Kembali menulis

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari pertama saya menulis untuk tahun 2011. Kata ganti nama diri pun sudah bertukar. Dahulu saya menggunakan 'aku'. Mungkin lebih baik saya ubah kepada yang lebih sopan dan manis kan? Sejak laman sosial facebook bermaharajalela, saya berasa sangat malas untuk mengupdate di blog kesayangan ini. hmmm... entah sayang entah tidak saya pun tidak tahu. Mungkin juga saya akan mulakan di sini pada hari ini. Tepat jam 12.30 pagi saya secara rasminya bertekad untuk menulis lagi di sini. Harap2 usaha saya ini menjadi dan berterusan. Owh saya perlu istiqomah! Maaf kalau salah ejaannya. Saya sudah lama tidak menggunakan perkataan tersebut. Arghhhhhhhhhhh skemanya kata-kata saya pada malam ini....apakah?mengapakah?

Hmmmm...susahkan menjadi orang yang skema dan lurus? Serba tidak kena rasanya. Owh mungkin kerana saya jarang menggunakannya. Kata orang alah bisa tegal biasa tetapi kita juga perlu menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Eh apalah sangat yang hendak dikecohkan..kan?

2011 tidak menjanjikan apa-apa kepada saya. Saya masih lagi memegang status single hehe...entah bila lah saya akan mengakhiri status tersebut. Bukan senang hendak menerima orang lain dalam hidup kita yang selama ini membujang. Bukan saya menentang perkahwinan dan normal kehidupan tetapi tengoklah pada diri saya sekarang, Banyak kecundang dalam hidup. Semestinya kecundang dalam memilih calon suami. Apa yang boleh saya katakan saya memang agak pemilih tetapi apabila saya sudah menyukai seseorang, saya akan menyayanginya sepenuh hati. Hurmmmm susahkan menjadi Elyza Diana....  

Sepanjang saya berhenti menulis di blog ini, banyak luahan hati saya hamburkan di facebook kerana cepat dan pantas. Status yang saya tulis di facebook selalunya akan mendapat sambutan hangat chewahhh!! Ramai yang akan komen di situ. Aplikasi di facebook selalu bertukar dan kadang-kadang menyusahkan jika kita tidak biasa dengan perubahan. Ops, jangan salah sangka! Saya memang sukakan perubahan dan kepelbagaian tetapi janganlah terlalu drastik mengubahnya. Namun sebagai pengguna, siapalah saya untuk menyuarakan ketidakpuasan hati saya....dan yang paling saya tidak suka apabila ramai yang invite saya untuk aplikasi yang saya tidak suka. Semestinya game. Maaf, saya memang tidak suka bermain game secara online. Saya hanya bermain game biasa yang terdapat dalam netbook saya. Itupun jika saya kebosanan ataupun tension. Skema tak? hehe...

Ops! Sebenarnya sebentar tadi saya menaip soalan PPT Bahasa Melayu Tingkatan 2. Saya terpanggil menulis di sini pun sebab ingin release ketegangan saya semasa menyiapkan soalan exam. Ada satu subjek lagi yang saya perlu siapkan iaitu Pendidikan Seni. Ini merupakan kali pertama saya mengajar Seni. Macam manalah saya terpilih untuk mengajar Seni? Katanya saya ada bakat yang kreatif sebab sebelum ini saya pernah menyiapkan beberapa buah buku kenangan untuk guru bertukar dan bersara di sekolah saya. Namun bagi saya kedua-duanya berbeza. Mungkin sama tetapi tidak serupa. Saya memang tidak suka melukis! Apalah nasib....

Cuma baru-baru ini saya telah menghadiri bengkel seni lukis batik di sekolah. Apa yang boleh saya katakan bengkel tersebut memang menyeronokkan walaupun penat. Bayangkan saya terpaksa menukar design saya bersama rakan saya berulang kali. Mungkin disebabkan saya kurang bersedia dan datang dengan hati yang boleh diagak keikhlasannya lalu ia menjadi tidak sempurna di mata saya. Saya melalui pelbagai steps yang berbeza bermula denga memikirkan idea rekaan batik di atas sekeping kertas. Kemudian dilukis pula di atas sehelai kain lalu di stapler  ke atas sebuah bingkai kayu berbentuk empat segi, melilin dan mewarna. Langkah terakhir hanya menunggu saya ke bengkel tersebut...sapuan sejenis cecair yang boleh mengekalkan warna lukisan batik dan membasuh serta mengering. Namun sampai sekarang saya masih belum sempat menyudahkan kerja-kerja remeh tersebut....

