Selasa, 24 Februari 2009

Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM : Suatu Renungan


Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat
Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.


Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.


Sebagai Makluman :


Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )


Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)


Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )


Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )


Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.





2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.


3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.


4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.


5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )


Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.


Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.


Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.


Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.


Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?


Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-


1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.


2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"


Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.


Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"


4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.


5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.


Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.


Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.



Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.


Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.


Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.


Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.


Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.


Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

sumber : www.zaharuddin.net

Isnin, 23 Februari 2009

Dato' Sharkar : MB Baru Pahang ? Dato' Nan Ahli MT?



Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) sebenarnya?. Ternyata kini beliau memang "lidah bercabang" dan "cakap tidak serupa bikin". Ia berikutan kenyataan terbaru beliau semalam bahawa dia akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.

Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat rakan-rakan walaupun beliau sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding. Nampaknya bagai ada sesuatu yang tidak kena kepada MB Pahang itu agaknya.

Sebelum ini beliau antara yang paling lantang menyifatkan amalan rasuah atau politik wang dalam pemilihan jawatan UMNO kali ini adalah yang paling parah pernah disaksikan. Paling memeranjatkan Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang turut menyatakan beliau malas mahu bercakap persoalan UMNO hari ini yang semakin parah.

Soalnya kini kenapa tiba-tiba sahaja MB Pahang ini "berubah hati"?. Apakah benar dek kerana nasihat atau pun tekanan "yang kian menghantui dirinya". Ini kerana krew kami di pejabat UMNO Pahang mendapat maklumat bahawa Najib Razak akan melantik proksinya sebagai Menteri Besar Pahang yang baru selepas rombakan dibuat tatkala memegang jawatan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO nanti.

Mungkin inilah agaknya yang menyebabkan Adnan Yaakob merasa amat "gusar dan sangsi". Lantaran itulah beliau kemudian memikirkan semula "untuk bertanding MT UMNO" biarpun tahu yang dirinya akan "bergelumang" dengan rasuah yang berlaku dalam parti itu sekarang ini. Segalanya berkemungkinan sekarang, jika tidak masakan Adnan boleh berubah hati secara tiba-tiba.

Difahamkan, pemimpin UMNO Pahang yang diwar-warkan akan mengambil alih jawatan Adnan ialah Dato' Sharkar Shamsuddin (foto) iaitu ADUN Lanchang dan juga Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga hal ehlwal penerangan serta multimedia negeri ini. Beliau khabarnya telah mendapat "lampu hijau" untuk menggantikan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang yang baru tidak lama lagi.

Ini kerana, Adnan dilihat ternyata gagal membangunkan negeri ini, malah menanggung kerugian dan defisit sehingga hampir RM100 juta sejak 11 tahun menjadi Menteri Besar Pahang. Itu belum lagi termasuk dengan kes "saman RM60 juta" yang dibuat oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd berhubung dengan penipuan konsesi balak UMNO yang sudah diluluskan kepada syarikat terbabit.

Di fahamkan Adnan masih belum membuat apa-apa rundingan terhadap bayaran hutang terbabit, malah kini cuba mencari jalan untuk menggagalkan usaha pihak terbabit. Semua ini bukti jelas mengapa pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN mahu menggantikan Sharkar sebagai MB Pahang yang baru selepas Najib berkuasa tidak lama lagi. Tambahan pula Sharkar dilihat adalah seorang pemimpin muda dan bekas orang kuat Pemuda UMNO yang paling berkaliber di Pahang untuk menggantikan Adnan buat masa ini.

Lantaran itulah, kami yakin yang Adnan terpaksa "merubah keputusan untuk tidak bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO" setelah mendapati kedudukannya kini semakin tidak selamat. Ini kerana jika beliau dilucutkan jawatan MB, bermakna beliau juga akan kehilangan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Maka beliau akan kehilangan "taringnya" jika terlambat membuat keputusan.

Sebelum ini kedengaran suara-suara agar Adnan mencabar kerusi Ketua Pemuda UMNO. Namun ia ditolak oleh Adnan atasa alasan umur dan UMNO jijik dengan rasuah. Kini segalanya sudah bermula, Adnan terpaksa mencari jalan untuk menjaga nama dan maruahnya.

Jika tersilap langkah beliau bukan sahaja akan hilang kuasa, malah masa depannya dalam politik UMNO Pahang juga turut akan "suram" sama seperti mana yang dilakukan terhadap Dato' Hassan Ariffin, Dato' Omar Othman serta ramai lagi bekas pemimpin kanan UMNO Pahang yang "dipancasnya" dulu.

Adnan harus berhati-hati sekarang ini, kerana kami dapat menghidu Sharkar dan orang-orangnya juga sedang melobi untuk berusaha ke arah itu. Harapan Sharkar lebih cerah, jika Najib sah ditabalkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

[Dengan keputusan Adnan ini, ternyata beliau kini rupanya "gila meroyan" akibat takut kehilangan jawatannya dan bakal disisihkan dari golongan elit UMNO tidak lama lagi. Kami difahamkan akibat ketakutan itulah yang memaksa Adnan akhirnya menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco MT UMNO.

Beliau terpaksa pasrah dengan segala "najis rasuah yang bakal terpalit" ke atas batang hidungnya demi sebuah maruah. Politik Pahang kini juga semakin panas dengan berita Najib Razak (Ahli Parlimen Pekan) yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO tidak lama lagi.

Apapun, kami juga mendapat maklumat dalaman UMNO bahawa kemungkinan besar Najib hanya akan dihadiahkan jawatan Presiden UMNO sahaja dan bukannya jawatan Perdana Menteri. Ini kerana, mana mungkin Pak Lah melepaskan jawatan PM sedangkan beliau masih Ahli Parlimen Kepala Batas dan Menteri Pertahanan Malaysia. Sanggupkah "Bapa Mertua" Khairy Jamaluddin itu menggelapkan masa depan menantunya?.

