Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Negara Jepun yang maju




Jepun adalah negara maju yang tidak asing lagi bagi kita dari segi teknologi dan sainsnya. Malah Jepun adalah kuasa ekonomi dunia yang kedua selepas Amerika Syarikat. Selain itu rakyat Jepun mempunyai purata jangka hayat umur tertinggi di dunia kerana taraf kesihatan yang tinggi.

Jika kita lihat dari segi teknologi dan sains,Jepun telah menguasai bidang automotif, mesin,elektronik,optik,robotik dan lain-lain.Dalam bidang robotik,Jepun adalah pendahulu dalam penghasilan robot seperti AIBO,QRIO dan ASIMO. Jepun juga adalah pendahulu dalam bidang automotif dengan 6 pengeluar kereta di dunia ini adalah berasal dari Jepun.

Jika kita lihat dari segi populasi penduduk pula, Jepun mempunyai hanya 127 juta penduduk(Malaysia-27 juta,US-306 juta,Indonesia-237 juta). Mungkin disebabkan penduduk Jepun yang produktif dan rajin serta beberapa faktor yang lain, Jepun dapat menyaingi Amerika Syarikat dari segi teknologi dan sains, walaupun penduduk Amerika yang lebih ramai berbanding Jepun.

Perbezaan Malaysia dengan Jepun dari segi populasi adalah lebih kurang 100 juta penduduk. Ini bermakna populasi penduduk Malaysia adalah lebih kurang 1/5 daripada penduduk Jepun.Jika Jepun dijadikan pengukur kepada kemajuan sains/teknologi, ini bermakna kemajuan Malaysia perlulah 20 peratus daripada kemajuan Jepun. Hanya sebagai contoh, jika Jepun mempunyai 6 pengeluar kereta, maka Malaysia perlu mempunyai 2 pengeluar kereta.(Malaysia sudah mempunyai 2 pengeluar kereta). Walaubagaimanapun Malaysia masih ketinggalan dalam bidang teknologi dan sains berbanding Jepun.Kita masih belum berupaya mencipta robot dan mesin sendiri.

Jepun

Populasi Penduduk - 127 juta
Indeks Pembangunan Manusia(Human Development Index) HDI-0.956- tempat ke 6 di dunia
Tahap - Negara maju

Malaysia

Populasi Penduduk - 27 juta
Indeks Pembangunan Manusia(Human Development Index) HDI-0.823-tempat ke 63 di dunia
Tahap - Negara Perindustrian Baru

HDI dikira berdasarkan kepada pendapatan, kesihatan dan pendidikan penduduk sesebuah negara.Indek ini digunakan untuk menentukan tahap kemajuan sesebuah negara.
Lebih lanjut »

Keretapi terpantas di Jepun


Anda pernah dengar Shinkansen. Shinkansen adalah keretapi penumpang yang terpantas di Jepun dan Jepun adalah negara yang mempunyai sistem jaringan keretapi terbanyak di dunia. Orang jepun lebih selesa menaiki keretapi untuk perjalanan yang jauh dan ianya lebih selesa tetapi harganya agak mahal.
Tetapi Kawasaki telah merekabentuk keretapi yang lebih pantas daripada Shinkansen sedia ada di Jepun. Kelajuannya boleh mencecah sehingga 217 batu per jam atau bersamaan dengan 349 kmj. Betapa lajunya keretapi ini mengalahkan shinkansen dengan kelajuan 188 batu per jam (303kmj).Keretapi ini mempunyai ruang legar yang luas di samping mempunyai cermin tingkap yang besar.Selain itu keretapi ini berbentuk lebih aerodinamik untuk mengurangkan daya geseran semasa dalam kelajuan yang tinggi.

Kawasaki akan mengeksport teknologi keretapinya ke negara lain dan antara yang berminat untuk membina landasan keretapi laju adalah Brazil, Vietnam, US, India dan Russia. Alangkah bertuahnya jika ada keretapi laju di Malaysia. Keretapi laju hanya diperlukan jika terdapat kegiatan ekonomi yang besar antara dua tempat yang jauh misalnya dari Singapura ke Kuala Lumpur. Jika tidak, keretapi yang sedia ada sudah memadai sekadar untuk perjalanan balik ke kampung sahaja.


Sumber :Kawasaki Heavy Industries
Lebih lanjut »

Rekabentuk rumah C-2




















Rekabentuk rumah ini antara yang unik dan telah direkabentuk oleh Curiosity Inc. Rumah ini terletak di Yamanashi, Jepun dan berbentuk moden dan agak minimalist. Rekabentuk begini menampilkan kebersihan dan keindahan pada setiap ruang. Pencahayaan dan pengudaraan yang baik menampilkan keselesaan apabila berada di dalam. Teringin benar ingin melihat rekabentuk rumah begini di Malaysia. Mungkin berbentuk lebih pelik dan janggal tetapi menarik dan tidak hanya terikut kepada rekabentuk yang biasa sahaja.

Sumber :Coolboom via Curiosity
Lebih lanjut »