Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Majlis Resepsi Dr. Adil dan Dr. Imran Zainal Abidin


Assalamualaikum,

Semalam kami sekeluarga membuat day-trip to Shah Alam. Bertolak dari Kuala Lipis jam 12:30 tghari, sampai KL jam 2:15 petang. Lunch di Leha Kelfood di Taman Melati dan berehat sebentar di Bandar Tun Razak. Jam 7:30ptg, lepas solat jama' maghrib dan Isya' kami ke Shah Alam.


Malam semalam memang malam yang istimewa. Semalam ialah majlis resepsi 2 orang sepupu saya, Dr. Adil dan Dr. Imran. 


Majlis berjalan dalam suasana meriah dan muhibbah. Ada sedikit kelainan yang kami alami berbanding majlis perkhawinan yang pernah kami hadiri sebelum ini. Hidangan makanan secara buffet disediakan secara berasingan untuk muslimin dan muslimat. Di atas meja pula tertera hadis2 RasululLah SAW. Makanan, minuman dan cendol semuanya best!!
 

Lampu chandelier di dalam Dewan Banquet. Wisma MBSA, Shah Alam (gambar ni anak bongsuku, Hasif (4 tahun) yang ambil)
Adik2 ku yang amat aku sayangi - Najwa (kiri) dan Nadia (kanan), pun hadir sama

2 menantu hensem - Fahmi, suami Ya (kiri) dan Khairil, suami Wa (kanan)

Produk keluarga kami yang terbaru, Baby Medina, anak Wa dan Khairil
Seronok dapat catch-up stories

Aku dan Bapa kesayanganku, Dato' Mohamed bin Awang Tera

Kedua-dua sepupu aku ini mempunyai susuk badan serta wajah yang tidak jauh berbeza. Apabila berbual dengan mereka, terserlah kematangan serta ketenangan dalam setiap tuturkata mereka. Kedua-dua  mempelai ini memang amat istimewa kepadaku. Ada sejarah tersendiri antara kami.


Dr. Adil ialah seorang doktor perubatan, baru sahaja menamatkan housemanship di Hospital Kajang. Beliau memang seorang yang berwawasan. Sekarang beliau telah diterima untuk menyertai Unit Statistik Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan. Isteri beliau, Dr. Sarah, juga seorang doktor perubatan. Mereka bertemu jodoh di Hospital Kajang. 


Aku masih ingat lagi satu petang pada tahun 2002 atau 2003 bila Ayah Din dan Adil singgah di kediaman kami di Cenderawasih Kuantan untuk aku tandatangan sebagai saksi kontrak pengajian perubatan Adil di UIA. Sempat aku bergurau, "jangan langgar kontrak yer Adil, teruk Abang Din nanti!" Dia hanya tersenyum ketika itu. Sekarang Adil dah pun bergelar seorang doktor. Tahniah Adil! Tahniah kerana berjaya mencapai cita2 menjadi seorang doktor dan tahniah kerana sudah bergelar seorang suami!


Dr. Imran pula seorang doktor pergigian. Beliau lulusan dari Universiti di Jordan. Semalam ramai juga kawan2 beliau yang kelihatan seperti orang2 Arab hehehe. Saling berpelukan bila berjumpa dan berpisah, dengan penuh kasih sayang dan ukhuwwah Islamiyyah. 


Pada tahun 2006 Ayah Din dan Imran datang bertemu aku untuk menandatangani borang pemeriksaan kesihatan Imran untuk ke oversea. Masa tu aku bertugas di Hospital Selayang dan sedang berada pada tahun 1 latihan kepakaran Ortopedik. Sekarang beliau telah pun lulus dan bertugas di Sarawak. Isteri beliau, Fatimah, masih lagi dalam pengajian dalam bidang yang sama di Jordan.


Semoga kedua-dua pasangan ini dirahmati ALlah, kekal bahagia dunia dan akhirat, aamiin.