Alamak! saya sepatutnya menyenaraikan sahaja plans yang sudah dan belum saya lakukan sepanjang bulan ini. Terlalu banyak yang ingin diberitahu dan dikongsikan. Jadi sila check di bawah yer...

Yang sudah:
  • gambar pasport pelajar
  • pencerapan guru
  • fotografi majalah
Yang sedang:
  • soalan PPT BM
  • soalan PPT Pendidikan Seni 
 Yang belum:
  • assignment induksi
  • study untuk peperiksaan semasa induksi 26-28 April 2011
  • khamis ni kena hantar pelajar ke pertandingan silat seni dan tunggu di sana sehari suntuk...waaaaa!!
Jadi, saya berhenti di sini yer...wassalam!

Slmt Hari Cikgu-Cikgi




salam..

slmt hari guru kpd semua yg menjadi guru di malaya..
ops! sudah tukar nama ka?? 
malaysia terchenta..


esok ada sambutan hari guru di sekolah
guru lwn netball ngan bebudak
sgt excited nak beraksi
hope dpt kalahkan depa
dah lama xkejar bola
jgn semput udah..


specially to all bloggers
yg pnah, sedang, telah dan sebagainya..
to my sis kni, my twin diani, my bro cinta sufi..
jadilah yg terbaek!
baekkkk punyerrrrrrr!!!
k chiaw...



terlupa sudaa...



Salam kasih sayang..


Backdated post neh. 
camne la bley terlupa nak post psl hari ibu neh huhu..
maklumlah skang dah ada fb...
blog dah jarang buka..apa kes??


Sempena dgn hari ibu yang dah lps
aku nak ucap SELAMAT HARI IBU 2010
kpd insan yg amat ku syg..

~Asiah bt Yusuf~
jasamu ku kenang ke akhir hayatku
tiada 2,3, bla bla bla...
kaulah satu-satunya..
kasihmu tiada tolok bandingnya..

tq ALLAH...
kernamu jua aku masih lg hidup
masih lagi berpeluang
membalas jasamu ibu..alhamdulillah syukur!



Hobi baru guwe




Salam..

kejap ada kejap xde
mcm chipsmore
chipsmore pun x mcm aku
nway i'm back friends!
hohoho merealisasikan impian di blog terchenta
walaupun dah jarang lepak sini
tp ia ttp menjadi pujaan hatiku

ini mau celita la
aku dah ada hobi baru skang
hobi yang byk mengeluarkan peluh
i like it much!
ekceli dah lama nak main squasy
tp xde org nk main sama
xde org nak ajar
dulu pernah gak main masa matrik 
tp x bertahan lama

Alhamdulillah ..
Sabtu lps hajat nak main squasy dah tertunai
mmg betul2 penat
but i having fun there
bleh release tension
kebetulan hati ada sakit
so mmg kena pada masanya la
aku hentam dinding tu ngan bola squasy
fuh! lps main rasa lega yg amat
THANK GOD!




gila2 di konvo

aku yang menyebok ngan bebudak KPLI


tumpang sekakilah yer..ignore the oily faces!


bucuks si mangi buat2 nakal hahaha


our mum n her MIL




Salam ukhwah..

actually citer ni blaku mggu lepas. kira backdated la. aku ke Penang tuk attended majlis konvokesyen my twin. aku pi sana naik bas jer. x berani lah nk drive ke sana sorang2. naik bas mlm lps sekolah tp no luck..aku tertinggal bas huhu. maka dengan muka cemas aku pun pi cari ler tiket lain. luckily ada lg bas yg nak gerak ke Penang. lgpun malam masih muda hehe...

majlis start 9 pg tp terpaksa pi awal sbb diani kena daftar dulu. perut dah mula nyanyi2 huhu..tpaksa tahan sampai la tengah hari. mujur ada jajan. lps gila snap2 gambo pastu baru bsiap2 btolak blk kg.lebih kurang 3.30pm kitorang chiaw dr situ.

aku spent 2 hari di rumah. menghabiskan masa begitu saja. mkn tdo mkn tdo..keja umah tu ada la buat cket2. buat jeruk pauh 1 besen besar hahaha..tp aku bwk ke ipoh 1 balang jer! kalo naik keta bley la angkut bebanyak tp dukacita dimaklumkan aku naik bas yek...sekian! sambung lenkali lak ngan cite2 lg best hehe..wlaupun dah jarang berblogging...chiaw!



bz...bz...bz...

