Showing posts with label bad. Show all posts
Showing posts with label bad. Show all posts

Wednesday, March 9, 2022

Takkan lupa 7 Mac 2022.



7 Mac 2022. Memang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Pagi tu aku datang sorang. Aku tak nak siapa-siapa pon teman sebab aku tak nak orang tengok aku sedih. Memang aku jenis suka pendam dan tak tunjuk kesedihan depan family dan kawan-kawan. selagi boleh tahan. aku tahan.

Masa tunggu depan dewan ada ramai juga yang sedang tunggu dewan di buka. semua duduk sorang-sorang dan tak ada sorang pon bercakap. semua diam. pertama kali aku rasa tempat bangunan awam yang sunyi walaupun dekat situ ada ramai orang.

Masuk dewan kadang-kadang rasa semua ni mimpi. Banyak sangat persoalan bertubi-tubi aku tanya dalam hati. aku rasa ini lah titik tersedih dalam hidup  aku. dan ia merupakan penyambung semua titik sedih yang pernah aku temui sepanjang perjalanan hidup ni. Rasa kenapa semua ni macam ni? rasa kenapa tak sebertuah orang lain yang disayangi? kenapa selalu dihancurkan? kenapa selalu dilukakan? soalan-soalan cliche orang kecewa. 

Aku pernah rasa kekecewaan yang paling teruk dalam hidup aku. it was 2009. kenapa teruk? kenapa bukan 7 mac ini yang paling teruk? sebab masa 2009 itu hati aku ini umpama barang elok yang baru dipecahkan. umpama anak kecil yang tak pernah  disakiti tapi dicubit sakit. itulah oaling kecewa,paling susah rasa  nak move on,paling rasa sia-sia pilih kerjaya ini kerana dia. tapi 7 mac ini aku tak rasa begitu. rasa mudah kawal diri. rasa  lebih kosong. kerana aku tidak lagi beri 100% kerana kekecewaan 2009 yang lalu.

ya betul. bila kita pernah sedih yang sangat teruk, bila tiba masa ìkita jumpa titik sedih yang seterusnya kita lebih mudah mampu untuk bangun. pandangan aku kosong masa aku masuk dewan bicara. sekosongnya.. aku tak banyak  layan perasaan sedih. sebab apa?

sebab aku ada anak-anak yang perlu dijaga emosinya. emosi aku? dah tak penting. sebab aku dengan kebahagiaan rasa seolah-olah sampai mati aku takkan temui. aku perlu bersyukur sahaja. teruskan hidup dan kutip sisa-sisa kekuatan untuk aku bangun demi anak. dunia ini kan tempat ujian bukan tempat untuk berbahagia. 😢




Sunday, April 14, 2013

beNcinta


Today sabtu.. Last week tak keje so today tadi keje la cari rezeki.ecehh...
so up to today dah almost half of april kan? What can i say about april is like bulan dugaan bagi saya.
Banyak juga dugaan. Alhamdulillah paling tidak Dia masih pilih saya untuk di duga. 
Means Dia tak lupakan saya... so, awak patut bersyukur taw awak.

Memula handfon hilang. lepas tu demam dan cuti tak kerja. lepas tu jatuh toilet boleh tahan gedebak gedebuk then lutut lebam dan sakit. lepas tu accident kereta kene langgar dari belakang mase on the way nak pergi ajar tuisyen. pastu tak dapat ajar tusyen. orang yang langgar tu baik sangat and ngaku salah die.senang sket kerja nak settle. lepas tu mintak cuti plak lagi dengan bos cina yang cerewet tak boleh nak masuk opis sebab nak pergi buat report then settle hal kereta. lepas tu kereta masuk bengkel. tak ada kereta. pergi kerja kena pulak usaha lebih jalan kaki sikit pergi tumpang member. wow effort sangat tu nak pergi office pakcik cina tu.

seems like a situation or condition "nikmat ditarik balik" kan?
sungguh menguji kan? tak apa diuji..paling tidak Dia masih ingat saya.

cukuplah mukaddimah. masing-masing ada part masing-masing.. bahagia, suka , duka mesti ada turun naik punya.. itu rencah hidup orang kata. nak tak nak mesti hadap. baiklah, silalah balik pada topik yang macam jiwang- jiwang pulak. ntah ape kene letak topik bencinta. ekekeke

buat lelaki-lelaki yang pernah saya sayang sebenar benar sayang, (hakhak ok geli)
ala betul la tu. even macam geli sikit bunyinye (nasibla) , saya mengaku dalam hidup saya ada 2 orang lelaki yang saya boleh cakap saya pernah sayang mereka. and and and mereka pon pernah sayang saya juga. ok muntah. haha.  

bak kata pepatah lirik lagu rock kapak tu "ku sangka panas ke petang rupanya hujan ditengah hari". eceh, kemain kau. sape yang ngah bace entry ni mesti menyesal. padan muka. kalau rase menyesal belum terlambat nak stop bace entry ni. tak baik buang mase..amalan syaiton tu. pergh, insap la plak...

