Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Friday, June 8, 2012

hidup lelaki tanpa wanita


seseorang pernah bagi tahu aku, katanya di setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita dibelakangnya.
i just wondering, "apakah makna hidup lelaki tanpa wanita?"
sebab tu kita jarang tengok lelaki yang kematian isteri atau bercerai boleh hidup sendiri dalam masa yang lama...tapi ramai perempuan mampu hidup sendiri tanpa lelaki disisi...

tapi aku juga pernah baca...
tak lengkap hidup seorang wanita tu kalau tiada suami disisinya..

buat semua kawan-kawan yang telah selamat diijabkabulkan..tahniah! hehe
and buat kawan-kawan yang sekarang tengah runsing untuk mencari pasangan...
sabarlah..insyaAllah jodoh itu telah ditetapkan..jangan terlalu stress taw!
senyum selalu kay..=)

Monday, May 21, 2012

tak boleh terima

"Kertas Bahasa Inggeris yang bahagian B tu ada 5 soalan. Salah satu daripada tajuk tu aku pilih tajuk 'The person I admire'. Yeahhh, me story about my Sweetheart! ♥ Hihihi kesah apa aku? ;p"


status kat atas tu aku copy from seorang budak sekolah yang berumur 16 tahun dekat facebook....come on , essay bout "the person I admire" tu tak perlu kot nak tulis pasal pakwe kau....

ape yang nak di admire sangat pon?
pakwe kau tu beli deodorant pon still mintak duit mak abah die...
ape yang nak di admire sangat?

come on , buat la cter pasal albert einstein ke...tokoh-tokoh islam ke..mak abah kau sendiri ke...ini pasal pakwe kau yang matematik tambahan tu pon same-same ngan kau sipi-sipi nak fail tu?

aissshh...

dik, akak kat sini nak pesan..
tak perlu nak julang tinggi sangat your sweetheart tu...
mai bagi tau akak..ujian bulan satu hari tu pakwe kau dapat ape?

Saturday, May 19, 2012

akan dikenang?



petikan yang diambil dari SINI
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.


Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -

Friday, January 27, 2012

sedut

aku baru je tiba kat kedah kul 530 petang tadi... kenduri akak aku kawen belah lelaki esok...
letih gak la perjalanan jauh,,wuwu

sampai-sampai aku pon mandi la masuk toilet, pastu da ready nak mandi aku tengok banyak plak nyamuk..aku jerit dari luar suruh orang pass kan spray nyamuk...dapat la ridsect kan tangan aku..aku pon spray la cam orang gile satu toilet tanpa tingkap bukak and toilet tu plak kecik....

lepas tu tengah mandi aku dah start rase tekak aku cam perit and hidung aku pedih and cam nak pitam....
hidung da pedih aku dah terbatuk-batuk..lepas mandi mak aku suh aku jolok tekak biar muntah sebab racun banyak aku sedut...

lepas tu pergi klinik setelah dipaksa, masuk lah oxygen...

aku cam da tak reti nak update blog plak...aishh..sekarnag nak tido dah...pastu aku bau rambut aku bau ridsect yang sangat kuat...towel lagilah....kuatttttt gile bau ridsect...malam ni mesti nyamuk tak dekat kat aku...

Thursday, November 10, 2011

baru ku tahu

hari ni jam ini which is beberapa saat tadi baru aku tahu 'nais' tu sebenarnye 'nice'.

banyak kali gak aku nampak orang tulis nais nais nais before ni...so bile aku baca nais tu aku rase aku baca word yang refer to something yang bad yang tak best...ianya macam nais= naif...hahaha..sila gelak. dulu pon aku ingat 'btw' tu 'between' sebab kalau singkatan in english btw tu between..tapi sebenanrnye 'by the way'....eh? lepas tu dulu aku pelik nape orang gune 'FYI'...aku malas nak carik lepas tu kalau aku bace-bace mane-mane ade tulis menatang fyi tu aku akan laju-laju skip sebab aku rase kalau aku skip pon still boleh faham maksud ayat tu.... so macam tak de kegunaan untuk aku tau fyi tu ape... its like baik aku pergi hafal macam mane laser terjadi dan buat-buat rajin pinjam buku nak bace pasal laser dengan mendalam padahal langsung tak menarriiikkk....

fizik tak best. itulah suara hati aku.
dah tu kenapa ambil major in physics?

sebab nak tunjuk aku perkasa belajar fizik. perempuan amik major fizik macam cool jugak. banyak la kau. tak cool langsung..tak best semak kepala. main masak-masak lagi fun. sebb boleh makan lepas masak. nampak hasil. ini kalau jadik cikgu fizik pastu nanti anak murid jadik engineer ke contohnye pastu kebanyakan orang akan pandang kerja engineer tu hebat and cikgu fizik tu macam tak de nilai.. anak murid pon nanti akan copy ayat manusia terdahulu "jadik cikgu je?"... macam pekerjaan cikgu tu lekeh... ini bukan aku cakap. ini kebanyakkan orang cakap. aku tuliskan balik je. bukan semua yang cakap camtu. kan aku tulis tadi kebanyakkan orang.

eh melalut pulak. ni sume pasal aku taip in the middle of study pasal laser yang sebenarnye aku sendiri tak nak amik tahu pon tapi terpaksa..aku tak rase seronok pon bla bla bla..lecturer aku tak best...bayangkan lecture notes yang untuk study untuk final tu kau selak-selak kau tak faham ape yang die tulis..bukak buku text pon still macam terkapai-kapai nate ape dio dok nulih nieee......arrggh.. aku pressure sorang-sorang pastu aku tulis blog.

pastu aku nak cakap nais tu nice.
bukan naif macam keadaan aku sekarang yang naif tak habis study lagi.
arrgh.

kesimpulannya, adakah aku ini seorang yang tak update pasal 'nais','fyi', and ape lagi ek?
or bahasa makin dipendekkan..esok sebut DMK? terus faham.."dah makan ker?"...nais kan?
see sekarang aku gune nais sebagai nice bukan naif lagi.

tak cool pon. tapi nape orang gune nais sebagai nice?
still kene taip 4 huruf jugak untuk taip NAIS.

