Showing posts with label pics. Show all posts
Showing posts with label pics. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

journey


Not a destination...but a journey to share..
Dia tahu yang terbaik....

Friday, February 1, 2013

first attempt

today is 310113. such a great number ayte?

and hey, we are already in 2013 ok? seriously?

like seriously? 

no. i mean, this is my first attempt to post an entry here.
like seriously? 

eyp, enuf said.

hello 2013. Assalammualaikum pembuka bicara kepada kamu kamu kamu jika ada yag masih menapak untuk mencari huruf huruf yang ditaip oleh penaip ini disini. jika masih ada. silalah jawab salam saya. doakan saya juga sentiasa sejahtera. dengan izinNya jua. =)

tahun 2012 telah saya dan kamu semua tinggalkan. dan pasti segala yang kita lalui pada tahun itu pasti tidak akan kembali lagi. jika masih ada beberapa perkara yang bakal berulang pada langkah awak pada masa akan datang, pastinya tidak akan sama lagi seperti langkah yang lalu.


honestly, i don't know where to start.
and how to describe every single thing happened in this month.
ianya macam masa berlalu sangat pantas. 
dan terasa masa saya telah dicuri. insyaAllah, dicuri dengan lebih banyak perkara yang berfaedah jika nak dibandingkan dengan yang tak berfaedah. manusia biasa macam saya mana boleh lari dari kekurangan yang satu itu. i know, i'm bad. and still kan? i know. i know. (nodding)

ok. why so serious? hihi (ok im trying to put some hihi for u)
why so formal in writing?
mungkin sebab dah kekok nak menulis. alrite. let's start.
ikut saja apa yang jari mahu menulis.
gonna put some random stuffs across my mind right now,
saje nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi benda perlu hadap now. 
sigh.

am so busy super duper busy. poyo sangat je kan bunyinya. tapi memang saya pilih untuk menyibuk nyibuk kan diri. buat buat sebok pon ada sometime. eh selalu jugak buat buat sebok. dan perasan sebok. hihi. ok tak perlu kot nak letak hihi tu. tak hilang stress pon kan?

ape ek nak cerita? my life is so boring. tapi rasa bersalah sangat kalau tiap kali nak cakap yang "hey, my life is so boring la". ianya macam seorang yang tak tahu apa hala tuju. mana boleh hidup awak bosan sedangkan kalau awak seorang yang punya matlamat hidup yang satu itu, tidak mungkin keluar perkataan hidup bosan. or hidup yang membosankan. or membosankan sangat hidup. or membosankan ada hidup. or hidupku sudah tidak bermakna lagi. ok over sangat tu awak.

ok. you know what, saje je nak buat buat tanye. konon  rase macam tengah bercakap ngan orang lah kununnye. hihi. ok tak nak tulis hihi da nampak macam stress sangat lettew. haha. 

perkara yang pertama yang terlintas di fikiran saya adalah umur saya sudah mencecah 23 this year? repliey's believe it or not sangat kan? yup, quite a big number. 

aku rasa aku taip entry ni macam bukan aku. kenapa eh? 

ok seriously, let's start:
 SATU
ok ini aleesya. kadang kadang die gedik. perasan semua orang dalam dunia ni bagi attention kat die. kononnya. ini gambar aleesya mase balik cuti lastweek. heaven jugaklah lari balik rumah 5 hari cuti. oh heaven. ok, nak citer ape lagi? cik kah sayang aleesya. =)

DUA
ehem ehem. sape yang sibuk dulu panggil orang loser sebab tak ada lesen tu? see the leg now. hehe.
Alhamdulillah, in early of this month i managed to get my license!! 
rasa time tu nak jogging satu taman perumahan sebab tanda celebrate hari kebahagiaan.
erk apakah? kak, loser sangat tu cara celebrate. haha.
so, sekarang sebut saja tuan hamba semua nak kemana, mari patik tolong drive kan. 
ok riak sangat tu menaip ayat. haha. 