Dan yang paling utama, sanggupkan Pak Lah melepaskan jawatan nombor satu sedangkan beliau masih berada dalam kabinet sebagai Menteri Pertahanan?. Cuba bayangkan senario ini. Apakah Pak Lah sanggup melihat Najib terus bermaharajalela serta menindas rakyat dengan kuasa yang akan diberikan olehnya itu nanti.

Sedangkan beliau masih berada dalam kerajaan. Ia berbeza dengan PM Mahathir, beliau lepaskan jawatan PM dan semua jawatanya dalam UMNO. Bahkan beliau juga melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kubang Pasu, maka tidak hairan beliau boleh menerima hakikat "berhenti awal". Tapi Pak Lah masih Ahli Parlimen dan berstatus Menteri, bukankah ini sesuatu yang amat sukar untuk kita gambarkan sebenarnya nanti !!].

sumber ... pahangdaily




Jumaat, 20 Februari 2009

Salah Guna Kuasa: SPRM Punyai Bukti Kukuh Untuk Mendakwa MB Selangor


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan.

[Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor. Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!].

Khamis, 19 Februari 2009

Sensasi : Hero Bukit Kepong Jadi Calon BN Bukit Gantang ?


Berita terkini yang kami terima hari ini ialah perihal Hero filem, Bukit Kepong, Jins Shamsuddin yang dikatakan antara nama yang disebut-sebut termasuk dalam senarai cadangan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak, pada 7 April depan.

Jins atau nama penuhnya Tan Sri Mohamed Jins Shamsuddin, 74, yang juga seorang senator, menjadi sebutan sebagai calon berikutan beliau adalah anak jati Taiping, selain pernah terbabit dengan Biro Ekonomi Umno Bahagian Bukit Gantang. Menurut Jins beliau sedia memikul tanggungjawab itu seterusnya sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan jika menang.

“Bagaimanapun, jika kepemimpinan BN berpendapat ada calon lain yang lebih layak daripada saya, pilihlah calon itu,” katanya. Beliau berkata, apa yang penting ialah memastikan BN diterima penduduk dan memastikan parti itu menang pada pilihan raya kecil itu. Jins juga berkata, sebagai anak jati kawasan berkenaan dan menganggotai Umno sejak 1959, beliau juga kerap berhubungan dengan Umno bahagian berkenaan.

Jins memasuki Sekolah Kebangsaan Melayu Changkat Jering sebelum meneruskan pengajian menengah di Sekolah King Edward VII di Taiping. Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, dilaporkan berkata, BN memutuskan meletakkan anak jati kawasan Bukit Gantang sebagai calon kali ini.

Nampaknya UMNO dan BN Perak kini kemaruk benar untuk menang dan terpaksa meletakkan artis terbabit sebagai calon kali ini. Jika benar Jins terpilih, memang tidak syak lagi beliau bukanlah hero filem "Bukit Kepong" yang selama ini kita puja-puja sangat.

Ini kerana beliau kini adalah pengkhianat dan sudah menjadi "tali barut" kepada "dasar penjajah" yang memerintah negara ini. Sia-sia kita menjadi peminat beliau selama ini, bila akhirnya beliau sanggup bersekongkol dengan puak-puak UMNO dan BN yang jelas telah merosakkan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini.

Justeru itu buat para pengundi di Parlimen Bukit Gantang, maka bersedialah untuk "mengepung" dan "menghumbankan" Hero Filem Bukit Kepong ini di sana. Biar beliau tahu hero filem Bukit Kepong tidak setanding dan sehebat Panglima Bukit Gantang. Jins harus berfikir sebelum melakukan tindakan, Umurnya juga sudah 74 dan bila-bila sahaja akan meninggalkan kita.

Janganlah menderhaka kepada rakyat dengan beriya-iya benar untuk menajdi calon BN di Bukit Gantang. Kelak nanti anda akan disumpah menjadi "batu" macam filem "Si Tanggang" dulu. Apapun hanya rakyat Bukit Gantang yang layak menentukan siapakah pemimpin yang wajar membela mereka. Jins Shamsuddin hanya menjadi hero dan pembela di dalam filem sahaja, tetapi bukan di luar filem. Fikir-fikirkanlah !!.

[Mujurlah kini Jins Shamsuddin sudah tidak berlakon lagi. Jika tidak sudah pastilah filemnya tidak akan ditonton lagi oleh rakyat Malaysia. Kecewa rasanya bila dapat tahun Jins sudah menjadi ahli UMNO sejak 1959 dan kini merupakan Senator UMNO di Parlimen.

Jika tahu begini akhirnya perjalanan hidup hero itu, nescaya sejak dulu lagi kami tidak menonton filem-filem beliau. Mujurlah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sudah meninggal dunia, jika tidak sudah pastilah beliau akan menjadi calon menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dulu.

Teringat kisah Allahyarham Sudirman Hj.Arshad di Pahang ini, yang pernah satu ketika diwar-warkan akan menjadi calon BN di Parlimen Temerloh. Mujurlah semua itu tidak menjadi kenyataan. Jika tidak sudah pasti beliau juga akan dicemuh oleh rakyat kerana kesilapan membuat perhitungan di saat-saat akhir hidupnya itu. Apakah ini akan berlaku kepada Jins?].

GAMBAR MENARIK EXPO PENERANGAN - Kedua











GAMBAR MENARIK EXPO PENERANGAN - Pertama











Rabu, 18 Februari 2009

TAKAFUL UNTUK AHLI PAS PAHANG


PAS Pahang memperkenalkan produk baru yang memberi perlindungan takaful kepada semua ahlinya yang membayar yuran keahlian mulai tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Skim Dana Taqwa Tabaruk yang diperkenalkan ini terbahagi kepada tiga Skim iaitu Amal Jamaie, Al Ansar dan Amal Jamaie warga Emas.

Jelasnya dibawah skim Amal Jamie semua ahli yang membayar sumbangan sebanyak RM10.00 (termasuk yuran tahunan PAS RM3.00) akan mendapat manfaat takaful keseluruhan berjumlah RM4,600 iaitu Khairat Kematian (RM1,000), keilatan kekal (RM800) dan Kematian (RM2,800).