Tuesday, November 1, 2011

kuang aja ape?

aku baru je lepas tengok video kejadian rompakan berparang oleh 2 ekor mamat dekat area cheras kat sebuah supermarket. korang dah tengok? pegi la tengok video tu...try klik ni aku tak sure korang leh tengok ke tak through here. aku tak tau ape korang rasa..tapi lepas aku tengok personally aku rase sangat sedih lepas tu tenung skrin laptop ni... tros terkeluar "kuang aja ape budak-budak ni?"..

sedih tau tak tengok negara sendiri macam ni....huuuuu.... aku tak tau korang rase macam ne tapi aku punye rase emo tu lain macam sikit... dan aku rase bile kite duduk kat negara orang akan wujud satu perasaan yang susah aku nak cakap sedih macam mane bile tengok negara sendiri macam ni... bagi aku hampir  2 tahun tak balik malaysia adalah 1 jangka masa yang lame.... tak lame lagi nak balik... tapi tak tau.... rase lagi selesa dengan keadaan dekat negara orang.... susah aku nak cakap selesa macam mane tu.. tapi siapa yang duduk sini mesti akan faham...

ramai je cina malaysia migrate sini jadik permanent resident... mungkin sini lagi aman dan terurus... bukan lah nak kate sini tak de jenayah sume... tapi die punye rase selamat tu lain macam sikit... tak ade la selalu je keluar kes jenayah macam kat negara sendiri..huu... aku tak tau la nape kat sini kalau nak jalan lewat2 malam tu rase selamat....

ok da tu je. tak nak tulis lagi. sedih.
malaysia....nape jadik macam ni? =(

Wednesday, October 5, 2011

paparan "bola besar" dari jauh.

dari hari tuh nak pergi tengok "bola besar" tu...nak pergi tengok ape yang ade kat sekitar tu.....so lepas keje ahad kelmarin even cam penat gile supervisor dera susuh itu ini....vaccum floor 12 la..floor 2 la...panggil suh kilatkan balik mangkuk tandas la...lap balik bath tub kasik putih macam baru la..(ok over)...eh eh ni bukan nak cerita pasal keje kat hotel itu..ni nak paparkan suasana rugby world cup yang masih panas memanas dekat new zealand ni..lagi-lagi auckland city...kebetulan ahad ritu lepas keje ade game all blacks vs canada..so ramai la orang dekat depan screen besar tu...cool jugak la tempat tu..banyak gile screen besar dan orang dok ramai-ramai bersorak....rase cam best gak lah......aku pon jalan-jalan je la kat situ tengok ape yang ade....and last sekali aku masuk dalam bola rugby besar tu yang ade 'sesuatu' dalam tu...thumbs up la RWC 2011!!!!!!

the very first picture yang ditangkap ahad itu...
 
jersey yang bergantungan..
penyokong all blacks bersooooorak....

giant world cup trophy

all blakc vs canada.

games schedule (abaikan manusia ok)

macam gempak je kan on the way nak masuk dalam bola rugby tu.

finally!!! bola rugby besar (sekali lagi abaikan manusia ok)
ni lepas masuk dalam tu...best woooo..kagum!
kalau aku rajin aku cerita pasal ape ade dalam tu tunjuk kat korang.

ok tu je....nak upload banyak lagi gamba cam malas sebab aku rase balik-balik kang muke aku....baek tak payah kan....ok selamat memulakan hari isnin esok.bertabahlah.

Tuesday, October 4, 2011

komen terakhir aku

ini komen terakhir aku pada entry lepas;


seseorang berpesan pada aku:
"kita tak boleh puaskan hati semua pihak, setiap langkah kita pasti ada pihak yang tak menyenangi...dan sebagai manusia biasa, kita kena terima dan fikir kenapa langkah kita tak disenangi"

p/s: sekiranya dengan isu ini ramai yang ingin menjauhkan diri dari aku.. aku redha...yang baik itu datang dari Allah, dan setiap yang buruk itu juga sudah ditetapkan dan disediakan dari Allah lalu keburukan itu disandarkan pada hambanya...dan hamba itu adalah aku....mintak maaf semua atas salah silap dan kata.

Sunday, October 2, 2011

komen aku tentang gambar nampak pusat akhirnye menggangu sensitivity masyarakat.

entry ni aku tulis untuk mintak pendapat dan tegur aku. bukan nak carik gaduh.

lepas isu "pusat" tu..akhirnya aku rase meminta maaf dan mengakui kesalahn sendiri lebih baik..cume aku sedikit kesal apabila aku seperti diperlekehkan sebab aku bukan alim, tak bertudung labuh, pakai seluar jeans, bergaul rapat dengan lelaki, dan aku couple. itu semua aku mengaku itu aku.....baru sebentar tadi aku komen dekat satu hasil photoshoot seorang kawan blogger aku di facebook..gamba tu gamba seorang suami memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang...dan akhirnya aku tergerak untuk menaip komen yang ditujukan buat si kawan blogger....komen berbuyi.."erk honestly gamba ni nampak buruk sebab nampak pusat..sorii"....
(aku mintak maaf komen macam tu ye salah aku straight sangat)..

