Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

awan biru di langit ku.



listen.
=)
"sesungguhnya aku tahu kamu, terbaik untuk diriku" -lirik

Monday, February 25, 2013

choices

assalammualaikum.

pelik jugak randomly rasa nak menaip since too much words stuck in my mind. rasa seperti perlu dimuntahkan sedikit dari dalam kepala ni. dan sebab punya sedikit masa ketika ini, saya menulis.

pilihan.

siapa pon manusia dalam dunia ni akan punya pilihan. sama ada pilihan tu di akhirnya nanti akan bawak manusia itu ke arah bahagia atau pon kesedihan tak ada siapa pon tahu. tapi untuk capai pilihan yang pada awalnya kita fikir nanti akan buat kita bahagia perlu ada sedikit usaha. dan untuk sebelum memulakan usaha, kita perlu ingat pasti ada risiko..perlu bersedia agar di akhir nya kita tidak terlalu kecewa jika pilihan yang kita pilih tu tak beri apa yang seperti kita harapkan...

kadang-kadang bukan usaha je, tapi pengorbanan.

itu yang paling penting. bayangkan masih bertuahnya kamu jika kamu masih punya pilihan untuk difikirkan..berbanding mereka yang tiada pilihan dan terpaksa ikut sesuatu rentak yang mereka sendiri tak rela. dah namanye pon terpaksa ye dak? hehe

sebenarnya bukan ni yang saya nak tulis. benda yang saya nak tulis tu dah lupa. mana tak nya time drive dalam kepala fikir macam macam nak tulis nanti. bila tiba masanya idea dah hilang.

i just don't know. lately saya banyak rasa dalam delema. seperti ada keputusan yang perlu saya buat tapi tiada jalan penyelesaian. lalu mengambil jalan biarkan dan malas nak fikir. so rasa macam "when the time comes, what will be, will be..". cuma sekarang perlu berusaha dan perbaiki diri. soal perbaiki diri pernah dengar kan yang Allah tengok pada usaha hamba dia ke arah untuk perbaiki diri. bukan pada hasil. depends on perjalanan kite. how hard the things that we need to overcome untuk capai sesuatu yang dipengakhirannya dapat redha Allah. bukan mudah. saya sendiri selalu terpesong, selalu sangat.

saya ini seorang yang daif tahu? saya mungkin juga pernah dipandnag jahat atas kesilapan saya yang lalu. tapi kenapa kita manusia sesama manusia perlu judge tentang perkara silam mereka. kenapa tidak di judge dengan apa adanya mereka hari ini dan pada masa akan datang yang lebih baik. saya ini juga manusia biasa biasa. ingin saya ingatkan kamu, sampai di hari akhir nafas kamu, takkan ada kamu temui manusia yang sempurna. jangan ikut kehendak but be rasional.

for me, kehidupan mengajar saya memaafkan kesilapan lalu manusia adalah lebih baik. lebih bawak banyak perkara baik and sweet things dalam hidup. cukuplah sekali suatu ketika dulu saya pernah menghukum seseorang yang saya rasakan langkahnya yang silap seakaan tidak boleh dimaafkan. 

tapi saya bukan Tuhan. kerana Tuhan terima setiap inci rasa taubat dalam diri hambanya.
 saya tak pandai untuk berkata-kata soal dosa dan pahala. kerana saya ini masih daif untuk berbicara tentangnya. tapi saya boleh sama-sama belajar dan perbaiki diri. kerana diakhir perjalanan ini...semua pon akan....

mati.

untuk seorang teman jika dia memerlukan bait-bait kata

Monday, October 22, 2012

saya nangis tengok ni.

vedio yang boleh buat saya mengalirkan airmata hari ni..
mungkin kerana apa yang dihadapi lately mengundang airmata ini..
tak tau la...
sibuk je kawan sebelah tanya tadi.."kau nangis ke?"..
hehe nangis sikit je..nanti lame-lame senyum balik lah..=)

KLIK SINI untuk tengok video...just a short sharing...

Saturday, October 20, 2012

Make me strong

this song made me cry......
thank you Allah untuk nikmat airmata...