Dibawah skim Al Ansar pula, ahli diminta membuat sumbangan tahunan berjumlah RM100.00 dan manfaat yang diperolehi ialah kematian, RM18,000, khairat kematian RM1,000 dan keilatan kekal berjumlah RM3,750. Manakala Amal Jamaie warga emas (berusia 60-80 tahun) pula mengenakan sumbangan sebanyak RM25.00 setahun dan manfaat yang diterima berjumlah RM3,000 iaitu khiarat kematian RM1,000 dan Kematian RM2,000.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS negeri mensasarkan kira-kira 10,000 dari 50,000 ahli PAS di seluruh negeri menyertai ketiga-tiga skim kebajikan ini. Program ini sesuai dengan manifesto pilihan raya PAS dalam pilihan umum lalu iaitu Negara Berkebajikan.

Beliau juga berharap target sasaran dapat diatasi terutama penyertaan didalam skim takaful Al Ansar kerana ia memberi manfaat lebih tinggi berbanding skim Amal Jamaie dan Skim Warga Emas.

Difahamkan plan ini diujudkan dengan kerjasama sebuah syarikat pengendali Takaful terkenal dinegara ini.

um-NO Bangkitkan Thunami Politik Kedua


Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan krisis politik di Perak berjaya mencetuskan ‘tsunami politik’ kedua kepada Pakatan Rakyat.

Berucap ketika merasmikan Exspo Penerangan Pas Kawasan Temerloh, Tuan Ibrahim berkata, salah satu tugas penting penerangan ialah mencari dan menganalisis isu bagi mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat namun, ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah, tetapi tanpa disangka krisis politik di Perak telah memudahkan tugas itu.

“Jika sebelum ini keadaan tenang dan sukar bagi PAS/Pakatan Rakyat untuk mencetuskan gelombang politik (tsunami politik) tetapi dengan adanya krisis politik di Perak telah mengubah keadaan menjadi mudah,” ujarnya.

Beliau berkata, dalam kunjunganya berceramah keseluruh negara, didapati gelombang kebangkitan rakyat dari pelbagai bangsa meningkat dengan begitu mendadak ekoran krisis poltik di Perak.

“ia adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka, terima kasih kepada Umno-BN kerana memudahkan tugas PAS/Pakatan rakyat. Apa yang perlu bagi Pakatan Rakyat ialah mengekalkan momentum kebangkitan itu hingga ke pilihan umum ke-13 nanti,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, rakyat sudah membenci Umno-BN sebagaimana ditunjukkan dalam pilihan raya umum ke -12 lalu dan kini kemarahan rakyat semakin bertambah ekoran Umno mendalangi ‘rampasan kuasa’ di Perak.

“Ia adalah peluang baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menghadapai pilihan umum ke-13 akan datang,” katanya.

Isnin, 16 Februari 2009

um-No Derhaka Kepada ALLAH : TG Nik Aziz


YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini telah mengulas isu pergolakan politik di Perak. Antaranya ialah isu MB Perak derhaka kepada Sultan. Menurutnya media membesarkan isu derhaka kepada Sultan, pada hal semua manusia adalah sama di sisi Allah, manusia yang bergelar rakyat apabila tidak mengerjakan suruhan Allah, dia akan berdosa.

Manusia yang bergelar raja mahupun sultan juga berdosa, tidak ada keistimewaan di sisi Allah baik rakyat mahupun raja dalam soal yang berkaitan dengan syariat. Kewajipan tetap sama, larangan tetap juga sama. Raja sekalipun kalau minum arak, berjudi, berzina tetap berdosa dan wajib dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.

Di dalam Islam , sesama manusia derhaka ini hanya wujud antara anak terhadap kedua orang tuanya dan isteri terhadap suaminya. UMNO bising isu MB derhaka kepada Sultan, tetapi dalam masa yang sama bahkan sejak UMNO wujud lagi, ia sudah derhaka kepada Allah swt dan berterusan kederhakaannya kepada Allah. UMNO derhaka kepada Allah kerana menolak syariat, menolak Islam, menolak hukum hudud dan sebagainya. Perlakuan derhaka ini diperlihatkan melalui pertuturan dan perlakuan oleh pemimpin-pemimpin mereka, juga melalui dasar dan polisi yang ditentukan oleh mereka bagi menolak perlaksanaan syariat Islam.

Adakah Hj Nizar derhaka hanya kerana tidak mahu meletakkan jawatan, sebaliknya mahu keadilan ditegakkan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dalam menghadapi kemelut politik di Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi stabil, Hj Nizar sebagai Menteri Besar lebih cenderung memberi kepercayaan dan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru melalui proses pilihanraya. Pilihanraya hanya boleh berlaku setelah DUN dibubarkan.

Justeru itu, jangan dibesarkan isu MB Perak derhaka pada Sultan, lebih baik kita bicarakan bagaimana besarnya dosa manusia tidak kira Sultan, Menteri, Kerajaan atau sesiapa sahaja yang derhaka kepada Allah swt. Kita betulkan pemimpin-pemimpin yang tidak solat, tidak puasa, tidak tunaikan zakat, berjudi, minum arak, berzina, lawan syariat Islam dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk membetulkan mereka ialah dengan menjatuhkan kuasa politik yang ada mereka, di atas kejatuhan kuasa politik itu, kita dirikan dan tegakkan keadilan berdasarkan prinsip Islam yang sejagat.

Ahad, 15 Februari 2009

Expo Penerangan PAS Kawasan Temerloh MERIAH


Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan hari pertama expo penerangan PAS kawasan temerloh bermula jam 2 petang semalam. Para peniaga datang dari pelbagai negeri. Pameran sejarah PAS Pahang dan ADUN PAS Pahang 1999-2009 serta gambar-gambar sejarah cukup mengajar diri kita bahawa perjuangan ini pasti ada pelapis di masa depan. DPP hari ini juga sebagai penyambung perjuangan ayahanda nenda terdahulu.

Sepatutnya bermula jam 5.00 petang, Majlis Dialog Kelab Penyokong PAS Temerloh diadakan. Namun entah mana silapnya, tiada ahli kelab yang hadir kecuali pengerusi kelab. Pelik sebab kelab ini mempunyai lebih 50 orang ahli. Mungkin tempat program yang jauh atau tempat yang 'kurang selesa' atau apasaja kemungkinan, pihak urusetia perlu muhasabah kembali.

Tapak expo mula dibanjiri rakyat bermula jam 6 petang. Petugas Unit Amal mula menjalankan tugas penuh sabar dengan karenah para pengunjung terutama para peniaga. Jalan semakin sesak apabila jam 8 malam. Kenderaan yang parking di tepi jalan dari simpang paya pulai hinggalah .... (tiada maklumat).

Luatan manusia yang melimpahi Markaz Darul Amin mengembalikan nostalgia 1999. Skrin tambahan yang disediakan turut tidak mampu mengimbangi kebanjiran rakyat yang inginkan penerangan rasmi dari pimpinan PAS. Wakil HAMAS dibantu oleh Ketua DPP, Ust Jauhari Ishak sebagai penterjemah menyemarakkan lagi rasa tanggungjawab kepada saudara seagama. Lebih RM 50 ribu disumbangkan rakyat Pahang untuk Dana Palestin.

YB Abdul Wahid Endut memang tidak perlu diulas lagi. Banyak maklumat dan sejarah BN Terengganu diperjelaskan.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Temerloh; Mr. Sivanesen mengkalungkan bunga malai kepada Tuan Haji Muhammad Sabu. Semua hadirin amat terhibur dengan cara olahan dan penerangan beliau. Apa yang penting, malam tadi menjadi sejarah PAS Temerloh apabila berjaya mengumpul sumbangan derma sebanyak 20 ribu. 10 ribu rupiah + RM 10,500 + sebentuk cincin emas. TAKBIR ! ALLHU AKBAR !


Isu Tanah di Perak : MB Nizar Boneka Cina?


DPP jumpa jawapan ini dalam Blog Dato Seri Nizar. Selamat membaca.

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...
AssalamualaikumKepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.
Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Khamis, 12 Februari 2009

Kontroversi : Sultan Azlan Ternyata Tersilap Langkah !!


PUTRAJAYA - Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah. Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.

Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu. Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan. Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

[Kemelut yang melanda Perak sekarang ini nampaknya semakin parah. Kini negeri itu mempunyai dua Menteri Besar dan juga dua "team exco kerajaan negeri". Apakah ini cara Sultan Perak menangani isu rakyat. Tidakkah baginda terfikir kesilapan yang berlaku hingga menyebabkan perpecahan semakin ketara?. Walhal baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara suatu ketika dulu. Bukankah lebih elok jika baginda menerima keputusan pembubaran DUN dan pilihanraya kecil negeri di adakan untuk memberi peluang rakyat memilih. Bahkan, siapa yang menang dan siapa yang kalah pasti akan akur dengan keputusan suara rakyat. Namun kini, apa yang berlaku di Perak amatlah "tidak wajar berlaku". Memang jelas UMNO dan BN menerusi Najib Razak telah membeli atau menggertak Sultan Perak supaya bersekongkol dengan mereka. Jika tidak mungkin Perak akan terpinggir setelah Najib menjadi Perdana Menteri nanti].

Rabu, 11 Februari 2009

BERTUAH JADI AHLI UM-NO


Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia. Kini ada undang-undang baru yang telah dipinda oleh pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM). Ia berkaitan dengan mana-mana individu yang melakukan jenayah atau suspek dalam kes-kes jenayah tertentu maka mereka akan didapati tidak bersalah sebelum di siat polis. Dengan syarat, mereka itu perlu mendaftar menjadi ahli "UMNO" dan sekurang-kurangnya memegang jawatan sehingga ke peringkat Timbalan Presiden UMNO.

Inilah bertuahnya rakyat Malaysia yang bernama Najib Razak sebenarnya. Begitu jauh bezanya dengan Timbalan Presiden UMNO yang bernama Anwar Ibrahim dulu, beliau sudah didapati "bersalah" sebelum pihak polis menjalankan siasatan. Heboh disana sini, Anwar dikatakan terlibat dengan "liwat", bahkan media arus perdana beriya-iya mewar-warkan berita itu. seolah-olah Anwar sudah bersalah. Sedangkan beliau belum lagi disiasat hatta dibicarakan sekalipun. Apa bezanya Timbalan Presiden UMNO Anwar dan Najib, jawapannya cukup mudah. Anwar menentang Presiden dan dipecat dari ahli UMNO, manakalan Najib pula mengampu Presiden dan bakal menjadi Presiden UMNO. Maka, mana mungkin beliau harus didakwa dan dipersalahkan. Secara tidak langsung Najib kini berjaya memilik "Imuniti" yang selama ini hanya dimiliki oleh raja-raja Melayu.

Maknanya disini, tiada lagi undang-undang dalam negara kita yang boleh menyekat Najib untuk berbuat apa sahaja yang beliau mahu. Justeru itulah kita tidak hairan bila beliau naik dan ditabalkan menjadi Perdana Menteri nanti, memang berbagai lagi keanehan, keistimewaan dan kezaliman yang bakal kita saksikan di depan mata kita tidak lama lagi. Keistimewaan dan kekebalan Najib dari undang-undang ini juga jelas dapat dilihat dalam Kes Pembunuhan Altantunya. Biarpun majoriti rakyat Malaysia bahkan puak-puak UMNO sendiri pun memang percaya Najib terlibat dengan kes itu. Apatah lagi jika ditanya kepada rakan-rakan atau sahabat taulan yang bekerja di Kementerian Pertahanan era Najib Razak, sesungguh mereka memang mengesayki beliau terlibat dalam kes itu. Bahkan namanya juga telah beberapa kali disebut dalam mahkamah. Namun anehnya semalan, bila DSP Gan Tack Guan berkata bahawa Najib Razak memang tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Maka itulah pihak polis tida perlu untuk mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes hasutan yang melibatkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin.


"Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol itu berkata, ini kerana siasatan polis mendapati Timbalan Perdana Menteri itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Beliau (Najib) tidak dipanggil untuk memberi keterangan setelah segala siasatan pihak polis dijalankan dan mendapati beliau tidak terlibat dalam kes ini," katanya. "Saya maksudkan kes yang sedang berjalan di hadapan mahkamah ini tidak perlu siasat Najib walaupun nama beliau ada disebut dalam kandungan lampiran A (artikel Let's Send the Altantuya Murderers to Hell). "Dalam proses penyiasatan kita perlu lihat pembabitan seseorang. Kena ambil kira semua itu. Semua saksi sememangnya penting tetapi dalam kes ini, Najib tidak terbabit langsung jadi tidak perlu ambil keterangan beliau," kata Gan. Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor, membantah soalan Gobind yang menurutnya cuba membawa elemen politik kerana saksi kelima itu tidak mempunyai kuasa untuk memberi jawapan terhadap soalan berkenaan. "Saksi adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya pegawai penyiasat jadi beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang cadangan bagi proses pendakwaan," katanya. [laporan media arus perdana]


Bukankah ianya amat mengelirukan, bila pihak polis mengatakan Najib Razak tidak bersalah sedangkan beliau belum pun masuk "mahkamah" untuk didakwa atau memberi keterangan. Bahkan pihak polis juga berkata yang mereka telah melakukan siasatan awal terhadap Najib. Soalnya, bila dan apa yang mereka siasat serta fakta apa yang mereka ambil? Inilah yang menjadi kemuskilan kita sebenarnya. Jika begini hasil kerja polis di Malaysia, maka memang sahlah kini undang-undang telah diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkuasa. Jika berlaku kepada Anwar Ibrahim, pihak polis bukan mahu "laju macam peluru" untuk menangkap, bahkan menyerbu Anwar seperti "penjenayah paling dikehendaki" di dunia. Sedangkan kes Anwar bukanlah melibatkan jenayah "membunuh" atau "meletupkan orang lain". Apakah undang-undang sebegini yang harus kita kekalkan dalam negara kita?. Inilah akibatnya bila menggunakan dasar penjajah sebagai panduan dan ikutan. Akhirnya, mereka yang telah dijajah minda itu menghukum berdasarkan nafsu serta akal fikiran dan bukan lagi berasaskan kepada fakta kes berkenaan. Maka itulah, rakyat perlu bangkit dan sedar dari lamunan. Jangan biarkan mereka ini terus merosakkan amalan demokrasi, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesoapanan dan kesusilaan sesama kita.

[Dengan senario yang berlaku ini, maka kami yakin jika UMNO dan Barisan Nasional terus dibenarkan berkuasa di negara ini maka akan rosak serta punah ranahlah masa depan rakyat. Prinsip "Rukun Negara" yang selama ini dilaung-laungkan kini mereka "persetankan" demi kuasa. Sudah tiada lagi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang apabila mereka menggunakan itu untuk "merampas kuasa" di Perak. Tiada lagi kesopanan dan kesusilaan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyap, bahkan rakyat ditekan diugut serta diperlakukan seperti "haiwan" oleh penguasa yang zalim dan tamak haloba. Paling utama, mereka ini sudah tiada lagi kepercayaan kepada tuhan, bila sanggup melakukan tindakan sesuka hati tanpa memikirka balasan di hari kemudian. Lakukalah perubahan demi generasi kita !!].

Ahad, 8 Februari 2009

ALLAH MENCIPTAKAN DUA PERKARA

SYURGA & NERAKA

RIDWAN & MALIK

ROKID & ATID

NIK AZIZ & PAKLAH

ERDAGON & PERES

KUASA RAKYAT & KUASA WANG

NIZAR & ZAMBRY







Jumaat, 6 Februari 2009

KEMATIAN & KEMALANGAN

span class="fullpost">

DPP mengucapkan takziah kpd keluarga Ustaz Ramli di atas kematian isterinya Khadijah bt Abd Rahim di HOSHAS Temerloh ptg semalam.Beliau yg dimasukan ke wad ICU beberapa hari lalu adalah kakak kepada aktivis Pas ust Najmi dan Sdr Khairi.Beliau juga adalah anak saudara kpd DR Abd Wahad Ismail.Dan juga adalah ibu kpd guru Pasti AZ-Zahra di Tmn Temerloh Jaya.Kaum keluarga diharap bersabar diatas dugaan ini dan kami mendoakan agar rohnya diterima Oleh Allah dan mendapat keredoanya.Orang ramai dijemput hadir utk menyempurnakan urusan jenazah yg dijangkakan akan selesai sebelum solat jumaat di Kg Paya Luas.
Dlm waktu yg sama ptg semalam satu kemalangan jalanraya yg melibatkan adik kpd SU DPP(Farid) berlaku.Adiknya dimasukan ke HOSHAS ptg semalam bersama rakanya.Keadaanya tidaklah terlalu membimbangkan,walaubagaimanapun Dpp mendoakan agar mereka berdua cepat sembuh dan harap keluarga mereka bersabar.

SOLAT HAJAT PEMUDA UTK PERAK

span class="fullpost">

Dewan pemuda Pas kawasan Temerloh telah mengadakan solat hajat mlm tadi di Darul Izzah memohon keselamatan dan keberkatan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.Solat yg dipimpin oleh Ustaz Juunaidi (Bendahari DPPN) itu diadakan selepas solat isyak adalah antara slot Usrah bulanan Pemuda.Dlm perbincangan DPP menyatakan akan tetap teguh dibelakang pimpinan Pas dan akan patuh arahan yg akan dikeluarkan khususnya dlm menghadapi rampasan kuasa tidak bermoral dari BN.(sy)

Khamis, 5 Februari 2009

Eksklusif: Info Terkini Dari Perak Darul Ridzuan


FRU Diarah Berkawal Di Bangunan SUK Perak

IPOH [5.03 pm] - Keadaan tegang ekoran arahan Sultan perak supaya MB letak jawatan segera itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerah untuk mengambil alih bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah mengarahkan Menteri Besar dan kesemua Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada mereka agar menyerahkan barang-barang milik kerajaan seperti kereta dan kunci pejabat. Malah, beliau juga telah meminta Exco dan pembantu-pembantu peribadi mereka agar meninggalkan bangunan tersebut dengan segera. Perkembangan itu dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

[3.34 pm] Maklumat terkini diterima dari Ipoh, mengatakan selepas perundingan Sultan Perak akhirnya setuju membubarkan 4 Dewan Undangan Negeri. Namun dengan syarat Menteri Besar Perak perlu meletakkan jawatan beliau segera!. Perundingan masih berjalan sekarang ini, suasana tegang berlaku dan keadaan sungguh mendebarkan. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik jua!.


[3.00 pm] Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini akhirnya tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Pejabat Sultan dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada BN dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

[2.14 pm] Tempat perhimpunan 100,000 rakyat untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

[2.00 pm] Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.




Perak...Ketentuan Takdir Allah Mengatasi Segalanya


MASYAALLAH! Apalagi kata-kata yang dapat diluahkan apabila mengikuti perkembangan terbaru negeri Perak. Perkembangan yang tidak memberi isyarat positif kepada PR. Yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada Tuanku Sultan Perak agar menerima cadangan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Walau apa sekalipun, realiti terkini dalam DUN Perak adalah : 28 PR, 28 BN, 3 Bebas(walaupun akan masuk BN). Maknanya, dalam PRU lalu, majoriti rakyat memilih PR yang menang 31 dun berbanding BN hanya 28 dun. Kini, BN dan PR masih sama jumlahnya kecuali apabila 3 adun bebas (dulunya PR) bertindak menyokong BN.


Sekiranya keadilan untuk rakyat menjadi keutamaan, jalan terbaik ialah DUN Perak mesti dibubarkan untuk menyerahkan kembali kuasa rakyat untuk memilih. Kita yakin PR akan kembali menguasai selepas Pilihanraya DUN nanti.

Walaubagaimanapun, sekiranya titah Tuanku Sultan tidak menyebelahi PR, seharusnya kita selaku rakyat jelata menerima takdir tersebut. Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmah dan sebabnya.

Sebagai renungan bersama :

1. Suasana ini memberi imej yang baik kepada PAS dan semua wakil rakyat PAS. Kita pernah hampir kehilangan Kelantan apabila memerintah hanya kelebihan satu kerusi. Namun, dengan pegangan aqidah yang kuat dan perjuangan yang ikhlas, PAS Kelantan masih mampu berdiri megah hingga ke hari ini.

2. PAS tidak rugi sebenarnya (untung pun tidak) apabila kerajaan PR Perak tumbang. Namun pengaruh DAP dan PKR semestinya sedikit menurun dan akan dinilai semula oleh rakyat. Bersedialah dengan calon-calon terbaik untuk PRU13 nanti. PAS juga boleh menilai semula "pemberian ihsan" kerusi-kerusi milik PAS kepada PKR dalam PRU lalu. Anggaplah ini sebagai syarat kemenangan dari Allah kepada perjuangan Islam PAS di negeri Perak pada PRU akan datang.

3. BN terutama um-NO akan diingati selamanya sebagai parti murahan yang sanggup menerima adun yang mempunyai kes rasuah RM dan SEKS serta kaki judi ke dalam um-No. BN juga telah mengkhianati mandat rakyat Perak demi membuncitkan perut mereka.

Akhir kata, nukilan dari ayat 146 dari Surah Ali-Imran:

“Dan tidak pula mereka menjadi lemah semangat lantaran apa yang mereka deritai
dalam perjuangan fisabilillah;mereka tidak kehilangan harapan dan tidak pula
berdiam diri,dan Allah menyukai orang-orang yang sabar”.

Dan insyaAllah! Perjuangan masih panjang. Di depan api, di belakang duri, kita tidak punya pilihan, Janji Allah hampir tiba. Kemenangan pasti berlaku. Tidak di dunia, di akhirat pasti. ALLAHU AKBAR!!!(3X)

Rabu, 4 Februari 2009

ADAKAH PILIHAN KITA SAMA DGN PILIHAN MALAIKAT ATAU PILIHAN SYAITAN




Politik negara bergolak kembali.Perak menjadi tumpuan.Umum mengetahui apa yg berlaku.Sebenarnya pertarungan ini bukan sekadar zahir sahaja,tanpa dilihat,syaitan memainkan peranan yg cukup besar utk memastikan manusia bersamanya di neraka kelak.Ada golongan yg tidak termakan ajakan syaitan,sementara ramai yg tergoda dengan pujuk rayu syaitan yg dijelmakan dlm bentuk duit, projek, kereta, harta, wanita, pangkat dll.


Islam mengajar umatnya konsisten dlm mencari redho Allah.Kalau Tahta menjadi punca Allah murka,lebih baik tiada tahta.Kalau kaya punca kemurkaan,lebih baik kita miskin.Dlm kekecamukan suasana mlm ini,Pas menjadi satu2nya yg tak terpalit dgn apa2 skandal.Ya Allah,engkau pilihlah jamaah Pas ini menjadi pembela agamamu,iktiraf kanlah kami.Walau apapun yg engkau takdirkan terjadi,tetapkanlah pendirian kami.Kalau engkau takdirkan kami keseorangan,kami redo,kerana keredoanlah matlamat kami.Di keheningan mlm ini,kami mohon bantulah kami khususnya di Perak.Janganlah engkau gantikan kerajaan ini dgn musuhmu yg kelak akan mengajak rakyat menderhaka kpdmu Ya Allah

Selasa, 3 Februari 2009

Puisi: HARAPAN RAKYAT


Angin sepoi-sepoi bahasa telah bertiup
menyegar lapangkan sedikit demi sedikit
dada rakyat yang dalam kepanasan
selama ini dibara kering derita
dari telapak tadbir bernama Umno.

Angin sepoi-sepoi bahasa
mulai bertiup deras mengalun
gelombang rentak politik tanahair
tercetus reformasi 8 mac 2008
menjalar ke Permatang Pauh
meniti di Kuala Terengganu
merobek angkuh Umno/Bn
meledak mara Pakatan Rakyat
harapan baru bumi pusaka.

Harapan baru itu akan mara
membujur lalu melintang patah
perjuangan rakyat untuk rakyat
yang pernah dipinggirkan Umno
dengan lagu-lagu hikayat.

Kini rentak tari langkah terajang
tidak akan terhalang dek fitnah
kerana luka hati selama ini
mencetus rasa peralihan
dari medan kepura-puraan
ke perjuangan rakyat
yang ditegakkan oleh rakyat.

Demikianlah mula tersurat
harapan baru harapan rakyat
tidak akan berundur
dan mara memburu
keadilan, kemakmuran, kestabilan
dibawah Pakatan Rakyat yang keramat!

Isnin, 2 Februari 2009

PERAK : UJIAN IMAN DAN TAQWA


Beberapa hari lalu kita dimaklumkan "kehilangan" 2 orang ADUN Perak dari PKR yang sedang menanti proses perundangan berhubung dengan kes rasuah. Semalam, kita dikejutkan pula dengan pemgumuman perletakan jawatan oleh kedua-dua ADUN tersebut sebagai wakil rakyat oleh Speaker DUN Perak. Tidak lama kemudian keluar pula laporan penafian dari mereka berdua. Soalan mudah; Siapa yang berbohong?

Kalau kita amati pengakuan semua pihak, 'something wrong is happen' (betul ke grammer ni?). Menariknya dalam isu ini adalah ianya berlaku dalam suasana politik yang masih terkejut dengan pengisytiharan keluar um-NO oleh ADUN Bota. Semua pimpinan um-NO menggesa agar pindaan undang-undang melarang wakil rakyat melompat parti.

Tidak lama kemudian, hilang pula 2 ADUN PKR yang sudah tentu dikaitkan dengan um-NO. Dalam hal ini, nampaknya pimpinan PKR terutama Dato' Seri Anwar telah lama menghidu 'kebusukan' rancangan 'shit' (pinjam tulisan Shahnon) um-NO itu. Oleh itu, apabila berita penangkapan kes rasuah yang melibatkan 2 orang ADUN tersebar, anwar telah menyusun strategi agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak tidak tersungkur rebah.

Akhirnya, sebagaimana diketahui umum, ADUN Bota menyertai PR. Walaupun 2 adun menyertai BN (dalam usaha menutup kes rasuah), kerajaan Perak masih selamat dan kukuh sepertimana di Kelantan sebelum PRU 12.

Ada 3 perkara yang perlu direnungi bersama ;
1. Tarbiyah diri dengan iman dan taqwa menjadi penentu kepada matlamat hidup di dunia yang sementara ini. Rasuah haram, samada orang islam itu dalam um-NO, PKR, DAP, PAS atau tidak berparti. Sekiranya kita boleh lari dari hukuman di dunia, akhirat nanti pasti berlaku.

2. um-NO patut malu jika menerima 2 orang adun yang ada kes rasuah RM dan seksual. PR pula harus bersyukur kerana bebanan kesilapan 2 adun tersebut kini telah menyerap masuk ke dalam um-NO. Bertambah lagi bilangan pimpinan dan ahli um-no yang aktif rasuah termasuk kes yang berlaku di temerloh.

3. Semakin jelas kepada kita, bagaimana PAS, PKR dan um-No mendidik ahli dan pimpinannya mengenai perjuangan dan tarbiyah diri. Hingga hari ini, hanya PAS yang mengutamakan pendidikan ISLAM yang sempurna dan tarbiyyah yang menghubungkan antara roh dan jasad. Perjuangan parti lain hanya untuk kemenangan di dunia, tapi PAS untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Perjuangan PAS demi kepentingan politik dan dakwah islamiah. TAKBIR ... ALLAHU AKBAR !

Jumaat, 30 Januari 2009

Temerloh : Bandar Ikan Patin @ Bandar Pancing Rasuah


Nama Bandar Bersejarah ini tiba-tiba ‘meletup’ di persada politik tanah air apabila dijadikan lokasi strategik agen-agen politik wang dalam Umno untuk mengatur strategi kempen pemimpin nasional yang berebut jawatan dalam pemilihan parti itu Mac depan.


Bandar ini dipilih sebagai tempat pertemuan calon-calon jawatan tertinggi parti dengan perwakilan Umno yang mewakili tengah Pahang yang merangkumi bahagian-bahagian Temerloh, Maran, Bera dan Kuala Krau. Mereka ini dilobi supaya memilih mereka dalam pemilihan nanti. Sudah tentulah sebagai balasannya, undi tersebut dibeli dengan wang ringgit, makan-makan, projek dan yang seumpama dengannya.

Minggu lepas, 12 daripada 38 orang G-7 termasuk perwakilan dan ketua-ketua sayap (pemuda, wanita dan puteri dari Temerloh, Maran, Bera dan Kuala Krau) telah diperdap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah Naib Ketua Bahagian Temerloh Anuar Yunus.

Mereka ditangkap SPRM pada malam tersebut, kerana dikatakan menerima wang suapan dari calon MKT Dato’ Norza Zakaria atau wakilnya.

Menurut sumber, empat daripada mereka merupakan kakitangan kerajaan iaitu seorang pegawai MPT, seorang pegawai di PPD Temerloh, seorang guru dan seorang pegawai JASA.

Tidak cukup sekadar itu, menurut sumber Umno Temerloh, ada juga calon Naib Presiden yang ‘beroperasi’ di Temerloh. Menurut sumber itu, Syed Hamid Albar telah datang ke Temerloh (dengar khabar ke rumah ex-YB Rosni Zahari) dan Hishamuddin Tun Hussein di sebuah hotel di sini untuk tujuan melobi undi perwakilan.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dan Rahim Thamby Chik juga telah bertandang ke Temerloh dan dipercayai mempunyai tujuan yang sama.

Persoalannya, adakah Bandar Temerloh yang dikenali sebelum ini sebagai Bandar Ikan Patin sudah tidak sesuai lagi? Apakah gelaran paling tepat dengan senario semasa perlu direnungkan ; TEMERLOH, Bandar Pancing Rasuah (BPR)

Khamis, 29 Januari 2009

JAMUAN RAKYAT KESYUKURAN P.036 Kuala Terengganu





Tarikh : 14hb Februari 2009 (SABTU)
Masa : Bermula jam 6.00 petang
Tempat : Darul Amin, Sg Gau, Temerloh
Tetamu Istimewa : Naib Presiden PAS; Tn Hj Mohamad Sabu
Pimpinan PAS, PKR, DAP Pahang

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Tn Hj Mohamad Sabu turut berceramah pada malam tersebut.

Manakala keesokannya iaitu pada 15hb Feb (ahad), pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pameran dari Urusetia Penerangan Negeri Pakatan Rakyat akan berlangsung seawal 8 pagi. Satu Taklimat Khas akan disampaikan oleh YB Dato' Mahfuz Omar pada jam 2 petang manakala Perasmian Penutup dijangka akan disempurnakan oleh YB Bato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada jam 5.30 petang. Kedua-dua pimpinan juga akan berceramah pada malam tersebut.

Rabu, 28 Januari 2009

Aktiviti Sepanjang Bulan Februari 2009


Semua dijemput hadir ...

1 feb : Kenvensyen Tarbiah & Dakwah
Anjuran : Dewan Muslimat PAS Pahang
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Markaz Putra, Balok, Kuantan
Perasmi : Ketua DMP Pusat



13 feb : Majlis Kesyukuran PRK P.036
Anjuran : BPPNP
Masa : 8.00 malam
Tempat : Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau
Penceramah : Timbalan Presiden

14 feb : Himpunan Pemuda PAS Pahang Mansuhkan ISA
Anjuran : DPPN
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : KUIS, Temin, Jerantut
Perasmian : Naib Presiden, Hj Mohamad Sabu

14 & 15 feb : Expo Penerangan PAS Kawasan Temerloh
Anjuran : PAS Kawasan Temerloh
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh mlm
Tempat : Darul Amin, Sg Gau, Temerloh
Perasmian : Tuan Guru Presiden
Ceramah malam 1 : Presiden & Naib Presiden (Mat Sabu)
Ceramah malam 2 : YB Dato Mahfuz Omar & YB Tian Chua

21 Feb : Wacana Ilmiah
Anjuran : JAPEN
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Dewan BPPNP
Penyampai : YB Saifuddin Nasation

28 feb : Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan & Hari Kesenian Islam
Anjuran : Lajnah Kebajikan PAS Phg
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh mlm
Tempat : Kg. Embun, Maran.
Perasmi : Naib Presiden, Tn Hj Mohamad Sabu

MESYUARAT AGUNG TIBA LAGI ...


Dari minggu lepas hingga minggu ini, tiap-tiap malam mesyuarat. Mesyuarat cawangan, kawasan, negeri. Pastu mesyuarat dpp, pasti, program, lajnah dan macam-macam lagi. Meeting, meeting dan meeting. Bulan Februari ini pula ada 2 program besar yang dpp tloh terlibat secara langsung. Juga Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan disepanjang bulan Februari ini.

Bulan Mac, mungkin Mesyuarat Agung DPP dan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh. Menariknya, Pemilihan Kepimpinan berlaku dalam mesyuarat agung kali ini. Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem 40 penyamun : "Mari kita lihat, siapa yang kena...!' (kena tanggungjawab pikul amanah ALLAH).

Sebagai muhasabah kepada program setahun berlalu, juga muhasabah kemampuan pemimpin dalam memimpin jemaah selama 2 tahun. Mungkin perlu kepada perubahan kepimpinan. Mungkin juga perlu kekal kepimpinan. Ianya kemungkinan berlaku dalam seluruh peringkat kepimpinan dari pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Apa yang ingin dpp ulas adalah kepimpinan diperingkat cawangan. Hampir separuh dari 61 cawangan PAS di Temerloh, boleh dilabelkan 'hidup segan, mati tak mahu'. Puncanya samada penggeraknya sudah 'bersara wajib' atau sudah 'tidak berdaya saing'. Soalnya, mana pelapis?

Soalan ini membawa 2 jawapan mudah.
Pertama : Penggerak (ajk) tidak mendidik yang digerak (anak ajk). Program yang sepatutnya turut dihadiri oleh si anak, tidak dibawa bersama. AJK (mislimin/muslimat) hanya seronok mentarbiyah diri sendiri dan lupa anak berhibur di rumah atau bersama kawan-kawan. Bahkan ada yang mengatakan ; "ah, koi datang ni dah mada dah" (memadai). Bila anak semakin membesar dan semakin bebas dari jemaah, maka lain pulak bunyinya; "pemuda ni takde buat program anak muda, anak koi kat rumah tu duk saja je. takde aktiviti pemuda anjur." Pulak dah. Sepanjang tahun 2008, rasanya dah banyak dpp anjurkan. Tak perlu nak disebut. Boleh tanya dalam mesyuarat agung nanti. Cuma sikap berlepas diri dari mengaku silap sendiri amat tidak wajar. Mungkin dpp ada kelemahan, tapi cubalah menuding ke hidung sendiri sebelum menuding kepada orang lain.

Kedua : Konflik pemikiran antara golongan veteran dan muda. Veteran terlalu berhati-hati dan bertindak agak lambat. Orang muda pula agak gopoh dan terkehadapan. Selalunya, apabila berlaku seperti ini, orang muda terus malas nak join cawangan, lebih teruk jika orang muda langsung tiada komitmen dengan jemaah.

Kalau punca pertama mengakibatkan tiada pelapis dari anak ajk, punca kedua pula menyebabkan tiada tenaga muda yang berminat nak mendokong cawangan. Mungkin aktif di kawasan tapi pasif di cawangan. Renung-renungkanlah.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT