Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

KEKASIH HATI BARU

Si Hitam Manis.....
Asal Orang Pahang...
Beli Rumah di Johor...
Kerja dan Menetap di Selangor...
Beli Kereta di Negeri Sembilan...

Bunyi macam pelik... tapi pada kawan yang dah biasa dengan aku... dia dah tak pelik dengan perangai aku...

Kerja dah berbelas tahun... baru merasa nak pakai kereta baru... ikutkan sayang memang aku sayang sangat kat WKD tu... sangat berjasa kepada aku... banyak kenangan... sebab tu aku tak jual... aku nak kereta tu selalu ada di mata aku... kalau di hati memang lah. Walaupun selalu rosak... memang patut, sebab penggunaanya maksima.

Kebetulan tahun nie rezeki lebih sikit, aku tukar lah kereta... sempena dengan besday aku... kereta nie keluar 2 hari sebelum my besday. Aku pelik betul lah... manusia nie kan... suka fikir yang negatif... dan suka buat serkap jarang... kereta aku nie bulanan baru RM3++ je pun... kenapa tak mampu sangat ke aku nie nak bayar bulanan kereta... sampai nak tunggu orang sponser baru nak pakai kereta baru... tolong lah...cukup-cukup buat fitnah... aku kesian kat hang pa... semua tu fitnah... hang pa jugak yang akan terima balasan. Aku tak ada apa pun... rezeki alhamdulillah semakin bertambah.

Nombor plate kereta aku... daripada N=. C=, U=, ada maksud tersendiri... 7101 pun ada sebab pilih nombor tu... siap beli tu...

Rupanya beli kereta baru nie senang je... semua dokumen aku email je kat juru jual kereta... 3 hari dah lulus loan... tinggal pergi tandatangan loan... dan lepas tu ambil kereta... tak sampai sehari pun... lepas sekolah je urusan boleh selesai... cukup senang...

Tapi nak tukar nama kereta... daripada pemilik asal... sampai hari nie tak selesai lagi... beli kereta dari tahun 2006. Bayangkan berapa lama.

Kenapa warna hitam menjadi pilihan???
Aku tanya ayah aku... dia nak warna apa??? aku minat putih... tapi ayah aku minat hitam... so aku ikut pilihan dia. So lepas nie, memang meriah dengan warna hitam lah...

Aku memang dah agak... mesti kena kutuk dengan kekawan sebab beli kereta kecik... ayat yang sakit telinga dengar....

"Kereta VIVA je... apa kelas... paling pun keluar lah VIOS ke??? HONDA CITY ke? gaji dah besar... bukan buat apa pun duit tu... nak simpan buat apa.."

Aku senya je... orang nak cakap apa pun... dah habis dia cakap... baru aku balas...

"Ikut kan hati... ikut kan minat... nak buat keluar kereta HONDA CIVIC.... tapi bila fikirkan kemampuan... VIVA je yang tak tertekan untuk membayarnya"

Dah lama nanti orang senyap lah kan.... mulut orang kita tak boleh nak tutup... sebenarnya orang tak tahu perancangan kita... suka hati aku lah nak beli kereta apa pun... bulanan berapa pun... janji aku mampu bayar dan tak menyusahkan hidup orang lain sudah... 

Bagi aku, kereta nie harta yang susut nilai... kita nie bukan golongan duit lebih... kalau duit dah berlebih sangat... tak jadi masalah nak beli kereta apa... bulanan berapa pun. 

Aku memang ada memasang angan-angan yang suatu hari nanti.... aku akan pakai kereta idaman kalbu... tapi bukan sekarang. Insya Allah.

Friday, January 27, 2012

ENJIN KARBURATOR KE INJECTION

Bulan Oktober tahun lepas aku tukar dari Injection ke Karburator... kosnya menelan belanja RM1500 tak kurang tak lebih. Nak tahu cetanya kenapa aku tukar klik sini. Ingat bila dah berhabisan makin ok lah... rupanya timbul satu masalah lain lah pulak. Aku jadi pening kepala... mana taknya setiap pagi nak kena rem... 7-10 minit baru panas enjin. Kalau tak panas enjin... mula lah semput semacam. Tak larat aku.

Dah la tu... kereta aku makin tak pickup... mendaki bukit Karak... Kancil 660 yang isi penuh orang... boleh potong keta aku yang naik sorang... hangin seluruh badan aku dibuatnya. Hampir 3 bulan jugak lah aku pakai kereta yang bermasalah nie... masalah mati time drive tu memang lah tak ada... tapi masalah lain pulak yang timbul.

Gambar Enjin Karburator. Enjin tak cukup sifat...

Ko orang pernah pergi melawat orang sakit tak??? bila kita datang melawat... soalan pertama kita akan tanya.
"Tak pergi berubat ke???"
Orang yang sakit akan jawab...
"Dah merata tempat saya pergi berubat... tapi tak sembuh... sembuh. Belum jumpa yang serasi kot"

Begitu lah dengan kereta aku nie... bila sakit je aku akan cari doktor untuk merawatnya... mungkin doktor yang aku jumpa tu kurang berpengalaman dalam menyelami masalah yang dihadapi oleh si jantung hati aku nie. Cadangan yang diberikan... tukar je ke Karburator.

Cuba hang pa bayangkan... orang kencing manis... doktor suggestkan potong kaki... lepas tu dia dapat tahu ada orang yang lebih teruk daripada dia... dapat sembuh sebab makan ubat tu dan ubat nie... Mesti dia sedih kan...

Macam tu jugak dengan perihal kereta aku nie... aku sedih sangat... sebab bukan makin elok... tapi makin teruk.

Nak jadi cerita, suatu hari tu... kawan aku datang untuk bermalam di rumah aku... time aku jemput di Komuter... kereta aku ok... sebab enjin panas lagi... tak nampak sangat perangainya. Esok pagi, kami nak keluar sarapan dan terus nak gerak ke PD... time nie, member aku dah pelik... member aku nie bukan pandai sangat pun pasal kereta... tapi kalau start kereta nak kena rem ... apa kejadah tu.

