Friday, June 29, 2012

Heart

Heart these to the max :)
Hasil rembatan di Pesta Buku Selangor 2012 and seriously tak ramai orang. Orang Selangor tak beli buku kot. Ina nak book yang mana? Acik kata mana ko tak nak, dia nak chup. :P Except Kahwin Ganti and Gadisku Wan Adnin as Acik has those 2. :)
Suara Aqasha somehow sangat best bawak lagu-lagu ni. Erks! Am I biased? I heart Ammar and Pian, characters dia in Dejavu di Kinabalu and Gemersik Kalbu. Dulu minat sikit-sikit je masa Dalam Hati Ada Cinta sebab masa tu tengah gila Ako. La ni dah tak gila dah ngan Ako. :P Aqasha nyer acting lagi best dari Aaron Aziz la. Jauh bezanya. :P Aqasha boleh panjat Gunung Kinabalu, The Me pun boleh kan? Hahaha... Zaman belajar dulu tak nak panjat, la ni teringin! Yang tak tahan tu Adik Hamsatul Azyyati pun boleh sukakan cerita ni jugak and nak panjat Gunung Kinabalu gak. Oh my! Kami yang sangat mengong! Kata Adik's husband, "Larat ke? Bukan dah tua? Tak fit lak tu." Aiai! :P
Choc by Acik. Acik, nyesal lak tak request wording in pink. :P

Thursday, June 28, 2012

Gambar Lama

Terjumpa gambar lama ni di kala membelek HDD tadi. Gambar yang Hadhirah pegang tu dah hilang on the same day. Mana dia tinggalkan tah. Gambar ni Babah dia cilok dari album Pok Su Mie masa Pok Su Mie tunjuk album tu kat dia. Comey tak budak yang dalam gambar Hadhirah pegang tu? :P
And this was captured on the same day as previous photo. Kurusnya time ni. Can I get back this figure? But at this age dengan figure macam ni sure tak lawa, kan? Ada gambar tak pakai tudung masa ni tapi cengkung gile. Sangatlah tak lawa.(Tak bermaksud pakai tudung adalah lawa ye? :P). So don't think I should get back the weight as it was at that point of time.
Ini better kot. To get this, another 3kg to be shed. Mampukah? Dah kertu-kertu ni, nak naik senang je weight tu tapi nak turun, berchenta! Tak yakin pun akan dapat turun another 3kg before raya. Dapat turun 1.5kg pun cukuplah. Tu pun susah rasanya. But seriously nak kurus balik. Tak suka tengok gambar masa gemuk. Hodoh!

Wednesday, June 27, 2012

Jumpa

Akhirnya jumpa gak my white gold bracelet tapikan tengoklah hujungnya. Takde tempat yang nak cangkuk tu. Sure dah patah and tah ke mana-mana dah perginya. Esok jugak nak gi repair. Nak pakai balik. Walau kecik je pun, tapi this is my choice. Mine. Sangat sayang!

Have You?

I have - personal matter only

Tuesday, June 26, 2012

Mosykel

Sangat mosykel di kala ini. Rasa ini started lepas logged on ke Maybank2u jap tadi. Yeah.. yeah.. salary is in. Today is 26th kan. Amount yang credited to my account tu memosykelkan.

Difference from last month : RM521.15(extra)
I have a total claim of :         RM738.50

If itu duit claim, kenapa tak cukup? Kalau itu rewards or what not, why there is no email? Selalunya akan dapat email if we were given the rewards. If increment (which supposed to be next month), it should apply to all but others has no different in their amount except Azura. Azura nyer claim same amount as mine. That claim was our night shift allowance. Tapi Azura just got extra 400++. Weird kan? Takkan dah deduct tax sesiap and tax nyer banyak bebeno? I think I asked Finance to deduct my zakat deduction more than my what so called "supposedly" PCB amount. Harus ke opis to get the payslip but don't think that the payslip is ready yet.

And you know what? I have a habit tak bukak payslip.(Sila jangan ikut ye?) Tadi sebab nak check ini, gigih bukak May payslip and found out my broadband claim was incorrect. I sent the new invoice since Feb and I supposed to get RM125 monthly since then. Tapi in my payslip it still stated my old amount of RM66. Itu adalah streamyx fee and yes, it was cheap pasal Inchik Intan Payung dulu under staff package. Barulah nak bagitau boss sebab broadband claim tak betul. Boss siap suruh check Mar and Apr payslip tapi Mar ngan Apr nyer payslip ada pada David, belum collect lagi sebab I ni jarang sangat ke opis kan and hari tu when I was in the office, David dah work from home. But based on Maybank transaction history, sama jek my nett pay for both months ngan May. Kalau ada rezeki, Insya Allah next month nyer salary dapat la lebih for this shortage. Kalau takde, redha je la.

