Friday, December 30, 2011

Terjah Utara - Day 5

Day 5, hari terakhir untuk episod Terjah Utara ini. Plannya kami nak keluar pagi-pagi while orang yang sedang berpantang hanya rehat-rehat aje di homestay tapi katanya, senang kalau semua terus gerak sekali. Terus checked out and terus ke destinasi seterusnya. Sudahnya about 10am gitu kami gerak ke Gua Kelam. First time saya ke sana. Tak pernah sampai even masa study dulu. Ok, saya mabbe korro di situ!
Cantik rupanya Perlis ni kan? Jalan-jalan dilatari pokok-pokok yang meneduhkan. Tu belum view bukit-bukau yang sangat indah di mata saya. Tenang je pemandangan segitu pada saya. Cumanya kalau nak stay di sana harus fikir banyak kali sebab tak sama macam Klang Valley ni. 
Gua Kelam tu subhanallah! Tak sangka sungguh! Cantik! Granite uols batu-batu tu! Sejuk, berangin kat dalamnya. Alhamdulillah dapat melihat satu lagi kekuasaanNya. 

Dari Gua Kelam kami ke Wang Kelian. Since dah dekat kan? Sekali harunglah. Wang Kelian ni pun first time pergi. Wang Kelian ke Satun? Satun dah tu kan? Dah wilayah Thailand pun. Makan dan shopping di situ. Harga di sini lebih murah berbanding di Padang Besar cuma hari kami pergi bukan weekend so tak banyak gerai. Tu pun lama jugak kami di sana.


Dari Wang Kelian ini kami lalu Chuping sebab saya memang dah lama berniat nak bergambar di ladang tebu tu. Tah kenapa, saya suka suasana dia. Indah! Sejuk mata memandang.  Dari zaman UUM lagi dah teringin nak bergambar di situ tapi belum terbuat lagi. Kali ni misi harus dijalankan.


 Na, tak kenan ke warna payungku? winking
Dari Chuping, terus kami ke Changlun. Rindu dengan Changlun. Ada orang kepingin sama itu tomyam Changlun. Called Ina untuk tanya restoran yang best di Changlun. Inchik Intan Payung yang calledkan and cakap dulu dengan Ina before he passed the phone to me. Iyolah, saya tengah drive time tu. Tau ayat pertama Ina? "Sejak bila ko ada PA?" Terus saya gelak. Tak tahan! Lepas hanged up the call baru Ina text me cakap saya mengacau dia yang tengah melayan perasaan. Chettt! Patutlah kena tried dua-dua numbers baru nak berangkat. At first I called her Maxis number, no answer. Terpaksa call her Celcom number pulak sebab saya ingat dia kat uni. Katanya dulu kat uni line Maxis cam hampeh. Sekali rupanya tengah melayan perasaan. Eeee... berchenta ye kamu sekarang? 

Makan kat tempat yang direcommended by Ina sangat sedap. Thanks Ina for that. Puashati sangat dapat melepaskan rindu pada masakan bumi Changlun. Dari Changlun kami masuk Jitra kejap untuk isi minyak. Mencari stesen minyak dengan RON97 kekdahnya. Saya memang suka minyak BHP sebab memang best so kali ni bawak dua beradik yang drove Estima dan Alza tried minyak BHP plak. Diorang tu tak sudah-sudah dengan Shell. Then I asked them how was the performance, terus depa kata, "Best Aunty! Terasa sangat. Pick up pun best!" Malam tu terus depa pecut at 160km/h. Eeee... Pakcik-pakcik dan makcik-makcik dia ni berulang kali memesan jangan pecut time hujan sebab dekat Penang hujan agak melebat. Kami ada walkie-talkie you all so senang nak communicate with each other. Sewa untuk 4 kereta ini. RM80 untuk kegunaan kami sepanjang trip itu. Enjoy sekali trip ini tapi lepas tu penat sungguh rasanya. Pemandu Estima tanya saya berapa kos minyak kereta kami and saya cakap RM270. Saya hanya menggunakan RON97 ye! Then pemandu Estima memberitahu saya yang kos minyak kereta diorang RM600. Mak aii! Dah lah roadtax RM700++, terus niat nak angkut Vellfire strikeout. Pakai je lah kereta sekarang yang ada tu.

Berakhirnya.......

Semalam marathon nangis. Airmata rasa sangat murah. Susah tau bila pegang ratu ayaq mata ni tapi rasanya pompuan yang berbintang Sagittarius tu lagi hebat kalau bab ayaq mata ni. Tau sape? Hikhikhik... Adun Seri Kembangan tu la!

I've started reading Bidadari Hujan since before Terjah Utara and siap bawak masa ke sana tapi memang langsung takde masa nak membaca time tu. Sudahnya semalam baru sambung balik dan berjaya jugak menyudahkannya. Awal-awal novel tu agak lawak. Bahasa dia sempoi habis tapi ada jugak yang agak puitis. Kisah dari sudut pandangan lelaki. Rasanya ini first time saya baca novel yang dizahirkan dari sudut pandangan lelaki. Lelaki ni hati diorang kering sikit ye? Tak macam perempuan yang mudah tersentuh. Kisah tentang Rain yang susah nak jatuh cinta and one day tu dia terjumpa dengan Lia dan jatuh cinta pandang pertama gitu. Berusaha sungguh-sungguh dia nak menangkan hati Lia tu. Dapat at last tapi time cinta dah bersemi tetiba keluarga mintak dia kahwin dengan Sufi. Ada sebab yang menyebabkan dia terpaksa terima Sufi dan dari situ bermula episod duka Sufi. Sedih sih and time tu la terasa airmata sangat murah. Sufi tu sorang lagi manusia yang sentiasa tersenyum untuk menyembunyikan luka di hati. Even husband sendiri tak pernah ambik tahu tentang luka di hati dia. Tu yang sedih tu. Tapi ending dia best. Sukak! Berakhir sudah membaca Bidadari Hujan tapi baru habis terus rasa nak repeat balik. Apakah? Yang paling syok and made the feel sangat mari sebab layan lagu ni masa baca tu especially part sedih. Fuhh! Memang terbaeklah!