TIGA
ape yang nak diceritakan pasal makhluk di atas? entah. 
ok rasa macam dah malas nak taip. ngantok. tapi tak boleh tidur lagi sebab ade kerja kene siapkan.
sila dapatkan dipasaran ye adik-adik. ni buah tangan dari akak lumut.
lumut dalam english 'moss' kan. just terfikir yang artis nama deja moss dulu tu....
erk. so can call me fika moss. means, fika lumut. haha. 
nasib baik tak ada orang suggest itu jadi nama pena. ohh nama pena katanya. =p

 EMPAT
ok malas nak citer jugak. this is a part of my tasks. film checking namenye.
dah macam steps nak jadik pelakon pulak bunyinye. memang jauh panggang dari ayam panggang. haha.

ok some might feel so curious why i do this stuffs. ok sebenarnya saya sekarang adalah seorang penganggur terhebat. apa yang hebatnye sebab sambil menganggur saya minum air dan berselam selam. erk? ok now kami tengah tunggu untuk panggilan posting. sementara tu this month jugak kami telah dipanggil interview yang kami semua tak sangka kami akan dipanggil untuk interview tu. if saya dapat job tu, saya akan cerita ok the whole story. and if saya dapat kerja tu, maknanya tak ada orang da ke nak panggil saya cikgu fika? sobbbss... takpelah panggil saya cikgu lumut je lah. =p.
doakan saya dapat job tu. saya tahu ramai lagi calon yang hebat. tapi saya telah cuba sedaya upaya saya. jika mahu dipilih guru dengan job tu, honestly saya seronok jugak berada disekolah dan melayan bebudak bebudak. ok back to the topic, sekarang saya penganggur sambil selam selam dan minum air laut. ok merapu. padan muka sape suruh baca. kan dah buang masa. buang masa tu kan amalan syaitan. teladannya janganlah awak semua buang masa. adakah saya perlu stop menaip now?

LIMA
ini hadiah untuk baby adam. my niece yang ke 5. adam lahir bulan disember.
kakak saya tak tengok pon drama adam dan hawa tu.
so  die letak nama adam tu sebab sedap. bukan sebab aaron aziz pon.
aaron aziz jangan nak perasan. haha.

ENAM
ini sahabat dan kakak-kakak namanya. sebab mereka semua lebih tua dari saya. haha. sori terkeji pulak. tapi memang kami nampk macam sebaya. ok fine saya nampak tua kan.. tak kesah pon. saya kawan tak kira umur dan darjat mahupun pangkat. eceh.
hehe. saya sayang mereka. kami kenal di Auckland sana. dan kami cuba untuk meluangkan masa untuk berjumpa setibanya di Malaysia. masing masing sudah terpisah dan punya haluan sendiri. begitulah hidup kita. acuannya luas. pengalaman itu ambil lah. 
ok tak payah nak bermadah, bosan je kan baca. sape suruh.

TUJUH
ini nak menunjukkan betapa saya suka buat buat busy.
manusia ni saiko.
menghantui hidup saya juga sejak kebelakangan ni.
ntah boss sape ntah.bos kamu ker? ke kamu? kamu tu? sume mende nak cepat. ish.
tapi saya bersyukur saya boleh kutip pengalaman dari perjalanan kali ini.
looking forward more to come. =)
but am not looking forward nak kene hadap muka manusia itu. kesian sangat diri ku.

LAPAN
ini pulak baby shana!!! my friend's niece. gamba ni last week punye gamba kot.
hye baby shana! u are so adorable! =)
ape ntah motif letak gamba budak banyak banyak dalam entry ni.
hakhak. hello, diorang comel kot.
tengok pipi shana tu. tak rasa macam nak gigit ker?

SEMBILAN
my highskulmate's wedding in Penang.
was my first time in penang! ye seumur hidup ini pertama kali. tak kesah lah orang nak kate i'm a big L.
seronok, akhirnya dapat cross satu tempat dekat malaysia ni.
perasan tourist sangat kan? =p

SEPULUH
my first and second anak buah.
sibuk tunjuk kehebatan permainan masing masing dekat cik kah.
ok lah cik kah pon buat buat teruja.
miss u both now. sigh.


alamak, cik kah da mengantuk. tapi ada perkara perlu disettle kan. tak boleh dah nak upload pics lagi. cukuplah sampai disini. selamat malam. 

semoga kamu semua yang membaca sentiasa lalui perkara yang baik-baik saja dalam hidup kamu. aku doakan Dia jauhkan kamu semua dari perasaan sedih dan pedih. dan dapat apa yang kamu inginkan. kehidupan kadangkala mengajar kita untuk mengalah dan melepaskan. 

aku bukan sedih, apatah lagi kesal. aku cuma merenung.

jumpa lagi hujung bulan depan blog. =)
Assalammualaikum.