Pastu tadi check Maybank2u transaction history jumpa duit extra of RM285.03 that was banked in to my account on June 18. Transaction tu macam opis nyer transaction. Tapi itu duit apa? Kalau campur this amount dengan difference amount in my June salary, terlebih pulak dari RM738.50. Ini yang mosykel ni! And Azura tak dapat pun any payment on that date padahal kami submitted our claim on the same day. Mosykel tak?

Soledad

This morning a friend of mine said she listened to Soledad. I didn't really pay attention that time as I was in the preparation for my meeting. Then after finished cooking for lunch, it was raining here. And I tuned in to Youtube and listened to Soledad as well. You know for that kind of weather and that kind of song, I got carried away. Lepas hujan tadi memang terus mendung sampai sekarang so sangat sesuai to be in soledad mode. No? Soledad is pathetic, isn't it?

Random di Kala Kemengongan

Mengong la! Do I need to put the whole sentence then only you understand what I meant? Dah la penat ni. 2 hours meeting and tadi masa awal-awal meeting,
Jose : I dunno why I can't connect to my VPN so Lay Sim, can I make you as a presenter?
LS   : I do not have any access to the application so l would suggest Ezah to be the presenter.
[The Me berkata-kata dalam hati mengutuk LS. Eleh, tu mesti tak tau nak connect ke vpn guna profile mana, tak tau nak connect ke citrix, tak tau url untuk each application, tak tau PeopleSoft navigation. The Me adalah sangat jahat ye!]

Bila menjadi presenter means I need to share my desktop and those in the webex(kalau you google, you can see it as Cisco Web Conference :D) are seeing it. Gila apa nak bukak other applications that not related to work. 2 jam tak toggle screen, just ngadap apa yang we all discussed aje adalah satu torture for me. And at the same time sangat berdoa takde email mengarut yang masuk. Bukan apa, email notification kami ada from, subject and sedikit isi yang memang akan prompted onto the screen. Takleh nak hide. Kalu tetiba email mengarut masuk, habis la tercalar imej suci murni maks ye. :P (Sangat plastik huh?) Even Lotus Sametime duk menyala pun, I didn't bother to read it. Memang dah siap-siap letak status as In the meeting, so excuse la tak reply promptly.

2 hours of torturing session adalah memenatkan. Sangat! Takde hiburan langsung. I push myself to focus 100% as well as this is the new workstream that I need to work on. Even my cell phone terpaksa disilentkan sebab nak kena bercakap with the team. At first tu I didn't silent it, time I bercakap la, duk berbunyi-bunyi KakaoTalk nyer notifications. Sebelum kena sound dengan boss, baiklah maks silentkan.

Stalk

Hey! Do you stalk? No, no... I don't mean in real life. That's creepy, isn't it? :P I mean stalking at all available social networks. If you do, what makes you do so?
Is it because of this?
Or do you have somewhat bad intention to the one that you stalked? 

If you stalk by your choice to see the one that you love from afar, you need to be ready for this.
And do you know what's hard about this?
Kena belajar memujuk hati sendiri yang akan merajuk pada orang yang tak tahu pun. Orang tu pun entah kesah, entah tidak. Ada kita ni tak menambah pada dia, takde kita tak berkurang pun pada dia. Kita aje yang melukut pada entah yang sudi, entah tidak. 

Monday, June 25, 2012

Sentences of The Day

" bercinta ngan bujang tua ni susah sikit
unpredicatable
baik  bercinta ngan laki orang...yg dah matured
as i said...lelaki makin tua, kalau tak kawen lagi
dia dah jadi makhluk yg susah nak paham sikit
i mean...when it comes to relationship and marriage "
Sentences of the day even my reaction was "ayat sangat keji". That was my random chat with a very good friend of mine.

Membaca

Anak itik terenang-renang,
Anak tenggiri di dalam perahu,
Saya yang terkenang-kenang,
Orang benci saya tak tahu.

Pantun diambil dari Keranamu Ain, Noor Suraya. Nice kan? Noor Suraya orang linguistik so bahasa dia agak chantek. I admire her language. Saya teringin nak mengumpul her novels. Kerja saya di masa lapang kan membaca, membaca dan membaca. Macam susah nak tinggalkan satu habit ni. Inipun terasa seperti ada sesuatu yang kurang sebab saya menahan nafsu membeli apa-apa buku pun with May's salary. Eh! Ke ada beli al-Mathurat? Lupa when I bought it. Novel-novel yang suka dibaca pun takde yang dibeli sebabnya nak nunggu akhir bulan ni. Pesta Buku Selangor is around the corner. Harus sediakan list untuk membeli. Those yang nak kirim, sila sediakan tajuk, author and publisher ye.

Kalau you never read Malay novels, I would suggest you to read those published by Jemari Seni. Itu kalau you wanna read something yang tak menyakitkan hati sendiri la. For me, I want something yang ada value. May be because of age factor. I read Karya Seni, sangat kebudak-budakan. One thing yang I takleh nak terima, lelaki perempuan bebas berpegangan tangan, cuit sana sini walau wataknya digambarkan bertudung. Ada satu novel tu siap cakap heroin tu orang kuat agama but yet pegang-pegang tak salah. Oh gosh! Bebudak zaman sekarang! Alaf21 yang sangat top dulu, pun agak lama ditinggalkan sebab macam ceritanya agak klise. Pergaulan pun bebas. I dunno why but after reading Jemari Seni novels, memang I think it is the best publisher in producing good reading materials. Zaman muda-mudi dulu I read Norhayati Brahim's novels tapi ada satu novel yang buat I turned off. Lupa the title. So lama tak baca karya dia. Those published by Kaki Novel or Buku Prima kena pilih authors kot.

Ni satu nukilan pendek author yang saya suka. I love it. If you wanna read it, click here ye? And then you let me know if you like it. :P

Inchik Intan Payung semalam bertanya saya, "Tak penat ke membaca?" Saya senyum je. Tak jawab pun. I think I told him before, reading is my escapism, my way to distract the stress. Baca Quran pun termasuk. Baca al-Mathurat je tak lepas-lepas. Dang! Ini my weakness, sebabnya terasa al-Mathurat tu tersangatlah panjang tapi novel yang tebal gile tu boleh plak baca! :P

Sunday, June 24, 2012

Hide

I did talk to a friend last night. Quite late actually. Passed by midnight. After talking to the one, I feel like listening to this song and what the one told me keeps on lingering in my mind. Stucks there and like no way out.
Some people will work things out
And some just don't know how to change

To the one(you know who you are), I said it's okay to burst out, it's okay to cry but I know the pain is unbearable but we deny the pain lies deep in our heart in front of others.(tetiba aku nangis taip ni. Apakah?) Hang on there yeah? Love ya. Very much indeed!

We don't even talk anymore
And we don't even know what we argue about

Now they can see the tears in our eyes
But we deny the pain that lies deep in our heart
Well, maybe that's a pain we can't hide

Saturday, June 23, 2012

Report Card Day

5 Siantan
Dia bijak sebenarnya tapi dia tak pay attention sangat. Dia macam dalam dunia dia sendiri je. Pendiam. Tak faham pun tak tanya. Kawan-kawan kacau dia pun dia diam je. Tak lawan. Budak baik.
(Script almost the same every year and it seems he never changes. Masih dalam dunia dia tersendiri. 12/32 in the 6th class out of 9 classes)

5 Sri
Teacher : She's brilliant, very intelligent. I have no problem with her.
Parent   : But she's lazy. She just studied at night before the paper and in front of the television summore. If we scold her, she will answer, "Takkan nak study je. Gila lah nanti."
Teacher : Even she studied last minute, her result is good. If you can encourage her to work harder and smarter, I don't surprise if she's on the top. She has the brain.
(Something new for the parents. Maybe her previous class teachers were Malay so agak lain cara komennya compared to her current Indian class teacher. 10/43 in the 1st class out of 9 classes)

3P
Teacher : I don't have anything to say about your daughter. She's good, she's smart. I have no problem with her. She can mix well with her friends. Even she got 65 for Mandarin Penulisan, but this is considered good. Don't worry about this. And her hand writing is very nice.
Ibu        : What is her weakness in Mandarin Penulisan?
Teacher : Struktur ayat. You kasi dia baca novel in Mandarin so she can learn more. This year dah ada karangan. She needs to work harder in building sentences. Bagi dia baca then suruh dia tulis karangan. Mula-mula something related to what she reads, then you introduce subject by subject.
(The same class teacher as last year. 3/41, 24/336 for overall standard 3)

Itu komen dari sekolah kebangsaan and sekolah rendah jenis kebangsaan. Sekolah agama and the kindie yet to have the report card day. All of my kids are not good in Bahasa Melayu. Tak tau mana silapnya. Kakak dengan Adik dapat 80++ for one of BM paper but they are doing great in English. Even Adik punyer papers,Maths and Science in English, dia sangat score. Science 100 and Maths 98 tapi those 2 papers in Mandarin agak kureng. 94 and 90 for me agak kureng ye. Errr.. perhaps mom has higher expectation on both of them? :P Mengaku Ibu dia agak memberi tekanan pada anak-anaknya.

Friday, June 22, 2012

Bicara Pada Bintang

Mau bicara pada bintang tapi bintang udah ngak mau berkerdipan lagi lho!

Screw Up

I hate it when I provided the correct info and you screwed it up and I need to rectify it on behalf of you

Wednesday, June 20, 2012

Tatap

Orang kalau dah jatuh cinta tak boleh nak tatap mata.