ni gamba yang aku maksudkan.aku letak supaya tak nak ade yang salah paham or imagine yang bukan bukan pulak..model memakai tudung...untuk lebih terperinci tudung syria.

cume ape yang aku sedih dan kesal dan cam sedih gile apabile aku dikatakan seolah-olah tak layak komen dan cermin diri sendiri....sebab aku bukan alim seperti orang alim yang lain.....aku betul-betul mintak maaf sebab cakap straight macam tu..cume aku ade sedikit rase kesal kenape cam aku kene kondem gile-gile sedangkan mereka tak mengaku salah mereka.....adakah aku ini sangat pesalah dan sangat teruk perangai sebab mengaibkan beliau.....aku sikit pon tak de niat nak aibkan si model...mase aku komen aku memang terus nampak pusat tu dan terus komen sebab  time tu aku rase malu nampak pusat tu sebab baju tu plain dan mungkin jenis kain lembut...aku tak tau pendapat orang lain nampak gamba tu as gamba yang cool or tak salah ke ape..tapi aku admit salah aku komen straight..tapi why not mereka juge mengaku gamba itu "agak pelik" dari terus suruh aku cermin diri dan cakap aku tak pernah mengandung or bukan professional photorapher and tak boleh komen macam tu....

seriously aku rase cam terpinga-pinga....dan akhirnya aku kene terima hakikat bahawasanya:(bawah ni status facebook aku)
kite memang kene belajar dr kesilapan..hari ni aku belajar agar jangan komen gambar orang straight seperti "gamba ni nampak buruk sebab nampak pusat"...aku perlu menjaga sensitivity perkataan pusat dimata masyarakat....tak boleh komen tegur gamba pusat contohnye kerana itu telah mengaibkan dia dimata kawan-kawan facebooknye....aku tak de niat pon nak aibkan die..seriously..cume cara aku salah terlalu straight komen....maaf ok...
berikut adalah conversation kami yang aku sangat kesal....first aku kesal dengan diri sendiri sebab komen straight dan agak kasar. aku tak boleh expect orang lain jugak boleh terima cara kasar aku.....aku mintak maaf..dan second aku kesal dengan komen para ibu yang mengomen....aku kesal mereka kata gamabr itu tak mengaibkan tapi komen aku yang telah mengaibkan si model...dan  suruh aku cermin diri, cakap pasal keturunan, pasal hmmmm..bacalah sendiri......itu je..aku cume kesal..ni serious aku jujur dari hati bukan nak aibkan ke ape..serious aku tak terfikir pon....dan aku serik kot nak komen orang dah..sebab aku kene cermin diri aku sendiri (arrrggghh bergenang lak airmata aku)..

aku harap sape yang bace boleh lah komen kat anonymous tu..tak de sape kenal..marah lah aku..tegur aku....tapi komen lah sejujur dari hati.....aku mintak maaf..aku tak de niat nak bukak aib orang ke ape...sebab aku ingat model tak kisah aku komen macam tu sebab bagi aku die rase ok dengan gambar tu...tapi kalau model expect gamabr itu akan dipuji oleh semua orang....aku minta maaf sangat-sangat....aku dah tersalah komen...ape yang aku nak sekarang hanyalah pendapat dan teguran....
betul ke aku ni tak open minded tengok gamba seperti mereka kata?
betul ke orang pakai seluar jeans amik gamba dengan lelaki tak boleh  komen?
betul ke cara aku tadi menunjukkan aku keturunan paling terok?
betul ke bukan professional photographer tak boleh komen gambar?
betul ke aku belum cukup bagus muslimah sejati seperti yang dikatakan mereka? (ye betul)
dan patot ke aku disaman atas komen kasar itu? 











aku tulis bukan nak terus carik gaduh...sekadar catatan untuk diri aku dan untuk keturunan aku  dan pembaca semua mengambil iktibar......aku cume sedih sikit atas semua kate-kate yamg dilemparkan oleh pihak mereka tanpa ade sikit kate maaf buat aku.....atau mungkin aku terlalu kebudak kan untuk mereka memohon maaf....

bergenang plak airmata..tak berniat pon nak mencipta musuh...

Friday, July 15, 2011

ape kau dapat?

I found this video while clicking around randomly~~ape yang kau dapat??.......
pity u Malaysian if u act like this...

Friday, June 17, 2011

bergaduh sesama blogger

hari ni angin kuat..kencang gile kat luar...sekencang dan sekuat debaran dalam hati ni...fuuhh..esok ade paper lagi.... tak lain tak bukan aku mengharapkan hari esok berjalan dengan lancarnya even now pon tak habis study lagi...(dah tu dok update blog tu apa pasai??)...hehe

aku snanye tak tau nak tulis tajuk ape...so tulis lah tajuk tu.hakhak.

best gak aku follow kes ahkak geli-geli kite....serious dalam hal ni aku memang sokong kipas nak mati lah ahkak geli sebab aku bace blog die dari dulu memang terbaik..tulis tak ada lah sarkastik plastik ke ape..yang die tulis memang kenyataan........... die tak pernah pon nak kejar populariti ke ape kejadah ke kan...tapi blog die memang best...kalau tulis lawak memang lawak..kalau sedih memang sedih..kalau taching bab family tu aku kat sini pon turut sama rasa sedih...memang best lah blog die...

now die dah jadik famous gile..sume orang pon nak fire die... (yang fire tu cam dah tak de masalah lain ke korang nak selesaikan kan?nak menengak kan sangat drama nora elena tu pesal plak?).....

pasal gaduh di blog...alah aku pon penah je kene hentam dulu..kene hentam kat komen, kat chatbox jgn cakap la....sume tu jadik sejarah...name pon tulis blog dan public bace ye dak??...so telan kan aje...

ok lah tata.hehe...merapu ikan kerapu lagi taip.sebab tengah tekanan final exam.