Ni antara ayat-ayat di dalam Bidadari Cinta yang saya suka:
  • Apabila dah suka, mulalah hati cuba mencari persamaan yang boleh mengaitkan dua perasaan
  • Nak merajuk tak boleh lama-lama sangat. Nanti orang tak kuasa nak pujuk, terpaksa pulak pujuk diri sendiri nanti.
  • Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak mahu membuangnya.
  • Hati saya ditetak dengan pedang samurai!
  • Kalau abang begitu sayang, kenapa dulu abang tak berjuang mempertahankannya? Tapi takdir kadang-kadang memang begitu... Tak semua orang bernasib baik dapat semua kemahuannya. Tapi kehidupan mesti juga diteruskan, abang. Sebab kadang-kadang kita harus belajar menerima takdir kita.
  •  Tidak semudah itu ego boleh dilepaskan. Tidak semudah itu cinta dialihkan.Tidak semudah itu!
  • Dialog-dialog yang dilafazkan Rain masa susu tertumpah memang buat saya nangis. "Puas hati sekarang? Puas hati kacau hidup saya? Awak memang tak pernah faham kan? Tak pernah faham kalau orang dah benci... kalau orang meluat... Awak fikir saya hard up sangat nak makan nak minum apa yang awak masak? Awak fikir selama ni saya hard up sangat nak bercakap dengan awak? Kenapa nak ganggu hidup saya? Saya dah beritahu awak dulu kan? Awak pekak ke? Saya tak ingin nak kahwin dengan awak sebenarnya. Jangan harap awak buat semua ni saya akan jatuh cinta dengan awak. Jangan mimpi! Awak tahu satu perkara? Nak tahu satu perkara? Dengar sini baik-baik. Satu-satunya perkara yang paling malang dalam hidup saya ialah kenal dengan awak."
  • Ayat Sufi pada Rain lepas Umi dengan Babah dia meninggal pun buat airmata saya jatuh lagi, "Dosa hari tu... Tuhan telah membalasnya pada saya semalam." Dosa itu sebab susu tertumpah dan balasannya parents dia meninggal? Sedih kan?
  • Sufi perlu terima hakikat.Tempat Sufi bukan di sini. Kita tak boleh hidup bersama. Hati kita tak pernah bertemu.
  • Kasihan itu salah satu cabang cinta! 
Ayat-ayat Sufi di dalam diarinya dan puisi Sufi pun sangat indah. Sangat saya suka tapi malas nak taip. Silalah baca sendiri novel ni untuk tahu. Ngeee!

Semalam jugak berakhirnya Tentang Dhia. Wah sedih sih! Itu yang jadi marathon air mata tu. Nangis lagi nonton itu. At the same time kami di KakaoTalk ada buat ulasan selari di waktu tayangan. Semua pun bagi icon airmata berjujuran masa part sedih. Uwa!  Yang paling tak sangka Ina yang selalu gelakkan orang sebab nangis kalau layan tv or movie or reading pun cakap dia mengalir jugak setitik dua air mata. Anak-anak saya pulak jenis cakap lepas je. "Ibu nangis eh? Tu ada air kat mata. Mata merah." Grrrr... Kacau tul bila nonton ngan diorang! Hari ni sanggup ngulang tengok. Hish! Layan sorang-sorang kat lappy. Lagi feel! Pandai rupanya Nora Danish tu berlakon. Sebelum ni saya rasa dia tak pandai pun berlakon. Tak pernah tengok dia berlakon and kata dia tak pandai berlakon. Dasat kan? Ala, dia tu saya classifiedkan as stok-stok Fasha Sanda, Lisa Surihani yang harapkan muka lawa or comel tapi takde bakat gitu. Boleh? Lepas drama ni terus perception saya terhadap Nora Danish bertukar. Semalam jugak terdengar lagu yang dah lama saya tak dengar. Dah lama saya elak mendengar lagu ni rasanya. Macam sayu gitu kalau layan lagu ni. Tah la! Tapi lagu tu kena dengan situasi between Dhia dengan Zikir. Sobsob!

Thursday, December 29, 2011

Terjah Utara - Day 3 & 4

 Day 3 started with melepaskan rindu pada ombak by the beach. Kesukaan saya. Pepagi tu lepas Subuh terus kejutkan bebudak and Inchik Intan Payung naik atas memanggil anak-anak sedaranya yang lain yang ingin melayan beach jugak.

Cantek kan? Perfect combination rasanya. Ciptaan Allah tu memang takde tolok bandingnya. Menikmati alam semesta some sort of therapy for me. Mind healing.
Bebudak ni betul-betul dilambung ombak. Semua melambung setiap kali ombak datang. Ombak agak kuat hari tu.
I love this photo for the bonding of the father and the daughter. Ok la, Baby memang anak kesayangan Inchik Intan Payung. Apa Baby nak pun sure dapat. Katanya nanti kalau Baby dah besar, dah tak dapat nak bagi apa yang dia nak. Baby pandai meminta itu ini daripada Babah dia but not from me. Soalan saya lately kat Baby, "Baby nak school kat mana? School Abang dulu ye? Tak pun school Arif. Tak pun school lama Baby". Semedang jawapannya, "Baby ngantuklah" sambil yawn. Boleh? Tak kira waktu. Tapi sekali tu dia cakap, "Arif kata teacher dia garang. Baby tak nak school Arif" Arif tu my neighbour's kid. Arif was at Q-dees before and school Abang tu, Smart Reader. Actually teringin nak hantar Baby ke Genius Aulad tapi Genius Aulad terdekat nun di Bandar Botanic. Berdepan dengan Aeon Bukit Tinggi. Inchik Intan Payung kata jauh sangat. About 5-10 minutes drive gitu. Dah nak sekolah tapi sekolah dia belum settle. Adoi, pening Ibu dia.

Dah-dah pasal Baby. Move on to cerita Terjah Utara ni balik.Lepas puas main air masin, matahari pun dah nak terik, kami beralih ke swimming pool lak. Kasi chance la kat bebudak kan? Time bercuti ni bebudak la yang paling seronok. Kita as parents pun akan turut happy nengok depa happy.
Tengoklah anak-anak kesayangan hamba ni. Alhamdulillah jugak ada Rizwan yang menjadi pujaan adik-adik sepupunya. Baby dengan Iman tu sikit-sikit Abang Rizwan. Si Rizwan tu pulak jenis melayan je bebudak tu. Sukalah depa. Rizwan tu memang boleh harap jaga adik-adik sepupu. Sayang Rizwan. Nanti kita beli Tab 10 berjemaah ye Wan pastu kasi adik-adik sepupu main Angry Birds. Takdelah awek called tak dapat. Ngeeeee! Cerita lawak kat Penang, awek siap mintak clashed tu sebab tak picked up call and sms tak bereply. Pastu mintak rujuk balik and siap bagi 41 missed calls lam 1 malam. Pening maks nengok tau! Saya pun max bagi 2 missed calls jek kat Inchik Intan Payung unless ada emergency la.

Pukul 11 kerah jugak bebudak naik atas bersiap untuk checked out. Hari ke-3 ni hari terakhir kami di Penang. Naik atas mandi, breakfast and saya packed segala barang-barang and at 12:45pm gitu dah turun bawah. Tu pun cleaner apartment tu kerek gile sebab we all lambat checked out. Dah bagitau pun receptionist kat bawah, cleaner lak overdose kerek. At 12:30 gitu dia tekan bell apartment kami and bebel kata dah lambat ni. Dia nak kemas bla bla bla, yada yada yada. Saya malas tau nak dengar orang membebel ni tambah-tambah yang kulit gelap sikit tu, so saya kata, saya tengah pakai tudung ni, nak turun la ni, nak kemas, masuk je la. Tak yah nak bising-bising. Saya tau tengok jam and kami dah informed receptionist. Tu pun buat muka kerek dia. Malas nak layan!

Dari apartment tu, kami decided nak makan Laksa Janggus kat Pulau Betung, Balik Pulau. Lalu jalan Balik Pulau yang ala-ala jalan nak ke Genting tu, nengok je orang jual durian. Tak beli pun sebab rasanya macam tak leh nak masuk durian di waktu itu. Reserve perut untuk laksa gitu. Sekali sampai laksa belum bukak lagi. Laksa tu bukak pukul 3:30pm. Dah sudahnya melepak kat satu gerai and then pergi solat di masjid berdekatan. Pastu baru pergi balik kat Laksa Janggus.

Orang sangat ramai kat sini. Pada saya memang laksanya sedap. Tambah-tambah kalau banyak cili padi. Walla! Pisang goreng dia pun best. Crispy gitu and the queue was quite long but worth it la. 

Dari Laksa Janggus ni, Abang Lan dengan Kak Ina terus balik Kinrara sebab Abang Lan dah kerja the next day. Kami pulak terus menghala ke Perlis. Hanya tinggal 4 kereta meneruskan perjalanan ke Perlis. 
 Babai Penang. I always love Penang!
Captured from the moving car. Tak boleh tahan tengok kecantikan ciptaan Tuhan. Oh! Saya memang pencinta alam!
Ni pun captured from moving car. Lama rasanya tak masuk Aloq Setaq. Tempat bermain sentiasa dikenang. Terasa sentimental lak masa masuk Aloq Setaq malam tu. Then kami passed by Ayaq Hitam untuk ke Kuala Perlis.
Buat yang merindu sotong goreng tepung Kuala Perlis

Lepas makan, kasi chance bebudak layan naik kereta kuda dulu. Kasi depa enjoy lagi. Bila lagi kan?
Baby sebelah Iman tak nampak mukanya. Amirah kat depan pun tak berpusing. Masa bebudak nak naik kuda ni Estima dah bergerak dulu. Mencari klinik or hospital. Then saya dapat call dari driver Estima tanya direction nak ke mana semua tu. After puaskan hati bebudak ni, terus kami mencari Estima. Semua drivers 3 buah kereta yang tinggal ni menjadi pemandu ambulan. Memang emergency kan? Hazard light was on, lampu merah semua langgar dengan bagi hon. Seriously masa tu dah risau pasal orang dalam Estima. Then masa kami kat depan Sekolah Teknik ke Sekolah Vokasional, pemandu Estima kata, penumpang Estima dah masuk dalam wad kecemasan. Kami lega sikit. Masa ingin hala ke hospital, ternampak hotel yang sepatutnya kami menginap, terus kami checked in dulu and mintak Ayang siapkan bebudak dan tengokkan bebudak while kami berempat ke hospital. Yang pergi, Ucuk, Ida, Inchik Intan Payung dan saya.  Masa tu dah pukul 12am pun. Then at 1am, kitorang called Rizwan suruh datang ambik passengers Estima yang lain. Kasi depa rest. After that saya, pemandu Estima dengan Ida masuk ke dalam wad kecemasan and terus naik ke tingkat 3. Then at 3am, Inchik Intan Payung kata dia balik dulu dengan Ucuk and Farid yang masih ada di hospital. Pukul 4 tu kami balik bersama dengan pemandu Estima and malam tu, bintang sangat cantek di langit. Seriously lama saya tak tengok bintang yang banyak tapi lupa nak snap gambar. Sampai atas, kami ternampak Farid tertidur depan pintu bilik. Mak aii.. gayanya macam laki bini bergaduh and bini suruh laki tidur kat luar. Kesian sungguh. Rupanya bebudak bilik dia tidur mati and tak bangun-bangun dikejut. Saya suruh Farid masuk tidur bilik kitorang aje. Bilik saya dengan Ucuk, connecting room. Itu adalah  harus supaya senang bebudak ni nak move around. Balik tu Baby tengah tidur dengan Fiya, Adik dan Marsya atas satu tilam. Pandai depa susun. Kakak atas divan and kitorang suruh Farid baring atas divan lagi satu. Farid tu anak sedara Inchik Intan Payung yang baru 14 tahun.

Pagi esoknya lepas siapkan bebudak nak pergi swimming pool, mintak Rizwan monitor bebudak lagi, then Ucuk ngan Inchik Intan Payung keluar pergi beli breakfast, saya sambung tidur. Mana tahan balik pukul 4, tidur dekat pukul 5 gitu. Jaga balik at 11am, tu pun sebab bebudak baru balik dari pool. Terus kasi bebudak makan, bersiap and packed stuff untuk check out. Kami decided nak stay one more night but not in the hotel la. Cari homestay yang lebih berpatutan harganya. Ok tau homestay yang kami dapat. RM330 per night. Semi-D. At the same time, gynae checked pesakit at 2pm then only decided boleh discharge ke tak. Tu pun patutnya tak boleh discharge sebab tetiba pesakit punya BP reading tetiba tinggi tapi mintak jugak discharge. Lepas pesakit discharge, disuruh rehat then only kami keluar. Dah petang pun masa tu so kami just ke Padang Besar je. Balik dari Padang Besar terus singgah makan sesiap sebab dah malas nak keluar lagi. At last malam tu dapat tidur awal. 12am tu awallah!

Tentang Dhia

Nanti-nantilah sambung about Terjah Utara. Kita cerita pasal lain dulu ye. Pasal emo. La ni emotionally unstable. Biasalah pompuan. Pre-PMS la, PMS la and what so not. Saya takdelah pulak post PMS tapi tak tahulah orang lain kan. Lain orang lain caranya, lain isunya.

Layan Tentang Dhia 2 hari ni sangat emo. Grrr... Nasib baik rakan-rakan sebaya sama emo. Pernah berada di dalam keadaan sebegitu? Saya tak pernahlah, and kalau dapat mak mertua mulut yang hazab cam Ku Salmi tu tah berapa lama saya tahan makan hati berulam jantung. Saya takdelah sesabar Dhia tah-tah asyik mintak cerai jek, Nauzubillah.  Tapikan anak lelaki tetap akan dengar cakap mak dia kan walau apa pun. Dulu masa arwah ibu mertua saya masih hidup, Inchik Intan Payung pun gitu. Mak ajelah yang betul, wifey ni kenalah sentiasa beralah. Masa tu kalau diberikan logiknya pun dah tak nampak dah sebab yang putihnya Mak tapi lepas Mak takde, bila dibentangkan logik, baru dia ternampak logiknya. Bukan nak mengata arwah mak mertua saya tak baik ye. Tak bermaksud pun. Cuma mungkin disebabkan saya yang dibesarkan dalam komuniti yang berbeza yang menyebabkan kekadang kami tak sependapat dalam sesuatu hal dan mungkin jugak disebabkan Inchik Intan Payung tu anak bongsu kesayangan Mak lagi menyusahkan. Susah di sini bermaksud nak memenangi hati mak mertua.

One thing I can be sure enough, I would understand why Dhia tak nak bagitau Zikir tentang sakit dia. Bila rasa diri dipinggirkan, kita akan sedar diri. I would say I felt that before. Sedar diri cuma melukut di tepi gantang so harus pandai membawa diri. Sakit pening kalau boleh tak nak susahkan sesiapa. Orang lain tak perlu tahu masalah kita. Depan kengkawan pun harus ceria macam Dhia berdepan dengan Melly. Everything just looks so perfect and rahsia di hati tak perlu sesiapa pun tahu. Nak menangis ke apa ke, sendiri ajelah. That's the best choice!
Apa agaknya kesudahan Tentang Dhia? Semalam Eton kata saya dengan Ina suka speku. Even drama pun nak speku sebab kami dah speku endingnya. Hahahaha. Tak sabar nak tahu endingnya. Tetiba terfikir betul ke hari ni finale sebab mana ada lagi keluar about cerita baru nak gantikan Tentang Dhia kan? Hmmm... What say you?

Wednesday, December 28, 2011

Terjah Utara - Day 2

Hari ke-2 Terjah Utara semua orang bangun lambat. Malam tu si Zura siap berWhatsApp dengan saya at 2am. Tak boleh tidur memasing. Pagi ke-2 Inchik Intan Payung dah jalan-jalan tepi pantai dengan Kakak jugak kakaknya, Mak Long, Pak Long and Boboi. Saya pilih berbaringan atas katil dengan duk di balcony. Penat wei drove dari Bandar Sri Iskandar ke Penang tu. (Alasan! )

Kami keluar beramai-ramai untuk hari ke-2 nearly 11am. Belum breakfast lagi masa tu. Lepas tu GPS buat perangai pulak. Bila perut lapar, mulalah nak hangin jek. Itu Inchik Intan Payung la jadi mangsa sebab dia yang mengetuai dengan GPS kan. Semua orang jadi angry birds. Saya pun dah masuk angin, dah pening, muka dah pucat bagai. Malas nak layan dia bersembang kekdahnya. Sure akan gaduh kalau bersembang sebab tengah lapar kan? Plan asal nak ke mana yek tapi nasi kandar jugak area Air Hitam kot (apa kes tah asyik lupa je), at last tukar ke Nasi Kandar Line Clear aje. Dah itu jalan paling senang nak pergi dan yang penting ingat jalannya sebab takleh nak rely on GPS time tu.
Sampai kat Nasi Kandar Line Clear semua menunduk makan. Dah kenyang barulah bersembang. Memang nampak sungguh kebulur memasing. Itu yang semua orang nak jadi angry birds tu awal-awal tu. Dah habis makan, semua ke Pasar Chawrasta ke namanya. Ala, pasar yang jual-jual jeruk tu. Saya tak pergi sebab saya bukan penggemar jeruk. Temankan si Zura kat kereta. Merasa mak masuk Estima noks! Itu yang penting. Hahahah.
Mak Cu dan Mak Long, kakak-kakak Inchik Intan Payung yang sakan membeli

Dari situ, kami ke Bukit Bendera pulak. Bertahun tak naik Bukit Bendera. When was the last time? Zaman sekolah pastinya. Awal-awal sekolah menengah kot. Saya bukan pelajar MRSM Balik Pulau untuk naik Bukit Bendera selalu sangat. Hahahah. Tau ke sape bekas pelajar MRSM Balik Pulau? One of my good buddy. Semalam dia WhatsApp tanya takde free lunch ke kat rumah saya. Dia lalu Bandar Puteri masa tu sebab ada meeting nun di Westport. Ko tau time tu aku buat apa? Terbaring, ok? Semalam tak larat sebab hari Isnin tu kena urut, badan terus macam nak demam. Tu belum termasuk yang lebam-lebam lagi kena tonyoh. Hari ni baru ok. Kalau lalu hari ni ada nasi ayam tapi aku ajak-ajak ayam jek.

Back to cerita di Bukit Bendera. Mak aii.. ramai gile manusia nak naik ke atas. Nasib baik train dah laju. Kalau train zaman dulu kala tu, tak tau la nak cakap. Dah la kami ni ramai. Total semua 29 orang and semua pun berbaju pink. Baju yang ditempah oleh Zura.
Nak kutuk rupaku, kutukla.. Iols pasrah uols!

Kat atas tu gerimislah pulak. Tak bawak payung kami ni. Anak-anak kecik ni pulak sebok nak tengok seluruh Penang guna telescope. Baby siap gaduh-gaduh dengan Iman tu sebab berebut nak guna telescope. Damage done kat area itu aje RM20 untuk tukar coins. Gila jakun anak Selangor ni, kan?

Lepas Bukit Bendera ada orang kepingin sama itu Char Kuey Teow. Dia nak ke Sani Char Kuey Teow kat Tokong Ular tapi Acik Lan dia asked the people around, then orang-orang situ suruh ke Jalan McAlister. Bila sampai sana, katanya yang sedap tu dah tak meniaga. Orang situ suruh kami ke Bayan Baru, kat tempat Pok Su Mie recommended. I called my uncle yang stay kat Penang tu to ask about the place. Since semua dah tak nak ke area situ kami tried our luck untuk ke Rudi Char Kuey Teow di area Tanjung Bungah since on the way back to our apartment. Sekali sampai tutuplah pulak Rudi Char Kuey Teow tu. Duh! Nasib malanglah kami ni. Situ foodcurt so makanlah apa yang ada.

Then kami balik ke apartment untuk sessi bergambar beramai-ramai before Mak Long traveled back to USJ. Suruh dia overnight satu malam tapi katanya busy. 
Tak bermaksud nak menayang kemesraan overdose kami... tutup mata kalau taknak tengok ye?

Habis je sessi bergambar ni, saya menumpang Ucuk ke pasar malam. Itu memang tempat wajib pergi bila ke Feringgi kan? Yang pergi, Ucuk, Rizwan, Ida, Fiya, Kakak and saya dalam satu kereta. Then Abang Lan menyusul dengan Estima dia dengan Syasya and Amirah. Yang lain semua kecapekan. Inchik Intan Payung balik apartment, mandi, solat, terus tidur. Anak-anak pun semua ada kat atas, di penthouse dengan cousins yang lain. Abang Iwan yang tolong jagakan. Kami balik pukul 12 tu semua masih stayed awake tu. Malam tu ajak Rizwan tidur di apartment kami since bilik yang Mak Long tidur malam sebelumnya dah kosong. Yang akan tidur bebudak bertiga tu aje except Baby sebab Baby mana boleh tidur selain dari celah ketiak Ibu dia. Malam tu again pukul 2 lebih baru tidur lagi.

Monday, December 26, 2011

Terjah Utara - Day 1

Terjah Utara bermula pada Dec 18. Destinasi pertama kami ke Bandar Sri Iskandar untuk ke majlis pertunangan anak sedara Inchik Intan Payung, Faiz dengan Faizah. Kami bertemu di RnR Rawang about 9:30am. Banyak kereta dari sebelah keluarga Inchik Intan Payung sendiri, family Wak Jali, M5, Estima dengan Alza, family Wak Lon, Merc and Faiz sendiri bawak myVi, family Mak Long dengan Innova, family Mak Ngah dengan Avanza, family Mak Cu pun dengan Estima, family Acik Anong dengan Citra, family Acik Bucuk dengan Inspira and family Acik Adik naik kereta biru. Itu belum termasuk belah Kak Siti. Ada dalam 3 buah kereta belah Kak Siti. Kami meneruskan perjalanan and next meeting point would be at Gopeng toll plaza. We chose Gopeng toll though to go to Bandar Sri Iskandar. Tiba di rumah keluarga Faizah about 11:45am.
Kat sini nak ngaku, saya tak suka hantaran dari belah kami. Dibuat tangkap muat aje. Itulah orang tu tak nak mintak tolong dari yang lain. Even Kak Siti pun tak puashati. Kak Siti kan nun di Ho Chi Minh dan tah camana barang-barang semua dihantar ke satu rumah and actually kata Kak Siti, dia expected setiap adik-adik buat dalam 2 dulang hantaran even semua barang-barang dihantar ke satu rumah tapi kami langsung tak diminta tolong. Hasilnya ya, hazab! I may sound so sarcastic tapi inilah satu-satunya hantaran untuk majlis Aiz sebab masa nikah nanti dah takde lagi hantaran. Saya disuruh pegang bakul buah and bakul tu bakul recycled. Tah-tah zaman Zura dengan Iwan nyer wedding dulu tapi memang dah kuning-kuning renda-renda ngan bunga-bungaan tu. Malu mak tau! Kalau ye pun, janganlah tangkap muat! Tak cukup budget, makcik-makcik yang lain boleh sponsor kalau ada yang cakap. Kami bukan kedekut pun! Bercerita selepas majlis selesai pun takde gunanya. The damage was done. Terima ajelah.
Acik, ingat call aku pagi tu? Ni lah tudung yang dibeli tu. Pastu tak suka nengok rupa sendiri pakai tudung ni. Tak cun. Nampak muka bulat. Tobat nak pakai lagi!
Faiz yang baju checked. Rupa Faizah dengan bakal mak mertua dekat nak sama kan?

Majlis pertunangan berjalan lancar. Lagi sebulan majlis nikahnya pulak. Akad nikah akan diadakan di Masjid UTP. Lupa nama masjid tu tapi surrounding dia sangat cantik. Ada tasik kat tepi masjid and sangat cooling masjid tu. Saya berani bagi komen sebab kami bersolat di situ sebelum berpecah ke destinasi masing-masing. Yang meneruskan Terjah Utara ke Penang 6 kereta, Estima 2 buah, Alza, Innova, Inspira dan kereta biru kami. Yang lain tak mau ikut.

Cuaca hujan di perjalanan. Rasanya dekat Taiping hujan lebat sampai nak masuk Penang baru cuaca ok. Paling laju saya bawak pun 140km/h. Agak baik ye. Time hujan lagi baik. Just 90km/h. Sangat berhemah gitu. Kami sepakat nak naik feri untuk ke pulau. Bebudak sangat enjoyed naik feri tapi nak menunggu feri tu berzaman. Punyalah panjang queue on that day. Nearly an hour jugak nak sampai ke pulau.
Lama sungguh tak berbaju kurung selama ini dan sejauh ini. Last berbaju kurung zaman beraya hari tu la. Tetiba long distance journey berbaju kurung gitu. Baik kan? Hahaha.
Masa atas feri ni kami semua dah kebulur so kami decided untuk terus dinner nun di Teluk Tempoyak. Apa nama gerai itu ye, lupa. Malas nak google pulak tu. Hmm tak silap Hassan Ikan Bakar. But the food served memang marvelous. Terasa-rasa ikan bakarnya. Kuah asamnya pun sodap. Memang puashati. Total kos untuk kami semua nearly RM500 but still considered cheap. Ikan 6 ekor noks. Udang lagi. Kepah lagi. Kerang lagi. Sayur-sayuran lagi. Gambar tak sempat nak ambik sebab memang masa ni kami semua dah kebulur.

Then terus kami checked in ke Sri Sayang Apartment. Kali ni duk apartment jek. Jimat kos. Saya dah tak keluar malam tu tapi itu Inchik Intan Payung, Ucuk and Iwan kuar ngeteh sambil bercapati tengah malam tu.

First day adalah sangat tiring tapi suka duk kat balcony apartment. Angin sangat kuat. Angin pantai katakan. Layan blues memalam pun syok!

Friday, December 23, 2011

Suka Pantai

Layan blues tepi pantai itu sangat best. Saya sangat sukakan pantai. Tengok ombak menghempas pantai tu terasa tenang jek. Mendamaikan! Tapi kat Selangor ni belum jumpa pantai yang best. Pantai-pantai belah Pantai Timur saya suka. PD pun kena ada spot yang baik punya nak cari beach yang cantek dan bersih. Saya suka jugak beaches di Langkawi and another favourite spot would be Feringgi. Saya suka beach di Feringgi. Tak pernah layan beach di Melaka or Johor yet and even Lumut punya beach pun tak pernah sampai so tak tau nak komen about the beaches there.

Hari tu masa kepala berserabut, layan blues di Feringgi, adoiiii... Lapang rasa sekejap. Lupa segala masalah dunia. Release tension and stress di tepi pantai, fuh!!! Main pulak dengan ombak, super duper best! Takleh nak gambarkan perasaan time tu. Memang lapang kepala kejap.
 Best gila biarkan ombak memukul kaki
 Layan blues pun best!
Time ni tengah fikir tentang seseorang yang saya rasa tengah merajuk dengan saya. Susah nak cakap kenapa I can sense that even kami takdelah bersembang macam saya bersembang dengan geng-geng kurik kendi or like I communicate with my male best buddy, Yop. Tapi kami macam boleh baca hati dan tingkah masing-masing and at times senang nak berkecik hati antara satu sama lain. Padahal isu kekadang tu terlalu kecik. Untuk orang tu (kalau dia baca), aku tak terniat langsung nak kecikkan hati ko. Aku rasa selama ni sedaya mungkin aku jaga hati ko tapi kalau aku ada tersilap kata, aku mintak maaf bebanyak. Apologizing means I don't want to loose you. Aku sayang relationship/friendship kita. Peace ye? 

Untuk kengkawan yang suka pantai dan ombak jugak, jangan jeles yek. Nanti kita buat plan ke Balok or Cherating, ok? Time Inchik Intan Payung gi cycle outstation, boleh aje aku rasa. Insya Allah.

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Sedih Dia

Bila orang yang agak rapat dengan kita sedih, sure kita turut rasa kesedihan dia kan? Nature memang gitu. Dulu pernah one time Ina mellow sampai terover mellow and saya serta kengkawan yang lain tertanya-tanya. I asked Ina personally but she didn't tell me the answer and she chose to ignore my question so I just let her calm by her own self. Maybe at that point of time saying nothing would be the best for her. She might not want to share something too personal to others I supposed. Then when she's back to herself, we all sangat relieved.

Something happened to someone yang agak close to me on Dec 21 hari  tu and I want to make a special entry for that date so I backdated this entry. Ini kisah dia. Kami pergi ke Perlis on Dec 20, 2011 untuk sessi Terjah Utagha from Penang. We were in Penang since Sunday night and she already had some brownish discharge since Thursday on the previous week and that is continuously happened. Oh ya, she was pregnant at 7 weeks. Masa kat Penang tu actually I was a bit worry sebab sepanjang my pregnancy, I never had any kind  of discharge till the time to go for labor. But she said it could be ok because she didn't feel any pain.

We had dinner at Kuala Perlis on Dec 20 and masa tu dia dah started rasa sakit and dah bleeding. Lepas makan terus husband dia bawak ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar and that time was about 11:30pm. Test  was done,  scanned, kena admitted to monitor and also to let the gynae checked on her. About 1++am jugak baru naik ke ward di Tingkat 3 and yang menemankan dia at that time, saya, suami dia dan sorang lagi aunt dia. Kena tunggu doctor sekejap since the doctor tengah check another patient. Doctor tu on call gynae untuk malam tu.

Lepas doctor datang check dia, dia ceritakan segala history nya and then doctor nak check but let her go to the toilet first. Masa ni saya yang temankan dia ke toilet. Her husband and another aunt were waiting outside the ward. Saya ada di luar toilet, jaga pintu since dia tak kunci and tetiba dia jerit, "Aunty!". Terus saya bukak pintu toilet and dia terus cakap, "Baby dah takde, dah keluar." Airmata saya terus keluar at that point of time, takleh tahan-tahan lagi and terus saya masuk dalam toilet, peluk dia nak tenangkan dia. About 5 minutes jugak saya peluk dia then only I let the doctor knew about it and after that I went outside the ward to let her husband and another aunt knew. Masing-masing memang stunt, shocked masa tu because before that we were told, Insya Allah janin tu okay since pintu rahim tak terbukak pun masa di emergency ward tapi kuasa Tuhan, siapa kita nak menidakkan, kan?

Kejadian itu berlaku at 2++ am and then she was sent to do the scanning to check ada saki-baki yang tertinggal atau tak. Kalau ada, kena buat D&C. No D&C needed sebab semua dah keluar tapi ada problem lain detected on her womb tapi itu biarlah jadi rahsia kami-kami yang tahu. Everything was settled at 4am and kami balik since dia pun tak dapat bed lagi. Masa tu post natal ward memang full. All bed were fully utilized by the patients gitu.

Doa saya she will be ok and dapat terima ni as ketentuan Tuhan. Cuba lagi for some other time. Doa banyak-banyak pada Allah, moga diperkenankan untuk menimang cahaya mata sendiri.

Saturday, December 17, 2011

I Choose What To Say

When I choose not to say or mention anything that I used to say or mention previously, it doesn't mean it's not there anymore. It's there and will always be there, insya Allah but I prefer to keep it to myself alone. Perhaps I don't want to hurt myself more? Or perhaps it's just too valuable to be shared with others at this point of time? After all those who came to my life and brought the colors would always be in my heart. Peace yo! Tetiba rindu Yop. Lama tak Whatsapp or YM ngan dia. Aku punya FM lepas aku masuk office balik aku ambik. Aku ada movie voucher GSC One Utama, mau layan? Aku nak layan Abang Tom Cruise yang hensem itu! Apakah tetiba ajak Yop date? Eeee..... *larikkkkk*

Rindu!

Betul kan? I can't remember when was the exact date or days I went to Pijah's house during uni time but today I still recalled it. Kenangan berkain batik di Meru, Ipoh. Talking about it, just make me miss my time spent with my friends. Tu belum lagi kenangan ke Pasar Malam Changlun naik bas tu. Tragedi doghoyan pun disebut tadi. Adoi.... Takleh lupa tau, doghoyan tergolek di dalam bas sampai ke tempat driver time corner baring then masa nak turun malu nak ambik doghoyan tu. Oh dear! Rindu! Pastu tak puashati Ina tak ingat kejadian saya pernah slept over at her house di Taman Perpaduan. Grrr! Kejadian di mana ada saya dan Ayu jua. Haih! Siap Pak Haron antar kami ke rumah Ayu kat Cheras masa tu. Makcik Limah pun siap buatkan makaroni bakar for our breakfast sebelum kami gerak ke Kuala Lumpur and yet anak dia sendiri hilang ingatan? Adoiiii!!!!!! Bak kata Pijah, Ina minum banyak sangat jus semut kot! Jugak rindu zaman abis final exam di final semester. Masuk block 4F Kolej Petronas tu! Masa tu block 4F tu block jantan. Time tu dah tak ramai orang kat kolej and saja melawat bilik Lan, gang jantan paling rapat dengan saya and Dd masa tu. Masa tu selain Lan, Gaya pun kami closed jugak. Boleh lepak-lepak till midnite. Boleh requested Gaya nyanyi. Boleh rebut-rebut kuih lompang kat D9. Rindu zaman tu!

Aci tak nak gi Pasar Malam Changlun? Agak-agak environment masih sama ke dengan at least 14 tahun lepas? Macam teringin! Since grad, memang langsung tak pernah jejak PMC tapi masih ingat ia tiap hari Rabu. My memory kuat sih! tongue

Friday, December 16, 2011

Haru Sungguh!

Kelmarin tidur at 1:40am, malam tadi lak at 2am. Oh dear! Mataku udah seperti panda eyes. Apa nak jadi ni? Jangan nak speku kata malam tadi stayed up sebab membaca novel yek! Walau hati menggedik nak tapi terpaksa diketepikan buat seketika. Komitmen kerja berlambak. Esok dah start cuti panjang so semua kerja harus disiapkan.

Kelmarin dah bagitau my current project's Business Analyst about the issue that I faced when accessing BI Reports which another login page is displayed so haram satu report takleh nak view. Semalam aje I scheduled for 13 reports to be tested. Dia tried boleh without any issue and the best part was she's in Schaumburg. Masa I online pagi semalam dia dah away. Takleh ada communication pun. She would normally online after her dinner so kenalah tunggu kan? Pagi relaxlah. Sempat layan Bidadari Hujan gitu. Quite interesting though. Macam membaca gabungan tulisan Hlovate dengan Noor Suraya. Bahasa agak sempoi and at times agak puitis jugak!

Susan, the BA online at 1++ pm. Tak settle jugak issue dengan dia, continued dengan developer kat Malaysia, Su Ann pulak. Nasib baik both of them ok jek melayan to troubleshoot the issue. Tak tau apa jadi, at last saya mintak aje Su Ann punya hosts file. Su Ann sent file via Lotus Sametime and saya bukak dulu file tu and then only saved it at the respected folder. Sekali lagi haru. Login page takleh bukak pun. Error message, page cannot be displayed was prompted. Nak nangis pun iye masa tu. Masa tu dah 3++ pm and satu report pun belum tested lagi. Tah camana saya dapat bertenang and tengok balik isi kandungan file, everything is ok. Tapi I noticed, the file is saved in txt format and it could due to the file I opened in notepad first before saved it. Icon dia tak sama seperti yang sepatutnya. Terus cari balik file asal yang Su Ann hantar kat folder where all the communication in Lotus Sametime is stored, then copied the file back to respective folder. Phew! At last jadi. At 4pm baru settled! Masa tu stress yang amat dah. Lunch pun belum masa tu. Gila gigih bekerja!

Dalam busy pun, date dengan Abang Zikir tak dilupakan. Sekarang ni Inchik Intan Payung pun terlayan sama. Tetiba jadi cerita mistik noks! Liza Abdullah tu terror berlakon yek sebab saya geram gile dengan dia. Sekarang ni Ku Salmi heroin Tentang Dhia. tongue

Hari ni harus renew roadtax kereta biru. Roadtax mati next week but I won't be available next week. Cuti-cuti Malaysia kekdahnya and akan bawak kereta biru tu so memang jatuh wajib untuk renew roadtax hari ni. Torbang duit den untuk insurance even NCD is 55%. Nak insured berapa yek kereta tu? Last year insurance dia aje RM1425.55 and then add windscreen RM300 for the value of RM2000. Tu belum campur roadtax lagi. Huhuhuhu..

Oklah... harus chow. Banyak kerja menanti. Issue pun dah ada depan mata. Time menghuru-harakan hidup lagi sebelum Jumaat berakhir. Tak tau Jumaat saya berakhir di waktu Malaysia or CST which is 14 hours behind. Kesian, kan?

Thursday, December 15, 2011

Samudera Indah Nian

Tak pernah saya buat menghabiskan satu novel dalam satu malam. Tah kenapa malam tadi terbuat. Sanggup tidur at 1:40am disebabkan mengadap Samudera Indah Nian. Sama ada addict saya teroverdose or cerita tu super duper menarek. I really don't know. Acik tak suka Samudera Indah Nian padahal selalunya saya dan dia mempunyai citarasa yang sama. Sejiwa kononnya! Tak tau kenapa kali ni berbeza. Review about this novel kata novel ni best and I would second that even ada some parts I think meleret-leret jugak. Ego Yasmin overboard tu at times! Yasmin heroin cerita ni. Hero lak Amru.
Antara ayat-ayat yang saya personally suka.

Wednesday, December 14, 2011

Pernah Tak?

Pernah tak korang buat sesuatu benda pastu terperasan benda tu salah? Nak undo memang sah-sah meninggalkan kesan. Chetttt! Malu sendiri, ok? Apakah yang budus sangat The Me hari ni? Grrrr..... Sengal tul pompuan ni!

Jemari Seni

Ada yang ke Jemari Seni lagi last Saturday and saya pun apa lagi, haruslah memesan. Saya punya deretan sebelah kanan. 7 tu! 3 dah dibaca while 4 belum. Baca hasil pinjaman and terasa perlu untuk memiliki untuk koleksi peribadi. Kepuasan dia berbeza dalam memiliki dan menamatkan bacaan. Kuasa memiliki tu lebih hebat gitu! Hari tu 5 and now 7. Kenapa begitu bermaharajalela sekali kuasa membeli novel sekarang ni? Membaca apatah lagi. Tapi takde la sanggup bersengkang mata tak tidur malam mengulit novel. Harus kena babab dengan Inchik Intan Payung kalau buat macam tu!

Novel bertujuh ni masih hutang lagi ni. Berapa yek Ina? Tak sabar nak ambik sebelum weekend ni. Risau kot Ina nak balik Ipoh weekend ni. Saya pun akan berpergian jugak weekend ni. Tak boleh tahan nak membaca yang 4 yang masih belum dibaca itu.

Agak-agak kita akan ke Jemari Seni lagi tak sebelum December berakhir kengkawan? Jeling-jeling mek Subang yang sungguh tak disangka sanggup mengulang Bangi. 2 Saturdays on the row dia buat kerja ngulang Bangi. Kagum maks!

Ina, nanti nak pinjam Kebun Mimpi jugak Panggil Aku Dahlia. Nak tengok aku ni pencemburu ke tak orangnya. tongue Acik hari tu novel apa yang kau rekemen? Ada pada Ina kan? Ina, nanti kita jumpa, aku nak pinjam sekali novel Acik itu and I'll pass [tunas], insya Allah. Acik dah habis Contengan Jalanan? I won't recommend this to Ina sebab ianya sedikit heavy and I don't think Ina will like it anyhow. Ala-ala buku agama tapi dalam bahasa Hlovate.

Tuesday, December 13, 2011

[tunas] & aA+bB

Membaca [tunas] membuat saya ketawa terbahak-bahak. Jugak membuat saya mengimbau zaman persekolahan. Happy je yek zaman persekolahan. Masa tu mana reti nak fikir masalah apa-apa pun lagi except bab exam aje la. Baca [tunas] time stress gerenti lega segala. Tah la! Macam satu perasaan puas gitu.

Ada 3 kisah di dalam [tunas]. Kisah pertama, kisah Addin dan kengkawannya semasa di form 4. Zaman kenakalan yang tak hengat punya! Then zaman menjadi Head Girl by election. Kisah 2, zaman form 5. Ada budak baru joined class Addin jugak. Nama Benz. Suka sangat kisah seteru Addin and Benz. Suka jugak dengan ayat-ayat yang merujuk pada mereka berdua,
Don't you dare to trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you.
Kalau perasaan itu bertanda.....

And the best part was kisah di kelas fizik. Adoi.. memang gelak guling-guling. Lawak tak tahan! Click to enlarge jika ingin membaca sama. big grin
Pg 257 tu dah gelak tak hengat rolling on the floor
Last page pun buat gelak tak hengat jugak! rolling on the floor

Kisah ketiga dalam [tunas] was about the junior, Mags 7. Ni pun lawak. Kisah bebudak nakal tapi genius. Ada jek akal memasing tu. Fun reading la! Tapikan saya sanggup tinggalkan kisah ke-3 [tunas] untuk terus ke aA+bB sebab ingin mengetahui kisah selanjutnya pasal Addin dan Benz. Tah kenapa saya suka Benz. Dia ada ciri lelaki idaman saya kot. Terror Add Maths, pandai lukis, pandai main gitar, pandai nyanyi, good in study, siap boleh fly guna results trial tu! Yang paling suka transformasi dia dari taiko ke seorang suami yang baik juga hamba Allah yang lebih baik. Saya sangat inginkan suami segitu. Ina kata dream on la! winking Takpelah berangan pun berangan la kan?

aA+bB agak lain sikit dari novel Hlovate yang lain. Ada sikit pengoksidaan so adalah pengkaratannya. Susah nak explain if you never read her writing but this one ditulis hasil dari feedback readers kat blogdrive dia. Tu yang terlebih pengoksidaannya  In layman's term, this novel agak jiwang which is agak lari dari landasan Hlovate itu sendiri. raised eyebrows Dari rakan-rakan kaki novel, Hlovate adalah perempuan.

Besides ayat-ayat yang saya suka as per previous entry, ni ada lagi.
I really love the line that highlighted and kesinambungannya itu. drooling
Small things bila diingat, impact dia sangat besar. That's for me!

Saya suka kisah Addin dan Benz dalam aA+bB. Sweet couple. Apa kekdahnya kan bini bertudung, siap berlong sleeve depan husband? Lawak tau si Addin tu! Tapi bukan senang jugak kita nak menundukkan ego sendiri kita nak mengaku sayang pada seseorang.
The song that Benz composed and sung for Addin since diorang nyer Grand Dinner masa form 5. Suka dengan lines ni, 
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy