Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 26 2019

Menu Berbuka Ramadhan 26 2019

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku semua... N3 kalini nak share, menjala kita ptg ni.. hihihihi, happy arini Azfar puasa ke7.. teringat Azfar minat tul roti Jala, balik keje kita lebur2 wat Roti Jala vs Kari jom layan Menu Simple Berbuka kami..

Roti Jala vs Kari

Roti Jala

Kari Ikan Bawal

Set Roti Jala Azfar..
Meraikan Azfar yg gigih Berpuasa..
Alhamdulillah..

Khamis, 9 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 4 2019

Menu Berbuka Ramadhan 4

Asslamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah kami semua sihat2 disini, ok lah n3 kalini nak share menu Berbuka kami tadi, seperti biasa pastinya menu yang simple2 n mudah disediakan di samping sseeedddaaaapppp nyum.. nyum.. Jom Layan Menu Berbuka kami

Set Tortila Sardin Crabstick Cheese

Bahan2 
Tortila wrap, Sambal Sardin, Crabstick, Tomato, Cheese, Sos Cili n Mayonis


Oles Sebahagian Tortila dengan sambal Sardin (kita nak lipat)

Susun Crabstick

Buah Tomato, tiupkan dengan Mayonis n Sos Cili

Tambah Cheese pilihan (slice cheese je yg ada stok.. hihihi)

Lipat Tortila

Panggang atas Pan beberapa minit kedua2 belah bahagian Tortila
sehingga perang, cheese mencair 

Siap

Set Tortila (hidang Bersama Kentang Goreng n Salad)





Jumaat, 25 Mei 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 8 - 2018

Roti John Mini

Assalamuaalaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, kalini nak share n3 menu berbuka kami semalam, hihihi senang je kan menu berbuka kami, x perlu ke bazar ramadhan, di rumah pun kita boleh je buat menu simple ni, insyaallah sedap n puashati.. boleh buh berapa byk bahan nak.. btuk tak? hihhi jom layan

Roti beli saiz mini.. 
sesuailah ngan saiz pan kita tu, ye tak? hihihi


Dadarkan adunan pes daging+telur
tepek roti

standart saiz pan 38 kita, boleh lah muat 2 mini roti john

Siap, 
so kita tambah apa2 sayuran ikut apa ada dlm stok peti ajaibku..

Salad + tomato
tiupkan dangan sos cili n mayonis
ikut citarasa

SIAP..
mudahkan?

Mini Roti John..
kenapa di panggil roti john? kita yang masakkan? mmmm
nak resepi.. boleh tengok SINI atau SANA

Khamis, 22 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 27 2017

Menu Berbuka Ramadhan 27

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. taarrraaaaaaa hah tu dia menu berbuka kami, tekak ni teringin bebeno nak cicah mushroom soup ni tau.. tp ngan x berapa rajin, x lah nak wat garlic breadnya.. hihihi potong2 roti je sudah roti perancis tu.. hihihi, betul ke istilah tu, selalu panggil roti prancis beli kat tesco sebatang rm1.99 hihihi..., soup, banyak juga buat soup tu.. haah, soup tu wat sendiri, insyaallah nanti kita tepek resepi mushroom soup mudah n sedap tu..
jom layan  menu berbuka kami..

Mushroom soup vs roti perancis

Ahad, 18 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 22 2017

Menu Berbuka Ramadhan 22
Homemade Roti John 

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, Alhamdulillah dah Ramadhan 22, cepat betul masa berlalu.. syukur kita masih lagi dapat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. ok lah n3 kalini nak share menu berbuka kami.. menu yang mudah2 n cam biasa apa yang ada kat peti ajaibku itew.. harini SK ada meeting ALK KOKUIS, so apa yg ada kita lebur je lah yer, insyaallah kalau x de masalah kami akan blk kg JDT , jom layanzzz.. menu berbuka kami.. kita share resepi bergambar ea.. jomm... jomm..

Bahan2
1 Labu Bwg Besar - mayang
1 sudu pes rempah
 ( 1sudukecil cili boh+1sudu kecil serbul ketumbar+1/2 sudukecil jintan putih + 1/2 sudu kecil jintan manis + 1/2 sudu kecil kunyit = sebatikan dgn sedikit air)
1 keping isi ayam yg telah diperap n di panggang - potong halus
sedikit daun sup + bwg  - mayang

2. Satukan bahan2

3. tambahkan 2 biji telur, pada Bahan2 

4. Kacau Sebati bahan bersama telur

5. tebar atas nonstick pan

6. tepek roti (mini roti)

7. ni lah rupa.. hihihi

8. bur salad n sayur pilihan

Tiupkan dengan sos pilihan, potong n hidang
insyaallah lps berbuka akn bertolak balik Johor sekejap sbb anta kuih raya kat umah mak kita, ye lah thn ni raya belah SK camtu lah juga kalau giliran raya kat belah Johor, akn sesiap anta kuih kat MIL.. so x de lah n3 Ramadhan 23 yer..

Selasa, 7 Mac 2017

KUE TIAW UDANG & SANDWICH AYAM

 Kue Tiaw Udang  & Sandwich Ayam 

Assalamualaikum semua... hiii sihat ke? semoga semua sihat2 n happy2 dalam menjalani rutin harian. N3 kalini nak share menu dinner semalam.. macam biasalah ye, menu yang mudah2 n simple je yang dilebur, SK n Azfar request nak mkn kue tiaw goreng.. kita pulak perut x berapa nak ok, tak stabil lagi ni.. tp kalau x mkn... karang memalam kelaparan lak, lagi lah parah ye tak.. so buat lah sandwich simple tuk diri sendiri.. jom layan menu dinner kami

 Kue Tiaw Udang (Menu SK n Azfar) 

 Sandwich Ayam (Menu Mama)

 Roti Keping+Salad+Ayam+tiupkan mayonis

 tiupkan sos

tambah kepingan cheese
Siap... mudah disediakan dan mengenyangkan.

Set Menu dinner..

Khamis, 30 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadhan 17/2016

Menu Berbuka Ramadhan 17 
Sup Ayam vs Sambal Kicap

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. sekejap masa berlalu.. dah 17 Ramadhan.. time ni cuti nuzul quran, Alhamdulillah pagi tu SK gi opis jap, wat apa yg patut.. dlm kul 10.30pg camtu SK ajak kami keluar... kemana? mmm gi MYDIN cawangan senawang yang baharu dibuka ming. lepas.. so layan je lah.. Alhamdulillah agak selesa gak lokasi barang.. tapi tulah, ramai bebeno pengunjung2 mydin ni.. hihihihi, so shopping keperluan dapur n kami balik..
dalam perjalanan SK request nak mkn ayam sup.. katanya nak hirup2 sup.. ok je, lagi mudah ye tak? lebur2 tumis pastu reneh.. selesai hihihi menu tambahan sandwich ayam krispy.. lagi? hahahaha.. cam sering ulang menu sandwich kan? halallah ye..

 Sandwich Ayam Krispy

Menu Berbuka Ramadhan 18

Isnin, 27 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadhan 12/2016

Menu Berbuka Ramadhan 12
Nasi Kerabu & Sandwich Ayam

Nasi Kerabu vs Ayam Percik

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku... Apa khabar? semoga semua berada didalam kesejahteraan di samping menjalani ibadah di bulan yang Mulia ini.. berbalik kepada n3 kalini.. ni ha.. Nasi Kerabu, tapi ni tuan tanah x wat tau.. tuan tanah tinggal makan je, member pensyarah fakulti sebelahni.. rajin bebenolah dia menjual ayam percik sepanjang Ramadhan ni.. so, kat opisni ramai yang teringin nak makan nasi kerabu, so menu pilihan kami menjadi menu jualannya harini.. kul 4.40ptg delivery sampai ke opis.. mmm memang senang cita hihihi ni oleh kerana antara peminatnya, mmg dapatlah merasa nasi kerabu ayam percik.. (cuma x mo budu jer) hihihihi

Sandwich Ayam

Balik umah tambah menu Sandwic Ayam.. maklumlah SK x mo berbuka menu nasi.. so stanby menu Sandwich Ayam ni..

Sandwich Ayam