Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Nasi Udang Pakistan

Oleh kerana hari ni aku nak balik Jabi to my parents' place, maka, hari ni we (me and k.ta) decided to masak something simple. K.Ta ambik this recipe from buku saji. Recipe ni ada dalam section promotion microwave Panasonic. Kalau ikutkan the book, memang kena masak guna microwave, but aku just masak macam biasa.

Bila masak nasi macam ni, teringat hubby coz he loves to makan nasi yg ala2 nasi arab mcm ni. Mak mertua aku pun sama. Dia org memang citarasa sama. Huhuhuh.. rindunya kat hubby. Dah la kat hotel tempat dia org duduk wifi rosak. Maka boleh ber sms je la. Nak telepon, punya la mahal. Aku beli iTalk RM30, aku cuma boleh cakap for 3 minutes je. Seminit, RM10!! Giler mahal!!

Takpe la, aku pendam rindu dalam hati.

Nasi Udang Pakistan

Nasi Udang Pakistan
Adapted from Panasonic (telah diubah suai ikut selera aku)

Bahan2

6 pot beras basmathi extra long - basuh, dan rendam dengan 3 tbs kunyit serbuk for 2 hours, toskan.

3 kuntum bunga lawang
6 biji pelaga
1 batang kayu manis
7 biji bunga cengkih
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 tbs stock ayam (kalau takde yg liquid, guna 2 ketul stock ayam maggi/knor)
2 tbs serbuk lada sulah
4 helai daun pandan
4 tbs ghee
1 tbs minyak masak
1kg udang - dibersihkan, tos
9 pot air - sukat menggunakan pot beras tadi
3 tsp garam

cara2
1. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan ghee dan minyak masak, tumis bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis. Masukkan bawang yg dah diblend, tumis sehingga garing. Apabila dah garing, masukkan udang, tumis sekejap dan masukkan air.

2. Masukkan daun pandan, stock ayam, lada sulah, garam. Apabila air dah menggelegak, tutup api. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan air bercampur udang, dan boleh tekan cook sampai la nasi masak.

For this nasi, aku hidangkan dengan ayam goreng and pajeri nenas. Recipe for ayam boleh dapat kat sini.


Thursday, February 9, 2012

Nasi Dagang

Our menu for cuti on thaipusam day. Dah lama teringin nak makan nasi dagang tapi malas sungguh nak masak. Aku paling tak suka masak the nasi. It's so leceh. Kena rendam, kukus, kacau, kukus dan kacau lagi. Masak nasi putih lagi senang. But, that's what makes nasi dagang so special.


Nasi Dagang Terengganu

Nasik Dagang
Recipe can be found here.

bahan2
5 pot beras siam wangi AAA
2 1/2 pot air
2 1/2 pot santan (ambik from 1 biji kelapa)
daun pandan
2 tbs halba
2 inches halia - julienne
10 biji bwg merah - potong nipis
2 1/2 tbs garam (masuk dalam santan)

cara2
1. rendam beras for about 5-8 hours.
2. then kukus beras for about 1/2 hour, until 3/4 masak.
3. keluarkan dari kukusan, then masuk dalam bekas besar, tuang air, kacau sampai air kering dan nasi sejuk.
4. masukkan balik nasi dalam kukusan, then tabur halba, halia and bawang.
5. kukus sampai nasi masak dan jadi gemuk :)
6. tuang nasi dalam bekas besar, masukkan santan, kacau/harung sampai nasi tak berwap

Gulai Ikan Tongkol
bahan2
2 kg ikan tongkol besar, potong 3-4, rebus dengan nisan, garam and asam keping.

bahan untuk blend
25 biji bwg merah (i used 5 biji bwg besar)
10 ulas bwg putih
2 inci halia
3 inches lengkuas
12 tbs cili boh
1 tbs belacan
5 tbs rempah nasik dagang

santan 1 kg
nisan
garam, gula

cara2
1. masukkan santan dalam periuk, tuang bahan blend. masukkan dalam 5-8 cups of air
2. masak sampai santan naik minyak.
3. bila santan dah naik minyak, masukkan nisan, garam, gula, ikan tongkol dan air rebusan ikan tongkol.
4. masak for about 10-15 minutes, then masukkan cili padi, belimbing buluh

Friday, February 3, 2012

Claypot Chicken Rice minus The Claypot

Errr... I've to buy a claypot. Susahla takde claypot. Iman suka sgt makan claypot chicken rice. Kebetulan masa dok mengemas pantry, aku terjumpa sebungkus dried mushroom. Maka, jadila project claypot chicken rice tu.