Apa lagi, member nie sembang dengan laki dia perihal kereta aku... aku segan jugak... dah le aku tak pernah jumpa suaminya. Suami dia pun pelik... orang dari karburator tukar ke Injection... nie dah terbalik... orang upgrate... aku downgrate... apa-apa je lah... benda dah jadi.

Suatu hari tu, laki kawan aku nie ambil half day... semata-mata nak teman aku ge hantar kereta ke satu bengkel BMC Revolution Enterprise yang terletak di Subang Permai... dia kenal dengan owner bengkel nie... tu yang dia suggest kat situ... laki satu senang dia nak ge tengok... kalau dah masuk bengkel nanti.

Kalau ikutkan bengkel nie specialist BMW... sekali tengok memang segan lah kita nak hantar kereta Wira... yang ada kat dalam tu BMW je pun.

Taukenya, Abg Brehim... peramah orangnya... so dia tengok lah kereta aku... apa yang boleh dia tolong. Dia senyum tak habis-habis...
"Kak, keta nie... kalau saya repair pun tak selesai jugak masalah... kak kena rem jugak pepagi"

Laki kawan aku lagi best...
"Keta Dah nie... macam tak cukup sifat... banyak alat yang tak lengkap... keta nie hanya sekadar hidup boleh berjalan je... pick up memang tak ada..."

Pembakaran apa lah... aku pun dah malas nak ambil pot... macam dah putus asa...

"Kak, barang lama ada lagi tak??? kalau ada buat mari kita cuba pasang balik... mana yang tak cukup kita beli... dah tu kita tengok apa masalah sebenarnya"

Nasib baik lah aku suruh pomen tu simpan barang tu... so bulan Disember ari tu... masuk bengkel lagi sekali kereta aku... kali nie nak pasang semula Injection. Seminggu jugak lah ambil masa nak pasang balik.

Bila dah pasang lengkap... barang yang tak ada diganti... boss pun pandu uji... bila lampu paip kuning naik... baru boleh check guna komputer apa masalahnya...

Hang pa nak tahu... kanser kepada kereta aku nie 2 perkara je pun... kalau awal aku jumpa doktor pakar rasanya belanja dapat dikurangkan...
  • Crank Sensor - RM 115.00
  • Exzos Sensor - RM 150.00
Ikutkan 2 barang tu je kena tukar... tapi bila dah barai semua kosnya dah meningkat... tu pun nasib baik ada jugak orang nak pasang. Banyak barang lain kena ganti. Kos upah pasang je dah menelan belanja RM350.00... total segala bagai RM 971.00.

Untuk Injection ke Karburator dan Karburator ke Injection je... dah menelan belanja hampir RM2500.00.... banyak kan... tambah lagi sikit je dah boleh bayar muka kereta baru.

Apa pun, terima kasih lah kepada kawan aku dan suaminya yang sudi menolong aku... aku segan jugak sebenarnya minta tolong suami orang nie... kan gosip pulak. Tapi kawan aku nie yang beriya-iya nak tolong... masa nak ambil kereta pun siap tanya... ada duit tak sebanyak tu... Nasib baik lah PM bagi bonus... aku labur lah kat buah hati kesayangan nie.

Hari nie kereta aku seperti sedia kala... bertambah sayang lah aku kepadanya.

Sebenarnya pakai kereta injection nie bagus... senang nak kenal pasti masalah yang timbul... dengan syarat kena hantar kedai yang ada alat check komputer... dari situ kita dah boleh tahu barang apa yang menjadi masalah... barang apa yang perlu ditukar.

Moral of the story... kalau kereta bermasalah... cari lah bengkel yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan kepakaran yang berkaitan... sebarang kerugian bukan pihak bengkel pun nak tanggung... kita sendiri jugak yang kena tanggung.

Lagi satu, kalau tak tahu pasal kereta... tanya lah orang yang lebih tahu. He he he... jadi lah pemandu kereta yang tahu serba sedikit pasal kereta. Supaya tidak mudah tertipu dengan pemilik bengkel yang cuba nak ambil kesempatan.

Saturday, October 22, 2011

INJECTION KE KARBURATOR

Kereta Wira kesayangan aku nie... masalah lain tak ada... masalah yang memeningkan kepala aku satu je... Thorttle Body... benda alah seketul kat atas tu... kecik je pun... tapi harga sebelah tangan... belum masuk upah pasang... belum masuk setting. Kalau nak check kena hantar kedai... sebab ada alat khas untuk check...

Nie rupa enjin yang serabut dengan wayer kalau guna injection... gambar lama... air filter lama empat segi kat sebelah kiri tu...

Nie lah rupa kereta aku selepas masuk wad selama seminggu... bermula hari Isnin... hari nie Sabtu baru siap. Nampak tak perbezaan... yang lama dengan yang baru... mesti lah nampak kan... kalau tak nampak, tak lama lah tu...

Lapang sikit kan... wayer yang serabut tu dah tak ada... sebelah kiri dah lopong.

Tengok air filter dah guna yang bulat... kable plug pun kena guna yang baru... kena guna intake manikold... dah tu kena wayering baru... tapi tak ada lah serabut macam injection tu... sensor-sensor apa kejadah tu dah tak pakai.

Tu aku zoom karburator yang baru reganya pun dah cecah RM300. Lepas nie minyak lebih sikit lah... tapi kawan aku kata pickup lebih jugak... he he he tu yang aku nak dengar... dulu aku selalu dok berangan nak tukar enjin 1.5... tapi rasanya tak dah kot... pakai yang nie je lah.

Lepas nie senang sikit nak jaga... kalau dulu nak tukar air filter sendiri punya lah susah... sekarang senang je...buka skru satu kat atas tu dah boleh tukar. Nak elok tukar kat kedai le, pomen tembak angin sikit supaya bersih.

Lopong sebelah kiri tu... hu hu hu senang nak tengok bahagian bawah... boleh lah tengok sendiri... barang yang mahalnya 2-3 jenis je pun... yang lain barang kecil-kecil... tapi bila dah total bilnya cecah RM1559.00.

Rupanya tank petrol injection lain dengan tank petrol karburator nie... tu pun rega dah berapa. Barang yang tukar tu... aku suruh member aku je simpan... banyak sangat. Buat balik kat umah jenuh jugak nak simpan. Buat semak je. Kalau ada kereta-kereta nak pakai barang tu boleh nego murah-murah.

Ini kereta yang ketiga kawan aku buat... dari injection tukar ke karburator... problemnya sama. So bagi member aku nie tak jadi masalah sangat... aku suka kerja member nie kemas. Semalam sempat lagi member nie test buat balik ke Klang. Jauh tu kan... kira ok lah tak ada masalah sepanjang jalan.

Tadi aku tengok satu kereta wira... pakai enjin turbo ke apa entah... hantar repair, member aku tu jugak yang bikin... daripada beli enjin... sampai lah siap... rega enjin tu je dah cecah RM10k... kereta budak muda... sanggup je berhabisan duit bab keta.

Wednesday, October 12, 2011

AKU NAK OPERATE

Setelah berfikir panjang... dan mempertimbangkan baik buruknya... aku ingat jadi lah cuti Deepavali nak operate si jantung hati aku nie... rasanya dah tak sanggup menahan sebak di hati setiap kali aku berada dalam situasi yang mencemaskan. Itu pun terasa lama nak menunggu masa 2 minggu lagi... dalam bulan nie saja dah 2 kali si jantung aku nie buat perangai. Problemnya klik sini.

Sekali buat perangai je menelan belanja RM500 lebih... kalau dah 3 kali dah berapa??? kalau selesai masalah tak pe... nie masih timbul masalah sama.

Setelah berbincang dengan doktor pakar... anggarannya lebih kurang RM1500.... kira bonus aku hujung tahun nie habis labur ke sini je lah... kena cari sumber lain le nak beli mesin basuh tu... kita nie, kalau sayang sanggup berhabisan... kalau dah cinta... tak fikir dah habis duit... sebab kenangan aku bersama dengannya banyak sangat...

Aku nak operate keta aku nie... daripada enjin injection... kepada enjin yang guna karburator sebabnya thorttle body selalu sangat problem... sampai dah tak tahu problem apa, yang jadi kerap sangat rosak...

Kos berkenaan termasuklah:
  • Wayering enjin... nak kena buka semua
  • Nak kena beli Intake Manifold
  • Kaburator
  • Distiblutor
  • Air Conditoning Pump
  • Air fillter
Nie anggaran kasar yang kawan aku beri... harap tak lebih le. Nie dah pilihan terakhir. Tension kepala bila mati time jem... time kereta tengah laju... Harap lepas operate nie dah tak timbul masalah mati sesuka hati mak nenek dia.

Tuesday, July 19, 2011

HANTAR CUCI KERETA

Hari nie, lepas taklimat pengisian markah ujian secara online... aku bersama dengan kekawan pe minum... nie biasa lah. Kebetulan ari nie kekawan tak puasa... ingat Khamis dan Jumaat nak puasa... kalau puasa ramai-ramai seronok sikit time berbuka. Bukan selalu pun dapat minum petang sama-sama... kebetulan pulak ari nie ada kesempatan... sedap jugak pekena mihun sup dengan teh ais... sambil sembang-sembang. Sembang apa ye???? biarlah rahsia.

Lepas tu aku pe hantar cuci kereta di Bukit Rahman Putra... apa yang aku nak cerita nie... dah lama pun... kira cerita dah basi... masa tu tak berkesempatan nak tulis... tetiba ari nie time hantar kereta boleh teringat pulak cerita yang dah lepas tu... rasanya rugi pulak kalau tak ditulis... memenuhi koleksi peribadi... mungkin juga menjadi peringatan kepada diri sendiri.

Sekali tu, aku hantar kereta untuk dicuci... time malas, aku hantar kedai je... bila time rajin cuci sendiri di rumah... air tak kena bayar pun... sebab penggunaan minima je. Semasa aku menunggu time kereta sedang dicuci... datang seorang mak cik nie... pakai kereta Honda CRV... dia pun nak cuci kereta jugak. Dia datang dan terus bersalaman dengan aku dan dua orang perempuan yang lain.. masing-masing menunggu kereta dicuci... so dia duduk di sebelah aku.

Kami pun bersembang lah... aku nie memang kalau orang mula bersembang... aku layan je lah. Mana lah tahu kan... kot-kot dapat petua ke... sebab orang tua nie banyak pengalaman... sebab dia makan garam lebih dulu daripada kita. Dia tanya lah dari mana... tinggal kat mana.... aku pun beritahu lah... baru balik kerja... tinggal kat saujana... dia tanya anak dah berapa??? so aku beritahu lah belum lagi ada anak... Dia kata Insya Allah ada rezeki... Amin.

So dia pun cerita lah... dia ada 10 orang anak... semua dah kerja... semua masih hidup... aku dengar je... nak cerita pasal anak pun...aku tak ada anak... dia beritahu lah... dulu senang nak jaga anak... sekarang susah... dengan macam-macam perangai dan cabaran. Dia dulu jaga sepuluh orang anak... suami dia sorang je kerja.. cukup. Alhamdulillah semua anaknya masuk Universiti... terkejut aku...

Sempat lagi aku tanya... apa petua mak cik... yang boleh dikongsi dengan saya... untuk mendidik anak-anak... bukan senang nak jumpa orang yang hebat macam nie... bagi aku mak cik nie seorang yang hebat. Aku tanya lagi... anak-anak mak cik kerja apa... dia pun cerita lah sorang-sorang... itu pun dia tak nak cerita... aku mintak dia cerita.

Dia beritahu, tak ada petua pun... melainkan minta pertolongan daripada ALLAH.... setiap malam dia bangun solat Tahjud... banyakkan mengaji dan berdoa... setiap kali anak nak ambil peperiksaan dia akan puasa dan membaca YASSIN sepanjang tempoh peperiksaan anaknya... supaya anaknya tenang menjawab peperiksaan.

Bila balik rumah... aku termenung...mengenangkan bertapa bertuahnya aku dapat berjumpa dengan seseorang insan yang bergelar ibu... ibu yang berjaya mendidik anaknya dengan menggunakan acuan yang sangat terbaik.

Wednesday, June 8, 2011

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

Malam nie nak menulis apa yang berlaku hari nie... tiada apa yang menarik pun... cuma kereta yang meragam tu dah tahu puncanya... tadi member dah hantar ke kedai untuk check komputer... dulu senang hantar kat member cikgu nie je... tapi sekarang dia dah pindah balik Kedah... so terpaksalah hantar ke kedai cina.

Keta jenis Injection nie, kalau naik paip kuning kadang-kadang... tandanya kena setting codingnya... aku pun tak tahu apa kebenda tu... itu, yang kawan aku pomen tu cakap... kalau sentiasa naik lagi senang nak check penyakitnya. Kalau naik kadang-kadang nie lagi payah. Tadi pun, mula-mula komputer tak boleh nak baca masalahnya.

Service charge RM80.. itu pun kalau ada masalah lagi lepas nie tak payah bayar. Aku teringat lagi sorang kawan aku nie... dia pakai Gen2... masalah sama lah... keta dia asyik naik paip kuning and than mati sesuka hati... 2-3 kali dia kena... last sekali tukar kereta baru... Honda City... selesai masalah... itu orang ada duit. Orang tak ada duit nie, kena cari penyakit sampai dapat diubati.

AKu beli kereta tu tahun 2006, sekarang 2011... bermakna kereta tu telah berjasa kepada aku dah hampir 5 tahun lebih. Tapi kereta tu sebenarnya keluaran tahun 2002... aku beli secondhand... kalau beli baru, buat 9 tahun dah habis bayar... selalu orang habis hutang keta buat hutang lagi... dan beli yang besar sikit... bayaran bulanan besar sikit. Sampai pencen pun bayar hutang kereta.

Aku teringat sorang kawan masa kerja part time... kita beli motor selalunya buat hutang 2 tahun kan... member nie, habis je bayar motor tu... dia tolak, ambil motor baru... dan sambung bayar lagi... maknanya 2 tahun sekali motor baru... baru lah tak banyak masalah motor tu. Sama lah kereta... pakai 5 tahun memang tak pening kepala sangat... cuma pening bayar bulanan je... kalau dah lepas tu... macam-macam hal timbul. Seperti my car yang comel tu...

Mak aku pernah cakap, orang pakai kereta nie tak boleh nak simpan duit... duitnya habis ke kereta je... ada benarnya jugak tu...
Tapi kalau tak ada kereta susah jugak nak bergerak ke sana ke mari... patah kaki.

Monday, June 6, 2011

WIRA EROBAK KESAYANGANKU


Hari nie, aku ke Sungai Buloh... niat di hati nak service kereta... nak buat service rutin dan ada jugak benda lain yang perlu diperbaiki dengan segera. Service rutin biasalah... tukar minyak hitam. Selalunya aku memang beli sendiri minyak hitam. Aku pakai minyak hitam Petronas.

Aku minta tolong kawan aku tukar sekali (lower arm ) tulang anjing. Sakit telinga aku setiap kali terlanggar lubang... mesti berbunyi. Bendanya tak adalah mahal sangat... tukar satu set.. yang panjang dengan yang pendek tak sampai pun RM100. Tadi semua sekali... siap dengan upah baru RM130.

Ada satu masalah lagi nak kena buat esok... kedai tempat nak check throttle body tu tutup lah pulak ari Isnin... so, esok nak kena hantar lagi... problemnya paip warna kuning tu tak padam-padam... mula lah kereta mati enjin. Kalau dah check komputer... senang nak tahu alat apa yang perlu diganti.

Kereta aku nie... dari dulu, problemnya thorottle body.... pening kepala aku... dah beribu habis sebab nie je... mana taknya... seketul je harga dah RM500 lebih... dua kali tukar dah berapa??? kalau tiga kali tukar??? boleh bayar muka keta baru he he he... ada ke orang bayar muka kereta RM1500. Aku rasa paling kurang pun 10% kan.

Harap-harap masalah kereta aku nie selesai lah esok. Bukan apa, aku nie berjalan merata... dan tak kira masa... meragam di perjalanan payah jugak. Tu sebabnya kalau boleh ubati... aku akan cepat-cepat ubati... supaya selesai masalah.

Dulu pernah sekali, paip warna kuning nie tak padam-padam... aku gasak je drive... tau-tau je sampai kat Jalan Duta... kereta aku bocor kasket... beratus jugak kena... tak pe lah masih dalam Lembah Klang, kereta tunda free... life insurans aku cover. Kalau kena dalam kawasan Sungai Buloh tak pe lagi... member ramai, tapi kalau kat tempat lain... menangis aku kat situ.

Semua orang sibuk dok suruh aku tukar kereta baru... bukan tak nak... tapi kena fikir 10 kali. Keta sekarang dah tak kena bayar... baru nak lega, gaji dah naik... tak kan nak tambah hutang lagi. Baru nak senang pergi bercuti... makan-makan... lagi satu kereta nie banyak kenangan.

Hidup tenang tanpa hutang...

Friday, February 25, 2011

SERVICE RUTIN

Sepatutnya nak hantar service ari Jumaat... call member dia kata bengkel penuh kereta... mungkin hari gaji kot... masing-masing ambil peluang nak service kan... sementara duit masih ada. Tak pe lah... lagi pun ari Jumaat aku ada kerja di Kelana Jaya... kalau tak, aku tak kisah... lambat pun.

Mulanya nak hantar ari Isnin... tapi bila fikir balik macam tak boleh je... aku tekan clucth macam ada benda tak kena... so semalam kena pe hantar jugak lah. Aku nie kalau hujung minggu berjalan merata... Sg. Buloh ke Puchong.... Puchong ke Cheras... malam balik ke Sg. Buloh... memang rutin setiap minggu. So kalau kereta tak sedap sikit je... memang hantar ke pomen terus... takut jugak kena tengah-tengah jalan.

Aku pe hantar bengkel dan dia hantar aku ke sekolah... konon nak siapkan kerja... hampeh, satu benda pun tak buat... jumpa mak cik guard ajak pe tengok kawan sakit.... aku ge lah sekali... memang dah lama tak pe tengok.. dah sampai sana jumpa pulak jiran lama... dia beritahu pulak jiran setangga kami bersalin... menyinggah ke sana pulak... sudahnya pukul 1.00. Call member pomen tu... dia hantar keta depan sekolah... sebab lepas nie nak bergerak ke Shah Alam pulak.

Biasanya aku beri check list je kat member aku tu nak tukar apa... senang nanti kalau cakap je... mesti ada yang lupa. Lain-lain, aku suruh lah dia tengok apa yang patut kan... aku berterima kasih sangat lah kepada member nie... banyak membantu pasal keta.

Semalam service rutin je.
  • Tukar minyak pelincir - Petronas syntium 800 (15w-50)
  • Tukar plug
  • Tukar cleaner air filter
  • Tukar Fuel Filter
  • Tukar kipas radiator - sebab pusingnya macam dah gelong sikit.
  • Tukar cable clucth - rupanya rosak... tu susah nak tekan.
  • Check seat belt- aku repair sendiri... lepas tu salah pasang... last sekali suruh pomen tengok.. lepas tu siap kena gelak dengan member...he he he he..
  • Check meter - selalu je tak betul... ingat kabel kat gear box terputus... rupanya dah terputus terus.... kena tukar baru... budget tak cukup... reganya dalam RM450.
Semua service semalam campur upah... campur minyak pelincir aku beli sendiri dalam
RM 277.00.

Semalam sampai umah aku check keta.... so aku jadi pelik lah pulak, kipas radiator warna hitam... call member, takut lah dia tukar yang jenis lain ke... rupanya dia ambil yang ada kat bengkel.... kipas tu comot sikit sebab kena minyak... so dia cat lah... kekawan punya pasal bagi free je. Terima kasih Apis.

Semalam drive keta baru service... memang terbaik lah.... sayang kat my car nie... nak jual tak ada... kalau nak beli... beli yang lain, tu pun tunggu berdua he he he he.

Kereta dipakai setiap hari...
Untuk kemudahan tuannya sendiri...

Jadi kuar duit tu jangan kedekut...
Untuk repair apa yang patut....

Supaya tak batuk, di tengah jalan...

Friday, January 7, 2011

MASALAH KERETA, MASALAH BESAR BAGIKU

Semalam lepas sekolah aku berkejar ke Setia Alam... dengar macam jauh. Tapi perjalanan tak sampai setengah jam je... jika menggunakan high way NKVE.... dah lama sebenarnya keta aku nie tak pecut laju.

Kebetulan line clear, aku test lah power sikit... bunyi semacam je kat belakang. Nie mesti bearing belakang. Kalau ikutkan baru je ari tu aku tukar. Tak sampai setahun pun. Tu lah bahananya, jika guna spare part murah. Moral of the story... jangan fikir murah... tapi fikirkan keselamatan kita tu lebih penting.

Ari nie ada masa, aku minta tolong member aku nie repair.... Itu pun kebetulan aku ke KL guna keta kawan aku... so member nie tak le terkejar-kejar sangat. Untung jugak bengkel dekat dengan sekolah.... senang banyak aku. Siap je repair.... member nie terus hantar ke sekolah. Aku balik dari KL tadi...keta dah siap. So tak ada lah nak menunggu. Kawan yang aku percaya, boleh le tak tunggu. Kalau hantar kedai lain... aku sanggup tunggu sampai siap.

Ari nie aku tukar bearing belakang kiri dan kanan RM80 x 2 = RM 160. Upah RM 40. Aku tukar sekali drive shaft sebelah kiri... reganya RM 180. Upahnya pulak RM20. Minyak gear box RM50. So total ari nie, RM450. Wah boleh tahan jugak keta aku nie... bulan nie je RM 650. Pendek kata sama je dengan orang yang ada anak bersekolah.... kering bulan nie. Dah le gaji tahun nie semuanya last day setiap bulan.

Aku puji keta WKD nie... rosaknya di tempat yang tak menyusahkan aku. Pandai pulak rosaknya time aku ada je duit masyuk. Nie pun kita rezeki jugak kan. Bagi aku kereta nie kena jaga betul-betul. Service mesti kena ikut masa. Kalau rosak tengah jalan lagi susah.

Tadi drive baru best sikit. Tapi nak best lagi kena pe buat alignment dan belancing le. Nie rasanya kena tunggu gaji le gamaknya.

Kereta punya pasal jangan berkira...
Sumbangannya kepada kita tak terkira...

Monday, January 3, 2011

MERAGAM HARI PERTAMA KERJA

Hari nie... hari pertama bekerja di tahun baru 2011. Bersemangat berkobar-kobar... sampai tak lena tido aku dibuatnya. Pukul 3.00 pagi terjaga.... pukul 4.30 pagi terjaga... pukul 5.30 pagi jam aku berbunyi... terus bangun.

Tapi lain pulak time balik. Kali pertama keta aku mati.... start hidup. Bergerak tak sampai 100 meter mati lagi. Aku start hidup lagi kali kedua.... masuk kali ketiga start langsung dah tak hidup. Padahal dah tak jauh pun dari umah aku. Aku parking je tepi jalan tu.

Nasib baik lah ada jiran aku datang jemput. Penat jugak kalau nak tunggu member aku datang. Mesti lambat sampai...aku dah call member nie... dia pulak ada customer. So lebih baik aku lepak kat umah je dulu.

