Showing posts with label suara. Show all posts
Showing posts with label suara. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

ruang bernafas tenang

masa berlalu dengan begitu pantas..
semua nya seakan terkejar-kejar, bagai tiada ruang untuk bernafas..

letih, lesu, merungut, dan kadangkala timbul rasa tiada apa yang benar,
membawa kami jauh dari rasa tidak bersyukur itu,
kesihan kudrat kami, tetapi lebih kasihan pada usaha sia-sia mereka,
kadangkala lucu, kadangkala rasa begitu simpati,
mereka seakan buta,
mereka cakap kosong,
mereka berpura seakan tahu segalanya,
hakikat sebenar, mereka tiada apa, mungkin?

itu mungkin persepsi kami,
mengapa mungkin?
kerana mereka angkuh, lalu menolak kami jauh.

pandang ke hadapan,
mencari apa sebenarnya yang dicari,
menuju ke arah satu persoalan apa sebenanrnya yang dituju,
adakah saat ini semua nya sedang berjenaka,
tiada akal waras yang sebenar benarnya,
letih, sempit rasanya, berikan sedikit ruang untuk bernafas lega.

tapi masih tiada,
tetap berada pada tahap lama,
bukan semua orang ada kuasa,
percayalah ini semua tak kan kemana,
berikan sedikit nafas, jangan kau kaut semuanya.

Monday, March 26, 2012

terakhir aku ke sana

"sekali dia hilang, jangan lah biarkan dia pergi...jika dibiarkan dia pergi dan terus menghilang, sedarlah bahawa dia akan terus menghilang...bukan bermaksud buku baru sudah terkarang...tetapi buku lama itu dibiar terselit di almari buruk di dalam perpustakaan usang...dibiarkan usang dan berabuk tanpa disentuh dan dicari oleh sesiapa "


biarkan kenangan itu terus bersama aku...
video itu buat aku menitiskan airmata lagi... tak sekali pon aku benci kamu,
hanya mungkin sayang aku ini tidak cukup untuk kamu itu...


ayat terakhir dari aku ketika itu,


"aku akan cuba menjadi lebih baik untuk suamiku bukan untuk kamu, dan begitu juga kamu, berubah menjadi lebih baik untuk bakal isterimu bukan untuk aku"


May Allah bless u...  

cerita itu

kita selalu mahu insan yang terbaik untuk menemani kita.
tapi kadang-kadang kita tak sedar adakah kita cukup baik untuk mereka.

selepas aku membaca cerita itu, aku berfikir sesuatu...
tak tahu apa yang aku rasa ketika itu.....aku termenung jauh..
aku tanya diri aku..adakah aku ini layak untuk punya dia sebaik itu...

lepas aku baca cerita itu, aku dapat rasakan watak wanita didalam cerita itulah idaman kamu. acap kali aku berkata, aku ini jauh bezanya dengan wanita idaman kamu. aku sebak lagi. entah kenapa cerita itu mampu menjadikan mata aku berkaca....aneh, aku agak tersentuh dengan cerita itu. tapi lagi anehnya, cerita itu membuat aku berfikir tentang kamu...

lama sangat aku berfikir...makin aku fikir makin aku jadi sebak.

mengapa aku seakan rasa cerita itu mahu membuka mata aku yang aku ini tidak setanding dengan watak wanita itu...namun kamu itu baik wataknya...mahu saja aku samakan kamu dengan watak si jejaka didalam cerita itu.... adakah aku ini yang mengubah kamu? jika benar kamu punya watak seperti jejaka didalam cerita itu...aku doakan kamu pergi tinggalkan aku..yang lebih baik menanti kamu......

aku mahu yang terbaik untuk kamu..sungguh. aku sayang kamu.
senakal-nakal aku, sekasar-kasar aku, semarah-marah aku, seego-ego aku,
sukar sekali untuk aku menafikan rasa sayang aku pada kamu,
sukar sekali untuk aku mengubah fikiran aku yang kamu itu bukan untuk aku.
biar aku simpan rasa sayang itu.

tapi sejujurnya, aku tidak layak untuk kamu.
aku tidak sebaik watak didalam cerita itu.

mata aku berkaca lagi. mudah sangat agaknya tersentuh kebelakangan ini.