu.
 
Buat perindu Ben Thanh :P
Tempat beli barangan sukan yang murah. Abang rambang mata!

Yang tak best shopping dengan budak-budak adalah bila disoal, "Lama lagi ke Ibu?" or yang daring tu terus cakap "Boringlah Ibu." Shopping dan bebudak manalah sinonim. Shopping dan pompuan, iye, sangat akrab gitu. :P Time memilih barang depa je pun depa tu excited. Haih! 

Kami balik around 5pm and malam tu Abang Hamdi(Wak Lon), Inchik Intan Payung and I went out again. Kebetulan sepupu diorang pun ada datang HCM during that time too so depa berjanji nak berjumpalah sambil-sambil nak ke Night Market tu.

The next day, another early start. It's even earlier than the day before. At 6:15am dah keluar rumah untuk ke railway station. Railway station kat District 3 ye kawan-kawan. Kami mahu keluar daerah but Wak Lon and Wak Siti tak mau ikut. Pulak tu orang from shipping company nak datang check barang-barang yang nak diship ke Malaysia. Berkotak-kotak jugak barang depa sepanjang 3 tahun kat sana.

Since I went HCM with the kids so I need to find a place for leisure. Hari tu masa google about HCM, I came across to a blog yang bercerita pasal sand dunes in Vietnam.(Ni referencenya) Terus terpikat and you should know what I did next.... Meh menggoogle la, apalagi! I jumpa 2 blogs je daripada Malaysia yang bercerita pasal trip depa ke Mui Ne. Satu yang saya terjumpa tak sengaja tu and satu lagi SupermengMalaya

Kat Mui Ne memang takde muslim food tapi seafood bersepah. Kak Siti dah pesan jangan ambik yang goreng-goreng kalau makan kat sana sebab depa masih guna fat haiwan pink tu lagi dalam masakan bergoreng depa. Kak Siti jugak bekalkan kami nasi lemak dan karipap. Kak Siti memang terbaiklah!
Train ticket. Train pagi at 6:50am and train untuk balik ke Saigon at 1:55pm. Sebenarnya before Wak Lon belikan ticket train ni dia dah offer driver dia untuk bawak ke Mui Ne and it's way cheaper but the kids wanna enjoy the train ride. Since kami sekejap je kat HCM, I terpaksa buat day trip je so how to go back to HCM kan? Ada few options actually. Naik train yang dari Hanoi tapi stesen kat tempat lain, bukan lagi Phan Thiet tu. Jauh sikit. Dengarnya tambang taxi nak ke sana dalam USD35. Train lak sampai dalam 1:55am. Tengah malam tu. Dengan budak-budak nak menunggu di railway station, tak sanggup den. So I cari car rental la, apalagi. Contacted few but later I chose Hiep Hoa Resort based on TripAdisor recommendation. I think the service from Hiep Hoa Resort adalah good. Car rental service from them was USD125 for 16 seaters. It ain't cheap because I wanna the kids to be comfortable. Budak-budak memang baring dalam van malam tu so depa memang tidur lena la.

Inilah rupa train untuk ke Phan Thiet. Class, kan? Dapat mineral water ngan wet tissue from them. Dalam train ada cafe so sape-sape yang ketagih Vietnam coffee tu bolehlah duk layan. Dalam 15,000 Dong secawan. 
Suasana dalam train

Journey guna train rasanya agak pantas sebab dalam 10:30am gitu dah sampai ke Phan Thiet and then we took MaiLinh taxi untuk ke Mui Ne. Agak mahal jugaklah tambangnya sebab jauh jugak Phan Thiet ke Mui Ne tu. Kami kena 386,000 Dong. Kami ke Hiep Hoa Resort as ambik tour package dengan diorang gak. The cheapest yang dapat from them. USD28 untuk tour dengan jeep. Kat tempat lain yang ditanya semuanya kata USD35. Ada yang charge sampai USD42 sebab ikut kepala. Kalau ikut kepala, depa charge USD7 per pax. Ni kira memang  terus sewa satu jeep. Kami ambik bilik jugak kat sana since senang nak mandi and solat. USD30 untuk bilik mengadap pantai and kami dapat guna hingga kami balik at 8:00pm. Tour pulak starts at 1:30pm. Kami sampai kat Hiep Hoa tu dalam pukul 11:30am jugak. So 2 jam tu guna untuk mandi, makan, solat, baring sambil layan angin laut.
The view from our room.
 Kat Mui Ne memang glamer dengan kite surfing
-to be continued since dah panjang berjela

Thursday, December 19, 2013

*Wink*

*wink*wink* Secret Admirer or stalker? *wink*wink* 
*wink*wink*

Wednesday, December 18, 2013

Lega

Alhamdulillah. Lega sangat dia dapat. Bak kata Ina hari tu, "Ko kena teruskan solat hajat la sampai dia dapat." Memang pun itu yang dibuat since dia pergi interview ke hari ni. Memang Allah tu Maha Mendengar.

Lepas ni bolehlah start membeli peralatan sekolah. Satu apa pun tak buat lagi ni except masa di HCM, Wak Lon dia belikan beg sekolah sorang satu.

Tuesday, December 17, 2013

Classmates

Atas kiri: Ida, Eton, Farah, Ezzah
Bawah kiri: Lin, Nani, Nizan, Zara
Nizan, Nani, Ezzah, Eton, Linda
We were classmates during matriculation years. Lama tak jumpa and sesungguhnya perangai kami bila bersama masih tetap macam dulu, zaman muda remaja. Kata Nani kat saya, "Mu tolol serupo dulu." Hihihi. Kata Farah pulak, "Ezzah nyer gelak masih macam dulu. Vibrate aje." Tau maksudnya? Tak berbunyi tapi badan terhinggut-hinggut.

Ini 2 kali perjumpaan as yang first tu, Linda couldn't make it. So semalam Linda beriya memujuk saya to join the dinner. I told her I wasn't well. Badan a bit panas, batuk and flu since balik daripada HCM tapi mengenangkan Linda datang dari jauh, JB, gagahkan diri jugak untuk jumpa Linda and the rest of them. Our dinner was on Linda and it was at Le Meridien. Macam orang peghak masuk hotel canggih-manggih ni. Bak kata Nani, "Kami ni kampung girls."

By the way, lawa-lawa kan classmates saya? Saya la paling tak lawanya tu.

Sunday, December 15, 2013

Mencari

Tengok item no 3 tu. Dasat nor bebudak sekolah sekarang. Kalaulah saya bukak list ni before or semasa di HCM, harus dah carikan Clarks untuk Kakak. Ini dah balik Malaysia pun. Manalah mau cari ni yek?

Thursday, December 12, 2013

Teaser

White Sand Dunes
Red Sand Dunes