Salam ukhwah..

hi. pekabo frens.
lama x hupdate ini blog.
blog siapakah?
blog aku lol.

hupdate ikut mood n time.
time free bley la godek2 blog ini.
bila dah ada muka buku
blog dilupakan
huh!
sungguh tidak mengenang budi ini budak.

erkk budak??

bz?
apa yang bz?
this week quite bz
jumaat lps tpaksa ke stadium
snap2 piccas the vasss
bos besar aku punya psl la
dah la aku bertugas di sekolah

penat gak setarang
7.30pm baru sapa umah
hujan lebat plak
terkial2 aku drive
mata ini rabun cket
x kira hujan atau malam
siang okey jer

smlm ada pibg at skul
snap2 piccas lagik
then pi carik perabot umah
beli ler pepe yg patut

malam hangout jap kt kedai mamak
gerbang malam pun aku bantai
jumpa membe lama
amik adek osmet dr kl
sampai umah dah 1++ am..
on lappy kesayangan aku
wasted masa jap dpn lappy
sedor2 dah 4.30 am
how come?
fb..ym..discuss bisnes baik punya
x bley heboh lagi
takut x jadi
nt aku hupdate psl bisnes x seberapa tuh okey..heh

morning!
ngantuk gilew
bekpes pun blum
mandi dah..
k chow dulu
nk isi peyut dulu okeh
the piccas will upload later!

Pemergian yang takkan kembali


TAKZIAH untuk keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi atas pemergian sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang...moga tabah segala..ALLAH lebih menyayanginya...

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Apa yang pasti yang hidup pasti kembali kepada penciptanya..Al-fatihah!

p/s: Sangat takut jika perkara ini berlaku pada keluarga aku ..yg pasti aku belum bersedia untuk merasai kehilangan!

Blood Preasure



 Salam kasih sayang semua..

Rindu nak blogging. 
Seminggu hampir berlalu. 
Cepat betul masa bergerak kan? 
Pantas meninggalkan orang2 yang single, married, widow, widower, old folks dan ramai lagi lah...

Holiday lepas macam biasa la aku blk kg terchenta
byk gak la aktiviti musim cuti sek yg aku lakukan
Menghabiskan cuti n merapatkan hubungan
Mengerahkan tenaga n mengalirkan keringat

1st day blk dah ramai yg dtg umah
erk ada org dtg merisik ke hape ni hihi
Owh nak buat majlis maulud upanyer..

Alhamdulillah sampai gak hajat siblings aku thn ni
Berkumpul reramai n msk n mkn bersama2..
Secara x langsung dpt merapatkan ukhwah sesama beradik..
Utk pengetahuan u ols kitorang mmg sepakat ..
Moga ia berterusan sampai bila2...ameen

Kemdian bila dah selesai majlis pelagi yg tinggal?
Jwpnnya pinggan mangkuk yg perlu dibasuh ler
Hmmmm malas tul bila time ni...

Esoknya berperang la aku ngan benda alah yg kotor tu huhu
Tp xpe demi negara...eh demi masa depan..
Buat2 rajin cket kang senang bila dah biasa buat...
Mentua sayang hehe (ada hati)...

Keja xde gaji yg aku buat time cuti sek ritu...MENGECAT
Adehh penat gak posen mengecat pagar nih..
Ekceli aku mmg suka mengecat...
n jgn x taw dinding umah aku yg tlg sebok mengecat..
Twin aku ada gak tlg..anak2 sedara..tp kejap jer la...
Hitam legam muka ngan lengan berpanas
Ala musim kemarau kan...

