Monday, December 31, 2012

Gathering at My Place

Yesterday's event. Not a big one just our small gathering. Lepak-lepak for makan-makan yang memasing claimed as overeating and then phobia seeing the weight scale. Ada yang naik weight scale sambil geleng kepala.

My Kurik-Kendi's gang arrived slightly after 12pm and melepak till close to 6pm gak. Puas bergossipan gitu. Puas di meja makan jangan cakap la. First batch mengadap dining table, memasing senyap ok? Pulun sungguh. Memasing kebulur kekdahnya. Ina dengan butter cake, Eton ngan trifle, Nora dengan rambutan and Chombie dengan jeruk Chowrasta. Penuh meja. My menu lak as stated above except persona cheese cake sebab depa dah habaq awal-awal nak bawak desserts so memang takmo la menambah dessert lagi.

Kesian kat Pian as he was the only man. Mati kutu dia. Pulak tu dengan kami yang suka duk hingaq. Sabaq no? Saya pun lupa nak jemput En. Yop. Tah-tah dia pun ada marathon. Lama tak chat dengan mamat itu since I was busy and now I'm on long leave, lagilah tak online.

Chombie lak sakan dengan phone baru. Data plan lom subscribed semalam so apa lagi bila ada free wifi, pulun la. :P

Semalam highlight of the day bab ada kawan sorang tu nak buat kerja kawen next year, insyaAllah. Wah! Kami semua seronok sangat tau! Pasni bolehlah kami beli kain sekayu ikut theme color and berpakat pakai baju dari kain yang sama kan? :P Siap ada orang tu plan nak pi Cameron Highlands dulu singgah beli bunga since adalah yang telah berjanji nak sponsor fresh flowers. Kami yang super duper excited nampaknya.

Tak banyak gambar yang ditangkap semalam. Pulun sembang, duk try tudung and apa-apa lagi kot sampai terlupa.
Siap paksa Chombie suruh tangkap gambar using her phone. Bila lagi kan? :P 
Baru perasan dalam rumahku ada bendera Malaysia. Patriotik jugak ye? :P

Thanks to those yang sudi menghadirkan diri. You gals rock! And kita memang awet muda kan? Masih persis rupa zaman UUM dulu. :P Perangai pun tak berubah. Terimalah kami seadanya ye?

Saturday, December 29, 2012

Orientation Day

Today is an orientation day for ini budak. Pepagi registeredkan dia and then dia kena masuk dalam kelas for diagnostic test while parents kena mendengar taklimat. Lepas dia masuk ke kelas for the test, I went to Pasar Tani and biarkan Babah dia yang menunggu dia kat sekolah. Banyak nak dibeli di Pasar Tani and harus pergi awal.

Gerai first yang I pergi adalah gerai yang menjual tulang (dah nak masak Mee Bandung Tulang katakan) and kebetulan bertemu dengan Kak Az my neighbour. Selang sebuah rumah je tapi lama gile tak jumpa. Ala-ala menjejak kasih gitu. Even my next door neighbour pun takde bertemu muka dah agak lama. Harus diakui most of my time memang terperap kat dalam rumah jek so memang susah nak jumpa.

Lepas beli tulang tu kan, I went back to the car untuk simpan tulang tu. And then I nak masuk balik area pasar. Ada satu kereta bagi signal nak ambik my parking, I pandang and just lambaikan tangan with the sign I tak keluar just yet and tak perasan pun sape driver tu. Then masa tengah shopping, terserempak dengan Cik G(Izuzi) and then dialah cakap, "Tadi G ingat Ezzah nok tubik, tu nok amek parking." Terus terbuntang mata saya dengan ayat, "G ke tadi?" Jawab dia, "Hoh la. Ingatkan Ezzah nappok G." Saya gelak je lah. Seriously I am not the type yang pay attention sangat dengan my surroundings except memang dah berdepan gitu. Hena rasanya.

Lepas habis membeli-belah kat Pasar Tani tu, I went back to the school. Dekat aje pasar dengan sekolahnya. Masa tu pun dah nak abes dah taklimat and abes jek taklimat, bebudak pun boleh turun ke bawah. Lepak dekat kantin jap and then adalah orang yang tegur, "Macam kenal" but seriously saya tak kenal pun dia tu but still saya maniskan muka, senyum lebar. Orang dah kenal kita kan walau dalam hati duk tertanya, sape ni. Nasib baik she continued her sentence with, "Ni adik Izzatul ngan Iffatul kan?", saya taulah dia orang Bandar Puteri jugak. Bila nampak husband dia barulah saya tau dia tu sape. Hampeh! Husband dia selalu ke surau and usually park depan rumah kami, tu yang cam tu. Inchik Intan Payung kata saya kurang bergaul, tu pasal tak kenal orang. Masalah sungguh!

Friday, December 28, 2012

Macam Ayaq

Rege kids' school uniform. Abang and Kakak got 2 pairs for each school coz yang lama still boleh pakai so ini cuma top up jek. Baby got 3 pairs for each school and Adik got 3 pairs for her school. Adik nak berbaju kurung and bertudung next year so memang totally bertukarla. Harga tudung tak masuk as tudung beli kat pasar jek. That price also inclusive of 2 pairs of shoes for all except Kakak yang mintak 1 jek. Kasut Kakak warna hitam.

