Tengah ada mood nak berblog ni, n3 je la apa yang ada. Cuma nak sajikan teko enamel/ayan berbunga ni. hasil hunting awal bulan lepas. Asalnya dulu, cuma nak kumpul mana ada je barangan enamel/ayan lama ni tapi nampak gayanya dah berjangkit nak kumpul teko, tureen & tiffin ayan/enamel. tu pun bergantung pada bajet jika mencukupi. Teko dibawah bagi saya cantik mata memandang, tak rugi rasa beli tempohari. Ada rezeki ingin menambah warna oren, merah dan biru. InsyaAllah..Selamat menjamu mata ye.
Showing posts with label Ayan/Enamel. Show all posts
Showing posts with label Ayan/Enamel. Show all posts
Wednesday, November 16, 2011
Monday, May 30, 2011
Tiffin Ayan/Enamel @ Mangkuk Tingkat @ Sia'
Tiffin, mangkuk tingkat, sia' itu antara nama2 selalu kita dengar, bagaimanapun, ianya merujuk kepada 1 benda yang sama, sebutan nama saja berlainan. Dikalangan masyarakat Melayu, kebanyakannya hanya dipanggil mangkuk tingkat atau sia'. Tiffin/mangkuk tingkat/sia' ini antara yang menarik dibuat koleksi dan menjadi kegilaan pengumpul2 pinggan mangkuk lama mahupun pengumpul barangan antik. Ape yang saya ada dalam koleksi hanyalah mangkuk tingkat/tiffin/sia' ayan atau enamel saja. Menarik pada saya untuk dibuat koleksi. Satu demi satu berjaya bertambah dalam koleksi. Cukuplah setakat apa yang ada ni.
Yang ini dari Japan, antara bentuk yang jarang dilihat dan jarang ditemui. pemegang daripada kayu. Alhamdulilah, dapat dengan harga yang amat berbaloi walaupun dari penjual barangan antik. Diameter mangkuk 4".
Dari china, pemegang hanya aluminium dan merupakan antara keluaran lama. ada 2 saiz yang berlainan dalam koleksi iaitu diameter mangkuk 7" dan 6"
Yang ini jenis bercorak, diameter 6". Bagaimanapun tiada pemegang, sesiapa yang ada, dan terjumpa boleh jual pada saya.
Ini bukanlah dari ayan, tapi dari aluminium, menarik perhatian saya untuk disimpan kerana saiznya yang kecil, hanya diameter 3" dan tinggi hanya 5".
Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)