Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

time limit.

eh sudah bulan march? sekejap sangat masa berlalu kan.
saya mahu cerita perjalanan bulan februari saya.
tapi masih tidak berkesempatan untuk menaip panjang-panjang disertakan gamba syok sendiri..hihi..ok tak perlu gedik nak hihi bagai.

saya sangat sibuk sekarang.

sampai rasa macam jauh dari Dia. solat pon terkejar kejar, doa pon pendek-pendek, cepat aje nak lipat sejadah dan simpan. takut juga segala rezeki dan senyuman yang saya miliki hari ini akan ditarik balik olehNya. mana tahu sampai masa saya lupa diri, Dia mahu saya datang merayu kembali. mahu saya menangis.

cerita soal nangis. sudah lama juga saya tak menangis.
last saya nangis rasanya 2 bulan yang lalu kot?

erm ape nak tulis? saya sendiri tak tau kenapa saya menaip malam ini. seperti ada sesuatu ingin saya cerita dan kongsikan disini. tapi seakan rasa belum tiba masanya untuk menaip cerita yang satu itu.

"time limit". mungkin itu keyword cerita itu. =)

saya baca entry lama blog saya sejak dua menjak ni kalau saya rasa nak baca toleh sikit perjalanan hidup saya. dan saya terbaca entry INI juga. lalu buat saya fikir jauh.

peliknya tiada air mata.sikit pon tiada. semuanya telah disimpan sebagai sejarah.

rupa rupanya ada perancangan lebih baik dari Dia buat saya. "time limit".

saya sendiri masih dalam pertanyaan.
siapakah yang terakhir itu?
selamat malam semua.

SWEET as sweets. =)

Wednesday, November 28, 2012

serious

ntah kenapa lately ni aku banyak sangat fikir perkara yang menjurus kepada serious. sampai satu tahap tu aku rasa macam penat dah fikir perkara serious, aku pon pegila tengok game show "betul ke bohong?" yang aku da download tu untuk menghindarkan fikiran daripada memikirkan perkara serious tu.. eh game show tu seriously lawak. see? still nak gune word seriously to show the seriousness ker? hehe..tapi jep sepah tu memang lawak... lawak die memang buat pecah perot betul....lawak habis. hehe.

ok back to the topic. eh, sound serious right?

memang pon. bila fikir perkara yang serious, kadang-kadang aku rasa macam.. "eh dah besar rupanya aku...". banyak sangat perkara yang perlu aku consider and fikirkan sekarang.... sampai rasa macam cepat je 24 jam tu berlalu..lepas tu jumpe hari esok.lepas tu esok dan esok lagi... nanti lepas ni aku lagi la busy.. tak ada sape paksa aku untuk jadi busy.. tapi diri aku sendiri yang nak membusy kan diri... aku rasa dalam keadaan sekarang ni aku prefer untuk busy kan diri.. create new environment supaya aku tak terlalu fikirkan environment yang pernah aku ceburi dulu..eh ape ayat pening ni? i mean supaya aku tak terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu dan aku telah lakukannya..ayat mudah nye yang dah jadi history.. bak kata orang toleh sikit-sikit ke belakang tu tak salah..tapi jangan... jangan ape? ntah blur plak nak taip ape...

sape yang pernah kenal aku akan tau aku ni jenis yang susah betul nak buat keputusan. dari sekecik kecik keputusan sampailah yang besar... aku memang perlukan orang untuk ade sebelah aku..guide aku and cakap la ape yang patut.. even lepas tu aku akan tend to macam "eh bukan patut ni ke? ke yang ni? ke yang tu?"...see..even ade orang tolong untuk aku decide pon aku still confuse lagi and rasa macam tak tau ape yang perlu aku buat.... itu lah kelemahan TERBESAR aku. ok tak payah lah nak capslock sangat pulak aish.