Dah beli school uniforms, baru Babahnya pergi register sekolah agama and registered sekali Adik. Before this Adik tak pergi sekolah agama as sekolah agama habis pun at 10:30am and by that time dia dah bersiap nak ke sekolah. Pukul 11:00am dia dah ke sekolah. Since next year dia dah sekolah pagi, so Babah wanted her to go to sekolah agama and kebetulan ada sekolah agama baru bukak kat sini, tu yang masukkan. Atas 7-Eleven kat belakang rumah ni jek. Dekat area Caltex tu ler. Both Baby and Adik akan bersekolah agama di sini jek. Urusan registration Babah dia yang settlekan. RM500 for Baby and Adik RM200++ kot. Lupa or should say tak ambik tahu pun as I asked Inchik Intan Payung to cover that. Tu pun bukan main buat ayat-ayat mintak belas ehsan. Well, my lenggok of language kekadang tu memang mampu mencairkan Inchik Intan Payung (kekadang ke?). Harus pandai mengayat. Mana mampu semua Ibu nak cover kan? :P Next yang harus diuruskan adalah baju sekolah agama Adik and also tudung sekolah agama.
Yang RM321.40 tu buku rampaian sekolah bebudak bertiga yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas. Yang ni harus respect sekolah cina la sebab sekolah cina tak payah beli buku-buku ni semua except buku kerja. Buku kerja di sekolah cina will be bought by each term and cost dia dalam RM90++ for each term. Memang akan habis guna and the teacher will mark them and the parents need to acknowledge them too. Well, obviously homework bebudak sekolah cina jauh beza dengan sekolah kebangsaan and mostly daripada buku kerjalah. Yang RM468.40 each tu untuk sekolah agama Abang and Kakak. Abang and Kakak will just continue at their current school. Malas nak pindah-pindah sekolah and some more they will sit PSRA next year. Biarlah depa di environment yang depa dah suka. Abang improved a lot masa final exam this year. Jayyid Jiddan dia dapat and percentage dia pun 77++. Good enough for him. Kakak memang dah comfortable sesangat di kelas dia. Kakak setakat ni sekolah agama tak pernah mengecewakan lagi. Mumtaz and percentage dia the lowest pun 94++. Korang tau apa harapan saya untuk bebudak berdua ni? Teringin nak tengok Kakak ke MRSM Ulul Albab, Gemencheh and Abang pulak nak masukkan ke Maahad Tahfiz Sains di Selangor ni tapi to qualify for these schools, results UPSR and PSRA kena power. Sekarang ni pun Ibu dia dah started doakan walau bebudak berdua tu sangat tak nak masuk asrama. :P

Tajuk entry macam ayaq tapi entry dah caca merba. Benornya nak tunjukkan betapa costlynya untuk pembelajaran anak-anak nowadays but please note, anak-anak saya ke sekolah private for sekolah agama so memang expected to pay more la. Ni pun kira dah ringan sket sebab takde anak-anak ke kindergarten lagi. Kindergarten's fee lagilah. Beribu-ribu lemon. :P

Mangkuk Tingkat

Adeh! Kisah mangkuk tingkat. Orang Terengganu panggil mangkuk tingkat tu tenong. Orang jawa lak panggil tepen. Sape tak bawak mangkuk tingkat, takleh tapau balance food yang ada ye? :P

Pastukan tiap kali ada orang nak datang rumah sure ketaq nak buat ayaq apa. Bukan apa, saya memang tak pernah buat teh or kopi or any juice untuk diri sendiri pun. Inchik Intan Payung pun tak minum sangat air color-color ni tapi kekadang dia minum kopi. Kalau dia suruh bancuh, tau apa jawab saya? "You buat sendiri la Yang. I mana pandai buat kopi. Pulak tu I tak boleh nak rasa la kopi ni." Keji tak? Kalau anak-anak mintak air teh, baru la saya buatkan. Ni bila saya tanya kengkawan yang nak datang rumah ni nak air apa, terus depa nak bawak stok diorang. Hena tau! Tak tau nak sorok muka kat mana. :P

Thursday, December 27, 2012

Kemilau Mutiara Raudhah

Two angels assigned to record our deeds,
Whilst some take care of our needs
Like bringing us sunshine and also the rain
Like protecting us from harm and also from pain

There is another creation - it is called man
They live on earth for very short span
After time expired they shall return
And through their deeds paradise are earned

On the last day souls will be raised
And we will face Allah - the most praised
Standing before Allah, what face will we show?
When the truth of our actions will freely flow

- Kemilau Mutiara Raudhah - Saidatul Saffa

I just fall in love with that poem and it's taken from the novel stated above. I'm still in the midst of reading it. A very good piece and I must thank akak kat JS hari tu as she was the one who recommended this.

Tuesday, December 25, 2012

Terlanjur Cinta


Lagu ni once jadi my ringtone. Suatu zaman dahulu kala. :P Lama tak dengar and tadi terlayan di dalam kereta. Cuaca mendung, lagu jiwang, mood tah jadi apa. Adeh!

Lily

Abaikan rumah yang bersepah!

Seksa mencari lily ni tau. Pastu white lily langsung takde. Dah few weeks. Yang ada cuma pink lily. Ni pun pepagi tadi gi kedai tu, katanya bunga belum sampai. Dia mintak phone number and once bunga sampai, she called me. Terus berdesup ke kedai dia. Gigih sebab susah nor nak dapatkan lily ni sekarang. Ni actually 2nd attempt for me to find lilies since last Sunday. Sunday punyalah frust sebab bunga takde. Sob sob. 