Patutnya kalau buat the claypot chicken rice, kena masak guna claypot and guna stove to panas kan the nasi with the chicken. Tapi, oleh kerana aku takde claypot, aku guna Pyrex and panas kan the rice dalam oven. Sedap!!! Hehehe... Pandai je puji diri sendiri.

Tuesday, August 9, 2011

Nasi Ayam Hainanese K.Lili Heta

Panjangnya title post aku hari ni.. hehehe.. Thank you K.Lili. This nasi ayam has become a hit among the girls. My girls jenis yg tak makan nasi ayam. Kalau makan pun maybe 2 kali setahun. Nasi ayam melawati yg famous tu pun dia org tak makan, ni kan lagi kalau yg i masak. But, the nasi ayam hainanese yg K.Lili ajar tu, licin! They love it so much. Siap request lagi nak nasik ayam this friday.

 I should have used beras siam AAA. Tapi takde stock. Terpaksa la guna beras tempatan. Tak lawa nasik ayam tu :(

 Iman loves the kicap.


Nasi Ayam Hainanese K.Lili Heta
Adapted from K.Lili

Ayam
1 ekor ayam approximately 1.8kg. Lagi banyak lemak, lagi sedap. - clean it, keep the lemak
2 stalk daun bawang
4-5 ulas bawang putih, crushed
4 hirisan halia - approximately 4 cm each
1 batang celery - potong 4
1 batang carrot - potong 4
1 biji bawang besar - potong 4


1.Clean and drain the chicken for at least 1 hour.
2. Kemudian, lumurkan garam pada badan ayam dan cavity, biar kan for about 1/2 hour. Then bilas sekali lalu.
3. Masukkan halia, crushed garlic and daun bawang dalam cavity ayam. Rebus ayam sehingga masak. Masukkan celery, carrot, bwg besar dan garam ke dalam periuk. Just before angkat ayam tu, sediakan ice water untuk submerge ayam tu to stop proses masak. I used huge basin with lots of ice. Celup ayam ke dalam bekas berisi air ais few times sehingga ayam sejuk. Drain dan ketepikan.

For the rice dan seterusnya, sila ke blog k.lili ye. :)

Monday, August 1, 2011

Uzbek Lamb Plov Pilaf

Believe it or not, this is one of the simplest rice dish to cook and yummiest! Nita, who is currently residing in Adelaide, bercerita pasal this lamb pilaf during Ramadhan few years back. One of the sister yang duduk sana bawak during iftar kat masjid. Aku pun terus menggoogle the recipe and found one kat grouprecipes that according to Nita, quite similar to the one served masa iftar tu.

The first time aku buat this dish was in 2008. Err.. actually, that was the only time aku buat. I had to cook the lamb and rice for almost 4 hours sebab the lamb (aku rasa aku terbeli mutton, not lamb) was very tough. In the end, nasi patah2. But this time, aku beli lamb, bukan mutton. Mutton, according to penjual daging kat pasar, memang liat. Sesuai untuk buat rendang, kerutup or apa2 je yg perlukan utk masak lama. But lamb, on the other hand, lembut sangat, sesuai utk grilling.

I used Pusa basmathi for cooking. Aku suka sangat beras Pusa tu sebab panjang dan fluffy. Kalau tengok the recipe, memang rasa macam nak pengsan bila baca. Punya la panjang the instruction. Tapikan, actuallynya, boleh disingkatkan. I cooked the lamb and rice within 1 hour. Masak dalam periuk pulak tu.. hehe.. Tak perlu guna rice cooker.

 Sedap sgt, sesuai untuk iftar. 


Uzbek Lamb Plov Pilaf
Adapted from Grouprecipes


Ingredients
4 cups long grain rice, I use Basmati (Pusa)
4 large carrots - julienne
4 large onions – haf and sliced thinly
2 lbs lamb meat – shoulder with some fat, cut into cubes.
1/4 cup melted lamb fat or vegetable oil
8 cups boiling water – add 1 tbs of salt to it
2 heaping tbsp coarse salt
2 tsp ground black pepper
3 tbsp ground coriander
3 tbsp ground cumin
1/2 tbsp paprika
1/2 tsp turmeric or a pinch of saffron for color
1/2 tbsp tarragon (I didnt add any)
1/4 cup dried barberries (optional)
1 large head of garlic, un-peeled, with the top cut off.