betul, saya percaya. dalam mencari pasangan hidup,kita mesti TAK akan jumpe punye yang perfect macam drama-drama yang konon semua happy ending. TAK kan ada punya. ye ye tak payah nak capslock bagai. pernah sayang 2 orang lelaki tu macam bagi pengalaman sikit dalam hidup saya. tak boleh kot nak kata sape salah sape betul. itu semua ketentuan. tak ada jodoh orang tua-tua kata. tapi betul kata seseorang itu, yang sempurna itu tak akan wujud. never. 

seseorang tu akan sempurna di mata kamu, kalau kamu sayang dia kerana Allah. 
bagi saya untuk sampai ke tahap tu susah sangat kan? iman senipis kulit bawang ni susah sangat untuk sayang orang kerana Allah. mesti awak semua pon macam tu jugak kan? mesti terselit sebab itu ini kenapa sayang seseorang tu...

dah hampir lebih kurang 6 bulan saya putus cinta kali ke-2. macam tak sangka pulak saya dah tinggalkan segala kenangan bersama dia almost half of year... hubungan yang nak dekat 2 tahun tu tak kesampaian nak naik pelamin bersama. hakhak. sakit die toksah nak cerita la. but second time was better. cepat sikit move on kalau nak compare dengan first time putus cinta dulu. first time dulu kalau tak silap 7 tahun usia hubungan yang juga berakhir tak kesampaian. (eh cam mengada plak kau nak mengaku putus cinta bagai. ekekeke. terima jelah cerita aku. dah entry aku. blog aku.) hahaha...

so what next? agak-agak ape pulak yang tersedia untuk saya...

saya pon tak tau. saya belum bersedia. tak tau siapa lelaki yang sesuai jiwanya untuk saya. yang ada lebih imannya untuk membimbing saya. yang ada sikit lembut tutur bicaranya untuk menegur saya. mungkin ada. tapi saya tidak mencari siapa dia buat mase ni.

biar saya begini.

SMS yang saya terima tadi..buat hati saya sedikit sebak...maafkan saya..
pintu hati saya macam masih tertutup. tak tahu bilakah akan tibanya masa ia akan dibuka.
saya sendiri tak tahu.... 

saya dah biasa melangkah sendiri. buat itu ini sendiri. sedih pujuk diri sendiri. gembira gelak kan diri sendiri. marah diri sendiri. dan malu dengan diri sendiri paling penting...

blog, i introduce u a new name, call him "mr.cliche".
katanya dia sayang saya seadanya. wow epic gile bunyi nya. tapi macam biasalah hati saya mesti selalu sebut itu semua cliche. tak payah nak cakap ayat cliche sebab saya tak kan percaya punya. susah untuk saya terima lelaki ke-3 untuk masuk dalam list yang bakal saya sayang sebenar benar sayang....bukan betul boleh bahagia. nanti sakit  lagi.

so kesannya, saya layan die macam sampah.ntahlah.
lepas tu mula la dapat mesage macam kat bawah  ni..ekekee..kan dah kate awak tu cliche. haha.
tapi saya mengaku awak itu baik orangnya...terima kasih lah banyak-banyak.nah daun keladi.

"if my presence makes u uneasy, i'll do all my best to keep me stealth in front of u. if my voice disturbs ur peace, i'll shut my mouth eternally..but deep down inside, i'll never forget how much my love for u and i'll keep this feeling for the rest of my life...sebab menyintai tu tak semestinya memiliki.."

hooooooooooo! cliche habis! 
saya tau dia banyak da rase sakit hati dengan saya...sorry saya lebih selesa sendiri.

Sunday, December 2, 2012

tersepit

baru lepas nangis.terlepas jugak airmata. tak boleh tahan. agak lama tak nangis kot.

baru aku faham apa perasaan 1 of my bestfriend ni yang terpaksa lepaskan peluang untuk sambung PHD sedangkan dia dah dapat offer and dapat scholarship. masa die nangis tu aku rasa aku dapat rasa ape perasaan dia, tapi hari ni aku lagi dapat faham ape yang die rase... bile kau dah dapat sesuatu peluang, tapi ade sesetengah pihak menghalang tak pon beberapa sebab yang terpaksa buat kau say no pada peluang tu.. kau tak dapat nak grab.. rasa macam sebelah kaki kau dah dekat dengan peluang yang kau nak tu..tapi sebelah kaki lagi ade orang tarik. sekat perjalanan kau.

itu lah yang aku rasa sekarang.

beberapa hari ni, banyak perkara aku consider, discuss, buat pertimbangan segala.

