Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan

Rabu, 29 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 24 2019

Menu Berbuka Ramadhan 24 2019

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk terus berpuasa pada 24 Ramadhan ni.. n3 kalini nak share menu berbuka kami.. Alhamdulillah harini Azfar Berpuasa (hari ke 7) hihihihi… jadi lah ye tak?
so ptg ni menu berbuka Azfar request .. Nakmakan mee.. jom layan Menu Berbuka kami.. 
Menu Simple..


Mee Goreng Basah n Cucur lemak Manis

Mee Goreng Basah

Cucur Lemak Manis

Khamis, 16 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 11 2019

Menu Berbuka Ramadhan 11

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, hihihi Menu Berbuka Harini, termasuk 1 Menu Beli, SK teringin nak makan Roti John hihihi, stok bahan kat rumah x de, jadinya mmg belu siap je lah ye😅😅😅

Baiklah berbalik pada n3, Menu Berbuka Bonda wat cekodok kentang, so dengan senanghatinya kita leburkan mee hoon sup n potong2  buah tembikai je..  Alhadulillah kesihatan bondaku beransur baik.. 

Selamat Berbuka Puasa Semua..

Rabu, 8 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 3 2019

Menu Berbuka Ramadhan3

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung HalamanKu, n3 kalini nak tepek Menu Berbuka kami, balik kerja semalam tanya SK, apa menu utk berbuka? Jawapan ringkas SK.. Cekodok.. yaaahhhooooo… memang senang2 je le kita lebur.. hihihi jom layan, cuma kalini kita wat cekodok versi mama n papa ni cekodok Udang Geragau pedas.. jom layan..



Cekodok Udang Geragau pedas versi mama n papa, cekodok kentang versi Azfar n Buah Jambu Madu..

Jambu Madu

Cekodok kentang utk Azfar.. nak resepi meh tgk SINI

Cekodok Udang Geragau

Cekodok Udang Gergau

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 cawan udang geragau - basuh bersih n tos
11/2 cawan air
1 labu bwg besar - mayang
3 ulas bwg putih - cincang halus
2 sudu cili kering kisar
sedikit garam

Cara2

1. Campurkan Tepung gandum dengan bawang merah n putih, gaul sebati
2. tambahkan garam
3. adun dengan 11/2 cwn air
4. tambahkan cili kisar
5. gaul sebati n sedia untuk digoreng..
6. goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.. angkat n tos.. sedia dihidang..

Sabtu, 30 Mac 2019

CEKODOK KENTANG


Cekodok Kentang

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. n3 kalini nak share, antara menu yang selalu juga kluar kat Dapoku ni.. hiihi cuma padanan sos je yang akan bertukar ikut selera, samaada dengan sambal kicap, sos pedas home made atau Sos Kuih Udang ni.. 

Atas permintaan sahabat-sahabatku, ku kongsikan cekodok kentang versi n resepi mudahku..
Jom layan menu minum petang kami..


Bahan- bahan rampai untuk buat cekodok Kentang


2 cawan tepung gandum+ 1 biji kentang (racik halus)+1 labu bawang merah (mayang)
1 tangkai daun bwg n sup + 3 Ulas bwg putih (racik halus)


campur dan sebatikan semua bahan2 dengan 11/2 cawan air

Cekodok Kentang











Selasa, 12 Jun 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 27 - 2018


Menu Berbuka 27 Ramadhan 2018

Assalamualaikum semua pengunjung- pengunjung Halamanku… nak share menu Berbuka kami, menu simple, mengenyangkan dan tak pernah jemu..hihihi jom layan menu simple berbuka kami..

Cekodok Kentang vs Sos Cili

Buah Tembikai

Khamis, 24 Mei 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 7 - 2018

Mee Udang Galah & Cekodok Ikan Bilis

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, sihat? jom, n3 kalini nak tepek menu berbuka kami harini, hihihi apa yang ada stok kat peti ajaibku itew... 
jom layan Menu kami..

Mee Kuning yang telah dicelur

Mee Udang Galah
nak resepi boleh tengok SINI 

Cekodok Ikan bilis vs Sos Alor Gajah
Memang sedap

Cekodok Ikan Bilis

Ahad, 20 Mei 2018

BERBUKA RAMADHAN 3 - 2018

Kue Tiaw Kungfu vs Cekodok Pisang

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku? Menu apa berbuka harini? Sebenarnya menu simple ni, kita wat sesaja, harini SK Kerja ye lah minggu depan ah nak ada sesi pendaftaran pelajar baharukan... so bz lah Bahagian SK wat persiapan tuk pendaftaran pelajar nanti. blk ptg tu SK usya nak ajak berbuka kat luar, ye lah orang puasa kan.. mmm tgk dia balik keje pun cam dah penatkan.. so biarlah dia rehat2 ..
ptg2 ni kita lebur menu simple.. jom layan

Kue Tiaw yang telah dikocak n goreng ngan telur

Kue Tiaw Kungfu Udang
nak resepi, meh kita share.. boleh tengok SINI

Cekodok Pisang request SK

Rabu, 14 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 18 2017

Menu Berbuka Ramadhan 18

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, hihihihi tu dia menu berbuka kita harini, menu lebur-lebur di waktu petang, balik kerja lewat dah, sampai umah dah agak lewat so, kita lebur2 menu yang mudah n cpat.. sambil2 menggoreng tu sambil2 lah wat air.. sempat la.. hihhi ni antara menu feberet ku setiap kali berbuka, cuma tahun ni x tahu kenapa cam kureng sikit, sampai jiranku pun sedar.. kalau tidak hari2 ade je aneka cucur yang sampai ke umah jiranku, hihihihi, jom layan menu simple kami..