How to make it
1. Rinse rice in cold water at least 7 times, pouring out all the water completely after each rinse; set aside.

2.  If you have fatty lamb pieces use those for melting out the fat, if not, use vegetable oil instead.
 In a heavy bottom large pot or dutch oven heat the oil, or brown the fatty lamb pieces to get the fat out over high heat, until fat is smoky (but not burning)

3. Remove the meat now and toss in onions and let it  cook in fat until translucent, about 5-7 minutes, frequently stirring them. Toss in carrots, continue stirring.

4.  Add some of the remaining salt and half of the black pepper and paprika at this point.
Now add it back the meat and sprinkle some of the coriander and cumin over. Stir for another 2-3 minutes. 

5. Spread the  rice over the meat, onions and carrots, don't stir.

6. Make a hole in the rice with a handle of a wooden spoon, and pour the boiling water through that hole slowly, taking care not to disturb the bottom ingredients. Water should cover the rice by not more than 1/2 inch. Better under-water it than over-water.

7. Leave the heat at medium. Cover the pot tightly and let rice steam through for about 15 minutes without opening the pot.

8. After 15 minutes toss in the remaining spices and salt. Cover again and keep steaming.

9. Stick the garlic head (exposed side down) into the middle of the steaming plov, about 3/4 way and cover again.

      10. Steam for another 10 minutes or so. Check plov once in a while for doneness - the top grains should be slightly firm, and the bottom ones - well done, but not mushy. All water should evaporate, but not burn.


     11. Rice should be slightly sticky, but all grains should easily separate and not be easily mashed with a spoon. Meat should be tender and juicy, and vegetables should be all very tender. Enjoy plov with pomegranate salad, if you are up for it

Thursday, July 21, 2011

Nasi Minyak Hujan Panas

Dah lama nak upload gambar ni, tapi tak berkesempatan. Dah lama masak nasik minyak ni. Rasanya masa Father's Day.

Nasi Minyak Hujan Panas



Nasi Minyak Hujan Panas
Recipe : Dairimama.blogspot.com

5 pot beras
5 1/2 pot air
2 tbs minyak sapi
3 tbs minyak
sedikit rempah kasar (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
5 ulas bwg merah - mayang
5 ulas bwg putih - mayang
2 inci halia - crushed
beberapa helai daun pandan
5 tbs susu pekat
1 cup of kuah daging yg masak tadi.
garam

pewarna (merah, hijau and kuning) - titik dalam nasik bila nasik dah masak, biarkan kering, then baru kacau

cara2
1. tumis bwg, rempah kasar and halia, bila dah garing masukkan air, dan semua bahan lain.
2. bila air dah menggelak, masukkan beras, and letak dalam rice cooker. once nasik dah masak, baru letak pewarna. bila dah letak pewarna, biarkan for 5-10mins, baru harung nasik.



Daging Gulai Hitam

1 kg daging - potong mcm masak rendang
1 kg tulang rusuk 

- rebus sampai empuk

bahan blend
20-30 ulas bwg merah (i guna 5 biji bwg besar)
10 ulas bwg putih
3 inci halia
2 cups bwg goreng
4-5 tbs rempah gulai nasik minyak/rempah kurma

Untuk Tumis

rempah kasar (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, cardamon)
3 tbs minyak - utk goreng rempah kasar
nisang/gula melaka
6 tbs tomato sos
garam/gula

1. bila daging dah empuk, masukkan bahan blend and rempah kasar yg dah digoreng, termasuk la minyak tumisan tu.
2. then masukkan rempah, tomato sos, manisan, garam and gula.

kuah nasik minyak ni kena manis a bit,and rasa mcm stew pun ada


Saturday, June 25, 2011

Pulut Kuning & Kerutup Ayam

I cooked pulut kuning last week becoz Iman has been wanting to eat pulut kuning like forever. Aku ni kan malas sungguh nak buat pulut kuning. To me, pulut kuning ni leceh, especially bila nak kena guna kukusan. Tapikan, sebab sayang anak, maka, buat la jugak.

Iman siap pesan, boleh tak mama buat sedap macam nenek? Hah!?? Sedap macam nenek?? ?Grrr.. Suruh nenek je la yang masak! Iffah pulak sibuk suruh buat pulut manis ie wajik. Mana satu mama nak buat ni?? Tak kuasa la mama nak beli beras pulut banyak2. Since aku beli sekilo je beras pulut, maka, boleh buat cuma satu je. This time, aku buatkan pulut kuning for Iman dulu.