I know I'm waiting


Waiting for something
Something to happen to me

But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be OK
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

Thursday, June 14, 2012

jangan ada benci

Jangan Ada benci - Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Saturday, March 31, 2012

suke!

lately aku slalu tgk video kat bawah ni sambil nyanyi same-same..sampai melodi die pon tersemat dalam kepala....macam lawak plak tetibe lagu negara new zealand ni bermain-main dalam fikiran aku....hehe...


New Zealand national anthem....second country in my heart.. this video was taken around Rugby World Cup 2011...missing those moments so much!! =')


E Ihowā Atua (O Lord, God,),
O ngā iwi mātou rā(of all people)
Āta whakarangona (Listen to us,);
Me aroha noa (Cherish us)
Kia hua ko te pai (May good flourish,);
Kia tau tō atawhai (May your blessings flow.);
Manaakitia mai (Defend)
Aotearoa

God of Nations at Thy feet,
In the bonds of love we meet,
Hear our voices, we entreat,
God defend our free land.
Guard Pacific's triple star
From the shafts of strife and war,
Make her praises heard afar,
God defend New Zealand



Thursday, August 11, 2011

video persembahan silat semalam...

disebabkan this week aku sangat busy..so kami pon tak sempat nak berlatih lebih....kalau tak nak jugak buat combat tak pon tempur..tapi mase yang tidak mengizinkan...hanya persembahan tak seberapa je la dari kami semalam..thanks kepada sume yang terlibat dan menonton....=)..ohh ye...sape yang tengok ni mesti perasan minit-minit terakhir tu aku terlupe step..hahaha..pastu aku main sepak terajang je arah mane aku suke..lawak gile semalam...haha...and second part tu patot background music lain tapi partner aku neves die lupe nak bagi isyarat...hehe...ape pon aku enjoy je buat mende ni..=)..thanks partner!

cultural mosaic,2011, university of Auckland.



keras tak keras la kan?? hehe

Monday, May 16, 2011

hanya satu,mane boleh renew.


untuk semua ibu-ibu,selamat hari ibu!
senyum-senyum selalu,baru sweet gitu! =)
ibu kita hanya satu,mana boleh renew,
hargailah ibu tu,selagi punya waktu. 
 
alang-alang video dah ada,
joegromjow  pulak buat contest dengar cerita,
apa lagi kita edit la video sikit ikut sesedap rasa,
tapi tak adalah mantap mana,
lagi pon bukan niat untuk berentap beriya-iya,
 cukup sekadar boleh dikongsi bersama,
 tapi kalau menang apa salahnya..=)
jangan malu-malu klik la sini kalau nak ikut serta,
faridzulasyraf.com dan denaihati.com sponsor hadiah katanya.
jom ramai-ramai memeriahkan suasana....=)

 
intro : credit to a friend (syamim)

Friday, April 1, 2011

gambar sekitarnya

event : international cultural festival,2011,
tarikh kejadian : 26 march 2011
tempat kejadian : mount roskill,auckland NZ.

im not into dancing pon sebenarnya...try mencuba bidang ni pon mase dekat auckland ni...ntah kenapa macma eager nak try sebab rasa macam susah ke menari ni??hehe....hakikatnya memang susah..dan rasanya dah tamat kot percubaan aku menceburi bidang tarian ni....kat bawah ada video tarian mase international festival hari tu...dan adela beberapa keping gamba yang dicuri dari camera kengkawan (dah tu camera masing-masing besar-besar belaka..camera cikai aku tu ..simpan je la ye dak?hehe).


malaysian team (1 malaysia kan kan?)

dan gambar lagi sekitar festival

cukuplah kot..banyak lagi gambar-gambar tapi cam tak larat nak letak.
hehe

Sunday, March 27, 2011

i'm not a dancer, but i can dance.

kejap lagi akan menari lagi...mungkin menari untuk yang terakhir kalinya (serious?hee).....dance???nope nope i'm not a proffesional dancer ke ape...tapi i can dance what?hehe...first time menari mestilah dekat sini which was time bersatu dinner tahun lepas....itu first time perform..die punye berdebar tu tak payah citer la kan...nervous nervous...

tarian : tualang 3, Bersatu Dinner,july 2010

dan 3 hari lepas kami perform lagi..kali ni untuk Twestival Local Auckland 2011...that night rasa cam best sangat....everyone macam enjoy je tak ada tension-tension...and paling best sebab perform dekat negara orang and not in front of malaysian..so malam tu macam different sikit.....tahniah untuk semua yang terlibat dan hadir..=)...

(gamba tak copy lagi so ni je yang ada)
 Twestival Local Auckland, 24 March 2011
tarian : patendu

video tarian malam Twestival Local Auckland boleh tengok DISINI kalau mahu....aku tak reti nak attach video kat facebook kat sini....kesian gile kan kan?hehe.....so good luck to all patendunians for today performance......hari ini kami akan perform untuk International Auckland Cultural Festival 2011 dekat Mount Roskill War Memorial Park...jemput hadir..=)...ni macam wakil malaysia la ni...we all menari patendu with the sumazau dancers....nak perform today cam lagi berdebar sebab hari ni ramai kot yang datang..wooo~

ni diantara komen yang diberi kat aku..haha sengal :
"dah tengok video! aku cari pempuan yang gerak geri die macam kasar+kaku sikit tapi tak jumpeeeee..",ditaip oleh ikan riang....tukar minat kejap la ikan riang from basketball tu dancing..haha. 

p/s : selasa ni da start basketball interfaculty tournament 2011...sure ke nak masuk?nak!

Wednesday, February 9, 2011

bila diri disayangi

 bila diri disayangi : ukays
[lagu yang diberi oleh seorang sahabat juga bekas housemate,thanks]


bila ku sedari diri disayangi...
langkah kaki ini semakin berani...
bila terkeliru ku ucap namaMU..
terasa diriku kembali dipandu...
Engkau yang pertama tiada akhirnya...
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya...
izinkanlah aku menumpoang disini..
dibawah naungan kasih dan sayangMU..
KU BERSERAH DIRI....

[keikhlasan doa, keagungan kasih, mengubah takdir... ]

Sunday, January 2, 2011

aku tulis ini untuk kamu

 perbualan tadi buat aku tulis ini untuk kamu...
sebelum pape aku nak kamu klik SINI dulu....

ANN - kaya, comel , pandai , ada family yang best , ramai peminat , tak pernah rasa hidup susah , punya future yang cerah, dapat capai cita-cita yang diingini , ego.

KETUA MAFIA - ramai orang suke, ramai orang sayang, kacak ada rupa, sweet , hidup tak susah tapi ANN lagi kaya,dapat kejar cita-cita yang diingini , boleh share macam-macam with his mom, suke berdikari dan sacrifice, pernah rasa pergolakkan keluarga seawal umur 8 tahun, punya ramai keluarga angkat sebab die lovable , feel like alone.

SHE - loser.stupid....tak secomel ANN, tak ada ramai peminat macam ANN, tak kaya macam ann dan ketua mafia...kira she ni paling bawah antara 3 orang ni, alone, tidak mengadu masalah pada family, suka berdikari dan sacrifice, berkorban cita-cita untuk cinta tapi akhirnya dikecewakan, terpaksa teruskan sesuatu yang bukan kehendak,  tak suka nampak macam loser tapi hakikatnya die loser, selalu tunjuk kuat tapi sebenarnya lemah, pandai sorok perasaan,ada blog tersayang , ego tapi tak hebat, tak ade pape.

situasinya KETUA MAFIA suka ANN...ketua mafia nak sangat ann ade dengan dia...jadik teman die...jadik tempat yang die leh luahkan ape saje....nak punya teman berbicara...ketua mafia rasa jeles gile dengan life ann...ade family yang best..kaya...comel ramai peminat.....senang cerita ketua mafia rasa apa yang ann ade die tak de....and die rase down..rase lonely...dan dia mahu ramai kawan...tapi tanpa dia sedar...ramai orang suke die...die ade rupe..baik..sweet...pandai....ramai orang mahu dekat dengan die...but then ketua mafia tak rasa hepi dengan life die...die rase jeles dengan life ann...ketua mafia mahu ramai kawan...mahu jadi someone yang seringkali diberi perhatian...dan ketua mafia rasa kecewa dengan ann...ann seorang yang ego...mestilah ego tengok lah dah life ann sendiri dah perfect..dan itu sangat buat ketua mafia down...ketua mafia tak suka life die..die rase life tak adil untuk diri die....lagi buat ketua mafia down gile bile die rase ann macam tak pedulikan kewujudan dia...ketua mafia terlalu mengejar ann..tanpa die sedar...sometimes dia lukakan perasaan SHE..but as usual...SHE selalu act cool...dia pon ade ego gak.

