Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Eid Mubarak 1432H
Kisah gambar ni...
Ibu: Iman, Ibu ada ais
Iman: Mana boleh minum ais. Nanti demam
Ibu: Eh? Cuba Iman rasa Ibu. Ibu dah demam belum?
Iman: Mana ada
Iman habiskan air dalam gelas dia and pergi tempat ais
Ibu: Aik, Iman nak ambik ais eh? Nanti demam kan. Tak tayu...
Ibu: Aik, Iman nak ambik ais eh? Nanti demam kan. Tak tayu...
Iman: Mana ada....
Itulah gaya Ibu menyakat Iman yeeee. Naughthy eh? 
More photos available here (kalau nak tengok le
Friday, August 26, 2011
Jumaat Terakhir di Ramadhan ini
The last Friday of this Ramadhan and the last day at work before cuti Raya and kepala sangat berat, sangat sarat saat ini sampai terasa nak termuntah. Kerja banyak! Benci!
It seems so fast that Ramadhan will leave us. Sayu kan? Mood nak raya tak jugak datang-datang. Last year a day before raya baru mood raya itu datang. This year, tah le. Biskut raya pun tak order except Tart Nenas Acik. Tu pun tinggal setengah balang je lagi. Bebudak suka. Saya pun dah buat Choc Chip 3 adunan and semua pun anak-anak dah abiskan. Tetiap hari diorang nagging, "Ibu, buatla lagi cookies." Itu kereta biru pulak mintak ditukarkan bateri and yet to do. Kalau tak tukar bateri, camana nak balik kampung? Banyak benda yang belum rupanya. Packing baju apatah lagi. Langsung tak bersentuh. The best part, duit raya pun belum tukar lagi. Balance last year ada la sikit. Apa nak jadi ye? Tah ada lagi ke tak duit baru di bank. Argh! Tak nak rayalah.
Nak raya orang nak dengar lagu raya but I keep on listening to this song. Tetiba tersuka lagu ni. Macam cute je budak Ainan ni bawak lagu ni.
Untuk kawan yang lahir on 27 Nov yang suka lagu Aku Suka Dia bila saya sent lagu tu via Whatsapp, ni lah dia penyanyi Aku Suka Dia itu. Comey kan?
Sebut Whatsapp, hari ni tetiba ada yang main-main hantar Whatsapp message. Katanya kawan lama kampung sebelah. Nasib dia pakai number C*lcom, kalau pakai number Max*s harus kawan di Max*s akan saya contact untuk dapat tahu siapa owner number itu. Tak sukalah orang main-main ni!
I think this would be my last entry before Raya, so songs for all. Both are my personal favourites.
I think this would be my last entry before Raya, so songs for all. Both are my personal favourites.
Wednesday, August 24, 2011
Salam Eid ul Fitr
At first I wanted to scan kad raya with my hand writing but then the scanner ada problem. Ambik gambar ada silau sikit so last resort, ini aje la. Saja nak dera mata korang before bercuti raya.
Bila lagi nak dera korang baca tulisan cakar ayamku kan? Sila click pada gambar to enlarge them.
Juga sila baca sambil imagine kita tengah salam sambil cium-cium pipi macam selalu.. Opssss... tu untuk perempuan je. Yang lelaki muaahhhhh jauh-jauh. 
Oh ya, tolong doakan Kakak sihat ye. Ada air di lower lung dia and we need to monitor her. If that is getting worst or her body doesn't respond to the medication, she will be hospitalized. Thanks!
Oh ya, tolong doakan Kakak sihat ye. Ada air di lower lung dia and we need to monitor her. If that is getting worst or her body doesn't respond to the medication, she will be hospitalized. Thanks!
Monday, August 22, 2011
Iftar Kurik Kendi
I had blast Saturday you know despite of having bad feelings before that. Iye le, Friday I received an email that I have been assigned to unwanted project for temporary and for that project, I need to be in the office for some reasons. Dangggggg! It really spoilt the mood.
My great Saturday started as early as 10:30am. Pergi Pasar Tani dengan perasaan excited beli ayam nak buat roasted chicken and also fried chicken. Dapat jugak tudung yang agak murah. Shawl 3 segi dengan 3 kuntum bunga, dapat RM40 for 3 pieces. Lepas pasar, headed straight to Tesco to buy the stuffs to bake Shepherd Pie then balik rumah terus la membersihkan ayam. Ayam dibeli 3 ekor so jenuh la nak bersihkan ye. Dah siap, terus marinate untuk fry and roast. Then terus prepare bahan-bahan untuk Shepherd Pie. Semua ni siap dekat kul 6pm jugak.
Wonder tak nape banyak sangat benda nak masak? Hahahaha. I hosted Iftar for Kurik Kendi Team la last Saturday. Those yang tak dijemput tu, sorry yek. Raya Insya Allah kalau ada kelapangan dan rezeki.
While I was taking the shower, Zirap and Chomb dah sampai. Sian they all unattended for a while. Masa saya turun tu, salam-salam they both, Zirap cakap yang lain pun dah sampai. Masa tu nasi belum masak, ayam belum goreng and sup pun belum masak. Belum potong apa-apa pun actually. Teruslah tuan rumah masuk dapur basuh beras and panaskan minyak goreng ayam.
Then keluarkan bahan-bahan buat sup. Kena masak something soupy sebab pengarah project tu masih tak sihat. Tekaknya ketat and kena makan something yang smooth gitu. Host ni kan baik masak pun fikir kengkawan.
Padahal anak-anak dia yang suka makan soupy food!
Siap masak pun dah 7:15pm. Mintak tolong kengkawan la kan bancuh air. Acik buatkan 3 jugs air oren and Norae buatkan air teh. Alhamdulillah semua ready before azan Maghrib.
Excuse the kitchen yang bersepah and tunggang-langgang
Aku sedaq diri En. Anon sebelum ko kutuk aku!
Aku sedaq diri En. Anon sebelum ko kutuk aku!
Tokey air oren yang dipuji kesedapannya oleh Inchik Intan Payung. 
Potluck
Puding Pisang Diraja by Chef Norae sangat lazat
Sagu Gula Melaka Chef Ina, makan semalam baru nikmat sebab hari tu terlebih tuang gula melaka
Kuih talam keladi Chef Norma sedap!
Daging masak kicap Chef Zira kesukaan ramai and Zirap, Inchik Intan Payung suruh mintak resepi

Chomb dengan signature dishnya iaitu Keli masak sambal
Bila tuan rumah diapit oleh orang-orang yang berbedak, terus rupa nampak kusam. Pipi aje merah pasal baru lepas memasak. Itu rupa roasted chicked, Shepherd Pue, ayam goreng and sup. Tuan rumah tak reti masak, itu pasal masak yang simple-simple aje. Sorry ye tetamu. Untuk yang dah jatuh chenta sama itu Shepherd Pie, kalau mahu mencuba sila ke sini untuk resepi ye. Nanti bagi tok guru rasa tau! 
Kesian mak buyung sorang ni. Nampak no kemengahan
Kami semua berjemaah Isyak dan Terawih di Surau An-Nur yang hanya di depan rumah no 9 itu except Zirap and Chombie. Anak Zirap yang kecik, Ucop serta husband dia tak ikut sekali. Itu pasal dia terpaksa excuse herself early and since Zirap menumpang Chomb, Chomb pun balik awal. Terubat rindu dekat Cik PTD Unggul itu akhirnya. Lama sungguh tak ketemu sama dia.
Sempat posing before pergi solat.
Suci murni semua ye.. pilihan mak mertua ok?
Suci murni semua ye.. pilihan mak mertua ok?
Balik terawih semua kehausan. Terus meneguk air sambil melepak di atas lantai. Then pindah duduk kat meja makan untuk second round pulak. Barulah naik ke atas untuk orang itu yang ingin try loose powder and compact powder tuan rumah mencuba apa yang patut. Jugak sessi demo memakai shawl. Sib baik tuan rumah tak kenakan fee aje. Ahaks!
Dekat pukul 12 jugak baru mereka meninggalkan rumah saya. Hopefully semua berpuashati. Terkurang apa-apa, ampun maaf dipinta ye dan jangan serik datang lagi. And untuk pengetahuan korang, perkara yang paling tak dapat saya lupakan ialah Ina menjadi gadis pilihan ibu mertua. Lemah lembut, suara pun dengar dengan idak aje. Tak tahan aku nak gelak tiap kali Ina bukak mulut. Tapikan kat surau, suara dia ok jek. Hahahahahahaha. Aura surau tu kuat untuk mengembalikan suara dia. 
