ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, July 9, 2012

Busuk wehhhhh




Busukkkkkk
aku tension aihhhhh
tiap kali nak menyidai kain baju dan nak mengangkat kain baju
rasa cam aku duduk kat kampung pulak dah.......
mudah-mudahan kami sekeluarga di berikan kesihatan yang baik-baik
jauh dari sebarang penyakit.......

2 kali dah masuk panggung wayang...



Al kisah melayan si anak....
tapi bila dah besar ni je baru nak bawa E-in tengok wayang
semalam ke Klang....pi Bukit Raja
sampai pun dah kul 2 lebih....
memula darling beli tiket dulu
then baru pi makan McD

Owwwwhhh...
Madagascar tu kalau tak silap last 2 week tengok....
Ice Age 4 tu tengok semalam
mama walau tak larat, tetap ikut
mana leh tinggal sorang2 kat umah kan...
pas tu pi Dataran Petaling Jaya
ada pulak auto show...
waaa best-best
aku pun suka gak tengok kereta modified........

Friday, July 6, 2012

Sensitif sungguh....


Semenjak dua menjak ni
sejak perut aku dah semakin membesar ni
anak dara sorang ni
pantang kena marah ngan aku
sensitif bukan main
terus menangis tersedu-sedu
maunya aku tak marah
masuk je dalam kereta
selongkar beg atau beg plastik yang ada
then sepah-sepahkan dalam kereta
sudahnya aku marah lah
aku yang terboyot-boyot ni
nak kena kemas balik semua
sebab nak bawa masuk dalam rumah
kadang-kadang 3 sampai 4 kali berulang ke kereta
sebab nak memunggah barang
grrrrrrrrr............

itu belum lagi sepah dalam rumah
aduhai penat dan tak larat menguasai aku sekarang ni

Alahai sayang mama
kasihani lah mama yang dah tak larat ni....

Aduhai dah tak larat sangat dah....


Ya Allah
semalam kesudahannya
aku ambil off sebelah petang
dah tak tertanggung sakit rasanya
sakit punggung...sakit pinggang......
malam tadi..kaki sebelah kanan pulak yang krem
selalunya kaki kiri je yang krem
aduhai.......
sabar aje alah

Khas buat warga Tanjong Malim, Perak

Thursday, July 5, 2012

Mama jangan marah


Al-kisah si anak
tiap kali bila di suruh mandi
masuk aje dalam bilik air
main main main
bila aku bagi berus gigi suh gosok gigi pun boleh buat aku HOT
belum lagi nak jirus air kat badan ngan kepala tu
ada masa mandi air kolah je
tapi kalau cuaca sejuk dan aku rasa air dalam kolah tu sejuk
aku mandikan dengan air panas
nak disabunkan pun main main main dalam bilik air
sampai basah lah aku dibuatnya
bila aku MARAH....

E in akan cakap, "mama jangan marah..nnti mama jadi warna hijau......"
maksud Ein aku akan bertukar jadi cam Incredible Hulk...
hua hua hua
anak anak....dah besar ni...petah sungguh bercakap...

MAMA SAYANG KAKAK....muah muah

Wednesday, July 4, 2012

Bestnya lah...

Syoknya lah
kalau tiap-tiap malam dapat tidur lena cam baby ni
sejak perut semakin membesar ni
mengiring ke kiri pun tak boleh
mengiring ke kanan pun tak boleh
tak selesa sungguh
kalau terlentang je penat lah pulak...
kaki pulak kalau nak beralih-alih posisi
kena alih dengan perlahan-lahan dan berhati-hati
kalau tidak.....kremmmmm ooooo
pendek kata tiap malam sebenarnya tak pernah tidur pun...
jap-jap jaga...jap-jap jaga
bila pagi baru nak lena dah kena bangun pulak.....
huhu......

Terkini....

Malasnya nak update blog
hak hak
minggu ni kandungan dah masuk 31 minggu...
last week masa check up kat Klinik O & G Hospital Slim River
Doktor siap pesan next check up sila lah bawa beg pakaian siap2...

Ehhhh kenapa lah Doc tu cakap kat aku cam tu ehhhh????
actually ada masalah sikit ngan uri aku...
sama kes cam waktu aku mengandungkan E-in dulu
but this time Placenta Privea Type 3 pulak...
aduyaiiiii....
Doc cakap uri tu kalau naik pun, naik sikit je...tetap kena C-ZER

hmmm aku dah agak dah....
sekarang perut bahagian bawah memang terasa sakit
mungkin sebab tempat C-zer dulu tu yang menyebabkan aku terasa sakit
dan payah sangat nak bergerak....
kalau dah baring lak bila nak bangun tu...
Ya Allah..tuhan je lah yang tahu macam mana seksanya nak bangun...
kalau kat opis..bila duduk lama-lama sangat
mulalah punggung pun sakit..nak baring je rasanya...
buat kerja pun SLOW je skang ni....

Jadinya next check up kat Hospital Slim adalah pada 25/7/2012 means kalau keputusan scannya tetap sama....duduklah aku di wad untuk entah berapa lamanya...
kalau kes E-in dulu..3 minggu 3 hari aku duduk makan tido makan tido kat wad
but this time agak berbeza sket sebab dah ada anak yang besar sikit
hati risau nak meninggalkan E-in...
ya lah manja sangat ngan aku kan...bangun tido pun selalu nak mama je...
cam ne lah agaknya nanti bila aku tak ada tu ya....

Kalau kena c-zer...means awal lah aku bersalin....iaitu sebelum Raya Puasa 2012...
maknanya xdapat lah aku makan lemang ngan rendang tahun ni..
huwaaaaaa....pantang wehhhhh

Wednesday, June 6, 2012

27 minggu sudah......

Kat opis tengah black out ni
nak buat kerja pejabat...
apa pun tak nampak...
tadi tengah excited nk semak label barcode...
bila gelap je terus ilang semuanya...

sekejap je masa berlalu
dah masuk 27 minggu usia kandungan ku
nak bergerak pun dah rasa tak larat sangat
tapi ku gagahkan juga
ya lah....asben tak sama tempat kerja
jadi kena lah buat sendiri semuanya kan
tak larat pun tetap kena kuatkan semangat..
baby lak..aduiiii sangat lah aktif bergerak...
apa pun alhamdulillah...
mudah2an baby sihat

Monday, May 7, 2012

2 malam berturut-turut.....

 
E-in: mama janganlah nangis, E-in sayang mama
siap usap kepala aku lagi
siap kesatkan air mata aku lagi

agak-agak korang kenapa lah aku menangis ya?
2 malam berturut-turut aku menangis teresak-esak kat umah waktu malam
si anak pulak pandai sungguh memujuk aku
ya lah tiap kali si anak menangis
aku pujuk sambil peluk dan cium dia
jadi bila aku nangis, perkara yang sama dia buat kat aku
 
malam kedua aku menangis
encik asben sampai agak awal ke rumah
siap si anak berlari ke pintu memberitahu
"papa, mama nangis....tengok lah mama...E-in tak buat mama"
alahai....buat aku bertambah lah menangis
berkali-kali si anak memujuk aku

kenapa aku menangis?
sekuat mana pun aku, setabah mana pun aku
sesabar mana pun aku
selama 4 bulan lebih ni
aku cukup tertekan

ditambah dengan keadaan aku yang sedang mengandung ni
dah lah tiap kali check up ada je masalahnya kali ini
Ya Allah.... besar sungguh dugaan yang kau berikan kepada ku