Lily ni bukan murah tapi I dah jatuh chenta sama dia. Bau dia sangat wangi and quite long lasting. Last round I bought it, it lasted for 2 weeks. Lama kan for fresh flowers? Tu yang beli jugak walau harganya gitu. Ini kedai paling murah setakat ni for me to get lily. Sebatang tu RM8. Satu kedai lagi yang biasa I pergi, sells it at RM12 satu. Banyak beza tu! Sesape tau mana to get cheap lily, please do let me know yeah? Klang Valley ye? Takmo tempat-tempat lain.

Monday, December 24, 2012

Demam

Dah 2 nights tido tak lena. Si kecik tu demam teruk la these 2 nights. Abes jek dosage ubat, sure temperature dia naik balik. Baru nak ada appetite, dah merudum balik. Hari ni ada follow up check up pulak tu. Haih! Apalah nasib dia hari ni tah! Pasrah menyerah kalau kena warded lagi sebab dia punya rupa dah pucat pun. Tak tau apa kena dengan antibodi dia kali ni. Agaknya antibiotik yang diambil di hospital hari tu killed segala antibodi dia kot.

Latest update after back from SDMC, Subang Jaya.

She supposed to be admitted again but the doctor kesian tengok dia. Baru sangat dischargednya. Her body temperature was 38.3 so terus kena sumbat Paracetamol lagi. Her lung ada wheezing la plak. Doctor terus tanya, "Wak, wak bawak dia pergi mana ni? She shouldn't be out while in the recovery stage. Please try to quarantine her." Aiya! I just brought her out to buy the school uniform and makan-makan jek. Eh! 1 time of movie too. Other than that takde pun. Sangat fragile la badan Baby ni. Need to monitor her in these 3 days and kalau by Thursday morning, masih lembik camni, another chest x-ray is required and at the meantime kena continue dengan Ventolin for every 4 hours and Seretide twice daily besides Paracetamol itu. No antibiotics sebab dia baru jek abeskan antibiotics for 6 days hari tu. Not good for her kata Dr. Ali tadi.
After taking paracetamol and while waiting for her name to be called up, she watched the cartoon, Ibu dia amek gambo. :P
After seeing the doctor, Dr Ali wanted her to take the neb first. Her next neb would be at 5pm and should continue every 4 hours. Selamat menjadi nurse yang berjaya pada Ibu dia.

Sunday, December 23, 2012

Do You

Do you accept me in any condition, good or bad?

Do you accept me who can be very difficult to understand at times or anytime when I want to be complicated?

Saturday, December 22, 2012

Oh My Khaal!




It's me and I'm falling hard for Khaal. Tau kan Khaal ni cuma watak di dalam e-novel? :P I think few times I mentioned it. But seriously, Khaal is so charming. Crush! :P Tak sabar nak tunggu versi cetak. Oh myyyyyyy! I'm drowning... "Dunia", kata Pinie. :P

I never meet someone like Khaal in this world walau itu yang diangankan. The one that I met either too pushy or too passive. So sekarang harus Khaal yang beraja di hati. :P

Apa-apa pun Allah bagi yang baik untuk yang baik aje, kan? Hanya yang sekufu layak kita... Sedaq diri...

Lepas baca Naz & Khaal, tah kenapa saya sedikit melankolik. I couldn't understand me as my mood can easily swing la. Emotionally unstable perhaps or inbalance hormone. Silalah cari benda nak disalahkan ye The Me? But seriously lagi melancholic as I keep on listening to one of my favorite number. This one.

Friday, December 21, 2012

Jimbaan

Event : Jimbaan
Venue : Taman Kajang Impian & The Mines
Date : Dec 20, 2012

Seronok, seronok, seronok! That's the only word that can describe the actual feeling. Lantaklah gambar buruk ke, nampak cam pompuan peknen ke... lantak situ. :P Untuk yang sentappppppp, malaih nak pujuk! Ekekekekeke

Ayu, Ina, Nora & Faiz berjumpaan awal lagi for breakfast nun di area Serdang. Manalah nak dapat approval kalau nak keluar pepagi buta untuk activity jimbaan ni. Harus sedaq diri and be realistic. Itu yang saya hanya joined depa starting from Jemari Seni(JS) onwards.

Saya sampai JS pun about 11am gak and depa sume dah ada pun. Adik pun dah sampai. Rumah Adik di Seksyen 7 Bangi tu dekat sangat dengan JS itu Tengah nak membayar pun. Sempat gak mencucuk Adik to buy novel. Sudahnya Adik ambik Contengan Jalanan. :P Acik, confession ni, aku dah rembat semua novels Hlovate so I own each and every of it. :P Total damage done in JS was RM150.90. Fuhhhhh!
Macam pompuan gomuk gile! Lantak situ. BTW, orang bila dalam hati ada taman, phone itu udah seperti teman setia. :P Nasib baik dalam kete mak ada phone charger tau kalau idak, meranalah orang itu rindu-rinduan. :P Itu pun siap bising-bising, "Eh! Nape tak charging ni? Patutla Sony Ericsson nyer!". Padahal kepala lagi satu tu lom cucuk lagi bebetul, nak salahkan charger lak. Mak pun tak pakai phone brand Sony Ericsson tapi charging ok jek guna tu. :P Ok, enough!