Auwwww! I heart the dialog and I heart Aqasya :) *crush gile babeng*

Ayu's Birthday

6/20 - Ayu's birthday. 
Ayu sorang kawan yang baik and may Allah bless her. Always and forever.
Love you, Ayu!

Annoying


 
pls join call at 9:45am later with harikesh. tx. 9:38:03 AM


Does the one know that is so annoying? Hey, what for you send us the meeting invite and what for do we have outlook reminder if you need to ping us and gave us that sentence? It's annoying to the max, ok? Grrrrrrr

Why?

Why we do what we do?

That is the line that keeps on lingering at my ears from The Things That We Don't Say

Tuesday, June 19, 2012

Terseksa

‎9:32:36 AM: Noorezah Wan: tetiap hari camni i rasa abes seminggu kena buat stress test kat jantung 
9:33:12 AM: Azura Othman: tol parah sungguh la

Hiperbola sket nak menggambarkan betapa sesaknya dada pada minggu ni. Semalam, hari ni memang sangat-sangat menyesakkan. Dah lah Inchek Partner In Crime pergi training seminggu so harus handle sesorang. Grrrrr.... I can imagine this whole situation lasts for this whole week. Terseksa sungguhlah!

*Updated at 12pm. I thought I was blur enough but there is other yang lagi kesian. Azura pun dah mintak consultation ni. Adoiiiiii... kami semua memang sudah weng la! Nak tengok conversation, sila click onto pictures ye.
Conversation after 11:38 onwards means after our meeting with 'him' yang kami panggil Putar :P
RTM = Requirements Traceability Matrix
BRD = Business Requirements Document
FSD = Functional Specifications Document
CTFL = the training that Inchek Partner In Crime pergi sebab I rejected the offer to go there.
Our boss actually offered to 4 of us at first, Azura, Jo, Joanne and I.
TCs = test cases
TM = Talent Management

By the way, ni lah first client yang I dengar panggil UAT testers ke HQ untuk testing. UAT testers kena la dari each region untuk MNC ni sebab ada certain fields used for certain region or country je tapi tak sangka depa kena travel ke HQ. Other clients biasanya remote je. Tadi Putar bagitau testers dari North Korea, New Zealand, Europe continent dah sampai kat Philly. Nasib tak kena support UAT kat tempat client, kalau tak, mau fitam tak bangun-bangun. Kena buat stress test untuk jantung dan-dan tu jugak. And kami semua memang blacklist orang nama Nick Han tu. :P

Monday, June 18, 2012

Uwa

Dah dekat 5:30pm. Dada makin sesaklah. Uwa! Nak nangis tak henti-henti pun tak dapat settlekan problem. Seriously blank sangat sekarang ni. Kena settle everything before US business hour starts. Uwaaaa!

Updated at 6:04pm. I have to thank my BA, for the best answer given. Baru boleh nampak jalan yang terang. Kalau idak satu hari macam orang blur yang tension + fening tak hengat! I owe her big time.

Sunday, June 17, 2012

Teringin

I'm not a type of person yang passionate in jewellery but somehow tetiba ada rasa nak pakai balik white gold bracelet. I had it before. I changed it twice kot. I mean the pattern. Pastu satu hari tu Inchik Intan Payung ada belikan bangle emas so dia tak kasi pakai white gold bracelet lagi. Since then I kept it aside pastu sekarang cari tak jumpa. Uwaaaa! I missed my white gold bracelet. Terus rasa nak beli yang baru satu. I tak suka yang fancy, yang besar or what not. Simple yet catchy is enough for me.
Nak ini!!!

Friday, June 15, 2012

Bulan Bintang

bulan bagaikan malu-malu
mengintai bintang di sebalik awan

Surat Ungu Untuk Nuha
Noor Suraya
the piece is indeed a very good distraction for me
Alang rebus tak empuk sangat mengusik hati
Dialah yang mengembalikan rasa di diri saya

Kan?

Kan?
Ina, bf kita tewww :P

Thank You

It's good to have back segala rasa yang ada di dalam jiwa. Blessed sesangat! It's been quite sometimes I can't laugh. Senyum pun bukan seikhlas hati. Menangis pun idak. Terasa sangat kosong bila segala rasa tiada. Allah dah berikan balik segala rasa itu dan sangat bersyukur. Thank you Allah.

Thursday, June 14, 2012

Kenangan Lalu

Tadi siap kerja awal so sempat belek gambar lama-lama. Oh! Actually I have a project dengan gambar lama-lama ni.(hmmm.. actually 2 projects pertaining to this matter :P) Tu pasal menjenguk balik koleksi lama. Tapi otak tengah tepu, tak kreatif la ni, so ada sedikit malas nak teruskan projects tu. Projects harus disiapkan before Dec 5, kalau tak silap. Tengok gambar lama boleh buat kita terimbau balik. Sentimental wehhhh! I tried my best to crop the photos untuk tidak menampakkan tangan orang yang bershort sleeve di suatu masa dahulu.
Raya 2006 and yes, gile kurus iols time ni
Anak sedut habis segala lemak sebab masa ni memang Baby kecik lagi and fully breastfeed
Acik, 2006 ko dah datang umah aku and yet ko still rasa aku ni kerek till 2009? :P
 Ina kurus time ni
Lokasi: Kampung Daun
In 2009 at Delicious
Kat BSC ke ni? 
2009, Tupai-tupai
In 2009 or 2010?
Chili's KLCC
Ina with spec :)
2010 - Taman Botani PUJ
2010 - Bukit Tinggi

Tengok gambar lama makes me miss my old figure. Bila nak kurus balik ni? My weight is stagnant now. Dang!

Sad

It's sad when you realize you're not as important to someone as you thought you were. It hurts too...

*Random after talking to a friend of mine. Gal, just wanna rub salt to the wound, listen to this song..


And if you need a shoulder to burst onto, just find me...

Wednesday, June 13, 2012

Bliss or Misery?

Is ignorance a bliss? Or is it a misery?

*Random question di kala kepala otak entah hape-hape. Stressful weeks I am in now.

Hasif

This is Muhammad Hasif Akhtar in end of Feb this year. Not my son definitely but my neighbour's son. He has been diagnosed with eye cancer at stage 5. Yeah! Stage 5 for 1 year and 3 months old toddler. Sedey kan? Actually he was scheduled for his 1st operation on last Friday but the parents requested to postpone it as they are trying hard for the alternative way so now his next scheduled operation will be on June 25th. Kakak dengan Abang yang bukan kembar seiras pun tak boleh berpisah and I can't imagine how his twin, Hadif will survive if something happened to him. Pray for him, yeah? 

Tuesday, June 12, 2012

Quote


Found these and love both of them

Monday, June 11, 2012

Gang Cik Ani ke Negeri Chantek - Finale

Meh sambung cite Gang Cik Ani ke Negeri Chantek lagi. This should be the last part. Jenuh nak abeskan entry pasal ni.

Pagi Senin, kami keluar pepagi lagi. Dah nak balik ke sarang memasing pulak kan? Saja jalan-jalan tengok bandaraya di waktu pagi. Kuala Terengganu is bandaraya ye. First destination Kuala Terengganu Water Front. Kat Pulau Kambing if betullah nama tempat tu Pulau Kambing. Tak pun Balik Bukit. Oh my! How bad my geografi of Kuala Terengganu is. Area dekat Felda Residence Hotel tu. And to tell you the truth this was my first visit to Kuala Terengganu Water Front. Padahal da berapa lama tempat ni siap.
Dah bergambar kat Kuala Terengganu Water Front, kami then headed to Pulau Warisan di belakang Kampung Cina and next to Pasar Kedai Payang. Nak ke sini, kena lalu lorong kat sebelah Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang Norma kata sangat chantek. What she meant was standard hotel itu tak sama dengan Hotel Seri Malaysia yang lain. Ala-ala upgrade dari Hotel Seri Malaysia tempat lain. Iye, sangat chantek the room yang facing the river. Yang facing Kampung Cina or Bumi lama or The Store tu tak lawa la. Bumi tu adalah satu supermarket yang ada kat depan tu dulu. Masih ingat sejarah Kuala Terengganu ye, harap maklum! :P

Pulau Warisan satu tempat baru developed. Boleh sekarang ni macam tak ingat Malay word for develop? Malam-malam tempat ni should be happening la kot. i-City kecik. Can't compare with i-City Shah Alam sebab tempat tu luas but location wise I think Pulau Warisan is nicer. Kat muara Sungai Terengganu.
It's nice, isn't it?
Dari Pulau Warisan kami ke Pantai Batu Buruk. At first I thought of having nasi dagang in Ladang(once upon a time sangat glamour, way before yang Chendering punya tu) tapi since nak ke Bukit Tok Beng nak ambik nombor, kenalah cancel. 
Dari Pantai Batu Buruk tu terus ke Bukit Tok Beng, ke kedai keropok lekor yang sangat famous itu. B.T.B 2209 nama kedainya. Betul-betul di selekoh dekat dengan Sekolah Ibrahim Fikri. Memang sedap dia nyer keropok and sos. Tapi orangnya ya ampun ye! Dolu-dolu kena queue, la ni dah pakai no ye. Kami dapat no 0026 masa tu. And that point of time, keropok lom siap lagi, so kami pergi la breakfast dulu. Oh! Depa-depa tu nak makan nasi dagang so haruslah cari ye. Area Bukit Tok Beng, Seberang Takir tu tak jumpa la pulak so terus patah balik ke arah bandar walaupun my brother dah sms cakap, "Kak Zah, Bak suruh gi makang kedai dia. Makanang tengoh banyok tu." Bawak je la gi AZ Selera Timur. Situ memang banyak variety of food yang ada. Dah malas nak masuk town bebetul. Dapat pun nasi dagangnya.
Time to kill the craving of Nasi Dagang.
Ini Ina nyer, mine without the egg.

Lepas makan, ke Bukit Tok Beng balik but masa tu baru no 0009 ok? Gila lama. Tah berapa banyak orang-orang sebelum tu beli. Sudahnya balik mandi and load semua barang masuk kereta and then memang lepas dapat keropok tu terus nak bergerak balik ke sarang. Kebetulan memang giliran kami dapat masa kami kat kedai tu balik. Cuma at first tu dapat RM50 and kena tunggu next batch masak untuk ambik the balance. Dah la panas terik, dahaganya jangan cakap la. Menitik peluh, ok? Tu pun baru masa tu tau satu nombor boleh beli RM100 je. Aiseh! Tak baca bebetul. Sudahnya kena cari keropok kat tempat lain. Since Lely kata keropok kat Manir sedap, ke sanalah pulak. Pun lama tunggu keropok direbus sebab orang sebelum kitorang pun beli banyak gak. Peluh jangan cakaplah. Then beli bahulu sebab ada yang nak, kan? Then terus memecut ke highway. Masuk highway tapi bila dah masuk jalan biasa kat Al-muktafi Billah Shah tu, jalan dia, mak aii. Bumpy gile. Terus tak sanggup. Sudahnya kuar ikut Paka and lalu balik jalan pantai. Kebetulan masa tu memang nak beli lemang yang glamer di Kijal tu sama. 
Without Adik yang tengah baring kat belakang

Masa balik ni sangat lawak. Ada salah sorang dari kami tinggal duit cuma RM10 so salah sorang dari kami cakap, ko boleh makan sejari jek dari lemang kami. Lepas tu memang dibuat lawaklah pasal sejari tu. Sape suruh tak nak withdraw duit before that. Padahal masa on the way ke Paka tu, I offered once to withdraw the money tapi lambat response, so teruskan perjalanan. Then before sampai Kijal tu ada satu lagi petrol pump yang ada Maybank but still lambat response sebab member tengah layan jiwang dengan lagu-lagu dalam kereta. Melepas lagi! Don't blame me, ok?Tester's nature memang nak immediate response tau, bukannya idle for few minutes. Hahahaha. Sudahnya ada satu petrol pump kat Kemaman dah kot, before I asked, dia dah jerit-jerit suruh berhenti. Sangat lawak saat itu. Dah learned the lesson! :P

Same case dengan sorang lagi member. I asked, nak ambik gambar kat Pantai Kemasek tak? Situ cun. Ina pun duk cakap situ cun. Member ingat macam pantai biasa kot sebab dia kata tak yah la. Then masa passed by, mata dia terbuntang. Scenery saat dan waktu tu memang sangat cun. Ada perahu-perahu yang sangat menchantekkan pemandangan. Sudahnya dia frust sebab rejected the offer. Adoi! 

Dalam kereta on the way back, tah camana I said to one of my friend, lagu ni suits ko. Terus kami memekak lagu tu dalam kereta. Tau lagu apa? Lagu Cinta Terakhir, Aiman. (Tersenyum ingat saat itu) But part of the lyrics is very true indeed. Touching too. Sudah! Takleh reveal bebanyak.

Kami singgah dinner di Gombak. Kebulur dah time tu. Sampai my house at 11pm gitu. Selamat sudah!

Oh ya! Tau kenapa kali ni dinamakan Gang Cik Ani? Hahahaha. Ada sekor kucing kat rumah saya Baby namakan Ani(nama takleh blah). Tapi kucing tu cute sangat. Pastu masa kat Pantai Teluk Ketapang tu, kami jadi macam Ani. Rakus sungguh makan ICT. Itu yang Norma bagi nama kami geng Ani. 
Ani yang bisu

Itu ajelah cerita kali ni. I hope all of us had only sweet memories during the trip. Ada apa-apa kekurangan, am sorry ye? Jangan serik nak ke negeri chantek lagi. :) Sesape yang lain yang nak ke sana, boleh je email or call me or whatsapp me or whichever medium that you can reach me la. :)

Absurd

Someone may hurt you with the sentence(s) but when you get what the one tried to tell you in between the lines, you will feel sorry too. Isn't it absurd?

Sunday, June 10, 2012

Happy Hope

From movie: 500 Days of Summer
Watched this few months back and love it
From movie: My Sassy Girl
Watched this few years back and one of my favorite

Saturday, June 9, 2012

Gang Cik Ani ke Negeri Chantek - Part 2

Lama baru nak sambung Part 2. Tersangatlah tak menyempat. Balik opis disesakkan dengan UAT preparation and then off again. Terbantut ceritanya ye? Ok, back to Gang Cik Ani ke Negeri Chantek again!

Dari Desa Murni kami balik ke rumah tapi nan ado orang. Ingat nak rest sekejap and solat bagai before ke next destination. Since takde orang terus decided ke kedai Kak Da, my cousin. Tengok-tengok barang dalam kedai kejap then ke surau kat belakang kedai tu. Lepas solat, meneruskan misi ke Ri Yaz Heritage Resort & Spa. Saja nak bergambar kat tempat mahal. Mana maks mampu noks. 5 stars tu! Masa tu lah pulak camera's battery nak flat. Salah sendiri la tak charge. Dah lama tak bercharge camera tu since jarang guna camera la ni. So harus bergantung harap pada camera Ina.
Dari Riyaz, kami ke airport jap. Saja nak ambik gambar kat airport tu. Tah! Macam ada aesthetic value there.
 Ni lah airport!
Then we went to Pantai Teluk Ketapang. Oh! Ini destinasi wajib pada sape-sape yang nak merasa ICT. Tau apa ICT? big grin Ekekekeke.. Itu adalah acronym to Ikan Celup Tepung. Orang-orang yang baru merasa ICT tu, haruslah teruja. Makan tak pandang kiri kanan langsung. Si Baby lak sebok la ke pantai di negeri chantek ni nak naik kuda. Dah biasakan kot. Tiap kali balik ke negeri chantek, sure kasi chance dia naik kuda.
Ni lah gaya ini budak
Lepas kenyang di Pantai Teluk Ketapang, balik rumah. Actually ada dinner with my family that night. Dinner di D'Muara Live Seafood ke namanya. Lupa. Satu restaurant yang agak cantik for me. Bawah Jambatan Sultan Mahmud. Lokasi tempat nelayan berlabuh kotnya kat Hiliran or Pulau Kambing tu. Tak tau nama sebenar tempat tu tapi in between Hiliran and Pulau Kambing la. How bad I am dalam providing location to others. Dari restaurant ni nampak Masjid Kristal. Tapi sayang sekeping gambar pun takde. Kamera flat. Phone pun flat. Sudahnya makan dan bersembang aje. Malam tu Ina kagum menengok rupa my sister in law, Lely. Katanya lawa sangat. Yeah! Lely sangat cun, sangat sweet, sangat comey. Putih melepak lagi. Dia ada aura dia yang buat kita tak jemu pandang muka dia. Mungkin seri ibu mengandung pun iye. Kat sini bukannya boleh makan sangat. Perut dah ketat wei! My friends pun tak boleh nak makan sangat. Kata depa trip ni tak sempat lapar, dah nak sumbat food lagi kekdahnya!

Balik dinner, terus packed and bersiap to sleep. Takde goss langsung. Fenat ok? Pulak tu next day dah nak travel back. Sambung citer next day di kemudian hari ye? winking

Tuesday, June 5, 2012

Gang Cik Ani ke Negeri Chantek-Part 1

Just back from this place.big grin On Friday, the last day of schooling session tu tah camana, hati macam meronta-ronta nak balik ke negeri chantek, budaya menarek ni. Then pepagi Sabtu I voiced out di KakaoTalk and tah camana Ina and Norma pun berminat sama. Impromptu aka adhoc plan gini memang selalunya menjadi kenyataan tapi kalau plan baek punya dari awal, chances nak on tu sket slim. Tak taulah kenapa. Tanya Inchik Intan Payung, at first dia tak nak ikut lepas tu macam nak ikut but since I can't take long leave, kena balik jugak on Monday ke sini, dia terus canceled niat dia. Katanya nanti penat aje yang dapat. So bila Babah tak pergi, si kembo pun tak nak ikut. Si kembo tu memang prefer duk rumah sebab gang diorang datang rumah untuk main. Tetiap hari ada je tetamu kat sini. Kekadang tu pukul 8am dah ada yang tekan loceng and later duk panggil, Izzat oh Izzat. Baby and Adik je yang sudahnya nak ngikut. Norae lak at first tak berminat sebab ada budget constraint tapi masa lunch at Acik's place tu kena racun baek punye dengan kami, Isnin pepagi tu dia bagitau kami yang dia nak join as well. Yeay!

