Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut blog saya...
Maaf, agak lama juga tak update blog ni...kebelakangan ni saya sangat sebuk, sebuk dengan kerja dan paling utama sebuk menyiapkan kajian tesis saya. berlari sana sini cari data maklumat untuk siapkan kajian, hanya pelajar separuh masa macam saya ni saja tau bertapa susahnya belajar macam saya ini. sekarang ni baru rasa lega sikit sebab presentation untuk tesis dah lepas. cuma tunggu untuk peperiksaan akhir saje bermula selasa 31/12/2013 ini. Sabtu dan Ahad ni tiada kelas so boleh la saya curi-curi masa untuk siapkan tempahan customer sambil curi masa baca buku...hehehe.
Kepada semua yang ada beli barang-barang lama dan perabot antik dari saya, saya harap dapat bersabar, minta maaf banyak-banyak, saya cuba untuk hantarkan semua tempahan yang ada pada hari Isnin ini sebelum saya berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri peperiksaan. Tambahan mula sekarang musim hujan, saya tak dapat nak bertukang, tambahan pula saya bertukang ni pada waktu malam dan awal pagi sebelum saya pergi bekerja saja. ini sebab saya saya bekerja office hour manakala sabtu dan ahad pula saya hadiri kuliah di Kuala Lumpur. Harap semua pelanggan memahami saya.
Ok, berbalik kepada tajuk utama, terpandang Kak Yatt dari blog Yatt Precious buat entry pasal set VCR ni, saya pun lama tak buat entry pasal koleksi pinggan mangkuk, so cuma entry gambar ringkas saja. Teko aladin tu agak susah nak dapat, setelah hampir 5 tahun mencari barulah saya dapat dari kawan di Johor Bahru...tak lama lepas tu baru-baru ni dapat lagi sebiji teko yang sama...rezeki, jadi sebiji dah sampai ke rumah Kak Yatt...hehe.. Sebelum ni juga saya pernah buat entry pasal bunga VCR ni, boleh la rujuk ke "label" VCR untuk lihat entry yang terdahulu.
Sekian saja untuk saya kali ini...biarlah gambar saja mentafsir segalanya...jumpa lagi di lain entri.
# ada 2 versi gambar, satu snap di luar rumah satu di dalam rumah...yang sebenarnya mula-mula snap dalam rumah lepas tu tak puas hati kualiti gambar, so alih ke luar rumah pulak...maklum la...pakai telefon kurang kecanggihan je...hehehe...
Showing posts with label Victorian Roses. Show all posts
Showing posts with label Victorian Roses. Show all posts
Friday, December 27, 2013
Friday, June 15, 2012
Victorian Roses
Salam Jumaat yang indah.....penghulu segala hari bagi Islam....dah lama rasanya tak kongsi koleksi pinggan mangkuk lama. Bahan ada, cuma nak tangkap gambar yang malas, nak susun-susun, bawa keluar segala.. Sempena minggu Victorian Rose (VCR) di Antique Porcelain Collector group di Facebook, saya kongsikan juga disini. Ini saja yang saya temui. Rasanya ada lagi koleksi VCR saya tapi tak tau simpan dimana.Beberapa tahun yang lalu juga pernah saya n3 kan koleksi VCR saya, boleh klik pada label VCR
sekian saja untuk tatapan kali ini...jumpa lagi di lain n3...
Teko bulat...walaupun ada sedikit cacat di muncung tetap saya rembat...daripada takda kan.
Teko leper...yang ni saya pasti ramai ada..satu masa dulu kakak dari Kuching ada jual
Cawan mulut lebar, alhamdulillah bermula dengan sebiji cawan..lama-lama berjaya kumpul 6 set. Sehingga kini masih mengidam teko aladin nya =)
Cawan jenis berkaki dan bentuk loceng...sepasang saje ada..terbayang kalaulah saya dapat teko untuk cawan loceng tu kan..pasti cantik.
Oval plate besar 14". tertarik saya pada susunan bunganya...ada 3 jambak....jarang sekali temui oval plate susunan bunga 3 jambak...biasa 4 atau 2.
Dan cawan-cawan mini...mungkin untuk minum teh cina...dapat di new old stock satu ketika dulu..
sekian saja untuk tatapan kali ini...jumpa lagi di lain n3...
Wednesday, July 28, 2010
Koleksi Mug Antik
Hari ni saya nak kongsi pula koleksi mug bertutup lama yang ada dalam simpanan saya. Sebelum ni kak yatt, kak aton pun pernah buat n3 khas untuk mug bertutup antik/lama ni dan ada juga blogger lain yang pernah buat n3 mengenai mug bertutup ini. Dalam koleksi saya tak ada lah banyak sangat, yang ada cumalah 6 biji mug bertutup yang berlainan corak dan bunga. Saya dapat di merata-rata tempat, kedai antik, barter, kedai 2nd, dan memory lane, dari yang semurah-murah harga sampailah yang semahal-mahal harga. hehee
ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....
Barisan kehormat koleksi mug bertutup antik saya. Mug VCR, Wild Roses, Bunga Kangkung, Buluh Emas, dan White Sakura yang mempunyai corak berbeza.
Mug Wild Roses hasil barter saya dengan kak yatt. Bentuknya memang cantik.
Yang ni merupakan mug yang paling saya suka. Mug VCR yang saya dapat tergolek di kedai recycle@kedai 2nd. Harganya pun RM1 je....jangan terkejut...klu RM1 nak beli kacang putih pun tak lepas kan....hahahhaa. tapi itu dulu, kalau sekarang pergi di kedai recycle@kedai 2nd tu lagi, pinggan mangkuk antik, jangan tanya harga, memang melambung tinggi. Dorang pun dah tau nilainya.
Mug Bunga Kangkung yang paling mahal saya dapat iaitu di kedai antik. Masa tu dah excited sangat, tanpa fikir panjang terus beli. Lepas dari tu saya tengok kat Memory Lane, Blog dan kedai antik yang lain, memang jauh lebih murah....rasa nyesal lak..hehee...tapi apepun yang penting hati tetap puas milikinya....

Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.
Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.
Ini pula mug buluh emas yang saya dapat di Memory Lane baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, apa lagi, rembat je la....
Dan yang ini, 2 biji mug white sakura yang mempunyai corak bunga sakura yang berbeza antara satu sama lain. Cuba perhatikan, pasti akan jumpa perbezaan corak keduanya walau sekali imbas nampak sama.
Juga terdapat corak bunga pada kedua penutupnya. Corak pada penutup juga berbeza antara satu sama lain.
1st mug...bunga sakura putih yang amat cantik pada mata saya.
2nd mug...coraknya bunganya lebih sarat berbanding di atas.
Sekian saja n3 saya pada kali ini. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata
Selamat Menjamu Mata
Tuesday, January 12, 2010
My Victorian Roses
Salam sejahtera semua...hari ni saja nak kongsi pasal VCR ni...Actually nak penuhi permintaan akak2 semua yang nak tau isi kandungan kotak tempohari..salah satu isi dalam kotak tu ialah teko VCR ni iaitu dari kak nur pondok nur salam, hasil barter.
Yang cawan mini cinonet tu saya sendiri hunting, jenis mulut besar dan memang cute. Saiz die hanya 1.5inci sahaja. Dan cawan VCR berkaki tu dapat dari ML. Ada satu tu je pun. Jadi la..orang lain dah banyak kumpul VCR saya baru ada yang ni je..hehee.. Jadi la dari tak da kan. Ok lah jom kite layan gambar...
Cawan cinonet mulut besar VCR..memang cute..
Yang ni cawan berkaki VCR. Dapat satu je..shape die memang cantik..piring die jumpe kat umah opah. Dulu2 opah ada kot, tapi skarang tinggal piring sekeping je..
Teko VCR ku...ihsan dari kak nur..memang cun bila tengok realiti...
Keluarga VCR...dulang tu pun antik jugak tau..opah saya punya..usia die dah lebih 50 tahun..
Subscribe to:
Posts (Atom)