Sunday, December 16, 2012

berhantu

banyak-banyak tempat aku pernah pergi, ada satu tempat yang macam berhantu je aku rasa. hehe. mane tak nya bila teringat tempat tu, serious aku boleh terus ingat banyak sangat kenangan yang melibatkan banyak manusia here and there. tak kiralah yang berada di Malaysia atau di luar Malaysia time tu.

hey,

tempat tu boleh buat aku senyum tanpa orang perlu tahu kenapa. dan tempat tu jugak boleh buat aku menangis teresak-esak jika tidak dikawal perasan. eceh.

ntahlah. banyak sangat memori.

dan tempat itu takkan ada tandingannya dengan mana-mana tempat yang lain di muka bumi ni. tempat tu ajar aku banyak sangat perkara. bagi aku banyak perkara. dan hilangkan aku banyak perkara juga. akan aku simpan elok-elok semua kenangan dan pengajaran kehidupan aku disana dalam diari hidup aku. ada masa aku akan selak dairi tu sambil merenung dinding. seolah-olah aku sedang tengok satu filem pada dinding. boleh ketawa, dan menangis sendiri. memang nampak macam aneh. tapi aku pasti ramai jugak yang buat macam tu.
tenung dinding, keluarkan isi diari hidup sendiri.

eh, panjang pulak taip. aku just nak cakap. aku rindu sama KAMU,

ye kamu, tempat bernama AUCKLAND yang berhantu. =)


tomorrow dah monday. so next journey lagi untuk dilalui. 
biar saya sibuk lagi dan lagi. saya senang begini. =)

Wednesday, November 28, 2012

yang paling..

seingat aku..senyuman aku yang paling puas dan sebenar benar senyum gembira  sebelum menjelang hari gembira itu adalah sekitar awal Januari 2009.... aku tetap menanti dimanakah hari untuk aku senyum sama seperti ketika itu, dan akhirnya aku ditemukan dengan saat itu....

2 oct 2012.. =')

rasa macam hari tu..aku nak senyum sepanjang masa...gembira sangat... masa hari tu..ada 3 sebab utama hadirnya senyuman yang dah lame aku nantikan.... kalau aku nak ingat balik perasaan aku ketika tu, aku tak pasti adakah hari ini aku masih lagi memiliki senyuman yang sama seperti hari itu... aku rasa hari tu aku lah salah seorang manusia dalam dunia ni yang paling bahagia... aku tak dapat nak ungkapkan macam mana mana rasa tu... semua tu kerana 3 sebab tu..... 

kalau diberi peluang untuk patah balik masa...aku mahu diri aku dicampakkan semula pada saat itu.... ntah kenapa, gambar ini sedikit mengundang sebak dalam hati... 

hey, senyum macam dalam gambar ini lagi ye... suatu hari mesti kamu akan tercampak kembali ke dalam saat seperti ini.....


Thursday, November 8, 2012

good bye and smile

"Don't cry because it's over. Smile because it happened." 
=) =) =) 
 bakal merindui banyak manusia, banyak perkara bertubi-tubi serentak..
dan dua tiga rentak.


kota tinggi, saujana, praktikum, kota intan, johor bharu, larkin, myvi putih, myvi purple, Auckland, quest on mount, level 0, library ,domain, cape reinga, coromandel, cludo, cho-tai-tee ,queen street, snow-ice, ayam uncle bob, odeen, bilik g1-36, g1-40, pak dan mak guard,

ok banyak sangat perkara yang saya rindu. banyak sangat.
terima kasih semua sebab pernah buat saya hepi..... 

done in JB , how future gonna treat u?

Tuesday, November 6, 2012

cried too much


semua pun mahu segala perkara baik-baik berlaku dalam hidup mereka..
perkara yang boleh buat mereka ketawa ceria..
manusia normal itu suka yang bahagia bukan?
tiada siapa suka kan kesusahan....
semua pun akan mahu lari dari rasa sedih dan susah...itu normal sangat.

so,

be a better person is the best choice kan?
insyaAllah... jangan give up.

