Sunday, July 31, 2011

Shopping Before Puasa

Dah nak puasa ye? Cepatnya masa berlalu. Ramadhan makin tiba. Nak sambut Ramadhan ni macam-macam dibuat, udahnya penat sungguh! Hari ni dah siap-siap shopped segala barang basah nak masak untuk berbuka dan bersahur. Oh! Saya jarang pergi pasar Ramadhan ye. Selera tak besar di sana ditambah cepat pening bila ramai orang. Rela masak sendiri. Kagum tak? :P

Kejap lagi mahu membuka kedai laundry. Matahari baru nak memancar, haruslah membasuh baju kotor yang bergunung-ganang. Juga mahu melipat kain yang bergunung-ganang jugak. Apa yang tak bergunung-ganang ye? Hish! Fail sungguh bab membasuh dan melipat baju ni. Plan asalnya semalam nak lipat segala baju tu tapi semalam Baby kena asthma attack. Bila sakit, mulalah berkepit dengan Ibu. Sudahnya Ibu langsung takleh buat apa except layan tv. Lame reason, isn't it? :P

Hari Jumaat hari tu saya dicucuk oleh Kakao Team untuk ke Nilai Square. Khamis tu bertanya depa about the curtain. I went to the curtain shop actually on Thursday and the owner quoted me for 3k just for downstairs and also my room. Curtain biasa-biasa aje bukan fancy pun for that much. Crazy isn't it? Tu yang bertanya depa-depa semua tu. When came Friday, ada orang tu siap cakap, "aku free tengah hari ni coz training aku pagi aje, boleh aje teman ko." Hello, how on earth I have such a good friend who's offering herself to accompany me to get something that I want? Kawan sejati kan? Lucky me for having the real friends in my life bukan kawan masa senang je ada, time susah laju je lari meninggalkan kita terkontang-kanting sendiri.

Masa tu we tried to ask Ratu Menyongket di kalangan kami to join us as well. I was at the dentist that time so tak sempat nak tau update sangat. Ramai pulak tu patients on Friday tu. Semua orang pakat jumpa dentist on the same day ke? Bila selesai urusan dengan dentist I called the one who offered herself to accompany me as I wanted to pick her up. Bila dah sampai Taman Desa nak picked her up tu, baru tau Ratu Menyongket jadi to join us. Sukanya hati tak terkata. Terus kami ke UPM untuk ambik Ratu Menyongket. Tanpa ratu, takde makna menyongketlah kekdahnya.

Sampai Nilai Square mission mencari curtain bermula. Kata mereka saya ni cerewet orangnya untuk mendapat spesifikasi yang saya inginkan. Hahahaha. Yeah! When I set my need/determination, I will try my best to get it as expected. But, but sukalah ke Nilai Square sebabnya berjaya jugak mendapat baju raya untuk saya dan the girls. Curtain pun dapat for the half price of the amount quoted by the curtain shop near my house. Kami sampai Nilai Square about 3:30pm and left the place about 8pm. Lama kan bila perempuan shopping? Kami saja left Nilai Square after Maghrib prayer so tak payah terkocoh-kocoh nak kejar Maghrib di jalanan. Acik pun dapat baju rayanya yang tak dapat semasa di Jalan TAR. Ina lak berjaya merembat jubah lip-lap untuk Maknya. Masing-masing puaslah meninggalkan Nilai Square tu. Tapi sekarang ni teringin pulak mendapatkan beberapa baju yang saya tested on that day tapi tak beli. Boleh? :P

Dari Nilai kami singgah Kajang dulu. Pergi Taman Sutera mengambil karipap jugak lilin aromatheraphy Ina kirim dekat Zirap. Zirap ke IKEA hari tu. Dah siap cakap awal-awal, "aku tak nak turun dekat rumah Zirap, nanti lama pulak bersembang." Kami just ambik barang, salam-salam and then chow terus ke UPM. Ina ambik kereta dia and Acik pun followed Ina sambil Ina menunjuk jalan untuk saya balik.

Pukul 10pm baru sampai rumah disebabkan jam. Jumaat tu agaknya memang hari jam kot. Banyak places yang jam. Kat Puchong ada, kat belakang USJ tu menghala ke HICOM tu jangan cakaplah. Tension! Nasib baik balik tak kena marah sama itu Inchik Intan Payung. Habislah kot episod shopping saya untuk raya. Tak daya dah rasanya. Pulak tu udah bankrupt jugak! Baru gaji, udah bankrupt, how la to survive?

Thursday, July 28, 2011

Ronggeng Kakao Team

Ronggeng is always fun and awesome if we could ronggeng with the best buddies who can accept us for whom we are. Able to laugh, able to giggle, able to consult each other jugak jangan dilupa able untuk mencucuk guna peniti baik punya! Hahahahha.