At last aku rasa susah jugak aku nak grab peluang tu. aku macam tak ada jalan dah nak fikir. aku dah penat fikir lately ni. akhirnya now aku menangis. itu je kudrat yang aku mampu untuk pujuk hati aku yang aku mungkin terpaksa lepaskan peluang tu. before ni aku dah tolak beberapa peluang tapi yang ni aku rasa paling buat aku sedih. ntah kenapa aku nak sangat peluang tu. aku ada agenda aku sendiri kenapa aku nak grab peluang tu. dan mungkin sebab peluang yang satu tu aku terpaksa lepaskan sampai effect banyak jugak perkara dalam perancnagan aku. yeah aku tau kita hanya merancang dan segalanya pon jua Allah yang tentukan. bukan aku tak tahu tu. tapi  banyak sangat sebab. macam aku ni tak ada peluang untuk buat keputusan. sedangkan kalau aku sedih tak ada orang pon nak tau apa yang aku hadap. tapi bila aku nak kejar apa yang aku nak... semua nak interrupt. and bila aku nampak macam berjaya, tak tipu ramai yang hepi..tapi ad the beginnig macam ni...kenapa susah nak sama-sama cari jalan dan bantu aku? aku tersepit. kadang-kadang aku rasa biarlah dari pandangan mata aku ni dorang dapat apa yang aku cakap dalam hati..."tolonglah faham saya...". semua yang aku buat ni bersebab. dan aku pasti kalau lah aku luahkan sebab tindakan aku, gerak geri aku..mesti sesetengah pihak akan fikri dua kali.. dan mungkin diorang sedar yang aku ni mampu.

aku tau akan ada manusia yang cakap "lepaskan. tak semua apa yang kita nak itu terbaik untuk kita..ada perancangan yang lebih baik disediakan olehNya...". ok betul. aku tak nafikan memang kadang-kadang perkara yang kita nak sangat tu tak semestinya yang terbaik untuk kita..tapi at least kita letak effort untuk jayakannya. betul tak? kau dah letak effort sana sini, tapi bayangkan kalau effort kau tu musnah sebab ada perkara or somebody yang datang lepas tu terus musnahkan sume effort kau dan impian kau dan perancangan kau. 

dan mungkin ada sesetengah akan cakap balik,
"tapi semua tu berlaku dengan keizinan Allah? cuba fikir positif..."

aku bukan tak nak fikir positif... aku rasa ramai jugak dah orang cakap kat aku yang aku ni antara manusia yang selalu fikri positif dan bersangka baik. sebab tu aku selalu tertipu. so aku nak cakap aku bukan tak fikir positif.... bukan.

it just.... aku letih. dan aku terpaksa akur. TERPAKSA.

perkara yang terpaksa ni sebenarnya menyakitkan.. untuk pujuk hati. aku bersendiri... dan aku tahu..kepada Allah jua aku kembali memohon petunjuk.... peluang tu macam dah kabur. aku kene lepaskan.....

Thursday, May 24, 2012

hye twitter

today.

just wanna check my twitter since i'm not really into it..

stalking what people discussed on twitter here and there...

was just wondering is twitter really fun for them?
they always tweeting like every 2 or 3 seconds? erkh.

found a discussion of friends of mine... feels like wanna stalked them more. haha

click. click. click. couldn't reach some parts of the discussion.
but i really want to.......................

sad? dunno.
jealous perhaps? (quite agree)

rasa mata panas.
air mata bergenang rupanya.

tutup twitter.
solat.

Thursday, April 19, 2012

ruang bernafas tenang

masa berlalu dengan begitu pantas..
semua nya seakan terkejar-kejar, bagai tiada ruang untuk bernafas..

letih, lesu, merungut, dan kadangkala timbul rasa tiada apa yang benar,
membawa kami jauh dari rasa tidak bersyukur itu,
kesihan kudrat kami, tetapi lebih kasihan pada usaha sia-sia mereka,
kadangkala lucu, kadangkala rasa begitu simpati,
mereka seakan buta,
mereka cakap kosong,
mereka berpura seakan tahu segalanya,
hakikat sebenar, mereka tiada apa, mungkin?

itu mungkin persepsi kami,
mengapa mungkin?
kerana mereka angkuh, lalu menolak kami jauh.

pandang ke hadapan,
mencari apa sebenarnya yang dicari,
menuju ke arah satu persoalan apa sebenanrnya yang dituju,
adakah saat ini semua nya sedang berjenaka,
tiada akal waras yang sebenar benarnya,
letih, sempit rasanya, berikan sedikit ruang untuk bernafas lega.

tapi masih tiada,
tetap berada pada tahap lama,
bukan semua orang ada kuasa,
percayalah ini semua tak kan kemana,
berikan sedikit nafas, jangan kau kaut semuanya.

Thursday, March 15, 2012

seriously i got that?????

ah over betul la tajuk entry...haha...tapi memang betul... susah nak percaya next week da kene berpakaian lengkap sebagai seorang guru...ohhh loking that physics teacher...is she looks like albert Einstein? if not, she's not smart enough haha..watever.

can't believe i have one!

start daripada nextweek kami kene pergi school observation selama 2 minggu...neveessss nye lahaiii...sebab pergi sorang-sorang...kebanyakkan aku dengar diorang pergi school observation ramai-ramai bout 3-4 people...but class aku ni pergi sorang-sorang...aisshh...

aku diri depan cermin sorang-sorang sambil senyum banyak kali...hey teacher to be, u should practice to smile!

oh?
=)
=)
=)

alamak kasut tumit tak beli lagi.. hahaha ..over kau kan.

arrggghh nevous lah!!!

Sunday, March 11, 2012

me as a teacher.

"being a teacher to be is not an easy role...if i have 1 more chance to choose..
definitely i'll not choose to be there...but He knows d best"...

until now, too many people keep asking me why u wanna be a teacher? are u really interested to be a part of the education system? 


i do have the very honest answer but let the question unanswered is better i guess?

dunno why i feel so disappointed when some of them asked us to tick the highest mark for them in the evaluation form as they don't deserve it at all...

how come?

somehow "malaysian system" is so unfair. (sigh)

Tuesday, February 28, 2012

can't handle

ini tulisan secara random.. sangat tidak mendatangkan faedah.erk?
  1. facebook status 2 hari yang lalu: " they give us 11 subjects...no wonder people call us group of nerdy.we do love google-ing...that's how a nerd supposed to act aite?"
  2. facebook status smalam: "khurus perguruan or khursus peng-google-an??"....kami terpaksa membaca dan men-google dan membuat TERLALU BANYAK presentation sampai rasa nak muntah..somehow kami rase this is not the best way to teach us how to teach...sebab kami mengajar diri kami sendiri without proper guides..so seperti kami sekadar gune skill tersendiri yang macam tak diperbaharui dan mungkin syok sendiri?..so kami selalu pertikaikan berapa gaji lecturer so that kami pon nak jadik lecturer after tamat contract...macam rileks aje? erk?
  3. khursus perguruan ini bakal tamat akhir september...banyak lagi cabaran yang perlu kami harungi....seksa jugak la khursus ni..rase cam tak larat da kudrat empat kerat ni.....fizikal, mental, emosi semua diuji....tough giler!
  4. cuti sekolah selama seminggu bakal mengembirakan kami.bakal pulang ke rumah 2 minggu lagi menjadikan total kesemuanya 6 minggu kami sudah berada disini sebelum balik ke rumah bercuti.
  5. rase macam pilu serta rindu...Auckland, how are u? i miss u badly...can't handle this feeling anymore. almost cried. mengada nye kau.
  6. lalu status facebook seterusnya ditaip oleh aku : " kite unfriend dlu la..nanti awak semua dah balik malaysia for good dah tak update status pasal auckland, dah tak letak gamba-gamba kehidupan disana..baru kite friend balik disini... (trok btol auckland-sick ni)".
  7. kejadian yang berlaku hari ni tiba-tiba mewujudkan perasaan "racist" dalam diri.. dunno why, mungkin after today  i will hate something sound "salam 1 malaysia"..."kedai 1 malaysia"...and everything based on 1 malaysia...sebab kenapa mesti nak focus 1 malaysia sahaja sedangkan banyak lagi perkara yang "mereka itu" perlu fokus tapi tak fokus... somehow aku minat jugak politik. tapi aku jado down bile aku rase aku ade benda yang aku nak cakapkan dalam dewan rakyat mahupun dewan parlimen tak kesampaian...ok melampau lagi permintaan. haha..
  8. ok aku tipu je.. AKU TAK MINAT POLITIK. aku minat makan ABC. sedap gile ABC and yong tau fu kat kampung melayu majidee tuuuu...fuuhhh...
  9. ok dah malas nak tulis.
  10. aku rindu dia.

Sunday, February 5, 2012

pakcik pelik

memang betul la tak semua yang kite nak kite akan dapat...
and bukan semua yang kite expect akan jadi macam mane yang kite expect...
ntah, untuk kali keberapa kalinya aku sedih dengan ape yang berlaku tadi...
banyak kali dah macam ni kan?

ah,lupakan cerita sedih tu..

mari aku ingin bercerita pasal aku bertemu seorang pakcik di mydin..time tu aku nga jalan cari barang...tiba-tiba ade sorang pakcik yang tengah carik-carik barang jugak ni lalu sebelah aku....

"awak belajar lagi eh?",pakcik tu tanye aku..aku pon dah blur-blur gak la...
"a'ah..nape pakcik?"
"awak belajar dekat mane?"
"ooo..dekat ABCDEF.."
"tu bukan dekat area bandar ke? kenape datang beli barang kat sini...?"
"ooo..saye teman kawan saye ni..."
"ok-ok tak pela..."


pastu pakcik tu blah and tinggalkan aku dalam keadaan blank dan penuh tanda tanya. 

