Showing posts with label Oncall. Show all posts
Showing posts with label Oncall. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Kehidupan Kami di Kuala Lipis...Berapa lama lagi??

Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi perasaan.

"Slm bg, ayg ada em lscs skrg. Lps hbs solat, abg terus blk umah yer. tq luv"

Begitu lah sms ringkas yang aku dapat usai solat maghrib di Masjid Sultan Mahmud tadi.  Selepas berdoa ringkas terus aku pecut balik ke rumah. Isteri terpaksa ke hospital pulak untuk memberi bius bagi pesakit nak bersalin secara pembedahan caeserian-section. Aku pulak nak kena jaga anak2 kami yg 3 orang kat rumah. Maklum lah takde maid.


Kebetulan pula medical officer anaest (bius) yg oncall hari ni terpaksa ambil emergency leave kerana adiknya terlibat dalam kemalangan jalanraya. Terpaksalah isteriku sendiri yg bagi bius malam ni. Di Hospital Kuala Lipis ni cuma Unit Anaest (Bius) aje yang ada pegawai perubatan yang oncall everyday kat sini. Itu pun hanya ada 2 orang pegawai perubatan. Oncall seminggu seorang.


Bagi unit2 lain - Ortopedik, Surgery (Pembedahan), Obstetric & Gynaecology (Sakit Puan), ENT dan Paediatrik (kanak2) takde pegawai perubatan dari spesifik unit yang oncall. Cuma 2 orang pegawai perubatan yang oncall setiap hari untuk cover seluruh hospital Lipis. Mereka oncall mengikut giliran dalam satu common-pool (minus anaest tadi). Jumlah pegawai perubatan ada 16 orang semuanya. Ada juga pegawai perubatan baru yang berminat untuk ke Hospital Lipis namun bila ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), katanya post pegawai perubatan dah penuh.


Unit Ortopedik kat Hospital Lipis ni cuma ada 2 pegawai perubatan iaitu Dr Zakiran dan Dr Keng. Dr Hasni pulak cover both Orto dan Surgery. Kalau kebetulan kena hari2 yg diaorang tak oncall, kena lah pakar yang buat segala pembedahan kecemasan. Ini termasuk weekdays (after 5pm) and weekends.


Macam hari ni, pagi tadi aku buat satu kes budak 9 tahun yang cedera tangan kirinya kerana main mercun bola. Takde apa yang putus, cuma luka2 kecil yang perlu dicuci dan dijahit. Petang tadi pulak kes local (bius setempat) sorang pemuda 40 tahun yang putus urat jari telunjuk (Extensor Digitorum Communis tendon) kirinya kerana kena mesin pemotong plywood. Kes2 mcm ni, kalau di hospital2 yang mempunyai pakar Ortopedik, biasanya dilakukan oleh pegawai perubatan aje. Kat sini, hampir semua pembedahan dilakukan sendiri oleh pakar!!


Memang beruntung orang2 Lepeh ni!!


Pernah sekali, aku dan isteri terpaksa ke bilik bedah bersama2 kerana melibatkan kes Ortopedik seorang kanak2 lelaki yang terkoyak kulit kaki (degloving injury) kerana termasuk dalam rim dan spoke tayar motosikal. Kebetulan pegawai perubatan bius tu masih baru dan memerlukan pengawasan isteriku , yg merupakan satu2nya pakar bius di hospital Lipis ni.


Masa tu jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Terpaksalah kami angkut ketiga2 anak kami masuk ke dewan bedah. Siapa nak jaga mereka kat rumah!? Selesai kes, masa dah pun menunjukkan jam 11 malam. Nasib baik la esoknya hari Sabtu...kalau tidak jenuh nak mengejutkan budak2 tu bangun pagi...



Dapat la pengalaman baru pakai ot attire

Bergambar di Recovery Bay

Buat homework di nursing counter sementara tunggu Papa buat operation

Dah boring dah..."Bila la Papa nak siap ni...."


Begitulah kehidupan kami di Kuala Lipis ni. Mencurahkan bakti, berkorban diri dan anak2 untuk masyarakat di Lipis ni. Semoga Allah memberkati dan merahmati kami sekeluarga.

Sememangnya tiada jem di Lipis ni...
Dingin pagi amat menyamankan...
Kehidupan juga agak santai berbanding di HoSHAS, apatah lagi di Lembah Klang,

Namun...