Yesterday was my ronggeng day together with Kakao Team. Ada Acik, Zirap, Ina and Adik dari Jalan TAR and then Eton Chandra joined us for our late lunch. Kami meronggeng di Jalan TAR with the mission mencari baju raya jugak tudung. Baju raya itu Inchik Intan Payung and Abang dapatlah tapi baju raya saya dan daughters belum dapat. Takde yang berkenan di mata or kalau berkenan pun, takde warna idaman. Baju kurung kalau nak cantek, silalah ke Jakel. Ini ready made punya. Sangat cantek di mata saya! Gulati's kalu macam pariah aje. Maya pun not bad. Arked punya material dia tak sama dengan butik-butik mahal tu la. Yang butik mahal of coz nampak exclusive gitu. Padanlah dengan regenya.

Semalam while we were at Jalan TAR, ada orang tu beli emas. Hish! Kaya bebeno. Tengok le gambo ni kalau tak caya.
Tu dia rupanya yang sebok menerai :)

Suka ronggeng di Jalan TAR. Dapat tudung raya glam gitu! Hahahaha. Jugak dapat neck cover inner yang murah tak yah cakap lagi la. I bought online the cheapest is RM22 per piece while di Jalan TAR, I got for RM8/piece pasai beli banyak. Harga borong dikasinya. Nangis kan nengok regenya?

Lepas selesai ronggeng di Jalan TAR di waktu hujan, kami ke Bali Feel nun di Bangsar South for our late lunch. Makan bersama Eton Chandra. Syok jumpa kawan yang lama tak jumpa ni. Indescribable feeling. Tak lama pun melepak di situ as Eton kerja. 
En Anon nak kutuk ku gemuk ke takpe. Duk depan harus pasrah untuk nampak gumuk!

Then I send Adik ke BHP Station dekat Pantai tu. Tah macamana kami bercerita pasal zaman UUM. Pasal kelas Multimedia Networking. Adik tu hampeh tau. Dia ambik kelas tu sama-sama denganku jugak satu group untuk paper presentation, dia boleh lupa. Tergelak kami semalam ingat balik class dengan Puan Zulikha yang digeruni suatu masa dahulu. Paper tu paper elektif bebudak Network tapi tah camana kami rela menadah leher disembelih Puan Zulikha. :P Sempat jugak mengimbau kelas En Roslan masa first semester. Paper C programming masa tu. Adik boleh lupa sayalah partner in crime dia. Hampeh tau Adik tu! :P Jugak mengingati balik masa kami menjadi AJK Minggu Kerjaya. Part ni ngeri bila ingat balik sebab ada senior yang gila-gila mengejarku lepas abis Minggu Kerjaya. Mamat Kelantan. Sungguh tak kenan. Time ni lah mintak tolong si Farid. Nasib baik ada itu Farid penyelamat.(Orang Ipoh nun jangan jeles aku menggunakan jejaka idaman sepanjang zamanmu :P) 

Dari Pantai kami meneruskan ronggeng kami ke Stadium Melawati pulak. Ada Metrojaya Sales di sana. Tapi kan saya takde nafsu nak bershopping di sini. I bought a rug nak letak kat dapur, socks aje. Semua pandang tanpa nafsu. Syok jugak bila tak bernafsu, jimat duit. Hahahaha. Banyak lagi nak guna duit ni. Curtain belum buat wei! :P

Monday, July 25, 2011

Bila Rasa

Bila orang mengeluarkan kata yang mengguris hati kita, mesti kita rasa tak selesa. Tak teringin nak bersua muka pun dengan si dia apatah lagi nak bermesra. Menjauhkan diri itu rasanya wajar.

Sama jugak bila orang tak lagi ingin berkawan dengan kita. Mesti ada rasa yang terbuku di hati yang menyebabkan kita tak ingin terserempak dengan si dia sebab kita tak tahu bagaimana reaksi yang perlu ditunjukkan kalau tetiba dipertemukan. Nak senyum tapi adakah ikhlas senyuman yang dilemparkan? Buat-buat tak kenal, tapi ada rasa ingin menegur disebabkan kita pernah berkawan dengan dia. Baik tak dipertemukan dari terus rasa serba salah. Itu lebih baik rasanya.

Sunday, July 24, 2011

Majlis Khatam Quran

Semalam hajat di hati nak ke Sg Merab pepagi buta tapi hal rumah itu tak memungkinkan. Banyak betul urusan. Hari Jumaat malam Sabtu tu saya tidur dah pukul 2 lebih mengemas bawah disebabkan kerja-kerja di dalam rumah dah nak siap. Touch up sikit-sikit aje yang tinggal. Pepagi semalam bangun mengemop lantai lagi untuk kali ke berapa sebab masih terasa dusty. Then Wak yang buat rumah ini mintak cat, itu ini kena ulang alik few places jugak mencari bahan-bahan yang diminta itu terus jadi lambat ke Sg Merab.

Atas permintaan Ina, ni ada beberapa keping gambar bahagian dalam rumah.
Suis yang terlampau banyak and yet to do the labelling
Lampu di living hall, chantek bagi saya. Tengok effect di siling. I like! They are cheap though. (^_*). Bought them from House of Lighthings nun di Puchong Utama. Caya tak satu tu just RM79? :P Asalnya di sini I used cornice yang sama dengan rumah Zirap tapi bila new watching area buat L-Box Light Through, tetiba beam rumah nampak senget. Nak tak nak terpaksa rendahkan sikit siling sini by 3 inches and pakai L-Box. Kalau nak maintain cornice lama, lagi banyak kena turunkan siling which is not my preference. Decision dibuat oleh saya by phone masa on the way dari Melaka. Gila rasanya! Itu Inchik Intan Payung bab interior design ni memang fail!
New watching area. Last time main door sebelum tiang tu. Actually I don't like the center yang bulat letak kipas tu but itu Inchik Intan Payung asked the person to put when I was in PD so haruslah terima. L-Box Light Through tu was my idea mengenangkan ada saluran paip yang perlu ditutup dekat dengan tiang itu tapi siling memang terpaksa direndahkan banyaklah jugak. Siling asal was 11 kaki dan sekarang rasanya less than 10 kaki.

Tayang gambar siling ajelah dulu ye as flooring belum siap lagi. Furniture pun belum bersusun. Yang tu kita bersabar dulu ye?

Back to cerita majlis Khatam Quran tu, I reached Sg Merab at 2pm dengan t-shirt and seluar pakai kat rumah aje. Then Fiya mintak pakaikan tudung dia. Dah siapkan Fiya barulah mandi-manda and bersiap. Siap pun majlis dah started. Kakak dengan Fiya gilir-gilir baca surah. Then marhaban dan berzanji segala. Lama tak layan orang marhaban ni.
Gambar lain tunggu itu official photographer, Hafiz Hamdan itu sukasukaphoto. :) Semalam sempat sembang dengan Hafiz dan dia tunjuk customize album yang dia buat. Cun wei! RM350 for the album itself. Teringin nak buat sebab gambar dia sangat cool. Korang layan tumblr tak? The concept almost the same as tumblr. Cute aje. Hafiz jugak tunjuk the frame yang dia buat. RM70 inclusive of postage semua. Cool! Semalam terus cakap kat Hafiz, "Nanti akak sms Hafiz nak print gambar mana for the frame." Kena cari balik CD gambar. Tah ke mana sebab rumah kan macam tongkang pecah. Tak sabau tau nak nengok hasilnya. :)

Majlis Mama kan saya dah cakap awal-awal sure grand nya. Hahaha. Memang betul pun. Yang menempel ni memang gila poyo! Baju Fiya pun sangat chantek. Baju Kakak memang tak sempat nak beli. Pakai je apa yang ada. Inchik Intan Payung dan Abang tak ikut pun kami. Abang nak main bola petang while Inchik Intan Payung monitor orang-orang yang buat kerja dekat rumah. Adik-beradik Inchik Intan Payung yang ada, Kak Mai dengan Kak Ina aje. Diorang stay sampai senja macam kami jugak. Baby tu ajak balik semalam, "Nanti-nantilah Ibu." Dah memang dia cakap dari rumah lagi dia nak main dengan Iman and diorang berdua memang main berdua. Masa nak balik tu sedih lak Iman nak ikut. Nak sleep rumah Ibu sebab nak main dengan Haifa. Si Baby tu boleh fikir idea, "Nanti rumah Baby siap, Baby call Iman ye? Iman datang rumah Baby tau?". Mama, pindah sini ajelah. Senang bebudak nak main tapi harga rumah kat sini sekarang semuanya dah dekat 500k. Starting price pun around 478k kalau tak silap for intermediate. 

Friday, July 22, 2011

Khatam

Kakak dah khatam Quran dari bulan 3 lagi. First week when I was in Akron and till now takde buat majlis khatam Quran ke pulut kuning ke untuk dia. Dia dah mintak banyak kali. Ibu tak pernah kukus pulut wei, camana nak buat pulut kuning? :P Hari Rabu hari tu Mama dia called, ajak rewang or sinoman(bahasa Jawa) untuk majlis tahlil dan khatam Quran Fiya jugak terus ke majlis bertunang adiknya hari Sabtu ni. Mama pun ajak Kakak join Fiya sekali di majlis itu. Bila ditanyakan Kakak, suka bebenolah dia. Benda yang dia duk impi-impikan so besok bermukimlah saya di Sungai Merab sampai ke senja.

Korang dulu khatam Quran umur berapa yek? Saya di darjah 3. Majlis khatam Quran pun buat masa hari kenduri kahwin. Masa kecik tu just buat pulut kuning je. Majlis Fiya yang Kakak tumpang ni tak tahu la sebesar mana. Mama tu kalau buat majlis, bukannya kecik-kecik. :P Kami hanya melukut di tepi gantang Mama dan Papa je. :P

Thursday, July 21, 2011

Teaser


Sesiapa yang dah lama tak datang rumah saya tu, kalau tetiba tengok yang macam gini di depan surau, jangan la terkejut or terasa tersalah rumah. Hihihihi. Inilah project menghabiskan duit. Tak sabar nak menunggu ianya siap sepenuhnya. Dek kerana membuat ini saya kerap terkena semput. Itu Inchik Intan Payung tah berapa kali kejutkan saya di tengah malam sebab melihat saya susah nak bernafas. Wheezing yang memang teruk. Dek kerana membuat ini jugak, saya dan Inchik Intan Payung kerap bertekak sebab kami memang tak sependapat. Pada dia cantik tapi pada saya buruk. Agak susah mencari penyelesaian bila taste tidak sama. Contoh terdekat kedudukan kipas tu. Saya mengalah tak buat center sebabnya memikirkan dia nak letak basikal atas keretanya tapi bila dah siap, saya pulak yang disalahkan. Haih! Gile kentang kan kipas kat luar sampai 3. Buat makan-makan lepas ni kome duk kat luar ajelah. Tak payah nak kemas kat dalam. Ngeh ngeh ngeh!

Ini hanyalah teaser. Bila dah siap sepenuhnya baru cerita bergambar penuh untuk orang yang mahu renovate rumah jugak. (*_~)

Tuesday, July 19, 2011

Baby's Birthday

It's July 19. Birthday si manja saya, Baby aka Irbahul Haifa. Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun pun dia. Tak sangka dia dah 5 tahun kan? Manjanya, menempelnya, menggeselnya, melesehnya, haiiiii... macam budak kecik lagi. Kalau jumpa orang yang dia tak berapa nak kenal, lagilah. Dukla pegang peha Ibu dia, nak jalan pun susah. Dia agak lambat panas dengan orang tapi once dia panas, tu dia. Ramahnya, manjanya, jenuhlah orang nak melayan.
Suka tau dia cari ketiak Ibu dia. Malam-malam pun nak tidur celah ketiak Ibu dia.

Kami dah potong-potong kek birthday Baby di Tangga Batu. Saja celebrate awal beramai-ramai, untuk kemeriahannya. Baby pun suka aje ada ramai aunties keliling dia.
Her birthday cake
Baby di saat memotong kek

Baby ni mempunyai mulut yang paling manis. Kalau saya takde kat sebelah dia, kalau dia calls saya, nanti dia cakap, "Baby dah rindu Ibu. Bila Ibu nak balik? Baby sayang Ibu tau." Kan ke sweet segala kata-kata dia tu. Itulah budak manja. 

Happy birthday sayang. Ibu pun sayang Baby. Nanti jadi anak yang solehah ye? Doakan yang baik-baik untuk Ibu. 

Penat

Saya sangat-sangat penat sekarang ini. Hari ini rasa teringin hendak mengambil EL lagi tapi sayang pulak pada cuti so kerja aje lah. Pulak tu hari ni kena submit report for weekly meeting dengan client. Itu yang gagahkan diri jugak.

Kenapa penat ye? Jumaat lepas, Inah smsed tengah hari cakap Ma's condition agak teruk. Badan dia shivering and Inah planned nak bawak Ma ke HKL after Jumaat prayer. Masa tu I dah planned nak ke rumah Inah dulu. Tak lama lepas tu Inah smsed kata dia dah called ambulance sebab Ma dah teruk sangat and ambulance hantar Ma ke Hospital Selayang. Terus rushed ke Hospital Selayang and bernasib baik tak sesat ke mana-mana. Saya memang tak biasa dengan area situ. Sampai hospital terus masuk ke ER and Ma was at Yellow area. She was on 15ml oxygen and on drip too. Tak lama lepas tu kena tolak untuk buat ct scan. Lepas keluar dari ct scan, ada doctor pelatih yang datang tengok. Katanya takde new stroke and could be lung infection. Oh ya, Ma pernah kena first attack of stroke in year 2007. Doktor pelatih tuh suruh tunggu medical doctor pulak. Berzaman tunggu medical doctor. Senja baru datang and  dia pun cakap no new stroke, ada lung infection and ada kidney malfunction sket. Kena tahan masuk ward tapi nak dapat bed pun berzaman. Malam baru tolak masuk ward. Inah yang jaga malam tu and lepas saya sampai rumah, tertengok sms Inah katanya ct scan report baru keluar and ada new stroke. BP Ma hari tu ok je cuma reading diabetes dia la tak cantik. Tinggi even tak makan.

Sabtu tu saya dah ada plan dengan kengkawan, Ina, Norae, Norm and Zirap untuk ke PD and since Ma's condition stable and Inah and Cu pun gilir-gilir jaga and my turn on Sunday's night tu, pergi jugak berhuya di PD. Kami bertemu di rumah Zirap.  Anak-anak dara sampai pukul 2 lebih jugak while I was there just before azan Zohor berkumandang. At last kami berkonvoi ke PD dekat pukul 3 jugak. Sampai PD, kami cari makan dulu. Lapar wei sebab belum lunch. Dah tu Zirap bawak kami ke TNB condo untuk ambik kunci bungalow and Baby udah jatuh chenta sama itu swimming pool yang ada slide bagai tapi kami bukan stay kat situ pun. Bungalow agak jauh jugak dari condo.

Sampai bungalow, kami bersihkan lauk pauk yang belum sempat dibersihkan. Marinate dengan bahan-bahan yang dibuat oleh anak-anak dara then off we went to the beach. Seberang jalan beach nya. Dekat beach bebudak la seronok and mak budak mampu jadi tarzan aje la. Adoi!
Makan-makan di Cowboy apa ye?
PD TNB condo yang cun, Baby duk admire tempat ni :)
Di pantai
The kids

Balik dari pantai saja kami lalu jalan jauh. Pusing-pusing pasar malam cuci mata sama. Kebetulan bungalow TNB itu berdekatan dengan tapak pasar malam. Sempat kami membeli ayam goreng Uncle Bob. Nyum! Dah la dari Jumaat lagi mengidam nak makan sebab di pasar malam berdekatan rumah saya ada jual ayam goreng ni tapi disebabkan saya balik rumah pun lambat, Intan Payung pun balik lambat, melepaslah ayam goreng itu. Dapat di PD, rasa syukur sangat. Malam tu kami berbbq. Tak dan nak ambik gambar or melayan kakao pun malam tu. Sengkaklah orang-orang yang tak dapat joined kami itu agaknya. Kebetulan Adik aka Hamsatul Azyyati itu pun joined jugak bbq. Sos marinate bbq tu sedap lak tu, kami laju aje makan sambil gossip di tepi longkang. Heaven!

Pagi esoknya Zirap awal-awal lagi dah masuk dapur. Bila dengar Zirap dah masuk dapur, teruslah menjengok dapur sama. Then Norae pun joined kami. Anak dara yang berdua lagi tu masih menyambung tidur sesudah Subuh. Lepas breakfast sessi bergossip juga sessi 'menerai' neck cover inner jugak shawl yang saya pakai on Saturday tu. Masing-masing udah jatuh chenta sama itu shawl. Mau color itu jugak. Siap suruh kasi yang dah dipakai itu lagi. Haih! Tak boleh. Tunggu le aku belikan untuk kamu-kamu yang mau. Cuma shawlnya aje. Neck cover inner tu kamu beli sendiri nun di Edast Boutique ye. :P

Lepas itu kami meneruskan perjalanan untuk aktiviti Jalan-jalan Cari Makan di Tangga Batu. Sup tulang dengan asam pedas menunggu. Jugak sambal yang sedap. Fuhh! Bertambah tu makan nasi. Nyum nyum! Asam pedas tu nikmat sungguh. Sup tulang iols kureng sket! Jugak ada rambutan kuning! Auwwww... my favourite tu! 

Lepas makan, rehat-rehat, solat bagai, kami berempat aje as Zirap adalah ibu mengandung yang kepenatan juga menjadi nanny pada anak-anak yang tak mahu mengikut kami, meneruskan misi jalan-jalan cari makan kami di Limbongan. Mencari cuq keria. Sedap! Then kami pergi minum coconut shake nun di Klebang. Tobat perut penuh hari tu. Asalnya teringin jugak dengan Yong Tau Fu Pantai Puteri tapi bila perut penuh, semua pun tak menyelerakan di mata kami. Terus kami balik ke Tangga Batu sebelum meneruskan perjalanan balik ke Klang Valley.

Sampai rumah azan maghrib berkemundang. Terus membelek rumah kejap, then mandi, solat, keluar makan sebelum meneruskan perjalanan ke Hospital Selayang pulak. Masa tu mata tak tau nak cakaplah. Berat sungguh tapi gagahkan diri jugak. Kat spital tu tidur kat kerusi pun boleh lena pasal dah penat sangat. 

Esoknya tunggu Inah ngan Cu sampai baru balik. Cu menunggu saya turun as she wanted to take my parking lot. Full packed tu spital. Dari Hospital Selayang saya ke Taman Melawati melawat Baby Nur Qistina Damia, anak si Ayu. Haih! Adun Putrajaya tu lambatlah pulak kekdahnya sampai. Membedal cendawan goreng itu sangat nikmat bersama dengan air masak yang direquest pada Ayu. Hahahaha. 

Dari Melawati perjalanan diteruskan ke Shah Alam pulak. Mau mencuba soto Wak Lemon yang dah dibukak di Seksyen 7. Kami lalu Duke and masuk NKVE. Nun di Damansara jammed lah pulak. Pelik jugak kenapa sebab tengah hari jarang NKVE itu jammed unless waktu pagi ngan petang time orang pergi dan balik opis. Rupanya ada accident yang mengerikan. Ada mayat di tengah jalan tanpa kepala uols. Iols dah terjerit-jerit di dalam kereta while Norm lambat sket cakap, "eh, aku cari kepala tapi tak nampak." "Memang takde kepalalah Norm. Aku rasa dalam longkang sebab tu orang duduk tengok-tengok dalam longkang." Darah punyalah banyak di jalan. Meremang bulu roma bila teringat.

Dah sampai kat Wak Lemon, tutuplah pulak. Haih! Nasib tak berapa nak baiklah pulak. Terus kami ke Wong Solo aje. Mari berayam penyet lagi.  Dari Wong Solo barulah saya pulang ke sarang. Penat kan? Sampai sekarang masih terasa penat dan teringin nak pergi berurut kasi lega sikit.

Sampai rumah semalam baru perasan sms Inah yang Ma dah boleh discharge. Alhamdulillah.

Thursday, July 14, 2011

Kanser

Semalam mendapat satu sms dari Siti my ex-colleague masa 1st job dulu informing me that Omar dah meninggal. Omar yang menghidap kanser stage 4 tu. Masa tu pukul 2:14pm and Siti kata baru je kejap arwah meninggal. Tak sempat bertemu muka dengan Omar. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

A day before that ada chat dengan Ani, another ex-colleague of mine yang bagitau ex-boss dia yang before this had breast cancer and dah undergo operation, kimo bagai telah dijangkiti lung cancer stage 3 pulak. The treatment will start next week. Another kimo treatment. Moga dia jugak tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Dulu pun dia punya breast cancer jenis yang attacked aggressively. Kalau tak silap masa mula-mula detect the cancer was in stage 1 tapi masa tu dia mintak hold the treatment sebab anak sulungnya nak ambik UPSR. Within 2 or 3 weeks dia pergi check up, dah jadi stage 3. Ngeri kan? Tapi bila Allah turunkan banyak dugaan, maknanya Dia mencintai seseorang itu kan?

Tuesday, July 12, 2011

Merendek di Sect 7 Shah Alam

Today is merendek day with my girl friends. Yang ada as usual la Norae and Ina. Macam ada cop mohor gitu! :P We had lunch nun di Restoran Wong Solo Sect 7 Shah Alam. Tau area ini? Kalau tahu Jakel Shah Alam, restoran ini di row belakang tu. Same row as Hajra jugak Restoran Upin Ipin tu. Actually tak sure nama restoran tu tapi tibai jek letak Restoran Upin Ipin tapi itu memang official restoraunt diorang la. Ada jual merchandises they all jugak. Baby pun duk tengok-tengok aje tadi.

Lunch hari ni melayan Ayam Penyet la, apa lagi. Jugak Avocado Juice aka Jus Alpokat itu. Nikmat tekak minum jus itu. Sambil makan sambil kami berdiskusi pasal plan jalan-jalan kami. Biasalah kan? Kami kan ratu menyongket! Tambah lak ketua rombongan dedicated gile kalau bab-bab menyongket ni. Tak perlu bersuruh, sure laju aje. Kami jugak discuss perkara yang sedikit memeningkan kami dan sampai sudah takde solution. Poning kepala fikir bab satu ni!

Dah kenyang teringin pulak berjalan-jalan di kedai tudung yang ada di area situ. First destination Hajra la. Tanya kalau beli sekodi berapa rege semua. Macam nak jadi peniaga nak beli sekodi bagai. Hahahaha. Tapi untunglah beli sekodi ni. Jauh drop the price. Mulalah nak kumpul kengkawan pergi sesama so boleh kami borong murah-murah sikit. Or else boleh jadi peniaga tudung tapi dah bersepah orang jual tudung la ni. Ada ke yang nak beli if I'm selling Hajra tudung? :P Kami tak beli apa-apa pun di sini and then meneruskan perjalanan ke Ariani pulak.

On the way ke Ariani tu, tah macam mana Ina bertanya pasal syria yang saya pakai. Inner dia cantik terletak gitu. (jangan misunderstood ayat ini ye! :P) Then saya bagitau Ina yang I wear neck cover inner. Siap tunjuk lagi. I bought all my neck cover inner online. Kalau berminat, boleh ke http://www.alhumairacontemporary.com/ or http://www.edastboutique.com/. Both selling very good quality of neck cover inner.

Di Ariani macam takde yang menarek di mata. I just think that choices at Hajra more attractive. Keluar dari Ariani, lalu balik depan Hajra and tah kenapa kaki termasuk balik ke dalam kedai tu. Macam ada magnet gitu yang menarik kaki. Terjumpa neck cover inner dan Ina berjaya merembat sehelai. Material soft jeans dan sangat cantek. Terletak aje Ina pakai. Saya ada try syria yang ada piping. Cantek dan sekarang teringat-ingat. Tadi macam contemplating nak beli ke idak, la ni rasa macam teringin nak angkut dua-dua colors dark blue and pink. Susah bila jatuh chenta ni. Haih! Jom kengkawan shopping di Hajra.

Saturday, July 9, 2011

Karya Nazurah Aishah

Today is July 9, 2011 and hari ni malas nak keluar ke mana-mana sebab kat KESAS tu keluar je exit Bandar Puteri ni ke arah KL dah ada roadblock. Buat sakit jiwa aje kalau keluar pun tapi itu Inchik Intan Payung tetap keluar ke Bukit Kiara untuk training for next week race di sana. Next week kan ada Mountain Bike Challenge di Lembah Kiara. Dia keluar pukul 6:30am and only reached there at 8:30am. 2 jam tu nak sampai Bukit Kiara yang takdelah jauh mana. Katanya ada 4 roadblocks nak ke sana. Nasib la kan? I just don't understand why must the government asked the police to do the roadblocks hanya disebabkan opponent nak buat satu perhimpunan. Sepertinya takut pada bayang-bayang sendiri and ini cuma menyebabkan kemarahan rakyat yang stucked in the jammed. Semalam Pak Samad Said ada posted satu pantun as the FB status and saya sangat suka pantun itu.
Sembilan puluh satu watak disekat;
tiga puluh dua laluan ditutup.
Demokrasi tampaknya mula mangkat;
negara polis kini mula termaktub.

Udah cerita pasal itu sebab saya tak berminat dengan politik Malaysia. Too dirty! Baik kita bercerita pasal novel-novel yang dah dibaca karya Nazurah Aishah. I bought them during Pesta Buku Selangor.

First - Lili Buat Najah. Nama Najah pada saya adalah nama perempuan tapi sebenarnya adalah nama lelaki dalam novel ini. Syahrun Najah nama watak itu. Lili Buat Najah kisah cinta Najah dan Tasha yang berkahwin masa study abroad tanpa restu ibu Najah as she has someone else for Najah. Balik Malaysia, they both terpaksa act macam takde apa-apa hubungan kerana banyak hati perlu dijaga. Banyaklah rintangan yang ada sebelum Tasha diterima oleh ibu mertuanya. Macam happy ending tapi sebenarnya sad ending. Air mata bagi Ratu Ayaq Mata banyak jugaklah keluar. Sedihlah penceritaan dia.

Second - Bening Merah Jingga. Ini novel tak tau nak cakaplah. Banyak sangat airmata yang keluar. Kisah cinta terhalang Ehsan dan Ellina disebabkan ayah Ehsan yang juga ayah angkat Ellina tak merestui. Diorang pulak sangat saling mencintai gitu. Sayu hati bila membaca bagaimana mereka terpisah dengan rasa yang sarat di dada(bahasa takleh blah! :P) Bila dah berpisah tu, memang mengelak nak jumpa tapi bila terjumpa, orang itu dengan orang lain, sedihnya hati, lukanya jiwa macam terasa-rasa kat kita yang membaca lak. Seriously sangat sedih novel ini. 
Ada lagu ini di novel Bening Merah Jingga. Sayu beb!

Friday, July 8, 2011

Kisah Ayu & Omar

Ayu dah selamat bersalin semalam 7 July 2011, 20:23hrs. Alhamdulillah! Suka sangat kami semua especially kakao team. Ayu actually induced dari hari Rabu tapi tak jugak bersalin sampai 3rd ubatlah dimasukkan. Seriously saya yang seriau bila smsed her yang she was still at 2cm opening dari Rabu pagi sampai pagi Khamis tu. Malam pun tidur tak lena, asyik-asyik nak tengok handphone kot ada berita dari Ayu. Saya tahu sakit bersalinnya macam mana dan saya kenal Ayu dan saya takut Ayu tak cukup kuat nak tahan sakit tu. Tu yang lebih merisaukan tu. Memang betul pun sangkaan saya, nangis jugak Ayu menahan sakit. Tapi sekarang dah selamat semuanya, Alhamdulillah.
Ayu kepenatan.
Papanya mahu namakan baby comel ini Nur Qistina Damia. Tak sabar nak gomol Damia. Isnin ni ye Ina and Norae?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petang semalam out of the blue, kawan lama saya masa bekerja di 1st company lepas grad posted something on my FB wall. Bila saya baca tu macam nak gugur jantung. 
Omar itu my lead masa di company lama. Sangat baik, banyak bagi tunjuk ajar dekat saya. Masa tu saya masih jadi programmer, kerja sampai malam and selalunya kalau saya takde transport nak balik, dialah yang hantar saya balik ke rumah sewa. Masa tu satu team yang rapat ada Omar, ada Yoti, ada Siti and ada Mizah. Saya memang lost contact dengan Omar dah lama tapi saya ada contact number Yoti kat phone lama. Itu pun sebab kebetulan terserempak dengan Yoti kat rumah Pinie masa Pinie masih stay di Bandar Seri Mahkota. Diorang berjiran. Malam tadi Inchik Intan Payung yang tolong callkan Yoti. Yoti pun tak tau kisah ni and dia pun terkejut. Yoti bagi number Omar and Incik Intan Payung jugak tolong callkan. Wife Omar macam ingin merahsiakan benda ni and habis disoalsiasat mana kami tahu pasal sakit Omar dan sampai sudah dia tak nak cakap Omar kena kanser apa. Kisahnya Omar dah 3 bulan tak kerja lepas diagnosed. Treatment pun dah tak buat tapi dia cepat penat and nak rest saja. Semalam kami dah berjanji dengan Yoti nak sama-sama melawat Omar bila Yoti back to Malaysia. Tak tau Yoti di mana sekarang ni tapi last time masa jumpa dia, dia ulang alik between Malaysia and Brunei. Wife dia, Kak Farah yang jadi full housewife menjaga anak-anak and hantar anak-anak ke sekolah di Malaysia ni. Mohon doa kalian semua walaupun korang tak kenal Omar, agar dimudahkan semuanya.

Thursday, July 7, 2011

Kesian

Tadi saya ke Tropicana Golf Club as we had briefing about Flex Benefit Plan yang hanya menguntungkan company itu and terpandang iklan jualan pre-sales voucher untuk buffet berbuka puasa and the dateline to get it is July 15, 2011. Harga murah dari harga sebenar buffet la. RM52++ and the actual price untuk majlis berbuka puasa would be RM74.50++. Banyak jimat kan? Kalau minat, silalah call 03- 7804 1919 or 0149270501 or 0122765797. 


Bila berjumpa colleagues adalah cerita yang dapat. Kesian Sharifah and Azrin, yang saya kenal sejak bekerja di company sebelum ini dan sekarang Sharifah bekerja di company saya bekerja jugak yang mempunyai anak yang sedang berada di ICU at the moment. Second degree burnt seluruh badan dek terkena air panas. Kemalangan yang ngeri. Anak Sharifah tu rasanya 2 tahun lebih nak masuk 3 tahun. At first they brought the girl to Tropicana Medical Centre tapi they all tak nak accept bila tengok condition and requested to be sent to general hospital. Jauh dari rumah so they opted to Sime Darby Medical Center or well known as SJMC. 


Alkisahnya anak itu bermain di dry kitchen while the maid was in the wet kitchen. Merebus something and lepas benda tu masak, diangkat and diletak di lantai. Pintu di antara wet and dry kitchen ada safety gate and ianya tertutup and kebetulan adik Sharifah ke wet kitchen dan terlupa menutup safety gate tu. Teruslah anak itu ke wet kitchen and hendak ambik stroller dia yang berdekatan dengan periuk berisi air panas. Tertulis takdirnya dia nak terjatuh terkena periuk tu dan periuk tu terbalik so air semua tersimbah dekat dia. Kesian, kan? 


Hari ni pun ada kisah budak-budak kindergarten kena detained kat Muar tu. Scary sungguh. Mintak dijauhkan perkara-perkara sebegini lagi.

Wednesday, July 6, 2011

Kembar Itu

Hari ni hari ambik report card nun di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas. At first pergi kelas Kakak dulu. Ada sorang ayah yang tengah discuss dengan cikgu kelas Kakak at the time I arrived tapi baru nak duduk dah bangun pun ayah budak itu. Teruslah berjumpa dengan cikgunya. Nothing much to say. Not impressive pun tapi kata cikgunya darjah 4 memang dah start susah. Jauh beza dengan darjah 3. It's about 90% different from previous year. Satu sekolah, yang dapat 5A untuk darjah 4 cuma seorang. Budak yang dapat no 1 dalam kelas Kakak tu lah.
Not impressive at all

Then ke kelas Abang pulak. Ada sorang ibu yang tengah berjumpa dengan cikgunya so kena la duduk dulu. Tengah duduk tu muka hampir disepak dengan seorang classmate Abang. Sungguh unexpected. My kids are not that good though but they never do that towards me. Terus ada prasangka Abang belajar yang bukan-bukan dari classmates dia. Jahat kan? Lepas tu cikgu Abang mintak maaf atas kelakuan budak tu. Katanya budak tu kekurangan kasih sayang as dia datang dari broken family. Budak perempuan yang sangat nakal dari pemerhatian saya.

Results Abang sangat teruk. Cikgu dia kata takde persaingan dalam kelas dan he's not supposed to be in that class. Dia dalam dunia dia sendiri. Tak berkawan sangat dan suara dia langsung tak kedengaran dalam kelas. Nak marah pun tak boleh kata cikgunya. I promise to myself untuk sit down dengan Abang lagi macam masa dia Tahun 1 dan 2 dulu tapi harus dia tahanlah kena marah dengan Ibu dia. I pushed him very hard last time tapi macam hilang motivation itu bila tengok dia tak nak berubah but now I think I need to push him again. Orang selalu compare Abang dengan Kakak and I think dia pun ada low self esteem because of that. Tertekan jugak perhaps but I do accept him for who he is. Dia macam tu pun he is still my only son. 

I pernah sat down dengan Abang tanya dia Abang nak berusaha untuk jadi anak yang lebih baik tak? Abang nak ke Ibu nangis kerana Abang? Dia faham when I talked to him like that, dia salam and said sorry. Terus bukak buku lepas tu. Hopefully I have the strength to make him to be someone yang mahu belajar afterwards. Doakan ye?

Monday, July 4, 2011

Emotionally Unstable

Not in the mood of writing. Nothing in life that is fascinating or interesting. Everything is just the routine and plain. And at the moment the mood is sad for no reason. Senang cerita, emotionally unstable. Layan lagu-lagu Misha Omar jom! Just a reminder lagu-lagu ini adalah sangat jiwang and if you don't want to be trapped in jiwang mode, jangan dengar.