Thursday, June 16, 2011

kontroversi surat bantahan cerita nora elena...gelak guling2.

kan aku dah lame tak update blog kan..pastu aku pon dah lame tak bukak facebook..dan lagi satu yang penting pasal drama "nora elena" yang kononnya ade 'abang tough' kite tu pon aku tak tengok..nak jadikan cerita tadi aku bukak blog tengok traffic banyak datangnya dari blog si ahkak teman lame aku ni...kitorang kenal dalam blog sejak 2009...aku terkejut lah apesal traffic mencanak sedangkan aku tak update blog??haha....aku cek referrel datangnya dari  surat cinta untuk tv 3 tu...adoila...

kebetulan plak baru semalam kawan aku tunjuk episod paling romantik katanya yang si nora tu dapat bunga dalam bonet kereta tu.....aku pon layan jela cter tu...sekali aku tengok nora elena tu memang lah cantik..2 kali aku tengok rasa cammmmm....lebih kurang lisa surihani je tak reti belakon...erk?

mase tengok cter tu kawan aku ni ade la komen pasal "surat bantahan" tu..aku pon dok gelak2 je la...hari ni pegi bukak blog ahkak tengok lahhhh ahkak ke yang mencetuskan kontrobesi nii....aku pon dok gelak2 lah ade komen2 yg dok kutuk surat tuh....kalau kau orang kenal blog ahkak tu die memang jenis yang suke melawak kadang2 aku pon sakit prot tergelak....so jadik lagi lawak lah ble surat untuk buat lawak tu mencetus kemarahan awek-awek abang aaron aziz kite?hek eleh.

by the way jangan serius sangat....mende lawak je kot?
lagi pon macam wujud lelaki romantik macam tu??ade kot tapi tak ramai.

Thursday, June 9, 2011

Sex is a taboo in Asian society.

pernah dengar pasal "obedient wives club" ?? aku ternampak tadi kat facebook kawan aku snap a pic yang kuar kat the united press, nz hari ni...alah korang mesti da tau kan.


before ni club poligami ye dak? sekarang club 'isteri-isteri patuh' pulak?...isteri mesti patuh sebab takot laki berpoligami ke ape ni?eh ke camne?....aku tak nak ulas panjang-panjang sebab aku pon tak ade mase nak ulas..tengah saat genting nak jumpa abang kacak final exam....so aku letak kan la baris baris ayat kalau ade yang malas nak pergi baca sendiri kat sini, sini mahupun siniiiii....

"Islam compels us to be obedient to our husband. Whatever he says, I must follow. It is a sin if I don't obey and make him happy," said Ummu, who wore a yellow headscarf.

"Sex is a taboo in Asian society. We have ignored it in our marriages but it's all down to sex. A good wife is a good sex worker to her husband. What is wrong with being a whore ... to your husband?" she said. (Rohayah Mohamad).ayat makcik ni yang a good wife is a good sex worker to her husband tu memang la tak leh blah kan...memang tak dinafikan sex tu penting makcik, tapi tak delah sampai a good wife just refer to your sex performance semata??hadoi la.

"When husbands come home, wives do not welcome their husbands with warm alluring smiles and sexy dressing ... That is the reality today," she said...ni satu lagi...aku senyum gak la baca...tak ada la sampai nak seksi kan kak...cukup sekadar bersih kemas dan sedap mata memandang....tak gitu??

She said wives must go beyond the traditional roles as good cooks or good mothers and learn to "obey, serve and entertain" their husbands to prevent them from straying or misbehaving.Indirectly, "disobedient wives are the cause for upheaval in this world" because men are not happy at home and their minds and souls are disturbed, she said....tak hepi at home? camne plak kalau suami yang tak buat isteri happy plak?

ape ni?ape ni? marriage not just about sex...kalau club ni cuma stand for sediakan 'nafkah batin' first class untuk para suami sahaja, aku tak rase tu berjaya untuk 'prevent them for straying or misbehaving.', bak kata korang la....rasenye kalau baca dari atas artikel sampai bawah rasa macam misi dan visi club ni is just to ensure their husbands are sexually satisfied...camtu?ok jup ape motif bila dulu tubuhkan club poligami pastu sekarang tubuh kan club ni plak??

ok now boleh pergi baca "lelaki bujang 28 tahun ni" punya komen...dia antara yang menyokong...mereka yang tak sokong tu bukanlah 100% bout this club mereka kata salah...cume...em ntahlah..susah nak cakap...ikut lah selera memasing..baca and fikir...ok dah.....nak sambung study...saje mai kejap-kejap conteng-conteng kat blog ni....