Inikah kehidupan harian yang aku impikan sebagai seorang pakar??
Setelah menempuh liku kesulitan pembelajaran selama 6 tahun,
Melalui pelbagai kegagalan...mendalami pelbagai ilmu kepakaran...
Hanya untuk melakukan pembedahan2 kecil yang sudah aku lakukan sejak 10 tahun yang lalu??


Masa depan karier harus difikirkan...
Masa depan anak2 juga perlu diambil kira...
Berapa lama aku (bukannya isteriku) boleh bertahan???
Mungkin segalanya akan terungkai di Bumi Ambiya',
Dengan solat, istikharah dan doa.

Sunday, January 8, 2012

Kenaikan Oncall Claim Doktor!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Seronoknyer!!!

Perkara paling hangat yang sedang dibincangkan ketika ini dikalangan pegawai perubatan ialah kenaikan elaun oncall ataupun elaun atas panggilan yang akan diterima, *hehehe*

Boleh lihat di link ni.

AlhamdulilLah, syukur banyak2. Terima kasih banyak2 kat Kerajaan Malaysia yang prihatin kat doktor2 ni (bukan nak berkempen ni!!). Kesyukuran dan rasa terima kasih kena lah dizahirkan kepada yang berhak diterima. Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak yang kita akan dapat nanti... *Smile*

Ingat lagi, dulu masa saya houseman, tahun 2002, oncall claim masa tu cuma RM25 aje sehari. Bertungkus lumus bekerja selama 24 jam, kadang2 sampai tak tidur langsung, makan pun kadang2 tak sempat, kencing pun bertahan-tahan, dapat la RM25 hinggitt...kalau kena 10 hari sebulan, jadi total2, dapat ler RM250 hinggitt...adoi...kalau diingatkan balik, siksanya hidup zaman tu, tapi tak pernah la pulak keluar apa2 komplen kat dalam surat kabar zaman tu...memang houseman zaman tu tough2 *hehehe*

Lebih kurang tahun 2004/2005, claim oncall di revise balik, houseman dapat RM100 everytime oncall, beruntung betul la houseman masa tu, kalau oncall 10 kali, dah dapat seribu. Pegawai perubatan dapat RM150 masa weekday dan RM175 kalau oncall weekend. Tiba2 pendapatan bulanan bertambah... bestnyer!!

Tahun lepas, sebab houseman yang terlalu ramai, dan sebab banyak sangat komplen2 oleh houseman yang kurang tough, tak tahan nak oncall, tak tahan nak kerja lebih masa, tak tahan kena lecture dek medical officer dan specialist masa round/rondaan pagi, kerajaan dah perkenalkan Shift System / FlexiHour. Dah takde dah oncall, jadi takde dah oncall claim untuk houseman...dapat elaun flexihour aje RM600 sebulan, kesian nyer kat adik2 houseman....

Sebenarnya, yang komplen dan houseman yang jenis manja dan lembik ni tak ramai, minoriti aje, maybe less than 10 percent aje, tapi....ada macam2 teori yang menyebabkan suara mereka didengari.... *Cuba siasat sendiri yer*. Kebanyakkan houseman yang saya kenali masa di Hospital Sungai Buloh dulu memang hebat2, rajin bekerja dan belajar, dan mereka competent. Houseman yang saya dah jumpa kat HoSHAS Temerloh ni pun ramai yang bagus2...Impressive!

My conclusion - "IT IS NOT WHERE THEY GRADUATE FROM, IT IS THEIR ATTITUDE"

So, FlexiHour, kerja kurang, No Oncall, tapi dapat duit saguhati/elaun RM600 sebulan. Kerja lebih kurang 60jam seminggu, wajib dapat 2 days off per week (supaya houseman2 ni dapat rehat yang cukup). Cukup rehat supaya insyaAllah, kerja lebih bermutu, takde careless mistake semasa merawat pesakit (masa nak masukkan branula ker, ambil darah ke, label darah ke....) dan supaya houseman ni ada life outside work, ada masa untuk belajar sendiri... harap2 semua matlamat ni tercapai la yer adik2 houseman. Zaman saya houseman dulu, jarang berlaku careless mistake ni, jarang dapat komplen dari pesakit2....

So, sekarang ni, pekeliling terbaru melibatkan pegawai perubatan dan pakar sahaja, sebab houseman dah takde oncall. Ni pekeliling nya.


Okay, semoga dengan bertambahnya claim oncall ni, semua doktor akan bekerja dengan lebih dedikasi dan berdisiplin untuk rakyat Malaysia. Semoga kita akan jadi manusia yang lebih bersyukur dan berterima kasih.

Ingat kawan2, "jangan kita gigit tangan yang menyuap kita yer kawan2". Berdosa tau *hehehe*

Monday, August 22, 2011

Ulnar artery and nerve repair

Assalamualaikum,

*This entry will be mainly in Malay*

Hmmm...rasanya sebelum ni hanya 2 kali saya menulis mengenai perkara yang related dengan kerja saya. Pertama mengenai Elastofibroma Dorsi dan kali kedia mengenai CPT ataupun Pseudoarthrosis of Tibia. Kali ni rasanya saya nak berkongsi mengenai satu perkara yang semakin kerap berlaku di Hospital Sungai Buloh ni...


Dalam tempoh 1 bulan ni saya telah 2 kali terlibat dalam merawat pesakit yg terlibat dalam pergaduhan...kebanyakkan kes melibatkan kena tetak dengan parang. Hari rabu lepas pun ada 1 kes...lelaki Melayu kena tetak dek Indonesian...katanya lelaki melayu tu kacau awek Indon tu...aduyaii...takde kerja lain ke??...*sigh*


So, apa lagi, boyfriend minah tu tetak la si lelaki ni...luka kat belakang badan ada la dalam 20cm panjang, dalamnya sampai ke paru2...yang kat tangan kanan pulak dalam 10cm, sampai terputus otot, nadi dan urat saraf (ulnar nerve dan ulnar artery).


Memang rezeki halal betul aku oncall hari tu dengan Abu Hurairah...antara houseman paling glamer kat Ortho department sekarang (yang kebetulan graduate dari University of Otago jugak). Sebelum kes ni sampai, memang dah sehari suntuk buat kes kat bilik bedah, dari 9 pagi sampai 1 pagi, siap ada plating femur lagi pukul 12 malam. Keluar aje OT (operating theatre) terus ke bilik oncall untuk letak kepala...


"Doktor Mahyuddin, ada satu kes yer, baru masuk dari Resus terus ke OT, assaulted with profused bleeding from his back and right forearm". Suara Dr. Norafida, houseman ortho yang oncall di Emergency department terngiang2 kat telinga aku yang dah kuyu ni...


"Patient dah hantar ke OT dah...combined dengan surgical team, tapi diaorang nak buat dulu"...mahu tak mahu...aku bangun, basuh muka dan terus kembali ke OT... "bertuah betul la...yang kau pergi kacau awek orang tu apahal??"


Combined case: Surgical + Ortho team

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi...masuk aje OT, surgical MO, Dr. Ashok sedang menjahit bahagian belakang pesakit...."boleh tahan jugak lukanya ni, mahu satu jam baru siap". Aku pergi bukak balutan tangan kanan pesakit...apa lagi...memancut-mancut darah keluar, "Ni artery ni!!"


Darah penuh atas lantai...(ni dah lap separuh ni...)

Aku balut kembali dan apply firm compression. Nasib baik berhenti. Doktor bius (anaesthetist) dah mula transfuse blood. "Kena cepat ni..."


Aku pergi ke pantri..."Ni kalau tak makan sekarang ni, alamat tak sahur la aku ni". Aku berbisik dalam hati. Nasib baik ada bubur yang aku terlebih beli untuk berbuka. "Bubur pun bubur lah". So, bersahur dengan bubur lah aku pagi tu...


Pukul 4:30 pagi baru aku dapat mulakan pembedahan bahagian aku. Repair balik ulnar artery dan ulnar nerve serta semua otot2 yang dah putus. Masa aku buat exploration, mencari kat mana hujung2 ulnar artery dan  nerve (proximal and distal ends) tersengguk-sengguk si Abu. Kesian betul aku tengok. Yer la, kitaorang langsung tak tidur malam tu. Lepas aku bagi dia jahit kulit pesakit tu baru la dia segar sikit hehehe...Siap2 semuanya pukul 7 pagi. "AlhamdulilLah, rezeki halal". Apa yang jadi lepas tu tak payah tanyer...


Abu Hurairah sedang menaip operation note

So, pengajarannya...jangan la memandai-mandai kacau awek orang kalau tak tahu self-defence....hehehe. Kesian kat doktor2 dan nurse2 ni...kesian jugak kat pesakit2 lain kat wad yang menunggu pembedahan tu...elok2 boleh buat kes2 lain, kena pulak buat kes2 manusia gatal ni...


Dah la tu...dah melalut dah....wassalam.