Date ke negeri chantek - June 2-4. 2nd tu travelling date from Klang Valley to negeri chantek while 4th was traveling date from negeri chantek ke sarang kami. It's very short trip, isn't it? 2nd tu jammed di area Gombak kat simpang nak ke UIA hingga ke tol Gombak and then memang agak heavy traffic till Bentong. Ramai orang nak balik Kelate kot. After that dah ok. Tekanlah jugak minyak. Berapa yek ditekan? Max 150km/h kot but mostly around 120 - 140km/h la. Depends on road and traffic condition.
The participants at first stop di negeri chantek

Lepas first pit stop kami teruskan perjalanan ke Marang. We were supposed to sleep in Marang that night as I booked a resort by the beach. Small resort aje but the beach was nice. But..  when we almost reached there, the bad news was given to us. Ada ke patut diorang tak secured our reservation. Oh dear! Nak marah tapi macam dah speechless. We even tried our luck to get nearby accommodation tapi sume pun fully booked. Dah penat, terus called my brother, asked him who's at the house and since rumah kosong jek, ajak they all sume tidur at my father's house. But before headed to Kuala Terengganu, kami singgah solat di masjid baru betul-betul kat traffic light di pekan Marang tu. And what a suprise, I met my cousin's ex-wife and their kids there. Kami sampai sama-sama kat situ. I was so excited seeing the kids. Lama gile tak jumpa depa. More than 5 years definitely.  Dah bukan kids pun depa sume tu, dah besar panjang. Dah teenagers. Muka pun dah lain and I told Aqilah(the first daughter), "Along kenal Qilah sorang je. Orang lain sume muka lain dah. Kalau jumpa tengah jalan pun Along tak kenal."  

Dari masjid tu kami ke Pantai Kelulut. Konon nak bersenja di sana sekali hujan agak lebat. Mampu melepak di medan seleranya aje lah sambil mengisi perut.
Kat gambar atas tu ada pulau di kejauhan kat belakang kami.
Itu Pulau Kapas.

Lepas perut dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Siap ronda-ronda Pantai Batu Buruk dulu and then konon nak ke area Dataran Syahbandar. Lalu ikut kawasan Ladang. Tup-tup ada function la plak. Jalan pun ditutup. Kami kena diverted. Adoiii. Sesaja jek menempuh jam. Sudahnya balik rumah ajelah. Takde rezeki nak bawak jejalan kat area Dataran Syahbandar di malam hari.

Next day ke Taman Tamadun Islam after having nasi lemak ikan aye(tongkol) and pulut lepa. Ala dekat aje pun TTI from my father's house. Since semua nak merasa river cruising, kami ambik pakej untuk Taman Monumen + River Cruise for RM25 per pax. Jimat RM5 per pax. Ok la kan? Kat Taman Tamadun Islam, sakanlah berpossing di tengah panas. Seriously it was damn hot on that day. Macam rentung dah muka ni. Anyhow, we still enjoyed there. 





Semua kehausan di Taman Monumen. Baby lagilah dah lencun. Dia tu jenis yang senang sweating and kalau berpeluh jek terus naik rashes. Oh! Anak maks itu sorang memang agak sensitif kulitnya. Lepas abes pusing naik tram, kami decided nak menyejukkan tekak. Beli air and terus keluar dari situ. Terus ke jeti river cruise. Turn kami nak ber-cruising at 1pm. 

 Kapal baru siap hasil buatan warga tempatan
Jeti nelayan
Masjid Kristal

From TTI, kami singgah makan di Kedai Makan Ayah Wan berdepan dengan EPF and State Library. Makan free. Macam-macam yang terhidang and alhamdulillah, licin semua. Kebulur sungguh kot kami. Ayah Wan dah risau sebab lauk dah nak habis masa tu, of coz dia risau tetamunya tak puas makan! Kat sini ada orang kononnya nasi dia banyak so kurangkan, sekali terasa tak cukup tapi malu nak gi tambah. Adoiiii! Anak Ayah Wan nak tolong ambikkan tapi masa tu ramailah pulak pelanggan yang tengah queue nak ambik nasi so anak Ayah Wan tak jadilah nak tolong.

Dah kenyang, kami ke Desa Murni aka Syurga Tudung. Masing-masing nak shop tudung kekdahnya. Even si kenit berdua tu pun gigih memilih tudung masing-masing. I bought neck cover inner, 1 tudung soft awning and 2 helai tudung bawal rose for myself. Baby plak hangkut 3 helai tudung while Adik 2 helai. Belikan jugak tudung bawal for Pijah and Acik yang sama dengan saya. Kebetulan ada 3 pieces yang sama, ni lah yang menghabiskannya! Tudung bawal ni orang jual online at RM49 and Acik said at a booth di Giant Kelana Jaya, it was sold at RM59 and I got them for only RM19.90 per piece. Murah banyak kan? Ada satu tudung Ina hangkut for RM19.90 and it is sold at RM42 online. Well, we went to the right place, I guess. love struck
Inilah rupa tudung bawal rose itu :)

*to be continued when I'm free and I dunno when :) and for the time being, uols can view the photos at my FB