Wednesday, June 8, 2011

BACALAH KAWAN

aku terbaca sesuatu dari coretan sahabat aku.....lepas baca apa yang ditulis...buat aku berfikir jauh...tentang manusia...tentang kawan..tentang kehidupan....rasa nak menangis pon ada bila baca apa yang ditulis..mungkin cara dia membezakan situasi itu sangat terkesan..... cukuplah kau dipergunakan kawan.... aku tau tak salah nak tolong orang....tapi aku tak suka bila kawan-kawan yang kau tolong tu akhirnya kutuk mengutuk kau dibelakang...buat-buat tak kenal..senyum pon susah...tapi bile nak pertolongan kau....kau yang dicari nya dengan muka manis.....at least kalau kawan-kawan kau tu tak boleh nak tolong kau...cukup lah sekadar mereka bagi senyuman or bertegur sapa bila berselisih....dan paling penting "jangan mengutuk" orang yang dah tolong anda itu......aku menulis ini hanya untuk simpanan aku sendiri..coretan dan peringatan aku sendiri....sebab antara sedar tak sedar, kita mungkin tergolong dalam situasi yang aku nak bawak kat kat bawah hasil nukilan dan kisah benar seorang kawan..... (aku copy paste je bawah ni)

SCENE 1
manusia :jumpa gak ko hari ni..ko mesti ada credit card kan??aku nak beli barang ni..kau belikan ye aku nak beli blah blah blah...
aku : owh, yeke...aku ingat kan ada hal penting nak cari aku...tu je ke sebab ko nak jumpa aku??
...............
kawan : apa dia buat kat bilik kau tadi??
aku : apasal ko tanya macam tu??
kawan: pelik tengok dia cari kau... tak pernah pon aku tengok dia datang bilik kau sebelum ni
aku : tau takpe...dia nak mintak tolong belikan barang.

kekal la dengan perangai macam tu...buat aku menyampah ada orang macam ni..ingat aku ni bank kau ke ape???sampai orang lain pon pelik dengan perangai manusia macam ko ni....aku ni bukan la alat untuk korang hidup senang...

 SCENE 2
manusia : xyz!!!ko nga watpe???
aku : nga study ni...npe???
manusia : owh..saje je...tengok ko online....stress ni nak exam
aku : bese la tu..spe lak yang hepi time nak exam
manusia : ko ada printer kan???nak tumpang print paper exam taun lepas bole??

SCENE 3
manusia : nak mintak tolong...internet aku tak boleh guna lagi la..buat hal je..tension aku
aku :  owh yeke??
manusia : tengok kan jap...time2 macam ni lak buat hal. 
aku: (wat la macam tengok2 kan).tak tau la..cuba la ko refer kat ofis suruh dia betulkan.
manusia :ko tak leh watkan ke?
aku :ntah..aku tengok semua setting dah betul..tak tahu nak buat apa
  
ni la lagi sorang yang aku rasa tak pernah nak wujud dalam life aku..sebelum2 ni berselisih dengan aku macam berselisih dengan hantu..muka tak pernah nak senyum..tanya apa2 pon macam malas nak jawab...aish..tapi bila nak mintak apa2..menggedik giler..tak perasan ke aku layan ko pon macam malas2?

compare kan plak dengan situasi kat bawah ni....
SCENE 1
manusia : diorang nak buat reunion ni..masing2 complain tak pernah dapat jumpa kau sebelum2 ni.. 
aku : alaa...yeke??nak buat macam mana..tiap2 kali korang gather time aku ada hal..aku pon nak hang out ngan korang gak..jeles kot tengok pics korang .
manusia :hahaha...tu la sapa suruh ko tak dapat datang.
aku :haa...kali ni ko sponsore tiket aku..kompem aku datang.
manusia :no problem...aku sponsore rm2..ok? 

SCENE 2
manusia : pe citer ko skang??lame giler tak contact aku..
aku :hahaha...sori r weyh...ko tu yang payah nak online sapa suruh..
manusia :alaaa...aku bukan macam ko boleh ngadap 24 jam..hehe
aku: macam ko tak leh online plak kan..pe mimpi ko online plak ni??
manusia :saje2 je..tengah free ni...online la jap.
aku :dapat la gak tegur aku kat sini kan...
manusia :hahaha...yela..jom lepak sama...aku kasi blanje milo beng kat ko.
aku :cesss...tw la aku salah sebut benda tu kan..haha

SCENE 3
manusia :ko busy ke??
aku :wah...terkejut aku...tak pernah2 ko nak tegur aku dulu..
manusia :hahaha...yela2...kali ni aku tegur dulu...dah dapat online kan.aku ada keje kat lab com 2 minggu ni..senang la nak online..
aku :cantek!perfect timing..nak mintak tolong ko lah macam niaku nak guna software blah blah blah  tapi kat sini susah nak dapat internet pon useless kat sini.
manusia : nanti aku tolong carikan kalau dapat..hah...yang ni ko amek dulu..de installer dengan patch file skali...

SCENE 4
manusia : weh..makan la kek aku buat tu..aku buat semalam.
aku :wah...ko buat kek lagi??nanti lepas exam boleh la aku blaja buat kek dari ko..
manusia :hahaha...aku mana reti..tu main tibai je buat.
aku :ah...tak kira..nak belajar jugak.


mungkin sedar tak sedar kita pernah je berada dalam situasi situasi kat atas ni..mungkin ada yang tak berniat untuk pergunakan kawan or memang jenis tak friendly tapi bila nak mintak tolong terpaksa gak carik kawan sebab lumrah la manusia tak leh idop sorang-sorang kan....or mungkin jenis yang memang pergunakan kawan.....refer balik intoduction aku kat atas tu.......semoga aku dan sesiapa yang baca pon ambil iktibar..semua orang pon ade perasaan walaupun kadang2 kite tengok kawan kita macam tak de perasaan.....tapi kalau kawan kita tu dah claim siap-siap die tu robot lain cter la kan??hehe

Sunday, June 5, 2011

antara sebab pakwe makwe clash

aku tulis ni berdasarkan statistik sebab kenapa kawan-kawan dan orang sekeliling aku clash...dan juga tokok tambah dari ikut suke hati aku la dah blog aku...jangan percaya sangat bukan betul pon....