Sunday, January 29, 2012

tempat untuk perempuan melayu terakhir kononye!

esok aku akan ke johor.... jadi pelajar baru lagi...bosan...memang dari dulu aku paling tak suke nak tempuhi keadaan dimana aku akan jadik pelajar baru... so esok ntah keberapa kalinya dalam hikayat hidup aku, aku akan bergelar pelajar baru....

argh cam bese adelah mingu suai kenal yang lebeh dikenali as minggu orientasi....
rules yang paling nak buat aku keluar airmata darah adalah seminggu tu kitorang kene pakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung putih...ha, ade rupe comel tak macam budak darjah satu...ok fine.

lepas tu kat sane tak boleh nak bawak jeans langsung... pergi kelas mesti pakai baju kurung and kasut hitam bertutup....comel nyewww comel nyewww....hmmm...sebulan pertama mungkin aku akan ade sedikit culture shock? hahaha.... kemain lah kau nak culture shock bagai kannn....

mula isnin ni sampai oktober kot aku akan dididik untuk jadi seorang guru... yelah, mase kat auckland kitorang hanya belajar pure physics tanpa diajar skill untuk mendidik....hmmm...malas tol nak pergi... lepas spm aku terus masuk uniten preparation nak ke auckland...uniten uni swasta memang la tak skema langsung..ko nak pakai ape pon ikut suke....pastu tros masuk auckland yang memang sah-sah tak de sape  peduli kau nak pergi kelas ke tak....

ok dah ah malas nak cter.
welcome to 'institut perguruan bla bla bla..., johor".....

now, aku  dah kene sikit-sikit terima kenyataan akan bergelar seorang pendidik...argh!
erk, still memberontak? heeeee..yela2.

Friday, January 27, 2012

sedut

aku baru je tiba kat kedah kul 530 petang tadi... kenduri akak aku kawen belah lelaki esok...
letih gak la perjalanan jauh,,wuwu

sampai-sampai aku pon mandi la masuk toilet, pastu da ready nak mandi aku tengok banyak plak nyamuk..aku jerit dari luar suruh orang pass kan spray nyamuk...dapat la ridsect kan tangan aku..aku pon spray la cam orang gile satu toilet tanpa tingkap bukak and toilet tu plak kecik....

lepas tu tengah mandi aku dah start rase tekak aku cam perit and hidung aku pedih and cam nak pitam....
hidung da pedih aku dah terbatuk-batuk..lepas mandi mak aku suh aku jolok tekak biar muntah sebab racun banyak aku sedut...

lepas tu pergi klinik setelah dipaksa, masuk lah oxygen...

aku cam da tak reti nak update blog plak...aishh..sekarnag nak tido dah...pastu aku bau rambut aku bau ridsect yang sangat kuat...towel lagilah....kuatttttt gile bau ridsect...malam ni mesti nyamuk tak dekat kat aku...

Thursday, December 29, 2011

perpisahan

13/12/11....

umpama mencatat satu sejarah terpenting buat aku...sesuatu telah berlaku pada tarikh itu..sesuatu yang aku mohon tidak akan berulang lagi dalam perjalanan hidup aku....manusia seperti aku, terlalu banyak kekurangan.... peristiwa yang berlaku pada tarikh itu mampu mengundang airmata tanpa dapat disekat..

semoga kejadian pada tarikh itu mengajar sesuatu.
semoga kejadian pada tarikh itu memberi hikmah terbaik.
dan yang paling penting, aku tidak mahu ia berulang.

sedih apabila teringat kembali.
tapi itu bukan yang kita mahu.

semoga perpisahan kali ini, mengajar kita berfikir lebih jauh dan mendalam sebelum bertindak terhadap sesuatu.mematang kan kita, kejauhan auckland, malaysia ini...bakal mengajar kita menghargai setiap detik dengan sepenuh hati...terima seadanya...bersyukur dengan apa yang kita miliki...

hi malaysia, selamat bertemu kembali..
tinggal cuma 1 malam lagi aku di tanah auckland ini..
aku bakal tiba 7.35 pagi waktu malaysia, 31 december ini.
=)

akhirnya aku bakal kembali ke tanah air tercinta..=)

Monday, December 5, 2011

kejadian berdarah semalam

semalam ahad aku kerja... ape yang aku tak suke hari ahad keje kat hotel tu sebab guest majority akan check out lambat... so kitorang keje start kul8.. 1 bilik kene kemas 30 mins. kalau guest check out lambat, kitorang akan cam rushing untuk habis kemas semua bilik yang diberi on time....kalau lambat nnt manager bising...let say dapat 12 bilik... so kene habis kemas sume dr kul 8- 2.30 tak termasuk lunch hour 12-12.30... so kalau guest lambat keluar, akan buang mase kami dari kul 8-10..selalunye area kul10 bru ramai nak kuar kalo ari ahad...

so, pukul 10.30 aku baru siap kemas 3 bilik gara-gara guest lambat cek out. at that time supposely 5 bilik da siap kan...so maybe sebab aku rushing or memang dah ditakdirkan...berlaku lah kejadian berdarah semalam... aku dah basuh 3 gelas..pastu nak angkat...sebalah tangan pegang 2..sebelah lagi 1...tetibe cm licin gelas yang 1 tu..nak terjatuh atas sink...aku cube nak tangkap kononnye..sekali pecah sebab die hit the other glasses yang ade kat sebelah tangan lagi pastu kene sink pecah..kene tangan aku..kaca pon tercucuk..aku panic sebab darah banyak dan kaca kat tangan dan cam terdiam..aku cabut kaca and tros amik face towel lari pegi office..satu towel tu da penuh darah..dah macam aku kene tikam pon ade...geli jugak banyak darah....tak sempat nak amik gamba towel tu sebab time keje tak leh bawak fon so tkot kantoi plak aku bawak kan...

lepas da bersihkan dan balut-balut tangan aku pon sempat naik balik pegi tangkap gamba sket....balik keje kat rumah try bukak nak cuci lagi..but still darah banyak lagi keluar... pagi ni pon bangun tido ingat da ok..bukak bandage untuk kali ke 3 still darah tak kering... banyak tol darah aku hilang semalam aku rase..huuu...pagi ni pon still kua lagi darah dan da start bengkak... isaw gak ni sbb bhgian luka tu mmg dalam and cam hancur sikit terkene kaca..huuu....

sakit...dari semalam berdenyut...huu..

ni le tempat kejadian
dirawat oleh doctor free..

Tuesday, November 29, 2011

just face them

last week banyak jugak perkara buruk berlaku kat diri aku.... memang kene banyak-banyak kan bersabar.... dalam masa yang same, aku sedanglah menghitung hari menghabiskan saat-saat terakhir aku diauckland ni..(eceh)...tengah sibuk kemas barang untuk shipping...ramai da kawan-kawan aku balik....aku kira manusia terkahir yang baru nak shipping and yang paling lambat balik... sebab aku sengaja nak lepak sini dulu..keje-keje dulu..tapi homesick sangat plok doh...hehe

antara perkara yang menguji aku last week adalah :

  1. kad atm aku hilang untuk kedua kalinya padahal aku buat kad baru tu tak sampai sebulan dah hilang...aku pergi bank nak buat kad baru dan mase aku pergi tu ...aku buat dekat orang lain walaupun aku kene beratur panjang sedangkan mamat yang dok kaunter khas yang buatkan kad aku rituh free je.. sebab aku malu nak wat kat die nanti kot die cakap "yang kau lalai sangat ni ape hal?"...
  2. screen handfon aku retak menanti belah selepas keseribu kali nye kot die jatuh ke atas lantai... kalau abah aku tau mesti cakap " tu la lalai..".... tekejut jugak still boleh touch-touch lagi skrin die even da retak seribu... handfon tu bukan handfon aku. tapi ade orang bagi. just call him areskks... yup, areskks tu si pencuri hati tu. erk.
  3. semalam pagi-pagi lagi sorang housemate aku ni cam wat hal lagi... aku pon sound je la...tak de la sound aku cakap je la mende betul dengan cara orang tanya ala-ala polis kot sebab tu die tak leh terima aku tanye... die nak pindah dah..so die kemas bilik..dalam bilik ade meja study yang jenis kaca which is setiap bilik ade meja study kaca tu.. meja die, die pegi letak kat dapur mase parents die datang itu hari..so bile letak dapur meja tu kotor kene kicap sos, bekas masak nasi, blend2 segala mende tu la..pagi smalam aku nampak die pegi tarik meja bilik sebelah...bile aku tanye:
"sape nye meja kat dapur tu" (time tu die tengah tarik meja kat bilik sebelah yang hosmet dah kuar)
"i punye".
"kenapa amik meja ni, tak amik meja kat dapur tu?"
" meja tu kotor", (dengan nada cam nak kene smack down)
" da kotor nape u tak basuh?"
"bukan i yang kotorkan sorang. lagipon bukan semua barang atas tu barang i"
" kalau bukan semua pon barang u, basuh je la... i nanti orang last yang keluar rumah ni lagila i kene clean up this whole house... takkan basuh meja bilik sendiri pon tak boleh..tak kan tu pon nak berkira...and now u amik meja bilik lain...."
"ok sekarang ape lagi yang u nak suruh i buat dalam rumah ni cakap ar".
" tak de ape pon nak suruh, kalau rase responsible nak tolong pape..tolong je... ni basuh meja sendiri pon tak nak..susah la..."

      4. lepas aku tegur housemate aku tu, supervisor hotel tempat aku keje tu call..semalam aku tak keje then die call la sebab ade guest complain bilik dimana bilik tu aku yang incharge..so aku kene marah... teruk gak aku kene marah tapi apo nak dibuek an...hadap yo la dah memang kecuaian aku time kemas bilik tu..........pagi ni gi keje aku cam cuak gile..tapi sebaik sumenye ok...die pon marah semalam je la...tak kan nak marah banyak kali kan...

so last week cam agak menguji..tapi tak pe... sebab last week gak result aku keluar. =)
nothing more to say, just face whatever bad or good things that gonna happen in ur life.

turun naik hidup. normal.
some more days left for u and me.
i do hate long- distance. huh

Sunday, November 13, 2011

miracle

lapar. nak masak cam malas. not more to malas sebenarnye... tapi tak de mende pon yang ringkas yang leh aku nak masak kat dapur tu...lagipon masak akan curik mase aku untuk study yang terkahir kalinya hari ini before paper esok pagi...

tapi lapar.

nak beli makanan kat kedai bawah cash tak cukup.
eftpost card pulak baru dapat yang baru sebab hari tu hilang. so tak active dekat bank lagi.
credit card plak tak active untuk gune directly.

lapar. makan strawberry 4 bijik pagi tadi.

ok lah sambung belajar.
terfikir kalau ade miracle tibe-tibe.

turun makanan depan mate. tunggu nak dimakan kan je.
aissshh mane ade miracle.

Thursday, November 10, 2011

baru ku tahu

hari ni jam ini which is beberapa saat tadi baru aku tahu 'nais' tu sebenarnye 'nice'.

banyak kali gak aku nampak orang tulis nais nais nais before ni...so bile aku baca nais tu aku rase aku baca word yang refer to something yang bad yang tak best...ianya macam nais= naif...hahaha..sila gelak. dulu pon aku ingat 'btw' tu 'between' sebab kalau singkatan in english btw tu between..tapi sebenanrnye 'by the way'....eh? lepas tu dulu aku pelik nape orang gune 'FYI'...aku malas nak carik lepas tu kalau aku bace-bace mane-mane ade tulis menatang fyi tu aku akan laju-laju skip sebab aku rase kalau aku skip pon still boleh faham maksud ayat tu.... so macam tak de kegunaan untuk aku tau fyi tu ape... its like baik aku pergi hafal macam mane laser terjadi dan buat-buat rajin pinjam buku nak bace pasal laser dengan mendalam padahal langsung tak menarriiikkk....

fizik tak best. itulah suara hati aku.
dah tu kenapa ambil major in physics?

sebab nak tunjuk aku perkasa belajar fizik. perempuan amik major fizik macam cool jugak. banyak la kau. tak cool langsung..tak best semak kepala. main masak-masak lagi fun. sebb boleh makan lepas masak. nampak hasil. ini kalau jadik cikgu fizik pastu nanti anak murid jadik engineer ke contohnye pastu kebanyakan orang akan pandang kerja engineer tu hebat and cikgu fizik tu macam tak de nilai.. anak murid pon nanti akan copy ayat manusia terdahulu "jadik cikgu je?"... macam pekerjaan cikgu tu lekeh... ini bukan aku cakap. ini kebanyakkan orang cakap. aku tuliskan balik je. bukan semua yang cakap camtu. kan aku tulis tadi kebanyakkan orang.

eh melalut pulak. ni sume pasal aku taip in the middle of study pasal laser yang sebenarnye aku sendiri tak nak amik tahu pon tapi terpaksa..aku tak rase seronok pon bla bla bla..lecturer aku tak best...bayangkan lecture notes yang untuk study untuk final tu kau selak-selak kau tak faham ape yang die tulis..bukak buku text pon still macam terkapai-kapai nate ape dio dok nulih nieee......arrggh.. aku pressure sorang-sorang pastu aku tulis blog.

pastu aku nak cakap nais tu nice.
bukan naif macam keadaan aku sekarang yang naif tak habis study lagi.
arrgh.

kesimpulannya, adakah aku ini seorang yang tak update pasal 'nais','fyi', and ape lagi ek?
or bahasa makin dipendekkan..esok sebut DMK? terus faham.."dah makan ker?"...nais kan?
see sekarang aku gune nais sebagai nice bukan naif lagi.

tak cool pon. tapi nape orang gune nais sebagai nice?
still kene taip 4 huruf jugak untuk taip NAIS.

Thursday, November 3, 2011

kau kata"senyumlah"


thank you...
yup, i'm smiling now but just a second.

entah

hilang kata dengan....
ok hilang kata.
buntu.
tak tau nak buat macam mane...

macam mane ni...
tak tau la...
tapi bukan sekarang masenya untuk sebut pasal redha dan tawakal.
belum sampai masa sesuai untuk bertawakal.

umpama berjalan dalam lorong gelap semua ni.
teraba-raba. boleh langkah tapi tak tau mane nak tuju.
tak nampak jalan.
entah. tak tau.
sikit pon tak tau macam mane.

Tuesday, November 1, 2011

kuang aja ape?

aku baru je lepas tengok video kejadian rompakan berparang oleh 2 ekor mamat dekat area cheras kat sebuah supermarket. korang dah tengok? pegi la tengok video tu...try klik ni aku tak sure korang leh tengok ke tak through here. aku tak tau ape korang rasa..tapi lepas aku tengok personally aku rase sangat sedih lepas tu tenung skrin laptop ni... tros terkeluar "kuang aja ape budak-budak ni?"..

sedih tau tak tengok negara sendiri macam ni....huuuuu.... aku tak tau korang rase macam ne tapi aku punye rase emo tu lain macam sikit... dan aku rase bile kite duduk kat negara orang akan wujud satu perasaan yang susah aku nak cakap sedih macam mane bile tengok negara sendiri macam ni... bagi aku hampir  2 tahun tak balik malaysia adalah 1 jangka masa yang lame.... tak lame lagi nak balik... tapi tak tau.... rase lagi selesa dengan keadaan dekat negara orang.... susah aku nak cakap selesa macam mane tu.. tapi siapa yang duduk sini mesti akan faham...

ramai je cina malaysia migrate sini jadik permanent resident... mungkin sini lagi aman dan terurus... bukan lah nak kate sini tak de jenayah sume... tapi die punye rase selamat tu lain macam sikit... tak ade la selalu je keluar kes jenayah macam kat negara sendiri..huu... aku tak tau la nape kat sini kalau nak jalan lewat2 malam tu rase selamat....

ok da tu je. tak nak tulis lagi. sedih.
malaysia....nape jadik macam ni? =(

Wednesday, September 21, 2011

forever or not?

aku baru je telan 2 bijik panadol...kepala sakit sangat...lagi 4 weeks nak final exam..aku ade lagi 2 experiment tak siap.....semester ni like disaster....pedih seksa sempit sume ade...tiap-tiap malam tidur mesti mimpi-mimpi.....mungkin sebab terlalu banyak fikir.....kalau jalan sorang-sorang pon mesti fikiran melayang...dok fikir what next and next and next.....sampai kadang-kadang berselisih dengan orang pon tak perasan.....

aku rase cam sekarang ni aku pressure sangat dengan sume keje-keje yang melambak....seriously cuak gile nak habis semester ni...first cuak experiment yang tak siap-siap lagi as well as report yang tak siap....pastu dengan ape yang belajar dalam kelas...its like aku tak de mase langsung nak study untuk mende belajar dalam kelas sebab asik buat experiment, study experiment, dan siapkan report...itu tak termasuk lagi oral test untuk experiment2 tu sume yang bakal aku hadapi....overall ade 5 oral test yang boleh buat aku nangis....aku rase ape yang aku belajar dalam kelas dari awal semester sampai la lagi 4 minggu ni nak habis aku rase aku just faham about 30% je..boleh tak?? rase cam nape lah makin hari otak aku jadik makin lembab....it's not aku tak berusaha or give up or wateva...tapi..ntahlah.

yeap. insyaAllah aku akan balik malaysia hujung december ni sebab akak aku nak kawen...but bile people tanye aku "are u back for good?"...aku terdiam dan teragak-agak nak jawab..aku tak sure aku akan balik malaysia like forever and tak kan datang sini lagi or what...
so senang citer:
  1. if aku tak datang sini lagi next year around februari, that's mean aku dah habis belajar dan tak de sangkut paper....dan aku akan mula hadapi something new pulak dekat malaysia nanti...dan probably akan grad may2012...and again, a long distance relationship will begin.
  2. if aku balik sini balik, maknenye aku ade sangkut mane-mane paper (haha,pity me)...tapi fikir secara positive tak positive la kan....aku boleh belajar dengan 1 paper dan kerja like (wow, boleh kumpul duit lagi banyak...imagine currency malaysia-nz sekarang times 2.6 ok!)...lepas tu boleh stay auckland lagi so long distance relationship akan berkurang jadik 6months...errkk??dan aku akan stay sampai jun2012...lepas tu probably akan grad sept2012....(percayalah, reasons tu sume pemujuk hati je if kene stay lagi..hukhuk)
persoalannya....aku akan balik malaysia like forever or not? boleh tak bagi soalan oral test dengan final exam nanti jangan susah sangat? so dat saye boleh arrange yang saye akan balik for good..dan kemas sume barang dan tak datang sini lagi..susah tahu tak if ade 2 probability what will happen nanti?? (pehal aku macma nak blame penggubal soalan pulak ni??haha)

ok sekian angan-angan aku.....continue to work.jauh dalan hati ni ade satu suara mengatakan.."saye mahu balik malaysia dan tak nak datang sini lagi..... i'll try my best..doakan saye..."

sakit kepala..=(