Saturday, November 3, 2012

pada saatnya, takkan bertukar

one of my friend posted this on facebook... 
terbaca dan saya setuju..
thank you...
hati seakan terpujuk... 
tak pernah berhenti memujuk hati...
tempat mengadu kan ada.. Dia yang disana...

Sunday, October 28, 2012

perfection

sit like a boss

semoga semuanya dapat menjawab soalan exam mereka dengan tenang dan berjaya. 
insyaAllah..

Saturday, October 27, 2012

big day

2 oktober 2012

tengok gambar ni buat aku tersenyum sendiri.. betapa aku senyum sangat gembira masa tu... dalam hati aku berbisik. "Tuhan, jangan ambil kebahagiaan ini..biarkan ia kekal...".... 3 tahun berada di perantauan mengajar aku banyak perkara tentang kehidupan..terlalu banyak.... tapi aku tak nafikan..aku masih terlalu daif untuk menjadikan perjalanan hidup aku ketika ini, dan saat ini ke arah apa yang Tuhan aku mahu....

sebab itu, Tuhan tarik balik sesuatu yang semua orang nak..
iaitu rasa bahagia..
aku belum layak lagi untuk senyum bahagia sebenar-benar bahagia..
banyak perlu aku perbaiki.. Tuhan, ambil lah rasa itu, jika ia terbaik buat aku..

hukum aku atas segala silap aku.
kurniakan yang terbaik buat aku.

aku perlukan insan yang boleh memandu aku...ke jalan yang Dia tak marah...

p/s: terima kasih kepada semua teman, sahabat dan insan-insan yang hadir menggembirakan aku ketika itu. hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik kalian. maaf kan salah silap aku sepanjang mengenali kalian.....

Sunday, October 21, 2012

a chapter of life




saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring..
saat tiada lagi waktu untuk kita berkongsi cerita girang..
cukup saja ku rapatkan jari jemariku.. 
menadahkannya...
lalu mendoakan dirimu...
dengan cara itu, aku memohon...

memohon agar Dia selalu menjagamu....

Monday, May 7, 2012

jika kau peminat

seumur hidup aku, ini kali pertama aku cuba makanan ni...tak sure la ramai ke tak orang pernah try "durian goreng"...rupanya cam lonjong sikit lebih kurang macam goreng pisang..rasa dieeeeeeeeee...perggghhh....

memang sedap.

mula-mula dulu ada member aku cakap kat aku ade kedai ni jual durian goreng. aku dengar je cam kembang plak tekak ni bile dengar....selalu durian buat pengat ke, aiskrim ke...ni kite goreng durian tu plak..pelik jugakla dengar mase mule-mule....

sekali semalam aku try.... buat aku nak makan lagi hari ni....hooooo...

tros aku cakap kat si member.."kalau family aku datang sini..aku nak bawak kat kedai ni rasa durian goreng..mesti dorang pelik..."

ini dia durian goreng, 1 set ada 5 ketul =RM5

jika kau peminat durian...tolonglah try...sedap tak terkata...mungkin kalau tak minat durian pon kalau makan durian goreng ni terus jatuh cintaaaaaaaaa....

Friday, April 20, 2012

masih cemburu

entry yang agak random jugak ni..hehe



yep, i love those pictures...
 or maybe jealous is the best word to describe what i feel when looking at your pictures?
hukhukhukkkkkkkkkkkkkk......

gambar lari-lari sesuka hati..
2.4km in less than 30 minutes.....awesome! 

Saturday, April 7, 2012

i saw you!

entry ni macam random sangat-sangat. sejak aku dah tak menulis blog macam dulu iaitu dengan kadar terus yang konsisten and persis (haha merapu)...so aku lagi suke taip mende random dan ntah apa-apa di tengah-tengah waktu aku tengah buat asaimen.

wehu! duit allowance 3 bulan tu dah masok! (ok random sangat ni).
sekarang baru aku faham kenapa mereka seringkali keluar kan ayat bewarna purple di bawah:

"opsyen ape?'
"em kat sini opsyen KPLI"
"bestla KPLI allowance mashukkk".

rasanya aku tak pernah pon rasa mashuukk mahupun kusyuk duduk dalam program KPLI yang boleh dikira agak terpaksa kene pergi ni..erk? program ni busy yang macam tahap dewa punya busy..yang macam kerja tu melebihi kadar tenaga dan masa yang kau ada...perumpamaan paling mudah adalah macam kau nak sumbat gajah dalam beg plastik giant.... memang la beg plastik tu tulis giant...tapi memang tak munasabah la kan kau nak sumbat gajah dalam tu... so macam tu la keadaan kami sekarang ni.... eh eh rase macam hebat pulak aku suruh orang bayangkan situasi kami dengan menyediakan satu perumpaan gajah dan plastik giant kan?