  1. tak faham life style : ni biasa lah bila pakwe nak keluar pegi minum-minum ke..main futsal ke ngan kawan-kawan..makwe kejenye asik bising je...itu ini sume tak boleh....makwe jenis ni nak pakwe die message die 24 jam agaknya..nak kuar makan pon dengan die...pendek kate sume ngan die...same gak lah ngan pakwe jenis tak faham makwe...makwe nak lepak gosip-gosip ngan kawan-kawan pon tak boleh...nak shopping pakwe mesti nak follow....ni jenis pakwe ngan makwe yang tak boleh nak faham life style masing-masing.....belum kawen kot? rileks sudah...
  2. pakwe panas baran : sume orang pon akan marah dan pernah marah...tapi ni kes pakwe yang panas baran..mende kecik pon nak marah..kalau mende besar?ni jenis pakwe yang tak leh nak handle saat-saat genting...payah pakwe macam ni...aku nasihatkan makwe-makwe tinggalkan je la pakwe jenis macam ni....sebab ape?? sebab cerai talak sume kat tangan pakwe so kau orang makwe-makwe kalau dapat yang jenis panas baran yang tak leh kawal emosi memang naye lah kan??  yeah2...langkah berjaga-jaga tu....dan pakwe kene ingat ni..lelaki paling hebat adalah mereka yang boleh kawal kemarahannya....ok?
  3. kantoi menipu : kes menipu dan ditipu ni biasa..mane-mane kapel pon aku rase tak lari ngan suke menipu dan pernah ditipu..haha..kalau takut kene tipu mahupun jenis tak pandai menipu aku nasihatkan tak payah kapel...takut nanti kene tekanan pulak sebab kau boleh jamin ke kau jujur dan pakwe kau tak menipu? or makwe kau betul-betul jujur?? bleh caye ke kalau pakwe kau cakap "gudnite sayang..tido dulu..."...tah tah die pergi bukit bintang?
  4. makwe kikis duit : makwe-makwe ni memang tak lari dari sifat mata duitan... suke duit, suke shopping, suke beg,suke kasut....ah sume tu makwe-makwe punye keje...lame-lame pakwe pon fade up jugak kan?? tapi tak banyak pon aku rasa orang clash sebab kes ni....dah sayang..bagi je la ape yang makwe kau nak..ye dak?? time kapel boleh la dude.....try tengok lepas kawen?
  5. perasan hot : tak kira la makwe ke pakwe yang perasan hot...orang jenis camni die perasan diri die tu laku je 24 jam buatkan susah nak appreciate pasangan die...selalu je ingat yang pasangan die tak kan tinggalkan die sebab die ade rupa yang tetarik menarik kau memang the bom la kononnya..ingat sikit makwe pakwe..jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..tak semestinya kau cun,hot, macho kau senang dapat pasangan yang boleh faham kau..susah beb..sebab tu kadang-kadang kite tengok pasangan tu sorang cun/ hemsem and sorang lagi sebaliknya...mesti pernah jumpe kan???so jaga baik-baik kalau dah dapat yang betul-betul leh faham kau.
  6. tentangan keluarga : dah macam cerita p.ramlee la plak kan masuk tentangan keluarga ni..kes ni ada je berlaku kat kawan-kawan aku....keluarga tak setuju..tak sekufu katanya..ade yang kononnya nak keturunan yang nama mesti depan ade tengku, ade raja...motif mak abah kau nak camtu??esok mati ade pangkat la??.....tapi dalam islam memang suruh carik yang sekufu..cume jangan sampai salah faham sampai membezakan darjat plak...
  7. kerjaya : pakwe makwe clash bile tak ada kerjaya yang stabil...selalunya kalau pakwe jenis yang tak pandai nak handle mase depan aku nasihatkan makwe-makwe fikir banyak kali....kalau makwe jenis yang tak ade kerjaya aku rase ok lagi sebab makwe bukan wajib bagi nafkah ke ape...tapi kalau pakwe?.....lagi pon part kejaya ni zaman sekarang due-due belah family pon dah pandang kerjaya makwe dan pakwe tu....kalau boleh mesti nak due-due stabil..tak kan lah makwe kau tu doktor pakar sakit puan tapi kau kerja sapu sampah?? bukan aku nak menghina..tapi perbezaan macam ni tak elok zaman sekarang ni sebab nanti dah kawen awek kau tu mula lah nak rase berpangkat dalam keluarga dan tak respect si pakwe ni tadi...so nak salahkan sape?
  8. give up  dan fade up: pasangan yang clash sebab fade up adalah pasangan yang tak ada prinsip 'give n take'..kiranya sebelah pihak je yang letak kan effort untuk bahagiakan relationship tu..so makin lama kalau tak ada kerjasama....letih la jugak kan?lalu wujudkan perasaan fade up dan give up.....jadi kalau pakwe or makwe lari...secara tak langsung kite tak leh salahkan pakwe or makwe yang meninggalkan....sebaliknya cek diri sendiri....kau dah cukup toleransi ker?
  9. long distance : boleh dikatakan majority pakwe makwe clash sebab ni.... tapi bukan sebab jauh ni sume sebab belum cukup build trust dalam diri memasing....so masing-masing pon tak leh nak handle emosi bile berada dalam jarak yang agak jauh....ramai yang amik keputusan clash sebab rase tak selamat dan malas nak amik risiko....makwe pakwe ade je fikir yang diorang takut kalau bagi komitmen tapi at last yang jauh tu betray die dalam senyap...so sume tu bisikan dalaman je tu..kalau due2 pon setia dan trust..tak de masalah aku rase....
  10. terlalu banyak persamaan : ni same jugak dengan kes tak ada keserasian....kalau pakwe ngan makwe tu macam banyak sangat persamaan pon tak boleh jugak..kalau due-due jenis kuat merajuk..sape plak nak pujuk? kalau due2 jenis emosi..sape plak nak handle keadaan? kalau due2 jenis cepat marah....habis lah ye dak? so macam tak ada konsep saling melengkapi dan selalu gaduh..ramai yang clash bile dah terlalu kerap bergaduh dan rasa dah tak ada chemistry....

ok cukuplah.....saje je merapu tension study.hehe
so agak-agak kau orang pernah berada dalam golongan mane??

