Showing posts with label Pop Cakes. Show all posts
Showing posts with label Pop Cakes. Show all posts

Drama Lagi Hari Ni

Wah minggu ni kira marathon lah aku membaking kek. Tiap2 hari kena bakar kek. Kali ni buat pop kek untuk Eena my ex-schoolmate untuk sambutan Besday dia kat opis. Eena nak choc pop cake with choc ganache dan red velvet with cream cheese pop cake dan aku salut dengan white choc kaler pink nih.

Aku memang penat sesangat, sambil menyalut kek ni, mata duk melilau gak kat oven yang tengah duk membakar macaron aku tuh. Hampeh jugak kali ni banyak gak yang sangkut. Tu yang lagi menambah letih tu.


Neway, ingat drama bakar kek dah habis rupanya time nak ambik kek pun drama, aku tunggu kat Utara, Eena gi kat tengah, aku naik atas pastu turun balik gi kat Tengah, dia gi Utara. Udahlah macam Charlie Chaplin jadiknya. At last, nasib baik jumpa gak walaupun still terlajak ke depan. He....


Berjangkit-Jangkit Pulak Ye

Nampaknya demam whoopie pie ni dah berjangkit pulak. Memula jiran sebelah, kali ni jiran seberang bilik pulak. Cuma kali ni whoopie pie ni jadi topsy turvy sebab traditional whoopie pie ni, cookies nya chocolate dan fillingnya samada cream cheese atau peanut butter. Tapi kali ni permintaan spesel Cik Aiyun, nak whoopie pie perisa strawberry dan peanut butter filling. Tak kisah lah, comel jugak jadinya, macam tuan yang order...



Kat bawah ni pulak, second round buat red velvet pop cake, cuma kali ni salut guna candy melts yang baru di restock. Baru puas hati den.




Al kisah Pop Cake Yang Meriah



Kisahnya masa buat pop cake ni candy melt sudah tinggal sikit. Ate malam pun dah semakin larut, soheh lah kedai semua dah tutup..sila tampar pipi sendiri sebab lupa nak buat stock check. Ok..pang..(tak merah sebab pukul pelan2...). Alternativenya ku guna lah couveture choc yang masih ada dalam kabinet ku itew. Tapi bila pakai choc jenis ni memang bapak lah lembab nak keras. Mata dah mengantuk, esok nak kena bangun pagi pulak (ni cerita hari jumaat sebab sabtu Dalea kena sekolah ganti). Last2, terpaksa lah ku salut ngan gegula warna-warni ni supaya tak melekat masa nak masukkan dalam plastik ni...anyway, nampak meriah sikitkan???(berkata sendiri untuk menyedapkan hati). Btw, pop cake ni di order oleh Klynn untuk adiknya. Isi dalamnya red velvet cake with cream cheese frosting.


Related Posts with Thumbnails