Showing posts with label Program Puteri. Show all posts
Showing posts with label Program Puteri. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

catatan xmas day : 25hbDisember, 2010



hari Sabtu yang lepas ialah xmas day, walaupun cuti tapi agak padat bagi saya.... Pagi saya menguruskan hal-hal keluarga, kemudian saya ke Dewan Japerun Lendu untuk Prog Puteri UMNO Bahagian Bersama dengan IKSEP. "Wacana 1 Malaysia" yang telah dirasmikan oleh YB Datuk WIra Abu Seman Yusop, Ketua UMNO Bahagian Masjid TAnah. Alhamdulillah, ramai yang hadir.

antara peserta yang sedang khusuk mendengar pembentangan oleh penceramah.

para urusetia Puteri UMNO Bahgaian Masjid Tanah sedang sibuk menguruskan pendaftaran.

Sewaktu menyanyikan Lagu Negaraku.

AK Puteri UMNO BAhagian MAsjid Tanah bergambar Bersama timbalan Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Karim Sulaiman dan juga Remy Ishak(nurkasih)


HAbis je majlis , sedang saya singgah ke kedai membeli susu anak, saya mendapat panggilan bahawa sahabat saya (puteri Terengganu) Malini ada di MAsjid Tanah. saya pun mintak suami patah balik, dapat jugak jumpa orang "Ganu kito " ni... dia sedang dijamu oleh dayang n family di Sawit Corner...

pastu saya singgah ke rumah Rafidah AJK Puteri Bahagian saya yang melangsungkan perkahwinannya pada hr tu jugak. walaupun lewat..(memang lewat pun..tengok tu pengantin dah tukar uniform....)

malam saya hadiri majlis penutup Futsal anjuran Pemuda UMNO Bahagian di KUIM Melaka.
tahniah bro....

Thursday, May 20, 2010

HI TEA BERSAMA YAB KETUA MENTERI MELAKA DENGAN NGO & PROFESSIONAL MUDA -anjuran Biro Ngo & Professional Muda Puteri UMNO Negeri Melaka.



Salam, petang ni jom bersama dengan Puteri UMNO Melaka melalui Biro NGO & Professional Puteri UMNO Melaka...ke Majlis Hi Tea dengan YAB Ketua Menteri Melaka dengan professional muda dan NGO, khabarnya ramai doktor, peguam, I.T (programmer), pensyarah, arkitek dan sebagainya...alhamdulillah..

tarikh: 20hb Mei, 2010
tempat: Botanikal Cafe, Ayer Keroh
Jam: 4.30pm..
(tempat sembahyang disediakan)


Semoga, majlis perjumpaan dan dialog ini akan dapat membuahkan hasil yang positif tentang apa jua yang ingin kita lakukan bersama demi membangunkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA...
Sedikit sebanyak, ada juga peranan@ sumbangan yang dapat kita sumbangkan walaupun idea yang kecil tetapi bernas, yang boleh digunapakai bagi memacu pembangunan dan ekonomi negara serta melahirkan rakyat negeri MELAKA yang berkualiti... insyaallah..

Sunday, February 22, 2009

PROGRAM PUTERI MEYUSUR AKAR DAN GOTONG ROYONG PUTERI DUN KUALA LINGGI.





Semalam 21/2/09 bertempat di Balairaya Kg.Permatang Kuala Linggi Puteri Dun Kuala Linggi telah mengadakan program Gotong Royong dan menyusur Akar. Tahniah saya ucapkan kepada Along selaku penyelaras Dun serta semua ketua Puteri Cwgn dan ahli puteri dalam Dun Kuala Linggi di atas smangat dan juga komitmen yang ditunjukkan oleh mereka. Ini adalah program Menyusur akar yang pertama di dalam Bahagian Masjid Tanah.Sebanyak 3 penerima sumbangan kebajikan iaitu ibu tunggal, anak yatim dan juga orang kurang upaya.Insyaallah Selepas ini kita akan menyusul dengan Dun lain.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Naib Ketua Puteri Bahagian saya iaitu kak Marina yang telah mewakili saya ke program tersebut.Saya tidak dapat hadir kerana ada meyuarat Dun Ayer Limau yang perlu saya hadiri. Tidak lupa juga terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan YB Ismail Othman Adun Kuala Linggi yang juga merupakan Bendahari UMNO Bahagian MAsjid Tanah yang telah meluangkan masa bersama dengan Puteri MAsjid Tanah.

Friday, August 29, 2008

Majlis Baca Yasin dan Penyampaian Alatulis Bg Peserta Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008.

sALAM TO ALL,

Petang ni Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah akan mengadakan majlis Baca YAssin serta penyampaian Sumbangan Alatulis kepada semua peserta Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 yang telah kami adakan pada Awal bulan julai yang lepas.Ini adalah lanjutan kepada Bengkel yang lepas.

Tetamu kehormat yang akan bersama ialah YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop. Ketua UMNO Bahagian MAsjid TAnah. Beliau telah maklumkan pada saya pagi tadi yang beliau akan bersama dalam solat jemaah maghrib tetapi terpaksa ke majlis lain selepas itu. Takpe YB ,sekejap atau lama tak penting, yang penting YB Datuk Wira sudi hadir bersama anak-anak UPSR ni pun dah cukup besar buat mereka. Betul tak adik2...
kami akan adakan majlis petang ini seperti ketetapan seperti berikut:-


Tempat: Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah. Melaka (hadapan Pejabat Pos Masjid TAnah)
Waktu: 6.45pm
Turut HAdir: Para peserta dan Ibu-bapa/penjaga. serta seluruh ahli puteri bahagian MAsid Tanah.


Jumpa di sana...

Tuesday, July 8, 2008

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2008 OLEH BIRO PENDIDIKAN PUTERI BHGN MASJID TANAH.

Tahniah saya ingin ucapkan khusus kepada Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah iaitu Pn Suaida Shahardin. Tidak lupa juga kepada seluruh ajk beliau yang telah bertungku lumus membantu bagi memastikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 ini berjalan lancar.Walaupun masa yang saya berikan kepada Suaida hanya 3 minggu, dan di dalam blog ini juga telah saya paparkan sedikit masa dahulu kejayaan Puteri Kota Melaka dalam Bengkel UPSR-nya..Alhamdullilah.. program kami ini juga telah berjalan dengan baik..

Kami hanya menyediakan sebanyak 78 tempat bagi seluruh peserta UPSR dalam Parlimen Masjid Tanah. Walaubagaimanapun, peserta yang hadir adalah seramai 85 orang..
Bengkel selama 2 hari 1 malam itu telah berjaya mencapai matlamatnya. Ini adalah kerana ianya telah dikendalikan oleh penceramah serta guru-guru Pakar dan antara guru yang terbaik dalam negeri Melaka. Hmm...apa lagi adik-adik...
ilmu da diberi, cuma perlu diamalkan.. kalau tidak diamalkan..sia-sia namanya..

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen MAsjid Tanah merangkap Ketua UMNO Bahagian iaitu YB Datuk wira Abu Seman b.Yusop. Saya mewakili sahabat-sahabat Puteri UMNO Bahagian juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ibu bapa, guru, AJK Puteri UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian dan kawan-kawan kami yang telah banyak memberi sokongan kepada Puteri UMNO Bahagian..
Tidak lupa juga pada pihak JASA Melaka dan juga Paelimen Masjid Tanah.

harapan saya semoga adk-adik akmi ini akan mencapai kejayaan dalam UPSR 2008 dan kita akan aturkan program susulan selepas ini..

All The Best!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...