Bagi aku, pulut kuning sedap dimakan dengan kerutup ayam. Sometimes bila mok buat pulut kuning, I'll cook gulai kampung ayam yg pekat. Both pun sedap makan dengan pulut kuning. My mistake when I cooked the pulut kuning not on our free day was that, I screwed up my diet becoz of the pulut kuning. Argh!! Penat je lari kat gym. Memang menyesal giler! Lain kali takleh buat lagi.. huhuhuhu..

 Pulut Kuning with Kerutup Ayam






Pulut Kuning
1kg beras pulut - basuh, rendam 8 jam, toskan.
2 cups santan pekat + 1/2 cup air
1/2 tbs serbuk kunyit
2 tsp garam halus

cara2
1. Kukus beras pulut hingga masak sepenuhnya.
2. Keluarkan dari kukusan, tuang santan yang telah dicampur dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Kacau santan bersama pulut sehingga pulut suam2 kuku.

Kerutup Ayam (the recipe can be found here)
bahan2
1 ekor ayam - potong 16

Bahan Blend
20 ulas bwg merah
10 ulas bwg putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
6-8 tbs cili boh
kerisik - from 1/2 biji kelapa

santan 1/2 kg
2 asam keping
1 keping nisang sederhana
garam, gula
5 tbs rempah kerutup.
rempah kasar (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga)
2 btg serai - ketuk
bwg besar - 3 biji, just belah sikit je kat atas and bawah bwg tu.
cili merah - 4 biji, potong panjang

cara2
1. panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah kasar.
2. then masukkan bahan blend, goreng sampai garing.
3. masukkan cili boh, tumis sampai garing, then masukkan rempah kerutup dan sedikit air. then masukkan kerisik, asam keping, nisang and garam.
4. once rempah dah garing, masukkan ayam, santan pekat, serai. masukkan dalam 1/2 cup of air.

5. masak sampai naik minyak. masukkan bwg besar dan cili merah for about 10 minutes, then boleh la tutup api.

Aku suka kerutup yg basah, bukan kering mcm rendang. Satu lagi, kerutup ni kalau dah 2-3 hari, lagi sedap. Sama la mcm gulai kampung. Paling best makan dengan roti.

Wednesday, March 30, 2011

Nasi Kerabu with Ayam Percik & Baking

I think I have been bugged by baking bug now. K.Lili!! I think kan, the new oven is creating a havoc in my life. For the past few days, it has been actively baking cakes. Argh! I need to stop coz I really dont want everyone to start gaining weight again. Tapikan, susahnya nak stop. Everyday, I wanna bake. Every morning, I'll search on the net, for simple recipes, yg lazat. Maybe I should throw the new oven away? Sayangnya.. huhuhu..

Aku rasa la kan, officemates adik aku, Mas tu, sure ingat Mas jual oven sebab rasanya, to date, dia dah beli 6 biji oven. Mula2, she bought for me and Nisa. Pastu for mok and my elder sister, Shima. Then now, for Ella and Faisal, kawan hubby yg duduk kat Sabah tu. Nasib baik la sale dah nak habis esok. Kalau tak, mau byk lagi Mas kena borong oven.. hehe.. Sorry ye Mas.

Anyway, yesterday, aku rotan both Iman and Iffah, for getting their BM karangan C. Sorang kena rotan 3 kali. The reason aku rotan was because, I asked them to buat diary, tulis dalam BM and English, but they refused, so, masa tu, aku dah bagi warning, dapat less than A, then I'll rotan them. Tapikan, sebenarnya, masa nak rotan tu, kecut perut rasa sebab aku jarang sgt2 rotan dia org. Setiap lash, aku baca "Bismillah" supaya, bila aku rotan, ia adalah untuk pengajaran, but sebaliknya. Menangis2 both of them, syahdu betul. Bila aku ingat balik, rasa nak nangis.. huhuhu.. takpe la sayang-sayang mama, lepas ni kena rajin belajar. Takleh malas2 dah.

What did I cook for Faisal on Monday? Nasi kerabu!!  Lama betul aku tak buat nasi kerabu. Since we started exercising, segala jenis nasi yang bakal menggoda, memang aku akan avoid from cooking. Tapi, oleh kerana kawan hubby nak datang, kena la masak something special. Sunday dah masakkan dia nasi kebuli, this time, kena masak nasi lain pulak.

 Abah loves my nasi kerabu so much.. rindu pulak kat abah.

 The best ayam percik is still ayam percik yang dibakar guna dapur arang. Dulu2, everytime puasa, aku akan hidupkan arang untuk bakar ayam for percik. I think I started making percik since I was form 4.

 Sambal tumis nasi kerabu tu, I learned from my aunt, CikNgoh kat Kota Bharu. Kalau duduk rumah dia, memang boleh jadi obese la sebab dia pandai giler masak.

The way mok masak sambal ikan for nasi kerabu is, once dah gaul, u'll have to fry it again. Kalau buat extra sambal ikan,  adding extra serai and nisang will turn it to sambal ikan nasi himpit. I'll make some tomorrow. :)

Nasi Kerabu Mok Dah (aku la tu.. hahahhaa.. memandai je bubuh nama)

Nasi putih
ulam - kacang panjang, kangkung, daun kemangi, daun kesum, bunga kantan

Ayam Percik
bahan2
sekor ayam - potong 4 or just bakar sekor, tak kesah
1 1/2 kg santan
25 ulas bwg merah - blend with bwg putih and halia
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1 tsp halba
1 keping asam gelugor
10 tbs cili giling/cili boh
3 tbs salt
7 tbs sugar
3 btg serai - ketuk

cara2
1. masukkan santan, cili giling, bwg yg dah blend dalam periuk
2. masak sampai naik minyak
3. masukkan asam gelugor, serai, halba, salt and sugar.

ayam yg dah dibersihkan, lumur a little bit of garam and kunyit, bakar, and baste with gravy yang dah siap tu.


Sambal Tumis

Bahan blend
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 batang serai

8 tbs cili giling
2 tbs salt
5 tbs sugar
½ kerek nisang

1kg santan – masak hingga keluar minyak

Cara2
1.      1.  Scoop minyak dari santan yang dah dimasak. Tumis cili giling hingga garing.
2.      2.  Masukkan bahan blend, masak hingga garing. Pastu masukkan salt, sugar, nisang and santan yg dah masak tadi. Ada ¼ cup of water. Biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan.

For  Sambal Ikan
1 biji kelapa – goreng hingga kekuningan
6 ekor ikan sardine – rebus, buang tulang dan tumbuk lumat

Bahan blend
10 ulas bwg merah
1 tbs lada hitam
3 batang serai
Salt & sugar

Cara2
1.      1.  Kelapa yang dah digoreng, di tumbuk lumat dan digaul dengan ikan dan bahan blend.
2.    2Kemudian, goreng balik for 5-10 minutes before dihidangkan

Tuesday, March 29, 2011

Nasi Kebuli Again

When I have to entertain guests and I'm not in the rajin mood, then, Nasi Kebuli adalah pilihan utama untuk menu. Initially hubby suruh masak nasik minyak hujan panas. Tapi mood aku tengah dibanjiri kemalasan yang amat, maka, dari nasi minyak, menjadi nasi kebuli. Why nasi kebuli? It's so simple, main campak2 je, less than 1 jam, dah jadi menu yg lazat.

Hubby's bossom buddy, Faisal and his family, came over for lunch on Sunday. I think I did mention that briefly in my blog. When we were in Kota Kinabalu last year, we bunked in at Faisal's place. They were great hosts! Faisal siap ambik cuti to bring us places.


 Nasi Kebuli

Nasi Kebuli with Tomato Mint Sauce & Yoghurt


Nasi Kebuli
Recipe

Bahan A
1 ekor ayam - potong 4
garam, kunyit

gaul ayam dengan garam dan kunyit, perap for 8 hours

Bahan B - blend
1 tsp ketumbar
1/2 tsp lada hitam
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai (I letak 2 batang je, coz I dont like the overwhelming taste of serai)
1 tsp serbuk kunyit

Bahan C
4 pot basmathi
4 1/2 pot air
garam
1 tbs chicken stock granules (optional)
cara2
1. basuh dan toskan basmathi
2. masukkan air dalam periuk, bersama dengan bahan A and B.
3. biarkan mendidih sehingga ayam 3/4 cooked.
4. keluarkan ayam, masukkan beras, garam and chicken stock
5. transfer the whole periuk masuk dalam rice cooker, masak hingga nasik empuk (i'm too lazy utk jaga api while masak nasik tu)
6. ayam yg 3/4 masak tu, goreng hingga garing, hidangkan dengan nasik.