Ops! lupa lak nak cite psl blood preasure aku..
Bro in law check aku punya blood preasure
Punya la lama nk p check
Asyik dok tangguh jer

Dah byk kali pitam kt sek nih
xley lupa bila pitam kt pasar ramadhan lps
huhu mujur la kepala aku ni akak aku yg sambut..
kalo x, cuti di hospital la gamaknya...

my blood preasure..low 


SYSTOLIC: 90
DIASTOLIC: 60

Ntah betul dah kot systolic diastolic tuh
kadang2 tertukar hihi

Patut ler selalu pitam
Tekanan darah rendah upanyer huhu
Ada org ckp pitam bley dikaitkan ngan stress
Pasni ramai la org yg stress, pitam ...

Ingat nak p check darah tp x sempat
Mana tau ada penyakit lain yg hinggap
Mtk2 ler xde kan ...

Hmmm time to sleep..
Esok ada latihan netball lak
Till then..c u
Muaxxxxx


Piknik di Ulu Chepor

Detik ini..happy birthday!



Allah selamatkan kamu2X

Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to D.I.A.N.A
Happy birthday to me..

Alhamdulillah ...
meningkatnya umur pada tahun 2010..
mengingatkan aku supaya lbh bersedia menghadapi hari2 mendatang
moga hidup ini lebih diberkati
Ameen..

"i'm not getting older but i'm getting better"



New look?

Salam ksh syg..

alahai template baru..
sesaja jer nk tukar dah boring ngan yg lama..
erk aku bkn kacang lupakan kulit k..

pe salahnya get in love with this lak..
ermmm maksud aku template baru ler.
tup pun slps 2,3 hari bertungkus lumus memilih..

ceh! mcm nk pilih kain jer..
pilih kain pun x mcm tu punya lama huhu..

so many choice so x taw nk pilih yg mana 1...
tp maybe akan bertukar lagi kalo rasa cam x seswai..
kena godek2 lappy lg la nt ..
keja lain x terbuat aduyai...
concentrate itu penting kan??

header ase cam kureng cket
sponsor tu cmne nk buang ekh?
adeh..byk kena repair nih
tggu jer la nt kot2 aku ganti ngan yg baru ke..
hehehe...


R.I.N.D.U.


Salam ksh syg..

dah lama x menghupdate blog ini. rindu gak seposen. last post pun masa thn baru ritu. aku bkn pure blogger. kadang2 bila dah tjumpa interest baru yang lebih baik, yang lama ditinggalkan. adakah aku mcm kacang lupakan kulit? hehe..xde la kan ..mungkin menunggu mood yang mendatang...bila rasa itu hadir secara automatik mood itu dtg dengan sendirinya ataupun adakah mood itu perlu dikawal oleh kuasa minda? apapun aku pernah mendengar, sebenarnya bkn kita yang dikawal minda tetapi kita yang mengawalnya..apa yang penting kita nak ke tak nak! hmmm x tau la betul ke tak ..

Rakan2 blogger yang ditinggalkan jgn lak serik nak jenguk blog ini yer. Sebenarnya aku selalu gak la visit blog kamu semua..jenjalan n baca apa yang patut..mungkin tiada komen ..silent reader jer ..pepun cuma nak cakap, "aku rindu" ..kelakar x? hmm mungkin..uishhh dlm hidup aku kebelakangan ni byk sgt perkataan mungkin..x pasti dgn apa yang diperkatakan..cmne la idup aku pasni?

Visit blog mr. cr...syahdu jer apb dengar alunan muzik drpd piano..selama ni biasa jer rasa tp mungkin sbb dah lama x bertukar khabar berita ngan cr...isk! Rakan blogger lain jgn jeles lak eh..aku rindu sama cr..bkn rindu dia tau cuma rindu nak chat ngan dia ...wahhh! siap rindu2 lak tuh..jgn gosip! beliau sudah berpunya hehe...


p/s: apa nak jadi? dah baca blog ADUKATARUNA? ini blog dia http://www.adukataruna.blogspot.com ..tepuk dada tanya diri sendiri la..pepun takziah tuk almarhum Sultan Johor. Moga rohnya dicucuri rahmat. ameen!





New Year 2010

Salam thn baru..