Pose terakhir kami di malam itu
*All photos are taken using Ina's camera sebab tuan rumah lupa nak charge camera, pulak tu dia dah requested seseorang itu membawa D90 tapi orang itu terlupa la pulak!
Saturday, August 20, 2011
To Smile
Sometimes in life you just do not have any reason to smile and you also do not want to smile by any chance. That's what I feel at the moment. I'm really looking forward meeting up right people that would make me smile again.
Thursday, August 18, 2011
Office Look
Inilah office look orang tu yang work from home memanjang tu. Bulan Ramadhan ni lagilah tak heran dia nak gi office kan? Agaknya kalau boss dia suruh pergi office, harus kelat mukanya. 
Tuesday, August 16, 2011
Kawan-kawan
Kawan 1
Dulu kan masa mula-mula pergi UUM, terus orientation kan. Masa tu zaman matrik di Kolej Telekom. Tah camana saya boleh berkenalan dengan Ezamrina and kami jadi sangat rapat. Lepas orientation, dapat tahu kelas masing-masing and kebetulan kelas kami berdekatan. Dia di kelas 7, saya lak di kelas 3. Selalulah kami ke kelas bersama-sama. Kami ngam sampai degree gak.
Last saya jumpa Ezam masa dia bersalin twins. Tahun 2002. Dah lama sangat. Tapi kami selalu gak on the phone after that. Some more masa tu dia kerja ngan JPA. Tahu tak dulu saya ni dapat scholarship JPA and ikut agreement lepas grad kena daftar diri. Ala-ala kena serve government la. Dah depa taja ko nyer fees segala kan? Tapi kan saya tak lapor diri pun. One day tu Ezam called, "Wei, nama ko nak kuar suratkhabar. Orang yang dikehendaki untuk lapor diri kat JPA. Ko nak aku tolong ko tak?" Teruslah seperti orang disorongkan bantal time ngantuk tu. Jangan ditanya apakah pertolongan Ezam itu. Itu rahsia kami berdua.
Then Ezam pindah ke Kuantan ikut Nasution, husband dia. Senyap sekejap kami time tu. Phone number dia pun takleh nak contact but once she's back in Klang Valley and kerja kat Kastam, kami contacted each other balik. But after a while dia diam balik. Phone number again not in service. Tah camana kami jumpa balik kat FB. Tapikan semalam, tanpa angin tanpa ribut, dia called. Suka tau! Lama tak gayut dengan Ezam. May be sebab hari tu masa di Bali Feel, Adik ada called Ezam and cakap saya depan Adik. Kami 3 angels gak dulu.

Dulu-dulu we both kuat gelak. Cakap sikit je tapi gelak yang lebih. Semalam pun sama. Tak berubah! Kalau laki-laki kami ada kat sebelah sure geleng kepala. Eh! Chup! Saya kalau di sebelah Inchik Intan Payung, agak behave. Ala-ala perempuan Melayu terakhir gitu.
Bukan hipokrit cuma dia tak suka saya berhuha macam zaman anak dara. Saya pun terpaksa adjust diri saya untuk jadi orang yang dikehendaki gitu. Isteri mithali katakan. Muntah di bulan puasa, batal puasa ok. Tambah lak ini memang sengaja muntah. 
Semalam ada jugak sesi mengimbau zaman silam. Bercerita pasal size kasut kami yang sama dulu. La ni Ezam kata size kaki dia dah naik. Ayat dia semalam, "Ko tau lepas beranak, badan aku dah lain. Kaki aku pun besar. Dulu kaki kita sama size kan? Sekarang ni dah naik 2 sizes. Sekali beranak naik satu size. Pinggang jangan cakaplah! Malu tengok pinggang sendiri. Permenant damage lepas beranak around 5kg tau" Camana tak gelak sembang dengan Ezam? Saya jugak bertanya dengan "Kenapa susah sangat nak jumpa dengan ko sekarang ni? Phone number pun asyik bertukar" Tahu apa jawab dia? "Aku segan la dengan kawan-kawan. Semua berjaya. Aku je macam ni. Dengan size badan dah tukar sekali. Zira tu dengan keje Manager TNB la. Aku dengar semua kawan-kawan success dalam life. Hari tu aku jumpa Ajue kat Ampang Park. Aku sembunyi takut dia nampak aku. Dia dengan kengkawan Cina dia." Then saya cakap, "Biasalah dengan Chinese. Aku dulu zaman gi opis, selalu lunch dengan member Chinese gak. Bila kerja dengan majoriti Chinese, pandai-pandailah." Then Ezam jawab, "Aku kerja semua dengan Melayu. Speaking pun dah tak reti. Lagi aku malu nak jumpa orang." Geram tahu cakap dengan Ezam. Merendah diri sesangat sampai dah low self esteem nak jumpa dengan kengkawan lama. Ajak jumpa pun tak nak. Nak jumpa Ezam.