Cucur Sayur vs sos

Khamis, 1 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 5 2017

Menu Berbuka Ramadhan 5 2017
Mee Yee Mee Sup
Azfar request (nak mee sup) stok kat umah ni mmg yg kering2 je insyaallah ada kalau mee kuning n kue tiaw mmg kena gi kedai hihih
tuan tanah punya hal, kalau nak masak ikut apa yg ada stok kat umh tu.. kalau nya nak kena singgah kedai dulu mmg idok ler jawabnya.. hahahha

Cekodok vs sambal sardin
SK request nak menu neh..

 Mee Yee Mee Sup
ni versi Mama n Papa yer.. sudu sesiap sambal kicap..
hihihihi.. baru sodap

 menu berbuka harini
request anakku nak mkn kat meja kecil lah pulak.. jenuh mkn ber3
kat meja kecil Azfar ni.. sabo je..

Semangat Azfar macam Azfar yang berpuasa
hihihihi.. anak, anak, macam2 kerenahnya...

Jumaat, 17 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadhan 8/2016

Menu Berbuka Ramadhan 8

Assalamualaikum semua pengunjung2 Hlamanku yang disayangi n dirahmati Allah insyaallah.. Apa khabar semua? harap sihat2 n ceria2 selalu.. ok lah berbalik kepada menu berbuka kami, ramadhan 8, harini tetiba SK requst nak makan nasi goreng Ayam.. sampai jer rumah lebur2 je lah.. menu yang mudah n ringkas ni.. jom layan menu berbuka kami..

Nasi Goreng Ayam vs Telur Mata
tapi Nasi Goreng ayam yang ku lebur ni tak pedas.. kot2 lah Azfar nak join.. 

Cucur Jejari ketam

Jumaat, 10 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadhan 4/20016

 Menu Berbuka Ramadhan 4

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat dan pengunjung Halamanku.. tqvm kerana sudi singgah Dapo Kecil yang tak seberapanya ni.. apa kahabr harini? harap semua sihat2 n dapat menjalani ibadah dengan baik.. Insyaallah.. ok lah n3 kalini nak share menu berbuka kami semalam.. cam biasalah ye.. pastinya menu yang mudah..simple disediakan tetapi mengenyangkan ye tak?.. Jom layan Menu berbuka kami..

 Cucur Manis

 Bubur Gandum

Pasta Shell Goreng Meatball
Selamat Berbuka..

Selasa, 7 Jun 2016

Menu Berbuka Ramadahan 1/2016

 Menu Berbuka Ramadhan 01

Assalamualaikum.. semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. n3 ni adalah menu berbuka semalam.. menu yang ringkas mudah n mengenyangkan.. Menu Lempeng ni request dari SK utjk menu berbuka ni.. Tuan tanah lak.. memang gemarlah makan cekodok time berbuka.. 
jom layan menu berbuka kami ni..

 Lempeng vs Sambal Sotong

Cucur Kentang

Selamat Berbuka semua

Selasa, 20 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 04 (NASI PUTIH, AYAM KARI KERING N CUCUR)

Nasi Elephan vc Ayam kari Kering
menu sarapan cucur kentang

Assalamualaikum semua.. sahabat2 dan pengunjung2 halamanku .. Apa khabar semua.. semoga semua sihat2 di samping keluarga dan anak2 syurga.. cuma kebelakangan ini cuaca kurang baik dek jerebu.. yang anak2/ sekolah cuti... cuti lah.. yang still anta anak kat pengasuh dan nursery tu.. hati2 kurangkan aktiviti luar.. kesian paru2 anak.. kalau tak tahan boleh batuk.. sakit tekak n demam selsema jadinya.. banyak minum air masak n cuci muka..
ok lah.. berbalik kepada n3.. kalini nak share.. antara menu bento Azfar.. Nasi yang dicetak bentuk elephan.. sama cam sebelumni.. satu cetak = 3 sudu nasi, satu hidangan ayam, 1 ekor bahagi / potong 12.. so dapat bayangkan seketui tu besar manakan.. hihihi kalini wat kari kering2 buh sayur lobak merah yang dipotong bulat... selalunya.. tuk sayur Azfar ni beli khas.. pilih lobak yang saiz kecil2 so sekali masak lauk guna 1 batang lobak.. senang.. kalau tuk kami beli yang besar hihihi
macam biasa tuk bento azfar ni wat 2 set. tuk mkn tengahari dan petang.. tuk menu sarapan..  wat cekodok buh kentang...

Khamis, 8 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 02 (NASI PUTIH, SINGGANG IKAN N CUCUR SAYUR)

Bento Azfar
Nasi Bear + Singgang Ikan Merah + cucur sayur

Assalamualaikum semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku yang disayangi... Alhamdulillah bertemu lagi di n3 kalini nak tepek n berkongsi next menu bento Azfar.. menu kalini ku masakkan bento Azfar Ikan merah masak pindang atau singgang ... apa-apapun istilah n panggilannya.. kira halallah yer.. rasanya sama macam2 ibu yang lain kot.. untuk lauk pauk anak neh selain berkhasiat kita akan cari yang mudah.. contohnya ikan.. ikan yang kurang tulang.. so anak kita mudah n x fobia kot2 tersekat tulang ikan ni ye tak? hihihi..  saiz ikan pun penting.. tuk satu hidangan memang aku masak satu ketul ikan yang saiznya kecil.. so taklah membazir.. kita dapat agak kan sukatan pemakanan anak kita.. hihihi.. untuk set sarapan pagi.. aku leburkan cucur/ cekodok sayur.. cuma apapun yg kita masak untuk anak seusia Azfar, eloklah kalau masakan tanpa sebarang perasa tambahan.. garam/gula.. seeloknya perasa2 dari bahan semulajadi.. jom layan..

Singgang Ikan Merah

Bahan2

2 hiris ikan Merah
1 Lobak Merah saiz kecil
1 batang Saderi
 sedikit bunga kobis
1 cawan air

Bahan Tumis
1 Labu bawang sederhana besar - hiris tipis
1 Ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - sagat
1/2 inci kunyit - sagat
sedikit minyak zaitun

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bahan tumis
3. Masukkan Ikan
4. tambahkan 1 cawan air
5. Tambah asyuran
6.tutup
7. tunggu sehingga mendidih masak n bahan sayuran lembut.. siap

Cucur Sayuran

Bahan2
1/2 cawan tepung
1 labu bawang merah saiz sedang
1 btg lobak merah saiz kecil
sedikit daun sup n bawang
1/2 cawan air

cara2
1. gaul bahan2 diatas sehingga sebati dan sesuai adunan cucur
2. goreng sehingga masak
3. tos n siap..






Isnin, 6 Julai 2015

BERBUKA RAMADHAN 14 2015

Cekodok (jejemput roti)

Assalamualaikum semua kepada sahabat2 alamaya n pengunjung-pengunjung Halamanku.. tqvm atas kunjungan u all.. sayang u all.. hihihihi.. apa yang nak dikongsikan.. ni nak n3 menu berbuka kami. wat cekodok atau cucur ni adunan biasa tapi tambah roti (keping) yang dipotong dadu.. hasilnya memang sedap lembut n berongga di dalam.. hasil dari roti tu..sedap.. jom layan menu ringkas, mudah n sedap...

closeup sikit... nampak tak rongga-rongga roti yang dipotong dadu..
buh kentang, bawang, daun sup, daun bawang n jgn lupa roti yang dipotong dadu.

tiupkan sos n mayonis 

Jumaat, 4 Julai 2014

Menu Berbuka 5 Ramadhan 2014

 Mee Sup vs sambal kicap

                            
Cucur Manis

Assalamualaikum... kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku... sebelum tu maaf bebanyak kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi dapo kengkawan yang lain... hu hu hu.. dapat n3 pun dah mujur hu hu... n3 kali neh nak tepek menu Berbuka kami Ramadhan 5... Alhamdulillah.. dalam kesempatan kita berpuasa dapat juga menyediakan juadah untuk berbuka.. walaupun menu simple... semalam agak kelam kabut, so menupun yang senang2 ajer lah yer he he he... sebenarnyer, SK tak requestpun... diapun cam takder idea nak berbuka aper... dalam mencari Ilham, Ting!!! Mee Sup... Yeah.. sebenarnyer Mee Sup neh antara menu feberet SK, So aku terus lebur2 bahan rampai, cam biasalah aper yang ader kat peti ajaibku itew.. takmo pening2 singgah kedai, malas beratur nak membayar, so aper yang ader yo lah... Jadilah Menu Mee Sup vs Sambal Kicap dan Cucur manis.. Biasa kalau menu sup2 neh tak ngam kalau xde sambal kicap, kita tumbuklah sekejap yer tak? pppssstttt SK makan bertambah 2 mangkuk ha ha ha.. nyum2 mujur masak lebih, dah taudah mesti dia selera menikmatinyer hihihi, ok jangan mintak dah selamat masuk perot ha ha ha jom layan menu berbuka kami...hehehe jgn marah..

 Cam biasa Mee Homemade (Mee Aina)

 Mee Sup vs sambal kicap