Tomato & Mint Sauce
6 biji tomato - seeded and cut into cubes
a bunch of mint leaves
juice from 2 lemon
sugar and salt to taste
5-10 biji cili padi

cara2
1. blend all the above and served. 

Thursday, March 24, 2011

Pulut Kuning

Ada tak sesapa yang tak suka pulut kuning? I used to hate it. Bila mok buat pulut kuning, tension je rasa sebab aku tak suka. Then bila dah besar, bila aku start appreciating food yg mok masak dengan penuh kasih sayang, I started to fall in love with it.

To Iman and Iffah, nenek make the best pulut kuning in the world. Nothing beats pulut kuning nenek walaupun gulai tu, selalunya mama dia masak. I think what makes pulut kuning tu sedap is the right combination of pulut kuning yg lembut and also the right way of cooking the gulai. Kadang2, aku masak kerutup, which hubby loves so much.

Semalam kan, aku ambik Iffah very late from her KAFA. I totally forgotten that KAFA dia ends at 4.30pm every wednesday. Iman pulak pegi house training kat sekolah. Sekarang ni kan musim sukan, everyday ada latihan sukan for different rumah. Iffah will be on Monday and Iman wednesday. Sudahnya semlm, Iffah merajuk. I was 45 minutes late coz I thought the KAFA ends at 5.15pm. Pastu Iffah report kat abah dia. Hubby pun apa lagi, keluarkan syarahan panjang lebar.. bengang je.. ishk!

My pulut kuning yg dah berzaman masak tapi asyik lupa je nak upload gambar :D

Friday, February 25, 2011

Beras Pulut

Aku ada 5 kg beras pulut yang tak guna lagi dan dah byk kutu beras. Rasa nak je buang, tapi mok cakap membazir. Dah la aku on diet, memang tak boleh makan beras pulut dan yang sewaktu dengannya. Iffah pulak dah nampak makcik ton jemur beras pulut tu, mintak aku buatkan wajik. I've tried making wajik before, but hubby said it's not as delicious as mok's wajik.

The problem with making traditional dishes macam tu is that, the bar has been set high by mok. Kalau masak, mesti kena compare dengan yang mok buat. Kadang2 malas nak layan bila dia org nak makan wajik ke, pulut kuning ke, sekaya ke or apa2 je la yg mok biasa buat sebab malas nak dengar "eh! kenapa lain dari nenek buat?", "kenapa nenek buat lagi sedap?", etc etc.. walaupun kadang2, yang buat kat dapur nenek tu adalah mama dia org. Grr...

As expected, Iffah cakap wajik aku tak sama macam nenek buat. Iman said, bahan2 kat kampung tu lain dari kat bandar. Bila aku rasa, memang kering. Masa aku buat wajik tu, I left the wajik for makcik ton to kacau coz I went out for dinner dengan my cousin, Wan. Bila balik, tengok, wajik tu kering. Patut la tak sedap. So, I terpaksa la aku modify wajik tu. Bila Iffah balik sekolah semlm, rasa the wajik, she said "sedapnya mama. mama letak apa?". ok la tu maknanya :D

 Mula2, dry..

Ni yang aku goreng semula lepas dah tambah santan dan nisang. Aku guna kuali tembaga so that the heat will be sekata. 

Recipe Wajik (InsyaAllah, this recipe is foolproof) :)
Ingredients
2 1/2 cup beras pulut (basuh dan rendam for few hours. Aku nak cepat, rendam 1 jam je)
1/2 kg santan
1/4 cup air
3 kerek nisang (aku guna pure nisang, takde campur dengan gula)
daun pandan

Cara2
1. Pulut yang dah direndam tu, toskan, dan kukus sampai masak.
2. Sambil tu, boleh la masukkan santan ke dalam periuk, kecilkan api. Add nisang, air dan daun pandan. Masak sampai nisang betul2 hancur dan santan keluar minyak a bit.
3. Bila pulut yang dikukus tu dah masak, tuang ke dalam bekas besar, add 1/2 of santan yang dimasak earlier. Kacau sampai santan tu kering, masukkan balance santan ke dalam pulut tu.
4. Alih ke dalam kuali, goreng atas api sederhana besar. Wajik ada the crunchiness taste sebab some of the pulut tu jadi garing.

Tuesday, February 22, 2011

Ketupat Sotong/Sotong Pulut - Step By Step

As requested by QJ & those yang suka makan ketupat sotong. As I mentioned earlier, my version is Kelate version, bukan Terengganu. Kalau Terengganu version, ada halia and halba, pastu the kuah rasa mcm masak lemak, instead of rasa macam pengat.


