19 September 2012

the icon is back



hasrat tahun lepas tak kesampaian,so tahun ni dapat jugak pergi autoshow vw.even kene booking awal tapi berbaloi sangat-sangat.tak macam tahun lepas open je,tak silap kat bukit jalil.wahh..nice and superb la autoshow vw tahun ni.bila kawan-kawan tanya aku, eh ada lagi tak autoshow vw ni?ahaa memang tak la.aku pun book tiket tu 4 hari sebelum tarikh kejadian.kali ni punya show vw tampilkan version baru punya kereta yang dulu-dulu tu kan.korang biasa-biasa panggil kereta kodok kan,so tukar kereta kumbang sekarang..so banyak la bunga yang minat model ni nanti termasuklah aku..eceh, impian tu..honda jazz pun kalah kot.kereta impian bertahun-tahun.hee


yang sangat menarik masa ni,ialah ada satu booth tuk shoot dalam kereta vw.gaya macam kereta tu kita punya la.kelakar tengok gelagat orang buat macam-macam gaya.siyes dalam sesi yang aku pergi tu sabtu malam ahad.8.00 - 9.30 ,malam.orang melayu boleh kira kot dengan jari apatah lagi orang yang bertudung.ada seorang tu makcik, siap pakai baju kurung lagi mybe orang penang kot sebab muka dia mamak-mamak giteww.tak pasti la mungkin ramai yang tak tahu pasal show ni.


the icon is back kira tema untuk show 2012.siap ada lagu tema agak suspen jugak.tu yang menarik tau.ok nak tengok koleksi gambar The Bettele lebih banyak lagi ----> the icon is back



boleh layan video bawah ni.

15 June 2012

Berani

cinta adalah berani.siapa setuju angkat tangan! but antara berani dan ego yang mana akan mengatasi dalam diri kamu dan kamu sekalian.sometimes sebahagian kita mempunyai keadaan HTS. standing for hubungan tanpa status, samada kawan or couple, padahal hati masing sama-sama suka and sentiasa berhubungan.masing-masing takut menyatakan kebenaran tentang hati dan perasaan mereka sesama pasangan.keliru mungkin apa yang akan terjadi selepas keberanian yang diserlahkan menyatakan cinta dan perasaannya.samada hubungan sentiasa rapat or menjadi renggang.tapi jika cinta tiada keberanian sampai bila kita akan sentiasa rasa sakit kerana masih tidak dapat menyatakan cinta kepada yang kita cintai.walaupun bukan kerana ego tetapi kerana takutnya menghadapi kegagalan untuk menerima balasan cinta daripada yang kita cintai.tak pasti ia selalu terjadi dari pihak lelaki atau perempuan.tetapi bagi hati perempuan biasanya dia akan tertarik pada lelaki yang berani menyatakan kejujuran hatinya dengan jelas.



tiada siapa yang memilih untuk kegagalan tetapi berani untuk mencuba!

p/s : pencinta-pencinta dan yang dicintai-dicintai let's go forward!

14 June 2012

Match 12


Alhmdulilah..1st entry guna my new lappy lepas yang lama kena curi, but still miss the purple one. lewat malam macam ni buat aku terbuai-buai mendengar lagu yang agak jiwang dan fikiranku berbolak balik berfikir mengenai cinta.arghhh..just stop it!.semangat EURO 2012 ni lari fikiran aku ke arah bola.ahaa. aku bersimpati jugak lah pada seorang girl ni gambar ngan komen dia terpampang lam blog and FB pasal dia kata sokong Brazil for EURO.aha aku pun memang tergelak kecil..huh sabar je editor majalah mana la yang tak edit tu.patut tak payah masukkan komentar yang memalukan tu.cukup-cukup la yang mengutuk tu.huu btw malam ni dah hari ke 7 EURO 2012 and sekejap je lagi match Holland vs Germany.aku tak nafikan group B letaknya group yang agak power.anyway wait and see team mane yang layak ke pusingan seterusnya.fokus to group B.haha sebab my fav team.. da orenja!


p/s : go go Holland! jom siapa nak geng;)

06 April 2012

kehilangannya



ohh..terkedu rasa di hati
apabila ia hilang..sama sekali
ku tak menyalahkan pencuri itu
sudah memang kerjanya mencuri
tapi ku terfikir mungkin ia suatu kesedaran
untuk diriku mengenali lebih mendalam kehidupan
sebenar di kota...walaupun amat kusayang
tapi aku tahu ianya harta yang sekadar pinjaman
daripadaNYA..ada kegembiraan di setiap kesedihan
begitu juga kesihatan ini, jangan lah suaraku ini hilang dan melarat
sudah ku telan berpaket strepsil, wood dan activefast.
minuman berais sangat menggodaku.....


p/s: saya suka esok cuti wekend!

23 March 2012

cinta manusia


sukar memahami erti cinta dan sayang
yang selalunya aku terlambat menyedari
cinta yang kusedari hanya dia seorang di seberang sana (bukan malaysia)
namun tidak kesampaian apabila lambat menyambut cinta daripadanya
bertahun penantianku dan mungkin hanya impian sahaja untuknya

ku perlu untuk lupakannya kerana jauh hasrat untuk nya
dan kini aku bersedia untuk menyambut perasaan anugerah ilahi
daripada seseorang yang boleh memikul tanggungjawab untukku
dulu perasaanku belum ke arah itu dan tiada siapa yang ku sambut
maaf untuk yang sebelum ini, kehadiranku mungkin menyusahkan
perasaan-perasaan kaum adam yang ingin cintanya disambut olehku

jauh sekali dulu aku bermadah mengenai cinta atau sayang
kerana dalam fikiranku hanya keseronokan dalam hidup
kawan , ayah, ibu, adik- adik, saundara mara dan geng-geng
dan betulkan dengan kata pepatah inggeris
'love when you're ready not when you're alone'.
dush dush pipi ini hendak ku tampar bagi menyedari
hakikat diriku menjadi dewasa dan perlu ke arah itu
itulah yang diingati oleh ibu padaku anak sulungnya.

semestinya kuharap adalah kebahagiaan untuk
hari esok dan seterusnya hingga ke akhir hayat
semoga kearah yang diredhaiMU dan menggembirakan 
insan-insan disekelilingku.


p/s: 1st time tulis benda ngarut dalam blog.haha cari mood ni;D