Dari JS tu kalau ikut Adik, dia nak saya parked kereta kat rumah dia but bila fikir-fikir balik macam jauh aje nak balik nanti so kami berpakat parked di Masjid Uniten. Kami semua naik kereta Adik pasal kereta dia paling besar. Kalau naik kereta putih saya itu, sah-sahlah tak muat. Next destination kami, BBW. Sempat jumpa Ajue classmate Chombie zaman matrik dulu. Kat BBW, my total damage was RM50.
Zirap supposed to join us for lunch. We looked for her di Nando's as she suggested that place tapi masa kami sampai, tak nampak bayang dia. Kami tau she had a meeting at 2:30pm so we thought she left already as that time was around 2:00pm gitu. Then memasing cakap solat dulu since semua tempat makan pun full. Lunch time katakan.
Comey backgroundnya serupa kecomelan model-modelnya. Hahahahah. Jangan muntah! :P

Lepas solat kami lunch di Nando's. Adalah orang tu sebelum sempat duduk lagi dah cakap, "Eh! Air free flow kan? Kita order iced lemon tea pastu share 5 orang." Reaksi spontan saya masa tu, letakkan tangan kiri di atas eye brow sebelah kiri seolah-olah menutup muka. Terus sorang lagi kawan cakap, "Tengok tu! Ezz sampai tutup muka malu." Hahahahhaha. Adeh! Lawak time tu. Pastu time makan semua diam. Taraf kebulur. Takde tenaga even untuk bergoss. Gigih isi perut dulu. Dah dapat tenaga balik barulah sembang. Pastu tangan duk tekan keypad phone saja bagi orang sentap lagi menengokkan kami. Siap ada yang nak buat komplot nak berjimbaan without kami, macamlah akan meriah tanpa kami ni. Kan? :P Hidup tanpa kami mana ada seri. Ahaks!

Saya ada curfew la. Harus sampai rumah by 6pm. Lepas makan, kami ke Tewah jap. Ada yang paksa I shopped too sebabkan blouse yang nak dibeli tu buy 1 free 1. Haruslah share ongkosnya and size yang ada cuma size saya dengan size dia. Apalagi, sakanlah dicucuk hamba ini. Tewas jugak akhirnya. Torbang lagi RM25. Seb baek murah. Tapikan.. tapikan... ku teringat-ingat jubah-jubah yang lawa itu. Particularly yang pink and red colors. Pink tu RM109 and red lak RM129. Seriously sangat menawan hati. Hatiku tertinggal di Tewah.

Dari Tewah, terus kami ke Masjid Uniten untuk berpisahan. Around 5pm jugak baru gerak balik and nasib baik sampai rumah at 5:45pm. Depa semua dah tunggu untuk next activity. Adeh! Fenatssss tau! Tapi ikutkan ajelah. Baby nak layan sangat movie. Tengok Wreck It Ralph. Entertaining and bebudak tu asyik gelak aje. Pasni depa nak mintak tengok Horbit lak. Malam tadi lepas movie, badan Baby dah suam-suam balik and she said she can't walk. Takde daya. Babah dia yang melayan mendukungnya ke kereta. Balik rumah dia baring aje and then terus tertidur.

Wednesday, December 19, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah dah discharged semalam bersama bekalan ubat-ubatan. Semua digunakan except paracetamol, pink color medicine. And the next follow up check up would be next Monday, InsyaAllah. Malam tadi tidur pun ok, takde batuk-batuk. Hopefully she will fully recover soon and hopefully the result of her blood test tak menunjukkan dia allergic kat bulu kucing.

Ibu dia dah tak daya nak tengok dia kena ambik darah aje. Dia agak trauma bab ambik darah ni tapi semalam dia kata dah tak sakit sangat. 2 hari berturut-turut kena ambik darah. Yang kelmarin siap kena 2 kali cucuk, tu yang dia trauma tu. Yang first cucuk tu, sakan dikejarkan needle ke vein dia. Lama, tu yang dia sakit sangat. Airmata dia, jeritan dia, luluh hati mendengarnya. Terpaksa kuatkan aje. Rasanya orang yang buat tu still belajar sebab uniform pelatih yang dipakai, bukan orang yang kerjanya ambik blood yang buat. Semalam yang kerjanya ambik blood yang buat, itu yang Baby kata tak sakit sangat walaupun mula-mula tu dia meronta-ronta and nangis-nangis.

Semalam ambik banyak blood dia for that test sebab result dia yang kelmarin menunjukkan dia ada alahan yang teruk so I wanted to know dia alah pada apa. Results should be out in 3 weeks time. Berdebar-debar menunggu!

Monday, December 17, 2012

Day 5 in SDMC

Day 5 in the hospital. Thought she can be discharged today but nan ado. Right lung dia still ada phlegm yang banyak. Pagi tadi pun baru aje dia ngamuk-ngamuk sebab kena amek darah lagi for another blood test. Doc nak tengok her current blood count. Normal routines for nebulizer, physio session and oral medication, all are still on. Yang paling teruk physio la kot sebab dia kena buat steam simulation untuk keluarkan phlegm. Steam itu panas so itu yang seksa sket.
Physio session. Macam neb jugak instead itu adalah steam and the therapist akan tepuk-tepuk belakang dia untuk kasi phlegm tu keluar but Baby needs to cooperate la jugak. Kena takes deep breathe and tries to cough as hard as she can.

Besides all these routines, she seems happy. Layan Youtube, layan Disney channel, main toys and kalau ada visitors main dengan visitors dia, tak pun kami pusing-pusing tengok baby yang under phototherapy. Kelmarin happy jek dia main dengan Faiq and Auni and semalam dia pun happy layan Youtube dengan Asna. Thanks ye pakcik-pakcik dan makcik-makciknya yang datang melawat walau Ibu dia kena tegur ngan Mak Ngah dia sebab tak bagitau. Erkkkk... Family Babah, Babah la yang kena bagitau kan? Larikkkk :P Thanks to Aunty Nora jugak sudi melepak di sini walaupun gurauan kita bab aku laku lagi membuatkan orang sentap. Ahaks! ;)

Di dalam Sepi Itu

Oh! Sangat in the mode of late Sudirman's song. The blame should be on pengaruh rakan sebaya. Adeh. Since last Friday till today, keep on listening to arwah's songs. Besides Pelangi Petang, I simply love this piece. Tersangat!
Lama hanyalah hintungan masa

Saturday, December 15, 2012

Late Sudirman's Songs

Pepagi semalam dah ada yang bertanyakan lagu arwah Sudirman. Orang tu tengah mode swing gitu kot so tended to listen to jiwang songs. Yang tak tahan tu, dia tak ingat the title so haruslah I ni guessed gitu. Nasib baik selera ala-ala lebih kurang je so senang sikit le. Enjoy the song!
Oh! Untuk kawan saya yang tu, ni saja kasi lagu bonus. Lagu ni ko suka masa dalam kereta aku gak but I couldn't remember where was our destination that time.

Friday, December 14, 2012

Baby in The Hospital

 Budak ni kat spital pun nak layan Youtube
The first medication after admitted. Malam yang panjang rasanya. Pukul 2am medication time lagi. 3:30am, check blood pressure and body temperature. 5am medication time. Sabo je lah.
This morning just before she woke up.
Punyalah seksa nak kasi oral medicine. 3 nurses but still she threw it. Haih! Tak tau apa nak cakap lagi. 

Wonder what happened to her? Earlier doctor diagnosed her with pneumonia but after seeing her blood test results this morning, it's not so promising. He said her condition is very bad but we will discuss later in the afternoon after Jumaat prayer as we are waiting for chest xray results and he just asked for blood count test as well. So till then, saya bersiaran dari sini la. 

Thursday, December 13, 2012

Kokak

Kokak gile tapi pasrah je la. Asalkan dapat tengok walaupun sobsob. Tempat kejadian adalah di Sime Darby Medical Center Subang Jaya.

Tuesday, December 11, 2012

Mencari

Mencari mood menyiapkan photobook di hari cuti. I have 5 photobooks to be created la. 2 for my own self and another 3 for friends' birthday (banyaknya hutang nak kena siapkan ni! Iyelah birthday Adik and Chombie nun di bulan September lepas. Birthday Acik di bulan November. Memasing nak photobook wei!)). Haih! Idea kreatif tak mari lah. Meh la kasi idea sket.

But at the same time, kepala tengah weng for few days already, tekak sedikit perit pagi ni, bibir dah started menggelupas... Not a good sign!

Monday, December 10, 2012

On and Off Fever

Seminggu on and off demamnya. Pagi-pagi teruk, petang nak ke malam and sepanjang malam teruk balik. Batuk jugak and phlegm ada banyak. Kalau suruh muntahkan phlegm dia buatlah tapi terseksa nampaknya dia. Restless at night. Bukan dia aje tapi Ibu and Babah too. This time around no asthma at all. Memang takde wheezing langsung. Since dah seminggu macam ni, tadi bawak lagi ke klinik. Tu kena neb as nak bagi lung dia clear sket. If within 2 days still sama jek condition dia, kena buat chest xray. Just in case if there is any white patches at her lung according to the doctor. Takut kena pneumonia. Pray for the best ye kat budak ini so she won't be warded.

Saturday, December 8, 2012

Sengih

- Cinta Untuk Yang Sudi
  Sengih-sengih saya :) Oh! I'm addicted to e-novel(yang best ajelah) and same goes to rakan sebaya :)

Friday, December 7, 2012

Cembeng

Rasa nak nangeslah. Cembeng mode is on. Adeh! Tulun!!!

Tau tak camana nak jadi manusia hipokrit? Bagi tips please. Really need it badly.

Grinning Friday

Yeay! It's Friday and the end of the first week of Dec. Harus ceria and lets grin lebaq-lebaq sket as today is our bonus day even esok still kena kerja. Saya kan cuma seorang macha selama masih diperlukan service so kenalah menawarkan service bila diperlukan... (ayat ala-ala orang merajuk pun ada no? :P)

Our contractual bonus is only 1.5 months and after deduction of EPF and PCB, not much left.
The banked in amount for me = 1 month gross pay + (
Nak gelak pun ada kan nengok amount nya? At least something to cheer us up after the demotivating week. Sangat demotivated la this week with all the breaking news inside the company.  Hot gitu news nya! Berapi-berapi macam api from dragon's mouth. Apa-apa pun harus bersyukur dengan rezeki ini. Lepaslah nak renew roadtax Cik Wiwis (berapa yek nak insured? Cik Wiwis dah dibuat full settlement pun so lepas seksa kat situ Suka!), nak beli uniform sekolah anak, nak beli kasut sekolah anak, nak bayar yuran sekolah agama anak (anak saya bersekolah di sekolah swasta ye.. Ni bukan ayat mendabik dada tapi nak justify kenapa kena bayar yuran), nak gi jalan-jalan selatan dan utara tanah air jugak.

Yang hijau tu nanti untuk disetkan out of office email. Akhir tahun kan hari menghabiskan leave balance. So moh kita enjoy and freekan mind yang sudah penat bekerja selama ni. Tak sabar nak habiskan minggu depan(itu pun jika nyawa masih di badan).

Saya Cemburu

Saya cemburu (sila bayangkan saya cakap dengan nada gedik-gedik dan agak tinggi sebab excited but not yet reach the level of  swoon*jeling someone :P*). Ini untuk gambar kat atas.

Saya cemburu (sila bayangkan saya menggumam) untuk personal life saya. :P

#sayayangsedangsangatangaudenganayatsayacemburuitu...ohmykhal

Thursday, December 6, 2012

Life

Life ain't waltz - kata saya
Life is so stressfull - kata Ina

Wednesday, December 5, 2012

Charity Project

Saya dan kawan-kawan saya ada project sket. Satu contoh macam yang atas tu la. Nanti kalau korang tau, mana rumah orang tua or rumah-rumah kebajikan or hospital-hospital yang memerlukan kerusi roda bagitau ye? 

Oh ye, kalau korang rasa nak donate untuk rumah anak yatim tapi tak tau ke mana nak disalurkan, boleh contact kami jugak. Kami sekarang ni tengah berusaha untuk menyalurkan bantuan ke mana-mana rumah anak yatim/kebajikan yang memerlukan sokongan kita semua on monthly basis. Kalau nak join kami ke rumah anak-anak yatim dan rumah-rumah kebajikan pun dialu-alukan. Boleh tinggalkan comment with contact information so kami boleh contact korang bila project nak on.

Boleh jugak join group ni di FB tapi ada project yang kami tak update di FB pun. Ada project yang kami offline between kami jek. Kalau segan nak contact saya, boleh contact Ina sebab Ina ni ala-ala PM yang paling aktif tau. Sangat trustworthy. Boleh private message Ina di FB. Ina adalah salah sorang ahli dalam group kat FB tu. :D

Tuesday, December 4, 2012

Layoff

Oh! Suddenly layoff and Cognizant seem to be favorite words these past 2 days. And mood pun berterbangan.

When you are left uncertain and rumors duk berterbangan...... Seriously, I'm losing my own heartbeat and still trying to find the rhythm of it again. Sigh!

Dinner @Manhattan Fish Market

Venue : Manhattan Fish Market
Date : Dec 2, 2012

Bebudak ni kan suka paw Ibu diorang time Babah takde. Since dah malas nak masak after Baby's concert, kami ke AEON Bukit Tinggi yang sekangkang kera dari rumah tu after Asar's prayer. Dalam kul 6 gitu la. Early dinner kekdahnya. The venue was chosen by them. Ikutkan aje.



After the dinner kami singgah di Popular Bookstore jap. Depa suka ke bookstore. Ibu dia pun suka. :P

Monday, December 3, 2012

Naz&Khaalish

“Naz…”
“Hmm?”
“Kalau saya tanya, jangan marah ya.”
Lembut benar permintaan Khaalish, takkan nak marah pula, “Apa? Tanyalah.”
“Ozgur tidur di rumah awak?” soalan ditanya berhati-hati.
“Hmm hmm, di bilik saya,” lurus jawab Naz.
Khaalish menarik nafas dalam-dalam, “Sabar-sabar, jangan melenting,” dia mengingatkan diri.
“Saya tumpang tidur di bilik Ahjan Sirirat, ada katil queen size,” sambung Naz.
Jeda lagi, Khaalish menyusun kata-kata di kepala dahulu.
“Kenapa Ozgur tak tidur di hotel?” soalan ditanya selembut mungkin, tidak mahu Naz marah macam Khaalish tanya tentang Dr Surachek dulu.
“Kami dah biasa, kalau berjalan, sentiasa jaga bajet.”
“Diakan ada kerja bagus di Qatar?”
“Entah, dah terbiasa.”
“Saya tak selesa dia tidur di rumah awak.”
“Kami kawan baik.”
“Saya?”
“You’re you,” jawapan mengelak sebenarnya. Siapa Zaim Khaalish di hatinya? Dia sendiri belum pasti.
Zaim Khaalish terpaksa berpuas hati dengan jawapan itu. Bukan masanya untuk dia menekan Naz. Naz itu api, tidak boleh dilawan dengan api juga. Kali ini Khaalish mencuba pendekatan sejuk nyaman, sesejuk air. Walau pun hatinya membara.
“Berapa lama dia di Luang Prabang?”
“Seminggu dua.”
“Huh, lamanya,” keluh Khaalish dalam hati, “macam-macam boleh jadi.”
“Naz….”
“Hmm?”
“Saya cemburu,” dengan nada yang tenang, keluar kenyataan itu. Mata Naz direnung dalam-dalam.
Giliran Naz pula untuk menarik nafas dalam-dalam. Kenyataan kamikaze begitu, agaknya bagaimana mahu dijawab?
“You don’t have to. Ozgur and I, we are friends.”
“It could change,” si degil itu tak mahu mengalah.
“I doubt it. If you really know Ozzie, you’ll doubt it too,” jawab Naz dengan tawa kecil.
“Doubts? Oh, I have plenty,” keluh si mamat korporat.

- Naz&Khaalish

Somehow I like the sentences of "Saya cemburu" and "Doubts? Oh, I have plenty". Adehhhh... Apakah? :P

Pernah ke saya cemburu? Pernah tapi takde maknanya nak cakap. Tak pernah pun cakap, "Saya cemburu". Neither in English. Rasa itu maybe untuk saya jek mengetahuinya. :P And "Doubts? Oh, I have plenty" sangat dekat dengan saya. Yeah, I have plenty of doubts. Selalunya tersimpan dalam hati jugak. Tah, macam takde daya nak ungkapkan dua ayat ni. Tak tau la kenapa. Inferior perhaps? Inferior for what reason kan? I, myself sometimes couldn't understand the me la. :P But whatever it is, I tend to follow the flow so those sentences will be flowed(betul ke my grammar? Oh my English!) away eventually.

Untuk rakan sebaya yang suka membaca jugak, I like this piece too. Nak ikut jejak langkah, meh la baca jugak. :P Pengaruh rakan sebaya bab bahan bacaan, bab cite Korea ni kuat sket. Kenalah share yang ini jugak bersama si dia itu. By the way, this piece should be published in Feb/Mar next year if I'm not mistaken as the master copy needs to be sent to the publisher by this month and normally the process of editing, choosing the cover and segala mala tu will take 2 months. Oh! Tetiba aku expert bab ni. :P Bila ada hard copy nanti, sape harus beli yek? :P Kalau korang beli dulu, aku chup first unless I wanna own it la. :D

I'm hunting for The Wedding Breaker now. Lambat nor nak sampai ke bookstores di Klang Valley ni. Ada ke patut when I called and asked Popular Bookstore, depa cakap branches kat Melaka, Ipoh and Penang je dah ada the copies. Danggg kan? Tak sabar nak baca lagi. Kalau I beli, Acik chup dulu kan? Ina next? Hahahah.. Gelak evil!

Baby's Concert

Event : Smart Reader Kids Bandar Puteri Annual Concert
Venue : Auditorium Tunku Abdul Rahman Putra
Date : Dec 2, 2012

Journey was smooth even I was late. Kuar rumah at 2:50pm sebabnya lambat logged off daripada office network. After I sent handover email, big boss ping. Kenalah layan. Malangnya nasib bila big boss pun bekerja jugak over the weekend. I able to reach Auditorium Tunku Abdul Rahman at 3:30pm. Not bad huh? I took Federal Highway some more. Concert wasn't even started pun that time. Just in time gitu. :P

Nothing much to say. Mula-mula I was a bit worried as Baby had fever. Siap tidur and berselimut bagai while waiting for me to send her to the school. Kena hantar dia at 11:30am and before sending her, I bought her 100Plus. I even told Teacher Angeline, if she's weak, lemme know. No call at all meant she's ok la kan?

Masa nampak dia on the stage, she looked good. Energetic aje. Semangat nak perform kotnya.
Ikrar and then graduation. Parents boleh naik atas stage for photography session and Teacher Angeline asked me, "Where's your husband?" Uwa... Orang lain semua naik husband and wife and my turn only me alone. Macam single parent ok? Sangat tak syok. Lainlah memang the title of single parent tu saya pegang. Dangggg!
 Her show
Left, she and her best buddy, Sabrina Phang, right, her other good buddy, Xin Jien

Baju sangat seksi, tak menahan. Her teacher prepared it. After concert terus balik since it was raining. Malas nak menyinggah di mana-mana di kala hujan. 

Sunday, December 2, 2012

Oh! It's December Already

Boring kan pepagi dah kena nengok screen orang? Itulah kerja setiap pagi when attending meeting inclusive of today. What a lame scenario. Tapikan bila busy gini, time seems so short, kan? I dunno what have I done for year of 2012 and soon it will end. Dah December noks!

Semalam pepagi Ina dah tanya saya pasal saya kat juzuk mana. Oh! Kami macam ala-ala berazam nak khatam Quran lagi sekali by Dec 31. Saya khatam hari tu di bulan Syawal (orang lain pulun khatam di bulan Ramadhan, kan? Nak buat camana, walau berazam kuat pun, takdir tak memungkinkan. Dah separuh juzuk 30 dibaca tapi Allah kasi cuti plak. Tu yang tak sempat tu.) dan kalau berjaya khatam lagi by end of Dec, harus berbangga dengan diri sendiri sebab berjaya achieve something. Iyelah saya tak pernah khatam 2 kali di dalam masa setahun. Nak buat camana, saya bukan orang yang baik.

Lepas Ina tanya tu kan, terus tengok calendar. Oh my! Sempat ke? Macam tak sempat unless saya pulun 1 juzuk sehari. Semalam juzuk 10 and lepas Subuh tadi dah habiskan Surah Yunus and nak habis dah juzuk 11. Alhamdulillah!
Sekang ni tengah berkobar-kobar. Tak tau kalau semangat tu luntur tak lama lagi. Saya mengaji cuma selepas Subuh or/and selepas Maghrib. Tengok tahap kerajinan or should I say, tahap kekuatan iman melawan setan la kot kan? Dulu saya bagitau Ina, paling koro sehari baca 5 pages tapi sekarang ni kena upkan. Paling koro harus 10 pages and kalau saya tak skip mengaji di 2 waktu itu and 10 pages setiap kali mengaji, dapatlah habis 1 juzuk sehari. Can I do that? Doakan saya istiqomah ye? Takut hangat-hangat tahi ayam je. Tapi Ina tu dah mencabar saya sebab dia dah di juzuk 20. Adeh! Jauh nak mengejar! Harus pulun!

Apa lagi nak achieve in year 2012 ni yek? Saya mana ada setkan goal untuk year 2012. I just live my life as it is. Follow the flow jek. Sebab tu my life ain't waltz. I should set something for me to be a better person, I think. KPI, SLA yang hanya diri sendiri yang tahu kan? :P

Friday, November 30, 2012

Busy Bee

Buzz buzz buzz... the busy honey bee... I think that was a poem I learned in standard 3 and that's what lingers now. Been busy daa.. mana nak siapkan kerja sendiri, mana nak layan soalan orang lagi sampai pernah rasa nak menangis jek. Tu belum nak tunggu orang siapkan kerja before able to extract the data for report generation. Memanjang jek tak dapat nak log off at 5:30pm.

Weekend kerja lagi. Tadi Fida asked me what am I going to do over the weekend and my answer was working. Then she said, "Ok, not interesting." Oh yeah! My life isn't interesting any longer. It's been so dull, so pale as pale as Edward Cullen for years I supposed. Excitement tu dah makin kurang. Kalau dapat Edward Cullen be by my side ada sket excitement la. :P Nak nengok Edward Cullen tapi depa-depa tu nak pergi besok which I won't be free. Sedey ok? No one wanna accompany me for Edward Cullen. Or even you are at Jacob's side pun tak kesahlah. Jom la sesama nengok ngan saya. :D

Ahad pagi nanti kerja till 1pm then harus rush ke KL lak for Baby's concert. Who wants to be my chauffeur? Itu Inchik Intan Payung dah dibagitau awal-awal dah the date of Baby's concert, still dia tak registered in his memory and dia pi registered for cycling event in Penang. Geram jek! Dah la I don't know where Arkib Negara is. Harus bergantung harap pada GPS and hopefully tak sesat barat. Kalau ada yang volunteer to be my chauffeur, don't be shy to let me know yeah? :P

Till then, happy weekend peeps.

Wednesday, November 28, 2012

Pelik Ke?

Pelik ke if

  1. I don't drink coffee?
  2. I hardly take sweet drink?
  3. I do not read newspaper on daily basis?
  4. I don't like the novel or teledrama of Adam & Hawa yang disukai ramai?
  5. I hardly response to anything that doesn't really need my attention? (ini paling ingin diketahui sebabnya ada orang chop saya sangat suka mendiamkan diri daripada replying any messages which from my point of view, those messages kekadang tu ayat penyata yang tak memerlukan jawapan pun or not that important to give attention to)
Tell me what is the most weird/odd thing I like to do that you can spot on. Curiosity in me really wants to know that! :)

Tuesday, November 27, 2012

Cinta

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia hilang suatu masa daripada pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.

- Kerana Cinta Harus Memilih

Membuang masa membaca e-novel disebabkan menunggu orang menyiapkan kerja sebelum boleh extract report. Sounds sadis enough? Harus meminta chatime sebagai ganti huh? :P But.. but seriously I do like the quote. *senyum mewek-ayat UAI*

Masak, Makan

Ini entry saja nak kasi orang yang merindu ayaq tangan saya menitik ayaq liuq... :P


Happy Birthday


Special ni, tulisan tangan lagi. Bukan senang tangan yang selalu menekan keyboard nak menulis.  :P

Monday, November 26, 2012

Bulan

Andai bulan mampu bersuara, ingin saya bertanya kepada bulan, kenapa harus dia yang saya rindukan?

- Sungguh Aku Jatuh Cinta

Majlis Pernikahan Nasuha & Farahin

Location : Kuala Kelawang
Date : Nov 24

Sesudah solat Subuh dah keluar rumah tau sebab janjinya pukul 7 pagi berkumpul di Plaza Tol Nilai. Dah la pagi tu hujan melebat sangat so kereta pun dibawak bawah 100km/h je la. Harus berhati-hati ye. Kami sampai at 7:30am and still needed to wait for Anik yang dari Gombak. Kejap aje pun and then dia sampai.

Next stop kami di Plaza Tol Setul di highway Lekas tu. Masing-masing nak ke toilet. Dari situ baru Abang Lan sekeluarga joined us as depa memang terus guna Lekas dari Bandar Kinrara. Kemudian kami terus ke Kuala Kelawang. By 9:30am memang dah sampai pun di surau di mana majlis akad nikah diadakan. Disediakan breakfast oleh keluarga Farahin.
Dr. Farahin, si pengantin pompuan yang comey
Nasuha, anak buah Inchik Intan Payung 
 Meh interframe :P
Jauh beza warna kulit kami :D and jerawat sebesar alam di dahi... Dangggggg!

Pukul 12 tengah hari gitu kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk makan. Ada masak lemak daging salai yang sangat marvelous. Menu wajib orang Nogori kan? Gambar food tak amek pun. Makan sajok. Gambo family pulak ada dalam kamera Haziq. Mamat tu tak tau zaman bila tah akan upload gambo. :P
Selamat membina keluarga sakeenah, mawaddah wa rohmah untuk Nasuha and Farahin si pegawai di Pejabat Zakat Selangor dan si doktor gigi yang saya belum tau posting di mana. :D