Step 1 : Cuci 1 cup of beras pulut hingga bersih, rendam for 1/2 hour, toskan.


Step 2 : Basuh bersih 1kg sotong, toskan.




Step 3 : Guna sudu kecil, masukkan pulut ke dalam sotong, make sure pulut tak penuh. Isi hingga 3/4 penuh je. (sila abaikan tangan tuan rumah yg montel itu :) )


Step 4 : Sotong yang dah berisi pulut, ditutup dengan kepala sotong dan dicucuk lidi.


Step 5 : Masukkan sotong ke dalam periuk, tuang 1 cup air dalam periuk tu. Tutup periuk dan biarkan mendidih for about 1/2 hour (depending on size sotong). Kalau sotong kecil, maybe it will take lesser time untuk pulut masak.


Step 6 : Bila pulut dah masak, masukkan 1/2kg santan, nisang (boleh guna gula melaka) dan secubit garam. Bila santan dah mendidih for few minutes, boleh la tutup api dan hidangkan.





Tuesday, January 18, 2011

Bubur Lambuk

Cik Wok wanted bubur lambuk. Kat KL ni, mana la nak cari daun2 for the bubur lambuk. MIL brought the daun2 with her on saturday. Oleh kerana aku busy sangat on saturday tu, tak sempat nak masak bubur lambuk, I cooked the bubur on sunday.

A typical Terengganu bubur lambuk, takde kerisik and santan. Mine ada both coz my version of bubur lambuk is bubur lambuk Kelantan. Why I cook bubur lambuk version Kelantan? It's because my mom duduk kat Besut, which is sempadan negeri Kelantan and Terengganu, so most of the dishes kat sana ada influence from Kelantan.

A conversation that I had with Che' Hab (hubby's aunt)

Me          : Che' Hab, Cik Wok pegi mana? (When I arrived at her room, Cik Wok wasnt there)
Che' Hab : Cik Wok bersungai.
Me          : Bersungai? Mana ada sungai kat Ampang Puteri ni.
Che' Hab : Bersungai tu buang air besar or kecik (sambil gelak)

Maknanya, lepas ni, kalau nak cakap pegi buang hajat, kena cakap bersungai, lebih sopan santun :)


Bubur Lambuk
Bahan2
1/2 pot beras
Air secukupnya (bergantung pada beras)
6 ekor ikan selayang - rebus, buang tulang dan tumbuk
1 tbs lada hitam - tumbuk
daun2 for bubur lambuk (termasuk la daun kadok, daun kemangi)
garam
1 tbs kerisik
250gm santan

cara2
1. Masak beras tu hingga menjadi bubur, tapi make sure nasi bubur tu tak terlalu hancur.
2. Masukkan daun, santan, kerisik, ikan dan lada hitam.
3. biarkan merenih diatas dapur sehingga bubur betul2 empuk.
4. tambah garam dan boleh la dihidangkan.

Wednesday, May 5, 2010

Pulut with Ayam Goreng Berempah

Pulut has always been on my top list of carbo. Antara nasi and pulut, aku prefer pulut. Especially pulut kuning yang mok masak. Peh! memang heaven. Bulan posa tahun lepas kan aku dilanda demam pulut cawang. Almost everyday aku buat pulut cawang. Those yang kenal aku tau that once aku dah suka satu dish tu, aku akan masak everyday sampai dah tak boleh nak telan lagi.. hehe.

Pulut with Ayam Goreng Berempah is one of my favourite dish. Aku mula makan pulut ni kat kedai abah, cooked by one of the Thai cook. Dulu abah ada kedai kat fasa 6, jual tomyam. Saje dia suka2 bukak kedai makan. Bukan dia duduk situ pun. The kedai was doing very well sampai la MPAJ robohkan kedai tu sebab illegal. Eleh! MPAJ ni, saje je cari pasal. The kedai has been around for more than 15 years, baru sibuk nak robohkan. Now MPAJ buat gerai baru, elok sikit je dari kandang lembu. Buruk giler!!

Entah macam mana, tiba2 teringin sangat nak makan pulut tu. So aku decided to try masak sendiri. Ayam berempah tu, senang je masak. Cuma the difficult part is untuk buat sambal. Adik aku cakap it's just sambal cili merah with cuka. Alhamdulillah menjadi! I was so happy!!


Recipe

Pulut ditanak seperti biasa sehingga masak.