Alhamdulillah masih dipanjangkan umoq tika dan saat ini...
dan aku masih di sini menghabiskan dan mengenjoykan diri
masih di alam single
tah bila la kan..
..kui kui kui..
chewahh! ala2 jiwang la plak kan..


nway just 2 wish all of u
HAPPY NEW YEAR 2010

tahun bertambah umur pun bertambah
thn ni thn last era 20-an
x lama lg alam 'tuttttttt'
hmmm x mo sebut la..
harap2 semua harapan dan angan2 jd kenyataan..
hmmm..byk berangan aku nih huhu

hidup nikmat yg diberikan tuhan
jgn sesekali kita sia2kan
segala masalah jadikan cabaran
insyaallah bahagia akan menjadi milik kita..

hmmm apa lagi ek??
tu jer la..
ops! lupa nk habaq..
keta den dah siap...
bley bwk jenjalan dah
BEWARE okeyyyy!!

~muaxxxxx~



CANDID PHOTO CONTEST



~Salam Ukhwah~

Wah! Kebosanan yang melanda td
Rupa-rupanya Allah nak temukan dgn sesuatu yg bermakna

Candid Photo Contest

Jom join sesama di sini...klik la..
Ok sila fokuskan mata anda pada picca di bawah yer..




Picca ni disnap diklik

semasa malam akad nikah twin

Aku edit cket picca ni

bley fokus kpd subjek berkenaan

So enjoy!!!


Nah! picca ori punyer kt sini tau!!



blerghhhh...

Salam..

Tiada yang istimewa nak dikongsikan di blog kali ini
dah 3 hari di Ipoh
meeting...meeting...meeting..
3X meeting yang x sudah2
keboringan tahap gaban
kebosanan yang melampau

Gemuk?
sapa yang bagi istilah gemuk?
dah tu bila nak kurus?
hari2 makan<----
--->makan hari2
adeh...adehhhhh

tuhan kata x baik mengeluh
jadi aku bersyukur ngan apa yang dianugerahkan..
titik..
titik sepatutnya satu titik.
muahaha..
chaw!








Alhamdulillah Selesai ..



Salam kasih sayang semua..

I'm back! Kembali berblog setelah lama meninggalkan blog ini dan kembali ke bumi Ipoh untuk menyelesai dan menyudahkan apa yang belum selesai dan juga yang belum sudah. Pertama, aku x sabar2 nak habiskan pengawasan spm aka jaga exam yang tinggal 3 hari jer lagi. Kedua, aku kena siapkan prospektus sek sblm 16 dis tp maklumat2 yg dah diupadate aku blm dpt lg dr sek aku. So nak buek camno ni jang? Ketiga, aku nak pi jenguk berry aku kt proton tah camne la keadaannya dah sehat ke blum si berry aku tuh..tah2 ngah nazak ke hape ke. nk mtk tlg org yang lbh berpengalaman pun aku xde org yg bley diharapkan..mtk2 ler semu bley settle sblm aku blk bcuti 15hb nih huhu..

Ops! Apa kaitan picca di atas ngan n3 nih? hehehe...alhamdulillah twin yg aku sayang dah selamat diijab kabulkan tanggal 28 nov 2009 dengan sekali lafaz. Walaupun majlis bermula agak lambat kerana sbb2 yang x dpt dielakkan tp alhamdulillah pengantin lelaki tdk gentar tuk memegang tgn tok kadi hehe..dan juga disbbkan kelambatan itu tok kadi lupa nak soh pengantin keluarkan duit hantaran...mujo la dia x akad 'hutang' hehehe..dan malam tu juga aku tdo 3am sbb nk kemas2 umah yg berselerak ngan pinggan mangkuk yang kotor..dan esoknya aku kena penangan tdo lbt huhu...

Pagi yang cerah keesokannya, aku mmg bz menguruskan apa2 yg patut diselesaikan. Sempat lg kuar bandar beli brg2 pengantin yg x cukup..bunga manggar yg blm siap, langsir yang baru nak pasang, bunga hiasan..mak andam lbt sampai lbh kurang kol 1 pm sbb jalan jem dan akibatnya kengkawan yg dtg awal x sempat nak jumpa dan bergambar ngan twin aku sbb ngah makeup. Siap tggu dlm bilik lg sbb nk bergambar huhu..maafkan kami yek kengkawan..Thanx to Aizi & Zura sbb plg awal dtg memeriahkan majlis walaupun aku x sempat nk layan korang sbb masa tu aku pun ngah bersiap nak sambut tetamu yang dtg. Antara kengkawan lama yg dtg awal sar, k'long, jae, k'chik, rosniza, jaws, tiey..sori x dpt nk lyn sbb teramat bz dan penat tuh x usah citer la sbb mmg penat..membe2 pun asik komen aku muka letih jer huhu..