somehow aku rasa kelemahan aku ni macam loser sangat. rasa macam tak membesar pon ada. sebab aku susah nak buat keputusan. T_T. ke sebab aku seorang yang fikir banyak? perfectionist? or loser yang takut menghadapi risiko? ntahlah.... and kelemahan ni jugak aku rasa jadi punca kepada beberapa kelemahan lain dalam diri ni... eh, nak salah kan punca pulak. salah kan diri sendiri la kamu! erm erm erm..baiklah.... saya selalu harap ada orang akan bantu saya sentiasa untuk buat keputusan. macam lately ni saya banyak fikir beberapa keputusan yang besar yang perlu saya ambil langkah yang sebetul-betulnya...

saya harap hari-hari mendatang saya lepas ni akan dapat saya lalui dengan tabah dan tenang... semuanya terletak pada diri saya dan sudah pasti dengan keizinan Allah jua.. takut sangat kalau semua tindakan yang saya ambil tu hanya bergantung pada diri saya sendiri...saya tak nak macam tu.... saya mahu segala perjalanan saya, dan gerak hati saya untuk membuat keputusan..biarlah datangnya dari kehendak Allah..bukan sebab hasutan syaitan ataupun kebergantungan kepada manusia....

pada saat ni jugak, saya rasa saya macam dah masuk fasa yang lain.
kadang-kadang saya rasa sekarang ni saya dah bertukar jadi orang lain pon ade... i mean saya mahu jadi someone better... rugilah jika saya telah lalui banyak perkara dalam hidup ini tidak membawa saya kepada  perubahan yang lebih baik...sesiapa pon la, mesti mahu sesuatu itu tak kira diri mereka atau keadaan sekeliling mereka diperbaiki hasil daripada pengalaman yang lalu... alamak, lutut kiri ni terseliuh plak ni..jup jup..aduh sakit plak....stop jup..

aduh sakitnya nak betulkan balik lutut.... lepas operation masa 2007 tu lutut tu jadi macam tu la..bukan boleh baik sepenuhnya... kadang-kadang terlari... silap gerak takut boleh putus balik je... macam gelas yang retak or pecah kalau dibaiki tetap tak kan dapat pulih sepenuhnya.. ha macam tu jugak lah kaki tu... eh merapu plak perumpamaan...

ok banyak lagi nak cerita perkara yang berlaku dalam hari-hari ku disini, disitu dan disana...hehe.. tapi rasa nanti la kalau bosan lagi macam petang ni akn aku coretkan disini.... by the way..tahniah to my sis atas kelahiran baby boy semalam... so sweet baby tu keluar masa besday ayah die.. so baby tu jadi hadiah yang sangat tinggi nilainya from my sis to her husband... =) . so, hi baby ... your life will get happier after u meet me nanti... introducing me myself....just call me "cik kah" like ninja-ninja yang lain itu panggil saya... gonne meet u soon cutie. =)

seronok je kan dapat baby... eh eh..

Friday, June 8, 2012

hidup lelaki tanpa wanita


seseorang pernah bagi tahu aku, katanya di setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita dibelakangnya.
i just wondering, "apakah makna hidup lelaki tanpa wanita?"
sebab tu kita jarang tengok lelaki yang kematian isteri atau bercerai boleh hidup sendiri dalam masa yang lama...tapi ramai perempuan mampu hidup sendiri tanpa lelaki disisi...

tapi aku juga pernah baca...
tak lengkap hidup seorang wanita tu kalau tiada suami disisinya..

buat semua kawan-kawan yang telah selamat diijabkabulkan..tahniah! hehe
and buat kawan-kawan yang sekarang tengah runsing untuk mencari pasangan...
sabarlah..insyaAllah jodoh itu telah ditetapkan..jangan terlalu stress taw!
senyum selalu kay..=)

Wednesday, June 6, 2012

gune ape?

sedang aku melayan kerenah adik die yang merupakan seorang budak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan, dia pulak dok mengendeng-ngendeng konon mintak belas kesihan..
"cik kah..nak main ipod touch..."
"pegi belajar dulu, kalau cik kah nampak bang long ngan bang ngah belajar baru boleh main...".

sedang mereka membaca buku sains dan teknologi taraf budak-budak...aku  pon duduk untuk interview soalan...memang dari semalam keje aku camtu dok tanye soalan matematik segala...

"ok..betis mane?", lalu tunjuklah budak tu ke arah betis.
" em pergelangan kaki plak? siku? leher?", arggh senang sangat sume soalan aku dijawab dengan betul.

"ok soalan seterusnya... kalau makan gune ape?", aku menyoal.
"TANGAN", erk... dah lain jawapnye ni..

"bukan lah...kalau bang long makan kan gune ape untuk makan...", aku tanye lagi.
"SUDU...", erk?

bukannnn..makan kunyah-kunyah tu la maksud cik kah...adeh.

Sunday, May 27, 2012

macam tak caye

tadi aku mengikuti kursus untuk amik lesen memandu..
rasa cam tak percaya..
aku agak excited snanye..
tapi cam cuak-cuak lagi..
aku rse aku ade penyakit trauma ngan jalan raya kot?

aku mintak nak buat ujian undnag-undnag tu awal which is ari rabu ni..
so sabtu dah kene panggil untuk another 3 hours lecture ngan 3 hours amali katenye..
pastu baru la dapat L and start class memanduu...neves hoi..

orang lain mesti cam tak heran dah..
hehe..memang aku ni loser sket lambat amik lesen..
masa tak mengizinkan lah kononye..

Thursday, May 24, 2012

hye twitter

today.

just wanna check my twitter since i'm not really into it..

stalking what people discussed on twitter here and there...

was just wondering is twitter really fun for them?
they always tweeting like every 2 or 3 seconds? erkh.

found a discussion of friends of mine... feels like wanna stalked them more. haha

click. click. click. couldn't reach some parts of the discussion.
but i really want to.......................

sad? dunno.
jealous perhaps? (quite agree)

rasa mata panas.
air mata bergenang rupanya.

tutup twitter.
solat.

Tuesday, May 22, 2012

dimata kalian mungkin tidak

"dia bukan idaman...yang idaman itu tak akan pernah wujud...yang sempurna itu tak akan pernah ada....cukup sekadar dia hampir sempurna dimata aku ..dimata kalian mungkin tidak..tak mengapa.." (lumut, 2011)

Friday, April 20, 2012

masih cemburu

entry yang agak random jugak ni..hehe



yep, i love those pictures...
 or maybe jealous is the best word to describe what i feel when looking at your pictures?
hukhukhukkkkkkkkkkkkkk......

gambar lari-lari sesuka hati..
2.4km in less than 30 minutes.....awesome! 

Thursday, April 19, 2012

ruang bernafas tenang

masa berlalu dengan begitu pantas..
semua nya seakan terkejar-kejar, bagai tiada ruang untuk bernafas..

letih, lesu, merungut, dan kadangkala timbul rasa tiada apa yang benar,
membawa kami jauh dari rasa tidak bersyukur itu,
kesihan kudrat kami, tetapi lebih kasihan pada usaha sia-sia mereka,
kadangkala lucu, kadangkala rasa begitu simpati,
mereka seakan buta,
mereka cakap kosong,
mereka berpura seakan tahu segalanya,
hakikat sebenar, mereka tiada apa, mungkin?

itu mungkin persepsi kami,
mengapa mungkin?
kerana mereka angkuh, lalu menolak kami jauh.

pandang ke hadapan,
mencari apa sebenarnya yang dicari,
menuju ke arah satu persoalan apa sebenanrnya yang dituju,
adakah saat ini semua nya sedang berjenaka,
tiada akal waras yang sebenar benarnya,
letih, sempit rasanya, berikan sedikit ruang untuk bernafas lega.

tapi masih tiada,
tetap berada pada tahap lama,
bukan semua orang ada kuasa,
percayalah ini semua tak kan kemana,
berikan sedikit nafas, jangan kau kaut semuanya.

Saturday, April 7, 2012

i saw you!

entry ni macam random sangat-sangat. sejak aku dah tak menulis blog macam dulu iaitu dengan kadar terus yang konsisten and persis (haha merapu)...so aku lagi suke taip mende random dan ntah apa-apa di tengah-tengah waktu aku tengah buat asaimen.

wehu! duit allowance 3 bulan tu dah masok! (ok random sangat ni).
sekarang baru aku faham kenapa mereka seringkali keluar kan ayat bewarna purple di bawah:

"opsyen ape?'
"em kat sini opsyen KPLI"
"bestla KPLI allowance mashukkk".

rasanya aku tak pernah pon rasa mashuukk mahupun kusyuk duduk dalam program KPLI yang boleh dikira agak terpaksa kene pergi ni..erk? program ni busy yang macam tahap dewa punya busy..yang macam kerja tu melebihi kadar tenaga dan masa yang kau ada...perumpamaan paling mudah adalah macam kau nak sumbat gajah dalam beg plastik giant.... memang la beg plastik tu tulis giant...tapi memang tak munasabah la kan kau nak sumbat gajah dalam tu... so macam tu la keadaan kami sekarang ni.... eh eh rase macam hebat pulak aku suruh orang bayangkan situasi kami dengan menyediakan satu perumpaan gajah dan plastik giant kan?

Ok mari ber-random bersama lagi... semalam aku baru je balik dari camping yang wajib untuk kami..camping 4 hari 3 malam telah menjadikan kami layak untuk join group 10 budak hitam...ini adalah kerana program tu dah berjaya menghitmakan kami..tahniah kepada semua yang berjaya menghitam kan diri... em camping tu bagi aku tak mencabar mane kot... just biasa-biasa je...sumenye ok je la... kelemahan program cam biasa telah kami isi dalam borang refleksi program..lepas tu kami harap la borang tu jangan lah awak semua buat bungkus nasik lemak pula..sila perbaiki kelemahan tersebut....

ohhhh..yang ni plak gambar kawan-kawan aku kat auckland pergi easter show...ah boring la nak komen gambar ni..hakhakk..tak tak..sebenarnye gua jeles sama lu orang maaaa...huuukkk... ok tak nak komen dah gambar ni...

just nak cakap.. i saw you! take care! =)

Tuesday, March 20, 2012

something nice to share

You say that you love rain, but you open your umbrella when it rains.

You say that you love the sun, but you find a shadow spot when the sun shines.

You say that you love the wind, but you close your windows when wind blows.

This is why I am afraid, you say that you love me too.

_bob marley_ 

Thursday, March 15, 2012

seriously i got that?????

ah over betul la tajuk entry...haha...tapi memang betul... susah nak percaya next week da kene berpakaian lengkap sebagai seorang guru...ohhh loking that physics teacher...is she looks like albert Einstein? if not, she's not smart enough haha..watever.

can't believe i have one!

start daripada nextweek kami kene pergi school observation selama 2 minggu...neveessss nye lahaiii...sebab pergi sorang-sorang...kebanyakkan aku dengar diorang pergi school observation ramai-ramai bout 3-4 people...but class aku ni pergi sorang-sorang...aisshh...

aku diri depan cermin sorang-sorang sambil senyum banyak kali...hey teacher to be, u should practice to smile!

oh?
=)
=)
=)

alamak kasut tumit tak beli lagi.. hahaha ..over kau kan.

arrggghh nevous lah!!!

Monday, March 12, 2012

isteriku.tell me now.


ade orang tanye aku..kenapa blog aku dah tak femes macam dulu?
sedangkan blog ni dulu dibina sebaris dengan zaman-zaman cik epal, fatin liyana, nisakay, irine nadia,dan seangkatan dengan mereka...hehe..sila gugel baru tau mereka femes macam mano.

bile aku dapat soalan tu..aku cam blur-blur..nak tergelak pon ade..
then,aku garu kepala...sejak bile plak blog aku femes dan sejak bile aku tulis blog sebab nak femes? booo..

straight forward.

aku ni jenis yang straight forward sebenarnye.tapi memang sangat jarang manusia dalam muke bumi ni boleh terima orang yang straight to the point. ramai yang suke kaki bodek dari terima kenyataan sebenar.ok dah melalut ni.

dulu aku start tulis blog sebab diri sendiri sebenarnya..and sebab perjalanan hidup aku dan kejujuran aku suke komen benda sekeliling aku..jadi aku suke kesini celoteh ape aku suke dengan harapan tak de orang blame aku atas kejujuran luahan hati aku mahupun komen peribadi terhadap ape yang aku lihat, gelagat manusia or benda yang aku tak puas hati mungkin?..tapi lame-lame aku rase bumi dah tak perlukan manusia yang jujur dalam kata-kata...to be honest, people around u would be prefer someone who always talk about something sooooo gud..they love those people who comfort them by lies....heh.so skang aku dah jarang menulis sebab nikmat tu kureng..

eh jup....

point sebenar aku ialah...aku perasan semua blogger famous itu cun! woah...so sesape yang ade niat nak jadik femes tu...kene make sure korang cun..so tak susahlah korang nak up..ye dokk?

let say bile aku bace blog irine nadia ngan fatin liyana la..sebab 2 blog ni kalau aku bace...aku akan cakap..."adakah semua kebaikan dunia ini anda serap?"....aku tengok life dorang cam perfect...cam fairy tale...

haha..kemain kau lumut.
so aku macam gini la..tetap lumut yang melekat di batu-batu....=p

disini aku saje promote puisi seorang jejaka buat isterinya : =')

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



this is so sweet..=')

Saturday, March 3, 2012

nak kawen esok pon boleh.

this is just a though.  bout a minute ago.heh.

"kenapa nak kahwen?"

"nak menghalalkan..."

tapi lepas kahwen still buat benda yang tak dihalalkan. so how?

kahwin ni bukan perkara main-main.

"tapi at least bila kahwin kurang da dosa sikit?"  

"oh?? even lepas kahwin tak pakai tudung?"

"tak ape...dosa laki aku tanggung..."..

ohh? (again)

"laki tu tak nak masuk syurga?"

diam.

Tuesday, February 28, 2012

can't handle

ini tulisan secara random.. sangat tidak mendatangkan faedah.erk?
  1. facebook status 2 hari yang lalu: " they give us 11 subjects...no wonder people call us group of nerdy.we do love google-ing...that's how a nerd supposed to act aite?"
  2. facebook status smalam: "khurus perguruan or khursus peng-google-an??"....kami terpaksa membaca dan men-google dan membuat TERLALU BANYAK presentation sampai rasa nak muntah..somehow kami rase this is not the best way to teach us how to teach...sebab kami mengajar diri kami sendiri without proper guides..so seperti kami sekadar gune skill tersendiri yang macam tak diperbaharui dan mungkin syok sendiri?..so kami selalu pertikaikan berapa gaji lecturer so that kami pon nak jadik lecturer after tamat contract...macam rileks aje? erk?
  3. khursus perguruan ini bakal tamat akhir september...banyak lagi cabaran yang perlu kami harungi....seksa jugak la khursus ni..rase cam tak larat da kudrat empat kerat ni.....fizikal, mental, emosi semua diuji....tough giler!
  4. cuti sekolah selama seminggu bakal mengembirakan kami.bakal pulang ke rumah 2 minggu lagi menjadikan total kesemuanya 6 minggu kami sudah berada disini sebelum balik ke rumah bercuti.
  5. rase macam pilu serta rindu...Auckland, how are u? i miss u badly...can't handle this feeling anymore. almost cried. mengada nye kau.
  6. lalu status facebook seterusnya ditaip oleh aku : " kite unfriend dlu la..nanti awak semua dah balik malaysia for good dah tak update status pasal auckland, dah tak letak gamba-gamba kehidupan disana..baru kite friend balik disini... (trok btol auckland-sick ni)".
  7. kejadian yang berlaku hari ni tiba-tiba mewujudkan perasaan "racist" dalam diri.. dunno why, mungkin after today  i will hate something sound "salam 1 malaysia"..."kedai 1 malaysia"...and everything based on 1 malaysia...sebab kenapa mesti nak focus 1 malaysia sahaja sedangkan banyak lagi perkara yang "mereka itu" perlu fokus tapi tak fokus... somehow aku minat jugak politik. tapi aku jado down bile aku rase aku ade benda yang aku nak cakapkan dalam dewan rakyat mahupun dewan parlimen tak kesampaian...ok melampau lagi permintaan. haha..
  8. ok aku tipu je.. AKU TAK MINAT POLITIK. aku minat makan ABC. sedap gile ABC and yong tau fu kat kampung melayu majidee tuuuu...fuuhhh...
  9. ok dah malas nak tulis.
  10. aku rindu dia.

Saturday, February 18, 2012

cantik jugak


cantik jugak gambar yang awak tangkap ni..
tak sangka awak sedut bakat tangkap gambar ni dari saye..haha..
gurau je la awak....
take care...=)

Sunday, February 5, 2012

pakcik pelik

memang betul la tak semua yang kite nak kite akan dapat...
and bukan semua yang kite expect akan jadi macam mane yang kite expect...
ntah, untuk kali keberapa kalinya aku sedih dengan ape yang berlaku tadi...
banyak kali dah macam ni kan?

ah,lupakan cerita sedih tu..

mari aku ingin bercerita pasal aku bertemu seorang pakcik di mydin..time tu aku nga jalan cari barang...tiba-tiba ade sorang pakcik yang tengah carik-carik barang jugak ni lalu sebelah aku....

"awak belajar lagi eh?",pakcik tu tanye aku..aku pon dah blur-blur gak la...
"a'ah..nape pakcik?"
"awak belajar dekat mane?"
"ooo..dekat ABCDEF.."
"tu bukan dekat area bandar ke? kenape datang beli barang kat sini...?"
"ooo..saye teman kawan saye ni..."
"ok-ok tak pela..."


pastu pakcik tu blah and tinggalkan aku dalam keadaan blank dan penuh tanda tanya. 

Saturday, February 4, 2012

Friday, January 20, 2012

malu dan amanah

‎"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya." [Riwayat al-Bukhari]

Monday, January 2, 2012

cerita kepulangan ke Malaysia...


memula tu susah jugak nak terima kenyataan yang aku dah berada di Malaysia..and dah pon end up life aku as student kat auckland tu....masa dalam flight lagi lah.... aku duduk...aku cam termenung....rasa cam kosong je fikiran aku.... kejap-kejap aku rase berdebar...berdoa penerbangan aku selamat tiba ditanah air...dan alhamdulillah..hari ni dah pon hari ke3 aku kat Malaysia...

sedih tu mestilah ada.... sebab auckland dah macam dapat tempat kat hati aku...banyak sangat perkara yang penting berkaitan dengan kehidupan aku berlaku kat negara kiwi tu....ajar aku sangat banyak benda..... dalam flight aku cam tidur, bangun, kejap-kejap urut kaki dan bahu...terasa lenguh perjalanan sangat lama.... aku dengar lagu-lagu dalam ipod aku...termenung lagi.... terus rasa rindu pulak pada dia itu yang dah aku tinggalkan di auckland.... bermulah hubungan jarak jauh kita...lain pula ujian dan cabarannya.....

  1. sampai je kat klia  aku cam terpinga-pinga....aku stop kejap and diri satu sudut...aku pandang sekeliling ramai melayu....aku jadik cam pelik dan blurr...cam bengong-bengong sikit tak reti nak react...tapi aku cam senyum je kat orang melayu yang aku pandang sebab mungkin da terbiasa kat auckland jumpe orang melayu cam senyum to each other..tapi kat sini diorang pandang aku pelik sebab senyum-senyum...ke aku je rase dorang pandang aku pelik?
  2. keluar-keluar 2 buah kereta sambut aku..parents and adik aku, and family along aku...rindu gila dekat anak buah aku.... sepanjang 3 hari ni..diorang berkepit dengan aku je... mane aku pegi mesti diorang ade...=)
  3. lepas tu pergi breakfast ramai-ramai, aku makan nasi kerabu pagi tu sebab tu je yang cam menarik kan.hee
  4. hari ke3 kat malaysia, aku dah makan buah manggis, rambutan and palingggg pentingggg buah durian...buat tempoyak..fullamak sedap die...yang makan tempoyak mesti tau kan? hehe
  5. first day sampai malaysia menjelang tengah ari aku cam berpeluh gile..badan aku cam berpeluh  je and tak selesa...and aku rase cam sangat pelik sebab kat auckland memang tak berpeluh la kan kalau duduk saje je dalam rumah... perubahan cuaca paling susah aku nak adapt...obviously.
  6. sampai ke hari ni aku rase cam tak selesa lagi..aku rase pelik sikit la sebab lepas aku mandi aku rase badan aku cam melekit..aku tak sure la air kat new zealand tu terlebih bersih ke ape...but air kat sane memang boleh terus minum keluar dari paip.... so now badan aku cam mule rase gatal-gatal and merah merah...
  7. hari tu aku pergi mcD, lepas tu aku order aku cakap... "give me 1 set of ......" ..sedangkan aku mane pernah order macam tu hoi....pastu aku tersedar aku rase cam nak tampar mulut sendiri...apesal cakap omputih? mengada gile kauuu...blah lah.
  8. disebabkan badan aku asik berpeluh je..so kat sini aku mandi 2 or 3 kali sehari...sedangkan kat auckland dulu kalau dah mandi sehari sekali tu da cukup bagus da bagi aku...kadang-kadang tak mandi pon ok..hahaha...so aku rase perubahan tuuu..haha
  9. makanan kat malaysia sangat heaven...sebab aku tak lagi rasa macam kekurangan makanan didalam rumah sedangkan kat auckland dulu aku rase cam "tak de bende ke nak makan?"..haha
  10. aku still tak boleh adapt lagi dengan rumah aku..banyak benda yang aku tak tau kat mane tempat die and kene tanye-tanye banyak kali..ni kat mane..tu kat mane...so aku decide esok aku nak kemas rumah gune skill cleaning aku ni kononnya so that aku selesa ikut kehendak aku..haha
  11. aku tak jumpe lagi kawan-kawan aku even sorang....now jumpe family je...paling sedih, aku tak dapat jumpe wan aku...arwah pergi before sempat aku balik..... dalam wallet aku, ade rm300 yang arwah bagi mase 31 dec 2009...time tu aku nak balik auckland semulaaku sebak sangat kalau tengok duit tu and teringat saat 31dec09 dulu tu...al-fatihah.
  12. banyak jugak benda yang dah berubah...kat sekitar kuala pilah sendiri aku dah jumpe beberapa benda yang dah berubah....ade yang baru ada dan  yang lame pula dah tak ada....
  13. abang aku yang second da berisi... itu pelik jugak kot?
  14. sampai hari ni sume masakan yang aku makan...aku komen pedas...ke memang pedas or aku da tak original negeri sembilan ?? haha
  15. anak buah aku dah pandai cakap..and aku rase cam comel tol dorang tu boleh borak-borak ngan aku...before ni dorang tak pandai cakap...
  16. ni agak pelik jugak dimana aku dah boleh makan rambutan tanpa pergi beli dekat kedai or balik kampung..belakang umah aku dah ade pokok buah rambutan yang dah berbuah...aku rase ini sangat woowwww!!
  17. aku beli no celcom baru, dan bile aku bagi kat orang...ramai tanye aku, "betul ke number kau ni? apsal cam pelik?"..pelik sebab start 0111 and ade sebelas nombor kesemuanya....aku sendiri terpinga-pinga tak tahu mende..haha
  18. rumah aku internet da wireless!! aku rase awesome nyeeeeee....haha
ok cukuplah tu....banyak lagi rase nak tulis tapi cam tetibe blank....aku cam rindu seseorang plops....aissssshhh.....

=)