Saturday, June 4, 2011

long distance relationship


 curi ayat manusia lain sekejap....

"Distance doesn't ruin the relationship. doubts do."

dan terbaca INI juga tadi.

p/s : lagi beberapa hari awak da nak balik...='( ....  mengingatkan saye tentang SUMMER KITA...dia, dia dan dia sudah bawa haluan masing-masing....dan tak lama lagi awak pula.

Friday, June 3, 2011

jumpa rosyam nor di auckland!!!!!

first of all sorry sebab menipu. tajuk tu tak ade kaitan.

  1. aku suke rosyam nor. kalau orang tanya aku siapa pelakon malaysia yang aku minat, name first terkeluar mesti rosyam nor...dan reaction dari orang yang tanya mesti lah..."ala...lainla..tu dah lama..da tue..."...entah lah aku pon tak tau la...rosyam nor sangat melekat dihati aku tanpa diduakan (matik la tulis camni.haha)..maksud aku tanpa diduakan oleh mane-mane pelakon la..die tetap best dimata aku....tapi seumur hidup..aku tak pernah dapat jumpe rosyam nor face to face...dlumase kecik bile tengok rosyam nor belakon aku rase cam nak pakwe macam rosyam nor...hahahaha..sungguh geli ok.
  2. bila jawapan rosyam nor orang tak nak terima...aku jawab plak Hans Isaac...macho ok! haha...sori tergedik lak tetibe....lakonan die pon leh tahan gak...suara Hans sangat macho ok....senyuman die sweet...wuwuwuwu...ok dah terlebih puji ni...=p
  3. ade gak aku jawab Remy Ishak....
  4. ade gak aku jawab Ako Mustapha..
  5. oh farid kamil pon aku suke even ramai orang tak suke..haha....farid kamil tu kat mate aku nampak cam bad boy sikit...and snanye bad boy ni ade keistimewaan sendiri...
  6. ok dah aku tak nak tulis.aku lapar ni.

boleh tak sebelum rosyam nor yang dah tua tu makin tua...aku nak jumpe die?hahaha

Tuesday, May 24, 2011

ape jadahnye ni??

kang cakap bodoh, mulalah sorang-sorang melenting...

tapi dah itulah hakikatnya.....lame dah aku tau pasal 24/7 and gula-gula cap ayam ni....come on lah derrr....K-POP tu sendiri stand for "KOREAN POP" so tak salah kalau orang malaysia cop korang ni bodoh...alahaiii.....aku ni tak adalah nak jaga tepi kain kau orang ke ape...tapi dah alang-alang aku ade blog ni..ape salahnye aku bagi komen sikit ye dakkk....

sume orang pon nak feeling-feeling korea....kulit gelap pon perasan puteh melapak...mata memasing sedaya upaya nak sepetkan...ape de hal???nak jadik romantik macam korea la..comel macam korean la....sume orang pon mule nak tergedik-gedik....ape bende la haii......

ni dah habis seksi lah ni??
dah habis comel la??

allloohhh syuuuuweetttnyeee.....
dah habis romantik lah tu buat love-love????
lelaki dah lah makin kurang...wujud plak group jambu batu muke masing-masing mintak penampar ni lagilah rase cam pupus gile lelaki yang boleh diharapkan..yang boleh jadik pemimpin..rase cam....alahai korannnggg..... apela yang bodoh sangat tu..... aku cam tertanya-tanya lah jugak sengsorang...memang mak abah korang ni sokong ke korang tubuhkan group ni??memang sokong eh?? memang makcik-makcik korang, sahabat terdekat tak de ke yang cakap dah-dah lah tu memperbodohkan diri tu...tak de eh???

yang seluar pink tu dah feeling KOREA tahap maksima la tu kononnya???

Saturday, May 21, 2011

famous di blog

perlu ke famous di blog? (jawab dalam hati korang)

tak dinafikan untuk sesetengah orang mungkin perlu..biarkan mereka..itu hidup mereka..mereka bahagia begitu jadi buat apa mahu dibisingkan...atau ade yang bising sebab mereka sendiri tak bahagia?? jangan nak datang baca blog orang lain untuk jadi kan kau tu seorang yang sarcasrtik dan plastik...kau cakap orang tu tulis blog nampak plastik hipokrit segala..tayang itu ini syok sendiri segala..tapi kau apa ada??...jika benar kau sangat bagus dalam ape jua bidang yang kau ceburi..tak perlu busuk hati cakap itu ini...kau sape?

jadi,kalau orang tulis...

  • pasal masalah mereka. (tak perlu nak blame suruh "get a life!" sebaliknya bagi nasihat)
  • pasal pendapat mereka. (tak perlu nak blame cakap "macam kau bagus sangat" sebaliknya share buah fikiran kau pula)
  • pasal pakwe mereka. (tak perlu nak cakap "ingat kau sorang je ade pakwe?" sebaliknya jaga pakwe kau)
  • pasal isu agama. (tak perlu nak perli cakap "diri sendiri cube tengok?" sebaliknya amik ilmu tu)
  • pasal keburukan orang. (tak perlu nak cakap "macam baik sangat kau tu" sebaliknya cek diri kau..kau pon same je kan.)
  • pasal gambar mereka. (tak perlu nak cakap "macam cantik sangat" sebaliknya kagum die confident sebegitu)
  • pasal happy life die. (tak perlu nak cakap "sad life tak nak tunjuk?" sebaliknya bagus ape die buat orang lain happy.
  • pasal artis korea mereka. (tak perlu nak cakap "balik-balik korea" sebaliknya kau tu stop baca blog pergi mengaji lagi bagus)
  • pasal kisah percintaan mereka. (tak perlu nak cakap "macam kau sorang je bercinta" sebaliknya kau pergi settle kan masalah kau)
  • pasal bussiness mereka. (tak perlu nak cakap "mata duitan btol" sebaliknya kau tu jangan menyusahkan mak bapak mintak duit)
  • LAST : "asik-asik tulis pasal duniawi.....cuba lah tulis benda berfaedah sikit",....lain orang lain tujuan mereka tulis blog....bukan nak ikut selera kau....sebba tu wujud kedai buku kau boleh pilih ikut selera kau.
banyak lagi lah kalau nak dicerita....jadi kalau tak suke tak payah baca..nanti kau sendiri dapat penyakit hati..bila dah ade penyakit hati mulalah nak jadi anonymous tak diundang......aishhh sape plastik sarcastik sekarang...aku cakap ni secara random..in general ok.. tulis ni pon sbb baru dapat idea lepas blogwalking kejap tadi.....1 more, kalau tak suke blog aku jangan baca.....aku tak perlu FAMOUS kejadah ape sume tu...aku tak perlu.......

kau nak cakap aku sarcastik plastik hipokrit syok sendiri...yang kau tu ape?
ha camtu.....fikirlah...sume tak perfect kan?SIMPLE.
kentut kita kalau same je busuk macam orang lain..ape mau cakap besar?lah?

Thursday, May 19, 2011

bukan nak bergossip, TAPI "what a small world!"...hye CIK EPAL.

di auckland city.

malam tu kami mahu pulang.....bla bla bla pendekkan cerita..(lah baru start takkan nak pendekkan?)..ok ok baiklah.....aku kenal ngan sorang lelaki ni...die baru further study kat auckland ni datang sini around feb ritu....ntah macam mana boleh terkeluar pasal blog...bla bla bla (pemalas nak cerita)..sumpah tak ingat camne leh bukak pasal blog...dan terus terang aku cakap..kat auckland ni tak ramai pon tau blog aku....sebab aku memang tak bagitau orang in public ke ape ke...sebab aku memang nak syok sendiri dan lagi suke kongsi cerita dengan orang yang aku tak kenal....ok kembali pada cerita...

"kau blogger?sape name?",aku tanya sebab aku ni memang tak kenal sangat orang-orang blog ke ape.name pon syok sendiri menulis ye dak..?
"KAMAL EFFENDI...tau ker? aku kawan ngan zack tu?"
"kamal effendi...hmm aku macam pernah dengar nama tu..dulu kot pernah terbaca...what?kau baca blog zack???OMG", probably mamat ni pernah datang blog aku jugak...malu ah camniiiii.... whatever.. pungpangpunag abesla sesi aku mengenali sorang blogger tegar yang wujud kat auckland ni....

and today.....ZACK ajak aku bergosip....(zack ajak,bukan aku..haha)...
aku kenal zack ni pon kat blog je..kebetulan tahun lepas die datang tengok aku bersukan kat auckland.

"kau tau tak CIK EPAL pernah buat entry pasal kamal effendi tu die suke si kamal tu"
aku dengan blurr-blurr nye.."ha??celah manenye diorang kenal?tak tau la plak..",haha bapaknye indie aku kan gossip blogger memang tak amik tau kan?haha.aku pon pergi la baca entry INI dan juge entry ITU...dan SITU...sila lah terjah..baru feel melodi sikit ye dak??

ZACK bergosip lagi..haha.."CIK EPAL tau tak kau satu tempat study ngan KAMAL EFFENDI tu?"
"ntah mane aku tau kau ingat cik epal tu nak layan aku ker..femes sangat dia tu...hang ni pon"
"eh tapi dulu bukan hang ade episod hitam ke dengan CIK EPAL tu?(episod hitam merujuk pada episod aku ngan cik epal sekitar 2009...sape tau angkat tangan..haha... cik epal pon ade buat entry khas untuk aku..malangnya entry untuk aku tu dah di unpublish sebelum sempat aku baca....kalau tak peminat aku pon cecah 20 ribu cam hanis zalikha tawwww....motif kau lumut?)...eh tapi aku ngan cik epal ok je pastu siap cium-cium pipi lagi..ok tipu tak pernah jumpe CIK EPAL in person. =)....dan tak de tujuan pon nak jumpe aku rase..sebab aku tak hot cam die...hee

so "what a small world people!!"...dulu aku kenal CIK EPAL, dulu CIK EPAL ngan aku melakar sejarah hitam sekejap....pastu pastu CIK EPAL minat KAMAL EFFENDI..dan aku jumpe si kamal tu di auckland ini.....

ok sekian gossip tak best...
just teruja baru tau gossip dari ZACK.ketinggalan zaman betul kau ni lumut.
haha..tak pe i dont care.