Assalamualaikum,
Hari ini aku dapat tahu yang aku gagal lagi dalam final exam. Kalau dikira ni dah kali ke-3. Hmmm...aku dah letih belajar. Aku dah puas berdoa dan berharap. Kuatnya cobaan yang Allah bagi kat aku ni. Nampak gayanya, nanti bulan November aku kena ambik exam ni sekali lagi...kali ni, final chance.
Aku tahu tadi melalui sms rakan baik aku, Azrin. AlhamdulilLah dia pass. Daripada empat orang yg repeat 3rd attempt, cuma dia seorang saje yg pass. Teruk betul overall result kali ni, hanya 8 orang yg pass daripada 19 orang. Aku akan tulis dalam entry seterusnya mengenai pendapat aku, kenapa ini terjadi.
Sedih nyer aku rasa....sape tak sedih, kalau dah 3 kali ambik masih tak pass2 lagi. Kawan2 satu batch aku dah setahun jadi pakar. Aku masih lagi kat PPUKM ni. Tapi aku masih boleh tahan sebak aku, perasaan aku. Aku cuba control masa mula2 tahu official result tadi. Aku berlagak cool dengan Shahnaz...aku senyum saje...."biasa la fail...bukan 1st time pun", mulut aku berbicara. Dalam hati, Allah aje yg tau.
Tapi, semasa aku menaip sms utk memberitahu result kepada Ma, Aboh, Mak dan Abah....tiba2 air mata aku mengalir. Mula2 setitis, kemudian 2 titis, kemudian aku dah tak tertahan lagi...aku sebak yg teramat, aku menangis teresak-esak macam budak kecik kat dalam Estima aku....tersedu-sedan, aku sebak. Aku sedih.
Aku tak sedih sangat kerana kegagalan aku ni...aku bukan sedih utk diri sendiri. Aku dah pernah gagal sebelum ni. Aku tahu, mmg susah betul utk aku berjaya dalam pelajaran ni sejak bergelar seorang suami dan bapa. Banyak cubaan dan dugaan sebelum aku berjaya sebelum ni.
Sebenarnya, aku sedih mengenangkan Ma yang bangun pada pukul 4 pagi setiap hari sejak seminggu yang lalu, solat tahajjud, solat hajat, berdoa tanpa henti....harapan Ma aku galas, aku berusaha sehingga daya yg terakhir, aku berdoa, bersolat dll mengharapkan keputusan menyebelahi aku kali ni. "Ma, Din dah letih Ma...Din dah tak tau nak buat macamana lagi, Din dah usaha, siang malam, pagi petang - membaca, menghafal, discuss, practise...tapi apakan daya...Din dah letih, rasa macam dah takmboh ambik doh exam ni"
Aku sedih mengenangkan Ayang dan Mak yang berpuasa setiap hari peperiksaan aku....melalui lapar dan dahaga untuk aku....
Aku sedih mengenangkan harapan Aboh dan Abah...."takpe lah Boh, simpan la dulu hadiah Din tu, agaknya 6 bulan lagi Aboh boleh bagi kat Din hadiah tu".
Aku sedih kerana gagal menggembirakan mereka semua...ini yg membuatkan aku menangis sepuas hati tadi...tak tertahan lagi....nampaknya hidup aku sebagai pegawai perubatan kekal....buat masa ni.
Dah la....lepas ni aku nak expose kan kenapa aku rasa ramai candidate UKM fail....entah apa2. Tertiary Training Centre, A Centre of Excellent konon...