Petangnya lbh kurang kol 3pm rombongan pihak lelaki dtg 'belarok' ..aku sempat snap beb keping gambo jer sbb dok sebok sambut pahar hantaran. Masa depa bersanding sempat gak la suap pulut kuning kt pengantin..membe2 ramai yg dtg masa ni. ja, mc na, kemar, joe, nori, sudin, syahrir, amri, lea, aty, eriey dll...berbual sakan la depa ni sbb dah lama x jumpa kan..

Malamnya, sesi buka hadiah. Sgt seronok bila buka hadiah yg sedara mara bg. potong kek 3 tingkat yang blm abis mkn. tupun ada lg kek yg belum potong. muak mkn kek nih. lain ler kalo kek coklat ke hehehe..tdo pun lbk kurang 3am gak sbb dapur berselerak..Walaupun penat tp aku happy sgt bila semua dah selesai..SLMT PENGANTIN BARU KAK! Selamat menjalani kehidupan yang baru and wish u happy ever after!


p/s: moment yg plg kelakar bila abg aku mengusik. Aku disuruh kemas kain baju blk umah dia sbb takut husband twin aku tertukar org hehehe..



Ia datang lagi


Salam ukhwah semua..

Masa yang berlalu takkan kembali lagi dan sekarang masa untuk ENJOY!!!!! Cuti sekolah menjelma kembali dan buat kesekian kalinya aku masih lagi di Ipoh menghabiskan cuti sekolah sorang2. Thn ni turn kena jaga spm la wei. Biasala guru baru mmg kena semua. Paksa rela..redha jelah kan..Tp yg x syoknya dok umah sorang2, mkn sorang2. Osmet dah blk mlm td. Tinggal ler aku sorang2 kt umah nih. Blk raya pun jap jer. dah la twin aku kawen. Mujur sempat tuk wedding beliau cuma majlis sambut menantu x sempat la nk hadirkan diri sbb 30hb ni aku dah kena blk Ipoh..

hmmm korang dh nampak kan invitation card kt atas tu kan? Sila hadirkan diri anda jika anda mengenali anak tokwan ni okeh. Kalo sesape yg dah dpt kad tu lagi la kena dtg kan. Aku mewakili kaum kerabat ingin menjemput semua yang mengenali diri kami. Kalo ada yang baru kenal tu kalo nk mai pun okey jer. Kalo x tahu lokasi umah bakal pengantin sila email to wedwa81@yahoo.com. Nanti aku ley send map okeh. Jumpa lagi!


Titis hujan itu


Salam...

Seminggu berlalu slps eksiden. hati seakan tenang bila melihat titis2 hujan yg turun ke bumi dan menjadi takungan air. ada juga yang mengalir tenang mengikut aliran tanah ataupun yang hanya membasahi daun2 pokok yang menghijau. hmmm aku x sempat nak memerhati dan mengkaji semua ke mana berakhirnya titis-titis hujan itu. apa yg pasti apabila ia turun, ia akan tetap membasahi bumi tuhan yang fana ini...

Begitu jua dengan kejadian demi kejadian yang berlaku dlm hidup. hidup ini senantiasa akan ada masalah dan jika tiada masalah dunia ini seakan- akan mati dan tidak berfungsi. itulah putaran alam kehidupan yang seakan-akan merestui perjalan hidupku yang penuh berliku. lantaran itu aku perlu tabah dan redha melepasi setiap ujian yang mendatang dan Alhamdulillah hidup ini agak tenang apabila kita belajar menerimanya...ujian tuhan tiada siapa yang tahu dan mungkin Dia hanya mahu menguji ketaatan hamba-hambanya.







Tragedi..Tuhan sekadar mengujiku!

kejadian 071109 1.15pm

berryku remuk slps cuba mengelak kancil n terus menghentam toyota ini


Luluh rasa hati ini. lemah tidak bermaya. derap langkah diatur perlahan-lahan. itu yang aku rasa sekarang. tragedi demi tragedi berlaku. apakah aku berdaya? hanya doa dan semangat drpd keluarga dan kengkawan yg membuatkan aku jadi kuat...

Rentetan peristiwa:
Aku dan membe aku bertolak blk dr matrik gopeng dan menuju ke Jln Raja Dr. Nazrin Syah. Apabila sampai di traffic light lampu masih hijau jadi kami meneruskan perjalanan dengan had laju aku x bape igt..tetiba kancil biru tua yg dinaiki seorang remaja dr arah bertentangan cross ke sebelah kanan. Berry masa tu x sempat nk brek dan terus melanggar si kancil dan mengelak ke kiri dan terus melanggar toyota yg sedang menunggu..

driver si kancil dipapah keluar dan pengsan lalu dibawa ke hospital. mungkin terkejut ngan eksiden yg baru berlaku. aku n membe masih dlm keta. rasa mcm mimpi. mujo ada airbag. dua2 berfungsi n keta berasap. bila airbag kuar itu tandanya hentaman yg sgt kuat..aku terdorong ke dpn cket. rasa senak di perut dan masih lg terasa sakitnya arini..alhamdulillah Allah masih sygkan aku..

membe aku menangis. aku plak yg cuba tenangkan dia..aku? muka ilex jah sbb aku rasa mcm mimpi, sekelip mata jer kejadian ni berlaku. aku cuma rasa terkejut. lbh kurang kol 2 kami blk ke rumah slps lama dok tggu sarjan dtg check. aku serahkan pd proton nk buat cmne pun. sampai umah aku mandi dan semayang. pastu aku rasa mcm baru tersedar dr mimpi. aku eksiden dan keta aku dah remuk. aku menangis gila2...tepon akak n abg aku sambil nangis2 isk...abg aku dtg dr kl..

ptg tu aku wat lodge report di balai polis ipoh slps 2 keta tu buat report.. si kancil dan si toyota menuduh aku masih di lampu merah ketika kejadian. tp aku dan membe ttp kata hijau dan masih ada saksi ckp kami di pihak yg benar. tp alhamdulillah aku x disaman. polis x ckp sape yg bsalah dlm hal ni. jadi kami claim insurans masing2 lah..thank god sbb xde yg meninggal. THE END!

SERIK? hmmm rasanya TIDAK. ramai lg yg lbh malang drpd aku. aku x cacat pepun. Cuma aku ralat jelah sbb keta tu pun aku baru pakai dlm 2 mggu gitu. tp dah kena masuk workshop disebabkan kelalaian org lain. byk kisah tragis ngan berry nih.. perlu ke aku jual jew keta nih? MALANG? NASIB X BAIK? Keta yg memberi masalah kpd aku sepanjang aku memilikinya...namun aku redha, TUHAN sekadar mengujiku..

Esok? esok aku kursus Photoshop selama 4 hari kt PKG n aku x taw nk pi cmne..ada sesape nk tlg hantarkan?





Apa ada dengan ku?


Salam ukhwah..

waaa tajuk x tahan. hmmm mcm blog title seseorang lah. tp sape ekh? k'wae kot hehe..sorry k'wae ore rembat headline awok cket hehe.. lain cket ngan headline k'wae tu 'ada apa dengan ku'..hmm comey x gal dlm pic atas? hmmm mesti comey kan sbb dia kira sedara rapat tuh ngan aku. dah lama simpan pic dia. nk publish dia kata malu. lani baru dia bg green light. aku apa lg on jew lah. kalo tgk mata dia ada dok tertusuk dlm hati? kui kui kui..

dah lama x update ini blog. xde mood+malas+bosan tahap gaban..asyik ngan facebook>>addicted! tp lama2 bila selalu ngat dok ngadap fb ni ase bosan tahap menyampah lak. sbb ape taw? sbb fb lani dah ada new look yg membosankan..nyampah tul lah! tp dlm pada tu buka gak fb hehe..yer ah sbb frens ramai kt situ..nyampah tul fb nih huhuhu.. tp ttp syg tau!

hmmm blog ni pun kena la jenguk gak. kang bro dushhhh dushhhh den gak yg ssh hehehe...credit to bro kerna selalu dushhhhh...ada gak supporter drpd belakang..chaiyyyuuukk!! hmmm tp kan dah lama x chat ngan dia. sejak bila ekh?? asenya sejak cuti sek lps kot dia menyepi drpd aku huhu..aku pun sepi gak. mls ah nk ganggu. tggu dia abiskan keja dia dulu ah..tp kan keja ni sampai bila pun x abis huhu..bila nk chat ni bro?hmmm nk tgk gambo dia x?? hehe..nk expose gambo dia lah biar dia glem dlm blog den yg x seberapa nih..tp kalo x publish sini pun xpe kot sbb dia mmg dah sedia glem dlm blog dia..sorry bro!

hmmm nk citer ape ekh? keta baru ku dah sampai kt ipoh last weekend. akakku yg anta kt sini. terrible tul nk dptkan keta nih. byk dugaan byk benda kena tempuh. mujur aku x nyampah jer kt keta baru aku tuh. lawa mmg la lawa tp nk mendapatkan mu seribu satu dugaan yg aku kena hadapi tau! keta x padan ngan tuan lah. ase aku ni mcm kecik jer dok dlm tu. ase mcm cinonet jer bila dok dlm keta tuh huhu..bley x kalo aku beli keta lain?? myv ke? atau kancil ke? hmmm dah tu keta baru tu nk soh sape bawak lak? ataupun jual jer keta tuh n dapatkan keta yg seswai cket ngan aku yg sedia kecik nih..kan..kan..kan..cmne ekh? adehhh igt beli keta ngan daun ke? sabo jew lah..

mggu ni ada hal yg gembira n ada gak yg tidak. happy? yeahhh aku x yah ngaja lah this week sbb mggu exam kt sek. so aku ngan cikgu2 relax ah. tp kena jaga exam la. ada giliran memasing. tp part paling fedup apabila cgu yg akan ganti jaga kelas dtg lbt.kalo x sengaja xpe tp sengaja melambat2 kan masa. aku bknnya x puas hati psl pe..memandangkan aku kena masuk kelas lain lak pastu, tu yg aku hangin cket bila cgu berkenaan mai lbt. sian la kt cgu2 kelas lain yg aku kena ganti tuh.mujur la ada yg faham..

perkara x best?? hmmm aku pitam lg kt sek. dlm kelas lak tuh. mujurla buat ulangkaji jer. ngan kelas bising ntahapahapa lagi la aku pening. lastly aku duduk n suruh student pi pggil cgu lain papah aku ke surau huhu..siap anto ngan keta lg tuh. u see betapa akrabnya hubungan kami tanpa aku sedari..chewwwahhh! rehat ler aku situ. ada yg bg myak angin la , tlg kipaskan la..kebetulan line surau blackout lak. adehhh terharu lak ase..mujur x nanges jerk hehe...i'm tough enough okeh!! jgn wisau daa... kelas pun x masuk huhu...sejam pastu baru la aku ok. tu pun sbb ada kelas relief ustazah. aku ngaja muqaddam kt bdk2 f1..erk muqaddam? bila diselidik ditanya upa-upanya depa nih x mengaji kt umah. mak bapak pun turut jahil daa..jadi apo nk dikato??

waaa dah agak panjang den membebel. ada byk lg nih tp takat tu dulu lah. org kata kalo byk merungut semua keja x jadi kan..moral of the story, bersyukur lah ngan apa yg dah ada. jgn mtk lebih2 melainkan u deserve to get it! maksud aku kalo kamu mampu mendapatkan yg lebih baik bley lah berangan yg tinggi2 n besar2 k..angan2 sambil mkn buah berangan hehehe..

lastly, apa ada dgn ku? aku ada semua okeh. aku ada blog, aku ada fb, aku ada tagged, aku ada friendster, aku ada skype, aku ada flixster, aku ada twitter, aku ada ym, aku ada banyaaaaaakkkkkk..dan yg paling penting aku ada semua org yg menyayangi aku dan juga tuhan yg senantiasa memerhatikan aku...cuma yg xde hanya 'dia'..doakan aku ada 'dia' okeh..soon!



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~BORN AT ONE BIRTH~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net