SHE pula ada hati pada ketua mafia...dia tak secantik dan secomel ann..tak sekaya ann dan ketua mafia....suka berdikari dan ego pada family...tak suka tunjuk lemah depan family kerana dia harapan family...selepas dikecewakan dia rasa ketua mafia macam bukak hati dia untuk trust lelaki..but then ketua mafia suka kan ann..dan menunggu cinta ann...so that SHE start to back off dari ketua mafia...tapi dia still kawan dengan ketua mafia..always cakap yang will be there kalau ketua mafia perlukan dia....SHE ni ego...dia takkan carik ketua mafia sebab tak suke nampak macam terhegeh-hegeh..so that die act cool je..selalu pesan kat ketua mafia...dia akan ada kalau ketua mafia cari die....SHE has a blog.....tapi makin hari rase blog tu hipokrit...sebab die dah tak leh nak tulis sejujur dulu..luah kan mende yang sebenar-benar die nak luahkan....ketua mafia jeles dengan SHE...sebab tengok blog die ramai orang baca dan komen...ketua mafia kan nak ramai kawan...sebab tu die jeles dengan SHE..tanpa ketua mafia sedar yang SHE tu bukan ade ape..tak cun macam ann dan tak sekacak ketua mafia....SHE cuma teruskan hidup...cita-cita juga impian dah dimusnahkan demi bekas kekasih.....die kesal..sebab tu aku cakap SHE ni bodoh gile...die tak kuat mane...tapi just pretend to be strong..demi family.

dear ketua mafia,
dengar sini....kau jeles dengan life ANN, dan aku pula jeles dengan life kau, dan mungkin ada pulak orang lain sekeliling aku yang jeles dengan life aku....aku jeles kau ada rupa yang kacak dan kau pula jeles aku punya ramai kawan dekat blog (so lame ok)...apa aku nak cakap..ini lumrah..normal sebab manusia memang tak pernah rasa cukup....tak salah kau mahukan life yang perfect...tapi percayalah cakap aku....lagi kau kejar sesuatu yang sangat sempurna tu...lagi kau akan rasa hidup kau selalu tak cukup....pesan aku buat kau..jangan pandang kehidupan orang yang jauh lebih sempurna dari kau...nanti akan buat kau bertambah sedih..sebaliknya tengok lah orang yang jauh lebih teruk dari kau..so that kau akan belajar bersyukur....jangan terlalu mengejar sesuatu sampai menjadikan kau seorang yang selfish....

ketua mafia,
aku rasa aku terlalu menjaga perasaan kau..sampai kadang-kadang aku tak sedar aku dah lukakan hati aku sendiri.....ketua mafia,kau selalu pesan kat aku jangan pergi mane-mane...kene ade dengan kau sampai bila-bila....kau jangan risau..aku tetap kawan kau...sikit-sikit aku akan buang perasaan ni kat kau....dan once aku dah buang perasaan ni kat kau....tak mungkin aku akan jatuh cinta lagi dengan kau....biar masa yang tentukan.....aku doakan kau bahagia dan dapat cinta ann..sebab ann saje yang boleh buat kau hepi....ingat pesan aku..ape pon kau buat..jgn jadik selfish dekat orang sekeliling kau.....fikir juga perasaan orang lain...so that orang akan lebih appreciate kau.....lagu bawah ni aku tujukan khas untuk kau.....


setiap kali
Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah

kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
leraikanlah aku dari keluh kesah 
yang membelenggu jiwa dan fikiran 
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan 
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


"kamu,kalau suatu hari nanti saya cakap dekat kamu yang saya dah tak suka kamu macam sebelum ni...apa yang kamu rasa???jawab jujur",tanya aku kat ketua mafia.

