AUCKLAND : city of sails
Copthorne hotel,Auckland habour (yang kaler cokelat kotak-kotak tu)

pengalaman bekerja sebagai room attendant di bahagian housekeeping di salah sebuah hotel di Auckland city ni merupakan antara kenangan terbaik aku disini....dan entry ni boleh aku nobatkan diantara entry special dan paparan exclusive dari aku buat reader esoksemalam...fuhh intro macam gempak je kan..hee...sebenarnya aku dah lama dah nak buat entry special ni tapi macam asik terngendala sebab terlalu banyak benda happened lately dan perlu di settlekan terlebih dahulu..dan aku tergamak tangkap gamba syok sendiri sampai rasa nak lempang je diri sendiri ni pon sebab family aku suruh..nak tengok lah kononnya...so, selepas lebih kurang sebulan lebih aku kerja kat hotel tu..baru hari ni muncul paparan khas untuk anda..fullamak poyo je bunyik kan...mula dari 6 Jan 2011 ni, akan mulalah summer school dan aku akan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar....tapi disebabkan summer school hanyalah semester pendek,so aku still buat part time..but then menjelang 28 februari 2011 nanti aku akan berhenti terus..means aku takkan buat ape-ape part time job lagi....biasalah name pon mahu menempuh final year...jadik sepenuh perhatian harus aku berikan pada tahun terakhir ini...insyaAllah...aku mohon segalanya dipermudahkan....pejam celik tak sangka dah tiba tahun akhir aku belajar dekat Auckland ni....cuak gile.
so,marilah kita meneroka pengalaman aku bekerja kat hotel tu dan tentulah kehebatan mengemas bilik...haha...before tu nak citer sikit yang masa yang diperuntukkan untuk kemas 1 bilik adalah 30 mins which is sangatlah tak sempat untuk mengemas 1 bilik check out....memerlukan ketangkasan juga kemahiran so that dapat habis kemas dalam masa 30 mins per room..kalau tak nanti kene sound dengan supervisor...biasa lah tuhh....so,jom tengok gamba....
langkah pertama : sudah tentu ketuk pintu bilik sambil jerit "housekeeping!!".
jangan kau bagi salam plak...ape ingat nak datang beraya??
haaa...apabila tak ada orang sahut means bilik tu dah kosong...beginilah paras rupa bilik check out yang perlu dikemaskan....petua lepas bukak pintu haruslah beristighfar dan tarik nafas panjang-panjang.......haaaa camtu...
ape ditunggu lagi...3,2,1 action!!tarik lah katil yang maha berat ni...
kalau king size tok sah citer ah boleh lenguh tulang empat kerat ni...
skill yang bawah ni antara skill mahal yang diberi nama "tebar roti canai".
akhirnya siaplah katil kita.....hehe
ok ni abaikan...sesat tetibe.
beralih ke toilet...kemas toilet plak kay.
dipendekkan cerita sink kene keringkan,cermin kene lap,bath tub keringkan..
gelas basuh...jamban berus..buang sampah..ganti towels dan sabun...
ha camni lah rupa dah siap kemas...
lepas tu susun barang-barang dalam bilik tu mengikut protokolnya..
da siap susun tu hendaklah di lap habuk-habuk dan vacuum seluruh bilik termasuk toilet..
lepas tu selesailah kan...pastikan siap kurang dari 30 mins...
aku ada reason aku sendiri kenapa aku buat part time..bukan untuk dapat duit banyak dan beli laptop tercanggih mahupun handphone terbaru or pergi melancong ke paris mahupun korea mahupun jepun (negara-negara idaman)..bukan juga untuk shopping sakan....tapi tapi tapi...adalah sebabnya tersendiri...tak yah ah citer sini...dan yang penting aku kerja ni bukan untuk nampak aku kaya ke ape..langsung tak......em aku suke kerja dekat hotel ni....semua orang friendly...rajin tegur-tegur borak-borak..kutuk supervisor sikit-sikit yang suke amik kesempatan dekat budak-budak yang macam aku yang tak berani nak membantah ni....haha....hujung februari ni aku akan berhenti....final year is the most important thing that i want to archive this year....welcome 2011.....
eh tetibe tertinggal nak tunjuk ni lah troli yang aku kene tolak dari bilik ke bilik..
seksa jugak lah nak menolak troli ni....
ape pon yang berlaku...mesti belajar untuk bangun...buat lah apa cara sekali pun...agar orang tak nampak yang kau tak hepi..."hey,please live your life to the fullest"....boleh bersedih..tapi jangan lupa nikmat bahagia..mesti cari apa itu kebahagiaan kerana happiness tak datang bergolek....dan bila dapat bahagia..jangan lupa untuk bersyukur....