Ok mari ber-random bersama lagi... semalam aku baru je balik dari camping yang wajib untuk kami..camping 4 hari 3 malam telah menjadikan kami layak untuk join group 10 budak hitam...ini adalah kerana program tu dah berjaya menghitmakan kami..tahniah kepada semua yang berjaya menghitam kan diri... em camping tu bagi aku tak mencabar mane kot... just biasa-biasa je...sumenye ok je la... kelemahan program cam biasa telah kami isi dalam borang refleksi program..lepas tu kami harap la borang tu jangan lah awak semua buat bungkus nasik lemak pula..sila perbaiki kelemahan tersebut....

ohhhh..yang ni plak gambar kawan-kawan aku kat auckland pergi easter show...ah boring la nak komen gambar ni..hakhakk..tak tak..sebenarnye gua jeles sama lu orang maaaa...huuukkk... ok tak nak komen dah gambar ni...

just nak cakap.. i saw you! take care! =)

Wednesday, March 28, 2012

after soooo long!

assalammualaikum semua readers. (kalau ade la).

aku masih di sekolah lame menghabiskan sisa-sisa perjalanan program ROS ni yang merupakan salah satu assignment yang perlu kami settlekan...sedar tak sedar dah nak habis 2 minggu aku kat sini...esok dan lusa, then habis...aku seronok sebenanrya ade kat sini..kalau dulunya aku datang sini as student, tak pon under pelawat, tapi hari ni aku memegang title seorang guru yang berpijak disekolah sendiri dan duduk didalan satu bilik dengan mereka yang dulu nya itu guru aku tapi dalam waktu dua minggu ni mereka duduk didalm bilik yang sama...perasan itu macam awesome!hehe

thanks untuk semua cikgu yang bagi kerjasama yant saaaaangat baik semasa aku menjalankan pemerhatian terhadap sekolah ni..ade juge beberapa orang tanye aku kenapa aku buat Rancangan Orientasi Sekolah ni dekat sekolah sendiri..tak nervous ke? tak segan ke? tak rase awkward ke? ntah lah..mule2 nak datang tu rase cuak gile kotttt...tapi sebenar ape yang aku expect jadi sebaliknya..jadi lebih baik dan semua nya berjalan dengan lancar..terima kasih kepada semua warga sekolah itu...

ohh yee..semalam sempat aku lawan team sekolah ni...ade la kawan aku 2 orang lagi ex student sekolah ni datang skali dimana kitorang ni dlu 1 team...but then tak ckup orang so tambah la lagi 2 orang iaitu member kepada member..aku rse kalau 5 players tu sume team kite dulu..kite leh beat kot juniors? =p

yeah..juniors beat us 28-10..trok kan? haha..mane tak nye..diorang stamina mantap gile..main laju macam ape je...aku mampu pandang bola yang ditepis dengan pandangan yang begitu syahdu..haha...game tu sebenanrnya saje-saje je sebab bebudak tu nak pergi kebangsaan...so aku pon cam boleh je nak all out..tapi sebagai seorang guru..aku kene jage etika kot rasenye..tkot kang dak2 tu injured ke ape...aku tertolak ke pe..terkasar ke..so cam tak nak la kan..hee

ok tu je nak tulis...ntah nape nga sangat serabut and bizi gile ni so aku rse sebab tu kot aku tulis something yang aku suke...em basketball, mungkin aku akan tinggalkan kau.... dah sampai masanya... sebab tulang empat kerat ni da tak larat da..lepas operation, aku rase cam da tak fit nak main macam dulu-dulu....


gambar smalam...thanks semua for the game..=)
last game aku main full court game was on 2010 kot...

Saturday, March 17, 2012

why so sweet? =')

tempat yang pernah kita same-same pergi dulu..tapi hari ini aku sudah tak de bersama kamu semua..betapa aku rindu tempat itu...Auckland, New Zealand...mane boleh aku lupakan kau....


friends, thank u so much...rindu kamu semua... =')