"hmm down,rasa sedih sikit",jawab ketua mafia.

"kenapa plak??".

"ntah tak tau..."...jawab ketua mafia pendek.

ketua mafia bukan untuk aku....aku takkan carik kau.tapi aku akan ade bila kau carik aku.selagi aku mampu......"people, this is not the end of life.." (tolong klik dan tengok video disana)...be strong.

Wednesday, December 29, 2010

finally, it happened on 28th Dec 2010.

by saying goodbye to Auckland for just a few days,finally i did it!!!the date was on 28th Dec 2010....yeahhhh~~~lets check it out people....

ohhh ye, untuk kawan-kawan yang bertanya kemanakah aku pergi dengan mengucapkan selamat tinggal Auckland di entry lepas...jawapannya tak lain tak bukan sudah tentulah pergi berjalan-jalan...hehe....balik Malaysia??ohhh..belum lagi..nanti la dulu belum bersedia lagi nak balik Malaysia ni....huuu....em pada hari isnin bersamaan 27 dec kami seramai 8 orang telah bergerak keluar dari bandar Auckland bukan untuk menyambut merry christmas ye tapi tujuannya adalah untuk mengaplikasikan peribahasa melayu kita iaitu "jauh perjalanan luas pemandangan"...ha camtuuu....perjalanan ke Rotorua mengambil masa lebih kurang 3 jam dan kemudian diteruskan ke esokkan harinya ke Taupo dengan menambah lagi 1 jam 30 minit.... oh ye,tahukah anda....selain dari meluaskan pemandangan...trip ini juga berjaya mewujudkan "magic" iaitu mengalirkan duit seakan-akan sama seperti air....fullamak.

nak cerita the whole trip macam kene 3 episod baru abis...so aku amik main topic je la dulu iaitu....silalah rujuk gambar rajah dibawah......




aha...gambar diatas bukan percubaan untuk jadik tarzan ye...itu adalah "BUNGY JUMPING"...kira bungy ni mende paling famous lah kat new zealand ni..yelah tempat dah cantik..lepas tu negara jenis bergunung ganang plak kan...so kalau ade sesape yang nak datang sini....aku sangatlah suggest untuk buat bungy ni...Taupo salah satu tempatnya..kat Queenstown ade gak...kat Auckland Bridge...Auckland Tower...yang best nye kat Taupo ni sebab terjun kat dalam tasik....hehe....dengan ketinggian lebih kurang 47 meter....aku menguji tahap keberanian dan kekuatan mental aku sendiri....and finally....i did it....Taupo Bungy was really awesome!!!

selamat menonton VIDEO khas (video ni edit sikit..yang dekat facebook tu tak edit) dibawah ni kalau nak dengar jeritan maut silalah...kecik kan sikit volume laptop tu ..nanti ade yang hilang nikmat pendengaran secara mengejut aku tak bertanggungjawab ye..hehe.....


SO, AMACAM??ADA BERANI???

Wednesday, December 22, 2010

ENTRY KHAS: percubaan tergempar.

malam tadi member aku name die naima (bukan nama penuh..haha)....before tu ingat tak entry pasal "ayam cantik" tu??..haaa ayam tu la ajak aku belajar main lagu hepi besday malam tadi.....oh lupe nak cakap semalam besday kawan kitorang bakhit...bakhit ni da balik malaysia seperti yang aku dah ceritakan dalam entry before ni...memula naim ajak kitorang nyanyi ramai-ramai die nak call mamat tu la...but then aku rasa itu cam biasa sangat....buatlah mende yang lain sikit...baru best....

so aku pon bagi lah cadangan kat die untuk main gitar lagu hepi besday....kitorang ni beginner je baru dalam arena peng"gitar"-an ni...tapi tak sedar diri memasing budget power lah...mane tak nya semalam ikut waktu auckland dalam area pukul 10 malam kot (malaysia  kul 5 pm) baru nak start main lagu hepi besday ni....tenaga pengajarnya dah tentu lah tak lain tak bukan "proffesor youtube"...haaaa punye lah semangat kan...naik kebas lah jugak jari ni dok pressure nak habiskan belajar main lagu tuh...but then at the end....tengok dan dengar je la video tak seberapa ni.....by the way...boleh lah korang pegi singgah blog si ayam cantik tu......die baru nak active-active tulis blog ni....so kat blog dia pon ade gak die buat video "khas" untuk si bakhit...kononnya laaahhhhh..haha...tak nak kalah minah tu nak main gitar pastu buat single video.....layan kan je la...so ni lah video nye selepas berhempas pulas dalam lebih kurang 2 jam.....


oraite...feel free la untuk kutuk-mengutuk...tak de hal punye..hehe...nak suruh post lagi video main gitar??tak dapatlah...mahal kot takkan sesenang nak letak sini kan...haha...tak tak sebenarnya aku pemalu......ok dah cukuplah merapu setakat ini.

Friday, October 29, 2010

menjawab persoalan seseorang....aku hadirkan sebuah tatapan.

seorang teman ada bertanya kan aku soalan....dan aku sebenarnya tak tahu macam mana nak jawab persoalan jenis itu.......aku tahu aku seorang yang sedikit denial....dan  aku mengambil keputusan untuk berkata "nanti aku jawab.." adalah kerana aku tidak punya jawapan ketika itu.......dan sehingga hari ini pon aku susah untuk mereka-reka jawapan bagi persoalan kamu itu......apa yang boleh aku tunaikan agar kamu mahupun mereka itu mengerti adalah mungkin dengan kehadiran video dibawah ini....ini sebenarnya video peribadi aku.....aku simpan untuk tatapan aku sahaja...tapi demi permintaan dan persoalan kau seorang teman...aku persembahkan....

"aku masih mencari aku, dan tidak pula berputus asa.."....mungkin itu jawapannya....


liriknya ciptaan aku dan untuk aku

lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....

lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....

PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz

Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…

Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….

Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.

 .

Monday, October 25, 2010

andai kita

aku suke denga lagu apa saja yang petik dari gitar.kira based on gitar sahaja....I found an awesome song just now....sedap dan ada perasaan lagu ni..itu je yang leh aku describe...time taip entry ni pon aku dengar lagu ni.......ini lagu asal saudara AJ..dan dinyanyikan sendiri oleh beliau....nice song dude....sedap gile suara kau...aku pasti lagu ni ada cerita disebalik kehidupan kau AJ....

andai kita - AJ

Hari-hari ku
Berlalu tanpa mu
Kau hanya tinggal kenangan
Tiada lagi senyum dan tawa mu
Mewarnai hari ku…

Sendiri aku merenung jendela
Berharap dikau menjelma
Andai ku bisa putarkan waktu
Akan ku hapuskan air mata mu

Oh kasih..

Andainya cinta ini
Bukan milik kita
Berjanjilah kepada ku
Tak kan pernah sirna cinta

Memori kita
Kan kekal abadi
Oh kasih
Cinta mu
Yang ku impi




boleh download di SINI

Saturday, October 23, 2010

this is not the end of the life

setahun yang lalu...ada seseorang datang pada aku...cuba untuk tarik aku dari sangkar kesedihan itu..cuba bagi aku semangat...cuba buat aku kembali ceria...dan dia ada bagi aku sebuah video...katanya untuk aku ambil sesuatu buat jadi kekuatan....tapi hari ini aku sendiri sudah tidak berhubung dengan seseorang itu...semoga dia sentiasa berada dibawah rahmatNya...dan hari ini aku mahu share kan sesuatu buat kamu.jika sudi tengoklah video tersebut.jika tidak..aku sendiri tidak rugi apa-apa....

are you feel hopless??broken??alone??pointless....??

sometimes in life when you fall down,
and you feel like you don't have the strenght to get back up,
do you think you have hope??

because i tell you,i'm down here..face down,
and i have no hands no legs...
it should be impossible for me to get back up...but it's not.
you see...i would try 100 times to get up,
if i failed 100 times and i give up...do you think then i never get up?
NO.

but if i failed i try again and again and again..
but i just want you to know that this is not the end..
it matters how you gonna finish..
are you gonna finish strong??