Ayam Goreng Berempah/ayam bumbu - resipi ada di sini jugak.

Ingredients
Ayam 1 ekor - potong 16
20 ulas bwg merah
10 ulas bwg putih
5 biji buah keras
2 inci halia
5 inci lengkuas
1 btg serai - titik
3-4 helai daun salam

Directions
1. Blend bwg merah, bwg putih, buah keras, halia and lengkuas.
2. Masukkan bhn yg dah diblend dalam kuali, masukkan serai, daun salam & ayam. Tambah air sikit je.
3. Masak ayam sampai kering, tambah garam.
4. Panas kan kuali utk menggoreng
5. Keluarkan ayam dari bumbu tadi, goreng dalam kuali sampai garing. Make sure minyak jgn kuat sgt, nanti hangit.
6. Bila ayam dah garing, toskan, last sekali goreng bumbu tadi. Bila bumbu dah garing, gunakan penapis utk angkat bumbu.
7. Dah siap ayam bumbu. Kalau suka lebih bumbu, tambah lagi bwg dan lengkuas.

Sambal
10 biji Cili Merah
4-5 tbs cuka
4 tbs sugar
2 tsp salt
2 ulas bwg putih (kalau suka)

Cara2
1. Blend semua bahan sambal, dan hidangkan.

Friday, April 24, 2009

Ikea Cafe

Aku rasa, kalau kira hours aku melabuhkan punggung kat IKEA cafe tu, mau boleh masuk Guiness World Book of Records. Punya la lamanya aku melepak kat situ, many times pulak tu. Ni baru je balik from lepaking with Anne, Azreen (adik Anne) & Sally. Actually nak ambik jubah and tudung yg aku kirim kat Anne for my mum. Dah almost every week pulak aku bercanda dengan Anne.. hehe. Ye la, asyik dok kirim barang je kat Anne. Alhamdulillah aku ada sahabat sebaik Anne .. hehe

Today Hubby balik for lunch from Paka. Dia bawak his GM sama. So nak ke taknak, terpaksa la masak something yang lain dari yang lain. Since aku dah lama tak masak nasik dagang, maka tadi, dengan semangat yang berkobar2, aku buat nasik dagang. Kebetulan pulak my parents ada kat KL, aku buat byk terus, kirim separuh ke rumah parents aku. Lepas makan kat rumah, Hubby terus ke JB balik and will come home on Sunday.. huhuhu.. dah almost a week aku kena tinggal.

Ni nasik dagang tengah hari tadi. Err.. actually, ni dah kira semlm sebab now dah pukul 12.30am. Hubby aku ni very fussy when it comes to nasik dagang. Alhamdulillah so far, kalau aku buat nasik dagang, dia akan puji. Ye la, being brought up in Terengganu, he's spoil for choices when it comes to nasik dagang.

Nasi Dagang + Ikan Tongkol + Acar Mentah



Nasik Dagang

bahan2
5 pot beras siam wangi AAA
2 1/2 pot air
2 1/2 pot santan (ambik from 1 biji kelapa)
daun pandan
2 tbs halba
2 inches halia - julienne
10 biji bwg merah - potong nipis
2 1/2 tbs garam (masuk dalam santan)

cara2
1. rendam beras for about 5-8 hours.
2. then kukus beras for about 1/2 hour, until 3/4 masak.
3. keluarkan dari kukusan, then masuk dalam bekas besar, tuang air, kacau sampai air kering dan nasi sejuk.
4. masukkan balik nasi dalam kukusan, then tabur halba, halia and bawang.
5. kukus sampai nasi masak dan jadi gemuk :)
6. tuang nasi dalam bekas besar, masukkan santan, kacau/harung sampai nasi tak berwap

Gulai Ikan Tongkol
bahan2
2 kg ikan tongkol besar, potong 3-4, rebus dengan nisan, garam and asam keping.

bahan untuk blend
25 biji bwg merah (i used 5 biji bwg besar)
10 ulas bwg putih
2 inci halia
3 inches lengkuas
12 tbs cili boh
1 tbs belacan
5 tbs rempah nasik dagang

santan 1 kg
nisan
garam, gula

cara2
1. masukkan santan dalam periuk, tuang bahan blend. masukkan dalam 5-8 cups of air
2. masak sampai santan naik minyak.
3. bila santan dah naik minyak, masukkan nisan, garam, gula, ikan tongkol dan air rebusan ikan tongkol.
4. masak for about 10-15 minutes, then masukkan cili padi, belimbing buluh