Kawan 2
Quote ambik dari makcik Zirap aka KopiSuam 'Maka kalau baju raya bukit gambir takde kelas lah bak kata orang kaya kelang yang telah berhabis puluhan ribu ringgit aku ulangi puluhan ribu ringgit demi hari raya yang bakal menjelma setengah bulan lagi. Apa kelas baju raya tak lip lap lip lap kan di hari raya. Raya kena mengerlip. Ni sumer pengaruh rakan sebaya ni. Tapi pengaruh positive mak suker ajork. Yang habis puluhan ribu ringgit tu mak pun rasa cam nak terpengaruh jugak tu heheheh ehheheh buleh orang kaya :) ' Eee.. propah aje. Tak pasal-pasal itu roomate lama saya, Dd duk berteka-teki. Jugak Zie. Berwhatsapplah kami kekdahnya mengexplain apa yang patut. Mak aii... rosak bahasa. Baru je Kakak tanya bahasa rojak itu apa. Tengoklah penggunaan bahasa rojak Ibu dia. Dasat!!!
Kawan 3
Hari Sabtu ni ada program untuk kurik kendi. Tetiba project manager yang gila kuasa itu nak menarik diri. Haruslah ahli semua naik hantu kan? Serasa kami ingin berpiket di depan rumah dia sambil mencurahkan cat merah pada kereta dan rumahnya. Aci tak? Alasan pengarah project gila kuasa itu sakit lama dia berulang. Sakit lama dia tu ada infection gitu di peti suara so tak boleh nak sembang sakan. Read as bila takleh goss together akan sengkak la. Takde kepuasan di situ. Itu alasannya. Alasan yang sangat tak boleh diterima. Kertas ada, boleh aje nak jot down apa yang nak cakap. Tak nak tulis, lappy ada. Boleh je taip apa-apa. Tak pun berkakao or berwhatsapp la kita. Dah free wifi provided kan? Jangan guna alasan yang tidak diterima umum di masa depan ye? Please think out of the box. Masing-masing creative.

Monday, August 15, 2011
Tangis Senyum
Yang buat saya menangis
Selalunya bila kita diduga, kita rasa dugaan kita tu cukup berat. Macam orang lain takde yang diduga seberat kita. Tapi pernah tak kita baca atau cuba lihat dugaan orang lain? Cuba baca sini dan sini, menitik airmata.
Yang buat saya tersenyum

Adoi, lawak! Terbuntang mata merasa kesedapannya ye?
Budak Zack yang lukis gambo ni posted di FB dia with the caption perempuan suka tanya 3 soalan ni. Hmmm.. Iye ke? Nape saya tak pernah tanya soalan ni kat itu Inchik Intan Payung? Bukan perempuan eh? Hahahahaha... Mabbe ini soalan untuk bebudak yang baru nak kenal erti hidup. Yang masih mentah lagi. Tapi kalau saya tanya soalan-soalan ni kat awak, apa jawapan awak?
En. Anon kalau baca ni sure kata saya gedik 

Apahalnya saya nak tersenyum nengok kartun tu kan? Zaman itu semua dah berlalu. Cuma teringat perbualan dengan Ina pada hari tu tentang bumbung Whatsapp jugak antenanya. Mesti nak tersenyum sebab macam berkait. Nanti adala tu cikwoks yang sengkak pastu marah cerita separuh jalan.
Ala, takde kena mengena ngan kamu lah. Jangan risau! Ini pasal aktiviti skodeng oleh stalker terhebat.
Saturday, August 13, 2011
Emosi
Few days ago ternampak status kat atas tu dan buat saya terfikir, iye ke perempuan gitu? Rasanya it's not related to the gender but more to emotional seseorang, kan? Emosi tu in certain circumstances is far ahead from the rational thinking and makes us do something stupid. Tak kira lelaki ke perempuan ke bila dah dikuasai emosi, dunia pun boleh terbalik. Tu yang sanggup berbidas kata, memutuskan silaturrahim, menjauhkan diri segala tu. In social networking, bukan aje apa yang ada kat atas tu, tapi ada yang block terus. Emosi habis lah tu kot.
In woman and man relationship ni weird kan? Dulu masa kat UUM, saya rapat dengan Yop. Kawan lelaki pertama yang saya kenal dari waktu matrik selain daripada my classmates. Kami sama-sama mengajar juniors paper Quick Basic. Konon budak terror paper programming time tu kan? Sayalah sebab Yop memang terror.
Memang kami baik till degree time tapi saya memang takde apa-apa perasaan lebih dari seorang kawan tapi rupa-rupanya ada orang salah anggap bila melihat saya rapat dengan Yop. Orang itu ingat saya ada hati dekat Yop and dia pergi bagitahu Yop about that without my knowledge, of course. Bila saya tahu ni? Last year when Yop told me about that. Then I laughed out loud as seriously it was never be that way. Langsung takde perasaan. I told him, "Ko patut tanya aku dulu." Then dia cakap, "If I told you masa kita muda remaja, will you accept that story?" It was a hard question thrown by him and it made me think before I replied him, "Aku rasa kalau ko bagitau aku dulu, aku tak kawan dengan ko dah pastu. Muda remaja, mana reti nak fikir secara matang. Malu pun sama." Masa muda remaja, emosi kita akan melebihi rational thinking kita, kan? And thank god Yop tak bagitahu dari dulu as it could ruin our friendship and after all kami masih berkawan sampai sekarang.
Note: Untuk kengkawan yang baru tahu cerita kat atas tu, jangan nak gelakkan aku! Aku ngan Yop? Haih! Tak tercapai dek akal ok?

Friday, August 12, 2011
Bingung
Baru 12 Ramadhan and I'm already having the headache on what to cook. Semalam masak nasi, masak lemak putih kobis dan ikan kurau goreng, langsung Abang tak sentuh. Selera Abang tu lain macam sikit. A bit westernize(ada ke word ni? belasahlah labu). Adik punya selera pun ala-ala Abang jugak but if there is no other dishes except rice, she still eats. Abang kalu, haram tak jamah kalau tak kena dengan selera. Tertekan Ibu dia. Mana dapat gen memilih sangat bab makan tah! Nak kata ada gen omputeh, rasanya takde. Ibu dia sah-sah nampak macam rupa Melayu je. Kulit pun takdelah putih cam omputeh. Babah dia lagi la. Memang sah-sah Jawa.
Disebabkan Ibu ini telah kebingungan, please please suggest the menu yang best and easy to prepare that able to attract my kids especially teruna sorang tu. Harus diingat saya ni malas nak buat yang renyah-renyah.

Thursday, August 11, 2011
Rambut Anak
Tengoklah fringe budak ni. Dah panjang and dah masuk mata pun. Tuan empunya badan pun dah requested untuk potong rambut. "Ibu, tengok rambut Baby ni. Dah masuk mata. Jomlah potong rambut. Baby tak nak Babah potong. Tak nak pergi kedai kat 99. Nak potong kat Jusco." Tau nama saloon yang dia refers kat Jusco tu? APT. Trim rambut by junior hair stylist pun RM15. Ni rege awal tahun hari tu. La ni tak tau la kalau dah naik. Punyalah demanding budak ini. Ikut perangai sape nak oi?
Kedai kat 99 yang dia sebut tu lak saloon biasa kat area umah ni. Tapi agak pricey. RM10 untuk trim sikit je. Macam tak worth langsung. Tak tau kalau kat tempat lain dapat murah. Bandar Puteri ni apa aje yang murah? Makan pun mahal. Macamlah orang-orang kaya yang duk sini.
Dulu Abang selalu mintak potong rambut di APT till jumpa kedai murah di Sijangkang. Abang dengan Baby punya rambut jenis cepat panjang. Abang tu almost every month kena potong even dah potong cukup pendek. Takkan every month nak donate kat APT kan? Tu jumpa yang murah and elok pun dipotong, terus stick kat situ. Dulu RM4, sekarang dah naik jadi RM5 but still cheaper.
Subscribe to:
Posts (Atom)