Keta aku nie dah 2 kali tukar thorttle body... tapi masalah masih sama... mati sesuka hati mak nenek dia je. Member aku dah cakap... kalau mati lagi. Bukan masalah thorttle body. Kali nie mati terus. Start pun dah tak moh hidup. Sekali, tukar sensor je...start terus hidup.

Sensor nie sebelah teming bell. Lama jugak lah member aku nie memasangnya. Sebab kedudukannya tu terselit sikit. Sempat lagi member aku nie bergurau....
"Keta ida nie rindu kat apis"

Harga sensor nie RM180.
Upah... kawan punya pasal... member nie tak nak ambil.

Kereta rindu kat pomen tak pe... jangan orangnya sudah le. Esok masin mulut kekawan yang selalu dok menyakat ko... sangkut betul jenuh.

Apa pun... terima kasih bebanyak apis sebab sanggup datang. Dah le ari pun tak upah... so ari nie aku nak belanja makan.... member nie nak minum je.... aduh nie nak kena belanja lain... he he he.

Kerana terlalu sayang...
Aku sanggup bersusah payah...

Thursday, October 14, 2010

KERETA BERMASALAH

Nasib baik lah ada kawan pomen, malam pun sanggup datang repair keta aku. Bukan tak boleh repair kat bengkel dia. Tapi cajnya lain. Maklum lah dia keja dengan orang. Kalau bengkel sendiri boleh lebih kurang dengan kekawan. So dia beli barang, malam lepas keja dia datang pasang.

Minggu lepas keta aku tetiba je mati kat traffic light. Aku sebenarnya dah tahu masalahnya. So tak adalah panik sangat. AKu start balik and than beri signal ke bahu jalan. Tunggu 5 minit start dah boleh jalan semula. Esok hantar bengkel, rupanya dah tak dapat berfungsi dengan baik alat tu. Nak tak nak kena tukar yang baru.

Thorttle Body Wira yang baru harganya RM520. Upah pasang, kawan aku ambil duit teh je. Terima kasih Apis, sebab sudi tolong.

Barangnya bukan besar sangat pun. Tapi harga boleh tahan. Kopak bulan nie. Dah le baru lepas raya. Tak kisah lah kan. Janji keta aku sentiasa dalam keadaan baik. Duit boleh cari. Tu kira beruntung, selalunya ada ia bagi tanda-tanda awal nak rosak. Jadi boleh lah repair awal. Kalau rosak tengah jalan dan tak boleh gerak terus... tak ke lagi susah.


Sunday, August 8, 2010

SERVICE KETA

Semalam sebelum bertolak ke Melaka sempat lagi aku hantar service keta....keta cukup je time kena service...jangan tangguh-tangguh. Keta kena jaga, kalau rosak tengah jalan lagi susah....tambah kita yang perempuan nie, cepat panik.

Kali nie aku hantar ke bengkel kat Kg Melayu je... Tu pun sebab tak balik kg. Kalau tak aku lebih suka hantar tempat yg aku selalu repair kat kg tu.... sebab aku percaya kat dia.
Pomen baru aku nie... namanya Apis....very friendly. Aku akan tengok dulu macam mana dia buat keja... macam mana dia beri penerangan. Kalau aku puas hati...next time aku hantar situ lagi.... kalau tak, aku cari pomen lain. Pantang aku, melayu tipu melayu nie...

Aku service rutin je...aku tukar minyak hitam. Minyak aku beli sendiri, sebab nak pakai minyak petronas.
  • Minyak pelincir 15W-50 syntium 800 (RM97.00)
  • Tukar break pad (RM55)
  • Repair radiator Leaking. Tukar getah je (RM20)
  • Oil fillter (RM10)
  • Labour Charge (RM30)
Total untuk semalam punya service je RM202.00.

Akan datang nie nak kena tukar driveshaft, sebab ada bengkok sikit. Bila drive laju terasa gegar. Lambat tukar kan.. tayar baru aku pulak yang jahnam.... sat lagi tayar makan sebelah. Dah la harga tayar sebiji dah cecah RM150.

Lepas tu kena standby, nak kena tukar clutch. Kalau ikut kan memang aku baru tukar. Tapi tu lah.... silapnya ari tu tak tukat sekali mangkuknya. (mangkuk pakai yang lama) Sekarang problemnya susah nak masuk gear. Mungkin kedudukannya dah tak sama. Dua benda nie je dah hampir atau mungkin lebih RM500. Semua duit kan. Patut lah orang yang tak pakai keta boleh simpan duit. Aku tak boleh tak ada keta. Tak pe lah, duit boleh cari....

Tips penjagaan keta:
Kalau break dah berbunyi macam tikus tu.... tandanya dah kena tukar break pad. Sebab besi amaran dah kena pada disc break. Kalau lambat tukar nanti calar pulak disc. Nanti duit lagi....

Kereta nie, bukan lagi barang mewah....
Hari nie, kereta merupakan keperluan....

So kalau rasa perlu, kena lah pakai kereta....
Kalau rasa tak perlu...boleh lah simpan duit....

Wednesday, August 4, 2010

KETA PUN NAK MENYEMAT GAK

Minggu lepas dok kena hangat dengan kekawan....depa dok suruh ambil pink.....Myvi pink.... aku fikir memang gaji nak naik...tapi naik tak sampai 5 ratus.... nak bayar keta 5 ratus lebih.... itu cari bala namanya. Esok dok gosok keta je lah. Nak pe jalan2 makan angin dah tak ada pitih....perabis kat keta je.... tak boleh...tak boleh...tak hidup aku... kalau perap je kat umah....

Keta mesti jaga....mesti tip top....tuan tido atas toto tak pe....makan nasi bungkus tak pe...

Asalnya, nak pe setting troterbody je....alih2 tengok sportrim berkenan lah pulak. Kalau tak memang aku nak tukar tayar je 2 biji...bajet tak ada. Sebab bulan nie memang parah.... banyak benda nak bayar.

Tayar nak kena tukar.....
Keta nak kena service.....
Roadtax mati 15 hb nie.....
Lesen mati hujung bulan nie...
Semuanya duit....duit...duit...

Baru bergaya sikit keta aku.... sedap sikit time ambil selekoh....sebab tayar dah berat. Nanti nak raya, tak payah nak fikir service.... tinggal tunggu ari je nak balik.... he he he

Ini yang ketiga apek tu cuba baru aku berkenan.... aku ingat keta nie pakai habis je....sayang nie, keta cari makan. Merata pe hujung minggu cari makan. Tu sayang, dah banyak berjasa. Ingat esok ada duit nak kasi cantik lagi.

Ada sorang member aku nie pelik...sebab aku pe hantar keta sendiri.... bagi aku tak pelik...sebab dari dulu lagi aku memang buat sendiri.
"kak ko tak takut ke pe kedai tayar"
"nak takut apa, pilih lah kedai yg open sikit..."aku tak rasa ada masalah, sebab dari dulu aku pe kedai tu je....

Jenis aku, akan beralih ke kedai lain...kalau aku tak puas hati. Selagi aku puas hati, kedai tu je aku pe... sampai satu tahap tu dah jadi mcm kawan.

Terlalu berdikari....
Takut meninggi diri....

Terlalu bergantung.....
Takut tak sedar diuntung....

Apa yang penting, jangan menyusahkan orang.

Sunday, May 2, 2010

BILA KETA MERAGAM....

Isnin minggu lepas, kebetulan ada urusan di kampung aku repair keta aku sekali... selesai satu masalah. Bukan mahal pun service RM 35 dan setting komputer RM40... Aku tahu kedai nie pun time aku repair keta.... sembang dengan sorang mamat nie... keta dia pun pernah jadi mcm nie... Dia repair kat situ... tu yang boleh aku repair kat situ... Bengkel New Star dekat kawasan industri Jerantut... ada sebuah pesona pun problem sama gak....

Keta injection nie, memang save minyak... tapi perangainya pun boleh tahan... nak kena selalu jaga setting tu... kalau tak problem lain pulak yang timbul. Bila kita pe hantar sendiri keta... banyak benda yang kita belajar.... tapi nak kena rajin buka mulut jugak... tanya kalau tak tahu. Sejam jugak ambil masa nak service nie... aku tunggu... tak berani aku nak tinggal keta kat bengkel. Rela aku tunggu melanggut kat situ tak pe... janji aku puas hati...

Semalamnya tu... sampai je Jerantut dah pukul 8.30 malam aku tengok bengkel yang selalu aku repair keta buka lagi.... aku singgah jap tukar minyak hitam... selalunya spare part aku beli kat KL... aku upah dia je... Upah tak sampai RM10 pun... selalu aku suruh dia check keta sekali... Apek tu dah jadi macam kawan.... keta aku rosak kat KL mesti aku call dia dulu, tanya apa problem... berapa upah... berapa harga barang...

Pening betul keta aku nie... asyik mati je... empat kali mati tengah jalan aku dah tak boleh tahan kena pe repair jugak lah... Nak repair kat Sg. Buloh tak tahu kat mana.... aku serik repair kat Service Proton... Throter Body tu sebenarnya boleh service... tapi pe situ dia tukar terus.... bukan murah pulak tu... beratus2. First time mati, time aku nak pe exam... tapi aku tak adalah menglabah sangat.... sebab aku tahu dalam masa 5 minit akan hidup balik.

Bila mati sesuka hati pun masalah gak... sekali tu mati time aku nak bayar tol... dah lah time pagi keta bersusun-susun ambil giliran... kali ketiga aku nak pe keja, kononnya nak ikut jalan biasa.... mati pulak line kedua... aduh tensionnya masa tu.... keta kat berlakang bersusun... orang nak ge keja... kali keempat dengan member nak pe makan....member aku dah panik....ya ah, keta mati tengah jalan. Aku tenangkan dia..." jangan risau, keta akak nie mmg mcm nie... kejap lagi hidup... " tapi tu ah mati sesuka hati.

Aku sebenarnya dah tahu masalahnya... tapi kat area sini tak tahu kedai nak repair kat mana.... klu kat Jerantut aku tahu lah... last sekali repair kat Jerantut.

Tuesday, February 16, 2010

DAH SAMPAI MASA, NAK BUAT MACAM MANA

Semalam aku ke bandar Jerantut.... memang niat di hati nak tukar minyak hitam.... dah cukup masa pun.... so aku ke kedai cina yang biasa aku repair tu.... apek nie.... kata je raya, tapi ari Sabtu aku balik buka, Ahad buka, Isnin buka,.....ari Selasa lagi lah buka.... masa nie dah pukul 6 petang.

Aku bab keta aku jaga.... benda yang aku paling sayang keta lah.... sebab apa aku sayang.?... keta nie lah yang bawa aku ke mana2.... tu sebab, bila rosak sikit je aku terus repair.... sebab aku sayang. Diri aku sakit pun belum tentu lagi aku nak ge klinik.... tapi keta meragam sikit je aku terus hantar bengkel. Kalau dah sayang, sanggup lakukan apa saja.

Bila dah naik tempat tinggi... baru lah nampak minyak hitam kuar.... walaupun tak banyak, tapi kalau dibiarkan akan menjadi barah. Akhir sekali tuan dia yang parah nak mengeluarkan dari poket. Setakat aku tengok dari atas memang tak nampak pun minyak hitam meleleh.... dari bawah segalanya jelas....

Setelah berfikir beberapa saat, aku setuju nak repair..... daripada kena kat h/way lagi payah.
"tauke bikin ini hal berapa lama?"
Tak janji dgn orang aku tak risau.... cuti seminggu beb. Paling tidak pun esok boleh gerak.
Tak pe lah dia kata dalam 3 jam boleh siap... mana tak nya semua nak kena buka.... teming bell lah... entah apa kejadah lagi... nasib baik keta aku je ari tu.... ting tong2 pukul 9.45 malam baru siap keta aku. Aku tak tahu lah berapa biji limau aku belasah sambil menunggu keta siap.

Penyebabnya getah seketul je... masa tukar teming bell ari tu... ausi (aku belasah je lah ejaan mcm mana pun) pomen letak gam.... benda tu lah. punca segala barah...yang menyebabkan bocor. Nasib baik dapat kesan awal.... tak sempat lagi minyak hitam kena pada teming bell. Kalau tak lagi haru biru...

Nie dah siap dibersihkan dengan menggunakan minyak petrol. Memang teliti betul dia buat keja. Siap tolong pasang lagi skru2 aku yang tak ada.... yang longgar2 tu dia tolong ketatkan..... susah aku nak cari pomen mcm nie. Kat KL ada satu pomen je aku percaya. Tapi ceta dulu...2 tahun yang lepas. Aku hantar keta kat pomen nie dari tahun 2001 sampai 2008. Tu lah dulu masa ada tak hargai.... sekarang bila dah tak ada, dok ingat. Ingat.... sebab dia bab repair keta memang teliti. Harga pun, tolong kawan je.

Apek nie dah semua beres....dia akan basuh lagi keta. Mana nak cari pomen mcm tu. Aku ingat, klu aku duduk kg.... memang hantar kat dia je keta aku. Kasi satu tangan je jaga. Setakat nie harga yang dia ambil dengan kerja yang dia buat...memang aku puas hati. Semua dia buat sendiri. Dia tak pakai kuli. Orang tua yang dah berpengalaman buat keja tak sama dengan budak2 bikin keja.... ketelitian dia pun dah lain. Kita yang bayar, so sebagai pengguna kita boleh buat pilihan dalam menentu yang terbaik setiap apa yang kita kuar kan.

Nak jaga hati kawan... kadang2 kita yang makan hati...
Nak jaga keta....jangan loket kuar duit poket....

Friday, November 27, 2009

KETA WIRA KU.....

Hari Khamis, dalam pukul 5 aku dah terpacak kat bengkel nie.... janji petang dah boleh siap.... tapi ada je yang tak kena... lepas satu...satu masalah yang timbul.... ada je benda kena tukar... dah tu, nak tukar kena tunggu enjin sejuk dulu.... aduh.. pukul 8.00 pm baru semua siap... Kesihan kwn aku Liza menunggu.... dari petang sampai ke malam..... terpaksa tangguh lagi perjalanan aku ke KL..... aku hantar dia balik sampai umah.....alamaknya esok le pagi2 aku bertolak ke KL....

Semua dah siap.... pomen nie siap tolong aku cuci minyak2... memang keja dia aku puas hati.... memang dulu selalu hantar keta repair kat sini....tapi keta wira aku nie, first time hantar kat dia.... dulu tak ambil tahu pun pasal keta... mentang2 kawan pomen keta..... rosak je call.... kejap je dah sampai....sekarang semua kena fikir sendiri....

Tapi bagus jugak, sekurang2nya tidak terlalu bergantung kepada orang..... banyak benda kita boleh belajar..... belajar hidup berdikari.. dan jgn ambil kesenangan atas kelebihan org lain....

Lagi satu pomen nie semua dia buat sendiri.... dia tak ada pekerja pun... tu yang aku puas hati.... dah tu keja dia memang kemas.....ting tong2.... habis jugak lah dalam RM400 lebih....

KETA KU MASUK WAD

Hari Isnin petang aku hantar keta aku masuk wad.... pomen kata mungkin 2-3 hari baru siap.... ok lah petang tu gak aku hantar bengkel kat Batu 1..... nasib baik ada Liza, boleh aku tumpang sampai Damak.... itu pun kebetulan dia kuar ke bandor.... kalau ta naik bas lah....

Hari Selasa aku ge tengok.... apa yang perlu diganti.... aku tak bagi dia ganti dulu.... tunggu aku datang.....ada satu barang yang tukar lain tu aku pe beli sendiri kat kedai potong... nasib baik lah ada Hairul nak teman kan aku..... pomen tu tak senang nak ge cari barang..... ikut kan dia boleh pakai lagi.... tapi aku tak yakin... dah nak putus... dah le aku nie suka drive jauh2.... masalah pulak kalau berlaku dalam perjalanan...

Hari Rabu confirm aku suruh dia potong head sekali... alang2 nak buat biar kasi cantik.... kasi power sikit.... asalnya aku nak tukar casket head je.... tapi tengok head dah tak rata.... kan jadi balik kena buat lagi.... upah bukan murah buka semua tu....

Ini le rupanya keta aku yg dah kena barai.... head nie aku ambil gambar belum potong lagi.....

Antara komponen2 yang perlu dibuka.... dan dibersihkan sebelum dipasang.... ini kali kedua keta aku potong head.... dulu pernah kena sekali kat highway jalan duta.... nasib baik trak tunda free.... terima kasih Insuran Great Estern... perkhidmatan yang pantas.... service yang bagus...

Sebenarnya punca segala masalahnya... ialah radiator tu dah tersumbat.... hantar kedai dia kata ok.... padahal dah tak boleh pakai.... aku tukar sekali yang baru.... puas hati.... Itu pun pomen tu tunggu aku datang Pagi Khamis tu.....setelah aku puas hati memang dah tersumbat.... air nak masuk pun take time.... so aku suruh dia tukar.... ada lah 1-2 benda lain aku suruh dia check sekali..... aku nak tukar 3 bell tu pun dia tak mahu tukar....

"Tak payah tukar..... saya kasi ketat dulu.... buat apa you mahu tukar... boleh pakai lagi ma"
Aduh apek nie.... aku nak tukar.... he he tak suka dengar bising.. rupanya bell kendur....

Daripada Hari Isnin.... hingga Khamis ari2 aku ge tengok keta aku.... nasib baik ada kancil bapak aku.... memudahkan lagi pergerakkan aku.....

Kalau sesuatu benda tu kita sayang....
Kita sanggup lakukan apa saja....