Dr. Adil dan Dr. Sarah - selamat menempuh alam perkahwinan

Dr, Adil, Dr. Sarah dan 3 orang anak2 ku

Tak dapat nak ambil gambar dekat dengan Dr. Imran dan pasangannya, Fatimah. Takde rezeki. Yang dapat cuma gambar beramai-ramai. Jadi lah yek...

Dr. Imran + Fatimah (berbaju kuning), Dr. Adil + Dr. Sarah (berbaju kelabu) serta abang mereka, Amru + Siti (berbaju purple) bergambar bersama-sama kami sekeluarga
Bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan!


Aku teringat hadis junjungan kita, Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Baihaqi yang berbunyi:


Ada 4 perkara yang menyenangkan:
  1. Isteri yang solehah
  2. Jiran yang baik
  3. Rumah kediaman yang luas
  4. Kenderaan yang selesa 


Semoga Dr. Adil dan Dr. Imran dapat berpakat baik2 dengan pasangan masing2. Banyakkan berbincang dan sabar kerana sudah pasti kehidupan berumahtangga banyak cabarannya. Kita bukan sahaja berkahwin dengan isteri kita tetapi membina silaturrahmi dengan seluruh ahli keluarganya.



Selesai majlis kami bertolak pulang ke kediaman kami di Kuala Lipis. Sampai2 rumah jam dah pun menunjukkan jam 1 pagi. Apa lagi...badan dah letih, mata dah ngantuk...kami terus kroh...kroh...

Monday, April 25, 2011

Selamat Pengantin Baru Naqi!

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Too busy with exam. AlhamdulilLah, dah lulus written paper last week. So, sekarang all focus is on the clinical part that will be held on 15th till 19th of May in HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Aku baru saje balik dari Kota Kinabalu, Sabah. Tahniah kepada adik aku yang ke-7, Naqi dan Rafahiah yang dah sah menjadi pasangan suami isteri. Adik-ipar aku yang ke-5 (kalau ikut turutan giliran perkahwinan sebelah aku). Bulan 6 ni, tambah lagi 2 orang, insyaAllah.


Rombongan pihak lelaki seramai lebih kurang 100 orang. Kitaorg berangkat beramai-ramai naik MAS, Firefly dan Airasia pada hari Khamis (21 April). Sampai ke Kota Kinabalu, semua menginap di Marina Court Hotel, berhadapan Laut China Selatan...cantik betul pemandangan! Letih, tapi seronok!


Bertolak ke Tuaran lepas solat jumaat - 1 bas, 1 Alphard dan 2 van 11-seater. Tuaran dalam 45 minit perjalanan dari K.Kinabalu. Majlis akad nikah pada hari jumaat lepas (22 April) berjalan lancar, AlhamdulilLah.  Dengan sekali akad saje, maklum la, malam sebelum tu praktis berkali2, siap buat skrip lagi hehe. Aku sebagai saksi pihak lelaki pulak yg berdebar-debar, takut adik aku tak boleh akad hehehe (1st time jadi saksi nikah ni...). Majlis resepsi di Dewan SESB, Karamunsing pada hari Sabtu pun berjalan lancar, alhamdulilLah. Selamat menempuh alam perkahwinan Naqi dan Yah!

Pagi Sabtu, sempat jumpa Razi yg sekarang bekerja sebagai Pakar Anaesthesia di Queens Hospital. Breakfast sama2, siap promote kitaorang datang kerja kat Sabah lagi. Petang tu, minum dengan Sakinah (bersama hubby dia, Azuan dan anak, Najla), member lama matriks SESMA. Sekarang dah jadi Pakar Perubatan Keluarga kat Klinik Kesihatan Menggatal, Sabah. Canggih kawan2 aku ni....

Okay, kita tengok gambar la...

Nak ke Tuaran, rumah pengantin perempuan. Naqi relax saje...

Pembawa hantaran kahwin

Selamat Pengantin Baru! - Naqiuddin dan Rafahiah

Potong kek tu...jangan tak potong!

Haaa...suap Yah! Biar penuh mulut Naqi tu...

I am so happy for both of you! Congrats!

Banyak bagi FP consultation to both pengantin...Terima kasih sayang!